Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARUL AMAN


06000 JITRA, KEDAH.

JURNAL PRAKTIKUM

NAMA : NURUL NAJWA BINTI AZIZAN


KURSUS & AMBILAN : PENDIDIKAN ISLAM AMBILAN OKTOBER 2022
TEMPOH PRAKTIKUM : 10 MINGGU (12/06/2023 – 18/08/2023)
NAMA PENSYARAH : HJ. MOHD RADZI LEBAI MAT / HJ MOHD
PEMBIMBING ZAKIR BIN MAJID
NAMA GURU : NURAFINA BINTI ABDULLAH
PEMBIMBING
CATATAN MINGGU : 8
TARIKH : 31 JULAI 2023 – 04 OGOS 2023
ISU YANG DIFOKUSKAN: MASALAH MURID TIDAK MENDENGAR ARAHAN

Pada minggu ini, saya mengalami masalah untuk mengawal sewaktu


melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Murid-murid
didalam kelas tidak melaksanakan arahan dan mereka mengambil enteng
mengenaisetiap arahan yang telah dikemukakan. Hal ini memberikan sedikit
masalahkepadasaya dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan mencapai objektif yang
telah ditetapkan di dalam rancangan pengajaran harian. Masalah ini juga
memberikanimpak kepada saya untuk mengesan kelemahan yang terdapat pada murid-
muriddalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang oleh guru.

1.0 ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN

Masalah yang timbul ini disebabkan oleh perancangan aktiviti yang


dilaksanakansecara individu yang memerlukan setiap murid mendengar arahan
dengan jelasdaripada guru-guru. Berdasarkan situasi yang telah dilaksanakan, saya
mendapatibahawa murid sekolah ini tidak berminat untuk mendengar arahan yang
telahdikemukakan oleh guru dan mereka lebih mudah terasa bosan dengan aktiviti
yangcuba dilaksanakan. Terdapat juga sebilangan kecil murid yang menjadi
puncamembuat bising di dalam kelas mengakibatkan murid-murid yang lain turut
tidakmemberikan perhatian kepada arahan yang telah dikemukakan oleh guru.
Disamping itu, masalah ini juga timbul kerana murid telah menerima budaya
bahawaguru perlu bersuaran lantang dan menggunakan sedikit kekerasan
dalampenyampaian arahan oleh guru.

2.0 CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN

Langkah-langkah yang perlu saya usahakan adalah seperti berikut:

i. Saya patut membudayakan satu pergerakan yang menarik sepertitepuk


semangat supaya murid kembali ke tempat masing-masingdan mendengar
arahan yang akan dikemukakan oleh guru.Pergerakan juga mampu membantu
saya mengawal tingkah lakumurid dan seterusnya memberikan kelebihan
penyampaian arahanagar diterima oleh keseluruhan kelas.
ii. Cadangan tindakan kedua adalah menyediakan plan A dan Bsewaktu
mengalami masalah terbabit. Plan B mampu memberikanpeluang kepada saya
untuk memperbaiki kelemahan sewaktumelaksanakan pengajaran di dalam
kelas. Plan B yang akandilaksanakan oleh saya adalah menyediakan satu
aktiviti lain yang mampu menarik perhatian murid di dalam kelas seperti
kuiz,menyalin nota, dan sebagainya.

iii. Cadangan aktiviti yang ketiga adalah saya akan menggunakanpendekatan yang
lebih lembut dalam memberikan arahan kepadamurid-murid. Pendekatan ini
mungkin akan lebih sesuai denganmurid-murid yang berada di tahap satu.
Pendekatan ini jugamemberikan kelebihan kepada saya dalam mengatasi
masalahsuara yang sering di alami selepas melaksanakan prosespegajaran.

iv. Cadangan aktiviti yang terakhir adalah mendapatkan nasihat dan bimbingan
daripada guru dan pensyarah pembimbing. Nasihat yangdikemukan oleh mereka
mampu memberikan pengetahuan baharukepada saya dalam mengatasi
masalah yang dihadapi.

3.0 TEMPOH MASA PELAKSANAAN

1 Minggu

4.0 TINDAKAN SUSULAN

Setiap kelas mempunyai cabaran yang berbeza. Untuk kelas ini, saya akan
mencuba menggunakan cara yang mudah untuk mengawal tingkah laku mereka.
Cara yang pertama adalah meminta murid angkat kedua-dua belah tangan dengan
sebelah kaki secara serentak. Cara ini paling praktikal untuk dilaksanakan ketika di
dalam kelas. Saya menggunakan kaedah ini pada masa yang perlu sahaja dan perlu
diingat ia bukan sebagai hukuman. Tindakan ini dapat mengawal kesabaran serta
murid dapat mengikut arahan dan mendengar maklumat yang ingin saya sampaikan
dengan baik kerana apabila mereka membuat bising lagi masa akan ditambah dan
mereka akan kepenatan. Cara ini sangat sesuai digunakan apabila murid sudah
hilang tumpuan dan dapat mengembalikan fokus kepada sesi PdP. Selain itu saya
juga cuba memanggil nama murid yang membuat bising untuk diam supaya mereka
tidak menganggu murid yang lain malah saya juga gemar berjalan mengelilingi murid
untuk melihat proses kemenjadian murid ketika di dalam kelas. Keadaan ini
membantu saya dan dapat mengurangkan masalah tingkah laku tersebut.

5.0 TARIKH TINDAKAN SUSULAN DIJALANKAN

23 Jun 2023

6.0 KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan


penyelesaian yang telah saya kenal pasti secara keseluruhannya menunjukkan
respon yang lebih baik daripada sebelumnya. Hal ini dapat dilihat melalui tingkah
laku murid yang mula aktif dan menunjukkan respon yang baik semasa PdP
berlangsung serta lebih mudah dikawal. Malah, mereka juga mula menunjukkan
minat untuk belajar apabila mereka mula mengajukan soalan kepada saya apabila
mereka tidak faham.

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 sangat


penting kerana mempunyai pengaruh yang positif terhadap kualiti guru dalam
menyampaikan pengajaran dan mendidik pelajar dengan baik. Kualiti yang ada pada
seseorang guru akan mendorong guru lebih yakin dalam penyampaian ilmu kepada
pelajar. Terdapat dapatan yang menunjukkan bahawa amalan pengajaran dan
pembelajaran abad 21 mendorong emosi pelajar dalam melaksanakan aktiviti
pembelajaran dimana berada pada tahap min yang tinggi. Tegasnya, pengajaran dan
pembelajaran abad 21 memberi impak yang positif kepada pembangunan pelajar.
RUJUKAN

Ahmad, N.L & Majid, N. A., (2018). Program Praktikum Sebagai Medium Pengukuhan
Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Guru Pelatih. Jurnal Pendidikan. Vol 43 (2). 17-27.

Barret, D. J. (2006). Leadership communication: A communication approach for senior-level


managers. Handbook of Business Strategy. United Kingdom: Emerald Group
Publishing.

Baltic Marine Environment Protection Commission. (2014). HELCOM Annual Meeting 2014:
Communication Strategy (pp. 1-5).

Dembo, M. H., & Seli, H. (2012). Motivation and learning strategies for college success: A
Focus on self-regulated learning. New York: Routledge
Ducan, A.G., Rogat, A.D. & Yarden, A. (2009). A Learning Progression for Deepening
Student’s Understandings of Modern Generations Across the 5th -10th Grades. Journal
of research in Science Teaching. Vol 46(6). 605-737.

Rajendran, N. S. (2010). Teaching Thinking Skills at Institutions Of Higher Learning: Lesson


Learned. Pertanika Journal of Social Science and Humanities.Vol 18. 1-14

Sharifah Bee. (2015). Transformasi Dijana Legasi: Koleksi Ucapan 2012-2015. Pulau
Pinang: Crucetak Sdn. Bhd.
Pandangan / komen guru pembimbing

……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………

Tarikh : ............................................. Tandatangan : .............................................

Nama : .........................................................

Pandangan / komen pensyarah pembimbing

……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………

Tarikh : .............................................. Tandatangan : ..............................................

Nama : ........................................................

Anda mungkin juga menyukai