Anda di halaman 1dari 5

(AJ21903) SEJARAH ASIA TENGGARA PRA KOLONIAL

PENSYARAH:

PROFESOR. MADYA DR. MAUREEN DE SILVA

TUTOR:

SEMESTA/SESI:

3 (2016/2017)

NAMA NO MATRIK
MANSUR BIN BARAHIM BA15110259
MOHAMAD IMRAN BIN SALLEH BA15110286

SOALAN:

Anthony Reid melabelkan abad ke 15 hingga 17 sebagai ‘ The Age of Commerce’


dalam sejarah Asia Tenggara. Bincangkan justifikasi yang telah diberikan oleh beliau
dalam meletakkan label sedemikian?
PENDAHALUAN

Kawasan Asia Tenggara menjadi tumpuan para pedagang dari India, Arab dan China sejak abad
pertama lagi. Sumber-sumber bertulis China, India, Arab dan yunani membuktikan bahawa kegiatan
perdagangan di rantau ini berkembang pesat sebelum kebangkitan kerajaan Melayu Melaka. Perkara
ini telah menarik minat Antony Reid untuk menghasilkan sebuah tesis berkenaan dengan
perdagangan di Asia tenggara yang telah berkembang pada abad ke-15 dan abad ke-16. Jangka
masa ini dilihat kemuncak kepada penguasaan Asia Tenggara terhadap laluan perdagangan dunia.
Penghasilan buku “the Age Of Commerce” oleh Antony Reid didorong oleh beberapa faktor yang
dilihat di Asia Tenggara pada abad ke-15 dan ke-16.

Antara faktor yang menyebabkan Antony Reid melabelkan Asia Tenggara sebagai “The
Age Of Commerce” pada abad ke-15 dan ke-16.

A) Perkembangan agama Buddha

- Mazhab pecahan yang dikenali sebagai Buddha Mahayana telah membuka peluang kepada
pengikut-pengikutnya untuk menceburi diri ke dalam dunia yang dinamik dan berkembang kerana
ianya tidak menekankan aspek peningkatan diri untuk mencapai nirwana.

- Pedagang-pedagang India yang beragama Buddha tidak terikat dengan hukum manu seperti
pedagang Hindu yang mengharamkan pelayaran menyeberangi laut.

- Penubuhan institusi agama Buddha telah menyebabkan ramai pengikutnya telah digalakkan
oleh sami mereka menjelajah ke dunia luar untuk melakukan aktiviti perdagangan.

- Seawal abad ke-3 masihi telah wujud sebuah pusat agama Buddha di pinggir Delta Sungai
Merah di Vietnam. Pusat agama tersebut mempunyai 20 buah candi dan 500 orang sami yang
tinggal di institusi tersebut.

- perkembangan agama budha ini telah mengalakan perdagang india keluar untuk berlayar ke
kawasan baru seperti Asia Tenggara.

B) Penemuan jalan baru.

- Pada zaman Dinasti Han kekacauan yang berlaku di bahagian Asia Tengah telah menyebabkan
pihak China terpaksa mencari jalan dagangan melalui jalan laut di selatan bagi menghubungkan
China dengan dunia Barat.

- Galakan diberikan oleh Dinasti Wu di Selatan China untuk mengimport barang-barang dari
barat seperti kain kapas India, barang-barang kemas, getah pokok, mutiara, batu permata,
barang-barang kaca dan sebagainya telah meningkatkan perdagangan melalui jalan laut.

- Dalam usaha memperoleh barang-barang dagangan dari luar, pelaut-pelaut China telah
menemui jalan yang merentasi Laut China Selatan di sebelah timurnya seperti Borneo, Jawa dan
Sumatera Selatan.
- Penemuan jalan tersebut telah menyebabkan pelabuhan tersebut dijadikan persinggahan utama
disekitar utara Pantai Barat Semenanjung yang menyeberangi Segenting Kra ke Teluk Siam.

- Penemuan jalan tersebut telah menyebabkan berlaku peningkatan aktiviti perdagangan di


aranrau asia tenggara.

C) Kemunculan negeri-negeri baru

- kebanyakan kerajaan di Alam Melayu mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran yang
tersusun sehingga berlaku kemajuan perdagangan di Asia Tenggara

- Kemajuan negeri tersebut yang dicapai dalam pelbagai bidang di sekitar Selatan Sumatera
telah berjaya mengekang aktiviti lanun di Selat Melaka dengan menggunakan khidmat pelaut-
pelaut Melayu yang arif.

- Sebagai contoh, di Melaka untuk memastikan aktiviti perdagangannya berjalan lancar, kawasan
tersebut telah mewujudkan sistem Pembesar Empat Lipatan dan sistem perundangan sepeti
Undang-undang Laut Melaka. Sistem ini bertujuan untuk melicinkan serta mengekalkan
keamanan dan memajukandalam bidang perdagangan.

- Sebuah negeri baru yang dikenali sebagai Kan-to-li muncul dan mengambil alih peranan ko-
ying dan Ho-lo-tan sebagai penguasa kelautan sekitar Asia Tenggara kerana kedudukan negeri
tersebut lebih strategik.

- Perdagangan secara terus dengan China telah menggalakkan lebih banyak negeri Kuala
Sungai di Jawa dan Sumatera menghantar hasil-hasil mereka ke China.

D) Kewujudan perlabuhan yang strategik

- Pada abad ke-15 dan ke-16 munculnya perlabuhan yang strategik di kawasan Asia Tenggara
seperti di muara sungai yang menyebabkan mereka mampu untuk menguasai dan
menentukan arah dan aliran perdagangan di kawasan pendalaman dan luarnya.

- Sebagai contoh pada abad ke-15 dan ke-16 adanya pelabuhan seperti Melaka, Acheh,
Ambon jambi dan Pegu.

- Kawasan perlabuhan ini menjadik kawasan singgah dari negara kawasan lautan India,
kepulauan Melayu, Tanah besar China dan Eropah

- Pelabuhan ini turut menyediakan perkhimatan membaiki dan membina kapal-kapal dagang.

A) Keperluan terhadap barangan yang terdapat di Asia Tenggara.

- Seperti rempah-ratus, wangi-wangian, kapur barus dan hasil-hasil hutan, tembakau , beras

- Rempah ratus dan hasil-hasil tempatan yang diperkenalkan itu mula mendapat perhatian
dan kemudiannya menjadi barangan yang diminati.
Analisis

Berdasarkan soalan, dapat dinyatakan bahawa dalam buku yang ditulis oleh Anthony
Reid menerusi article bertajuk “An Age Of Commerce” dapat dilihat bahawa antara abad
ke-15 dan ke-16 merupakan satu masa dimana keadaan perdagangan di kawasan Asia
Tenggara menjadi maju dan pesat. Hal ini dilihat berpunca daripada beberapa faktor
seperti Agama, wujudnya kawasan perlabuhan yang strategic dan sebagainya. Dalam
buku ini juga menunjukkan kepada kita bahawa kemunculan Asia tenggara sebagai
kawasan penting di laluan pedagangan dunia ialah disebabkan kedudukan negara Asia
Tenggara yang berada di kawasan strategik iaitu di kawasan antara China dan India
serta barat serta merupakan titik pertemuan untuk setiap kapal dagang dunia.

3.1 KESIMPULAN

Menurut Anthony Reid, pada abad ke 15 dan sehingga abad ke 17 berlaku kemajuan dalam
bidang perdagangan di asia tenggara disebabkan kawasan asia tenggara mempunyai kedudukan
yang strategik. Perkembangan perdagangan di asia tenggara berlaku kerana kedudukannya di
persisiran pantai dan kepentingannya berasaskan kepada penguasaan lalu lintas perdagangan di
antara China dan India.

Rujukan

Bahasa Othman. 1989. Sejarah Awal Negara Kita. Selangor Darul Ehsan: Marwilis Publisher

dan Distributors Sdn.Bhd.

Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia: Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai