Anda di halaman 1dari 10

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

169

PENGGUNAAN TEKNIK J aKUN MEMBANTU MURID TAHUN DUA
CEMERLANG MEMBUNDAR NOMBOR BULAT KEPADA PULUH DAN RATUS
TERDEKAT

Oleh:
Muhammad Shamin bin Ghazali & Mazlan bin Ibrahim
Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato Razali Ismail
shaminghazali@gmail.com & ibmazlan@ipgmkdri.edu.my


ABSTRAK
Kemahiran membundarkan nombor bulat kepada puluh dan ratus
terdekat merupakan topik yang agak sukar untuk difahami oleh
murid-murid. Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengatasi masalah
murid Tahun 2 Cemerlang dalam membundarkan nombor bulat dalam
lingkungan 1 000 kepada puluh dan ratus terdekat menggunakan
teknik JaKUN iaitu jalur kertas urutan nombor. Seramai 5 orang
murid Tahun 2 Cemerlang, Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong
dipilih sebagai responden berikutan lemah dalam kemahiran
membundar nombor bulat kepada puluh dan ratus terdekat. Data
diperoleh melalui analisis markah ujian pra dan ujian pasca, tembual
serta analisis dokumen yang dilakukan selepas sesi intervensi bagi
teknik JaKUN. Hasil analisis data mendapati kesemua responden
gagal mencapai 40% skor dalam ujian pra. Dalam ujian pasca,
kesemua responden menunjukkan peningkatan yang positif kerana
meningkat kepada 75% dan ke atas. Teknik JaKUN tururt disokong
oleh hasil temubual responden kerana keberkesanannya dalam
menguasai kemahiran membundar. Dapatan dan intepretasi data
menunjukkan bahawa penggunaan teknik JaKUN membantu
responden meningkatkan kemahiran membundar serta mengubah
keupayaan murid untuk membundar nombor bulat dalam lingkungan
1 000 melibatkan puluh dan ratus terdekat.

Kata kunci: JaKUN, Membundar, Puluh Terdekat, Ratus Terdekat,
Kemahiran, Keupayaan

PENDAHULUAN
Subjek Matematik merupakan salah satu subjek yang sangat penting dalam proses
pembelajaran murid-murid sejak dari awal pendidikan sehinggalah ke peringkat yang lebih
tinggi. Seharusnya penekanan awal perlu dilakukan kerana ia sedikit sebanyak akan
mempengaruhi proses penerimaan ilmu Matematik yang lebih kompleks kelak. Berdasarkan
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013
170

pemerhatian semasa di sekolah berkaitan Matematik, ramai guru memberikan respons
bahawa kebanyakan murid mengalami kesukaran dan menjadi subjek kritikal dalam
pembelajaran mereka. Hal ini kerana penguasaan konsep asas dalam sesuatu topik Matematik
yang kurang mantap. Contohnya penguasaan konsep bundar kepada murid tahun 2. Topik
bundar merupakan pengenalan asas kepada murid-murid kerana mereka tidak pernah
mempelajarinya lagi sebelum ini. Membundar ialah sejenis anggaran dalam topik nombor
bulat. Membuat anggaran adalah satu kemahiran penting dalam Matematik. Selalunya, kita
perlu membuat anggaran tentang nilai-nilai dalam kehidupan seharian kita. Ini juga termasuk
anggaran tentang duit, masa, jarak, berat dan sebagainya. Tambahan pula murid-murid
bermasalah dalam kemahiran menyelesaikan soalan pembundaran nombor bulat melibatkan
puluh dan ratus terdekat.

Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah mencari alternatif lain bagi memudakan lagi
proses serta kemahiran pengiraan murid-murid khususnya murid berpencapaian rendah.
Kaedah pengkaji yang diilhamkan daripada penggunaan jalur kertas urutan nombor diberi
nama sebagai teknik JaKUN. Jalan pengiraan atau teknik untuk menyelesai masalah
membundarkan nombor sebenarnya tidak mempunyai jalan pengiraan yang khas. Ia berbeza
dengan menyelesaikan empat operasi asas dalam Matematik yang mempunyai jalan
penyelesaian yang khusus iaitu bentuk lazim. Bagi topik membundarkan nombor, ia lebih
menyarankan murid-murid untuk membuat garis nombor terdahulu dalam proses mencari
jawapan. Dengan adanya kajian dengan lebih mendalam, proses penyelesaian masalah dalam
membundar boleh ditetapkan untuk memudahkan murid-murid.

Menurut Vivienne P. Joannou (2006), this method of working out an approximate answer is
called rounding off. When we are asked questions to round off a number, we will always be
given the state of accuracy with it. Jelas di sini bahawa membundar merupakan kaedah
menganggar jawapan bagi sesuatu nombor. Sememangnya kemahiran menganggar dan
membundar menjadi masalah kepada murid-murid. Ini kerana ia memerlukan daya imaginasi
yang tinggi untuk menguasainya. Bagi murid lemah, mereka memerlukan bantuan atau
pemangkin untuk lebih jelas tentang bundar. Melalui teknik JaKUN, pengkaji menerapkan
penggunaan nombor besar dan nombor kecil beserta 4 langkah yang telah ditentukan.
Pengkaji menekankan peningkatan kemahiran murid dalam membundar bagi memudahkan
mereka menunjukkan proses pengiraan dengan betul dan cepat.
FOKUS KAJIAN
Pengkaji menggunakan instrumen ujian diagnostik, pemerhatian dan temu bual tak formal
bagi tujuan tinjauan awal masalah. Pengkaji dapat mengenal pasti beberapa isu yang
berkaitan dengan masalah ini:
1. Murid tidak dapat menguasai kemahiran membundar nombor bulat dengan betul.
2. Murid tidak memahami teknik garis nombor melengkung yang diajar pada proses
P&P yang lalu.


SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013
171

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam
membundar nombor bulat dalam lingkungan 1 000 kepada puluh dan ratus terdekat
Objektif khusus kajian tindakan pengkaji adalah:
1. Membantu murid menguasai kemahiran membundar nombor bulat dalam lingkungan
1000 kepada puluh dan ratus terdekat menggunakan teknik JaKUN.
2. Meningkatkan pencapaian murid dalam pembundaran nombor bulat dalam
lingkungan 1000 kepada puluh dan ratus terdekat menggunakan teknik JaKUN.

Persoalan kajian yang dinyatakan oleh pengkaji ialah:
1. Adakah teknik JaKUN membantu murid menguasai kemahiran membundar nombor
bulat dalam lingkungan 1000 kepada puluh dan ratus terdekat?
2. Adakah teknik JaKUN berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid melibatkan
pembundaran nombor bulat dalam lingkungan 1000 kepada puluh dan ratus terdekat?
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini akan dijalankan kepada lima orang murid tahun 2 Cemerlang di Sekolah
Kebangsaan Bukit Guntong. Kumpulan murid ini terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan
dua orang murid perempuan yang mempunyai tahap kognitif yang berbeza. Kelas 2
Cemerlang merupakan kelas terakhir daripada 3 buah kelas di sekolah ini. Murid-murid
terdiri daripada 18 orang murid dan kesemuanya berbangsa melayu. Kebanyakan murid
berlatar belakang keluarga daripada perkampungan petani dan peniaga.

TINDAKAN
Pengkaji menggunakan Model Kajian Tindak Kemmis & McTaggart (1988) untuk
melaksanakan kajian dan mengaplikasikan 3 jenis instrumen iaitu ujian pra dan pasca,
analisis dokumen dan temubual.

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013
172


Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)


Mereflek
Pengkaji membuat refleksi tentang masalah pengajaran yang timbul semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran yang lalu. Masalah tersebut berkaitan dengan topik membundar nombor
bulat kepada puluh dan ratus terdekat. Pengkaji mendapati segelintir murid kelas 2
Cemerlang mengalami masalah dalam menyelesaikan soalan berkaitan membundar. Mereka
telah diajar menggunakan kaedah garis melengkung semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran itu tetapi jelas didapati bahawa kaedah tersebut tidak sesuai dan sukar difahami
oleh murid. Ini disebabkan oleh kesukaran dalam menentukan senggatan nombor pada garis
melengkung serta keliru untuk memilih jawapan yang betul bagi sesuatu soalan. Pengkaji
mengambil langkah untuk mencari inisiatif lain bagi memudahkan murid untuk
menyelesaikan soalan melibatkan pembundaran nombor bulat kepada puluh dan ratus
terdekat.

Merancang
Setelah mengenal pasti masalah yang timbul dalam kalangan murid, pengkaji memulakan
langkah kedua iaitu merancang strategi dan kaedah yang perlu digunakan dalam mengatasi
masalah murid melibatkan pembundaran nombor bulat kepada puluh dan ratus terdekat.
Pengkaji merancang untuk memperkenalkan kaedah JaKUN kepada kumpulan responden
yang akan dipilih bagi membantu mereka mengatasi masalah ini. Dengan menggunakan
kaedah yang diilhamkan oleh pengkaji sendiri iaitu teknik JaKUN, pengkaji merancang
beberapa sesi intervensi yang perlu dijalankan. Hasil perbincangan yang terperinci, segala
perancangan dirancang supaya proses kajian tindakan ini berjalan lancar dan lebih sistematik.



Model
Kemmis &
McTaggart
1) MEREFLEK
2) MERANCANG
3) BERTINDAK
4) PEMERHATIAN
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013
173

Bertindak
Kemudian pada fasa tindakan (Action), pengkaji telah mengadakan sesi intervensi sebagai
tindakan kepada perancangan yang telah dibuat. Sebanyak empat aktiviti telah dirancang
untuk meningkatkan tahap keberkesanan teknik JaKUN serta meningkatkan kemahiran murid
dalam proses membundarkan nombor bulat kepada puluh dan ratus terdekat. Pengajaran ini
telah dilakukan secara berperingkat.

Pemerhatian
Langkah terakhir mengikut model yang dipilih ialah membuat pemerhatian terhadap
keberkesanan teknik JaKUN terhadap murid-murid. Pengkaji meneliti beberapa aspek
sepanjang pemerhatian dilakukan. Antaranya ialah meneliti dari segi penglibatan murid-
murid, kerja rumah, latihan pengukuhan serta markah ujian pos yang dilaksanakan.


ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA KAJIAN
Hasil dapatan kajian ini diperoleh daripada proses analisis dokumen murid, ujian pra dan
ujian pasca serta hasil temubual. Berikut adalah jadual dan graf yang dikelaskan mengikut
objektif kajian.

Membantu murid menguasai kemahiran membundar nombor bulat dalam lingkungan
1000 kepada puluh dan ratus terdekat dengan menggunakan teknik J aKUN.

Dari segi manfaat, majoriti responden mengakui bahawa teknik JaKUN telah membantu
mereka dalam meningkatkan kemahiran membundarkan nombor bulat kepada puluh dan
ratus terdekat. Antara komen responden (R):

Berkesan sangat. Saya dah pandai membundar. (R1)

Saya makin mahir menjawab soalan bundar. (R2)

Sekarang saya dah tak salah. Berkesan cikgu. (R3)

Sangat berkesan. Saya suka. (R4)

Saya dah semakin cepat dalam membundar. Memang berkesan teknik ini. (R5)

Merujuk kepada maklum balas yang telah diberikan, kesemua responden memberikan
pandangan yang positif. Ini berbeza semasa ditemubual pada permulaan kajian ini
dilaksanakan. majoriti kekerapan yang dibuat adalah maklum balas negatif. Berikut adalah
analisis bagi instrumen temubual yang dilaksanakan mengikut responden.






SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013
174

Jadual 2
Kod Penentuan Temu Bual Selepas Ujian Pasca
Kod Tema Kekerapan



A
Maklum balas positif terhadap teknik J aKUN
i. Menganggap soalan pembundaran suatu yang mudah.
ii. Teknik JaKUN lebih mudah untuk difahami.
iii. Lebih cenderung untuk menggunakan teknik JaKUN.
iv. Teknik JaKUN sangat berkesan dalam meningkatkan kemahiran
menyelesaikan soalan pembundaran nombor bulat.

Jumlah

5
5
5

5

20



B
Maklum balas negatif terhadap teknik J aKUN
i. Menganggap soalan pembundaran suatu yang susah.
ii. Teknik JaKUN lebih sukar untuk difahami.
iii. Tidak cenderung untuk menggunakan teknik JaKUN.
iv. Teknik JaKUN tidak berkesan dalam meningkatkan kemahiran
menyelesaikan soalan pembundaran nombor bulat.

Jumlah

0
0
0

0

0


Rajah 3: Graf Perbandingan Kekerapan Temubual Ujian Pra dan Ujian Pasca


Meningkatkan pencapaian murid dalam pembundaran nombor bulat dalam
lingkungan 1000 kepada puluh dan ratus terdekat dengan menggunakan teknik
J aKUN.
0
5
10
15
20
25
Temubual Pra Temubual Pasca
Pandangan Positif Pandangan Negatif
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013
175


Jadual 1
Skor Responden Dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

Responden Skor Peningkatan (%)
Ujian Pra Ujian Pasca
R1 12.5% 100% 87.5%
R2 0% 100% 100%
R3 12.5% 75% 62.5%
R4 12.5% 87.5% 75%
R5 37.5% 100% 62.5%


Rajah 2: Skor Perbandingan Responden Dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

Berdasarkan Jadual 1 dan Rajah 2, jelas menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan
dalam kemahiran responden menyelesaikan soalan ujian melibatkan pembundaran nombor
bulat. Seramai 3 orang mendapat markah penuh dalam ujian pasca manakala selebihnya turut
menunjukkan peningkatan. Selain menganalisis peningkatan skor pencapaian responden,
pengkaji juga menganalisis peningkatan min skor responden dari ujian pra hingga ujian
pasca. Hasil analisis peningkatan min skor responden dipaparkan dalam Jadual 2 dan Rajah
3.





0
20
40
60
80
100
Responden 1
Responden 2
Responden 3
Responden 4
Responden 5
Perbandingan Skor Responden Dalam Ujian Pra dan Ujian
Pasca
Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%)
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013
176




Jadual 2
Perbandingan Min Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian Min(%) Peningkatan min (%)
Pra 15%
77.5%
Pasca 92.5%


Rajah 3 : Graf Bar Perbandingan Min Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca

Jadual 2 dan Rajah 3 memaparkan analisis perbezaan min skor responden dalam ujian pra
dan ujian pasca. Merujuk kepada Jadual 2, min skor dalam ujian pra ialah 15% manakala min
skor dalam ujian pasca ialah 92.5%. Melalui pengamatan terhadap min skor bagi kedua-dua
ujian ini jelaslah bahawa min meningkat dengan memberangsangkan iaitu sebanyak 77.5%.
Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa penggunaan teknik JaKUN berjaya
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Ujian Pra
Ujian Pasca
m
i
n

(
%
)

Perbandingan Min Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca
Ujian Pra
Ujian Pasca
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013
177

memberikan kesan dan impak dalam kemahiran murid menyelesaikan masalah pembundaran
nombor bulat kepada puluh dan ratus terdekat.


PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Hasil dapatan kajian membuktikan penggunaan teknik JaKUN yang dilaksanakan oleh
pengkaji menunjukkan keberkesanan dalam meningkatkan kemahiran murid dalam
membundarkan nombor bulat melibatkan puluh dan ratus terdekat. Merujuk kepada
keputusan ujian pra, pengkaji mendapati responden hanya mampu memperoleh skor kurang
daripada 37.5% dan ke bawah. Peningkatan yang jelas dapat ditunjukkan oleh responden
apabila graf perbandingan skor bagi ujian pra dan pasca naik dengan drastiknya.
Pengkaji dapat merumuskan bahawa teknik JaKUN yang dilaksanakan mampu meningkatkan
kemahiran murid dalam membundarkan nombor bulat dalam lingkungan 1 000 kepada puluh
dan ratus terdekat. Pengkaji juga mendapati bahawa responden mendapat gambaran dengan
lebih jelas tentang kaedah pengiraan dalam topik membundarkan nombor bulat. Di samping
itu, teknik JaKUN juga berjaya mengubah pandangan negatif responden kepada positif.















SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013
178

RUJUKAN
Vivienne P. Joannou. (2006). Step-by-Step Maths: Excel Year 7. Green Giant Press,
Singapore.
Best, J. W. & Khan, J. V. (1998). Research in Education. Boston: Library of Congress
Cataloguing-in-Publication data.

Chia Chiow Ming & Pasukan Penyelidik. (2013). Penyelidikan Tindakan Panduan Penulisan
Laporan. Freemind Horizons Sdn Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Dewan Edisi Ke-4, Kuala Lumpur, 1989.

PISMP Januari 2008 Matematik Sekolah Rendah. (2011). Koleksi Artikel Penyelidikan
Tindakan
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL. Sarawak. IPG Kampus Batu Lintang.

Mok Soon Sang. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan Perancangan dan Pelaksanaan
Penyelidikan Tindakan. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Andy Peter (2003). Pola Kesilapan Murid Tahun 3 wira Menyelesaikan Masalah Bercerita
Dalam Matematik:Satu Kajian Tindakan. KDPM,MTKT Semester IV maktab
Perguruan Batu Lintang.

Tengku Sharifah,T.Y. (2004). Masalah Minat pelajar-pelajar Tahun 6 dan Pendekatan guru
terhadap Soalan Penyelesaian Masalah Bagi Matapelajaran Matematik : Satu
Tinjauan di Sekolah Kebangsaan Subang Kerian di Negeri Soalan.Latihan
Ilmiah.Universiti Pendidikan Sultan Idris.

G.A Douglas (1992). Handbook of Research on Mathematics Teaching and Learning.

Macmillan Publishing Company. New York.

Kemmis, S. & McTaggart, R.(1988). The action research planner. Deakin University Press.
Victoria.

Suraya Binti Othman (2006). Kajian Tindakan Meningkatkan Kemahiran Membundarkan
Nombor Bulat Dengan Menggunakan Kit Nombor Dalam Kalangan Pelajar
Tingkatan 1 Prihatin. Johor: Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd. Yunos.

Anda mungkin juga menyukai