Anda di halaman 1dari 12

ISU

Beban tugas : Guru Pendidikan Khas banyak diberikan tugas ko-kurikulum dan
lain-lain apabila mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna, ia
memberi gambaran yang negatif kepada guru lain sebagai tidak
bertanggungjawab dan tidak bekerjasama.

Mengikut surat pekeliling yang diedarkan, guru Pemulihan dikehendaki mengajar
sebanyak 990 minit seminggu tidak termasuk 120 minit yang diperuntukkan untuk
persediaan dan panduan. Guru Pemulihan juga dikehendaki memberi tumpuan
terhadap murid tahun 1 hingga 3 (sistem lama kini murid tahap 1 atau tahun 2 3
sahaja. Murid tahun 4-6 dimasukkan dalam program PROTIM).

Mengikut kajian yang dijalankan, guru Pemulihan telah dibebankan dengan
terlalu banyak kerja yang tiada kaitan dengan tugas mereka. Ada guru Pemulihan diberi
peranan lain sebagai setiausaha sukan sekolah, ditugaskan mengajar subjek PJK,
Muzik, Matematik, Bahasa Melayu, menggantikan guru pra-sekolah yang cuti bersalin
dan banyak lagi.
Beban tugas guru pemulihan bergantung kepada guru itu sendiri bagaimana
hendak mengatasi sesuatu masalah yang ada dan menyelesaikannya dengan
pendekatan yang terbaik dan berkesan. Kerja-kerja lebih masa dan di luar waktu
persekolah mengakibatkan kadang-kala tugas guru Pemulihan banyak yang tergendala.
Apabila sudah banyak tergendala, maka kerja kelas Pemulihan secara langsung akan
terganggu dan terjejas. Pada kebiasaannya, guru Pemulihan lebih kerap diberikan kelas
ganti kerana ada guru yang tidak hadir.
Akibatnya, guru Pemulihan mengalami amat banyak gangguan dalam usahanya
membetulkan anak didiknya yang bermasalah. Kekerapan melakukan tugas-tugas lain
haruslah di kaji semula atau diselaraskan supaya ia tidak menganggu kelancaran dan
tanggungjawab guru yang sebenarnya di kelas pemulihan khas. Ia bertujuan supaya
murid-murid pemulihan khas tidak terabai dalam pengajaran dan pembelajaran mereka
di kelas pemulihan khas.
Guru Pemulihan boleh menjadi guru ganti dengan syarat kelas yang diganti
tidak bertindih dengan jadual mengajar pada hari tersebut. Guru Pemulihan juga
mempunyai pilihan untuk menolak jawatan yang dianggap membebankan dan
mengganggu tugas utama di Kelas Pemulihan. Walau bagaimana pun, cara menolak
jawatan itu perlulah dengan menggunakan budi bicara yang profesional.
















KEPENTINGAN ISU

Masa yang diperuntukkan sepatutnya digunakan oleh guru pemulihan untuk
merunding cara dengan guru besar bagi meningkatkan mutu pencapaian murid.
Hal ini supaya prestasi akademik murid-murid pemulihan bergerak selari dengan
rakan-rakan sebaya mereka dan mengelakkan mereka daripada terus tercicir
dalam bidang akademik. Sebagai contoh, guru besar dan guru pemulihan
berkerjasama dalam melaksanakan ujian prestasi murid untuk tahap pencapaian
akademik murid-murid.

Memberi pendedahan kepada pihak luar mengenai bebanan tugas yang dihadapi
oleh guru-guru pemulihan khas. Hal ini kerana ramai beranggapan bekerja
sebagai guru pemulihan merupakan satu kerjaya yang mudah. Namun tidak
ramai yang tahu bahawa guru pemulihan mempunyai banyak cabang bidang
tugas yang harus dipikul. Sebagai contoh, guru pemulihan perlu mengemas kini
sudut-sudut pameran pembelajaran dan mengemas kini rekod-rekod.

Supaya guru-guru pemulihan dapat menjalankan tugas penilaian terhadap
masalah murid tanpa dibebani dengan tugas-tugas lain. Hal ini kerana sekiranya
guru pemulihan sudah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid, maka
guru haruslah mmbuat tindakan susulan untuk memastikansama ada murid ada
kemajuan atau tidak. Sebagai contoh, apabila murid semakin maju dan melepasi
tahap piawai ujian diagnostik, maka murid perlu dihantar semula kepada kelas
biasa namun dengan seliaan dan pengukuhan di bahagian yang masih tidak
boleh dikuasai oleh murid.

Apabila guru pemulihan tidak dibebani dengan tugas-tugas lain, maka
perancangan bagi kelas pemulihan dapat dilaksanakan. Perancangan bagi
sesuatu kelas pemulihan adalah sangat penting. Hal ini kerana semua aktiviti-
aktiviti pembelajaran hendaklah bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah
pembelajaran yang dikenalpasti. Guru pemulihan hendaklah realistik dalam
aktiviti yang diberikan kepada murid denganmengambil kira bahawa pemikiran
murid pemulihan lebih lambat dan aktiviti yangdiberikan haruslah sesuai dengan
tahap pemikiran mereka.

Guru-guru pemulihan khas dapat menggunakan masa yang diperuntukkan untuk
membina Bahan Bantu Belajar dan Bahan Bantu Mengajar. Hal ini kerana kelas
pemulihan haruslah mempunyai kemudahan yang canggih dan pelbagai. Ini
dapat memperbaiki dan meningkatkan potensi individu seseorang murid itu.
Sebagai contoh, kelas pemulihan juga dilengkapi dengan pelbagai alat
permainan, carta, kad-kad gambar yang berwarna-warni dan sudut-sudut
pembelajaran bagi menarik minat murid-murid.


Guru-guru dapat melaksanakan Rancangan Pengajaran Individu tanpa
gangguan yang tidak sepatutnya.Hal ini secara tidak langsung dapat membantu
murid-murid yang lemah dengan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada
masalah yang dihadapi oleh mereka. Di samping itu, guru juga dapat melibatkan
pihak ibu bapa murid-murid tersebut dalam pelaksanaan Rancangan Pengajaran
Individu. Sebagai contoh, guru bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengatasi
masalah murid-murid melalui pembinaan Rancangan Pengajaran Individu yang
terdiri daripada pelbagai kemahiran.









. TRENDA

Tugas guru pemulihan adalah untuk mengendalikan program pemulihan kepada
murid-murid yang lemah di sekolah-sekolah rendah. Seperti yang termaktub dalam
surat bertarikh 19/10/1984, rujukan surat KP(PP)0050/Jld24/(96), jawatan guru khas
pemulihan telah diwujudkan semula pada tahun 1985. Program ini merupakan satu
usaha yang baik dalam membantu murid-murid yang mempunyai masalah
pembelajaran khususnya dalam 3M iaitu membaca, mengira dan menulis.

Menurut Ishak Hj Harun dan Koh Boh Boon ( 1983 : 191), Pendidikan Pemulihan
Khas ini ialah suatu perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan
murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa.
Oleh itu, pihak pentadbiran sekolah sepatutnya sedia maklum akan hal ini dan
tidak memberikan tugas-tugas lain kepada guru pemulihan selari dengan
kenyataan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa guru pemulihan
seharusnya mengajar di kelas pemulihan sahaja untuk sepenuh masa.

Supaya guru pemulihan dapat menggunakan masa yang diperuntukkan kepada
mereka untuk berjumpa dan berbincang dengan guru kelas, ibu bapa dan guru
besar supaya guru pemulihan khas dapat memahami masalah murid-murid
dengan lebih mendalam lagi dan satu tindakan dapat diambil bagi mengatasi
masalah mereka. Ia selari dengan pendapat Sharifah Alwiah ALsagoff (1983 :
371) di mana Pendidikan Pemulihan Khas merupakan satu tindakan yang
diambil bagi mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami masalah
pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa dan di pusat khusus yang
dihadiri murid secara sambilan. Selain itu, pendidikan ini juga merupakan
kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk
pengajaran khusus oleh guru pemulihan.


Menurut Pringle (1966), Pendidikan Pemulihan Khas ialah suatu pengajaran
yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang
mundur dalam sesuatu mata pelajaran. Murid-murid tersebut mempunyai
kemahuan dan kebolehan untuk belajar dengan menggunakan kaedah latihan
yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka. Oleh itu,
guru pemulihan perlu mengaplikasikan pendekatan-pendekatan khas seperti
menggunakan masa yang ada untuk mengenalpasti pelajar melalui pemerhatian
yang dibuat dari segi pentafsiran rekod prestasi dan rekod profil, ujian kertas dan
pensel, latihan harian, soal jawab dan kuiz serta temubual dengan guru kelas.

Di samping itu, menurut Albertwhite (1977) pula, beliau berpendapat bahawa
Pendidikan Pemulihan Khas ini ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan
oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan dan disertai oleh gangguan-
gangguan emosi. Hal ini bermaksud, masa lapang yang terdapat dalam jadual
kelas pemulihan khas dapat digunakan oleh guru-guru dalam memberikan
bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid pemulihan. Sebagai contoh,
terdapat murid-murid pemulihan yang mengalami gangguan emosi hingga
menjejaskan prestasi akademik, maka guru pemulihan digalakkan memberi
bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid tersebut.

Selain itu, menurut Sampson (1975), berpendapat pada lazimnya, murid-murid
akan cepat menunjukkan kemajuan dan peningkatan dalam pelajaran apabila
mereka mendapat bantuan pengajaran sokongan atau perkhidmatan dari guru-
guru yang terlatih dalam bidang pemulihan khas. Pada kebiasaannya kemajuan
dan peningkatan ini akan hilang sekiranya murid-murid tidak mendapat sokongan
pengajaran yang berterusan apabila mereka kembali ke kelas biasa dan diajar
oleh guru lain. Hal ini adalah perkara biasa kerana, mengikut Cashdan dan
Pumphrey (1969), yang menegaskan bahawa sekiranya situasi dalam kelas asal
(KBSR) tidak berubah, akan menyebabkan murid-murid bermasalah 3M ini
memerlukan pemulihan khas semula. Dalam maksud yang lain, murid-murid
seharusnya menerima pertolongan atau bantuan susulan dari guru pemulihan
khas yang terlatih secara berterusan semasa berada di kelas-kelas biasa. Masa
yang ada dapat digunakan untuk merunding cara dengan guru kelas atau guru
mata pelajaran tentang perkembangan murid di kelas biasa.




























RASIONAL RANCANGAN PENAMBAHBAIKAN
Supaya pihak pentadbiran sekolah tidak mengganggu tugas-tugas seorang guru
pemulihan khas. Berdasarkan kenyataan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia,
guru pemulihan seharusnya mengajar di kelas pemulihan sahaja untuk sepenuh
masa. Hal ini bermakna, pihak pentadbiran sekolah sepatutnya sedia maklum
akan hal ini dan tidak memberikan tugas-tugas lain seperti kelas ganti, dan lain-
lain lagi kepada guru pemulihan.

Supaya tanggungjawab seorang guru Pemulihan Khas yang banyak tidak
menjejaskan Pengajaran dan Pembelajaran mereka. Terdapat banyak tugas
yang dipertanggungjawabkan kepada guru pemulihan ini. Guru pemulihan
ditugaskan untuk mengajar murid-murid lemah dari tahun 1 hingga tahun 6.
Keutamaan diberikan kepada murid-murid tahun 1, 2 dan 3 kerana mereka
masih lagi di tahap satu. Tujuannya adalah supaya murid-murid berpeluang
untuk mengikuti kelas biasa untuk tahap dua sekiranya sudah mahir dalam
kemahiran 3M.

Agar guru pemulihan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada
pelaksanaan Rancangan Pengajaran Individu yang berobjektif untuk membantu
murid-murid yang lemah secara individu dalam pengajaran dan pembelajaran.
Secara tidak langsung, murid-murid tersebut tidak diabaikan sebaliknya dibantu
dan dibimbing sepenuhnya untuk mencapai tahap kognitif yang jitu.

Apabila guru pemulihan itu tidak dibebani dengan tugas-tugas lain, maka guru
pemulihan dapat menggunakan masa yang diperuntukkan kepadanya hingga
menjurus kepada peningkatan kualiti dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini kerana, guru pemulihan dapat mencipta dan merangka program-program
dan bahan bantu belajar kelas pemulihan khas yang kreatif dan inovatif.

Supaya kelas pemulihan khas tidak terabai di samping sistem fail murid-murid
pemulihan khas dapat dikemaskini Hal ini kerana guru pemulihan perlu sentiasa
mengemaskini sistem fail murid-murid pemulihan supaya fail-fail dapat menjadi
rujukan kepada pihak yang terlibat (nazir).

Dapat membantu para guru pemulihan dalam pengurusan emosi. Hal ini kerana,
apabila guru pemulihan tidak dapat mengurus emosi dengan cara yang betul,
maka ditakuti ia akan memberi kesan negatif kepada murid-murid pemulihan
khasnya yang juga mengalami emosi yang tidak stabil.

























CADANGAN-CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Guru pemulihan khas ialah seorang pendidik istimewa kerana mereka
mendidik murid yang istimewa juga. Mereka beruntung kerana dapat melaksanakan
usaha untuk mencelik hurufkan murid-murid istimewa yang lebih dikenali sebagai
murid-murid pemulihan. Tugas sebagai seorang guru pemulihan khas penuh dengan
kekangan, cukup mencabar dan memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Guru
pemulihan khas juga perlu menumpukan perhatian yang istimewa kepada murid-murid
secara individu. Selain itu, guru pemulihan khas juga menggunakan begitu banyak
masa untuk melakukan persediaan sebelum masuk ke bilik darjah. Oleh sebab itu, isu
masalah beban tugas guru pemulihan di sekolah telah dibangkitkan dan diusulkan oleh
para guru pemulihan. Hal ini kerana telah membebankan guru pemulihan hingga tidak
dapat memberikan perhatian sepenuhnya terhadap kelas dan murid-murid pemulihan
khas.
Bagi mengatasi masalah beban tugas guru pemulihan di sekolah yang kian
hangat diperkatakan ini, cadangan yang paling utama yang perlu diatasi adalah dengan
bekerjasama dengan pihak pentadbiran sekolah di mana memberikan taklimat
mengenai tugas-tugas khas guru pemulihan. Isu ini timbul kerana guru besar kurang
mendapat pendedahan mengenai program pemulihan. Keadaan ini ada kalanya
menjadikan guru besar menganggap kerja dan tanggungjawab guru pemulihan khas
senang dan ringan. Oleh itu, mereka diberikan tugas lain seperti menjadi guru sumber
atau bilik sumber, memegang program LINUS dan PROTIM, menjadi guru ganti, atau
jawatan-jawatan lain. Perkara ini adalah menyalahi bidang kuasa surat Siaran
Kementerian Pelajaran iaitu surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.
KP(BS)8594/Jld.11/(32) bertarikh 22 Januari 1985 (Guru Khas Pendidikan
Pemulihan), surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.
Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.V(29) bertarikh 17 Mac 1986 (Pengawasan dan Penyeliaan
Program Pemulihan) dan lain-lain lagi.
Di samping itu, pemantauan daripada Jabatan Pemulihan Khas atau guru
cemerlang pemulihan iaitu Jurulatih Utama juga dapat membantu para guru pemulihan
khas dalam memprotes isu masalah beban tugas guru pemulihan di sekolah yang
semakin meruncing ini. Pemantauan tersebut dapat memberikan tindakan kepada pihak
sekolah yang gemar menggunakan khidmat guru pemulihan tanpa belas kasihan di
samping memberikan nasihat mengenai guru pemulihan tidak boleh diganggu oleh
pihak sekolah kerana mereka juga mempunyai tigas-tugas khas yang perlu
dilaksanakan.
Selain itu, kerjasama daripada guru-guru mata pelajaran lain dalam menjana
idea bersama-sama dengan guru pemulihan juga amat digalakkan dan perlu bagi
mengatasi masalah beban tugas guru pemulihan tersebut. Hal ini kerana, jelas dapat
dilihat bahawa guru-guru mata pelajaran lain yang mengajar kelas biasa gemar
menjauhkan diri daripada terlibat dengan program-program khas pemulihan.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa guru-guru mata pelajaran
lain menunjukkan sikap kurang berkerjasama dengan guru pemulihan. Perkara ini
terbukti apabila mereka memberikan tanggungjawab jawatan-jawatan penting di
sekolah seperti menjadi setiausaha sukan sekolah, ditugaskan mengajar subjek
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Muzik, Matematik, Bahasa Melayu, menggantikan
guru pra-sekolah yang cuti bersalin dan banyak lagi. Akibat daripada tugas-tugas yang
terlalu banyak ini, maka kadang-kala tugas guru pemulihan khas banyak yang
tergendala. Oleh yang demikian, cadangan ini perlu diusulkan bagi membantu guru-
guru pemulihan yang dianiaya tanpa belas kasihan ini.
Seminar antara guru-guru pemulihan mengenai isu beban tugas guru di sekolah
juga merupakan satu cadangan yang bernas. Hal ini kerana, terdapat guru-guru
pemulihan khas yang tidak mengetahui hak-hak mereka sebagai guru pemulihan khas.
Mereka sering menjadi mangsa keadaan pihak sekolah terutama sekali apabila sekolah
mengalami masalah kekurangan guru. Pelancaran aktiviti seminar untuk guru-guru
pemulihan ini amat perlu dilaksanakan bagi membuka mata dan minda mereka bahawa
guru-guru pemulihan khas ini berhak menyuarakan pandangan dan hak-hak mereka
kepada pihak sekolah. Aktiviti seminar ini juga boleh dijadikan sebagai tempat
perbincangan antara guru-guru pemulihan khas bagi mengatasi masalah-masalah yang
timbul dan menimpa diri mereka. Secara tidak langsung, kerjasama dan cadangan-
cadangan dapat diusulkan dengan jayanya.
Tambahan lagi, bebanan yang dihadapi oleh guru-guru pemulihan khas juga
dapat diatasi dengan menyediakan pembantu atau menambahkan bilangan guru
pemulihan khas ke dalam kelas pemulihan khas. Hal ini bertujuan dapat meringankan
beban guru-guru pemulihan khas yang ditimbuni dengan tugas-tugas lain di sekolah.
Berdasarkan pemerhatian terhadap kelas pendidikan khas dan kelas prasekolah,
mereka disediakan pembantu dan bilangan guru yang ramai untuk membantu guru
mengajar tetapi kelas pemulihan khas tidak diberikan keistimewaan tersebut. Perkara
ini amat mengelirukan dan timbul perasaan tidak puas hati dalam diri pihak guru-guru
pemulihan khas. Bidang tugas guru-guru pemulihan yang banyak perlu diberi
pertolongan dengan memberikan pembantu atau menambahkan bilangan guru
pemulihan daripada seorang kepada dua orang guru. Bantuan tersebut dapat
meringankan beban guru-guru pemulihan dan mereka dapat memberikan tumpuan
sepenuhnya dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai