Anda di halaman 1dari 22

KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGARUH

DUNIA BARAT DAN GLOBALISASI SERTA


PERMIKIRAN DUNIA TIMUR

MOHD FITRI BIN ABDUL AZIZ

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGARUH DUNIA BARAT DAN
GLOBALISASI SERTA PERMIKIRAN DUNIA TIMUR

MOHD FITRI BIN ABDUL AZIZ

LAPORAN YANG DIKEMUKAKAN UNTUK TUGASAN


MENGANTIKAN PEPERIKSAAN AKHIR

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI

2020
2

PENGAKUAN

Saya akui bahawa penulisan kertas laporan ini adalah berdasarkan hasil kerja saya
sendiri dengan bantuan mendapatkan bahan maklumat daripada sumber yang diberitahu
di dalam pengakuan. Penulisan kertas laporan ini juga menggunakan bahan yang
diterbitkan secara atas talian dan cetakan serta rujukan buku.

27 July 2020 MOHD FITRI BIN


ABDUL AZIZ
A171234
3

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT selesai jua tugasan kertas laporan
LMCW 2163 Tamadun Islam dan Tamadun Asia, menggantikan peperiksaan akhir
semester. Jutaan terima kasih kepada pensyarah iaitu Prof. Madya Dr. Zulkifli Bin
Mohamad di atas ilmu dan perkongsian pengalaman yang diberikan sepanjang tempoh
pembelajaran atas talian semasa Malaysia menghadapi pandemik Covid-19.
Penekanan tentang ketamadunan dan sejarah tamadun amat penting pada masa
kini dalam mendidik masyarakat hari ini yang boleh menghormati bangsa dan agama
lain. Dalam Kontak Malaysia khususnya, kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan
kepercayaan menjadi asas kepada uniknya sesebuah negara.
Toleransi antara kaum menjadi asas kepada keharmonian hari ini. Dalam subjek
ini, pelajar didedahkan dengan pencapaian dan pembangunan sesebuah tamadun dari
segi pemikiran dan kemajuan dilihat daripada sudut sains, kesenian, penulisan dan
kitaran ketamadunan.
Dalam mendepani fenomena globalisasi ini, kita perlu bijak dalam menilai cara
dan pemikiran Barat terhadap kedaulatan dan budaya Timur agar tidak menghakis nilai-
nilai dan ciri-ciri tersendiri masyarakat, budaya dan bangsa Timur.
Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat
dalam menyiapkan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Bagi
rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa
jutaan terima kasih diucapkan. Terima kasih.
4

KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN 2
PENGHARGAAN 3
KANDUNGAN 4
SENARAI SINGKATAN 5

BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 6

BAB II LATAR BELAKANG TAJUK


2.1 Pengenalan 8

BAB III KESAN PENGARUH BARAT


3.1 Pengenalan 10
3.2 Impak Permasalahan 11

BAB IV KAEDAH PENYELESAIAN


4.1 Pengenalan 16
4.2 Cadangan dan Langkah Mengatasi 16

BAB V KESIMPULAN
5.1 20

RUJUKAN 21
5

SENARAI SINGKATAN

UNESCO United Nations Educational, Scientific and Organisation

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

MNCs Multinational Company

WTO World Trade Organization

IMF Internasional Monetry Fund

IoT Internet Of Things

IR4.0 Industri Revolusi Keempat

PLKN Pusat Latihan Khidmat Negara

BTN Biro Tata Negara

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta


6

BAB I

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Globalisasi dari Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud fenomena yang
menjadikan dunia kelihatan kecil dari segi perhubungan sesama manusia disebabkan
pantasnya perkembangan teknologi merangkumi berbagai-bagai perkara termasuk
kesan terhadap ekonomi, budaya, pemirkiran, dan kemajuan teknologi. United Nations
Educational, Scientific and Organisation (UNESCO) mendefinisikan globalisasi
sebagai struktur dan proses ekonomi, social, teknologi, politik dan budaya terhasil
daripada perubahan ciri-ciri dalam pengeluaran, penggunaan, dan perdagangan
barangan serta asset yang merangkumi asas kepada ekonomi politik antarabangsa.
Istilah Hegemoni dalam perkataan Inggeris disebut Hegemony yang bermaksud
pengaruh atau penguasaan. Dalam Kamus Dewan Hegemoni diterjemahkan sebagai
pengaruh atau dominasi yang merangkumi pelbagai sudut seperti politik, ekonomi,
sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan dan sebagainya. Dalam
membentuk masyarakat, kita mempunyai pilihan sama ada memilih dari Timur dan
Barat dengan mengambil nilai baik serta melaksanakan dan mempraktikannya.
Masyarakat perlu tahu membezakan nilai positif atau negatif yang ditunjuk masyarakat
di negara Barat dan Timur bagi memastikan tiada sedikit pun nilai budaya Barat dapat
merosakkan identiti ketimuran itu sendiri. Selain itu, Globalisasi juga merupakan
fenomena sejagat yang perlu diberi perhatian oleh semua lapisan masyarakat. Malahan
dapat dilihat kepada kesan pembangunan di negara-negara sedang membangun
kebanyakannya telah dipengaruhi oleh seni bina Barat. Dalam menongkah arus
globalisasi dunia era modenisasi ini, budaya ketimuran masih lagi terikat dengan
7

fahaman agama, budaya dan kepercayaan masing-masing sebagai asas dalam


membentuk jati diri bangsa itu sendiri. Pelbagai isu positif dan negatif serta kesan
penularan gaya hidup Barat kepada permikiran Timur sekaligus mendatangkan impak
yang sangat besar pada masyarakat dan budaya tempatan.

Masyarakat hari ini telah dapat merasakan apakah itu globalisasi, di mana dunia
bukan sahaja tidak bersempadan dari segi geografi tetapi gelombang globalisasi itu
sendiri menjangkau sempadan dalam pelbagai aspek kehidupan hari ini. Pemahaman
dan konsep globalisasi ini perlu penjelasan dan wacana ilmiah agar dapat
memperjelaskan dan menghalusi konsep tersebut. Kebanyakan perbincangan tentang
globalisasi lebih tertumpu kepada isu-isu ekonomi dan teknolog bukannya dari sudut
globalisasi kebudayaan dan globalisasi ilmu dan maklumat. Globalisasi juga sepatutnya
membawa interaksi antara tamadun, dialong serta saling memahami di kalangan
penganut-penganut agama utama di dunia. Semua aspek globalisasi sepatutnya
diperhalusi kerana ia merupakan perkara penting kepada masa depan masyarakat,
tamadun dan negara. Memang tidak dapat dinafikan bahawa globalisasi merupakan
suatu perkembangan yang amat penting dan boleh membawa keuntungan kepada
sesebuah negara. Antara yang jelas dapat dilihat pada masa kini perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi memberi manfaat yang besar kepada
pembangunan negara itu sendiri. Selain daripada itu ialah cabaran sosio budaya yang
wujud akibat kebanjiran pengaruh budaya Barat. Globalisasi yang akan berlaku dalam
gelombang yang ketiga ini tentunya akan terkesan bukan sahaja dalam bidang ekonomi,
perdangangan, teknologi maklumat dan sosio budaya tetapi juga dalam bidang
kebudayaan, cara hidup dan pemirkiran. Antara yang jelas dapat dilihat dengan
wujudnya restoran-retoran makan Barat seperti McDonald, Coca Cola, 7Eleven,
Kentucky Fried Chicken dan banyak lagi dalam kehidupan seharian masyarakat Timur
dalam aspek pemakanan. Keadaan ini tidak bermaksud bahawa globalisasi hanyalah
sesuatu yang negatif semata-mata tetapi manfaat yang dibawa juga adalah besar
terutamanya dalam bidang teknologi, komunikasi global serta perluasan pasaran
ekonomi Barat terhadap masyarakat Timur. Walau bagaimanapun masyarakat harus
berhati-hati apabila menerima arus globalisasi ini.
8

BAB II

LATAR BELAKANG TAJUK

2.1 PENGENALAN

Pentakrifan tentang globalisasi bagi sesetengah sarjana menyebut bahawa globalisasi


yang berlaku pada masa kini sebenarnya adalah lanjutan dari kolonialisme dengan erti
kata lain dasar atau amalan oleh sesebuah negara meluaskan penguasaannya ke atas
sesebuah negara lain yang berlaku dalam abad ke-13 hingga abad ke-19. Gelombang
pertama globalisasi pada waktu itu juga telah memperlihatkan perubahan system sedia
ada selain kemasukan budaya luar ke dalam budaya hidup negara terjajah, serta
bermulanya pembentukan budaya global. Keadaan ini di sokong oleh Hall (1991) yang
menyifatkan perkembangan yang berlaku dalam zaman kolonialisme dan kini
mempunyai banyak persamaan kerana berlakunya pembentukan budaya Hybrid, iaitu
transformasi budaya tempatan akibat penyebaran budaya Barat. Jelas, proses globalisasi
bukan hanya suatu fenomena perdangangan dan perkembangan teknologi tetapi perkara
ini berlaku dalam budaya dan meresap kepada daya fikiran masyarakat Timur iaitu
budaya tempatan negara yang dijajah budaya luar.

Sejarah Tanah Melayu pada ketika itu tertumpu kepada Melaka sebagai hab
perdagangan bagi rantau ini yang merupakan pusat dagang yang sangat maju dan
strategik antara China dan India. Melaka merupakan sebuah negeri dan pusat dagangan
Timur Jauh yang kuat dan strategik, sehingga Tome Pires seorang penulis Portugis yang
datang ke Melaka selepas penjajahan Portugis terhadap Melaka pada 1511 berhujah
bahawa sesiapa yang memerintah Melaka memiliki kelebihan perdagangan yang unggul
dan penguasaan terhadap Venice di Eropah. Melaka, menurut D’Albuquerque tempat
terluas di dunia bagi urusan perdagangan dan Kota Melaka adalah Pelabuhan terkaya
yang mempunyai jumlah pedagang paling ramai dan aktiviti perkapalan dan
9

perdagangan paling banyak di dunia. Disebabkan oleh kepentingan geo-strategik


Melaka dalam aktiviti perdagangan, banyak pedagang dari Eropah, India, China, Timur
Tengah, Jawa dan Sumatera telah datang, dan sebahagian daripada mereka telah tinggal,
menetap dan menjadikan Melaka rumah baru mereka. Dengan perkembangan ini secara
tidak langsung pengaruh dari dunia Barat dan luar menular di Timur. Pengaruh budaya
luar yang menyelinap masuk ke segenap aspek budaya tempatan itu tidak semestinya
berlaku secara paksaan. Terdapat tanda-tanda ia berlaku secara sukarela disebabkan
keinginan masyarakat setempat untuk meniru budaya tersebut kerana menyangkakan
mereka akan ketinggalan dan dipencilkan daripada aliran kemajuan ekonomi,
perdagangan dan informasi global (Muhammed Khalid 2018). Dunia hari ini di warnai
oleh pelbagai budaya dari segenap tempat di mana Tamadun Barat dengan penguasaan
teknologi dan ekonomi, Tamadun China dengan ciri-cirinya, tamadun India dengan
bentuk rupanya dan Tamadun Islam dengan keagungannya. Bagaimanapun, apabila
tamadun moden Barat mula menyerlah, kesemua tamadun ini tidak lagi dianggap
moden. Hanya tamadun Barat yang dianggap moden malah dianggap Salvation atau
penyelamat kepada penduduk dunia.
10

BAB III

KESAN PENGARUH BARAT

3.1 PENGENALAN

Hegemoni pertama dilakukan menerusi proses kolonialisasi pada abad ke -17 dan ke-
18 hingga kemunculan negara-negara baru yang merdeka selepas Perang Dunia Kedua
terkenal dengan panggilan negara bangsa baru khususnya di rantau Asia. Kelahiran
kuasa besar ini sebagai kuasa tunggal dunia menjadi titik tolak kepada proses yang
dikenali sebagai Tata Baru Dunia atau lebih terkenal dengan nama ‘New World Order’.
Maka istilah baru yang lebih lembut iaitu globalisasi dicanangkan sebagai satu corak
baru penguasaan Amerika ke atas dunia (Ayman Rashdan Wong 2017). Jika selama ini
kekuasaan berteraskan kepada penggunaan kuasa kententeraan yang kuat sebagaimana
yang ditunjukan dalam Perang Dunia Kedua dan Perang Dingin. Pada masa kini kuasa
ekonomi menjadi alat baru kekuasaan itu. Globalisasi ini lebih diterjemahkan sebagai
proses penguasaan Barat ke atas ekonomi dunia. Proses ini mempunyai kesan ke atas
kehidupan manusia dengan melahirkan gejala-gejala seperti Consumerism, Liberalism,
Siberisme, Individualism, Hedonisme dan budaya barat yang lain.

Saka permikiran Barat telah banyak merubah lanskap dunia hari ini terutama
bagi kemajuan generasi dunia ketiga terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
industri hari ini. Umum mengetahui sejarah revolusi dunia telah melalui beberapa tahap
transformasi di mana revolusi perindustrian pada hari ini merupakan fenomena penting
yang telah memberi impak besar kepada masyarakat zaman kini. Perkembangan
Revolusi Industri adalah bermula dengan Revolusi Industri Pertama (1760-1830),
Revolusi Industri Kedua (1870-1914), Revolusi Industri Ketiga atau lebih dikenali
sebagai Revolusi Digital yang bermula pada tahun 1950an dan akhir sekali iaitu
Revolusi Industri Keempat (IR4.0) atau dengan istilah Internet of Things (IoT). Era
11

revolusi perindustrian ini adalah berlandaskan kepada revolusi digital yang


menggabungkan pelbagai teknologi yang melangkaui ruang sempadan dunia hari ini
antara fizikal, digital dan biologikal. Era ini juga dicorakkan dengan kemajuan
teknologi baru dalam pelbagai bidang, termasuk robotik, kecerdasan buatan, teknologi
Blackchain, teknologi nano, perkomputeran kuantum, bioteknologi, The Internet of
Things (IoT), percetakan 3D dan kenderaan padu diri. Pengertian teknologi bukan hanya
terbatas kepada teknik pengeluaran tetapi amat luas merangkumi seluruh aspek
kehidupan termasuk aktiviti harian masyarakat.

3.2 IMPAK PERMASALAHAN

a) Ekonomi

Istilah Kolonialisme & Imperialisme tidak lagi digunakan untuk


menggambarkan sebagai penaklukan secara langsung tetapi dikenali
sebagai agenda tersembunyi iaitu fenomena globalisasi yang mana
memberi peluang kepada negara maju untuk memperluaskan penguasaan
mereka ke atas negara mundur atau sedang membangun. Globalisasi
merupakan produk yang dihasilkan oleh negara-negara maju dunia
dalam memastikan negara-negara lain sentiasa berada di bawah
pengaruh mereka dalam menguasai bidang ekonomi negara lain. Antara
agen globalisasi Barat dalam mengaut hasil sumber asli dan bahan
mentah negara dunia ketiga seperti wujudnya Syarikat Multinasional
(MNCs), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia/World Bank. Hampir 99% MNCs
ini dimiliki oleh negara maju di tambah dengan penguasaan teknologi
moden dan modal yang besar dalam mencari ruang pelaburan di negara
dunia ketiga daripada hasil sumber asli dalam memaksimumkan
keuntungan di samping mereka mampu melakukan manipulasi pasaran
sehingga pesaing tempatan gulung tikar atau mengalami kerugian besar.
Dengan ini secara tidak langsung pesaing tempatan akan dikuasai oleh
MNCs melalui penjualan syarikat atau penguasaan modal. Selain itu,
wujudnya ancaman kepada Barangan dan Perkhidmatan di mana akan
12

wujud ketidakadilan persaingan berlaku di antara pelabur asing dengan


pelabur tempatan bagi barangan dan perkhidmatan yang sama dan
dengan ini akan berlaku lambakan barangan berjenama tempatan. Antara
lain, kesukaran mengawal aliran modal asing melalui konsep pasaran
bebas yang di perkenalkan Barat memberi kelebihan kepada pelabur luar
selaku pemilik modal dalam menguasai ekonomi sesebuah negara selain
memberi ancaman kepada pengeluaran produk tempatan sebagai pilihan
utama kerana dengan pasaran bebas barangan import berjenama lebih
murah dan menjadi pilihan penduduk tempatan.

b) Migrasi Antarabangsa

Migrasi Antarabangsa ini berkait rapat dengan struktur ekonomi


sesebuah negara itu sendiri selain faktor kemelesetan ekonomi negara
asal mereka yang menyebabkan berlaku penghijrahan secara haram dan
mengikut saluran. Kesan globalisasi melalui penguasaan pasaran oleh
syarikat Barat seperti MNCs ini secara tidak langsung menyebabkan
peningkatan permintaan pasaran buruh kerana kos buruh murah selain
dapat memaksimumkan keuntungan. Wujudnya daya saing peluang
pekerjaan antara warga tempatan dan warga asing baik dalam jangka
masa pendek mahupun jangka masa panjang. Dalam teori penawaran
buruh peningkatan pekerja asing dalam pasaran buruh menyebabkan
upah yang lebih rendah dan akan berlaku penganguran yang lebih tinggi
dalam kalangan pekerja tempatan jika mereka adalah pengganti
sempurna kepada pekerja tempatan. Kebanjiran migran ini akan
menyebabkan kadar upah rakyat tempatan menurun dan memberi kesan
negatif kepada mereka kerana golongan ini akan memenuhi setiap sektor
dan peluang pekerjaan di negara tersebut. Selain itu, dengan kemasukan
migran asing ini secara tidak langsung mereka ini akan membawa
pelbagai kesan sampingan seperti penyakit kronik, genjala sosial,
ideologi negara asal dan penyebaran budaya yang mana akan
mengganggu gugat budaya dan adat tempatan.
13

c) Agama dan Kesenian

Pemikiran dan ideologi Barat tidak terarah kepada mengaut keuntungan


ekonomi sahaja, malah ia juga melibatkan penyebaran agama dan
kesenian Barat di Timur. Hal ini jelas dapat dilihat dengan wujudnya
rumah-rumah ibadat dengan begitu banyak seperti gereja dan seni bina
bangunan serta seni muzik Barat. Jika pada abad ke 17 Barat meracuni
masyarakat dunia dengan pemikiran sekularisme tapi kini ideologi
liberalisme pula mengambil tempat dalam mempengaruhi fikiran dan
fahaman masyarakat dunia terutama di Timur. Dari sudut kepercayaan
agama, masyarakat Timur lebih kuat dan berpendirian teguh bahawa
agama yang mereka anuti akan membantu dalam kehidupan seharian.
Hal ini berbeza dengan Barat kerana jika dilihat melalui fahaman
liberalisme ia memisahkan aspek agama dan membolehkan sesuatu
tindakan atau amalan bebas dari ketentuan agama di mana pemikiran ini
mementingkan kebebasan individu melangkaui agama (Tuhan).
Umumnya pemikiran liberalisme ini mempunyai tiga (3) tunjang utama
antaranya, hak kebebasan individu yang tidak terikat dengan peraturan
agama jika melakukan kesalahan melainkan undang-undang yang dicipta
manusia sahaja. Perkara kedua pemikiran individualisme iaitu berkait
rapat dengan sikap keakuan dan kemerdekaan diri. Perkara ketiga
melibatkan rasionalis iaitu mengutamakan pemikiran akal semata-mata
dalam mencapai sesuatu kepentingan tanpa berlandaskan agama. Ini
jelas bahawa pemikiran liberalisme tidak sesuai bagi masyarakat Timur
yang lebih mementingkan keamanan sejagat tanpa menolak unsur-unsur
kepercayaan agama yang mereka anuti. Selain mempengaruhi pemikiran
dalam kepercayaan beragama, penerapan dari aspek kesenian juga tidak
ketinggalan disebarkan oleh Barat ke dalam budaya masyarakat Timur.
Kesenian ini merangkumi aspek seni bina bangunan, genre muzik, dan
karya seni lukisan. Setiap tamadun mempunyai seni bina tersendiri yang
melambangkan bertapa uniknya masyarakat tersebut dengan penghasilan
artifak-artifak dan seni ukir seperti rumah ibadat, istana, pusat
pentadbiran dan kediaman. Pengaruh seni bina Barat mula mengambil
14

tempat setelah berlaku kejatuhan sesebuah tamadun atau negara di


tangan kuasa besar. Hal ini dapat dilihat setelah kuasa besar mengambil
alih pemerintahan sesebuah tamadun secara tidak langsung segala seni
bina terdahulu digantikan mengikut acuan dan reka bentuk mereka.
Pengaruh seni bina Barat amat terkesan hingga ke hari ini di mana masih
terdapat bangunan yang masih mengekalkan ukiran Barat walaupun
negara tersebut telah merdeka.

d) Penggunaan Teknologi

Agenda globalisasi yang diperkenalkan oleh Barat menerusi kemajuan


perkembangan teknologi melalui perantara media komunikasi sebagai
alat utama yang mampu menyebarluaskan segala maklumat telah lama
digunakan pakai dalam mempengaruhi masyarakat pada masa kini
dengan pelbagai ideologi dan konspirasi terhadap negara luar. Cara dan
pendekatan baharu pada era globalisasi ini digunakan bagi menyebar
segala berita dan maklumat yang disiarkan ke seluruh dunia adalah lebih
berpihak kepada Barat dalam mempengaruhi tindakan dan cara
pemikiran dan menindas mana-mana negara yang tidak bersekongkol
dengan mereka. Ciptaan pelbagai alat komunikasi masa kini seperti
telefon pintar dan komputer telah banyak merubah cara, corak dan
bentuk masyarakat berfungsi dan berfikir dalam kehidupan serba baru
dan mencabar. Sejajar dengan ciptaan alat komunikasi ini ditambah
dengan perkembangan jalur lebar atau internet menambahkan lagi cara
sebaran maklumat dengan mengambil alih fungsi pelbagai media yang
sedia ada yang mana turut membawa kandungan-kandungan negatif
bersamanya. Kandungan-kandungan ini secara langsung boleh memberi
kesan yang buruk kepada anak-anak dan remaja di mana jika kandungan
tersebut tidak dikawal dan dipantau rapat oleh ibu bapa dalam menjaga
nilai budaya dan tatasusila masyarakat itu sendiri. Perkembangan
teknologi dan cara penggunaan perlu di titik beratkan agar pemikiran
Barat tidak menghakis budaya masyarakat timur itu sendiri.
15

e) Identiti Bangsa dan Aspek Sosio Budaya

Dalam aspek sosio-budaya dan identiti bangsa umpamanya, globalisasi


telah memaksakan budaya hidup masyarakat Barat ke atas masyarakat
Timur. Dalam konteks masyarakat Timur umpamanya, jika dahulu
masyarakat sangat mementingkan adat dan budaya itu sendiri tetapi oleh
kerana pengaruh globalisasi yang membolehkan cara hidup dan berfikir
masyarakat Barat ditonjolkan dengan berleluasa, maka hari ini kita
dipertontonkan budaya hidup dan cara berfikir masyarakat Barat telah
mengatasi cara hidup dan pemirkiran masyarakat Timur. Selalu kita
dengan ungkapan Melayu ‘Biar Mati Anak , Jangan Mati Adat’
merupakan antara pesanan orang terdahulu kepada waris masa kini
sebagai nasihat dan ingatan agar tidak lalai dengan pemikiran budaya
Barat. Antara pengaruh Barat yang menjadi ikutan masa kini adalah
budaya pemakaian yang tidak mencerminkan masyarakat ketimuran. Hal
ini dapat dilihat pada pengahasilan busana atau corak pakaian yang
mencolok mata bagi wanita. Kebanyakan gaya fesyen kini lebih
mempromosikan susuk badan pemakai dan faktor ketidaksopanan
semakin ketara ditontonkan pada khalayak ramai. Selain itu, budaya
Barat juga mengamalkan aspek sosial kekeluargaan yang tidak sesuai
diamalkan oleh masyarakat timur kerana Barat mencari alternatif lain
menggantikan institusi kekeluargaan dan antara alternatif yang
ditunjukan ialah bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis,
keibubapaan tunggal dan kehidupan berkelompok yang mana perkara ini
tidak sesuai sama sekali dengan masyarakat timur.
16

BAB IV

KAEDAH PENYELESAIAN

4.1 PENGENALAN

4.2 CADANGAN DAN LANGKAH MENGATASI

a) Pendidikan Awal

Dalam mengekang pemikiran Barat yang semakin menular tanpa tapisan


atau disanggah dengan menerimanya secara terus perlu diberi perhatian
khusus terutamanya melalui pendidikan awal kepada generasi pelapis
agar adat dan budaya Timur bagi sesuatu bangsa itu tidak dijarah oleh
pemikiran Barat. Pendidikan awal ini merupakan tembok asas dalam
menangkis segala fahaman atau pemikiran Barat yang merosakkan
budaya sesuatu bangsa. Dengan pendedahan awal ia dapat membantu
generasi baru dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan yang
boleh menyebabkan jati diri bangsa terhakis dengan menilai kebaikan
dan keburukan budaya Barat itu. Antaranya, seperti pergaulan bebas,
penyalahgunaan dadah, video lucah, pemakaian, perjudian dan hiburan.
Sikap manusia selalunya ingin mencuba sesuatu yang baru antara punca
penyebab individu terjerumus dalam gejala sosial. Tanpa pendidikan
awal kemungkinan individu tersebut terus alfa sehingga meruntuhkan
akhlak dan budaya asal.
17

b) Penguatkuasaan Undang-undang

Peranan sesebuah kerajaan atau negara dalam mengekang fahaman atau


penerapan nilai-nilai budaya Barat yang tidak baik perlu ada pengawasan
atau penetapan undang-undang dalam menyekat penularan fahaman-
fahaman anasir luar yang boleh mengganggu gugat budaya, kepercayaan
dan keselamatan sesebuah negara. Dengan kemajuan teknologi hari ini
penyebaran ideologi-ideologi Barat tersebar terlalu pantas melalui
perantara media elektronik atau media massa seperti facebook, Twitter,
Instagram, Laman Web dan YouTube antara modul operasi Barat dalam
menyebarkan sebarang bentuk kandungan yang menyalahi dan
bertentangan dengan budaya masyarakat Timur. Dengan wujudnya
undang-undang khas dalam menangani isu penyebaran pemikiran Barat
ini, secara tidak langsung ia menjadi peringatan dan pengajaran tentang
bahayanya penyebaran kandungan yang menyalahi undan-undang.
Selain itu pihak berwajib perlu merangka garis panduan atau
perundangan dalam melayakkan dan mewajibkan golongan remaja yang
cukup umur menyertai program patriotik seperti Pusat Latihan Khidmat
Negara (PLKN), Biro Tata Negara (BTN), dan KOR-SUKSIS bagi
pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS) serta kursus-kursus dalam perkhidmatan bagi
memupuk semangat cintakan negara.

c) Penerapan Jati Diri Bangsa

Aspek penerapan jati diri bangsa dalam diri setiap masyarakat perlu
diberi perhatian yang sewajarnya. Ini kerana dengan adanya nilai jati diri
dalam jiwa sesebuah tamadun atau negara secara langsung akan
menangkis anasir-anasir Barat dari masuk ke dalam budaya itu sendiri.
Memuliakan penjajah perlu dibuang dalam jiwa dan fikiran masyarakat
dalam memperkuatkan nilai budaya itu sendiri. Semua negara telah pun
mencapai kemerdekaan. Berpaksikan asas kemerdekaan ini sepatutnya
sesebuah negara bebas menentukan cara mana mentadbir negara,
18

bukanya takut dengan kuasa besar lain. Setiap tamadun melalui zaman
kegemilangannya sebelum mereka dijajah oleh kuasa Barat khususnya.
Semasa dijajah Barat hampir keseluruhan sistem pemerintahan diubah
mengikut acuan Barat . Nenek moyang kita dahulu berjuang bermati-
matian dalam mempertahankan tanah air tetapi negara Barat yang di
sanjung tinggi seperti memperingati tempat-tempat sejarah yang pernah
ditawan dengan meletakan nama penjajah seperti George Town
dahulunya nama Tanjong, Butterworth nama asalnya Bagan Tuan Kecil,
Bukit St. Paul asalnya dipanggil Bukit Melaka, Teluk Anson asalnya
Teluk Intan dan Port Weld nama asalnya Kuala Sepetang. Oleh itu, telah
tiba masanya penduduk asal (pribumi) menggantikan nama pejuang
tanah air di tapak-tapak sejarah ini bagi meniupkan dan menyemai
semangat jati diri bangsa kepada masyarakat.

d) Peranan Media Massa, Elektronik dan Siber

Kemajuan teknologi hari ini perlu dipergunakan seadilnya dan seluasnya


dalam menerapkan serta menyemarakkan lagi semangat dan budaya
Timur agar terus kekal dalam pemikiran dari dijajah oleh ideologi Barat.
Dengan adanya teknologi yang boleh dicapai pada bila-bila masa dan di
mana sahaja peranan media massa ini perlu cekap dalam menangkis
segala bentuk bahan penyebaran yang memburukkan sesebuah negara
oleh Barat. Selain itu, dalam masa yang sama peranan media massa perlu
menghasilkan karya budaya Timur dan juga mempromosikan budaya
bangsa itu sendiri agar tidak dipesongkan oleh agenda Barat. Kaedah lain
melalui media elektronik seperti menghasilkan filem atau karya berunsur
semangat juang budaya dan kedaulatan negara seperti program sambutan
hari kemerdekaan, filem perjuangan membebaskan pemikiran Barat dan
ideologi songsong budaya Timur. Pendekatan melalui media siber sangat
diperlukan sejajar dengan perkembangan teknologi hari ini yang berkisar
dengan penggunaan jalur lebar atau disebut Internet dengan
menghasilkan bahan bacaan atas talian yang membina dan
19

menghindarkan jiwa dari terpengaruh dengan pemikiran Barat seperti


penghasilan Blog, Website dan Portal berita.

e) Pendekatan Sumber Ilmiah

Penghasilan bahan sumber ilmiah antara pendekatan dalam


membendung pemikiran Barat mempengaruhi masyarakat Timur dalam
memelihara budaya dan tatasusila sesebuah tamadun. Dengan
penghasilan sumber ilmiah ini dan bahan rujukan sebagai panduan agar
dapat mengekang masyarakat Timur dari terpengaruh dengan pemikiran
Barat yang mana bertentangan dengan norma budaya Timur. Antara lain
dalam menghindari pengaruh pemikiran Barat kepada budaya Timur
adalah dengan mewujudkan pusat pengumpulan sumber rujukan ilmiah
kepada golongan pelapis dalam menyelami dan mempelajari makna asal
memelihara budaya agar tidak dicemari budaya asing. Dengan wujudnya
pusat sumber bagi rujukan bahan ilmiah secara tidak langsung
merangsang masyarakat sekeliling mempelajari dan menghasilkan bahan
ilmiah untuk dikongsi bersama dalam memperkukuhkan lagi sosial
budaya dari dipengaruhi oleh pemikiran Barat.
20

BAB V

KESIMPULAN

5.1 Globalisasi merupakan satu fenomena yang berlaku dalam kehidupan kita hari
ini. Tidak ada mana-mana masyarakat yang bertamadun di seluruh dunia yang
dapat mengelakkan diri daripada mengalami dan merasai fenomen globalisasi.
Gelombang globalisasi yang melanda dunia khususnya kepada masyarakat
Timur hari ini ada yang membawa kebaikan dan manfaat dan ada juga yang
menjarah permikiran dan budaya bangsa lain yang membawa keburukan dan
kemusnahan. Adalah tidak wajar jika kita cuba untuk menjarakkan diri daripada
gelombang globalisasi ini kerana ia merupakan suatu yang akan melanda
keseluruhan dunia sama ada kita mahu ataupun tidak, bersetuju atau
membantah. Cabaran yang berbentuk ekonomi dan kewangan, sosio-budaya dan
ketahanan kedaulatan sesebuah negara haruslah ditempoh dengan penuh
berhati-hati agar kita tidak kehilangan jati diri bangsa kepada kuasa-kuasa besar
yang berhasrat menjadikan agenda globalisasi ini sebagai satu kaedah baru
penjajahan moden. Peluang yang tersedia luas dengan perlu dimanfaatkan
semaksimum boleh dalam membangun sesebuah negara yang berdaya saing
tanpa menghakis nilai-nilai bangsa dan tamadun itu sendiri.
21

RUJUKAN

Ayman Rashdan Wong ; Dunia Tanpa Tembok #1 (2017)- Geopolitik dan Hegemoni
US, dan Melayu Raya,

Rahman Ismail, Noorasiah Sulaiman, Wye Chung Khain – Keperluan Kemahiran


Mendepari Revolusi Perindustrian Keempat -2018.

Muhammed Abdul Khalid; Antara Dua Darjat – Agihan Pendapatan Di Malaysia -2018

https://www.thepatriots.asia/ - Beruratkan Dawai Berdarahkan Raksa – Menyuburkan


Sikap Inferior

Kamus Dewan dan Pustaka – Carian Umum – Globalisasi

http://umkeprints.umk.edu.my – Globalisasi Sebagai Satu Kolonialisme Baru Dan


Kesan Kepada Ekonomi

Anda mungkin juga menyukai