Anda di halaman 1dari 27

Page I

KESAN PENGGUNAAN KALKULATOR SAINTIFIK


TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATEMATIK MENENGAH RENDAH

UNITAR INTERNATIONAL UNIVERSITY

ZULKIFLE BIN MOHAMAD


SB1305MD0130
850506-11-5333

DR ABDUL AZIZ BIN MD NOR

Page II

Isi Kandungan

BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan..3
1.2 Pernyataan Masalah....5
1.3 Persoalan Kajian.7
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5

Pengenalan.8
Kalkulator..8
Teori-Teori.9
Kajian-kajian Lepas.11
Penutup.12

BAB 3 METODOLOGI
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5

Rekabentuk Kajian..13
Sampel..13
Alat Kajian13
Pengumpulan data14
Analisis Data14

BAB 4 DAPATAN KAJIAN ...15


BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Perbincangan20
5.2 Kesimpulan..24
RUJUKAN...25

Page 3

BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENGENALAN
Sebagai sebuah negara yang sedang menuju ke arah status negara maju, Malaysia
perlu mewujudkan masyarakat yang progresif dan saintifik iaitu masyarakat yang mempunyai
daya saing yang tinggi dan memandang jauh ke depan. Maka, penerapan nilai daya saing ini
perlu diterapkan sejak dari akar umbi bermula di rumah dan dipanjangkan ke peringkat
sekolah. Maka, pelajar-pelajar yang lahir adalah yang mampu menjadi penyumbang kepada
tamadun sains dan teknologi. Salah satu perubahan yang memenuhi keperluan pelajar abad
ke-21. Kemahiran yang diperlukan pada bagi pelajar abad ke-21 dapat dikaitkan dengan
pelbagai kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT. Jika dahulu,
literasi hanya merangkumi membaca, menulis, dan mengira namun literasi abad ke-21
melibatkan literasi digital contohnya seperti penggunaan kalkulator saintifik di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Dalam konteks subjek Matematik, pelajar yang mahir dalam matemtik biasanya
dikaitkan dengan kebolehan mereka memahami sesuatu konsep, teorem, keupayaan
menguasai kemahiran-kemahiran tertentu serta kebolehan penyelesian masalah dengan
menggunakan strategi-strategi heuristik tertentu. Tiga aktiviti utama yang terlibat dalam
Matematik adalah melibatkan penerokaan dan penyiasatan, penyelesaian masalah dan
pembuktian (Sazeli dan NoorShah, 2002). Maka, kalkulator saintifik boleh dijadikan sebagai
alat bantu mengajar di dalam kelas.
Kalkulator saintifik merupakan satu alat eletronik yang digunakan di dalam proses
pengiraan yang berkaitan kalkulus, trigonometri, dan statistik serta mampu untuk membuat
pengiraan yang lebih kompleks jika dibandingkan dengan kalkulator biasa yang hanya dapat
melakukan pengiraan berkaitan aritmetik biasa sahaja. Ia merupakan satu alat yang boleh
digunakan oleh guru sebagai pemudahcara di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
terutamanya dalam subjek sains dan matematik.

Page 4

Sejak penciptaan kalkulator sejak 30 tahun dahulu, kalkulator elektronik telah


berkembang daripada satu mesin yang dapat melakukan pengiraan mudah dengan hanya
mempunyai empat fungsi operasi iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi kepada satu alat yang
dapat mengira dan memanipulasi algebra yang kompleks dan tepat. Setiap generasi baru
kalkulator dicipta lebih pantas dan canggih berbanding generasi sebelumnya. Pada masa yang
sama, harga kalkulator elektronik biasa menjadi sangat rendah sehinggakan semua penduduk
di negara kita mampu untuk memilikinya.
Walaubagaimanapun, secara realitinya, adakah kalkulator saintifik dianggap sebagai
satu alat pendidikan yang sangat berharga yang mana membenarkan pelajar untuk mencapai
pemahaman yang tinggi terhadap penguasaan matematik. Sejak sistem pendidikan di
Malaysia mula dibentuk, semua pengiraan matematik dilakukan dengan menggunakan pensil
dan kertas.

Penggunaan kalkulator pada hari ini membenarkan guru dan pelajar untuk

meluangkan lebih masa di dalam membentuk kefahaman matematik, penakulan, asas nombor,
dan aplikasi. Penggunaan kalkulator saintifik dapat membuka lembaran baru kepada guru di
dalam membentuk satu pengalaman pedagogi yang lebih mantap dan berkesan. Guru yang
mempunyai pelbagai strategi dan sumber dapat membantu pelajar membangun, mengukuh
dan memperluaskan kefahaman matematik pelajar.
Perkara yang menjadi perhatian di dalam penggunaan kalkulator saintifik ialah
bagaimana kalkulator memberi kesan terhadap pencapaian peperiksaan pelajar (Edward W.
Wolfe, 2010), dan perkembangan pembelajaran pelajar. Sekiranya kalkulator tidak di
benarkan dalam ujian, markah pelajar akan bergantung sepenuhnya kepada kemahiran
arithmetik dan juga kemampuan pelajar untuk menukarkan soalan kepada ayat matematik.
Penggunaan kalkulator saintifik seharusnya dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu bukan
hanya sebagai alat untuk melalukan proses pengiraan sahaja. Adalah penting bagi guru untuk
menggunakan kalkulator saintifik sebagai satu alat yang dapat membangunkan pemahaman
pelajar.

Page 5

1.2 PERNYATAAN MASALAH


Umum mengetahui bahawa subjek matematik merupakan subjek teras yang wajib
dipelajari oleh semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia. Semua
pelajar yang ingin mengikuti peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR), Penilaian Tingtkatan 3(PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu mengambil
subjek matematik yang mana wajib di daftarkan di dalam setiap peperiksaan awam tersebut.
Teknik pengajaran dan alat yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran bagi subjek
matematik adalah berbeza jika di bandingkan di antara

sekolah menengah dan sekolah

rendah. Apabila pelajar melangkah sekolah menengah, iaitu pada peringkat menengah rendah,
pelajar telah dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik bagi membantu pelajar di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dan untuk kegunaan ketika peperiksaan.
Mengikut Surat Pekeliling Iktisas Bil. 6/2002 yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran telah membenarkan penggunaan kalkulator
saintifik dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah yang mana ia adalah
selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang disemak
semula mulai tahun 2002. Penggunaan kalkulator saintifik bagi pelajar menengah rendah telah
mula diperkenalkan pada tahun 2003. Penggunaan kalkulator saintifik ini dalam peperiksaan
kebangsaan antaranya adalah bertujuan untuk membantu pelajar di dalam membuat pengiraan
dengan lebih cepat.Walaupun pelajar dibenarkan menggunakan kalkulator, pemberian markah
masih berdasarkan kerja-kerja yang ditunjukkan atas kertas jawapan serta kecekapan pelajar
di dalam menyelesaikan soalan yang diberi. Ini bermakna, kerja-kerja pengiraan masih lagi
perlu ditunjukkan oleh pelajar bagi membantu pelajar di dalam mendapat markah yang tinggi
di dalam peperiksaan.
Penggunaan kalkulator saintifik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh
membantu pelajar menjawab soalan dengan cepat dan betul. Guru juga boleh
mengintegrasikan penggunaan kalkulator bersama dengan teknologi yang lain seperti
komputer dan internet. National Science Boards Commission di Amerika Syarikat telah
mengemukakan cadangan supaya penggunaaan kalkulator dan komputer harus digunakan

Page 6

seawal yang mungkin bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap arithmetik dan geometri
dan juga dapat mempelajari keadah penyelesaian masalah (David A. Thomas, 1992). Ini
disokong oleh Sazeli dan Noor Shah (2002) dimana penggunaan kalkulator dalam bilik
darjah bukan hanya menumpukan kepada kemahiran mengira dan memeriksa jawapan sahaja.
Penggunaan kalkulator saintifik seharusnya dapat memupuk minat pelajar dalam memahami
konsep matematik melalui aktiviti penemuan, konsep matematik dan juga di dalam
menyokong idea matematik.
Di peringkat antarabangsa, secara purata, penggunaan kalkulator saintifik dikalangan
pelajar di dalam subjek matematik melibat beberapa aktitiviti menyelesaikan masalah
kompleks iaitu sebanyak 31%, memeriksa jawapan (26%), membuat pengiraan rutin (25%)
dan hanya 16% pelajar yang menggunakan kalkulator untuk menereka konsep nombor.
(TIMSS, 2007). Ini merupakan satu angka yang menerangkan tentang aktiviti penggunaan
kalkulator saintifik dikalangan pelajar

di seluruh dunia. Tujuan penggunaan kalkulator

saintifik adalah berbeza mengikut kemahiran dan kemampuan pelajar. Dengan erti kata lain,
tahap penguasaan pelajar bagi subjek matematik mempengaruhi cara dan tujuan penggunaan
kalkulator saintifik.
Sebelum penggunaan kalkulator saintifik dibenarkan untuk pelajar menengah rendah,
pelajar bergantung kepada kemahiran arithmetik dalam menjawab soalan peperiksaan dan
latihan pengukuhan di dalam kelas. Pelajar bergantung sepenuhnya dengan keupayaan minda
pelajar di mana pelajar perlu mahir dengan operasi-operasi asas seperti tambah, tolah, darab
dan bahagi. Semua pengetahuan operasi asas ini di perolehi daripada pengalaman
pembelajaran semasa di sekolah rendah. Antara pengetahuan ayang amat ditekankan ialah
pengetahuan berkaitan sifir dan kemahiran pelajar mencongak soalan matematik
menggunakan kemahiran mental arithmetik.
Daripada pemerhatian dan pengalaman pengkaji, terdapat beberapa isu yang mungkin
timbul kesan daripada kebergantungan pelajar terhadap kalkulator. Isu- isu tersebut ialah
kegagalan pelajar di dalam menguasai kemahiran aritmetik, kebergantungan pelajar secara
total terhadap kalkulator, keputusan dan pencapaian pelajar di pengaruhi oleh kalkulator dan

Page 7

juga kesediaan guru di dalam menggunakan kalkulator di dalam bilik darjah. Isu tersebut
akan memberi impak kepada beberapa situasi seperti kesan penggunaan kalkulator saintifik
terhadap minat dan motivasi pelajar terhadap subjek matematik, kecenderungan pelajar dalam
menggunakan kalkulator saintifik, penggunaan kalkulator mengikut kesesuaian pelajar , kesan
penggunaan kalkulator saintifik pencapaian pelajar dan kemahiran arithmetik pelajar dan juga
persepsi guru-guru itu sendiri terhadap penggunaan kalkulator saintifik di dalam pengajaran
dan pembelajaran bagi subjek matematik.
1.3 PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini adalah berkaitan dengan kesan penggunaan kalkulator terhadap prestasi,
kemahiran arithmetik serta minat dan motivasi pelajar terhadap subjek matematik. Di dalam
mengetahui kesan tersebut, kajian ini akan menjurus kepada menjawab persoalan-persoalan
berikut :
1.

Bagaimanakah guru menggunakan kalkulator saintifik di dalam bilik darjah?

2.

Apakah kesan penggunaan kalkulator saintifik terhadap kemahiran mental arithmetik


pelajar?

3.

Adakah kalkulator saintifik dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar di dalam


kelas dan peperiksaan?

4.

Adakah penggunaan kalkulator saintifik dapat membantu pelajar dalam meningkatkan


motivasi terhadap subjek matematik?

5.

Apakah pandangan guru terhadap pengggunaan kalkulator saintifik di dalam bilik darjah
dan peperiksaan?

Page 8

BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Pembelajaran merupakan satu proses pemerolehan kebiasaan, pengetahuan dan sikap. Ia
melibatkan cara-cara baru untuk melakukan sesuatu kerja dan bertindak sebagai percubaanpercubaan individu mengatasi rintangan untuk menyesuaikan diri dalam situasi baru
(Kamaruddin Hussin, 2002). Penggunaa kalkulator di dalam proses pembelajaran matematik
merupakan satu cara yang boleh digunakan sebagai teknik pengajaran dan pembelajaran. Ia
boleh diaplikasikan dengan penggunaan terknolgi yang yang lain yang boleh dijadikan
sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Di samping itu juga penggunaan kalkulator ini
dapat membantu pelajar dalam meningkatkan keyakinan semasa menjawab soalan dan juga
dapat membantu pelajar meneroka konsep matematik melalui tanpa bantuan daripada guru.
Laporan yang dikeluarkan oleh TIMSS 2007 di dalam International Mathematical Report
mendapati bahawa penggunaan kalkulator di sekolah menengah semakin popular di seluruh
dunia. Laporan itu mendapati bahawa untuk pelajar gred 8, terdapat banyak negara yang telah
mengamalkan polisi membenarkan pelajar menggunakan kalkulator sebagai sebahagian
daripada kurikulum matematik. Di antara tahun 2003 dan 2007, terdapat 3 negara yang telah
menunjukkan peningkatan di dalam membenarkan pelajar mereka menggunakan kalkulator.
Di antara negara-negara yang terlibat termasuklah Jordan, Malaysia dan Slovenia.
2.2 KALKULATOR
Selaras dengan kemajuan teknologi yang pesat membangun di seluruh dunia, Malaysia
sebagai sebuah negara yang membangun turut mengikut jejak langkah negara-negara maju
yang lain di dalam meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini. Dasar penggunaan
kalkulator saintifik di dalam pengajaran dan pembelajaran terutama bagi matapelajaran sains
dan matematik telah mula di lakukan oleh Malaysia bermula pada tahun 2003. Ini adalah

Page 9

selaras dengan dasar kerajaan Malaysia yang menitik beratkan penggunaan teknologi di dalam
pendidikan dengan menetapkan standard sekolah bestari dengan menggunakan teknologi di
dalam pendidikan bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan
pengurusan

sekolah

dan

pengurusan

kemahiran

ICT

guru-guru

(BTP,KPM).

Walaubagaimanapun penggunaan kalkulator saintifik bagi menggantikan cara tradisional telah


menimbulkan kebimbangan di kalangan guru-guru matematik. Guru-guru bimbang bimbang
sekiranya kemahiran matematik pelajar hanya akan terhad kepada kemahiran menekan butang
pada kalkulator. Isu kebergantungan pelajar kepada kalkulator juga menyebabkan guru-guru
bimbang dengan kemahiran matematik pelajar untuk diaplikasikan di dalam kehidupan
seharian.
Walau bagaimanapun, penggunaan kalkulator dapat menggalakkan pelajar-pelajar untuk
mempelajari fakta dan maklumat asas di dalam matematik (Suydam dalam Lily Ann, 1987).
Ini bermakna penggunaan kalkulator harus dimulakan lebih awal iaitu sejak daripada pra
sekolah lagi dan bukannya bermula daripada peringkat sekolah menengah. Ini disokong oleh
kajian yang dilakukan oleh NCTM (1997), dalam Cabanilla Pedro (2006), yang mana
mendapati

penggunaan

kalkulator

secara

kerap

boleh

membentuk

konsep

dan

mempertingkatkan kemahiran menyelesaikan masalah. Ini di sokong oleh laporan yang


dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Kawasan Newfoundland dan Labrador (2004) yang
mendapati bahawa kalkulator boleh digunakan sebagai bahan konkrit di dalam mempelajari
matematik. Kalkulator berfungsi sebagai alat manipulasi dan alat bantuan di dalam
meningkatkan kefahaman pelajar, menyelesaikan masalah, meneroka konsep dan membentuk
kefahaman pelajar.
2.3 TEORI TEORI
Terdapat pelbagai aras pembelajaran dan tahap intelektual pelajar di dalam sesebuah
bilik darjah. Ini merupakan satu cabaran bagi guru di dalam menyampaikan maklumat di
dalam kelas. Kebolehan pelajar untuk menerima pengajaran guru di dalam kelas boleh
mempengaruhi motivasi pelajar di dalam kelas. Satu aspek yang terlibat di dalam kajian ini

Page
10

adalah aspek motivasi. Fungsi motif merupakan perkara yang perlu diperimbangkan oleh
guru. Dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran, sewaktu menyelesaikan sesuatu masalah,
susunan gerak balas individu yang dilakukan adalah dipilih mengikut minat pelajar. Oleh itu,
dalam memilih bahan-bahan pengajaran, kaedah-kaedah dan teknik, alat bantu dan
sebagainya, guru seboleh-bolehnya haruslah memenuhi keperluan dan minat pelajar
(Kamaruddin Husin, 2002). Penggunaan kalkulator memberi motivasi kepada pelajar di dalam
menjawab soalan dan mempelajari subjek matematik. Mengikut pengalaman pengkaji, pelajar
akan lebih bersemangat dan menunjukkan sikap yang lebih positif sekirannya mereka
dibenarkan menggunakan kalkulator semasa di dalam kelas dan untuk tujuan peperiksaan.
Minat dan tingkah laku pelajar boleh diperhatikan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru boleh menggunakan kalkulator sebagai satu alat yang boleh
meningkatkan minat pelajar terhadap subjek matematik. Kesan minat dan motivasi ini akan
boleh diperhatikan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kalkulator ini
akan secara tidak langsung akan dapat membantu pelajar di dalam membentuk pengalaman
pembelajaran pelajar.

Menurut Kamaruddin Hj Hussin (2002), dalam pengajaran dan

pembelajaran pelbagai ransangan boleh dicipta. Kalkulator boleh digunakan oleh guru sebagai
satu alat ransangan di dalam bilik darjah. Guru boleh mempelbagaikan tingkah laku dan deria
murid dan mempelbagaikan aktiviti, pendekatan, kaedah dan teknik dan menggunakan contoh
yang sesuai di dalam meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.
Penggunaan kalkulator saintifik di dalam pengajaran matematik juga dapat membantu
pelajar meneroka konsep-konsep dan idea matematik di dalam kelas dan

guru hanya

memainkan peranan sebagai fasilitator atau mentor di dalam kelas. Melalui aktiviti inkuiri
penemuan, pelajar dapat memanafaatkan penggunaan kalkulator sebaik yang mungkin dan
bukan hnya untuk kegunaan arithmetik ringkas sahaja. Di dalam pendekatan berkaitan teori
konstruktivisme ini, pembelajaran boleh dinyatakan sebagai satu proses pembelajaran yang
menerangkan bagaimana pengetahuan dicapai dan distruktur dalam minda seseorang individu.
Pelajar perlu menilai sendiri pengetahua berdasarkan pengalaman dan keupayaan pelajar
(Noor Shah dan Sazeli, 2002). Menurut Hairiah Munip (2012), melalui pendekatan

Page
11

konstuktivisme, guru dapat menggunakan perisian kalkulator dalam mencabar pelajar untuk
menganalisis, membandingkan, membuat kesimpulan dan membuat penilaian berdasrkan
penerokaan maklumat yang telah pelajar lakukan. Pendekatan ini juga dapat membantu
pelajar dalam menentukan strategi yang boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah.
Penggunaan kalkulator saintifik ini dapat membantu pelajar untuk menjadi lebih kreatif,
berfikiran intuitif dan analitik di dalam proses mendapatkan maklumat (Kamaruddin Husin,
2002).
Kajian juga ingin mengenalpasti pengaruh kalkulator di dalam mempengaruhi pemikiran
kreatif pelajar. Proses pemikiran adalah satu proses yang mana melibatkan proses mental yang
mana proses menyelesaikan masalah matematik ini merupakan satu proses yang memberi
perhatian kepada berat kepada kebolehan intelektual, membina persepsi, ingatan,sensasi dan
juga proses-proses lain yang terlibat dengan aktiviti mental. Ini bermaksud penggunaan
kalkulator bukan lagi dianggap sebagai penyelamat begi pelajar, tetapi kalkulator saintifik
ini boleh digunakan oleh pelajar sebagai satu alat yang dapat membantu pelajar di dalam
meningkatkan kemahiran kognitif pelajar melalui penghasilan idea-idea baru dengan
menggunakan kalkulator saintifik.
2.4 KAJIAN-KAJIAN LEPAS
Terbanyak banyak kajian-kajian yang telahn dilakukan berkaitan kesan penggunaan
kalkulator saintifik bagi subjek matematik. Walaubagaimanapun, kajian-kajian ini banyak
dijalankan diluar negara berbanding di Malaysia kerana negara-negara luar telah lama
menggunakan kalkulator saintifik di dalam kelas sehinggakan ada sesetengah negara telah
menggunakan kalkulator saintifik sejak tahun 90 an berbanding Malaysia yang hanya
menggunakan kalkulator saintifik sejak tahun 2003.
Kajian yang telah di jalankan oleh James Kulik (2003), mendapati bahawa penggunaan
kalkulator telah menunjukkan peningkatan skor bagi soalan yang melibatkan pemahaman
konsep algebra dan kalkulus. Ini membuktikan bahawa penggunaan kalkulator saintifik bukan

Page
12

hanya terhad kepada proses pengiraan sahaja,tetapi boleh digunakan sebagai alat yang dapat
membantu pelajar membina konsep matematik jika digunakan dengan betul.
Sikap pelajar tehadap penggunaan kalkulator juga berbeza mengikut tahap pencapaian
pelajar. Ini telah dibuktikan oleh kajian Nabeel Abdelazeez(2011), yang bertajuk Penilaian
Terhadap sikap Pelajar Berkaitan Penggunaan Kalkulator Di dalam Pengajaran Matematik.
Hasil kajian beliau mendapati terdapat perbezaan sikap di kalangan pelajar berkaitan
penggunaan kalkulator di dalam pengajaran matematik. Perbezaan sikap ini dipengaruhi oleh
tahap pembelajaran pelajar yang mana pelajar yang lemah merasakan penggunaan kalkulator
tidak memberikan apa-apa manfaat dan keseronokan di dalam menyelesaikan masalah
matematik. Ini adalah kerana pelajar tidak akan dapat menggunakan kalkulator sekiranya
pelajar tidak mempunyai kemahiran di dalam mengintepretasikan soalan kepada ayat
matematik.
2.5 PENUTUP
Penggunaan kalkulator saintifik dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih menarik. Guru memainkan peranan yang sangat penting bagi membantu pelajar
di dalam meningkatkan kemahiran matematik pelajar dengan bantuan penggunaan kalkulator
saintifik. Guru juga berperanan merancang pengajaran yang berkualiti dengan menggunakan
pendekata-pendekatan serta teknik-teknik pengajaran yang berkesan bagi meningkatkan minat
dan motivasi pelajar secara amnya dan pencapaian subjek matematik khasnya.

Page
13

BAB 3
METODOLOGI

3.1 REKABENTUK KAJIAN

Satu kajian kualitatif telah dijalankan bagi mengenalpasti kesan-kesan penggunaan


kalkulator saintifik bagi pelajar menengah rendah. Temubual secara bertsruktur telah dipilih
sebagai kaedah pengumpulan data di mana soalan-soalan kajian telah ditentukan terlebih
dahulu. Tujuan utama keadah temubual dipilih adalah untuk memastikan data dan maklumat
yang diperolehi adalah jitu dan sempurna (Azizi Yahaya, Shahrin Hasim, dll, 2006).

3.2 SAMPEL

Kaedah persampelan yang dibuat oleh pengkaji adalah persampelan purposif ataupun
persampelan bertujuan. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih seramai tiga orang guru
yang mengajar subjek matematik menengah rendah sebagai sampel kajian. Peserta temubual
terdiri daripada guru yang mempuyai latar belakang pendidikan dan pengalaman pengajaran
yang berbeza. Sesi temubual yang dijalankan adalah melibatkan temubual secara individu.
Setiap peserta juga terdiri daripada guru yang mempunyai opsyen yang berbeza kerana
pengkaji ingin mendapatkan data yang lebih mencapah.

3.3 ALAT KAJIAN

Satu set soalan temubual telah di bina sendiri oleh pengkaji untuk tujuan kajian ini. Set
soalan tersebut merangkumi pendapat guru berkaitan penekanan penggunaan kalkulator

Page
14

saintifik di dalam kelas, kesan penggunaan kalkulator di dalam kelas dan pendapat guru
terhadap penggunaan kalkulator di dalam kelas. Soalan-soalan yang dibina adalah
berdasarkan kajian yang di lakukan oleh TIMSS yang mengkaji kaedah penggunaan
kalkulator di dalam kelas dan peranan guru di dalam mengaplikasikan kalkulator di dalam
bilik darjah (TIMMS, 2003).

3.4

PENGUMPULAN DATA

Proses pengumpulan data telah dijalankan dengan mengadakan temubual dengan secara
tertutup dan secara individu. Sebelum temubual dijalankan, pengkaji telah membuat temujanji
terlebih dahulu dengan setiap peserta temubual.

3.5 ANALISIS DATA

Bagi melancarkan proses temubual, pengkaji telah menggunakan alat perakam untuk
merakam temubual. Menurut Azizi Yahaya dan lain-lain (2006), rakaman mempunyai
kelebihan mendapatkan jawapan-jawapan daripada responden dan memberi ruang yang lebih
kepada penemu bual menfokus pada soalan yang diajukan. Hasil rakaman kemudiannya
ditukarkan kepada bentuk transkrip dan dikodkan mengikut tema-tema yang telah
dikenalpasti.

3.6 KERANGKA KONSEPTUAL

Pengunaan Kalkulator

Teori Kognitivisme

Pencapaian

Teori Behaviorisme

Motivasi

Page
15

BAB 4
DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan temubual bagi kajian ini terbahagi kepada beberapa fokus utama iaitu :
1.

Penekanan penggunaan kalkulator saintifik oleh guru di dalam kelas oleh guru.

2.

Kebersesanan penggunaan kalkulator saintifik dalam membantu guru di dalam kelas.

3.

Pengintegrasian penggunaan kalkulator saintifik di dalam kelas.

4.

Kesan penggunaan kalkulator terhadap kemahiran arithmetik pelajar.

5.

Kesan penggunaan kalkulator terhadap kemahiran dan pencapaian akademik pelajar.

6.

Kesan penggunaan kalkulator terhadap minat dan motivasi pelajar terhadap subjek
matematik.

7.

Pandangan guru terhadap guru terhadap penggunaan kalkulator saintifik bagi pelajar
menengah rendah.

Setiap peserta temubual mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza terhadap
penekanan penggunaan kalkulator di dalam kelas. Terdapat guru yang menggunakan
kalkulator saintifik mengikut bab yang terdapat di dalam buku teks. Contoh skrip jawapan
adalah seperti berikut :
Kalau tingkatan 1 dia ikut bab. Kalau awal tu kan dia lebih kepada nombor bulat,
tambah, tolak, darab, bahagi. Kalau itu jangan guna kalkulator. Biar diorang kira sendiri
pakai guna kepala diorang. Bab-bab yang mudah. Bab-bab yang awal tu sebab ramai yang
belum hafal sifir. Tambah tolak pun belum pandai lagi
Terdapat juga guru yang tidak menekankan penggunaan kalkulator saintifik di dalam
kelas. Peserta temubual lebih menekankan kepada jalan kerja penyelesaian masalah
matematik dan juga konsep matematik tetapi masih membenarkan penggunaan kalkulator
saintifik di dalam kelas. Berikut merupakan skrip temubual yang menyokong pernyataan
berikut :

Page
16

Saya tidak terlalu menekankan penggunaan kalkulator. Saya lebih kepada jalan. Kalkulator
membantu diorang selalunya dalam memeriksa jawapan diorang betul ka
saya benarkan diorang guna kalkulator tetapi sebelum tu diorang kena faham konsep
dulu
Penggunaan kalkulator saintifik juga banyak membantu guru di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas di dalam menjimatkan masa proses pengajaran dan
pembelajaran. Kalkulator saintifik juga dapat membantu pelajar lemah di dalam
menyelesaikan masalah matematik. Disamping pelajar dapat menjawab soalan matematik
dalam kadar yang lebih cepat, pelajar juga dapat memeriksa jawapan mereka sendiri tanpa
memerlukan bantuan daripada guru. Guru dapat mengurangkan intereksi dengan pelajar dan
pada masa yang sama guru dapat menunpukan perhatian kepada pelajar-pelajar yang lemah.
Pengintegrasian kalkulator saintifik dalam mengajaran dan pengajaran matematik di
dalam bilik darjah ialah bagaimana guru menggunakan kalkulator saintifik di dalam
menyelesaikan masalah matematik dikalangan pelajar. Daripada dapatan temubual, peserta
temubual hanya menggalakkan pelajar di dalam penggunaan kalkulator saintifik untuk
memeriksa jawapan pelajar. Secara umumnya, guru telah menghadkan penggunaan kalkulator
yang mempunyai pelbagai fungsi-fungsi yang lain.
Dapatan temubual melibatkan pengetahuan peserta temubual berkaitan mental arithmetik
menunjukkan bahawa, semua peserta mengetahui kepentingan kemahiran mental arithmetik
terhadap subjek matematik di dalam kelas. Walaubagaimanapun, penggunaan kalkulator
saintifik di dalam kelas telah memberi kesan terhadap kemahiran matematik pelajar.
Penggunaan kalkulator telah mempengaruhi kadar respon pelajar tehadap apabila diajukan
soalan mental arithmetik kepada pelajar. Hasil temubual mendapati bahawa respon spontan
pelajar

terhadap

soalan

berkaitan

mental

arithmetik

menjadi

lambat

disebabkan

kebergantungan pelajar terhadap kalkulator. Situasi ini hanya berlaku kepada pelajar yang
mempunyai kemahiran matematik yang lemah. Ini menunjukkan penggunaan kalkulator
memberi kesan yang sangat besar terhadap pelajar lemah tetapi tidak kepada pelajar yang

Page
17

cemerlang di dalam mempengaruhi kemahiran arithmetik pelajar. Pelajar akan mengambil


tempoh lama apabila diajukan soalan spontan di dalam kelas. Berikut merupakan skrip
temubual yang menyokong kenyataan tersebut :
Dia hanya bergantung kepada kalkulator sahaja untuk mendapatkan jawapan. Diorang
boleh fikir, boleh congak semua tu, tetapi perlukan masa berbanding bila dengan pelajar IQ
tinggi benda tu adalah simple. Sangat simple bagi diorang sebab konsep diorang sangat
kukuh
Jadi kalau yang budak pandai tu, yang bijak sudah, boleh menjawab matematik tu sebab
diorang punya penguasaan sifir tu sudah kuat. Jadi tiada masalah lah diorang guna, tidak
guna kalkulator. Diorang secara arithmetik pun cepatlah. Tapi murid yang lemah ni
terlampau bergantung
Penggunaan kalkulator saintifik juga di dapati tidak memberi kesan kepada merangsang
pemikiran pelajar dalam kemahiran mental arithmetik. Ransangan yang dimaksudkan ialah
sejauh mana kalkulator dapat digunakan oleh pelajar bagi membantu mereka menguasai
kemahiran mental arithmetik. Kebergantungan pelajar terhadap kalkulator tidak membantu
pelajar menguasai kemahiran mental arithmetik. Skrip yang menyokong kenyataan tersebut
adalah seperti berikut,
Kalau bagi saya kalau penguasaan kalkulator bagi mental arithmetik saya rasa mmm
kurang kot untuk pelajar congak. Sebab diorang terlalu bergantung kepada penggunaan
kalkulator daripada guna otak
Tapi kurang membantu saya rasa. Saya rasa, kalkulator ini mau kasi singkat masa diorang
cari jawapan sahaja bagi saya
Kalkulator kurang. Bagi saya kalkulator kuranglah. Kalau dia terlalu bergantung kepada
kalkulator sahaja, memang sangat kurang

Page
18

Kajian yang dilakukan juga adalah untuk mengenalpasti kesan penggunaan kalkulator
saintifik terhadap pencapaian pelajar. Hasil temubual mendapati terdapat 3 fokus utama yang
berkaitan dengan pencapaian pelajar yang merangkumi pencapaian pelajar di dalam kelas,
pencapaian pelajar di dalam bilik darjah dan juga kesan penggunaan kalkulator saintifik
terhadap tempoh masa yang diambil oleh pelajar bagi menyelesaikan masalah matematik di
dalam kelas.
Hasil temubual mendapati bahawa penggunaan kalkulator saintifik amat mempengaruhi
keputusan pelajar bagi subjek matematik. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada
kemahiran pelajar di dalam menggunakan kalkulator. Pelajar perlu memmpunyai kemahiran
di dalam menggunakan kalkulator dan menggunakan symbol yang terdapat pada kalkulator
megikut kesesuaian soalan. Penggunaan kalkulator juga perlu diintegrasikan dengan ilmu dan
kemahiran pelajar di dalam menyelesaikan masalah matematik. Ini menunjukkan bahawa,
penggunaan kalkulator sahaja tidak dapat membantu pelajar untuk meningkatkan pencapaian
pelajar di dalam subjek matematik. Ini beerti penggunaan kalkulator akan memberi kelebihan
kepada pelajar yang sedia cemerlang di dalam subjek tersebut.
Tempoh masa yang di ambil oleh pelajar juga menjadi fokus utama di dalam
mengintegrasikan penggunaan kalkulator di dalam bilik darjah. Hasil dapatan temubual
mendapati bahawa pelajar dapat menjawab soalan matematik dengan lebih cepat jika
menggunakan kalkulor saintifik. Faktor tempoh ini juga bergantung kepada jenis soalan dan
tahap keupayaan pelajar. Tetapi jika keupayaan pelajar tidak diambil kira, penggunaan
kalkulator amat memberi kesan terhadap tempoh masa yang diambil oleh pelajar untuk
menyelesaikan masalah.
Fokus tembual juga adalah ingin mengkaji kesan penggunaan kalkulator terhadap
keupayaan pelajar untuk menjawab soalan dengan betul. Peserta temubual berpendapat
bahawa penggunaan kalkulator tidak menjamin pelajar untuk menjawab soalan dengan tepat.
Ini kerana, keupayaan pelajar untuk menjwab soalan dengan betul dipengaruhi oleh beberapa

Page
19

faktor seperti jenis soalan, keupayaan pelajar menggunakan kalkulator dan tahap kecerdasan
pelajar terhadap subjek matematik
Kajian yang dijalankan juga adalah untuk mendapatkan pendapat guru berkaitan
penggunaan kalkulator saintifik bagi pelajar menengah rendah. Hasil temubual mendapati
bahawa peserta temubual tidak bersetuju dengan penggunaan kalkulator saintifik bagi pelajar
menengah rendah. Kebergantungan kepada kalkulator saintifik menyebabkan pelajar tidak
dapat menguasai proses keamhiran asas metematik. Pelajar hanya akan dapat nilai jawapan
sahaja tanpa mengetahui dan mempelajari bagaimana jawapan itu diperolehi.
Terdapat juga peserta temubual yang mencadangkan bahawa penggunaan kalkulator
saintifik hanya dibenarkan pada waktu peperiksaan

dan untuk bab-bab tertentu sahaja.

Penggunaan kalkulator saintifik boleh menghalang proses pemikiran dan sekaligus tidak dapat
merangsang pemikiran pelajar. Penggunaan kalkulator ini juga menyebabkan pelajar tidak
mementingkan kemahiran sifir yang sudah dipelajari pelajar sejak sekolah rendah.

Page
20

BAB 5
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 PERBINCANGAN
Hasil dapatan kajian mendapati bahawa terdapat 2 isu utama berkaitan penggunaan
kalkulator di dalam kelas iaitu guru dan pelajar. Kedua-dua isu ini telah menjawab persoalanpersoalan kajian dan juga telah menerangkan dengan lebih jelas berkaitan hopotesis-hipotesis
kajian ini.
5.1.1

Guru

Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat dan sedang
mengekori negara-negara maju yang lain. Di dalam bidang pendidikan, Malaysia turut sama
mengikut jejak langkah negara maju yang lain seperti Singapura di dalam mengintegrasikan
penggunaan kalkulator saintifik di dalam pengajaran dan pembelajaran serta peperiksaan.
Walau bagaimanapun hasil dapatan temubual mendapati bahawa guru kurang menitikberatkan
penggunaan kalkulotor saintifik di dalam kelas di atas alasan pelajar perlu menggunakan
kemahiran arithmetik mereka di dalam menyelesaikan masalah matematik, tidak merangsang
pemikiran pelajar dan pelajar akan terlalu bergantung dengan kalkulator di dalam
menyelesaikan masalah matematik. Mengikut Heidi Pomerantz (1997), terdapat ramai guruguru dan ibu bapa yang terpengaruh dengan mitos di dalam penggunaan kalkulator. Mitosmitos tersebut ialah :
1.

Penggunaan kalkulator akan membuatkan pelajar menjadi malas untuk berfikir.

2.

Penggunaan kalkulator menyebabkan otak dan pemikiran pelajar tidak terangsang.

3.

Jika pelajar terlalu bergantung dengan kalkulator, akan timbul masalah di dalam
menyelesaikan masalah sekiranya tiada kalkulator.

Page
21

4.

Penggunaan kalkulator menghalang pelajar untuk mempelajari asas matematik.


Walaupun kajian Heidi Pomerantz dilakukan pada tahun 1997, hasil kajian tersebut masih

relevan untuk dikaitkan dengan situasi di Malaysia. Ini kerana, penggunaan kalkulator di
Malaysia masih lagi pada tahap yang baru di mana ia mula di perkenalkan pada tahun 2003.
Ini bermakna, semua peserta temubual adalah dari generasi yang tidak menggunakan
kalkulator semasa berada di sekolah menengah dahulu dan menyebabkan peserta temubual
menganggap kalkulator tidak membantu pelajar di dalam kelas. Mengikut Pomrantz (1997),
terdapat juga guru dan ibu bapa yang beranggapan sekiranya mereka tidak pernah
menggunakan teknologi untuk belajar matematik, maka pelajar juga tidak perlu menggunakan
teknologi. Ini adalah satu persepsi yang salah, di mana terdapat banyak hasil dapatan kajian
yang mendapati bahawa penggunaan kalkulator memberi kesan yang positif baik dari segi
tingkah laku pelajar dan juga pencapaian pelajar. Kissane (2006) menyatakan bahawa pelajar
yang menggunakan kalkulator mempunyai akses langsung kepada perwakilan idea matematik
yang kuat dari segi konsep dan penting untuk pembelajaran. Pelajar kini boleh fokus dalam
memahami konsep matematik dan tidak menjadi tertekan tentang pengiraan jawapan yang
salah dengan bantuan kalkulator.

Idea ini menerangkan betapa pentingnya penggunaan

kalkulator di dalam kelas sebagai satu alat pedagogi yang sangat memberi kesan kepada
perkembangan kognitif dan pencapaian pelajar.
Kajian juga mendapati bahawa guru telah menghadkan penggunaan kalkulator di dalam
kelas kepada tugas-tugas tertentu sahaja seperti memeriksa jawapan sedangkan terdapat
banyak lagi fungsi-fungsi yang boleh digunakan di dalam kalkulator. Limitasi-limitasi
penggunaan kalkulator yang telah ditetapkan oleh guru menyebabkan pelajar seolah-oleh
menggunakan kalkulator elektronik biasa yang mempunyai fungsi asas sahaja sedangkan
pelajar menggunakan kalkulator saintifik. Menurut Paul, Elizebeth etc (2007), guru
memainkan peranan yang penting di dalam memperkenalkan penggunaan kalkualtor saintifik
di sekolah. Kegagalan guru mengekspoitasi penggunaan kalkulator memberi kesan negatif di
dalam bilik darjah. Guru perlu memainkan peranan yang sangat penting di dalam mendidik

Page
22

pelajar menggunakan kalkulator saintifik. Padma masa yang sama guru perlu meningkatkan
kemahiran pelajar di dalam menyelesaikan masalah mateamtik dan menggunakan kalkulator
di dalam membantu pelajar mempercepatkan proses pengiraan. Dengan erti kata yang lain
kalkulator saintifik sangat membantu pelajar sekiranya pelajar menguasai kemahairan
matematik. Hierarki di dalam penggunaan kalkulator mestilah difahami bagi memastikan
pelajar dapat memanfaatkan penggunaan kalkulator. Hierarki yang dimaksudkan adalah
seperti gambarajah dibawah.

Jawapan

Penggunaan
Kalkulator
Mentafsir soalan
Soalan
Hierarki Penggunaan Kalkulator
5.1.2

Pelajar

Hasil dapatan kajian juga mendapati penggunaan kalkulator memberi kesan yang positif
terhadap motivasi dan pencapaian pelajar. Walaubagaimanapun, kesan positif itu hanya dapat
dilihat kepada pelajar yang cemerlang sahaja dan bukannyanya kepada pelajar yang lemah. Ini
kerana kefahaman terhadap matematik hanya akan hadir kesan daripada kefahaman terhadap
soalan, pengetahuan menyelesaikan masalah, pemilihan operasi yang sesuai dan pelajar dapat
menetukan samada jawapan yang diperolehi itu munasabah atau tidak (Heidi Pomerantz,
1997). Kesemua kemahiran ini hanya dimiliki oleh pelajar yang ce,erlang dan tidak dimiliki
oleh pelajar yang lemah. Ini di sokong oleh kajian Linda Brents dan Kathleen Cage (2005)
yang mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan pencapaian di antara dua kumpulan pelajar

Page
23

yang menjawab soalan konsep di mana kumpulan kawalan tidak menggunakan kalkulator dan
kumpulan kajian menggunakan kalkulator. Ini menunjukkan bahawa kefahaman konsep
pelajar mengatasi penggunaan kalkulator di dalam menyelesaikan masalah matematik. Dari
sudut motivasi pula pelajar yang dapat menjawab soalan akan menunjukkan tahap motivasi
yang lebih tinggi terhadap subjek matematik. Menurut Kamaruddin Hj Hussin (2002), pelajar
akan bermotivasi sekiranya pelajar mengetahui motif pembelajaran. Dengan menguasai dan
memahami tujuan pembelajaran, pelajar akan berjaya di dalam pencapaian.

Page
24

5.2 KESIMPULAN
Hasil dapatan temubual mendapati bahawa penggunaan kalkulator saintifik tidak
memberi kesan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar dan motivasi pelajar.
Walaubagaimanapun, hasil dapatan kajian ini adalah bercanggah dengan kajian-kajian yang
telah dilakukan oleh kebanyakan negara. Ini bermakna penggunaan kalkulator sebenarnya
sangat memainkan peranan yang sangat penting di dalam subjek matematik. Hasil temubual
ini telah dipengaruhi oleh latar belakang guru dan persepsi guru yang salah berkaitan
penggunaan kalkulator saintifik di sekolah. Oleh sebab itu guru perlu memainkan pernan yang
lebih penting di dalam menjadikan kalkulator saintifik sebagai alat bantu mengajar yang
berkesan. Menurut Erin McCauliff (n,d), guru perlu memberi komitmen di dalam polisi
penggunaan kalkulator di sekolah.

Kesan penggunaan kalkulator ini hanya dapat di lihat

sekiranya pemahaman pelajar terhadap soalan matematik adalah tinggi. Kerajaan juga harus
memainkan peranan di dalam mendidik guru menggunakan kalkulator dan menjalankan
kajian yang lebih terperinci berkaitan peggunaan kalkulator di dalam meningkatkan lagi
kesedaran guru berkaitan penggunaan kalkulator di sekolah.

Page
25

RUJUKAN

Abedalaziz, N. (2011). Assessment Of Students Attitudes Towards Scientific Calculators Use


in Mathematical Instruction. Kuala Lumpur, Malaysia. Retrieved Oktober 6, 2014,
from http://umexpert.um.edu.my/file/publication/00010857_75977.pdf
Azizi Yahaya, S. H. (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pndidikan. Kuala Lumpur: PTS
Profesional.
Cabanilla-Pedro, L. A. (2006). Using calculators in Primary Mathematics. Seameo Recsam.
Ghani, N. S. (2002). Teaching Mathematics in Secondary Schools : Theories and Practices.
tanjung malim: Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Husin, K. H. (2002). Psikologi Bilik Darjah-Asas Pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Ina V.S. Mullis, M. O. (2004). TIMSS 2003 International Mathematics Report. Boston:
TIMSS & PIRLS International Study Center. Retrieved Oktober 7, 2014, from
http://timss.bc.edu/PDF/t03_download/T03INTLMATRPT.pdf
Ina vs Mullis, M. O. (2007). Timms 2007 International Mathematic's Report. Boston: TIMMS
& PIRLS.
Kissan, B. (2006). Technology in secondary mathematics education: The role of calculators.
Second Thailand World Teachers Day Congress, Bangkok, Thailand, 5-7.
Kulik, J. A. (2003). Effects of Using Instructional Technology in Colleges andUniversities:
What Controlled Evaluation Studies Say. Arlington: SRI International.
Labrador, D. O. (2004). Calculator In Mathematics Instruction and Assessment.
Newfoundland and Labrador: Divission Programme Developement.
McCauliff, E. (n.d.). The Calculator in the Elementary Classroom: Making a Useful Tool out
of an Ineffective Crutch. Vilanova: Department of Education and Human Services
Villanova University.
Mittag, L. B. (2005). Effect of Calculator Technology on Students Achievement In An
Introductory Statistics Course. International Association for Statistical Education
(IASE/ISI), 8.

Page
26

Munip, H. (2012, September 1). Aplikasi Pendekatan Konstruktivisme Dalam Rekabentuk


Pengajaran Berasaskan Komputer: Pengaruhnya Terhadap Pencapaian Berdasrkan
Aras Kognitif Pelajar. Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia. Retrieved Julai 20,
2014, from http://ipgktb.edu.my/lestari/ipglestari/kertas_lestari2012/Hairiah%20binti
%20Munip.pdf
NCTM. (2011). Using Calculators for Teaching and Learning Mathematics. Reston: The
National Council of Teachers of Mathematics.
Paul Serganor, E. O. (2007). Calculator Use in School and Junior Cycle Mathematics.
Dublin: Educational Research Centre .
Pendidikan, B. T. (n.d.). The Malaysia Smarts School:Developing 21st Century Skills.
Retrieved July 21, 2014, from http://www.jaet.jp/katudou/seminar_ict/Malaysia.pdf
Pomerantz, H. (1997). The Role of Calculator in Math Education. Urban Systematic
Initiative/Partnership For Mathematics and Science Achievement, 1-8.
Thomas, D. A. (1992). Teenagers, Teachers, and Mathematics. Massachusetts: Allyn and
Bacon.
Unit ICT, B. S. (2002, September 6). Surat Pekeliling Iksisas Bil 6/2002. Kuala Lumpur,
Malaysia. Retrieved Oktober 6, 2014, from
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1307676066.pdf
Wolfe, E. W. (2010). What Impact Does Calculator Use Have On Test Results? Pearson
Education.

Page 27

Anda mungkin juga menyukai