Anda di halaman 1dari 15

PENDAHULUAN PENGAMATAN

Negara kita Malaysia sedang pesat membangun menuju impian futuristiknya.


Pendidikan juga merupakan antara aspek yang memainkan peranan yang sangat
penting. Pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam
bidang pendidikan. Pengajaran adalah suatu proses yang berkaitan dengan
penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya murid-murid dapat
mempelajari dan menguasainya. Pembelajaran pula suatu proses berterusan.
Menurut Kamus Dewan (1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu
pengetahuan, menuntut ilmu pengetahuan.
Pengamatan juga memainkan peranan yang penting dalam bidang
pendidikan Negara kita Malaysia. Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu
perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental
ataupun rangsangan dari luar.Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia.
Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas
panca indera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.
Pengamatan juga merupakan satu kemahiran yang boleh berkembang dan
dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan dengan darjah kecerdasan
seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya
dapat membantu mereka dalam pembelajaran. Pengamatan ialah satu proses yang
bergantung kepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran
terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak- kanak.
Janet W. Learner (1971) dalam bukunya Children With Learning Disabilities
telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal
maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang mentafsirkan
sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek.Kanak-kanak juga
menggunakan sebelah matanya sahaja untuk melihat selepas dilahirkan. Beberapa
minggu kemudian, dia mula melihat dengan menggunakan kedua-dua belah
matanya.
Pada akhir bulan kedua kanak-kanak ini sudah boleh menghalakan
perhatiannya secara langsung kepada objek yang ada di hadapannya. Apabila objek
itu bergerak dari sebelah ke sebelah, pergerakan mata bayi itu juga akan
mengikutinya.
Dari peringkat inilah bayi itu mula memerhati sesuatu terutamanya pada
benda-benda yang bergerak atau yang berwarna garang. Walau bagaimanapun
benda-benda yang diperhatinya itu adalah semata-mata satu benda sahaja dan tidak
dapat mentafsirkan keadaan benda itu kepada makna yang lebih dalam lagi.
Apabila kanak-kanak itu berusia lima bulan, dia sedar tentang keadaan sesuatu
benda yang dilihatnya. Dia mula menyedari bahawa benda yang dilihatnya itu boleh
dipegang. Kesedaran itu datang secara berperingkat peringkat.Mula-mula ia faham
tentang bentuk sesuatu benda itu, kemudian apabila kanak-kanak itu hampir
berumur satu tahun dia mula menyedari tentang setiap benda mempunyai identitnya
yang sendiri.
` Dia akan faham walaupun satu benda yang sama jenis seperti bola
umpamanya, apabila diamati ia akan terdapat beberapa perbezaan dari segi saiz,
warna, corak dan sebagainya.
Disamping itu, mengikut pendapat Ruth Strang dalam bukunya, Reading
Diagnosis and Remediation,beliau menyatakan ia merupakan satu proses yang
bergantung kepada kognitif. Proses ini sangat penting kepada pembelajaran dalam
pembinaan konsep yang dialami oleh mereka..
Manakala mengikut Jabatan Pendidikan Khas dalam buku Panduan Program
Pemulihan Khas (1999) telah mendefinisikan pengamatan sebagai suatu ilmu
psikologi yang digunakan berkaitan dengan kefahaman yang tepat mengenai
sesuatu objek persekitarannya. Ia juga merupakan situasi dan kejadian-kejadian di
mana punca pancaindera fisiologikal dan neurologikal memainkan peranan yang
penting. Pengamatan adalah satu proses yang menimbulkan makna kepada
tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman ianya juga
berkait dengan pemikiran seseorang individu.











BAB1

TEORI GESTALT
Pada asasnya, konsep pembelajaran berlandaskan teori-teori pembelajaran.
Pelbagai teori-teori pembelajaran telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh aliran Teori
Gestalt merupakan antara teori yang memainkan peranan yang penting dalam
proses pengamatan. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Kognitif. Gestalt juga
merupakan komponen yang menerangkan proses persepsi melalui
pengorganisasian komponen-komponen sensasi yang ada hubungan,pola atau
kemiripan.
Perintis teori Gestalt ialah tokoh aliran Chr. Von Ehrenfels, dengan karyanya
Uber Gestaltqualitation (1890). Aliran ini telah menekankan pentingnya
keseluruhan iaitu sesuatu yang melebihi jumlah unsur-unsurnya dan timbul lebih
dulu dari bahagian-bahagiannya.Pengikut-pengikut aliran psikologi Gestalt juga
mengemukakan konsepsi yang berlawanan dengan konsepsi aliran-aliran lain . Bagi
yang mengikuti aliran Gestalt perkembangan adalah proses diferensiasi. Menurut
tokoh aliran.Wertheimer,memberikan kesimpulan, bahawa pengamatan
mengandungi hal yang melebihi jumlah unsur-unsurnya.
Gestalt berasal dari bahasa Jerman yang membawa maksud,bentuk atau
konfigurasi.Gestalt bermula pada lapangan pengamatan ( persepsi ) dan mencapai
sukses yang terbesar juga dalam lapangan ini. Demonstrasinya mengenai peranan
latar belakang dan organisasinya terhadap proses-proses yang diamati secara
fenomenal demikian meyakinkan sehingga boleh dikatakan tidak dapat di bantah.
Teori belajar Gestalt ini lahir di Jerman tahun 1912 dipelopori dan
dikembangkan oleh Max Wertheimer (1880 1943) yang meneliti tentang
pengamatan dan problem solving, dari pengamatannya ia menyesalkan penggunaan
metode menghafal di sekolah, dan menghendaki agar murid belajar dengan
pengertian bukan hafalan. Kurt Koffka (1886 1941) yang menghuraikan secara
terperinci tentang hukum-hukum pengamatan.
Pada kebiasaannya, guru hanya merangsangkan deria murid-muridnya, dan
merekalah yang akan menerima, memproses dan kemudian menyimpan serta
bertindak balas dengan menjawab secara lisan, menulis atau melakukannya.
Kebolehan mengamati adalah berbeza antara satu individu dengan individu yang
lain.

Antara jenis-jenis pengamatan ialah,penglihatan, pendengaran dan sensori-
motor. Menurut Janet W Learner, penglihatan ialah keupayahan seseorang
khususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan
abjad, perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar.
Ianya juga melibatkan diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi
diantara visual-motor dan visual kinestetik. Antara masalah visual yang dapat dilihat,
seperti perbezaan bentuk, saiz, mengecam bentuk huruf dan perkataan serta
pembalikan sesuatu objek.
Manakala,menurut Ball & Blachman, 1991:Lyon, 1998: Sthal & Murry, 1994
pendengaran ialah keupayaan mengesan atau mengenalpasti apa yang didengar.
Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah dari aspek auditori, linguistik dan
masalah phonologikal. Antara aspek yang terdapat di dalam masalah pengamatan
auditori ialah masalah untuk membezakan bunyi, bunyi phonological (diskriminasi
pendengaran), mengingat apa yang di dengar, mengingat urutan (ingatan
pendengaran) dan membentuk perkataan dari gabungan abjad (intergrasi visual
pendengaran).Seterusnya,pengamatan sensori-motor ialah koordinasi pergerakan
tubuh atau kawalan gerak visual, koordinasi motor kasar dan motor halus, imej
badan ataupun pergerakan badan.
Kadang-kadang akan Gestalt menjadi latar, dan latar menjadi gestalt untuk
mendapatkan perhatian utama. Ahli gestalt juga telah berpendapat, dalam mengkaji
subjek dari aspek psikologikal daripada proses pemerhatian yang mudah kepada
personalitinya, kita perlu melihat polanya sebagai keseluruhan (as a whole).
(Matserippdhl 2008). Wertheimer (1924) yang mempelopori (pengasas) konsep
gestalt menekankan secara keseluruhan teori ini. Terdapat satu konsep yang
penting dalam Psikologi Gestalt iaitu insight yang bermaksud celik akal iaitu
pengamatan atau pemahaman yang mendadak terhadap hubungan-hubungan
antara bahagian-bahagian di dalam sesuatu situasi permasalahan. Menurut
Psikologi Gestalt, ia akan meningkatkan kefahaman dari apa yang difahami semasa
belajar .
Kohler merupakan salah seorang pengasas psikologi Gestalt, melalui kajian
ke atas cimpanzi (sultan) telah mengemukakan konsep celik akal (insight). Celik
akal bermaksud penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba dan
lengkap. Bagaimanapun seseorang individu memerlukan masa untuk berfikir kerana
dia perlu melihat unsur-unsur berkaitan yang ada dalam persekitarannya dan
mengaitkannya dengan pengalaman lepas. (Matserippdhl 2008)

Dalam kajiannya kohler meletakkan seekor cimpanzi bernama sultan ke
dalam sangkar. Di luar sangkar terdapat sebiji pisang dan beberapa batang buluh
yang panjangnya berbeza-beza. Sultan cuba mendapatkan pisang beberapa kali
dengan menggunakan buluh itu, tetapi gagal. Sultan duduk diam berdiri seketika
mengamati buluh, memikirkan alternatif-alternatifnya untuk menyelesaikan masalah.
Tiba-tiba dia mendapat idea. Di saat tercetusnya idea itulah dikenali sebagai celik
akal. Dia mengambil buluh pendek dan menggunakannya untuk mendapatkan buluh
panjang dan seterusnya menggunakannya untuk mengambil pisang. (Matserippdhl
2008)

Empat hukum Gestalt iaitu Penutupan (Closure), Kedekatan (Proximity),
Kesinambungan (Continuance), dan Keserupaan (Similarity) diterapkan dan
diaplikasikan dalam penghasilan karya seni visual.

(i) Hukum Penutupan (Closure) - rupa bentuk menunjukkan penutupan antara
satu dan lain apabila elemen-elemen terenggang akibatnya kelihatan reka
bentuk keseluruhan (menjadi satu), walaupun ada elemen dalam keadaan
bahagian yang berpisah antara satu sama lain.
(ii) Hukum Kesinambungan (Continuance) berlaku apabila sebahagian
daripada bentuk bertindih dengan sendirinya atau bentuk tersebut berdekatan
antara satu sama lain, dan mata manusia akan mengarah kepada bentuk
yang mendominasikan tanpa sebarang halangan.

(iii) Hukum Kedekatan (Proximity) merujuk kepada jarak antara bahagian yang
akan membentukkan rupa bentuk, elemen yang terdekat mempamerkan
kaitan dengan yang berdekatan. Objek yang terletak berdekatan di antara
satu sama lain sering kelihatan sebagai golongan yang sama. Lauer & Pentak
(2000) menyatakan proximity adalah salah satu cara yang paling mudah
untuk mencapai kesatuan (unity) dan ramai pelukis menggunakan teknik ini,
dengan meletakkan pelbagai elemen berdekatan antara satu sama lain.
Sekiranya rupa bentuk tersebut berada pada kedudukan yang terpisah,
unsur-unsurnya kelihatan tiada kaitan ataupun hubungan antara satu dan lain.
Tetapi, apabila diletakkan berdekatan akan kelihatan sebagai satu kumpulan
atau corak yang harmoni. Williams (2004) menyatakan When several items
are in close proximity to each other, they become one visual unit rather than
several units. Items relating to each other should be grouped together .

(iv) Hukum Keserupaan (Similarity) - persamaan di antara setiap bahagian
membantu dalam membentuk satu rupa bentuk dan boleh menjadi satu cara
yang berkesan sekiranya saiz yang sama wujud. Hukum tersebut
menegaskan bahawa objek ataupun keadaan yang serupa sering
digolongkan.

Prinsip Pragnanz - sesuatu rangsangan akan disusun menjadi sesuatu
bentuk sebaik mungkin. Bentuk yang baik bermakna mudah, simetrikal dan
seimbang. Prinsip asas dalam psikologi Gestalt dinamakan Pragnanz yang
bermaksud pola atau corak yang disusun semula untuk dijadikan lebih
mudah, lebih lengkap dan lebih teratur daripada asalnya (Rahil & Habibah
2003).

Menurut Ridzuan Hussin (2009) yang penting bagi teori Gestalt ialah
bagaimana para pelajar memproses maklumat untuk menentukan apa yang mereka
pelajari. Teori ini juga turut menekankan aspek pemikiran, kepercayaan, sikap dan
nilai pelajar.








1.2 RPH






























1.3 PERBINCANGAN.
Rancangan Pengajaran Harian yang telah saya jalankan menunjukkan
perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-kanak. Mereka telah
mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap,
kreativiti dan pemikiran yang positif, pengambilan perspektif memori. Jelas
menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan aplikasi Teori-Gestalt
Celik-Akal mempunyai kepentingan dan hasil positif yang tinggi.
Aplikasi Teori Gestalt yang digunakan oleh saya semasa menjalankan P&P
juga telah menunjukkan perkembangan bahasa yang baik di antara murid. Selain
itu, aktiviti main yang digunakan juga telah meninggalkan kesan yang positif.
Menurut Padlis (2008),guru harus memainkan peranan yang penting dalam
memberi panduan boleh menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak.
(Padils 2008). Ini jelas dimana, saya juga telah memainkan peranan yang penting
dimana kaedah penyoalan dan panduan yang saya berikan telah membantu mereka
untuk memperkembangkan bahasa mereka.
Menurut A.N. Whitehead (1929) dalam Ng Kim Choy (2004) mengingatkan
kita supaya tidak membebankan kanak-kanak dengan pengetahuan yang tidak
berkembang ("dead knowledge"). Apa yang diketengahkan oleh Whitehead ialah
amalan mengajar di sekolah perlulah menjurus kepada usaha membolehkan
kanak-kanak atau murid berfikir dalam persekitaran kehidupan dan mengelakkan
daripada hanya memberi pengetahuan yang bersifat kaku yang tidak mampu
digunakan bagi menyelesaikan masalah harian. Ini juga jelas ternyata dimana saya
memastikan setiap proses pembelajaran yang jalankan juga menggunakan model
pembelajaran konstruktivisme memberikan pembelajaran dan pengetahuan yang
bermakna. Pengetahuan yang bermakna bermaksud pengetahuan yang boleh
digunakan bagi menyelesaikan masalah dan digunakan dalam pelbagai situasi.
Bukan sahaja memastikan murid memahami apa yang disampaikan malahan saya
memastikan muridnya dapat menyelesaikan masalah iaitu melalui lembaran kerja
yang diedarkan.
Perkembangan kognitif kanak-kanak bergantung kepada pengetahuan
sebagai bimbingan kepada muridnya supaya murid tersebut dapat mengaitkan
pengetahuan dengan pengalaman seterusnya membentuk konsep dan pengetahuan
baru. Disini saya bertindak sebagai pembina pengetahuan dan pembimbing kepada
murid dalam menggalakkan proses berfikir. Dalam konsep konstruktivisme (Mayer,
1996) menerangkan guru sebagai pemandu dan pelajar sebagai pemberi makna
sense makers.P&P yang telah saya jalankan juga menunjukkan bahawa
pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman
sedia ada murid. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai
idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada
yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani
dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal
walaupun dalam peperiksaan, mereka mungkin memberi jawapan seperti yang
dikehendaki oleh guru. (Ng Kim Choy 2004) Pembelajaran bermakna akan berlaku
apabila maklumat baru dapat dikaitkan dengan memori sedia ada untuk membina
suatu kerangka baru ilmu pengetahuan yang lebih luas.Pembelajaran bermakna
(meaningful learning) mengikut John Dewey (1966) merangkumi 'learning by doing'
yang seterusnya dapat membantu murid berfikir dan membentuk kefahaman tentang
masalah. John Dewey juga menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan
mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara
berterusan.
Antara langkah-langkah pengajaran yang telah saya jalankan ialah, saya
telah bersoal jawab sambil memperdengarkan bunyi-bunyi haiwan. Disini juga saya
telah mengaplikasikan Teori Gestalt.
Seterusnya, sebagai langkah pertama, murid kumpulan satu saya
menjalankan p&p vocal manakala kumpulan kedua menjalankan aktiviti permainan,
Angry Birds dan Kumpulan ketigapun menjalankan permainan mencari perkataan.
Setelah selesai langkah satu, langkah kedua saya telah menjalankan aktiviti
Jigsaw Puzze kepada murid kumpulan satu manakala kumpulan kedua menjalani
p&p dan kumpulan ketiga menjalankan aktivitii permainan.
Sebagai langkah ketiga, kumpulan ketiga dijalankan p&p dan manakala
kumpulan 1 dan 2 menjawab Lembaran Kerja.Kumpulan ketiga menjawab
Lembaran Kerja setelah P&P berlangsung.
Sebagai penutup, murid-murid berlakon sambil menyayikan Lagu ayam
kok,kok,kok. Murid berlakn seperti ayam, bergerak seperti itik dan sebagainya. Saya
telah mengaplikasikan empat hokum Gestalt dalam P&P saya. Suasana P&P
berjalan dengan lancer. Murid-murid juga telah menunjukkan minat yang mendalam.
P&P yang saya telah jalankan telah membantu saya untuk mencapai hasil
pembelajaran / objektif pada hari berkenaan.Murid-murid juga menunjukkan
keaktifan dan keyakinan diri untuk mempelajari kaedah seterusnya.






























1.4 RUMUSAN
Sebagai rumusan dapat dinyatakan,Teori Gestalt memainkan peranan
yang penting dalam mencapai objektif pengajaran dan pelajaran pada hari tersebut.
Teori Gestalt yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran juga memberikan
pencapaian yang positif dimana murid-murid dapat menguasai hasil pelajaran pada
hari tersebut.
Teori Gestalt boleh digunakan oleh guru-guru dalam membantu proses
pengajaran dan pembelajaranyang berkesan. Di samping itu, guru-guru perlulah
memahami pendekatan pendekatan yang boleh digunakan berdasarkan teori-teori
pengajaran pembelajaran yang ada
Teori Gestalt juga merupakan satu proses mental. Prinsip ini juga menekanan
kepada konsep berfikir di dalam bilik darjah. Mereka juga berpendapat bahawa
perkembangan akan berlaku secara berperingkat-peringkat. Pembelajaran ini juga
nyata bahawa pergerakan daripada yang mudah kepada yang kompleks.
Teori Gestalt juga menganggap bahawa pembelajaran adalah satu
keseluruhan. Proses ini mengetengahan proses pengamatan dan pembinaan
konsep yang beerti keseluruhan adalah penting untuk mendapatkan makna dan
fungsi yang tepat. Pembelajaran adalah berasaskan kepada dua elemen ini
memudahkan guru merancang pembelajaran, bahan-bahan mengajar, dan memilih
strategi pengajaran yang sesuai. Murid-murid juga akan berpeluang mengikuti
pembelajaran yang lebih bermakna yang disediakan mengikut tahap kemampuan
intelektual mereka.










1.5 REFLEKSI TUGASAN 1.

Saya bersyukur kepada Tuhan yang maha Esa kerana memberikan peluang
untuk saya membuat tugasan yang diberikan dengan jayanya. Penghasilan ini telah
memperdalamkan pengetahuan saya dalam bidang Pendidikan Pemulihan. Saya
juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Pensyarah kami yang membantu kami untuk menghasilkan tugasan ini.
Tugasan yang diberikan telah dapat membantu saya untuk memperdalamkan
ilmu saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta saya juga dapat
memperluaskan ilmu pengetahuan saya dalam mempelbagaikan kaedah
pengajaran.Saya juga telah dapat memahami Teori Gestalt sebagai satu teori
Keseluruhan. Prinsip ini mengetengahakan proses pengamatan dan pembinaan
konsep yang bererti keseluruhan.
Pelbagai teknik dan kaedah saya pelajari semasa menjalankan tugasan
ini.Tugasan ini juga telah menjana dan mencetuskan idea-idea yang bernas untuk
saya mengaplikasikannya pada masa akan datang serta menggunakannya semasa
pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran Diskriminasi Belajar mengajar pelajar cara membezakan
benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untuk memudahkan proses
mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yang sama, pelajar
dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbanding maklumat tidak
penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yang berlainan.
Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.
Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan ini
memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka
panjang.


Akhir kata, saya telah dapat memperluaskan pengetahuan saya dalam bidang
ini serta tugasan ini telah mempertingkatkan minat saya dalam bidang
sejarah.Sebagai seorang guru yang sedang berkhidmat, ternyata perubahan
kepada diri murid saya semasa saya menjalankan p&p mengikut teori Gestalt.



RUJUKAN.


Abdul Aziz Abdul Shukor, Suppiah Nachiappan & Ramlah Jantan. 2008. Psikologi
Pendidikan. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ausubel David P. 1968. Educational Psychology a: cognitive view. New york:
Holt, Rinehart and Winston, inc.
Denirokhyadi. 2008. Konsep, Dasar, Manifestasi dan Beberapa Cara
Pendekatan.
Fosnot, C.T. 1996. Constructivisme : a psychology theory of learning. In C.T.
Fosnot (Ed), constructivism : Theory perspectives, and practice. New York.
Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. 2004. Pedagogi Asas Pendidikan .
Selangor : Penerbitan Kyazano Enterprise
Ng Kim Choy. 2004. Teori Konstruktivisme. Diperoleh pada 14 Ogos 2009,
KeratanAkhbar Perpustakaan Desa

Padils. 2008. Kepentingan bermain dalam pendidikan prasekolah.
Matserippdhl. 2008. Teori Pembelajaran Keratan Akhbar Perpustakaaan Desa.











LAMPIRAN .

Anda mungkin juga menyukai