Anda di halaman 1dari 7

FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN

AJ10403 PENGANTAR ARKEOLOGI

SEMESTER 2

SESI 2015/2016

SOALAN: BINCANGKAN PERBEZAAN ANTARA ARKEOLOGI MARITIM DAN SALVAJ


KOMERSIAL KAPAL KARAM

NAMA PENSYARAH: BASZLEY BEE BIN BASRAH BEE

NAMA TUTOR: SIR APING BIN SAJUK

KELAS TUTOR: (9.00AM-10.00AM)

TEMPAT: BT 1.6

NAMA: MOHD. TAMIMI BIN AG.TAMIN (BA15110325)

MOHD. YUSRI BIN SULAIMAN (BA15160813)


1.1 PENGENALAN

 Arkeologi atau kaji purba umumnya dikaitkan dengan unsur-unsur pengembaraan


yang mencabar, penemuan yang bernilai, misteri dan tamadun purba.
 Arkeologi merupakan sebuah kajian yang sistematik ke atas bahan-bahan purba bagi
membentuk semula sejarah.
 Walaupun arkeologi terlahir daripada kajian atas daratan khusunya zaman prasejarah
ianya tidak menghalang bentuk kajian Arkeologi yang lain.
 Antara bidang Arkeologi yang wujud adalah arkeologi maritim dan arkeologi salvaj
komersial kapal karam.
 Kedua-dua bidang ini mempunyai banyak perbezaan terutamanya dari segi tujuan
dan objektif pencarian barangan purba.

2.1 MAKSUD ARKEOLOGI MARITIM

 Kelahiran arkeologi maritim bermula dengan penemuan tapak-tapak budaya maritim


di kawasan tapak daratan, dan tanpa disedari bidang ini telah diasaskan oleh ahli
arkeologi daratan.
 Arkeologi maritim merupakan sub-disiplin utama dalam disiplin arkeologi bawah air.
 Istilah arkeologi bawah air digunakan secara berbeza-beza di setiap negara yang
mempraktikannya dan tidak wujud suatu piawaian istilah sama ada di kalangan ahli
arkeologi bawah air ataupun arkeologi di daratan.

2.1.1 GOLONGAN YANG MENTAKRIFKAN ARKEOLOGI BAWAH AIR ATAUPUN


ARKEOLOGI MARITIM.

GOLONGAN PERTAMA

- Golongan ini berpendapat bahawa penyelidikan arkeologi bawah air adalah sama
sepertimana penyelidikan arkeologi di daratan.
- Perbezaan hanya wujud dari segi persekitaran semula jadi fizikal, persekitaran
kerja, aplikasi teknik penyelidikan, peralatan, teknologi dan metodologi. 1

1
Sayan Prishangkit, Introduction to Underwater Archaeology, Intermerdiate Training Course In Underwater Archaeology
ST-141b, Rayong, Chanthaburi, 1991.
- Hasil kajian sama iaitu menyumbang kepada penemuan tamadun manusia.
- Sebagai contoh, dalam buku Archeology Under Water yang dikarang oleh Bass
(1966), di mana ruang kajian buku ini bukan sahaja menyentuh kajian arkeologi
yang dijalankan di dasar laut tetapi juga di jalankan di tapak-tapak air daratan
seperti sungai, telaga suci dan tasik-tasik. 2
- Menurut Muckelroy (1978), di dalam bukunya yang bertajuk Maritime
Archeology, beliau meletakkan istilah arkeologi maritim sebagai istilah utama
untuk melabelkan kajian warisan maritim tidak kira sama ada tapak tersebut
berada di daratan, dasar laut atau akuatik daratan. 3
- Seterusnya, menurut Jeremy Green (1990), arkeologi maritim merupakan bidang
kajian arkeologi yang berhubungkait dengan persekitaran laut.

GOLONGAN KEDUA

- Golongan ini ialah kelompok UNESCO dan pihak pemerintah, yang menggubal
perundangan untuk memulihara dan melindungi warisan kebudayaan.
- UNESCO menggunakan istilah bawah air untuk menerangkan kajian arkeologi
yang dilaksanakan di bawah air.
- Penggunaan istilah bawah air adalah untuk mengurangkan perselisihan dalam
penggunaan istilah induk.
- Arkeologi maritim adalah sebahagian daripada penyelidikan arkeologi bawah air
yang berperanan kepada pemuliharaan budaya maritim.
- Menurut Muckelroy (1978), maritime archaeology is the scientific study, through
the surviving material evidence, of all aspects of seafaring: ship, boat and their
equipment; cargoes, catches, or passenger carried on them, and economic
system within which they were operating; their officers and crew, especially
utensil and other possessions reflecting their specialized lifestyle.

GOLONGAN KETIGA

- Golongan ini terdiri daripada penyelidik daripada institusi seperti muzium.

2
Bass, George Fletcher, Archaeology Under water, Middlesex, Penguin Book, 1966, hlm 13.
3
Muckelroy, Keith, Maritime Archaeology, Cambridge, Cambridge University Press, 1978, hlm 6.
- Keadaan ini wujud kerana semua penyelidikan yang dijalankan di bawah air akan
diletakan di bawah penguasaan unit berkenaan, seperti unit arkeologi bawah air,
muzium sabah dan sebagainya.
- Menggunakan orang tengah dalam penggunaan istilah di kalangan ahli arkeologi
maritim.
- Secara keseluruhannya, arkeologi maritim adalah penyelidikan yang
menggabungkan pelbagai jurusan disiplin dan teknologi, dalam mengkaji
interaksi manusia dengan laut pada masa lampau dan impaknya dalam
perkembangan kebudayaan manusia keseluruhannya.

3.1 ARKEOLOGI SALVAJ KOMERSIAL KAPAL KARAM

- Arkeologi salvaj komersial kapal karam adalah Pelaut yang menyelamatkan kapal
karam dan menyimpan harta benda yang telah tenggelam di dalam laut dan
mengkomersialkan barangan tersebut untuk mendatangkan keuntungan. 4
- Penyelamat harta karun itu merupakan golongan profesional sama ada
persendirian atau berupa syarikat.
- Arkeologi komersial ini mengutamakan perniagaan dalam pemuliharaan kapal
karam, pengapung kapal dan mengasetkan kapal.
- Ahli arkeologi komersial menganggap semua barangan tersebut memiliki nilai
yang tersendiri.
- Merupakan sebahagian daripada undang-undang harta benda kebudayaan dari
segi laut dalam.
- Termasuk dalam undang-undang Malaysia iaitu 1952 Malaysia ordinan kajian
saudagar.
- Arkeologi maritim komersial mempunyai matlamat yang utama iaitu untuk
mendapatkan rangka kapal karam.
- Salvaj boleh dikategorikan sebagai pengkomersialan dalam bidang arkeologi
maritim dan ianya tidak hanya bergantung kepada penjualan artifak sahaja. 5

4
Bazlee bee B. Basrah Bee & Bilcher bala, Arkeologi Maritim Malaysia, Penerbit UMS, Kota
Kinabalu,sabah, 2002.

5
Penjulan artifak tetapi ianya harus hanya dilakukan ke atas satu-satunya artifak yang jumlah banyak dan bukan
artifak yang rare. Harganya murah sekurang-kurangnya ada pendapatan bukan kerana keuntungan yang
dipentingkan.
- Salvaj kapal karam telah berlaku di seluruh dunia dan setiap negara akan
menyelamatkan kapal tersebut atau mengeksavasinya untuk tujuan komersial.
- Arkeologi maritim dan arkeologi salvaj komersial kapal karam tidak sehaluan
kerana perbezaan dari segi matlamat.

3.1 PERBEZAAN ANTARA ARKEOLOGI MARITIM DAN SALVAJ KOMERSIAL


KAPAL KARAM

Jenis Arkeologi Maritim Arkeologi Komersial Kapal


Karam
Definisi -Menurut Muckelroy (1978), -Menurut Bazlee Bee (2002),
arkeologi maritim merupakan arkeologi maritim komersial adalah
kajian arkeologi terhadap warisan pelaut yang menyelamatkan kapal
maritim di dasar laut. karam dan menyimpan harta benda
-Menurut Jeremy Green (1990), yang telah tenggelam di dalam laut
merujuk arkeologi maritim sebagai dan mengkomersialkan barangan
bidang kajian arkeologi yang tersebut untuk tujuan keuntungan.
berhubung kait dengan -Banyak menyumbang ilmu
persekitaran laut. pengetahuan dalam bidang arkeologi
maritim.
Tujuan/ -Bertujuan untuk melakukan -Tidak mementingkan penyelidikan
Matlamat penemuan terhadap tamadun kerana tujuan utama bidang ini
manusia. adalah keuntungan.
-Mengkaji sejarah yang berkaitan -Melakukan pencarian terhadap
bawah air dan kaitannya dengan rangka kapal, dan bahan artifak yang
kehidupan manusia. berkaitan dengan maritim.
-Menjadikan penemuan sebagai
barang milik persendirian atau
syarikat.

Kesan -Misi dan objektif kajian dalam -Memberi sumbangan kepada


arkeologi maritim mampu ekonomi negara.
melindungi warisan budaya bawah -Memberikan sumbangan dalam
air. arkeologi maritim.
-Menyumbang kepada ilmu -Dapat menjadi inspirasi kepada
pengetahuan melalui kajian yang pengkaji seterusnya.
dilakukan walaupun sangat -Menyumbang kepada penemuan
terbatas atas faktor tertentu. baharu.
Bukti -Lokasi tapak adalah di Kuala -Royal Nanhai (1420-1450).
Penemuan/ selising, Taiping, Perak. -lokasi penemuan di Pulau
kegiatan -Tarikh tapak adalah abad ke-4. Pemanggil, Pahang.
-Penemuan tapak penempatan dan -sebanyak 20973 tembikar pelbagai
keranda berbentuk perahu kolek. jenis dan saiz ditemui serta jongkong
-Kawasan paya bakau. besi ditemui oleh sebuah syarikat
-Kawasan ini memiliki pelbagai yang bernama Nahai Marine
jenis artifak yang berkaitan dengan Archeology Sdn. Bhd. (Emerald
kehidupan masyarakat awal Marine Sdn. Bhd.) September 1998.
maritim Semenanjung Malaysia. -Ditemui oleh pakar penyelamat
dalam bidang Marin iaitu Sten
Sjostrand.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, arkeologi maritim adalah satu bidang akademik yang mampu
menyumbang kepada ilmu pengetahuan kepada penyelidik dan orang awam. Manakala,
bidang arkeologi komersial memiliki satu tujuan iaitu untuk mendapatkan keuntungan
semata-mata. Walaupun wujud perbezaan dari segi matlamat, kedua-dua bidang arkeologi
ini masih sama dari segi kaedah penyelidikan iaitu menggunakan teknologi tinjauan dan
ekskavasi.

RUJUKAN

Bass, George Fletcher. 1966. Archaeology Under water. Middlesex: Penguin Book.

Bazlee Bee B. Basrah Bee & Bilcher bala. 2002. Arkeologi Maritim Malaysia. Penerbit UMS:
Kota Kinabalu, Sabah.

Muckelroy, Keith. 1978. Maritime Archaeology. Cambridge: Cambridge University Press.


Sayan Prishangkit. 1991. Introduction to Underwater Archaeology, Intermerdiate Training
Course In Underwater Archaeology ST-141b. Rayong: Chanthaburi.

Anda mungkin juga menyukai