Anda di halaman 1dari 4

KEPIMPINAN PENDIDIKAN DI SEKOLAH

KEPIMPINAN PENDIDIKAN DI SEKOLAH


PENGENALAN

Seorang pentadbir di sekolah harus mempunyai suatu hala tuju Untuk mencapai matlamat
melalui sebarang cara ataupun semua cara usaha yang dilakukan

Cabaran utama sektor awam dan sektor swasta ke arah pengisian dan pencapaian
Wawasan 2020 ialah untuk memastikan segala perancangan jangka pendek dan jangka
panjang kerajaan dapat dilaksanakan dan mencapai matlamatnya. Ini amat bergantung
kepada keupayaan para pengurus dan pemimpin untuk mengurus dan memimpin sumber
manusia yang terlibat. Ini adalah kerana kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada
keupayaan dan kualiti sumber manusianya ke arah keberkesanan pelaksanaan segala
perancangan yang dibuat.

DEFINISI

Kepimpinan

Menurut Fleishman (1973), kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh perseorangan yang
diarahkan melalui proses komunikasi ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Hersey dan
Blanchard (1977) pula menyatakan kepimpinan adalah proses mempengaruhi kegiatan
individu atau kumpulan dalam usaha mencapai matlamat dalam sesuatu tindakan.

Dalam konteks pendidikan, Campbell (1983) menyatakan kepimpinan ialah satu proses bagi
seorang pengetua mendapatkan kerjasama kakitangan ke arah penyempurnaan matlamat
tertentu.

Seterusnya menurut Katz dan Khan (1978 ) terdapat tiga perkara yang ditekankan dalam
konteks kepimpinan iaitu kedudukan atau jawatan, sebgai peribadi seorang individu dan
sebagai satu rangkaian tingkah laku yang tertentu.

Kepimpinan menurut Islam pula berteraskan konsep khalifah iaitu setiap manusia adalah
pemimpin yang bertanggungjawab memimpin dirinya, keluarga dan ahli-ahli di bawahnya.

“ Kamu sekelian adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang rakyat yang dipimpinmu”
( Riwayat Bukhari Muslim).
KONSEP KEPIMPINAN DALAM PENDIDIKAN

Di sekolah, kepimpinan adalah satu aspek tingkahlaku dan juga sejenis pengaruh (Ramaiah
1999). Kepimpinan pengetua adalah bergantung kepada kedudukan formal dalam struktur
organisasi sekolah. Kepimpinan jenis ini dinamakan kepimpinan formal. Jawatan pengetua
diberi pengiktirafan dan status yang berwibawa dalam kedudukan organisasi sekolah
sebagai ketua sekolah serta mempunyai kuasa atas segala aspek pengurusan sekolah.
Apabila pengetua meninggalkan jawatan tersebut, status kepimpinan turut lenyap.

Dalam kontek kepimpinan dalam pendidikan, pengetua perlu melaksanakan dasar-dasar


yang digubal oleh Kementerian dan Jabatan. Pengetua perlu memastikan bahawa semua
dasar adalah jelas kepada semua anggota di sekolah, dan sebarang peraturan yang
digubalnya mestilah bersesuaian atau berharmoni dengan dasar yang sedia ada di mana
dasar-dasar ini adalah petunjuk arah serta kenyataan visi.

KEPIMPINAN PENGETUA DI SEKOLAH

Seorang pengetua yang memegang teraju di peringkat sekolah memerlukan pengetahuan


dan pengalaman yang tinggi berkaitan dengan pendidikan. Ia perlu mempunyai
pengetahuan dalam bidang akademik, latar belakang murid dan masyarakat, masalah
tingkahlaku pelajar dan kakitangan, kurikulum sekolah, pengurusan pejabat, konsep
kepimpinan, hubungan komunikasi dan masalah politik semasa. Tanpa pengetahuan dalam
bidang-bidang tersebut seorang pentadbir pendidikan akan merasa tidak yakin di atas
keupayaan kepimpinannya. Jadi kepimpinan yang cekap adalah memainkan peranan yang
penting di sekolah.

STAIL KEPIMPINAN PENGETUA

Agak sukar untuk menentukan jenis stail kepimpinan yang patut dilaksanankan di sekolah.
Stail kepimpinan telah diperkenalkan oleh Max Weber, menurutnya terdapat tiga stail
kepimpinan iaitu tradisional, birokratik dan karismatik.

Tradisional

Stail ini menunjukkan ciri-ciri pentadbiran yang autokratik. Stail ini dikaitkan juga dengan
berpusatkan tugas, berpusatkan pengeluaran, pencapaian matlamat, pengenalan struktur,
kepimpinan paksaan, Teori X dan juga kepimpinan paksaan. Pengetua/Guru Besar
membuat keputusan seorang diri tanpa mengambilkira pendapat ahli lain dalam organisasi
sekolah. Penglibatan guru-guru dalam membuat keputusan sangat sedikit. Walaupun
pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan jenis ini dapat memastikan perlaksanaan
tugas dengan sempurna, orang-orang bawahan yang diarahkan mungkin tidak mengetahui
mengapa sesuatu itu dibuat (Ibrahim Mamat 1998). Ini akan menyebabkan semangat
bekerja dan minat mereka lemah. Inisiatif dan kreativiti juga rendah. Walau pun begitu dalam
keadaan kritis, stail tradisional adalah paling berkesan kerana keputusan yang tegas dan
tepat diperlukan. Begitu juga situasi-situasi yang memerlukan kepakaran. Pengetua yang
sepatutnya merupakan seorang pakar, mesti bersikap mengarah untuk membantu orang-
orang bawahannya.

Birokratik

Stail birokratik berdasarkan barisan autoriti di mana tanggnugjawab dan peranan telah
dijelaskan oleh pihak ketua. Ciri-ciri dalam stail kepimpinan ini ialah :
1. Kebanyakan keputusan dibuat oleh pihak ketua.
2. Kadang-kadang perancangan tanpa mengambil kira polisi yang telah ditentukan secara
demokratik.
3. Kurang berlaku komunikasi dua hala.
4. Tidak mementingkan semangat kumpulan dalam perkerjaan.
5. Sesuatu tugasan merupakan paksaan.
6. Sukar mewujudkan kemersaan dalam suasana perkerjaan.

Krismatik

Ada unsur-unsur yang mengagumkan dan mistik. Kepimpinan jenis ini juga disebut sebagai
keunggulan gelagat. Antara ciri-ciri kepimpinan ini ialah :
1. Menunjukkan bagaimana seseorang pemimpin itu berbeza-beza dengan orang lain dan ia
boleh mempengaruhi pemimpin.
2. Mempunyai matlamat dan visi yang tinggi.
3. Boleh melaksanakan sesuatu aktiviti dengan cekap.
4. Boleh mempengaruhi pengikut secara tidak langsung walaupun tidak kesempatan untuk
berkomunikasi dengan semua pengikut.

Menurut Ahmad Atory Hussain (1994), pemimpin berkarisma merujuk kepada kebolehan
khusus seseorang pemimpin itu untuk memobilisasi dan meneruskan aktiviti-aktiviti
organisasi melalui gabungan tindakan-tindakan serta sifat-sifat peribadi yang khusus.

Ada juga stail kepimpinan digolongkan sebagai autokratik, demokratik dan laissez-faire. Stail
autokratik adalah bercorak tradisional. Mengikut stail autokratik, biasanya pemimpin
memaksa kakitangan mengikut arahan, menjalankan sesuatu tugas tanpa perundingan
terlebih dahulu.

Demokratik

Pemimpin yang mengamalkan ciri-ciri demokratik iaitu memberi pertimbangan terhadap


pandangan ahli-ahli dalam organisasi. Di sekolah pengetua akan menyediakan maklumat-
maklumat, mengesyorkan alternatif-alternatif, menggalakkan serta meningkatkan minat dan
prestasi guru-guru. Sungguhpun pengetua yang demokratik sentiasa cuba untuk
mempengaruhi guru-gurunya tetapi ia tidak mengongkong pemikiran dan perlakuan mereka.
Selalu mengadakan rundingan dengan kakitangan sebelum membuat sesuatu dasar
(keputusan bersama menjadi perkara penting). Kakitangan juga dapat berhubung dengan
mudah untuk menyatakan sesuatu kepada ketua.

Ciri Kepimpinan Instrumental.

Kedua-dua Pengetua didapati mengamalkan juga ciri kepimpinan jenis ini yang
menumpukan kepada kumpulan pengurusan, struktur dan proses pengurusan. Pemimpin
jenis ini berusaha untuk membina kumpulan yang mempunyai daya saing yang kuat,
memastikan kakitangan memahami tingkahlaku yang diperlukan dalam sesebuah
organisasi.

Ciri Kepimpinan Transformasi.

Didapati kedua-dua pengetua mempunyai ciri kepimpinan Transformasi yang mengiktiraf,


mengeksploitasi keperluan dan kehendak para pengikutnya. Bass (1990) menggambarkan
pengetua yang mengamalkan kepimpinan transformasi ini sebagai memiliki prestasi dan
keupayaan kepimpinan yang luar biasa. Mengikut Burns (1978) pemimpin yang
mengamalkan ciri kepimpinan jenis ini juga melibatkan diri dengan orang lain melalui satu
cara yang tertentu sehingga pemimpin dan pengikutnya dapat meningkatkan motivasi dan
semangat bekerja ke satu tahap yang lebih tinggi.

Terdapat empat ciri utama yang memberi kekuatan kepada kedua-dua pengetua untuk
menggerakkan guru-guru di bawahnya untuk mencapai matlamat yang telah dirancang. Ciri-
ciri tersebut ialah berkarisma, memiliki inspirasi, memiliki pertimbangan kemanusiaan
terhadap setiap individu dan memiliki stimulasi keintelektualan. Kepimpinan transformasi
umumnya tidak terlalu berpaksi kepada pengaruh kekuasaan tetapi lebih kepada pengaruh
personaliti yang menarik, sifat dalaman yang mantap dan ketrampilan semulajadi yang
berasaskan keilmuan dan keintelektualan. Lebih daripada itu kepimpinan transformaasi ini
didapati telah memberi kesan secara tidak langsung terhadap pencapaian akademik pelajar
dikedua-dua buah sekolah.

Anda mungkin juga menyukai