Anda di halaman 1dari 9

PENGGUNAAN ‘KALKULATOR TIMBUL’ UNTUK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGECAM &


MENULIS ANGKA 1 - 5 MURID SLOW LEARNER

Siti Najwa binti Ghazali & Ahmad Marzuki bin Abdul Rahman
Jabatan Ilmu Pendidikan Institut, Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
najwaghazali@gmail.com & ahmad_marzuki@ipgmkdri.edu.com.my

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan penggunaan


‘kalkulator timbul’ untuk meningkatkan kemahiran mengecam dan menulis angka
1 hingga 5 bagi murid Slow Learner. Responden kajian yang dipilih terdiri
daripada dua (2) orang murid pendidikan khas kategori Slow Learner di sebuah
sekolah rendah di daerah Kuala Terengganu, Terengganu. Masalah yang
dikenalpasti adalah berkaitan kemahiran mengecam dan menulis angka mengikut
cara yang betul. Data dikumpul dan dianalisis menggunakan kaedah pemerhatian
berstruktur, analisis ujian pra dan pasca serta temubual berstruktur yang
dijalankan bersama-sama responden. Hasil analisis data selepas penggunaan
‘kalkulator timbul’ dalam aktiviti yang pelbagai selama tiga (3) minggu mendapati
terdapat peningkatan bilangan angka yang berjaya dicam dan ditulis mengikut
cara yang betul berdasarkan tiga set ujian pra dan pasca yang berlainan. Hasil
analisis temubual bersama-sama responden dan pemerhatian berstruktur sebelum
dan selepas intervensi turut menunjukkan penggunaan ‘kalkulator timbul’
berkesan dalam meningkatkan minat, kemahiran mengecam dan menulis angka
mengikut cara yang betul. Dalam kajian pada masa akan datang diharapkan
penghasilan ‘kalkulator timbul’ dapat menerapkan elemen TMK dan dalam saiz
yang lebih sesuai mengikut keperluan murid.

Kata kunci: Murid Slow Learner, mengecam, menulis, angka, kalkulator

PENDAHULUAN
Kamii (1982) dalam Nani Menon & Rohani Abdullah (2007) menyatakan bahawa
pengetahuan matematik tidak wujud dalam objek atau realiti luaran, tetapi ia adalah
perkaitan. Justeru guru dan ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang positif terhadap
Matematik kerana ia juga akan memberi kesan kepada sikap anak-anak mereka.
Mempunyai guru yang menunjukkan minat terhadap Matematik akan mendorong pelajar
meminati Matematik. Guru perlu meyakinkan pelajar bahawa semua orang boleh maju
dalam Matematik.
Menurut K.A Razhiyah (2006), ramai kanak-kanak yang mempunyai masalah dengan
nombor. Matapelajaran matematik adalah sesuatu yang paling sukar bagi mereka. Mereka
seolah-olah benci apabila melihat nombor. Mereka tidak memahami makna nombor dan
simbol matematik. Mereka mungkin mempunyai masalah mengingat fakta matematik
atau pun urutan nombor. Sekiranya mereka memahami fakta itu sekalipun, mereka tidak
faham apa maknanya dan tidak mengetahui bagaimana cara menggunakannya bagi
menyelesaikan masalah.
Matapelajaran ini juga sering dilabel “boring” dan “susah”. Antara sebab-sebabnya ialah
cara matapelajaran ini diperkenalkan kepada pelajar dan cara diajarkan di sekolah kurang
menarik. Untuk menimbulkan minat murid-murid terhadap Matematik dan sekaligus
mengikis prasangka murid-murid selama ini bahawa matapelajaran Matematik “susah”,
maka satu cara pendedahan kepada matapelajaran Matematik melalui permainan perlu
disediakan (S. Indra Devi, 1997).
Oleh yang demikian, pengajaran matematik yang berkesan sepatutnya melibatkan
pelbagai strategi, kaedah serta teknik pengajaran. Terdapat banyak strategi, kaedah dan
teknik yang boleh digunapakai untuk mengajar matematik. Pendokong teori
konstruktivisme sepakat berpegang bahawa pembelajaran terbentuk hasil daripada
pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Kanak-kanak belajar dengan lebih
berkesan jika mereka mengalaminya sendiri.

REFLEKSI P&P
Berdasarkan pemerhatian pengkaji sepanjang mengajar Matematik bagi kelas pendidikan
khas tersebut, murid-murid kelas ini perlu dibahagikan kepada tiga aras iaitu tiga orang
berada di aras tinggi, empat orang pada aras sederhana dan dua orang pada aras lemah.
Murid aras tinggi telah berjaya mengenal nombor dan nilai nombor. Murid aras sederhana
pula masih belum mengenal nombor sepenuhnya manakala murid aras lemah tidak
mampu memahami pengajaran guru tentang nombor. Hal ini sedikit sebanyak
mengganggu kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran khususnya dari segi
pengurusan masa dan pelaksanaan aktiviti.
Namun fokus pengkaji lebih tertumpu kepada dua orang murid dari aras sederhana iaitu
Kedua-dua responden sudah boleh mengecam beberapa angka dan boleh menekap angka
dengan bantuan titik. Akan tetapi mereka tidak dapat menekap angka yang ditunjukkan
dengan baik jika jumlah titik dikurangkan. Mereka menghadapi masalah untuk
menyambung titik ke titik mengikut urutan yang betul bagi membentuk angka yang
ditunjukkan jika jumlah titik yang diberi berkurang.
Pengkaji berpendapat responden menghadapi masalah dalam membuat gambaran visual
dalam sistem mentalnya memandangkan responden masih tidak boleh membentuk angka
dengan cara yang betul walaupun setelah ditunjukkan contoh. Sehubungan itu, pengkaji
telah membuat keputusan untuk memperbaiki masalah berkaitan pengecaman dan
penulisan angka bagi responden dengan harapan supaya mereka dapat melangkah ke
kemahiran seterusnya setelah berjaya menguasai kemahiran menulis angka mengikut cara
yang betul.
Gibson dan Lewin (1975) dalam kajian Nurul Izza (2012) menyatakan bahawa proses
mengenal nombor atau huruf dapat dipelajari dengan mengenali ciri- ciri spatial yang
tertentu dari mengenal simbol- simbol nombor dan bentuk huruf. Justeru itu, peranan guru
amat penting dalam membantu murid- murid Slow Learner pada peringkat awal
pembelajaran matematik untuk memperkenalkan nombor- nombor secara visual dengan
menggunakan teknik pengajaran dan berbantukan alat bantu mengajar yang sesuai.

FOKUS KAJIAN
Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada masalah responden yang dipilih dalam
mengecam dan menulis angka melalui penggunaan ‘kalkulator timbul’ dalam aktiviti
berkaitan mengecam dan menulis yang pelbagai.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan ‘kalkulator timbul’ untuk
meningkatkan minat, kemahiran mengecam serta kemahiran menulis angka murid Slow
Learner Program Pendidikan Khas Integrasi dalam mengecam dan menulis angka 1
hingga 5.
Objektif khusus kajian ini supaya pelajar dapat:
1. Meningkatkan minat murid dalam mengecam dan menulis angka melalui
penggunaan ‘kalkulator timbul’.
2. Membantu murid mengecam angka 1 hingga 5 dengan betul melalui
penggunaan ‘kalkulator timbul’.
3. Meningkatkan kemahiran menulis angka 1 hingga 5 murid melalui
penggunaan ‘kalkulator timbul’.
Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu:
1. Adakah penggunaan ‘kalkulator timbul’ dapat menarik minat murid untuk
mengecam dan menulis angka 1 hingga 5 ?
2. Adakah penggunaan ‘kalkulator timbul’ dapat membantu murid mengecam angka
1 hingga 5 ?
3. Adakah penggunaan ‘kalkulator timbul’ dapat meningkatkan kemahiran
murid menulis angka 1 hingga 5 ?

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang difokuskan dalam kajian ini adalah seramai dua (2) orang murid
bekeperluan khas bermasalah pembelajaran dari SK Pulau Manis. Kedua-dua responden
iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan, merupakan pelajar dari kelas berkefungsian
rendah.

TINDAKAN
Pengkaji telah mengaplikasikan model Kemmis dan Mc Taggart dalam kajian tindakan
ini. Model ini mempunyai empat langkah dalam proses penyelidikan.

Mereflek

Memerhati Merancang

Bertindak

Rajah 1 : Model Penyelidikan oleh Kemmis dan Mctaggart (1988)


Mereflek
Pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid dari kategori Slow Learner di
Sekolah Kebangsaan Pulau Manis menghadapi masalah dalam mengecam dan menulis
nombor berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu. Responden perlu
menjalani satu intervensi bagi menyelesaikan masalah ini seterusnya mengurangkan
kadar kelewatan responden dalam menguasai asas konsep nombor.

Merancang
Pengkaji telah merancang tindakan yang sesuai bagi menyelesaikan masalah ini. Fokus
utama kajian ini ialah untuk meningkatkan keupayaan murid mengecam angka dan
seterusnya dapat menulis angka 1 hingga 5 melalui aplikasi penggunaan ‘kalkulator
timbul’ dalam aktiviti yang pelbagai.
Sebelum memulakan setiap sesi intervensi, satu ujian pra melibatkan kemahiran
mengecam dan menulis akan dijalankan ke atas responden untuk menilai sejauhmana
kekuatan dan kelemahan responden. Seterusnya pengkaji akan menggunakan aktiviti yang
melibatkan unsur terapi muzik iaitu nyanyian yang berunsur nombor di awal setiap sesi
intervensi. Selepas itu, pengkaji akan melaksanakan satu aktiviti mengecam dan menyurih
yang berlainan bagi setiap minggu. Aktiviti mengecam dan menulis angka akan
dilaksanakan secara ansur maju dan berbentuk permainan bagi menarik tumpuan
responden untuk meneruskan sesi intervensi. Sesi intervensi terhadap responden akan
dilaksanakan selama tiga minggu. Ujian pos akan dijalankan terhadap responden setelah
tamat setiap sesi intervensi. Pengkaji telah menyediakan tiga set ujian pra yang berlainan
bagi kemahiran mengecam angka dan satu set ujian pra yang sama bagi kemahiran
menulis angka. Hal ini bertujuan untuk menguji ketekalan pencapaian responden dalam
mengecam angka 1 hingga 5 melalui struktur ujian yang berbeza.

Bertindak
Berikut merupakan langkah pelaksanaan sesi intervensi yang dijalankan oleh pengkaji :
Jadual 1 : Pelaksanaan Aktiviti

Bil Rawatan Aktiviti


- Aktiviti 1 (Menyanyi sambil melakukan pergerakan)
1. 1 - Aktiviti 2 (“Jalan-jalan cari angka ”- Cari, tunjuk, surih)
- Aktiviti 1 (Menyanyi sambil melakukan pergerakan)
2. 2 - Aktiviti 3 (‘Sorong & Surih’)
- Aktiviti 1 (Menyanyi sambil melakukan pergerakan)
3. 3 - Aktiviti 4 (Tunjuk & tulis angka yang disebut)

Memerhati
Pemerhatian berstruktur dilakukan sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas ketiga –
tiga sesi intervensi dijalankan. Pemerhatian ini akan direkodkan dalam senarai semak.
Antara kemahiran yang akan diberi tumpuan utama oleh pengkaji semasa menjalankan
pemerhatian ialah mengecam nombor yang disebutkan dan menyambung titik membentuk
nombor mengikut urutan yang betul.
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Untuk menjawab ketiga-tiga persoalan kajian yang dinyatakan, pengkaji telah
menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur menggunakan borang senarai semak,
kaedah temubual berstruktur serta ujian pra dan pasca.
i. Adakah penggunaan ‘kalkulator timbul’ dapat menarik minat murid untuk
mengecam dan menulis angka 1 hingga 5 ?
ii. Adakah penggunaan ‘kalkulator timbul’ dapat membantu murid mengecam
angka 1 hingga 5 ?
iii. Adakah penggunaan ‘kalkulator timbul’ dapat meningkatkan kemahiran
murid menulis angka 1 hingga 5 ?

Ujian Pra & Pasca

120

100

80

Ujian Pra
Pencapaian (%) 60
Ujian Pasca 1
Ujian Pasca 2
40
Ujian Pasca 3

20

0
R1 R2
Responden Kajian

Rajah 2: Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Kemahiran Mengecam
Angka 1 Hingga 5.

Berdasarkan graf di atas, responden (R1) menunjukkan peningkatan yang berterusan pada
setiap kali ujian dijalankan dan berjaya mengecam kelima-lima angka pada akhir sesi
manakala responden (R2) pula berjaya mengecam tiga daripada lima angka setelah
dapatan daripada ujian pasca 3 dianalisis.
90

80

70

60

50 Ujian Pra
Pencapaian (%)
40 Ujian Pasca 1
Ujian Pasca 2
30
Ujian Pasca 3
20

10

0
R1 R2
Responden Kajian

Rajah 3: Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Kemahiran Menulis
Angka 1 Hingga 5 Mengikut Cara Yang Betul.

Berdasarkan graf di atas, responden (R1) menunjukkan peningkatan sebanyak 40% dalam
kemahiran menulis angka mengikut cara yang betul manakala bagi responden (R2)
terdapat peningkatan sebanyak 20%.

Pemerhatian Berstruktur
Pemerhatian telah dilakukan sebanyak dua kali iaitu sebelum intervensi dilaksanakan dan
selepas ketiga-tiga sesi intervensi dijalankan. Minat, penguasaan kemahiran mengecam
angka dan penguasaan kemahiran menulis angka 1 hingga 5 kedua-dua responden
diperhatikan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berlangsung di
dalam kelas sebelum dan selepas kesemua intervensi dilaksanakan.

Jadual 2 : Pemerhatian Keseluruhan Kedua-dua Responden Sebelum dan Selepas


Intervensi

Penggunaan Minat Kemahiran Kemahiran


‘kalkulator timbul’ mengecam menulis
dalam aktiviti
pelbagai.
X 1 2 1
/ 3 3 2

Berdasarkan Jadual 2, terdapat peningkatan bagi kedua-dua responden dalam minat,


kemahiran mengecam dan kemahiran menulis angka mengikut cara yang betul sebelum
dan selepas mengaplikasikan penggunaan ‘kalkulator timbul’ dalam aktiviti yang
pelbagai. Sebelum sesi intervensi dilaksanakan, minat dan kemahiran menulis angka
mengikut cara yang betul bagi kedua-dua responden adalah pada skala 1 iaitu lemah
manakala kemahiran mengecam pula adalah pada skala 2 iaitu sederhana. Selepas
mengaplikasikan penggunaan ‘kalkulator timbul’ dalam aktiviti yang pelbagai, kedua-dua
responden memperolehi skala 3 iaitu sangat baik bagi minat dan kemahiran mengecam
manakala skala 2 iaitu sederhana bagi kemahiran menulis.

Temubual Berstruktur
Pengkaji menggunakan instrumen temubual secara berstruktur untuk mendapatkan
maklum balas daripada responden.
Jadual 3 : Transkrip Temubual 1

Pengkaji : Suka tak belajar matematik dengan cikgu ?

Responden 1 : Suka !

Responden 2 : Suka..kiter suka kalkulator ni cikgu.

Jadual 4 : Transkrip Temubual 2

Pengkaji : Angka apa yang ada pada butang kalkulator ?

Responden 1 : Satu! Dua! Tiga! Empat! Lima!

Responden 2 : Emm..satu..dua..tiga..yang lain kita tak ingat cikgu..

Jadual 5 : Transkrip Temubual 3

Antara semua aktiviti yang kita lakukan, aktiviti manakah yang


Pengkaji :
paling kamu suka ?

Responden 1 : Tulis…

Responden 2 : Kita suka pergi jalan-jalan cari nombor.

Daripada keterangan jawapan responden bagi ketiga-tiga soalan temubual, ini jelas
membuktikan bahawa aplikasi ‘kalkulator timbul’ di dalam aktiviti permainan bukan
sahaja membantu responden untuk lebih mudah mengecam dan menulis angka malah
dapat memotivasikan mereka untuk belajar. Soalan pertama berkaitan dengan minat,
kedua ialah soalan untuk menguji kemahiran mengecam dan ketiga ialah soalan bagi
menguji kemahiran menulis. Temubual dilaksanakan selepas kesemua sesi intervensi
dijalankan.
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

i. Adakah penggunaan ‘kalkulator timbul’ dapat menarik minat murid untuk


mengecam dan menulis angka 1 hingga 5 ?
Merujuk jadual 2, berdasarkan analisis pemerhatian keseluruhan kedua-dua responden
sebelum dan selepas intervensi, didapati bahawa terdapat peningkatan dari aspek minat
responden untuk mengecam dan menulis angka. Responden menunjukkan kesungguhan
yang tinggi untuk cuba mengecam dan menulis angka yang disebutkan oleh pengkaji.
Dapatan temubual bersama-sama kedua-dua responden berdasarkan jadual 3, 4, dan 5,
mereka memberikan jawapan yang positif, berminat malah bersemangat untuk terus
mempelajari matematik pada masa akan datang. Aktiviti belajar sambil bermain selain
menyelitkan penggunaan bahan bantu belajar 3D sangat membantu menarik minat murid
untuk terus melakukan aktiviti.
Penggunaan ‘kalkulator timbul’ berjaya menarik minat kedua-dua responden yang dikaji.
Dapatan ini penting kerana menurut Mohd Daud Hamzah (2009) dalam kajian Nur
Syuhada Abu Hasan (2012), minat boleh mendorong pelajar untuk bersungguh-sungguh
mempelajari sesuatu subjek.

ii. Adakah penggunaan ‘kalkulator timbul’ dapat membantu murid mengecam


angka 1 hingga 5 ?
Dapatan daripada analisis ujian pra dan pasca menunjukkan terdapat peningkatan tahap
penguasaan responden dalam mengecam angka. Hal ini dapat dilihat dari peningkatan
angka yang dapat dicam oleh kedua-dua responden. Responden 1 berjaya mengecam
kelima-lima angka manakala responden 2 berjaya mengecam tiga daripada lima angka.
Manakala melalui dapatan pemerhatian keseluruhan berdasarkan jadual 2, responden
berjaya menunjukkan angka yang diminta oleh pengkaji dengan baik sekali. Responden
juga boleh meletakkan angka dalam kedudukan simbol yang betul walaupun masih belum
mahir sepenuhnya mengecam nama angka tersebut.
Hasil dapatan daripada kedua-dua instrumen jelas menyokong penyataan National
Council Teachers of Mathematics (2000) iaitu pelajar perlu belajar matematik dengan
pemahaman, secara aktif membina pengetahuan baru dari pengalaman dan pengetahuan
lepas (students must learn mathematics with understanding, actively building new
knowledge from experience and prior knowledge).

iii. Adakah penggunaan ‘kalkulator timbul’ dapat meningkatkan kemahiran


murid menulis angka 1 hingga 5 ?
Analisis ujian pra dan pasca kemahiran menulis mendapati kedua-dua responden
menunjukkan peningkatan yang baik dalam menulis angka mengikut cara yang betul
walaupun masih belum mencapai 100%. Bagi memastikan seseorang murid dapat
menguasai kemahiran menulis angka mengikut cara yang betul, adalah memerlukan masa
yang panjang. Justeru penggunaan ‘kalkulator timbul’ yang turut membolehkan
responden membuat surihan pada butang angka secara tidak langsung telah memudahkan
responden mengingati simbol angka yang dipelajari.
Dapatan yang diperolehi daripada pemerhatian keseluruhan terhadap responden sebelum
dan selepas intervensi dijalankan menunjukkan kedua-dua responden berada pada skala 2
iaitu sederhana menguasai kemahiran menulis angka mengikut cara yang betul.
Walaubagaimanapun, responden lebih kelihatan berkeyakinan untuk terus cuba menulis
angka walaupun beberapa kali melakukan kesilapan. Hal ini demikian kerana mereka
berasa seronok ketika menulis dan tidak menghadapi sebarang tekanan baik daripada diri
sendiri mahupun faktor luar.
Kesimpulannya, penggunaan ‘kalkulator timbul’ melalui aktiviti yang pelbagai secara
tidak langsung telah dapat mewujudkan satu suasana pembelajaran yang santai dan
menyeronokkan bagi responden untuk sentiasa cuba menulis angka mengikut cara yang
betul sehingga membuahkan hasil.

RUJUKAN
Elizabeth T.N.L. (2010). Belajar Sambil Bermain: Satu Kaedah Meningkatkan Prestasi
Pencapaian Konsep Pecahan Nombor Bercampur. Tesis tidak diterbitkan, Institut
Pendidikan Guru Kampus Gaya.

K.A Razhiyah. (2006). Mengapa Kanak – kanak Sukar Belajar. Kuala Lumpur. PTS
Professional Publishing Sdn, Bhd..

Mohd Daud Hamzah. (1996). Perkembangan Kanak-kanak dan Pembelajaran. Kuala


Lumpur. Utusan Publications & Distributors.

Nani Menon, & Rohani Abdullah. (2007). Panduan Kognitif Kanak – kanak Prasekolah.
Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors.

Noraini Idris. (2005). Pedagogi dalam Pendidikan Matematik . Selangor. Utusan


Publications & Distributors.

Nurul Izza Kechik. (2012). Penggunaan Blok Nombor Meningkatkan Ingatan Murid
Lembam Bagi Tajuk ‘Nombor Bulat’. Tesis tidak diterbitkan, Institut Pendidikan
Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.

Mohd Hafis Hafifi bin Hafhas. (2011). Teknik Menyentuh Huruf Timbul Dapat Mengatasi
Kekeliruan Menulis Huruf Kecil b, d, p, Dan q Dalam Kalangan Murid
Prasekolah. Dimuat turun pada 1 April 2013.

S. Indra Devi. (1997). Peningkatan Minat Terhadap Matematik Melalui Sukan


Matematik: Satu Catatan Pengalaman. Jurnal Akademik, 27 – 31. Maktab
Perguruan Ilmu Khas.

Anda mungkin juga menyukai