Anda di halaman 1dari 12

NERACA NOMBOR MENINGKATKAN KEMAHIRAN HASIL TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 20

BAGI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN


Intan Maisyarah Bt Abdull Aziz
sarah90_intan@yahoo.com
Tuan Haji Mohamad Fauzi Bin Hamid
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang dijalankan di salah sebuah sekolah di Alor Setar.
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhmanakah penggunaan Neraca Nombor
membantu meningkatkan kemahiran hasil tambah dalam lingkungan 20 bagi murid bermasalah
pembelajaran. Kajian ini melibatkan seramai 3 orang orang murid sebagai responden. Data
dikumpul melalui pemerhatian, analisis hasil dokumen dan soal selidik dengan menggunakan
analisis diskriptif iaitu menggunakan skor dan peratusan. Hasil menunjukkan bahawa masalah
kemahiran pranombor dan nombor bulat serta menambah dalam lingkungan 20 adalah sangat
lemah kerana responden tidak dapat menggunakan pembilang mahu pun jari dengan tepat semasa
menjalankan operasi tambah. Bagi mengatasi masalah ini, Neraca Nombor digunakan sebagai
bahan bantu mengajar untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih baik dan berkesan
kepada responden. Dalam kajian ini, murid diberikan intervensi secara ansur maju dan latih tubi
bagi membantu meningkatkan kemahiran hasil tambah dalam lingkungan 20.
1.0
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Matematik dan kemahiran menyelesaikan masalah merupakan keperluan bagi pembelajaran seumur hidup. Menurut
Nik Aziz, (1996) di dalam Effandi Zakaria et al., (2007), guru Matematik haruslah mampu mengatasi dan
menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan bijaksana. Guru perlulah
memainkan peranannya bagi memastikan murid dapat mempelajari Matematik dengan sebaik mungkin dan
mengatasi masalah mempelajari kemahiran asas Matematik dengan berkesan.
Kemahiran asas Matematik merupakan satu aspek yang sangat penting perlu dikuasai oleh seseorang
murid. Kemahiran-kemahiran asas tersebut terdiri daripada kemahiran pranombor, mengenal nombor, operasi asas
dan sebagainya. Salah satu kemahiran asas Matematik ialah kemahiran menambah iaitu operasi yang
mencantumkan dua nombor untuk menghasilkan nombor ketiga iaitu jumlah atau hasil tambah.
1.2
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Saya telah ditugaskan untuk mengajar di sebuah sekolah di daerah Kota Setar. Di sekolah ini terdapat 6 kelas bagi
Program Pendidikan Khas Integrasi. Semasa mengajar komponen Matematik bagi kelas Saintis, saya mendapati 3
daripada 9 orang murid tidak menguasai kemahiran membilang nombor dalam tertib menaik dan menurun. Saya
telah membuat satu ujian ringkas iaitu Ujian Diagnostik merangkumi subtopik-subtopik dalam kedua-dua kemahiran
tersebut bagi mengesahkan lagi masalah yang dihadapi oleh ketiga-tiga murid berkenaan.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pertama dijalankan, iaitu berkaitan kemahiran hasil tambah
dalam lingkungan 9 saya telah menggunakan objek bagi memudahkan mereka memahami konsep penambahan.
Pendekatan yang saya gunakan untuk mereka mengira adalah dengan menggunakan teknik counting on iaitu
mengira menggunakan pembilang yang menggunakan bahan-bahan maujud seperti jari murid, bintang, kulit kerang
dan kayu aiskrim sebagai objek pembilang. Saya mendapati bahawa semua murid dapat memahami konsep
penambahan dan dapat menyelesaikan lembaran kerja dengan betul. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
kedua dijalankan iaitu berkaitan kemhiran hasil tambah dalam lingkungan 20 dengan menggunakan teknik counting
on, saya telah mendapati 3 daripada 9 orang murid menghadapi masalah untuk menyelesaikan soalan-soalan yang
diberikan. Berdasarkan pemerhatian yang saya dilakukan, 3 orang murid tersebut menunjukkan cara mereka
mengira dengan menggunakan jari. Masalah dikesan apabila penambahan melibatkan jumlah yang melebihi nilai
10.
Apabila murid mengira dengan menggunakan pembilang pula, kekeliruan mulai timbul apabila mereka
terus menambah bilangan pembilang kepada kumpulan pembilang yang pertama tanpa mencampurkan kedua-dua
bilangan pembilang mengikut nilai nombor yang diberikan dalam soalan. Oleh itu, murid tidak dapat mencari
jawapan bagi operasi tambah yang diberikan dengan menggunakan pembilang.

Berdasarkan temu bual tidak berstruktur yang saya laksanakan bersama Puan Salmah guru yang mengajar
Matematik di kelas tersebut, saya mendapat maklumat bahawa ketiga-tiga murid berkenaan tidak dapat menentukan
nilai pembilang dalam dua kumpulan mengikut nombor yang diberikan dalam sesuatu soalan operasi penambahan.
Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat mendapat jawapan yang tepat bagi operasi tambah yang diberi.
1.3
Pengumpulan Data Awal
Bagi mengumpul data awal, pengkaji telah mendapatkan maklumat-maklumat daripada beberapa sumber seperti
semakan data ujian diagnostik murid, pemerhatian di dalam kelas, semakan hasil kerja murid dan temubual secara
tidak berstruktur.
Sebelum pengajaran bermula bersama murid, pengkaji telah menjalankan suatu Ujian Diagnostik
Matematik ke atas 9 orang murid dari kelas Saintis untuk menentukan daerah kelemahan atau kemahiran yang teleh
mereka kuasai. Ujian tersebut ditadbir ke atas 9 orang murid selama 60 minit dengan pelbagai tahap kemahiran
yang diuji dari mudah ke sukar. Hasil ujian menunjukkan bahawa 3 orang murid mengalami masalah menyusun
nombor dalam tertib menaik dan menurun serta mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran hasil tambah
dalam lingkungan 20 tanpa menggunakan gambar atau pembilang.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan terhadap 9 orang murid dengan menggunakan borang senarai
semak, 3 daripada 9 orang murid yang dibuat pemerhatian tidak dapat menguasai kemahiran menambah sama ada
yang melibatkan nombor 1 digit dengan nombor 1 digit yang lain mahu pun antara nombor 2 digit dengan nombor 1
digit dalam lingkungan 20.
Selain itu, semakan yang dibuat ke atas hasil kerja murid menunjukkan bahawa 3 daripada 6 orang murid
yang diberikan soalan penambahan yang hasilnya dalam lingkungan 20 memberikan jawapan yang salah. Apabila
pengkaji memberikan soalan bagi operasi tambah dalam lingkungan 9, murid masih dapat memberikan jawapan
yang betul. Berbeza pula apabila pengkaji mengemukakan soalan operasi tambah nombor 1 digit dengan nombor 1
digit dalam lingkungan 20 secara bertulis, murid mula memberikan jawapan-jawapan yang tidak tepat.
Pengkaji mendapatkan maklumat mengenai murid yang tidak dapat menguasai kemahiran hasil tambah
dalam lingkungan 20 daripada guru Matematik yang pernah mengajar mereka pada tahun lepas. Daripada temu bual
yang dijalankan, guru tersebut telah memaklumkan bahawa murid berkenaan sememangnya masih keliru untuk
menggunakan objek sebagai pembilang dalam operasi tambah kerana masalah ingatan yang agak lemah dan tidak
memahami konsep menambah lagi bilangan pembilang mengikut nombor yang perlu ditambah.
2.0
FOKUS KAJIAN
2.1
Huraian Fokus Kajian
Kemahiran dalam operasi menambah merupakan aspek penting yang perlu dikuasai oleh murid dalam sesuatu
penyelesaian masalah. Di samping itu, kemahiran ini dapat meningkatkan lagi perkembangan kognitif murid supaya
lebih cepat untuk menyelesaikan masalah yang sering berlaku dalam kehidupan. Krulik dan Rudnick (1980) dalam
Effandi Zakaria et al. (2007) mendefinisikan masalah sebagai kenyataan atau situasi dalam kehidupan seharian yang
memerlukan penyelesaian akan tetapi cara penyelesaian itu tidak begitu nyata atau ketara.
Pengkaji telah mengenal pasti beberapa sebab yang mendorong murid menghadapi masalah dalam
kemahiran menyusun nombor dalam urutan menaik dan menurun serta menambah nombor dalam lingkungan 20.
Antaranya, murid tidak memahami konsep urutan nombor malah hanya menghafalnya sahaja. Murid juga tidak
dapat menggunakan objek seperti jari dan pembilang. Oleh itu, pengkaji telah memilih bahan bantu mengajar yang
lebih sesuai dan dapat digunakan mengikut kemampuan murid itu sendiri.
Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah mengambil kira beberapa aspek untuk menilai sejauh mana
kajian yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan lancar. Antara aspek yang dinilai adalah seperti kebolehtadbiran,
kebolehgunaan, kerelevenan, kawalan, kolaborasi dan kepentingan kepada pengkaji dan murid.
Sepanjang sesi pengajaran bagi menjalankan intervensi tersebut, pengkaji dapat melaksana, mentadbir serta
mengurus segala perkara yang berkaitan dengan sempurna. Sebelum menjalankan intervensi, pengkaji telah
mengadakan perbincangan bersama-sama guru yang mengajar Matematik bagi kelas tersebut tentang jadual waktu,
tempat, tingkah laku murid, peralatan dan sebagainya. Perbincangan ini adalah bagi mendapatkan maklumat awal
bagi memastikan segala masalah yang berlaku dapat diselesaikan dengan cepat tanpa sebarang halangan.
Bahan bantu mengajar serta intervensi yang dijalankan mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi. Hal
ini kerana murid telah menggunakan bahan yang disediakan mengikut langkah-langkah intervensi yang digariskan
kepada mereka dengan sendiri. Cara penggunaan bahan yang mudah dan menarik membolehkan murid
mengaplikasikannya dengan baik sehingga dapat menyelesaikan masalah mereka dalam kemahiran yang telah
difokuskan tersebut. Murid lain yang bermasalah dalam menjalankan operasi tambah juga menggunakan bahan
tersebut semasa sesi pembelajaran mereka.

Fokus kajian yang ditetapkan telah dipengaruhi oleh tahap kerelevanan bahan bantu mengajar dan
intervensi yang dicadangkan ini dengan pihak sekolah dan murid bermasalah pembelajaran. Hal ini kerana, murid di
sekolah sering mengalami masalah dalam subjek matematik termasuklah operasi tambah. Oleh itu, penggunaan
bahan bantu mengajar dan intervensi ini telah dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut dengan lebih mudah
dan sebagai asas kepada mereka untuk menyelesaikan operasi tambah berkenaan.
Bahan bantu mengajar yang dijalankan tersebut juga dapat menggalakkan murid berkolaborasi antara satu
sama lain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa menggunakan intervensi, murid dibenarkan untuk
membantu rakan mereka yang menghadapi kesukaran. Murid juga dapat berkolaborasi bersama dengan guru
melalui bimbingan yang diberikan bagi menyelesaikan soalan operasi tambah.
Selain itu, bahan bantu mengajar tersebut dapat dikawal dengan mudah oleh murid. Bagi menggunakan
intervensi, murid perlu menggunakan kemahiran koordinasi mata dan tangan dengan baik. Murid tidak perlu
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain semasa menggunakan intervensi dan dapat memudahkan guru
melaksanakan kawalan kelas dengan baik.
Bahan bantu mengajar tersebut juga mempunyai kepentingannya yang tersendiri terhadap murid. Bahan
tersebut adalah penting bagi murid yang tidak dapat menambah nombor sama ada dengan menggunakan pembilang
atau menyelesaikannya dalam bentuk lazim.
2.2 Tindakan/Intervensi
Tindakan atau intervensi merupakan langkah yang diambil untuk mengelakkan atau mengatasi sesuatu masalah.
Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid, pengkaji telah memperbaiki amalannya dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran melalui kajian yang dijalankan ini. Pengkaji telah memperkenalkan Neraca Nombor
seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 1 yang dapat membantu murid menguasai kemahiran dalam urutan nombor
dan kemahiran hasil tambah dalam lingkungan 20. Bahan tersebut telah diadaptasikan daripada konsep penimbang
yang digunakan untuk mengukur berat sesuatu barang. Alat ini dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah penambahan menggunakan konsep imbangan. Konsep imbangan merujuk kepada proses meletakkan 2
pemberat yang mempunyai nilai berat yang sama supaya penimbang tersebut dapat diseimbangkan.

Kad nombor
40cm
40cm

85cm
85cm

Tiang

Tapak

Rajah 1 : Neraca Nombor


Neraca Nombor merupakan bahan yang berfungsi sebagai alat penimbang yang diperbuat daripada kayu
sebagai bahan utamanya. Neraca ini mempunyai tapak untuk menjadi penyokong kepada pembaris yang ditanda di
kanan dan kirinya nombor bermula 0 hingga 20 di kedua-duanya dengan warna hijau dan merah. Kad nombor yang
berwarna hijau mewakili soalan operasi tambah manakala kad nombor yang berwarna merah mewakili jawapan bagi
operasi tambah. Kad-kad nombor tersebut dan pembaris boleh dibuka dan dipasang semula apabila hendak
digunakan. Bahan bantu mengajar ini telah digunakan untuk kemahiran menyusun urutan nombor kerana murid
perlu menyusun kad-kad nombor terlebih dahulu pada neraca tersebut mengikut skala yang telah ditanda. Di
samping itu, bahan bantu mengajar ini juga digunakan bagi membantu murid yang mengalami kesukaran untuk
menambah nombor dalam lingkungan 20. Murid perlu meletakkan objek yang dijadikan pemberat pada cangkuk
yang terdapat di neraca. Objek pertama dan kedua diletakkan di sebelah kiri mereka pada neraca dan mengikut
nombor yang diberi dalam soalan pada kad ayat Matematik. Kemudian, murid dikehendaki meletakkan pula satu
lagi objek di sebelah kanan mereka pada neraca dengan menggunakan kaedah cuba jaya iaitu dengan menggerakkan

objek berkenaan dari satu cangkuk ke cangkuk yang lain sehingga neraca tersebut menjadi stabil. Apabila neraca
tersebut stabil, murid berkenaan akan memperoleh jawapan atau hasil tambah nombor yang diberikan berpandukan
angka yang tertera pada neraca.
3.0
OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
3.1
Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran hasil tambah dalam lingkungan 20 bagi murid bermasalah
pembelajaran menggunakan Neraca Nombor.
3.2
Soalan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan kajian berikut:
Adakah kemahiran hasil tambah dalam lingkungan 20 bagi murid bermasalah pembelajaran dapat
ditingkatkan menggunakan Neraca Nombor?
4.0
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini telah melibatkan 3 orang responden dari kelas Saintis di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi di
sebuah sekolah di daerah Kota Setar. Ciri-ciri responden berkenaan dapat dilihat melalui Jadual 1 di bawah :
Jadual 1 : Ciri-ciri responden
RESPONDEN

JANTINA

KATEGORI

Lelaki

Slow learner dan


hiperaktif

CIRI-CIRI

Perempuan

Slow learner

Perempuan

Slow learner

Kurang memberikan
tumpuan.
Lemah ingatan.
Tertarik dengan bahanbahan maujud.
Suka bercakap.
Suka bercakap.
Mudah hilang fokus.
Lemah ingatan.
Tidak aktif.
Mematuhi arahan.

5.0
PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN
5.1
Langkah-langkah Tindakan
5.1.1
Langkah 1 : Menyusun Kad
Langkah pertama yang telah pengkaji jalankan kepada responden ialah menyediakan Neraca Nombor dan dua set
kad nombor kepada responden. Responden diberi arahan untuk meletakkan satu set kad nombor yang berwarna
hijau mengikut urutan menaik bermula angka 1 hingga 20 di sebelah kiri responden pada neraca tersebut mengikut
skala yang telah ditandakan. Setelah siap, responden diarahkan untuk meletakkan satu lagi set kad nombor yang
berwarna merah di sebelah kanan responden pada neraca berkenaan dalam urutan menurun pula iaitu dari 20 hingga
1. (Rajah 2)

Rajah 2 : Proses menyusun kad.

Setelah itu, sebagai aktiviti pengukuhan, pengkaji telah melakukan aktiviti menulis nombor di udara
bersama responden. Pengkaji akan menyebut nombor secara lisan bermula dari 0 hingga 20 dan responden telah
menggerakkan jari mereka untuk menulis nombor tersebut di udara dengan menggunakan jari mereka.
5.1.2
Langkah 2 : Meletak Objek
Langkah seterusnya yang telah pengkaji lakukan ialah memberikan kad ayat Matematik bagi operasi tambah kepada
responden. Pengkaji telah menyediakan magnet sebagai objek pemberat untuk diletakkan oleh responden pada
neraca berkenaan. Berdasarkan nombor yang terdapat pada kad ayat Matematik, responden telah meletakkan
pemberat pada cangkuk besi mengikut nombor yang diberikan dalam kad tersebut di sebelah kiri responden pada
neraca contohnya, bagi ayat Matematik 5 + 7 = , responden telah meletakkan pemberat pada neraca di sebelah
kirinya iaitu pada nombor 5 terlebih dahulu dan kemudian meletakkan pula pemberat pada nombor 7. Apabila
kedua-dua pemberat telah disangkut, neraca tersebut menjadi condong dan memberat di sebelah kiri. (Rajah 3).
Langkah seterusnya yang telah dilakukan oleh responden adalah untuk menstabilkan semula neraca berkenaan.

5+7

Rajah 3 : Proses meletak objek


5.1.3
Langkah 3 : Cuba Jaya
Langkah ketiga yang telah dilakukan oleh responden ialah melakukan kaedah cuba jaya bagi mendapatkan hasil
operasi tambah bagi ayat Matematik tersebut. Responden telah menggunakan kaedah cuba jaya dengan meletakkan
pemberat pada neraca di sebelah kanan mereka. Responden telah meletakkan pemberat di setiap nombor satu demi
satu sehingga dapat menstabilkan neraca tersebut. Apabila neraca tersebut stabil, secara tidak langsung responden
telah memperoleh jawapan berdasarkan pemberat yang telah diletakkan pada nombor yang tertentu contohnya,
pemberat yang diletakkan pada nombor 12 yang telah menstabilkan neraca berkenaan dapat memberikan jawapan
kepada operasi tambah yang telah dikemukakan tadi. (Rajah 4)

12

Rajah 4 : Proses cuba jaya


5.2 Cara Mengumpul Data
5.2.1
Pemerhatian
Bagi mengumpul data kajian, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian terhadap responden. Pemerhatian
dilakukan semasa sesi interaksi pengajaran dan pembelajaran yang pertama. Aspek yang diperhatikan ialah tempoh
masa responden menjawab soalan yang direkodkan dalam unit saat bagi memastikan lagi kejituan masa yang
diperoleh dan ketepatan responden memberikan jawapan sama ada betul () atau salah (X) dengan menggunakan
borang senarai semak. Pemerhatian ini dilakukan bertujuan untuk melihat kemampuan responden menggunakan
Neraca Nombor. Terdapat dua cara untuk mendapatkan data melalui kaedah pemerhatian iaitu pemerhatian
berstruktur dan tidak berstruktur (Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud, 2011). Dalam pemerhatian tersebut,

pengkaji telah memberikan 4 keping kad ayat matematik dan responden telah diminta untuk menjawab soalan
tersebut menggunakan Neraca Nombor.
5.2.2
Analisis Dokumen
Selain itu, pengkaji telah menggunakan analisis yang diberikan dalam bentuk lembaran kerja kepada responden bagi
mendapatkan data mengenai kajian ini. Soalan-soalan tugasan yang telah pengkaji sediakan kepada responden dapat
menguji kemahiran yang telah difokuskan dari aspek kemahiran menjawab soalan dan tempoh menjawab bagi
semua soalan tersebut dengan menggunakan bahan dan intervensi yang disediakan. Pemerhatian tersebut telah
dijalankan di dalam kelas sebanyak 3 kali interaksi pengajaran dan pembelajaran bersama 3 orang responden
berkenaan dengan menggunakan borang senarai semak. Tugasan tersebut telah diberikan secara bertulis kepada
responden dalam tempoh masa kira-kira 15 minit bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.
5.2.3
Soal Selidik
Soal selidik ialah alat atau instrumen yang digunakan untuk mengukur tingkah laku responden. Pengkaji telah
menjalankan soal selidik ini bersama-sama responden dalam tempoh masa 5 minit setelah responden menjalani
intervensi semasa sesi interaksi yang terakhir.
Item-item soal selidik ini disediakan bagi mendapatkan maklumat mengenai perasaan dan kebolehan responden
ketika menggunakan Neraca Nombor yang jarang digunakan oleh mereka. Maklumat tersebut telah direkodkan
dalam borang yang telah disediakan. Terdapat 4 item soalan yang disenaraikan dalam borang soal selidik tersebut.
Item-item tersebut terdiri daripada:
1. Adakah murid gembira menggunakan Neraca Nombor?
2. Adakah Neraca Nombor mudah dan senang untuk digunakan?
3. Adakah murid dapat menggunakan Neraca Nombor dengan baik dalam aktiviti pembelajaran?
4. Adakah Neraca Nombor dapat membantu murid menyelesaikan operasi tambah?
6.0
DAPATAN: ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Setiap kajian yang dijalankan perlu dikemukakan dengan bukti-bukti yang kukuh dan sah bagi memastikan kajian
tersebut mempunyai tahap ketepatan, kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi. Melalui dapatan data yang telah
dikumpul,pengkaji telah menggunakan kaedah analisis pemerhatian, analisis hasil tugasan dan analisis borang soal
selidik untuk menganalisis data tersebut.
6.1
Analisis Pemerhatian
Instrumen pertama yang telah pengkaji gunakan ialah pemerhatian. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian dalam
kajian tindakan ini untuk melihat kesesuaian penggunaan Neraca Nombor dalam meningkatkan kemahiran hasil
tambah tambah dalam lingkungan 20.
Pemerhatian pertama dilakukan untuk menilai kemampuan responden menguasai penggunaan Neraca
Nombor yang dilihat melalui tempoh masa yang diambil oleh responden menjawab soalan dan ketepatan responden
memberikan jawapan sama ada betul () atau salah (X). (Lampiran 4).
Berdasarkan pemerhatian ini, pada peringkat awal penggunaan Neraca Nombor, responden mengambil
masa yang agak lama untuk mendapatkan jawapan bagi dua soalan yang diberikan. Namun begitu, responden dapat
menjawab dua soalan yang seterusnya dalam tempoh masa yang semakin pendek. Hasil pemerhatian telah dianalisis
di dalam Jadual 2 di bawah.
Jadual 2 : Masa yang diambil oleh responden untuk menjawab soalan

Responden / Tempoh Masa (saat)


Bil.

Soalan

1.

Responden A

Responden B

Responden C

6+5=

120 saat

163 saat

90 saat

2.

3+6=

120 saat

160 saat

78 saat

3.

9+4=

84 saat

137 saat

70 saat

4.

5+8=

80 saat

123 saat

62 saat

Berdasarkan analisis pemerhatian pertama, dalam Jadual 2 didapati bagi soalan 1, responden A mengambil
masa untuk menjawab soalan tersebut selama 120 saat, responden B selama 163 saat dan responden C selama 90
saat. Masa yang diambil oleh responden B untuk menjawab soalan 1 adalah paling lama berbanding masa yang
diambil oleh responden A dan responden C kerana responden B sukar menumpukan perhatiannya terhadap
intervensi yang dijalankan.
Kemudian, bagi soalan 2, responden A yang dikategorikan sebagai slow learner dan mempunyai sedikit
ciri-ciri hiperaktif mengambil masa selama 120 saat untuk menjawab soalan tersebut dan responden B mengambil
masa selama 160 saat. Responden C menjawab soalan 2 selama 78 saat kerana responden C mematuhi arahan yang
diberikan oleh pengkaji semasa di awal sesi interaksi. Masa yang diambil oleh responden A, B dan C menjawab
soalan 3 ialah selama 84 saat, 137 saat dan 70 saat.
Responden A, B dan C masing-masing mengambil masa yang semakin singkat bagi menjawab soalan 4
iaitu 5 + 8 =. Responden A menjawab soalan 4 selama 80 saat, responden B selama 123 saat dan responden C
mengambil masa yang paling singkat iaitu 62 saat setelah melakukan beberapa kali intervensi. Perbezaan masa yang
diambil oleh responden A semasa menjawab soalan 1 dan 4 adalah selama 40 saat menunjukkan bahawa responden
A berjaya melakukan intervensi dengan lebih cepat kerana responden A merupakan seorang responden yang mudah
belajar. Sementara itu, responden C merupakan seorang responden yang mempunyai kemampuan yang sangat baik
dalam pelajarannya kerana dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dalam tempoh masa yang semakin singkat
berbanding responden A dan B dengan tempoh masa menjawab soalan antara 90 saat hingga 62 saat sahaja.
Berdasarkan Jadual 2 tersebut, dapat dirumuskan bahawa responden A, B dan C dapat menjawab keempatempat soalan operasi tambah yang diberikan dalam tempoh masa yang semakin singkat walaupun pada awalnya
mereka menghadapi kesukaran untuk melakukan intervensi.
Dalam pemerhatian yang dilakukan itu juga, ketepatan responden menjawab soalan tambah dalam
lingkungan 20 dengan bantuan Neraca Nombor dapat dilihat. Jadual 3 di bawah menerangkan analisis pemerhatian
tersebut.
Jadual 3 : Ketepatan jawapan yang diberikan oleh responden
Ketepatan jawapan ( / x )
Responden

Soalan 1

Soalan 2

Soalan 3

Soalan 4

Data di atas menunjukkan bahawa terdapat 2 kesalahan semasa menjawab soalan 1 yang dilakukan oleh 2 orang
responden iaitu responden A dan B yang tidak dapat menjawab soalan operasi tambah dengan betul dan tempoh
masa menjawab soalan yang paling lama berbanding responden C kerana tidak dapat memahami konsep
penggunaan intervensi tersebut dengan baik berikutan pertama kali menggunakannya. Terdapat 1 kesalahan yang
dilakukan oleh responden B semasa menjawab soalan 2 kerana tidak mengingati langkah-langkah semasa
melakukan intervensi dengan betul sehingga menyebabkan responden B mendapat jawapan yang salah bagi soalan
2. Bagi soalan 3, responden B masih melakukan kesilapan dan menyebabkan terdapat 1 kesalahan semasa
responden menjawab soalan 3 tersebut kerana responden B masih mengulangi kesilapan yang sama semasa
menjalankan intervensi. Bagi soalan 4, responden A, B dan C menjawab soalan tersebut dengan betul kerana telah
menguasai intervensi yang dijalankan dengan baik.
Secara keseluruhannya, responden dapat menjawab soalan operasi tambah yang diberikan dengan betul setelah
menguasai langkah-langkah intervensi dengan betul. Hasilnya, responden A, B dan C telah menjawab soalan 4
dengan betul iaitu setelah berjaya memahami dan melakukan cara menjalankan intervensi yang betul dan sekaligus
dapat membuktikan bahawa intervensi yang dilakukan oleh responden A, B dan C telah membantu meningkatkan
kefahaman mereka untuk menyelesaikan hasil tambah dalam lingkungan 20.
6.2 Analisis Dokumen
Dokumen tugasan yang berbentuk lembaran kerja diberikan kepada responden setiap kali mereka selesai menjalani
aktiviti intervensi. Tugasan ini mengandungi 10 soalan operasi tambah yang hasilnya adalah dalam lingkungan 20.

Data yang telah dikumpulkan pula direkodkan dalam bentuk peratus dan dicatatkan dalam Jadual 4.
Berdasarkan markah yang diperoleh, analisis keputusan dari Jadual 4 menunjukkan bahawa responden A, B dan C
boleh menjawab soalan yang diberikan kerana ketiga-tiga respoden ini telah menjalani intervensi kali pertama
dengan menggunakan Neraca Nombor dalam aktiviti Meletak Objek dan Cuba Jaya.
Jadual 4 : Analisis ketiga-tiga hasil tugasan
Tugasan

Peratus
markah
betul

Peratus
markah
betul
Tugasan
2

Peratus
markah
betul

Responden

Tugasan
1

Tugasan
3

8/10

80%

8/10

80%

10/10

100%

6/10

60%

7/10

70%

8/10

80%

9/10

90%

10/10

100%

10/10

100%

Merujuk kepada jadual 4 di atas, semasa sesi interaksi pertama dijlankan iaitu apabila pengkaji memberikan
tugasan 1, responden A berjaya menjawab 8 daripada 10 soalan tambah yang diberi dengan betul. Responden B
menunjukkan prestasi yang agak lemah pada peringkat awal iaitu berjaya menjawab hanya 6 daripada 10 soalan
dengan betul. Responden C berjaya menjawab 9 daripada 10 soalan dengan betul dalam tugasan 1. Berdasarkan
semakan hasil tugasan 1, responden A mendapat markah sebanyak 80%, responden B mendapat markah sebanyak
60% sementara responden C mendapat markah sebanyak 90%. Semasa sesi interaksi pertama ini, pengkaji telah
meminta setiap responden menjawab soalan operasi tambah yang diberikan iaitu tugasan 1 (Lampiran 6).
Berdasarkan keputusan yang diperoleh, pengkaji mendapati terdapat responden yang masih belum menguasai
aktiviti tersebut dan hal ini mendorong pengkaji untuk memberikan lagi latihan kepada responden dalam bentuk
lembaran kerja yang lain.
Pengkaji telah memberikan tugasan 2 kepada responden A, B dan C (Lampiran 7). Berdasarkan hasil
tugasan tersebut, terdapat peningkatan penguasaan responden dalam kemahiran hasil operasi tambah dalam
lingkungan 20 yang dibuktikan melalui keputusan tugasan yang diberikan selepas tamat sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi sesi interaksi kedua. Bagi tugasan 2, responden A berjaya menjawab 8 daripada 10 soalan
tambah yang diberi dengan betul. Setelah menjalankan aktiviti selanjutnya pada interaksi kedua, responden B
menunjukkan peningkatan dalam amalan penggunaan intervensi bagi menyelesaikan operasi tambah. Responden B
dapat memberikan 7 daripada 10 jawapan berdasarkan soalan yang diberi dengan betul dalam tugasan 2. Pengkaji
mendapati bahawa responden C telah menunjukkan kemajuan dengan memberikan jawapan yang betul bagi
keseluruhan 10 soalan operasi tambah yang diberikan dalam tugasan 2 kerana kemampuan daya kefahaman yang
diperolehi oleh responden C semasa interaksi kali pertama dan kedua menggunakan Neraca Nombor. Keputusan
markah yang diperoleh menunjukkan peningkatan jika dibandingkan dengan keputusan markah bagi tugasan 1
khususnya markah responden B dan C. Markah yang diperolehi responden A adalah sama dengan keputusan
tugasan 1 iaitu sebanyak 80%. Responden yang menunjukkan peningkatan markah merupakan responden B dan C
iaitu masing-masing mendapat markah sebanyak 70% dan 100%.
Pengkaji mendapati dua orang responden iaitu responden B dan C semakin memberikan respon yang positif
terhadap soalan-soalan operasi tambah yang dikemukakan. Seterusnya, pengkaji telah memberikan lagi tugasan
kepada semua responden untuk melihat sama ada mereka benar-benar telah menguasai kemahiran operasi tambah
seperti yang telah difokuskan atau masih menghadapi masalah untuk menyelesaikannya iaitu dalam tugasan 3
(Lampiran 8). Berdasarkan semakan terhadap tugasan 3, pengkaji mendapati responden A dan C telah
menunjukkan kemajuan dengan memberikan jawapan yang betul bagi keseluruhan 10 soalan operasi tambah yang
diberikan dan responden B dapat memberikan 8 daripada 10 jawapan dengan betul. Berdasarkan markah bagi
tugasan ini, responden A telah menunjukkan peningkatan markah dengan mendapat markah penuh iaitu 100% .
Responden B sekali lagi telah menunjukkan peningkatan markah iaitu dengan mendapat 80% berbanding
sebelumnya iaitu 70%. Responden C masih berjaya mengekalkan markah tugasannya iaitu dengan mendapat

markah penuh. Berdasarkan hasil tugasan 3, markah yang diperoleh oleh responden A, B dan C menunjukkan kesan
intervensi yang dijalankan dapat meningkatkan pencapaian ketiga-tiga responden tersebut dalam setiap tugasan yang
diselesaikan oleh mereka. Keputusan yang lebih jelas telah pengkaji rekodkan melalui rajah di bawah (Rajah 5).

76.7%

83.3%

93.3%

Rajah 5 : Graf keputusan hasil tugasan dan purata peratus skor


Sehubungan itu, berdasarkan graf bar dalam Rajah 7 di bawah menunjukkan perubahan pencapaian
responden A, B dan C yang dapat dilihat melalui tugasan yang berbentuk lembaran kerja yang diberikan oleh
pengkaji. Bar yang berwarna biru adalah mewakili responden A. Sementara itu, bar yang berwarna merah adalah
mewakili responden B manakala bar yang berwarna hijau mewakili responden C. Paksi x menunjukkan tugasan
yang disiapkan oleh ketiga-tiga responden manakala paksi y menunjukkan skor markah yang diperoleh oleh setiap
responden dalam setiap tugasan.
Pada peringkat awal penggunaan intervensi, purata peratus skor yang diperoleh oleh responden A, B dan C
dalam tugasan 1 ialah sebanyak 76.6%. Responden C mendapat skor yang tertinggi dalam tugasan 1 jika
dibandingkan dengan responden A dan responden B dengan mendapat skor sebanyak 9 walaupun pada peringkat
awal penggunaan intervensi ini kerana responden C dapat mematuhi arahan untuk menggunakan intervensi dengan
tepat dan mematuhi arahan pengkaji untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
Berdasarkan tugasan 2, purata peratus skor bagi ketiga-tiga responden dalam telah meningkat kepada
83.3% berbanding purata peratus skor bagi tugasan 1. Responden A tidak menunjukkan peningkatan manakala
responden B mula menunjukkan peningkatan apabila dapat menjawab soalan dalam tugasan 2 dengan mendapat
sebanyak 7 skor dan begitu juga dengan responden C yang turut meningkat pencapaiannya dengan mendapat skor
yang penuh iaitu 10.
Terdapat peningkatan dari segi purata peratus skor responden A, B dan C dalam tugasan 3 kerana masingmasing telah mendapat skor yang lebih banyak berbanding tugasan-tugasan yang sebelumnya iaitu sebanyak 93.3%.
Responden A, B dan C menunjukkan peningkatan dalam jumlah skor yang diperoleh.
Secara keseluruhannya, purata peratus skor bagi tugasan 1, tugasan 2 dan tugasan 3 telah meningkat seiring
dengan peningkatan skor yang diperolehi responden A, B dan C dalam setiap tugasan yang diberikan. Pengkaji
mendapati semua responden semakin mahir menggunakan intervensi yang disediakan dan lebih memudahkan
mereka menjawab soalan operasi tambah yang diberikan.
6.2.1
Perbandingan Min Masa Bagi Setiap Tugasan
Catatan masa diambil telah diambil oleh pengkaji ketika responden melakukan intervensi dan menyiapkan tugasan
yang diberikan. Catatan masa menjawab soalan tugasan bagi setiap sesi interaksi direkodkan di dalam borang
senarai semak. Min masa menyelesaikan soalan bagi setiap tugasan dicari bagi tujuan mendapatkan perbandingan

masa untuk ketiga-tiga tugasan tersebut. Pengkaji telah menggunakan jam randik untuk merekod masa sebagai alat
pengukur. Data yang telah dikumpul direkodkan dalam unit saat dan dicatatkan dalam Jadual 5.
Jadual 5 : Min masa murid menyiapkan tugasan
Min masa (saat)/ soalan*
Responden

Tugasan 1

Tugasan 2

Tugasan 3

84

82

81

132

98

95

62

60

60

*Berdasarkan bacaan pada jam randik


Secara keseluruhannya, setiap responden berjaya menunjukkan peningkatan kecekapan mereka dalam
menggunakan neraca nombor berdasarkan min masa yang semakin singkat semasa menjawab satu-satu soalan
operasi tambah yang diberikan.
6.3 Analisis Borang Soal Selidik
Selepas menjalankan beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan intervensi bersama responden,
pengkaji telah menjalankan soal selidik kepada responden A, B dan C. Pengkaji telah merekod data bagi soal selidik
ini di dalam borang yang telah disediakan dan telah dianalisis melalui Jadual 6 di bawah.
Pengkaji mendapati bahawa responden A, B dan C memberikan respon positif terhadap penggunaan
intervensi ini. Responden A, B dan C berasa gembira semasa menggunakan Neraca Nombor yang disediakan kerana
mereka dapat menyusun kad-kad nombor pada Neraca Nombor.
Jadual 6 : Analisis borang soal selidik
Responden / Keputusan Soal Selidik (YA/TIDAK)
Bil.

Item

Responden A

Responden

Responden C

1.

Adakah murid gembira menggunakan


Neraca Nombor?

YA

YA

YA

2.

Adakah Neraca Nombor mudah dan senang


untuk digunakan?

YA

TIDAK

YA

3.

Adakah murid dapat menggunakan Neraca


Nombor dengan baik dalam aktiviti
pembelajaran?

YA

TIDAK

YA

4.

Adakah Neraca Nombor dapat membantu


murid menyelesaikan operasi tambah?

YA

YA

YA

Pengkaji mendapati 2 orang responden iaitu responden A dan C telah menyatakan bahawa mereka dapat
menggunakan Neraca Nombor dengan mudah dan senang. Responden A dan responden C dapat menggunakan
Neraca Nombor dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa bimbingan daripada pengkaji. Dalam hal ini,
pengkaji hanya melakukan pemantauan terhadap aktiviti yang dilakukan oleh responden. Responden B mengalami
sedikit kesukaran semasa menggunakan Neraca Nombor disebabkan masalah kurang fokus terhadap aktiviti yang
sedang dilakukan olehnya kerana asyik melihat aktiviti yang dilakukan oleh murid dari kelas yang lain.
Responden A dan responden C dapat menggunakan Neraca Nombor dengan baik dalam aktiviti
pembelajaran. Responden A dan C dapat menggunakan intervensi yang disediakan mengikut urutan yang betul

sehingga berjaya mendapatkan jawapan bagi soalan operasi tambah yang diberi. Responden B tidak dapat
menggunakan Neraca Nombor dengan baik dalam aktiviti pembelajaran kerana sikapnya yang terburu-buru dalam
melakukan sesuatu tindakan dan akibatnya responden B meninggalkan beberapa langkah penggunaan intervensi
yang telah ditetapkan oleh pengkaji.
Penggunaan Neraca Nombor juga dapat membantu responden A, B dan C menyelesaikan operasi tambah
terutamanya dalam lingkungan 20. Responden dapat mencari jawapan bagi soalan-soalan operasi tambah dengan
hasil dalam lingkungan 20 dengan lebih tepat. Responden A dan responden C berjaya menjawab semua soalan
tambah yang diberikan dalam tugasan 3 (lembaran kerja) dengan tepat tanpa melakukan kesilapan. Data ini telah
membuktikan bahawa Neraca Nombor yang digunakan dapat membantu responden menyelesaikan operasi tambah.
7.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI
Hasil dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan perkembangan dan tindak balas yang positif diberikan oleh
responden. Analisis pemerhatian, hasil tugasan dan soal selidik telah membuktikan bahawa ketiga-tiga langkah
intervensi yang dijalankan mendapat komitmen yang baik dan amat berkesan serta dapat membantu meningkatkan
penguasaan kemahiran hasil tambah dalam lingkungan 20 dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran.
Pada peringkat awal iaitu sebelum kajian ini dilaksanakan, kutipan data awal yang dilakukan oleh pengkaji
melalui ujian diagnostik, semakan hasil kerja murid dan temu bual bersama guru yang mengajar responden
berkenaan telah menunjukkan bahawa keputusan mereka adalah tidak memuaskan. Data awal yang dikumpul
membuktikan bahawa responden A, B dan C tidak dapat memperoleh hasil tambah melebihi nilai 10 dengan tepat
apabila diberikan soalan-soalan kepada mereka kerana responden A sering lupa dengan pengiraan pembilangpembilang yang digunakan olehnya semasa mengira. Responden A sering berbual bersama rakannya dan guru lain
semasa menjawab soalan yang diberikan kepadanya. Responden A hanya akan menjawab soalan yang diberikan
apabila ditegur oleh pengkaji.
Responden B hanya dapat menjawab soalan yang diberikan apabila melakukan pengiraan dengan menggunakan
pembilang dengan bantuan daripada guru. Responden ini menyatakan kekeliruannya untuk menggunakan
pembilang yang dilihatnya terlalu banyak. Responden C pula mengambil masa yang lama untuk mengira
menggunakan pembilang. Oleh itu, pengkaji telah memperkenalkan penggunaan Neraca Nombor yang diubah suai
daripada alat penimbang yang digunakan untuk mengukur berat sesuatu objek.
Bagi memantapkan lagi kajian ini, pengkaji telah membaca buku-buku yang berkaitan bagi mendapatkan
maklumat untuk membantu pengkaji menjalankan aktiviti intervensi kepada responden tersebut. Akhirnya, pengkaji
telah memilih untuk menggunakan Neraca Nombor untuk memudahkan responden menambah nombor-nombor yang
hasilnya melebihi nilai.
Objektif kajian yang ditetapkan telah berjaya dicapai kerana penggunaan Neraca Nombor dapat meningkatkan
kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 20 bagi murid bermasalah pembelajaran. Neraca Nombor ini
merupakan bahan intervensi yang mudah untuk digunakan kerana membolehkan semua responden mendapatkan
hasil tambah dua nombor dengan hanya menyangkutkan magnet pada cangkuk besi yang tersedia di setiap nombor.
Responden akan memperoleh jawapan hasil tambah dua nombor berkenaan apabila dapat menyeimbangkan Neraca
Nombor tersebut sehingga menjadi lurus.
Semua responden dilihat dapat menjalani pembelajaran dalam suasana yang terkawal. Setiap kali sesi
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, ketiga-tiga responden iaitu responden A, B dan C menunjukkan minat
yang tinggi untuk menggunakan bahan bantu mengajar tersebut. Responden dapat menyelesaikan operasi tambah
yang diberikan dengan lebih baik dari semasa ke semasa dan hal ini menyebabkan responden berasa lebih gembira
dan bersemangat ketika menjalankan aktiviti.
Sungguhpun begitu, masih terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki. Intervensi tersebut tidak dapat digunakan
oleh responden dalam jumlah yang ramai pada satu-satu masa. Responden dikehendaki menunggu giliran masingmasing untuk menggunakan intervensi berkenaan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Walaupun begitu, terdapat kekuatan yang dapat dikenal pasti melalui pelaksanaan intervensi ini. Penggunaan
intervensi ini dapat mempelbagaikan lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Latihan yang diberikan secara latih
tubi dan beransur maju kepada responden dapat meningkatkan kemahiran menyusun urutan nombor dalam tertib

menaik dan menurun serta membolehkan responden menyelesaikan operasi tambah dengan lebih berkesan. Selain
latihan, intervensi ini dapat digunakan semasa melaksanakan aktiviti set induksi dan kuiz.
Secara keseluruhannya, pengkaji amat berpuas hati kerana hasil dapatan daripada penggunaan intervensi ini
menunjukkan bahawa setiap aktiviti yang dijalankan dapat memberikan perubahan dan peningkatan tahap responden
dalam kemahiran yang telah difokuskan.
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Dapatan kajian ini mendapati bahawa penggunaan Neraca Nombor telah berjaya membantu responden menguasai
kemahiran menambah dua nombor sama ada nombor 1 digit dengan nombor 1 digit atau nombor 1 digit dengan
nombor 2 digit lain dalam lingkungan 20 bagi murid bermasalah pembelajaran. Berdasarkan skor yang semakin
banyak diperolehi responden dan masa yang semakin singkat yang telah diambil oleh responden untuk
menyelesaikan operasi tambah dalam lembaran kerja semasa sesi interaksi dijalankan membuktikan bahawa kajian
ini telah berjaya dijalankan.
Berdasarkan masalah yang timbul dalam kitaran pertama ini, pengkaji merancang untuk membuat beberapa
penambahbaikan. Pengkaji akan membaca jurnal-jurnal kajian yang lepas dengan lebih banyak lagi bagi
mendapatkan idea untuk menambah baik intervensi supaya dapat menghasilkan kaedah pengajaran yang lebih
menarik dan berkesan. Melalui pembacaan tersebut, pengkaji yakin bahawa lebih banyak pengetahuan dan idea
menarik yang akan pengkaji perolehi dari semasa ke semasa.
Pengkaji juga bercadang untuk melakukan penambahbaikan dari aspek saiz bahan bantu mengajar yang
disediakan. Saiz bahan bantu mengajar yang lebih sesuai dan mudah dibawa untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat membantu keberkesanan proses pembelajaran murid.
Berdasarkan keberkesanan aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan peratusan kemahiran hasil tambah
dalam lingkungan 20 bagi kumpulan sasaran, pengkaji bercadang untuk memantapkan lagi intervensi ini dari aspek
kaedah penggunaan yang lebih mudah supaya responden dapat menguasai kemahiran menambah dalam lingkungan
nombor yang lebih besar. Pengkaji bercadang untuk menambah baik intervensi iaitu dengan menghasilkan Neraca
Nombor Elektronik yang lebih canggih supaya dapat membantu murid bermasalah pembelajaran menambah
nombor-nombor lebih banyak jumlah hasilnya.
Kesimpulannya, pengkaji yakin bahawa penggunaan Neraca Nombor dapat mencapai objektif yang
ditetapkan dan dapat membantu responden menguasai kemahiran hasil tambah dalam lingkungan 20.
SENARAI RUJUKAN
Alis Bin Puteh. (2009). Kajian tindakan di sekolah. Kedah : Pure Honey Enterprise.
Amin Senin. (1993). Memahami matematik prasekolah & sekolah rendah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa &
Pustaka.
Baharin Shamsudin. (1995). Pengajaran dan pembelajaran matematik untuk sekolah rendah. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa & Pustaka.
Bob Williams et all. (2010). Matematik prasekolah. Kuala Lumpur : Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan : Konsep & amalan dalam pengajaran. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Effandi Zakaria. (2007). Trend pengajaran dan pembelajaran matematik. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Noor Shah Saad. (2001). Teori dan perkaedahan pendidikan matematik. Selangor : Pearson Education Malaysia
Sdn. Bhd.
Noraini Idris. (2005). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors
Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai