Anda di halaman 1dari 5

JURNAL MINGGUAN

BILANGAN JURNAL :2
TEMPOH : 16 Jun 2019 - 20 Jun 2019
NAMA : Nurliyana Binti Sayuti
TAJUK : Kawalan Kelas

1.0 Isu Yang Difokuskan

Semasa berada pada minggu kedua praktikum, saya telah mengalami satu
masalah yang agak sukar untuk diatasi. Masalah yang saya hadapi adalah berkaitan
dengan pengawalan kelas. Saya mendapati bahawa agak sukar untuk saya
memastikan murid-murid menunjukkan tingkah laku yang baik di dalam kelas. Masalah
ini berlanjutan selama satu minggu dan masalah ini berlaku pada minggu kedua kerana
saya mula mengajar murid-murid di dalam bilik darjah pada minggu kedua.

2.0 Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)

Hasil daripada analisis yang dijalankan, saya mendapati bahawa masalah


pengawalan kelas yang saya alami adalah berpunca daripada cara saya
mengendalikan tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah. Apabila terdapat murid-
murid yang bercakap ketika saya sedang bercakap, saya tidak menegur dan
membetulkan perbuatan murid tersebut. Pada mulanya, saya merasakan perkara
tersebut agak normal sehinggalah keadaan menjadi agak tidak terkawal kerana murid-
murid terlalu bising.

Antara kesan masalah yang saya hadapi pada minggu kedua praktikum adalah
saya menghadapi kesukaran untuk melakukan pengajaran dengan berkesan. Hal ini
kerana murid-murid merasakan bahawa perbuatan bercakap semasa guru sedang
bercakap adalah merupakan perbuatan yang betul. Perkara ini berlaku kerana saya
tidak terus menegur perbuatan tersebut. Kesan lain yang timbul akibat masalah ini
adalah suasana kelas saya menjadi agak tidak terkawal.
3.0 Kajian Lampau Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas)

Menurut Nahar (2016), sesuatu tingkah laku yang ditunjukkan oleh seseorang
murid dapat diteruskan ataupun dihilangkan melalui peneguhan yang diberikan selepas
murid tersebut menunjukkan sesuatu tingkah laku. Tingkah laku yang baik dapat
diteruskan dengan memberikan peneguhan positif seperti pujian dan ganjaran
manakala tingkah laku tidak baik yang ditunjukkan oleh murid-murid dapat dihilangkan
dengan memberikan peneguhan negatif seperti hukuman dan dendaan kepada murid-
murid tersebut. Apabila diberikan pujian ataupun ganjaran, murid-murid akan
termotivasi untuk mengulangi tingkah laku yang baik manakala jika mereka mendapat
dendaan, mereka akan berusaha untuk mengelakkan daripada mengulangi tingkah laku
tersebut

4.0 Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan analisis yang telah saya lakukan, terdapat beberapa cadangan


yang boleh dijadikan sebagai alternatif penyelesaian kepada masalah tersebut,
antaranya ialah :

1. Mendapatkan nasihat tentang cara pengawalan kelas yang betul daripada guru
pembimbing dan pensyarah penasihat.
2. Merujuk serta mengaplikasikan teori-teori tingkah laku sosial kanak-kanak
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku.
3. Mengaplikasikan teori peneguhan semasa mengajar di dalam bilik darjah.

5.0 Tempoh Masa Penyelesaian

1 minggu
6.0 Tindakan Susulan

Saya telah mengambil tindakan susulan seperti berjumpa dengan guru


pembimbing dan pensyarah penasihat saya bagi mendapatkan tips tentang cara-cara
pengawalan kelas yang betul berdasarkan situasi yang saya hadapi. Saya juga telah
cuba untuk mengatasi masalah kawalan kelas dengan mengaplikasikan teori
peneguhan yang diperkenalkan oleh B. F. Skinner. Saya telah melakukan peneguhan
positif dengan memberikan pujian kepada murid-murid saya dan saya juga telah
melakukan peneguhan negatif dengan mendenda murid-murid saya yang bising di
dalam bilik darjah.

7.0 Tarikh Tindakan Susulan Diadakan

17 Jun 2019 hingga 20 Jun 2019

8.0 Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Tindakan yang dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian


masalah telah memberikan impak yang positif kepada diri saya dan murid-murid saya.
Hal ini dapat dilihat apabila saya telah berjaya mengawal kelas dan murid-murid dapat
memberikan perhatian mereka kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran juga dapat dijalankan dengan lancar apabila saya telah
dapat mengawal kelas dengan baik. Keberkesanan langkah yang dicadangkan juga
berlaku kerana saya telah mengamalkan tips yang diberikan oleh guru pembimbing
serta pensyarah penasihat saya yang cukup berpengalaman dalam menguruskan
murid-murid.
9.0 Kesimpulan / Refleksi

Saya berasa gembira kerana telah berjaya mengatasi masalah pengawalan


kelas. Hal ini membolehkan saya untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif
kepada murid-murid. Saya juga dapat menjalankan aktiviti yang sesuai dengan topik
yang diajar kerana saya mendapat kerjasama yang sangat baik daripada murid-murid.
Selain itu, saya juga dapat memastikan aktiviti pengajaran yang saya rangka dapat
berjalan dengan lancar kerana murid-murid memberikan perhatian yang penuh
terhadap aktiviti yang mereka lakukan.

Rujukan

Nahar, N. I. (2016). Penerapan teori belajar behavioristic dalam proses pembelajaran.


Jurnal ilmu pengetahuan sosial, 1(0), 70-72
Disediakan oleh:

………………………………………
(NURLIYANA BINTI SAYUTI)

Disemak oleh Guru Pembimbing: Disemak oleh Pensyarah Penyelia:

……………………………………… ………………………………………
Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai