Anda di halaman 1dari 9

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 110

MUQADIMAH:IBNU KHALDUN

NAMA : HISSAM BIN MOSLI

NO. MATRIK : JEA080024

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMAD

SEMESTER 1 SESI 2008/2009

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun (‫)عبد الرحمن بن محمد بن خلدون الحضرمي‬

ataupun lebih dikenali dengan Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sains Islam
yang hidup antara tahun 1332 – 1395. Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn

Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun lahir

pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir

Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik

kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga

dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibn Khaldun

turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung

dalam karyanya Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis sejarah Muslim

di Afrika Utara yang terulung.

Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan

pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam

Castile "the Cruel of Castile"Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382,

dimana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan

universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul

Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387.

Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen mereka memerangi Tamerlane,

pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik

semasa ketiadaan Sultan Faraj.

Karya teragungnya bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan

Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik,

dan ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah
boleh dibuktikan secara empirikal. Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi,

perdagangan dan kebebasan. Ibn Khaldun membangunkan idea bahawa tugas kerajaan

hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya dari keganasan, melindungi harta

persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan, mencetak dan menguruskan

penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan

sosial dan kuasa tanpa paksaan. Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai

dan hubungkaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja,

menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas

harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas

dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat

bekerja keras untuk diri mereka sendiri.

Tambahan lagi, Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi,

numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik

mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab,

pasaran efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan

sejarah.

"Sesiapa jua yang mengambil harta orang lain, atau menggunakannya untuk kerja

paksa, atau membuat tuduhan yang tidak wajar hendaklah ingat bahawa ini adalah

apa yang Pemberi Hukum maksudkan apabila melarang ketidakadilan."

- Ibn Khaldun
IBNU KHALDUN:SUATU PENGENALAN FALSAFAH KEMANUSIAN

Ibnu Khaldun merupakan seorang ilmuwan islam yang memperkenalkan suatu

falsafah yang tidak hanya berasaskan agama islam sahaja tetapi memfokuskan kepada

semuaaspek terutamanya menyentuh tentang aspek ketamadunan manusia. Dalam buku

hasil karya Ibnu Khaldun iaitu’muqadimah’,beliau telah menyentuh tentang banyak

perkara penting yang perlu ada dalam selauruh proses kehidupan manusia. Hasil karya b

beliau dalam buku tersebut semua aspek disentuh termasuk tentang hakikat kewujudan

alam serta tanggapan masyarakat tentang hakikat tersebut.

Ibnu Khaldun merupakan tokoh ilmuwan islam yang boleh dianggap sebagai pemikir

sejarawan yang unggul.Perkara utama yang menjadi asas falsafah beliau adalah mengenai

sejarah yang meliputi segenap aspek penting dalam kehidupan manusia.Ibnu Khaldun

beranggapan bahawa sejarah merupakan suatu disiplin ilmu yang sangat penting dalam

kehidupan manusia.Maka tidak hairanlah kebanyakan masyarakat dari pelbagai bangsa

pangkat turut bercita-cita untuk mendalami ilmu tentang sejarah.Pada hakikatnya sejarah

merupakan suatu disiplin ilmu yang memerlukan penelitian dan usaha untuk mencari

kebenaran(tahqiq).Dalam konteks ini pemahaman dan penelitian bagi mencari

adalah bersifat menyeluruh misalnya tentang sebab dan asal sesuatu benda,pengertian

dan pengetahuan tentang subtansi,esensi dan pemahaman tentang bagaimana dan sebab

terjadinya peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan manusia.Oleh yang demikian

sejarah merupakan salah satu nadi utama dalam bidang falsafah.Walaupun proses

pencarian kebenaran tentang sejarah yang dibuat oleh sesetengah sejarawan menyalahi

fakta yang sebenar. Oleh itu Ibnu Khaldun mempelajari kesilapan ini untuk mengkaji
sejarah dengan lebih mendalam.Ibnu Khaldun telah membuat pengkajian melalui kaedah

yang luar biasa dan unik dengan menyelidiki segala fakta-fakta penting.

Ibnu Khaldun telah menghasilkan 4 buah buku mengenai sejarah iaitu muqadimah

yang menghuraikan manfaat historiografi(ilmu sejarah), mengemukakan

pengertian(tahqiq), kaedah historiografi dan kesilapan sejarawan. Buku kedua

menyatakan tentang peradaban dan menyatakan ciri-ciri hakiki iaitu mengenai

pemerintahan, sumber, pendapatan, keahlian dan ilmu pengetahuan serta segala sebab

dan alasnnya buku kedua menghuraikan sejarah, bangsa dan kerajaan orang-orang arab

dari pelbagai kerajaan misalnya romawi, turki, eropah, yunani, qibti, siryani dan lain

lain buku ketiga menerangkan sejarah bangsa barbar dan zenatah yang merupakan

sebahagian daripada dan keturunan mereka dari keluarga bangsawan dan kerajaan

kerajaan maghribi.Oleh itu ilmu sejarah merupakan suatu bidang ilmu yang memiliki

pelbagai pendekatan yang membolehkan manusia faham tentang hal-hal yang terjadi pada

masa lampau dan dapat mengambil iktibar daripada sejarah sebagaimana ilmu-ilmu lain.

Kebanyakan ahli falsafah menyatakan bahawa organisasi social(ijtima insani) adalah

Sesuatu yang harus ada kerana ia merujuk kepada peradaban(umran) manusia

“manusia itu political secara semulajadinya”(al-insanu madaniyyun biath-thab’i)

Pendapat ini turut disuarakan oleh Ibnu Khaldun.Hal ini diterangkan oleh kenyataan

Bahawa Allah s.w.t telah mencipta dan menetapkan bahawa manusia itu wujud dalam

Suatu kumpulan atau organisasi social yang saling bantu membantu misalnya dari aspek

Mencari sumber makanan yang lebih mudah apabila mendapat kerjasama dari individu

lain.Oleh sebab itu,organisasi social merupakan suatu yang harus bagi manusia(al-
ijtimaa’dharuuriyyun li an-naw’i al-insaani).Tanpa organisasi social kewujudan

manusiatidak akan sempurna.Allah s.w.t mahu memakmurkan dunia ini dengan makhluk

manusia dan menjadikan mereka itu sebagai khalifah di muka bumi tidak akan terhasil.

Inilah erti sebenar peradaban yang menjadi subjek ilmu yang diutarakan oleh Ibnu

Khaldun danBerwibawa dan mempunyai sikap kepimpinan apabila Khaldun dan ahli

falsafah lain.Suatu organisasi social memerlukan sesorang yang berwibawa dan

telah mencapai organisasi

Kemasyarakatan yang terdiri daripada salah seorang anggota organisasi social itu

Sendiri. Mereka perlu mempunyai kekuasaan(mulk) untuk mengawal golongan

Bawahan. Terdapat ahli falsafah menyatakan bahawa konsep nubuwwah(prophecy) i

iaitu merujuk kepadapemimpin yang memainkan peranan penting melaksana proses

mencegah masyarakat daripada melakukan sesuatu yang di luar batasan norma kehidupan

manusia. Pemimpin ini dibezakan daripada manusia lain menerusi keistimewaan hidayah

yang dikurniakan oleh Allah s.w.t yang menyaksikan manusia lain akur kepadanya untuk

menerima segala sesuatu yang diperkatakan tanp bantahan.Walaubagaimanapun,menurut

Ibnu Khaldun tidak semua umat manusia wujud dengan adanya nubuwwah Ar.prophet

Ing. Hal ini kerana jumlah manusia yang memiliki kitab suci dan mengikuti para nabi

Dan rasul adalah kecil berbanding dengan mereka yang mengikuti konsep ini.Misalnya

Sejarah menunjukkan bahawa kaum majusi yang tidak mengikuti konsep nubuwwah juga

mempunyai kerajaan tersendiri yang kukuh.

Keupayaan berfikir merupakan suatu hal yang membezakan manusia dengan

Makhluk Allah yang lain misalnya haiwan.Hal ini kerana melalui akal fikiran manusia
Mempelajari banyak perkara tentang kehidupan khususnya tentang Pencipta yang harus

Disembah dan perkara-perkara lain termasuk membezakan yang betul mahupun yang sal

Salah. Oleh yang demikian juga manusia dapat mempelajari tentang pelbagai bidang

Ilmu Pengetahuan melalui pelbagai kaedah pengajaran,fungsi dan sebab kewujudan

Pelbagai Jenis bidang Ilmu.Allah s.w.t telah membezakan manusia dengan makhlukNya

Yang lainDengan memberikan keupayaan berfikir kepada manusia yang membolehkan

Darjat manusialebih tinggi daripada makhluk Allah yang lain.Ia boleh dihuraikan

Menerusi idrak manusia mempunyai kelebihan berbanding makhluk lain yang bergantung

Kepada pancaindera seperti pendengaran,penglihatan,sentuhan dan lain-lain untuk

Menanggapi sesuatu perkara berbanding manusia yang dapat berfikir dengan lebih

mendalam melalui kemampuan berfikir yang melangkaui pancainderanya.Melalui

berfikir(fikr) dapat mengkonsepsikan sesuatu perkara dan membuat analisis dan

sintesis tentang sesuatu perkara.Firman Allah s.w.t

‘Dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran,penglihatan dan akal’

Merujuk kepada erti kata af-idah(fuad) yang dimaksudkan dengan fikiran(fikr).Ibnu

Khaldun telah membahagikan tingkat berfikir manusia kepada 3 iaituBerkaitan dengan

pemahaman intelektual manusia tentang segala yang berada di luar alam semesta yang

sentiasa mengalami perubahan yang bertujuan membolehkan manusia untuk membuat

tanggapan melalui kemampuan fikirannya. Hal ini kepada keupayaan manusia

membezakan antara sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada dirinya dan juga

Perkara yang boleh memudaratkan kehidupan manusia Kemampuan berfikir

Membolehkan manusia iaitu pemimpin untuk berhubung dengan masyarakat

pimpinannya menerusi idea yang bernas mahupun tingkah laku yang baik.
Pimpinanya menerusi idea yang bernas mahupun tingkah laku yang baik. Biasanya

Kemampuan ini merupakan suatu apperceptions(tashdiqat)Melalui pengalaman sehingga

Ia benar-benar memberi faedah. Inilah yang disebut sebagai Intelektual eksperimental

Aql-tajribi)Kemampuan berfikir yang berkaitan dengan pengetahuan andaian atau

Anggapan tentang sesuatu perkara yang melangkaui persepsi pancaindera tanpa

Melibatkan tindakan praktis.Proses ini merujuk kepada intelek spekulatif(al-aql an

Nadzari) yangmengandungi tanggapan(perception) dan appersepsi

Tassawur(apperception) serta tashdiq.Kesemua proses pemikiran ini mempunyai

Keadaan khusus tetapi menjurus kepada pengetahuan yang sama,samaada dari perseptif

Mahupun apperseptif Apabila semua ini dihubungkaitkan akan menghasilkan ilmu

Pengetahuan yang lain iaitu tanggapan mengenai konsep wujud dari pelbagai

Genera, perbezaan, factor-faktor sebab-sebab wujud keadaan sedemikian.Dengan

Memikirkan perkara-perkara ini, manusia akan dapat mencapai kesempurnaan dalam

Kehidupannya dan menjadi intelek yang murni serta mempunyai jiwa perseptif.Inilah

Makna reality manusia(al-haqiqah al-insaniyah)oleh yang demikian keupayaan pemikiran

manusia membolehkan mereka erti reality kehidupan manusia dan memahami segala

cabang ilmu dalam kehidupan dari pelbagai aspek.

KESIMPULAN

Ibnu Khaldun merupakan seorang ilmuwan islam yang agung pada zamannya.Beliau

turut dikenali sebagai bapa ketamadunan manusia kerana beliau banyak mengkaji

entang sejarah peradaban manusia dari seluruh pelosok dunia.Ilmu falsafah yang cuba
diketengahkan oleh beliau adalah mengenai peradaban manusia sejagat

khususnya.Konsep peradaban manusia ini merangkumi pelbagai perkara dalam

kehidupan manusia seluruhnya misalnya dari aspek ilmu pengetahuan,kemasyarakatan,

politik dan sebagainya yang merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia.Dalam

konteks ini peradaban manusia tidak akan wujud sekiranya tidak melibatkan segala

bentuk perkara mahupun proses yang cuba dinyatakan oleh Ibnu Khaldun.Hal ini kerana

Allah telah menciptakan manusia lebih tinggi darjat berbanding makhlukNya yang lain

dan seharusnya manusia mempunyai nilai peradaban yang tinggi.Oleh sebab itu manusia

perlu menghayati dan memahami segala apa yang berhubungkait dengan kehidupan

manusia.Perkara ini akan dapat difahami dengan menggunakan akal fikiran yang

dikurniakan oleh Allah kepada manusia dengan mengkaji pelbagai perkara atau bidang

ilmu menerusi pelbagai kaedah dengan memikirkan sebab-sebab wujdnya keadaan

sedemikian untuk meningkatkan peradaban manusia seluruhnya.

BIBLIOGRAFI

1. Ibnu Khaldun, 1332-1406 [Kitab al-‘ibar. Muqadimah. Malay] Muqadimah Ibnu

Khaldun, Terjemahan Dewan Bahasa Dan Pustaka 1993

Anda mungkin juga menyukai