Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Pengenalan

Malaysia sebuah negara yang didiami oleh rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan dan
adat resam. Perbezaan agama, budaya dan adat resam antara kaum bukanlah titik pemisah
untuk rakyat terus menikmati kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Kejayaan kerajaan
membangun sebuah masyarakat yang progresif demi kemakmuran dan kestabilan politik
bertitik tolak daripada kebijaksanaan pemimpin menerap semangat Perpaduan dalam
kalangan rakyat. Tanpa perpaduan, negara akan lemah dan boleh mengakibatkan
kedaulatan negara terjejas, berlaku huru hara, rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya.

Rakyat Malaysia yang hebat adalah rakyat yang memegang teguh kepada Rukun Negara.
Lima prinsip Rukun Negara sekiranya diamalkan, dipraktikkan dan dijadikan pegangan
setiap hari, mampu menjadikan seseorang itu hebat dan seterusnya mengukuhkan
kedaulatan negara.

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara
termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan
menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar
mahupun dalam negara itu sendiri. Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa
rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan
menyedarkan kita semua, betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan
damai serta menghindari sifat curiga mencurigai antara satu sama lain.

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah
tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui
perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan
mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem
pemerintahan negara yang demokratik.
2.0 Aspek Ketuhanan dan Kepercayaan Membangunkan Tamadun Manusia
yang Unggul.

2.1 Zakat
Zakat adalah jumlah harta tertentu yang wajib dikeluarkan oleh orang yang
beragama Islam dan diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya (fakir
miskin dan sebagainya) menurut ketentuan yang telah ditetapkan oleh syariah. Zakat
merupakan salah satu rukun Islam, dan menjadi salah satu unsur pokok bagi
tegaknya syariat Islam. Oleh sebab itu hukum zakat adalah wajib (fardhu) atas setiap
muslim yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu. Zakat termasuk dalam kategori
ibadah seperti sholat, haji, dan puasa yang telah diatur secara rinci berdasarkan Alquran
dan Sunah. Zakat juga merupakan amal sosial kemasyarakatan dan kemanusiaan yang
dapat berkembang sesuai dengan perkembangan ummat manusia dimana pun dia
berada.

Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu :


1) Zakat fitrah adalah Zakat yang wajib dikeluarkan muslim menjelang Aidill Fitri
pada bulan Ramadan. Besar zakat ini setara dengan 3,5 liter (2,5 kilogram)
makanan pokok yang ada di daerah berkenaan.

2) Zakat maal (harta) adalah Zakat hasil perniagaan, pertanian, pertambangan, hasil
laut, hasil ternak, harta temuan, emas dan perak. Masing-masing jenis memiliki
perhitungannya sendiri.

Manfaat Zakat ialah dapt menunjukan benarnya suatu iman dan membuat keimanan
seorang menjadi sempurna kerana harta ialah sesuatu yg sangat dicintai
olehmereka tetapi mereka diwajibkan untuk membayarnya dengan ikhlas kepada
yang berhak menerimanya Keutamaan Zakat berikutnya ialah menjadikan
masyarakat islam menjadi keluarga besar dan memadamkan kemarahan orang miskin
kerana dengan membayar zakat kita dapat menolong miskin dan mereka menyadari
bahawa mereka tidak sendirikan bersendirian.
Melalui zakat inilah yang dikatakan aspek ketuhanan dan kepercayaan dapat
membangunkan tamadun manusia yang unggul. Lihatlah, melalui kepercayaan
membayar zakat ini dengan membantu orang susah dan memerlukan. Kita yakin
kepada Tuhan bahawa walaupun kita berzakat , tetapi hasilnya akan dataang pada
orang lain walaupun kita tidak lihat dan nampak. Itulah dikatakan bahawa melalui
zakat merupakan aspek kepercayaan dan ketuhanan yang mampu membangunkan
manusia yang unggul.

2.2 Kitab-kitab Agama

2.2.1 Al - Quran
Al-Quran adalah kalamullah yang diwahyukan kepada junjungan besar
Nabi Muhammad untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Di dalamnya
terkandung risalah Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, sistem
perundangan Islam, pengetahuan tentang alam ghaib, sistem moral, fakta-fakta
sains, sejarah dan lain-lain lagi. Pembacaannya adalah suatu ibadah. Al-Quran
juga merupakan mukjizat kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang
kemukjizatannya berkekalan sepanjang zaman. Al-Quran juga menjadi sumber
rujukan dan pencetus kebanyakan bidang ilmu. Oleh itu, adalah wajar dikatakan
bahawa al-Quran sebagai sumber inspirasi dan asas dalam membina Tamadun
Islam kerana pendorong dan penggerak utama orang Islam ialah al-Quran.
Melalui Al-Quran ini kepercayaan kepada Tuhan terbina. Hal ini kerana Al-
Quran mampu untuk membina kepercayaan dalam diri umat islam dan sekaligus
mampu mengangkat ketamadunan manusia yang unggul.

2.2.2 Bible
Agama Kristian asalnya merupakan mazhab daripada kepercayaan Yahudi yang
sebagai ajaran utama agama Kristian. Penganut Kristian percaya bahawa selepas
berakhirnya kehidupan Jesus Christ di dunia wujud tuhan kekal di dunia dalam
bentuk Roh Suci atau Roh Kudus yang terdiri daripada tiga makhluk iaitu Bapa,
Anak dan Roh Suci. Kitab suci Kristian iaitu Bible mengandungi Kitab
Perjanjian Lama atau Bible Ibrani dan Perjanjian Baru. Kitab Perjanjian Lama
(Bible) memimpin manusia ke arah kehidupan yang bermoral iaitu menjauhi
segala perkara yg negatif untuk menyelamatkan manusia daripada dosa.
Mengandungi 10 ajaran dan perintah dari Tuhan yang dikenali sebagai The Ten
Commandments (sepuluh rukun) Tuhan itu hanyalah satu, pencipta segala
makhluk.

Asas ajaran agama Kristian ialah yang mempunyai hubungan nilai murni kasih
sayang kepada tuhan, rakan, keluarga, saudara-mara, jiran dan malah musuh.
Penganut yang mempunyai kejujuran iaitu orang yang bercakap benar dan jujur
akan bersama-sama Tuhan di akhirat.

Kitab-kitab tersebut juga mencatatkan riwayat hidup dan ajaran Jesus,


perkembangan gereja pada peringkat awal dan menerangkan pengertian
kepercayaan mengikut Jesus. Dua amalan penting dalam Kristian ialah
pembaptisan dan Eukaris yang kedua-duanya berlangsung dalam gereja.

Pembaptisan ialah upacara untuk meraikan kemasukan seseorang dalam Kristian.


Selain Bible atau kitab Injil, salib juga merupakan ikon suci bagi penganut
Kristian. Salib ialah tanda palang yang menjadi symbol bagi agama Kristian.
Simbol ini biasa dilihat di bumbung atau di dinding gereja selain dipakai sebagai
rantai leher oleh penganutnya. Mereka mempercayai bahawa pemakaiannya
dapat melindungi daripada bahaya (Zaid Ahmad et.al. 2010: 176).
3.0 Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan Membentuk Masyarakat Berbudi Pekerti.

Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan ini menggambarkan bahawa asas kehidupan


beragama adalah prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang bentuk
ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (ateis) seperti fahaman
komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama sudah
menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita. Dalam
Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi
Persekutuan dan kepercayaan atau agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip
Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara
positif yang boleh membangunkan 'pemikiran luhur' dalam hubungan pelbagai kaum serta
dapat membina jati diri yang padu.

Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai asas


membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat
mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak
sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan
yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.

3.1 Kepercayaan Agama Islam di Malaysia.


Melalui kepercayaan agama Islam mengenai semua orang Islam berpuasa pada
bulan Ramadhan. Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari
segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah
terbenam matahari dengan niat. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri
daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar
atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran
dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga
menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu
diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

Melalui puasa ini, agama-agama lain turut mengetahui bahawa perkara ini adalah
amalan dan kepercayaan orang islam. Malah di negara kita ini, semua agama telah
menerima dan mengetahui amalan puasa ini diamalkan di negara ini. Hal ini tidak
memberi kesan buruk apa-apa kepada agama lain, malahan agama lain sudah
menerima dan mengetahui amalan kepercayaan orang islam ini pada tiap-tiap tahun.
Hal ini sekaligus dapat mengekalkan keharmonian dalam setiap masyarakat dan
dapat membentuk budi pekerti yang baik dalam setiap negara.

3.2 Kepercayaan Agama Hindu di Malaysia.


Dalam agama hindu ini, mereka turut menyambut hari Thaipusam di
Malaysia.'Pesta' memecahkan beratus-ratus ribu buah kelapa oleh penganut-penganut
agama Hindu sempena perayaan Thaipusam bermula semalam.Upacara yang
diadakan saban tahun itu adalah sebagai persediaan merayakan Thaipusam yang
disambut hari ini oleh penganut agama Hindu di seluruh dunia. Orang ramai
termasuk para pelancong turut tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan upacara
memecah buah kelapa itu. Bukan itu sahaja, mereka turut sama memecahkan beratus-
ratus buah kelapa di sekitar jalan utama bandar. tradisi ini turut dikongsi oleh orang
ramai yang turut 'menolong' memecahkan buah kelapa yang disediakan di tepi jalan
atau di hadapan kuil.

Melalui amalan kepercayaan agama hindu di Malaysia ini telah mendapat


kefahaman dalam semua agama yang ada di negara ini. Agama-agama lain tidak
berasa janggal langsung apabila amalan ini dilaksanakan di negara kita, malahan
mendapat sambutan dalam meraikan bersama. Inilah dikatakan bahawa pengamalan
keprcayaan dapat membentuk masyarakat yang berbudi pekerti dan saling hormat -
menghormati.

3.3 Kepercayaan Agama Budha di Malaysia.


Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut
tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Mercun akan dibakar pada tengah malam
bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib
malang. Rumah-rumah juga akan dihiasi dengan buah limau, kuplet Tahun Baru dan
sebagainya. Seterusnya, mereka akan memakai baju tradisional seperti cheongsam
dan samfu dan meraikan dengan jamuan "yee sang" bersamasama ahli keluarga.
Golongan muda juga akan menerima wang angpao dalam sampul merah bagi
melambangkan nasib baik yang diberikan oleh orang yang berkeluarga.

Dalam kepercayaan ini, orang cina akan membakar mercun bagi setiap rumah
mereka yang mana kepercayaan ini bertujuan untuk menghalau hantu. Dengan bunyi
mercun yang kuat ini sedikit pun tidak membangkitkan kemarahan kaum-kaum lain
apabila mereka mengadakan upacara membakar mercun. Hal ini kerana kaum-kaum
lain yang ada di Malaysia ini sudah memahami dan mengerti akan kepercayaan
amalan kaum buddha ini pada setiap tahun. Inilah bukti bahawa dengan pengamalan
kepercayaan dapat membentuk masyarakat yang berbudi pekerti dan saling hormat
menghormati.
4.0 Kebaikan dan Keburukan Meninggalkan Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan
dalam Kehidupan Manusia.

4.1 Kebaikan Meninggalkan Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan dalam


Kehidupan.

4.1.1 Kepercayaan Terhadap Sains


Apabila kita meinggalkan konsep ketuhanan dan kepercayaan ini, maka
pasti akan berlaku kepercayaan kepada sains semata-mata. Sains didefinisikan
sebagai pemerhatian, pengenalpastian, penjelasan, penyelidikan ujikaji dan
penjelasan teori terhadap fenomena. Sains merupakan kaedah yang dapat
digunakan manusia untuk lebih dapat memahami alam semulajadi ini. Ia
merupakan pencarian pengetahuan melalui pemerhatian. Kemajuan dalam ilmu
sains menunjukkan pencapaian lojika dan bayangan manusia. Bagaimanapun,
kepercayaan seorang Kristian dalam sains tidak boleh sama dengan kepercayaan
Islam di dalam Tuhan. Seseeorang Kristian boleh memiliki iman di dalam Tuhan
dan menghormati ilmu sains, asalkan kita tahu yang sempurna dengan yang
tidak.
Melalui peninggalan konsep ketuhanan dan kepercayaan ini, pasti sains akan
menjadi rujukan utama. Misalnya, kejadian bumi ini adalah tercipta dari
sendirinya melalui sains, maka secara total keprcyaan sains akan dipenuhi.

4.1.2 Kepercayaan Kepada Alam Semesta.


Kepercayaan kepada Alam Semesta akan wujud sekiranya konsep ketuhanan
dan kepercayaan ditinggalkan. Misalnya, manusia yang tidak percaya kepada
ketuhanan,, mereka akan lebih terpangaruh untuk percaya pada Alam Semesta.
Contohnya ialah menganggap Matahari itu Tuhan, merasakan pokok-pokok dan
hutan adalah sifat yang bernyawa dan tidak merosakkannya. Maka, inilah antara
kebaikan apabila sesorang itu meninggalkan konsep ketuhanan dan kepercayaa
dalam kehidupan.
4.2 Keburukan Meninggalkan Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan dalam
Kehidupan.

4.2.1 Tidak Berpandangan luas


Menurut al.Maududi, orang yang tidak beriman dengan Tuhan mempunyai
pandangan yang sempit kerana dia tidak percaya kepada Yang Menciptakan
langit dan bumi, Pemilik alam semesta, Pemilik barat dan timur, Pemberi rezeki
dan Pendidik makhluk. Dia tidak akan menemui sesuatu yang ganjil dalam alam
ini kerana segala sesuatu yang ada di dalamnya adalah milik Tuhan.
Bagaimanapun pandangan seperti ini tidak mungkin ada pada orang yang
menganut fahaman tuhan yang berbilang-bilang, yang beri'tiqad Tuhan
mempunyai sifat serba kekurangan dan terbatas seperti manusia atau orang yang
tidak percaya kepada Tuhan sama sekali.

4.2.2 Berputus asa dan hilang harapan


Orang yang meninggalkan konsep ketuhanan ini akan mudah untuk berputus
asa dan hilang harapan. Hal in kerana mereka tidak percaya akan ketentuan
Tuhan. Mereka lebih berasa kesal dan tidak adil apa yang berlaku kepada mereka
terutamanya sesuatu perkara yang buruk. Hal ini akan menyebabkan mereka
berputus asa dan hilang harapan. Oleh itu, banyak berlaku kejadian bunuh diri
dan pelbagai lagai akibat berputus asa dan hilang harapan.

4.2.3 Tidak patuh pada peraturan Allah


Perkara paling penting dalam hubungan ini ialah tidak percaya menjadikan
manusia tidak patuh kepada undang-undang Tuhan. Orang yang beriman yakin
Tuhan mengetahui segala sesuatu. Maka, orang yang tidak percaya kepada
konsep ketuhanan dan kepercayaan ini merasakan bahawa Tuhan tidak tahu dan
tidak nampak akan segala kejahatan yang dilakukan. Hal ini sekaligus
menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan perkara-
perkara yang negatif.
5.0 Memupuk Kesedaran Kepercayaan Kepada Tuhan dalam Kalangan
Masyarakat Malaysia.

5.1 Mengadakan Kempen Kesedaran


Kempen ini diadakan bertuujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat Malaysia
bahawa kepercayaan kepada Tuhan sangat penting dalam kehidupan seseorang. Melalui
kempen ini, masyarakat akan didedahkan dengan kelebihan-kelebihan apabila seseorang
itu mempunyai kepercyaan kepada Tuhan. Misalnya, mengadakan Kempen Percaya
Pada Tuhan. Jelaslah, dengan kempen ini pasti masyarakat akan lebih percaya terhadap
Tuhan masing-masing yang berbilang agama dan kaum.

5.2 Institusi Keluarga


Melalui keluargalah seseorang itu dapat memupuk kesedaran kepercayaan kepada Tuhan.
Keluarga memainkan peranan penting dalam memupuk kepercayaan ini. Ibu bapalah
tonggak utama dalam memberi penerangan kepada anak-anak dalam kesedaran
kepercayaan kepada Tuhan. Ibu bapa yang komited terhadap penekanan dalam jiwa anak-
anak mengenai kepercayaan kepada Tuhan akan melahirkan satu masyarakat yang
berkualiti dan cemerlang. Misalnya, ibu bapa sentiasa menceritakan kisah-kisah atau
tauladan mengenai kepercayaan kepada Tuhan. Maka, perkara ini sekaligus dapat
memupuk kesedaran yang jitu dalam diri anak-anak mereka.

5.3 Ceramah
Melalui ceramah juga adalah salah satu alternatif yang baik dalam memupuk kesedaran
kepercayaan kepada Tuhan. Dengan mengadakan ceramah ini, masyarakat akan hadir
beramai-ramai dan mendengar secara terbuka. Penceramah akan menerangkan tentang
kelebihan-kelebihan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan kita seseorang itu.
Jelaslah, dengan ceramah ini dapat memupuk kesedaran kepercayaan kepada Tuhan.
6.0 Kesimpulan

Prinsip kebebasan beragama juga diraikan dan diperuntukkan tempat yang wajar .
Penganut pelbagai agama bebas mengamalkan agama pegangan masing-masing dengan
aman tanpa merasa takut dan terancam. Berasaskan prinsip ini, rumah-rumah ibadat
dibenarkan untuk didirikan. . Namun, untuk melaksanakan peraturan-peraturan yang
ditetapkan, menganjurkan supaya dibuat dengan niat yang jujur atas dasar tanggungjawab
secara langsung pada Tuhan Untuk itu, setiap perbuatan yang dilakukan akan dinilai dari
segi kejujuran niat.

Kejujuran dan amanah dalam menunaikan tanggungjawab sama ada terhadap individu
atau masyarakat mampu memberi impak dalam kehidupan manusia. Dalam kepelbagaian
etnik, agama dan budaya di Malaysia, masyarakatnya mampu hidup sebelah menyebelah
denga harmoni. Pemahaman tentang institusi agama, pusat ibadat, perayaan, ritual dan
simbol suci bagi agama yang dianuti oleh keseluruhan masyarakat Malaysia berupaya
memperkukuh hubungan antara penganut agama yang pelbagai. Perselisihan dan salah
faham antara agama yang berbeza dapat dibendung daripada terus merebak. Prasyarat
kepada pengukuhan hubungan antara agama yang lebih bermakna ialah setiap penganut
agama yang berbeza mestilah mempunyai sikap toleransi yang tinggi terhadap agama lain
dan pendekatan harus dipupuk ke arah yang lebih positif. Peningkatan tahap toleransi
antara agama dan etnik mampu ditingkatkan dengan kesediaan semua kelompok agama
memahami dan menerima perbezaan serta meraikan kepelbagaian. Dengan pengukuhan
hubungan antara penganut agama yang berbeza pasti dapat menyumbang ke arah
keharmonian hubungan antara etnik serta kesejahteraan pembangunan negara bangsa.
RUJUKAN

Ahmad Zaki Abd. Latif, Azam Hamzah & Azhar Mad Aros. 2012. Buku Teks Tamadun
Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor:Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ahmad Zaki Abd. Latif, Azam Hamzah & Azhar Mad Aros. 2015. Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS) Edisi Ketiga. Selangor:Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anuar Rafie, Salehah Abdull Hak. 2007. Rukun Negara. Kuala Lumpur: Jabatan
Penerangan Malaysia.

Mohd Azani Jabar (peny.) 2013. Membina Bangsa Malaysia. Jabatan Perdana
Menteri:Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Khalid & Mohd. Azhar Abd. Hamid. 2004. Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India,
China dan Jepun. Johor:Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mardiana Nordin & Hasnah Husiin. 2014. Pengajian Malaysia Edisi Kelima.
Selangor:Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mohamed Mustafa Ishak. 2014. Politik Bangsa Malaysia:Pembinaan Bangsa dalam


Masyarakat Pelbagai Etnik. Kuala Lumpur:ITBM & UUM Press.

Osman Bakar, Azizan Baharuddin & Zaid Ahmad. 2015. Modul Pengajian Tamadun
Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur:Universiti Malaya.

Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam:Universiti


Teknologi MARA.

Shamsul Amri Baharuddin. 2012. Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua. Bangi:Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ramawan Ab. Rahman. 2011. Pengantar Tamadun dan Sejarah Pemikiran Islam.
Penerbit Alambaca Sdn. Bhd.

Singaravelu Sachithanantham (editor). 2006. Pengajian India:Bicara Pelbagai


Perspektif. Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya.

Zaid Ahmad (editor) et.al. 2010. Buku Teks Hubungan Etnik di Malaysia Edisi Kedua.
Selangor:Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai