Anda di halaman 1dari 9

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

KAEDAH BIMBINGAN INDIVIDU UNTUK MEMBANTU


MENGENAL NOMBOR 1 HINGGA 5 MURID PENDIDIKAN KHAS,
SK PADANG KEMUNTING
Oleh:
Nur Afifa Bt Mohd Zaid & Norasmah Bt Mohd Nor
Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato Razali Ismail
efa_mz@yahoo.com & N_asmaumi@yahoo.com.my
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi membantu seorang murid Pendidikan Khas di
Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting untuk mengenal nombor 1
hingga 5. Dalam kajian ini, Teori Kemmis dan Mc Taggart (1988) telah
digunakan bagi melaksanakan peringkat-peringkat kajian demi untuk
mencapai objektif yang diharapkan. Kajian yang dijalankan adalah bagi
mengenalpasti kesan penggunaan kaedah bimbingan individu dengan
menggunakan pelbagai aktiviti. Dalam proses intervensi yang
dilaksanakan, aktiviti-aktiviti dirancang dengan teliti dan dilakukan
secara individu supaya dapat meransang naluri ingin tahu murid dan
seterusnya meningkatkan penguasaan pembelajaran mereka. Dalam
pengumpulan data, pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian, ujian
pra dan pasca serta temu bual. Hasil dapatan kajian menunjukkan
terdapat peningkatan markah dalam ujian selepas intervensi dijalankan.
Kajian ini menunjukkan bahawa kaedah bimbingan individu sesuai
digunakan untuk meningkatkan kemahiran mengenal nombor 1 hingga 5.
Kata kunci : meningkatkan, kemahiran mengenal nombor, kaedah
bimbingan individu
PENDAHULUAN
Pendidikan awal kepada kanak-kanak amat perlu supaya mereka dapat menguasai
kemahiran dan pembelajaran yang sepatutnya dikuasai pada peringkat awal. Walaupun
pencapaian akademik murid Pendidikan Khas tidak dititik beratkan, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) memberi peluang yang luas dan saksama kepada
semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh
dan seimbang.
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid Pendidikan
Khas dalam mata pelajaran Matematik. Saya mula mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh murid ini sewaktu menjalani praktikum sesi ketiga di Sekolah Kebangsaan
Padang Kemunting. Salah seorang murid Pendidikan Khas tidak dapat menguasai
kemahiran mengenal nombor 1 hingga 5 dengan baik dan menyukarkannya untuk
menguasai kemahiran yang lebih mencabar.
Oleh kerana penguasaan konsep nombor adalah sangat penting untuk dikuasai, saya
telah menjalankan kajian tindakan untuk mengatasi masalah ini menggunakan kaedah
167

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

bimbingan pelbagai aktiviti secara individu. Menurut Othman Mohamed (2000),


bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha
memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan
agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya.
FOKUS KAJIAN
Kajian ini dilakukan untuk membantu mengenal nombor 1 hingga 5 dalam kalangan
murid Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting. Murid ini tidak dapat
menguasai kemahiran asas mengenal nombor 1 hingga 5 yang mana akan
menyukarkanyya untuk menguasai kemahiran Matematik yang lain. Kajian ini berfokus
kepada penggunaan kaedah bimbingan pelbagai aktiviti secara individu untuk
meningkatkan kemahiran mengenal nombor dan diharapkan kaedah ini dapat membantu
murid tersebut.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk membantu murid Pendidikan Khas mengenal nombor
1hingga 5 menggunakan kaedah bimbingan individu bimbingan.
Objektif khusus
i.

Membantu murid meningkatkan kemahiran menulis nombor bulat 1hingga 5.

ii.

Membantu meningkatkan minat murid semasa proses pengajaran dan


pembelajaran dijalankan.
KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran untuk kajian berkaitan kaedah bimbingan secara individu ini ialah
seorang murid lelaki Tahun 1 Pendidikan Khas dari kelas Ibnu Sina. Sampel yang
dipilih adalah murid yang boleh menyebut nombor 1 hingga10 mengikut turutan dengan
betul namun menghadapi masalah untuk mengenal sesuatu nombor. Sewaktu
ditunjukkan nombor empat, murid menjawab dengan jawapan yang salah. Begitu juga
dengan nombor yang lain. Murid ini hanya mengenal nombor satu sahaja. Murid ini
baru memasuki sesi persekolahan pada Januari 2013.

PERANCANGAN TINDAKAN
Metodologi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat adalah sistem yang merangkumi
kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan sebagainya.
Teori yang digunakan untuk melaksanakan kajian ini adalah Teori Kemmis dan Mc
Taggart (1988) berdasarkan 4 peringkat iaitu mereflek, merancang, bertindak dan
memerhati.

168

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

Rajah 1: Pelan tindakan mengikut Teori Kemmis dan Mc Taggart

Mereflek
Tindakan pertama dalam kajian tindakan ini ialah mereflek. Pengkaji telah membuat
refleksi bagi melihat kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran diri sendiri.
Pada peringkat ini, pengkaji membuat refleksi akan apakah kelemahan yang terdapat
pada murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas.
Berdasarkan refleksi yang dibuat, murid-murid mengalami masalah untuk mengenal
nombor 1 hingga 10 dengan baik. Murid dilihat boleh menyebut dan membilang nombor
1 hingga10 namun apabila ditunjukkan sesuatu nombor, murid menjawab salah. Murid
yang paling lemah dipilih sebagai responden.
Proses refleksi awal yang dibuat penting bagi pengkaji untuk mengenal pasti punca
masalah yang sebenar. Ini kerana permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid ini
perlu dibantu dan diatasi segera agar tidak mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran pada masa hadapan.
Merancang
Tindakan pada peringkat kedua ialah merancang tindakan intervensi berdasarkan
masalah yang dihadapi oleh murid tersebut. Perancangan dibuat dengan meneliti punca
masalah yang dihadapi oleh murid. Murid tidak dapat mengenal nombor dengan baik
mungkin kerana pengajaran guru terlalu laju dan tidak sesuai dengan minat serta tahap
mereka.
Oleh itu, pengkaji telah merancang untuk memberikan bimbingan secara individu
dengan menggunakan pelbagai bahan bantu belajar yang menarik untuk mengatasi
masalah murid ini.

169

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

Pelaksanaan
Jadual 1 : Jadual pelaksaan aktiviti bimbingan secara individu.
MINGGU

KAEDAH / TEKNIK

Aktiviti latih tubi mengenal dan menyebut nombor mengunakan


objek maujud sebagai pembilang.

Kaedah VAKT dengan membentuk nombor menggunakan


plastisin.

Kedah VAKT surihan nombor di atas pasir.

Penggunaan kad nombor dan kad bergambar yang menunjukkkan


bilangan nombor.

Pemerhatian
Tindakan keempat adalah membuat pemerhatian. Pengkaji akan membuat pemerhatian
sama ada proses bimbingan itu berkesan atau tidak serta menilai sejauh mana ia dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jadi, pengkaji akan menganalisis data melalui
ujian pra dan ujian pasca, temubual dan pemerhatian. Pengkaji membuat pemerhatian
untuk melihat sama ada responden dapat mengenal nombor 1 hingga 5 dengan tepat atau
masih memerlukan tindakan intervensi yang lain.

INTERPRETASI DATA
Analisis dan Interpretasi Ujian Pra dan Ujian Pos
Analisis yang dijalankan adalah berdasarkan empat set ujian yang diberikan kepada
responden untuk menguji sejauh mana kemahirannya dalam mengenal nombor. Ujian
pra yang dijalankan merangkumi ujian memadankan nombor dengan bilangan objek ,
menulis nombor berdasarkan bilangan objek dan mengambil bilangan objek berdasarkan
nombor yang disebut oleh pengkaji. Responden juga turut diuji untuk menulis sendiri
nombor yang telah disebutkan oleh pengkaji. Ujian pos pula merupakan soalan set yang
sama namun ujian ini diadakan selepas proses intervensi menggunakan bimbingan
secara individu telah dijalankan. Analisis temu bual adalah berdasarkan temu bual
dengan responden dan pemerhatian pula dianalisis berdasarkan fokus murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran, penglibatan dalam pembelajaran, keseronokan
yang ditunjukkan semasa pembelajaran dan kesungguhan untuk mengenal nombor.
Jadual 6 : Peratus peningkatan penguasaan kemahiran mengenal nombor 1hingga 5
170

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

SOALAN

PERATUSAN (%)
UJIAN PRA

UJIAN POS

PERATUS
PENINGKATAN (%)

S1

60

100

40

S2

20

100

80

S3

80

100

20

S4

20

100

80

Peratus peningkatan ujian pra dan ujian


pos
120
100
80
UJIAN PRA

60

UJIAN POS
40
20
0
S1

S2

S3

S4

Rajah 3 : Perbandingan peratusan peningkatan penguasaan kemahiran mengenal nombor


1 hingga 5 dalam ujian pra dan ujian pos
Berdasarkan graf, dapat dilihat perbandingan peratusan markah bagi ujian pra dan ujian
pos sebelum dan selepas kaedah bimbingan individu diaplikasikan. Responden
menunjukkan peningkatan yang ketara dan dapat menguasai kemahiran mengenal
nombor 1 hingga 5 sepenuhnya. Dalam item yang pertama iaitu memadankan nombor
dengan bilangan objek, sebelum intervensi responden hanya dapat menjawab tiga soalan
menyamai 60%. Namun selepas intervensi, responden telah menunjukkan peningkatan
ketara dan dapat menjawab kesemua soalan. Peratus peningkatan adalah sebanyak 40%.
Dalam kemahiran menulis nombor berdasarkan bilangan objek pula, responden
menghadapi kesukaran pada mulanya. Responden hanya dapat menulis nombor 1 sahaja
mewakili pencapaian sebanyak 20%. Namun selepas intervensi, pencapaian responden
meningkat mendadak dan responden dapat menulis nombor 1 hingga 5 dengan baik.
Peratus peningkatan responden telah meningkat sebanyak 80%. Untuk kemahiran
171

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

mengambil bilangan objek berdasarkan nombor, pencapaian responden adalah sebanyak


80%. Ini kerana responden dapat mengira dengan baik jika ianya nombor dalam urutan
menaik. Dalam kemahiran menyebut nombor yang ditunjukkan oleh guru pula, sebelum
intervensi pencapaian responden adalah sebanyak 20% sahaja dan meningkat kepada
100% selepas intervensi bimbingan individu dijalankan. Perbandingan kesalahan yang
dilakukan semasa ujian pra dan peningkatan dalam ujian pasca boleh dilihat dalam
lampiran 1.
Temubual
Jadual 10 : Transkrip soalan temubual dan respon daripada responden.
BIL
1

SOALAN TEMUBUAL

RESPON

Bagaimana kelas hari ni? Suka tak Suka cikgu.


belajar?

Kenapa cakap suka belajar hari ni?

Boleh main pasir.Boleh tulis-tulis.Di rumah pun


saya selalu main pasir cikgu.

Ingat tak apa yang cikgu ajar tadi?

Ingat. Cikgu ajar tulis nombor.Saya dah pandai


tulis.

Lepas ni, kalau cikgu ajar nombor lain, Nak, nak. Boleh cikgu. Cikgu ajar nombor lain
main pasir, boleh ke?

pula.

Berdasarkan transkrip temubual tersebut, responden menunjukkan minat yang ketara


dan berasa seronok sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

1) Adakah penggunaan kaedah bimbingan secara individu dapat


meningkatkan kemahiran mengenal nombor 1 hingga 5 murid Pendidikan
Khas?
Berdasarkan dapatan data dalam ujian pra dan ujian pasca, dapat dilihat perbandingan
peratusan markah bagi ujian pra dan ujian pos sebelum dan selepas kaedah bimbingan
individu diaplikasikan. Responden menunjukkan peningkatan yang ketara dan dapat
menguasai kemahiran mengenal nombor 1 hingga 5 sepenuhnya. Dalam item ujian yang
pertama iaitu memadankan nombor dengan bilangan objek, sebelum intervensi
172

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

responden hanya dapat menjawab tiga soalan sahaja iaitu menyamai 60%. Namun
selepas intervensi, responden telah menunjukkan peningkatan ketara dan dapat
menjawab kesemua soalan. Peratus peningkatan adalah sebanyak 40%. Dalam
kemahiran menulis nombor berdasarkan bilangan objek pula, responden menghadapi
kesukaran pada mulanya. Responden hanya dapat menulis nombor 1 sahaja mewakili
pencapaian sebanyak 20%. Namun selepas intervensi, pencapaian responden meningkat
mendadak dan responden dapat menulis nombor 1 hingga 5 dengan baik. Peratus
peningkatan responden telah meningkat sebanyak 80%. Untuk kemahiran mengambil
bilangan objek berdasarkan nombor, pencapaian responden adalah sebanyak 20%.
Peningkatannya sedikit kerana dalam ujian pra, responden telah berjaya menjawab
empat soalan dengan betul. Responden sememangnya tidak menghadapi masalah dalam
soalan ini kerana responden dapat mengira dengan baik jika ianya nombor dalam urutan
menaik. Dalam kemahiran menyebut nombor yang ditunjukkan oleh guru pula, sebelum
intervensi pencapaian responden adalah sebanyak 20% sahaja dan meningkat kepada
100% selepas intervensi bimbingan individu dijalankan.
Aspek lain yang turut dikaji untuk mengesan peningkatan kemahiran mengenal nombor
ialah aspek kebolehan menyebut dan menulis nombor. Sebelum intervensi, responden
tidak boleh menyebut nombor yang ditunjukkan oleh guru dan menulis nombot yang
disebut oleh guru kecuali nombor 1. Selepas intervensi, responden boleh menulis
nombor yang disebut pengkaji dengan amat baik. Responden juga boleh membentuk
nombor tersebut menggunakan plastisin dengan mudah. Hal ini membuktikan bahawa
kaedah bimbingan secara individu boleh membantu meningkatkan pencapaian murid
dalam kemahiran mengenal nombor.

2)
Adakah penggunaan kaedah bimbingan secara individu dapat
meningkatkan minat murid Pendidikan Khas dalam menguasai kemahiran
Matematik?
Pengkaji juga telah melakukan pemerhatian terhadap minat dan kesungguhan yang
ditunjukkan oleh responden semasa melakukan kajian bimbingan individu ini. Pengkaji
telah menilai minat responden semasa proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
dua instrumen iaitu pemerhatian dan temubual terhadap responden sendiri.
Sewaktu pemerhatian semasa menjalankan aktiviti pertama iaitu menggunakan kad
nombor dan objek maujud untuk mengira, responden menunjukkan minat kerana
responden dapat menyentuh dan merasa sendiri bentuk setiap nombor. Objek yang
digunakan untuk mengira juga memainkan peranan kerana mungkin sebelum ini,
pengajaran dijalankan secara talk and chalk. Murid sekadar mendengar, melihat dan
membilang nombor tanpa mendapat pengalaman sebenar mengira menggunakan objek.
Berdasarkan pemerhatian dan temubual juga, responden dilihat lebih gembira dan
seronok untuk mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Ini kerana sebelum kaedah ini
dijalankan, sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sekelas yang
lain, responden menangis apabila tidak dapat menjawab soalan yang ditanyakan oleh

173

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

guru. Responden menangis mungkin kerana perasaaan rendah diri kerana hanya dirinya
sahaja yang belum mengenal nombor.
Pengkaji turut memerhatikan kesungguhan responden semasa belajar mengenal nombor.
Responden dilihat begitu bersungguh-sungguh dan tidak putus asa sewaktu melakukan
aktiviti VAKT menulis di atas pasir dan membentuk nombor menggunakan plastisin.
Responden tidak menunjukkan muka bosan malahan gembira dan ternampak riak
bangga apabila dirinya berjaya membentuk nombor yang disuruh oleh pengkaji.
Pengkaji juga telah melakukan temubual yang dilakukan ke atas responen untuk
menguji adakah responden seronok dan boleh menguasai apa yang diajar. Pengkaji
bertanyakan soalah Kamu suka tak belajar hari ini?. Responden menjawab suka dan
responden sememangnya tidak menangis lagi seperti kebiasaanya. Hal ini menunjukkan
bahawa kaedah bimbingan individu ini boleh menarik minat murid dan menjadikan sesi
pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan. Pengkaji juga turut bertanyakan
soalan adakah responden ingat akan apa yang diajar. Responden terus menjawab ingat
dengan yakin dan memberitahunya sudah boleh menulis nombor-nombor tersebut.
Pengkaji turut mengujinya dengan menyuruhnya menulis nombor 3 dan 4 dan responden
boleh menuliskannya dengan baik. Hal ini membuktikan bahawa bahan bantu belajar
yang menarik dapat meningkatkan ingatan dan membuatkan mereka lebih mudah
mengingati apa yang dipelajari.
Antara soalan lain yang ditanya juga adalah Lepas ni, kalau cikgu ajar nombor
lain,main pasir gitu,boleh ke?. Responden terus menjawab boleh dan menunjukkan
minatnya. Ini jelas menunjukkan penggunaan bahan bantu belajar yang menarik dan
berlainan dapat meningkatkan minat dan kesungguhan murid untuk belajar. Apatah lagi
responden merupakan seorang murid Pendidikan Khas yang sudah tentu tidak boleh
diajar menggunakan pendekatan biasa murid normal yang akan membuatkan mereka
cepat bosan dan tidak berminat untuk belajar.
Sebagai kesimpulannya, berdasarkan analisis dan interpretasi data yang telah dilakukan
menggunakan tiga instrumen iaitu temubual, pemerhatian dan ujian pra serta pasca,
terbukti bahawa kaedah bimbingan individu ini berkesan untuk meningkatkan
kemahiran mengenal nombor dan minat murid untuk menguasai kemahiran Matematik.

RUJUKAN
Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis panduan kursus penyelidikan tindakan
Maktab Perguruan. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa da Pustaka. (2007). Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. Kuala
Lumpur: Dawama Sdn. Bhd.
174

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

Ng Ying Shya. (2004). Amalan Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan
Guru-Guru Tenikal Sekolah Menengah Teknik Negeri. Kedah : UTM
Nur Fahira Fauzi. (2012). Kesan Permainan Nombor Ke Atas Kemahiran Mengenal
Nombor 1 Hingga 10.Terengganu : Institut Pendidikan Guru (IPG) kampus Dato
Razali Ismail.
Christina Agang. (2005). Nombor Oh Nombor. Sarawak : KPKM MP Batu Lintang
Azizi Bin Yahaya & Syazwani Binti Abdul Razak. (2012).Kaedah-Kaedah Teori
Berkaitan Gaya Pembelajaran Dan Kaedah Pengajaran. Johor : Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Benjamin Anak Kibong. (2005) Buta Nombor. Sarawak :Prosiding Seminar
Penyelidikan Tindakan Tahun 2005
Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah. (2007). Panduan Pendidikan Prasekolah:
Selangor. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

175

Anda mungkin juga menyukai