Anda di halaman 1dari 1

Aspek Peningkatan Tamadun China Dari Segi Ekonomi

 Berlaku semenjak Zaman Dinasti Shang lagi


 Kemajuan dalam pertanian, perdagangan dalam negeri dan maritim, perusahaan dan
pembentukan persatuan perniagaan.
 Hasil juga didagang dalam negeri China sendiri.
 Persatuan perdagangan melahirkan golongan kelas pertengahan yang besar
 Perkembangan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan dalam sistem perhubungan
seperti pembinaan jalan raya, jambatan dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta
lembu.

A) Peningkatan dalam bidang pertanian

Dinasti Han
 Tenggala diperkenalkan untuk membuat batas tanaman
 Kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, kereta sorong beroda
dan penyisir tanah.

Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming dan Ching


 Perkembangan penciptaan alat kegunaan pertanian
 Sistem tanaman bergilir diperkenalkan untuk memelihara kesuburan tanah.

Dinasti Shang
 Kawasan bukit diteres untuk pertanian
 Pembinaan terusan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal
 Kawalan terhadap banjir

B) Perkembangan Perusahaan

Dinasti han
 Perusahaan logam dan tembikar telah berkembang pada zaman ini.
 Hasil perusahaan didagangkan ke kawasan di luar China seperti Alam Melayu, India, timur
tengah dan barat.
 Hasil ini pada mulanya dibawa melalui jalan darat iaitu Jalan Sutera Darat
 Jalan Sutera Darat :
 Hubungan perdagangan antara China dengan India dan barat iaitu Rom terjalin pada
peringkat awal melalui jalan darat.
 Jalan ini bermula di barat, iaitu dari Rom merentasi kawasan Asia Tengah ke India dan
seterusnya ke China.
 Merangkumi jalan, jambatan dan lorong sejauh 500 batu merentasi darat dan lautan.

Dinasti Tang
 Hasil dibawa melalui Jalan Laut selepas Jalan Sutera Darat.
 Jalan Laut:
 Jaringan jalan yang menghubungkan China dengan India dan barat iaitu Rom.
 Jalan ini berkembang sejak mulanya pelayaran jarak jauh pada sekitar abad ke-5 Masihi.
 Kapal yang belayar dari Rom termasuk kapal dari China dan India singgah di tapak-tapak
pelabuhan kerajaan awal
 Bukti perkembangan perusahaan adalah jumpaan tembikar China di tapak-tapak pelabuhan
kerajaan awal
 Barangan logam turut diperdagangkan.

Anda mungkin juga menyukai