Anda di halaman 1dari 9

MENINGKATKAN MINAT MURID TAHUN 3 DALAM

TAJUK PEMBIAKAN TUMBUHAN MENGGUNAKAN


PENDEKATAN INKUIRI BERSTRUKTUR

NURLIYANA BINTI SAYUTI


Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Ambilan Jun 2017

IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


MENINGKATKAN MINAT MURID TAHUN 3 DALAM TAJUK
PEMBIAKAN TUMBUHAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN INKUIRI
BERSTRUKTUR

1.0 PENDAHULUAN

Bahagian ini akan menerangkan tentang definisi inkuiri serta definisi inkuiri
berstruktur, refleksi sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu dan huraian tentang
tinjauan literatur yang berkait rapat dengan fokus kajian ini. Penerangan ini akan
memberikan gambaran yang menyeluruh tentang keperluan kajian ini dilaksanakan.

1.1 Pengenalan

Menurut (Llewellyn, 2007), definisi inkuiri adalah satu pendekatan untuk


belajar yang melibatkan penerokaan alam sekitar yang membawa kepada
pertanyaan soalan-soalan, melakukan penemuan-penemuan dan mengujinya bagi
membina pemahaman yang baru. Inkuiri dapat difahami dengan lebih baik melalui
pemahaman kenyataan di bawah yang merupakan kenyataan yang dipetik daripada
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri yang turut menerangkan
tentang definisi inkuiri:

Inkuiri adalah satu kaedah pembelajaran yang melibatkan pertanyaan,

mencari jawapan melalui pemerhatian, pengukuran hipotesis,

mengumpul data, menterjemah dan membina rumusan ataupun

refleksi. Ia juga merupakan satu proses p&p yang berpusatkan murid

dan melibatkan penyiasatan masalah, penerokaan dan penemuan

yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat melalui pertanyaan dan

perasaan ingin tahu berpusatkan murid. (Bahagian Pembangunan

Kurikulum, 2016, p. 2)
Hal ini bermakna, penggunaan pendekatan inkuiri dalam proses pengajaran
dan pembelajaran akan melibatkan penyiasatan, penerokaan, pengumpulan data,
pembinaan kesimpulan untuk menyelesaikan masalah, pembinaan refleksi tentang
kaedah yang digunakan dan komunikasi bagi berkongsi dapatan tentang masalah
yang dihadapi. Pembelajaran berasaskan inkuiri penemuan pula dapat didefinisikan
sebagai suatu pendekatan mencari jawapan kepada persoalan yang diutarakan
(Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, 2014). Pembelajaran
berasaskan inkuiri penemuan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu inkuiri
pengesahan, inkuiri berstruktur, inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka.

Pendekatan inkuiri berstruktur melibatkan penglibatan murid-murid di dalam


aktiviti hands on, mengumpul serta mengendalikan data, dan membina kesimpulan
mengikut arahan serta prosedur yang telah disediakan oleh guru ataupun buku teks
(Llewellyn, 2011). Murid-murid perlu melaksanakan aktiviti yang diberikan bagi
mendapatkan data tentang hasil daripada aktiviti yang dilakukan. Menurut
(Kamarudin, 2010), pendekatan inkuiri merupakan pendekatan yang paling berkesan
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah. Oleh hal yang
demikian, pendekatan inkuiri berstruktur telah digunakan di dalam pengajaran tajuk
pembiakan tumbuhan tahun 3.

1.2 Konteks/ Refleksi pengajaran dan pembelajaran

Pengkaji adalah merupakan seorang guru pelatih yang menuntut di Institut


Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI). Pengkaji merupakan guru
pelatih yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Sains Sekolah Rendah (Sains SK). Pengkaji telah berpraktikum di Sekolah
Kebangsaan Durian Burung. Sekolah ini terletak di daerah Durian Burung yang
terletak di pinggir Bandar Kuala Terengganu. Sepanjang berpraktikum di sekolah ini,
pengkaji telah mengajar mata pelajaran sains tahun tiga dan tahun lima. Kelas sains
tahun 3 Ibnu Majah terdiri daripada 33 orang murid manakala murid-murid tahun 5
Al-Amiri pula terdiri daripada 31 orang murid.
Sepanjang menjalani praktikum, pengkaji telah mendapati bahawa murid-
murid tahun 3 Ibnu Majah menunjukkan tingkah laku yang pasif serta tidak
menunjukkan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang
membincangkan topik pembiakan tumbuhan. Secara khususnya tingkah laku ini
dapat diperhatikan ketika pengkaji sedang mengajar subtopik memberi contoh
tumbuhan bagi setiap cara pembiakan. Mereka juga kelihatan tidak teruja untuk
mempelajari topik tersebut. Mereka turut terpinga-pinga apabila pengkaji
menyebutkan beberapa jenis pokok yang merupakan contoh kepada tumbuhan yang
membiak melalui spora seperti pokok paku pakis. Mereka juga mengakui bahawa
mereka tidak mengetahui maksud, bentuk serta tekstur spora.

Apabila pengkaji bertanya murid-murid tahun 3 Ibnu Majah mengenai reaksi


mereka yang terpinga-pinga, mereka menerangkan kepada pengkaji bahawa
mereka tidak mempunyai gambaran berkenaan pokok-pokok tersebut kerana
mereka tidak pernah melihatnya. Selain itu, pengkaji juga telah menyoal mereka
tentang sebab mereka menunjukkan tingkah laku seperti pasif serta tidak berminat
untuk menyertai proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan maklum balas
yang diberikan oleh mereka, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa mereka tidak
mahu mempelajari topik pembiakan tumbuhan. Pengkaji berpendapat bahawa cara
pengajaran yang digunakan telah mempengaruhi minat murid-murid kerana menurut
(Zainudin, 2014), tahap minat seseorang murid adalah dipengaruhi oleh cara
pengajaran guru yang menarik dan berkesan.

Oleh hal yang demikian, pelbagai langkah seperti penggunaan kaedah serta
pendekatan pengajaran yang berbeza telah dilakukan bagi meningkatkan minat
murid-murid untuk terlibat secara aktif di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Salah satu pendekatan yang digunakan oleh pengkaji adalah
pendekatan inkuiri berstruktur. Langkah ini perlu dilakukan kerana menurut
(Halimah, 2006), sikap, minat dan motivasi memainkan peranan yang penting dalam
menentukan tahap pencapaian murid-murid. Minat murid-murid terhadap sesuatu
topik di dalam mata pelajaran sains dapat diperhatikan melalui sikap serta tingkah
laku yang ditunjukkan oleh murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran
sedang berlaku (Mohamad Shatar, 2005).
Minat murid-murid terhadap topik pembiakan tumbuhan pula dapat membantu
murid-murid untuk meningkatkan tahap pencapaian mereka di dalam tajuk
pembiakan tumbuhan. Hal ini kerana menurut (Noor Erma & Leong, 2014), murid
yang mempunyai minat yang tinggi akan sentiasa berusaha dan rajin meningkatkan
nilai diri mereka. Setelah mengadakan ujian pra kepada murid-murid tahun 3 Ibnu
Majah, pengkaji mendapati bahawa terdapat 10 orang murid-murid yang gagal di
dalam ujian tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid tidak memahami
tajuk pembiakan tumbuhan. Berdasarkan keputusan ujian tersebut, pengkaji
mendapati bahawa pendekatan pengajaran tradisional yang digunakan semasa
mengajar tajuk pembiakan tumbuhan tidak berjaya menarik minat murid untuk
mempelajari tajuk tersebut.

Oleh kerana pendekatan pengajaran tradisional yang digunakan oleh pengkaji


sebelum ini gagal, pengkaji telah merancang untuk menggunakan pendekatan inkuiri
berstruktur bagi mengajar tajuk pembiakan tumbuhan. Pendekatan pengajaran ini
akan dilakukan melalui pengedaran manual pembelajaran kepada murid-murid yang
gagal di dalam ujian pra. Murid-murid ini akan mencari pokok-pokok yang dinyatakan
di dalam manual tersebut lalu mereka akan memerhatikan serta mengenal pasti cara
pembiakan tumbuhan tersebut. Aktiviti ini dilakukan secara berpasangan dan aktiviti
ini dilakukan bagi membantu murid-murid untuk memahami tajuk pembiakan
tumbuhan.

Pendekatan pengajaran ini juga mampu menarik minat murid-murid untuk


mempelajari tajuk pembiakan tumbuhan kerana murid-murid dapat merasai
pengalaman memerhatikan cara pembiakan pokok. Murid-murid juga berpeluang
untuk mendapatkan pengalaman merasai tekstur pokok-pokok yang diperhatikan.
Pengalaman yang diperoleh murid-murid ini adalah melibatkan pemerolehan
pengalaman sebenar tentang fenomena yang sedang dikaji iaitu fenomena
pembiakan tumbuhan dan bukannya hanya menggambarkan fenomena berkenaan.
Jenis pembelajaran berasaskan pengalaman adalah lebih bermakna berbanding
pembelajaran berbentuk kognitif yang hanya memerlukan murid-murid untuk
membayangkan bentuk serta tekstur pokok yang dipelajari.
1.3 Tinjauan literatur

Bahagian ini akan membincangkan tinjauan literatur yang berkait dengan


fokus kajian ini. Tinjauan literatur akan menerangkan tentang kajian-kajian lalu yang
berkisarkan minat serta pendekatan inkuiri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Tinjauan literatur ini juga akan menerangkan kepentingan
penggunaan pendekatan inkuiri bagi meningkatkan minat murid-murid untuk belajar.
Tinjauan literatur juga dapat membantu pengkaji untuk menetukan sama ada topik
ini pernah dikaji ataupun tidak serta dapat memberikan ilham kepada pengkaji
tentang cara-cara untuk mengecilkan lagi ruang lingkup sesuatu kajian (Creswell,
2009)

1.3.1 Minat

1.3.2 Inkuiri

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Pemilihan fokus kajian

Fokus kajian ini adalah berfokus kepada tajuk pengukuran isipadu pepejal tidak
sekata yang dipelajari oleh murid-murid tahun 3 Ibnu Majah. Tajuk ini adalah
merupakan sebahagian daripada tajuk yang terkandung di dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang digubal mengikut acuan yang
telah ditetapkan oleh Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

2.2 Pengumpulan data awal


Pengkaji mengadakan ujian pra bagi tajuk pengukuran isipadu pepejal tidak sekata.
Pengkaji mendapati bahawa 10 orang daripada 33 orang murid-mrid tahun 3 Ibnu
Majah tidak lulus ujian tersebut.

2.3 Tindakan

Antara intervensi yang dilakukan adalah dengan menggantikan pendekatan


pengajaran tradisional dengan pendekatan inkuiri berstruktur. Pengkaji telah
membahagikan murid-murid yang gagal di dalam ujian pra kepada tiga kumpulan.

Pengkaji kemudiannya memberikan satu prosedur aktiviti kepada murid-murid.


Murid-murid mengikut prosedur tersebut bagi mengukur isipadu pepal tidak sekata
tersebut. murid-murid perlu mencari objek tidak sekata seperti batu, plastisin, guli
dan sebagainya.

Setiap murid perlu mengukur isipadu pepejal tidak sekata tersebut mengikut
prosedur yang telah dibekalkan oleh guru dan mencatatkan keputusan aktiviti yang
dilakukan di dalam sebuah jadual.

Pengkaji akan mengadakan ujian pasca kepada murid-murid ini setelah mereka
melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan
inkuiri berstruktur.

3.0 Objektif/ soalan

3.1 Objektif

Objektif kajian ini terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus
seperti yang telah disenaraikan.

3.1.1 Objektif umum


Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan minat murid dalam mempelajari
tajuk pembiakan tumbuhan menggunakan pendekatan inkuiri berstruktur.

3.1.2 Objektif khusus

Tujuan khusus kajian ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti minat murid terhadap tajuk pembiakan tumbuhan.


2. Meningkatkan minat murid terhadap tajuk pembiakan tumbuhan dengan
melaksanakan pendekatan inkuiri berstruktur dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
3. Meningkatkan penglibatan murid di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran tajuk pembiakan tumbuhan setelah pengajaran menggunakan
pendekatan inkuri berstruktur digunakan.
4. Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam tajuk pembiakan tumbuhan
melalui penggunaan pendekatan inkuiri berstruktur.

4.0 Peserta kajian

5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

Langkah-langkah tindakan

Perancangan kaedah mengumpul data

Perancangan cara menganalisis data

4.0 DAPATAN KAJIAN

5.0 REFLEKSI DAN CADANGAN KAJIAN SUSULAN

6.0 RUJUKAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014).
Elemen KBAT dalam pedagogi. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016).


Panduan pengajaran dan pembelajaran berasaskan inkuiri. Putrajaya,
Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia

Creswell, J. W. (2009). Research design (3rd ed). United Kingdom: SAGE


Publications

Halimah Harun. (2006). Minat, motivasi dan kemahiran mengajar guru pelatih. Jurnal
pendidikan, 31(0), 83-96

Llewellyn, D. (2011). Differentiated science inqury. Thousand Oaks, California:


Corwin A Sage Company

Llewellyn, D. (2014). Inquiry within. Thousand Oaks: Corwin A Sage Company

Llewellyn, D. (2007). Inquiry within: Implementing inquiry-based science standards in


grades 3-8 (2nd ed). Thousand Oaks: Corwin A Sage Company

Mohammad Shatar, S. (2005). 7 rahsia kecemerlangan akademik. Cheras, Kuala


Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Nik Zarini Nik Kar & Salmiza Saleh. (2012). Kesan pendekatan inkuiri penemuan
terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran kimia. Asia Pacific journal
of educators and education, 27(0), 159-174

Noor Erma, A. & Leong, K. E. (2014). Hubungan antara sikap, minat, pengajaran
guru dan pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian matematik tambahan
tingkatan 4. Jurnal kurikulum & pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 1-4

Syahruzaman Kamarudin. (2010). Perlaksanaan dan penguasaan pendekatan inkuiri


di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). (Disertasi sarjana muda yang tidak
diterbitkan). Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Zainudin, A. B. (2014). Psikologi pendidikan: Pedoman untuk guru dan ibu bapa.
Singapura: Partridge Publishing

Anda mungkin juga menyukai