Anda di halaman 1dari 15

1.

1 PENGENALAN

Pelayaran yang dilakukan oleh Christopher Columbus pada mulanya adalah untuk
mencari jalan ke Timur tetapi pelayarannya telah tersasar sehingga membawanya ke Benua
Amerika. Columbus percaya yang bumi ini sebenarnya adalah berbentuk sfera dan sesebuah
kapal akan dapat sampai ke Timur dengan melalui jalan laut ke arah Barat. Beliau dikatakan
sebagai orang pertama yang sampai serta menemui Benua Amerika dan penemuannya ke atas
benua tersebut telah mendorong kepada banyak kuasa Eropah serta individu-individu tertentu
untuk pergi ke benua tersebut selepas itu. Hasil daripada penjelajahan ke atas benua tersebut,
beliau telah mengibaratkan Benua Amerika sebagai “syurga di bumi” dan memanggilnya
dengan gelaran “New World” (Dunia Baru) yang mana Benua Amerika digambarkan oleh
Columbus sebagai tanah harapan yang menjanjikan kekayaan yang tidak terhingga kepada
sesiapa sahaja yang menerokainya. 1 Pelayaran Columbus ke Benua Amerika bukanlah dilakukan
dalam tempoh masa sekali sahaja tetapi telah dilakukan beberapa kali sehingga beliau
menemukan banyak kawasan baru sepanjang pelayaran yang dilakukannya. Keadaan ini telah
mendorong kepada aktiviti-aktiviti pelayaran yang lebih aktif lagi oleh individu-individu tertentu
dan juga kuasa-kuasa Eropah yang lain sehingga membawa kepada kewujudan banyak
kolonial-kolonial terutamanya dari Sepanyol dan England di benua tersebut selepas itu. Ini
berbeza dengan keadaan sebelumnya kerana sebelum abad ke-15, orang Inggeris terutamanya
tidak begitu berminat dan menyedari tentang kewujudan benua Amerika disebabkan tidak
wujud pemerintah atau tokoh-tokoh tertentu yang berminat untuk menjelajah ke seberang laut
sehinggalah penemuan Benua Amerika oleh Columbus pada akhir abad ke-15. Meskipun
Columbus telah diiktiraf dalam sejarah sebagai orang Eropah pertama yang melihat Dunia Baru,
namun ada juga pendapat yang mengatakan bahawa Columbus bukanlah orang pertama yang
menemui benua tersebut kerana sebelumnya terdapat ahli pelayaran dari Timur terutamanya
dari China dan Arab (Islam) yang telah sampai ke benua tersebut.

1
Shakila Yacob, Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2005,
hlm. 2.

1
2.1 LATAR BELAKANG CHRISTOPHER COLUMBUS

Christopher Columbus merupakan seorang ahli pelayaran yang terkemuka dan tidak asing lagi
dalam sejarah dunia pelayaran pada masa kini. Pelayaran beliau sering kali dikaitkan dengan
penemuan dunia baru dan sejarah pembukaan benua Amerika Syarikat. Beliau merupakan anak
kepada Dominic Columbus hasil daripada perkahwinan dengan Susana yang merupakan anak
kepada James Fantanarossa dan mempunyai tiga adik lelaki iaitu Bartholomew, Pelligrino dan
James atau dikenali sebagai Don Diego dan satu adik perempuan yang bernama Bavarello. 2
Dalam mengkaji tarikh kelahiran Christopher Columbus, banyak sumber memberikan fakta yang
berbeza-beza tentang tarikh kelahiran beliau. Menurut David Goldfield (1998), Tarikh kelahiran
Christopher Columbus adalah antara 25 Ogos hingga 31 Oktober tahun 1451 3. Pelbagai tarikh
juga diberikan tentang kelahiran Christopher Columbus iaitu di antara 1435 dan 1448 dan lahir
di Genoa, Itali yang merupakan tempat kelahiran bapa beliau. 4

Latar belakang keluarga Columbus bukanlah keluarga yang kaya dan bapa beliau
hanyalah seorang penenun bulu kambing biri-biri tetapi sangat mementingkan pendidikan.

“That Dominic was a kind father, and thoroughly appreciative of the importance
of education, is attested by the fact that when Christopher, his eldest child, had
reached the age of ten years, instead of putting him to service, where he might
be helpful towards increasing the slender income, which indeed little more than
sufficed for the support of the now considerable family, he was sent to be
schooled at the University of Papia. Since the branches which distinguished that
famous school were natural philosophy, astrology and geography”. 5

Petikan di atas menggambarkan bahawa Dominic Columbus iaitu bapa kepada Columbus sangat
mementingkan pendidikan sehingga menghantar Christopher Columbus bersekolah di Universiti
Papia untuk mempelajari ilmu falsafah, astrologi dan geografi.

2
James W. Buel, Ph. D., Columbus and The New World, Washington, D. C: American Society, 1900, hlm. 36.
David Goldfield, et. al, The American Journey, The History Of The United States, Volum I , United
3

States: Prentice Hall, 1998, hlm 18.


4
Op.cit., James W. Buel, Ph. D., hlm. 35.
5
Ibid., hlm. 37.

2
Selain itu, mereka bersaudara juga amat digalakkan untuk menceburi diri dalam aktiviti
perdagangan kerana aktiviti itu amat mendatangkan banyak faedah dan keuntungan yang
besar. Galakan tersebut telah membawa Christopher Columbus menjadi wakil atau ejen dalam
bidang perdagangan untuk salah sebuah keluarga di Spinola. Columbus disifatkan sebagai
seorang individu yang terlalu berminat dengan aktiviti-aktiviti di laut seperti aktiviti pelayaran
kerana ini dapat dibuktikan pada usia yang kecil iaitu 13 tahun, beliau telah turun ke laut dan
terlalu berminat dengan ilmu sains dan geografi. Dipercayai juga beliau telah membuat
pelayaran yang pertama iaitu apabila mengikuti ekspedisi perdagangan ke Pulau Chios.

Dalam latar belakang perkahwinan Christopher Columbus pula, beliau telah berkahwin
dengan Dofla Felippa de Perestrello pada tahun 1479. 6 Dofla Felippa de Perestrello merupakan
anak kepada Isabel Moniz dan Bartolomeu Perestrelo dan merupakan seorang wanita
bangsawan Portugis dari Porto Santo Island, di Madeira, Portugal. Mereka mempunyai seorang
anak yang bernama Diego Columbus yang lahir sekitar 1480 dan selepas Dofla Felippa de
Perestrello meninggal dunia pada tahun 1485, Columbus membawa anaknya berpindah dari
Lisbon ke Sepanyol. Ada juga sumber yang mengatakan bahawa Columbus mempunyai
perempuan simpanan di Sepanyol yang bernama Beatriz Enríquez de Arana dan hasil hubungan
ini, Columbus mempunyai seorang lagi anak yang bernama Ferdinand Columbus.7

6
Op.cit., James W. Buel, Ph. D., hlm. 42.
7
Wilford, John Noble, The Mysterious History of Columbus: An Exploration of the man, the Myth, the Legacy , New
York: Alfred A. Knopf, 1991, hlm. 89.

3
3.1 SEJARAH PELAYARAN CHRISTOPHER COLUMBUS

Sebelum akhir tahun 1477, Christopher Columbus begitu bersemangat dalam tekadnya untuk
belayar ke Tanah Timur. Beliau belayar ke barat Iceland kemudian tinggal sementara di sana
dan dari situ beliau memperoleh maklumat tentang penemuan Vineland oleh Northman-The
Navigators sebagai Viking seawal tahun 985. 8 Hal ini menyebabkan Columbus melakukan
beberapa siri pelayaran yang membawa kepada pelbagai bentuk kejayaan serta kawasan baru
yang telah dijumpai dan diteroka oleh pasukan pelayarannya.

3.1.1 Pelayaran Pertama Christopher Columbus

Christopher Columbus telah memulakan pelayarannya bermula pada 3 Ogos tahun 1492
setelah mendapat tajaan dan dana daripada Ratu Isabella ;

“The articles of agreement and letters-patent conferring titles and privileges


were signed on the 17th day of April, 1492, but it was not until a month later
that Columbus took leave of the Queen and started for Palos, which port had
been determined upon as the embarking place of the expedition. In this interval
there were daily conferences between Columbus and his royal patroness,
arranging the preliminaries and issuing orders, providing for the equipment of
the vessels”.9

Pelayaran Columbus ke Barat bermula dari Palos iaitu di barat daya Sepanyol. Palos adalah
sebuah pelabuhan kecil yang mana merupakan kediaman tiga adik-beradik iaitu Martin Alonzo,
Francis Martin dan Vincent Yanez yang dikenali sebagai Pinzon. 10 Pinzon ialah pelaut yang
berpengalaman berkenaan dengan pelayaran yang telah menyediakan dan meminjamkan kapal
yang diperlukan oleh Columbus dalam pelayaran beliau. Pelayaran pertama Columbus telah
menggunakan sebanyak tiga buah kapal yang diberi nama Pinta, Nina, dan Santa Maria;

8
Op. Cit., James W. Buel, Ph. D, hlm. 49.
9
Ibid., hlm. 83.
10
Ibid., hlm. 87.

4
“The expedition was composed of two caravels, Pinta, commanded by Martin
Alonozo Pinzon ; the Nina, in charge of Vincent Yanez Pinzon and the carack,
Santa Maria, upon which Columbus embarked as admiral”.11

Semasa dalam pelayaran, mereka juga singgah ke Pulau Grand Canary dan pulau
Gomera. Persinggahan mereka ke pulau tersebut adalah untuk membaiki kapal dan juga untuk
memuatkan barangan atau keperluan pelayaran. Semasa pelayaran, Columbus tidak
mempunyai banyak peralatan. Beliau menggunakan kemahiran dan ilmu pengetahuannya untuk
membuat pelayaran yang ingin dibuatnya iaitu hendak ke Asia. Selepas lebih sebulan belayar,
Columbus belum lagi menjumpai mana-mana daratan sepertimana yang dijangkakan. Keadaan
ini telah menimbulkan kerisauan kepada anak-anak kapal yang pergi belayar bersama Columbus
dan kapten kapal yang lain.

Hal ini disebabkan bekalan makanan yang ada semakin berkurangan. Keadaan tersebut
reda setelah mereka melihat adanya tanda-tanda hampirnya mereka dengan daratan.
Terdapatnya burung daratan berterbangan, rumpai di permukaan air kelihatan dan juga adanya
beberapa kayu yang hanyut.

“A green bush was seen by the crew of the Santa Maria and almost immediately
after the lookout on the Pinta observed two sticks which had been evidently
fashioned by human hands”.

Petikan di atas menunjukkan Columbus dan pengikutnya telah berjaya menjumpai daratan
apabila pengikutnya melihat belukar hijau dari kapal yang mereka naiki. Columbus dan
pengikutnya yang lain telah berlabuh di sebuah pulau di Laut Caribbean yang kini dinamakan
Hindia Barat. Columbus percaya dia telah tiba di sebuah Pulau Di Hindia Timur. Hal tersebut
menyebabkan beliau menamakan penduduk tempatan di situ sebagai Indian;

“Believing that the island upon which he had landed was one of the five
thousand described by Marco Polo as lying in the sea off Cathay, Columbus
regarded the natives as a fraction of the great races of India, wherefore he
called them Indians”.
11
Ibid., hlm. 88.

5
Selain itu, Columbus juga telah menemui San Salvador yang dihuni oleh kaum
Giianaliani.12 Columbus cuba untuk menjalinkan hubungan dengan kaum tersebut tetapi tidak
diterima oleh kaum tersebut malah cuba untuk menakut-nakutkan Columbus dan pengikutnya.
Pada akhirnya, Columbus berjaya menjalinkan hubungan dan berkomunikasi dengan kaum
dengan menggunakan bahasa isyarat. Dalam usaha mencari kawasan yang kaya dengan emas,
Columbus dan pengikutnya berjaya menemui Pulau Zipango yang kini berada dalam kawasan
kepulauan Bahamas yang dicatatkan salah satu kawasan yang kaya dengan emas. Columbus
juga telah menemui Pulau Hispaniola yang merupakan kawasan subur dan kaya dengan emas
pada 26 Oktober 1492.
Semasa dalam pelayaran, Kapal yang dinaiki Columbus iaitu Santa Maria telah rosak dan
pecah di kawasan berdekatan Haiti. Keadaan tersebut memaksa mereka untuk membuat kubu
di kawasan tersebut untuk membaiki kapal tersebut tetapi gagal. Pada 4 Januari 1493,
Columbus dan pengikutnya telah kembali ke Sepanyol dengan menaiki kapal Nina dan Pinta
dengan membawa beberapa orang Taino yang ditawannya serta sejumlah harta kekayaan
seperti emas. Setelah Sampai ke Sepanyol, Columbus disambut baik oleh pemerintah Sepanyol
dan Columbus telah mengemukakan beberapa penemuan daripada pelayaran mereka iaitu
kawasan baru dan juga terdapatnya lombong emas dan mangsa tawanan. 13 Setelah diceritakan,
Raja Sepanyol berazam untuk mengeksploitasi penemuan daripada pelayaran tersebut. Hal
yang demikian juga telah menguatkan lagi niat dan matlamat bagi menyebarkan agama Kristian
di kawasan baru tersebut.

3.1.2 Pelayaran Kedua Christopher Columbus

Columbus telah membuat pelayaran yang kedua bermula pada tahun 1493. Kali ini
beliau telah dilantik untuk mengetuai 17 kapal yang membawa sebanyak 1200 hingga 1500
anak kapal yang terlatih.14 Turut serta dalam pelayaran tersebut adalah golongan gereja yang
dihantar oleh Paus Alexander yang akan menjalankan misi penginjilan di kawasan yang akan
diduduki dengan cara melakukan penukaran agama Orang Asli kepada Kristian. 15 Tujuan utama
12
Ibid., hlm. 104.
13
Faragher John Mark et al, A History Of The American People, United States: Prentice Hall, Volum I, 3rd Edition,
2002, hlm. 32.
14
Op. Cit., James W. Buel, Ph. D, hlm. 179.
15
Ibid., hlm. 180.

6
pelayaran ke-2 ini adalah untuk membuka koloni di kawasan yang baru. Oleh yang demikian,
setelah tiga minggu belayar, Columbus dan pengikutnya telah sampai di Hispaniola dan telah
bertapak serta mendirikan koloni di sana16.

Kedudukan Hispaniola yang kaya dengan hasil bumi telah menarik perhatian Columbus
untuk mendirikan koloni di kawasan tersebut. Semasa Columbus memerintah koloni di
Hispaniola, ramai penduduk yang membenci Columbus dan menuduh beliau melakukan
penipuan dalam perdagangan khususnya penduduk tempatan. Malahan bertambah teruk
apabila mereka mendapat tahu Columbus bukanlah orang dari Sepanyol tetapi dari Genoa.
Columbus telah meneruskan perjalanannya ke timur di sepanjang pantai utara Hisponiola.
Mereka mendirikan pos berkubu yang dinamakan Isabella. Disitu, ramai koloni-koloni yang
berasa marah kerana kekayaan yang dijanjikan tidak berhasil. Rasa marah semakin bertambah
apabila mereka mendapat tahu yang Columbus bukanlah orang dari Sepanyol tetapi dari Genoa.

Kekacauan yang berlaku di Hispaniola telah dilaporkan kepada Raja dan Ratu Sepanyol
dan menyebabkan Columbus bersama 12 buah kapal telah balik ke Sepanyol dengan membawa
hasil seperti emas, tembakau dan tumbuhan yang berharga pada 2 Februari 1496. Antara lain
tujuan Columbus pulang ke Sepanyol adalah untuk bertemu dengan pihak pendakwa rentetan
kekacauan di Hispaniola yang dikaitkan dengan beliau. 17 Di Sepanyol, Columbus telah membela
dirinya dengan memberikan penerangan serta rayuannya kepada Raja Sepanyol dan
menyebabkan beliau tidak dijatuhkan sebarang hukuman malahan Raja Sepanyol telah
memberi persetujuan untuk menambah bilangan kapal, anak kapal dan bekalan makanan
kepada Columbus untuk pelayarannya yang seterusnya. Sepanjang pelayaran ke-2 yang
dilakukan, Columbus dan pengikutnya berjaya menemui kawasan baru seperti San Damingo,
Pulau La Navidad dan pernah singgah di Dominica serta mendirikan sebuah koloni di San
Damingo.18

16
Ibid., hlm. 185.
17
Ibid., hlm. 189.
18
Ibid., hlm. 119.

7
3.1.3 Pelayaran Ketiga Christopher Columbus

Pelayaran ketiga Columbus diteruskan selepas pelayar beliau sebelum ini telah menarik
kepercayaan kerajaan Sepanyol untuk memberikan tajaan terhadap ekspedisi pelayarannya
yang seterusnya. Pada 13 Mei !498, Columbus telah memimpin suatu angkatan pelayaran yang
sangat besar dalam usaha untuk belayar ke Asia dari arah barat dengan melalui Lautan
Atlantik.19 Pelayaran ke-3 merupakan pelayaran yang mencabar bagi Columbus dan pengikutnya
kerana mereka terpaksa melalui laluan yang belum mereka lalui sebelum ini. Dalam pelayaran
ini, Columbus dan pengikutnya terkandas dan terperangkap hampir lapan hari di kawasan
lautan yang tidak berangin dan keadaan cuaca yang panas. 20 Mereka akhirnya telah berjaya
sampai ke sebuah pulau yang Columbus namakan sebagai Trinidad yang bermaksud Triniti;

“these three mountain heights were imagined by him to answer to a vow which
he had made that he would name the first new land discovered The Trinity.
Accordingly he gave the name La Trinidad to the new island for such it proved to
be and that name it has borne to the present day” .21

Columbus terus melakukan pelayaran ke beberapa kawasan di Benua Amerika. Beliau


menjalin hubungan yang baik dengan orang Red Indian dan berjaya memperoleh emas dan
tembaga di kawasan tersebut.22 Columbus juga belayar semula ke Hispaniola, di Hispaniola,
Columbus telah memberikan tanah dan membiarkan peneroka memperhambakan penduduk
tempatan. Perkara tersebut telah sampai ke pengetahuan Raja Sepanyol dan telah
mengarahkan pesuruhjaya iaitu Francisco de Babadilla untuk menyiasat. Setelah melihat
kebenaran yang dilaporkan di Hispaniola, Babadilla telah melepaskan tahanan dan telah
menangkap Columbus dan juga adiknya. Di Sepanyol, Columbus dan adiknya dibicarakan atas
tuduhan menyalah gunakan kuasa. Akan tetapi, mereka tidak dipenjara dan dihukum namun
tidak dibenarkan memerintah Hispaniola semula malah segala pengiktirafan dan tajaan
pelayaran telah ditarik balik.

19
Ibid., hlm. 291.
20
Ibid., hlm. 293.
21
Ibid., hlm. 294.
22
Ibid., hlm. 299.

8
3.1.4 Pelayaran Keempat Christopher Columbus

Columbus merancang untuk membuat pelayaran yang seterusnya dan dinamakannya sebagai
“pelayaran Basar”. Pelayarannya bermula pada tahun 1502 setelah Columbus diberikan semula
tajaan pelayaran daripada kerajaan Sepanyol setelah tiga tahun duduk di Sepanyol tanpa
sebarang ekspedisi pelayaran. Kesanggupan kerajaan Sepanyol memberikan semula tajaan
pelayaran kepada Columbus sudah semestinya disebabkan oleh sumbangan besar yang
diberikan oleh beliau kepada kerajaan Sepanyol. Matlamat pelayaran Columbus pada kali ini
adalah untuk menemui tanah besar Asia yang dijanjikannya dahulu kerana beliau masih
percaya bahawa China terletak berhampiran. Akhirnya Columbus menjumpai tanah besar dan
belayar di sepanjang pantai utara Amerika Selatan.23

Pelayaran Columbus pada kali ini memberikan banyak cabaran dan halangan. mereka
terpaksa berhadapan dengan musuhnya iaitu Bobadilla dan Roldan. Selain itu, cabaran yang
paling teruk sekali adalah apabila mereka terpaksa merempuh ribut, keadaan kapal yang
mengalami kerosakan serta kompas yang tidak berfungsi. Dalam pelayaran Columbus yang
terakhir ini, beliau telah tiba di pantai Honduras, Nacaragua, Costa Rica dan Panama. Columbus
melupakan niatnya yang ingin mencari laluan ke Asia kerana usianya yang semakin tua dan
keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Oleh yang demikian, Columbus dan pengikutnya tidak mampu meneruskan pelayaran
mahupun pulang ke Sepanyol dan terpaksa berlabuh di Teluk St. Ann di pantai utara Jamaica
yang dinamakan sebagai Santa Gloria oleh Columbus. Setelah terkandas dan menetap di
Jamaica selama setahun, bantuan daripada kerajaan Sepanyol telah sampai ke Jamaica untuk
menyelamatkan Columbus dan pengikutnya pada 29 Jun 1504.

23
Op cit., Faragher John Mark, et al, hlm. 33.

9
4.1 PERBAHASAN TENTANG PENEMUAN DUNIA BARU

Dalam sumber-sumber sejarah dulu dan kita, Christopher Columbus sering dikatakan sebagai
penemu dunia baru dan merupakan tokoh pelayaran dunia yang pertama menemui benua
Amerika. Pada hakikatnya, terdapat segelintir pengkaji-pengkaji sejarah yang tidak setuju dan
menolak fakta tersebut atas beberapa alasan tertentu sehingga memberikan pendapat dan
pandangan mereka sendiri mengenai perkara ini. Hal Ini kerana, sebelum Columbus tiba di
benua Amerika, didapati kawasan tersebut sudah diduduki dan diperakui secara meluas bahawa
orang-orang Viking dari utara Eropah telah pun menjelajah sehingga ke benua tersebut
sehingga mewujudkan koloni sendiri iaitu L’ Anse Aux Meadows untuk tempoh masa yang
pendek. Tambahan pula terdapat beberapa pandangan yang membuktikan sebelum Columbus
tiba dan menemui benua Amerika, terdapat beberapa tokoh pelayaran atau masyarakat yang
telah pun sampai ke benua tersebut terutamanya orang dari China dan orang Islam sendiri.

4.1.1 Pelayaran Leif Erickson

Leif Erickson atau dikenali sebagai “Leif The lucky”, merupakan anak kedua daripada tiga anak
lelaki penjelajah Norse yang terkenal iaitu Erik the Red yang menubuhkan sebuah penempatan
di Greenland selepas diusir dari Iceland sekitar tahun 980 Masihi.

“Here he tarried awhile with Icelandic bishops, from whom it is reasonably


supposed he obtained information of the discovery of Vineland by the Northmen
the Viking Navigators as early as the year 985. It is certain that the story of
discoveries and settlements on the American shorethen called Vineland was
preserved in the Scandinavian Sagas, and all the attendant circumstances of the
voyagers of Herjulfson, Leif Erickson, Thorwald, Thorstein and Thorfinn were
familiar through repetition of the history around the yule logs of the Iceanders,
where it was customary to recite the Sagas”. 24

Pernyataan di atas memperlihatkan bahawa sebelum penjelajahan Christopher Columbus,


sudah ada penjelajah terdahulu yang sampai di Benua Amerika. Salah satu contohnya adalah
Leif Erickson sendiri yang telah menemui Vineland.

24
Ibid., hlm. 50.

10
“Around A.D. 1000, Eriksson sailed to Norway, where King Olaf I converted him
to Christianity. According to one school of thought, Eriksson sailed off course on
his way back to Greenland and landed on the North American continent, where
he explored a region he called Vinland.”25

Apa yang dapat dijelaskan berdasarkan pernyataan di atas adalah, telah mendarat di Vinland
yang merupakan salah satu tempat di Benua Amerika semasa dalam perjalanan pulang ke
Greenland. Secara amnya, Leif Erickson dipercayai merupakan orang Eropah pertama yang
sampai ke benua Amerika, hampir empat abad tahun sebelum Christopher Columbus tiba pada
tahun 1492.

4.1.2 Pelayaran Oleh Orang Cina

Perbahasan tentang penemuan dunia baru oleh Christopher Columbus makin diperkuatkan lagi
dengan sumber yang mengatakan pelayar dari negara China lebih awal sampai di benua
Amerika berbanding Columbus. Pendapat ini dikuatkan oleh Gavin Menzies dalam buku-buku
yang ditulis oleh beliau. Beliau menyatakan bahawa Laksamana Zheng He yang merupakan
pelaut termasyhur dari China adalah antara individu yang terawal menemukan benua Amerika
berbanding Columbus dengan perbezaan masa lebih awal 70 tahun. Zheng He atau lebih
dikenali sebagai Cheng Ho merupakan pelaut dan penjelajah Tiongkok yang terkenal telah
melakukan banyak penjelajahan antara tahun 1403 hingga 1433. Nama sebenar beliau adalah
Ma He, juga dikenali dengan sebutan Sanbao/Sam Po Bo 26.

Menurut hasil penelitian Menzies melalui bukunya yang berjudul “Saat China
Menemukan Dunia” yang diterjemahkan oleh Kunti Saptoworini (Indonesia) menyatakan
bahawa kapal-kapal yang dipimpin oleh Cheng Ho telah menjelajah Eropah, Amerika, bahkan ke
kutub utara dan kutub selatan. Pernyataan Menzies ini dikuatkan lagi dengan beberapa bukti
sejarah. Misalnya, terdapat sebuah peta yang dibuat sebelum Columbus memulakan
penjelajahannya yang lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi
milik Zheng He. Peta-peta ini dikatakan sebagai bukti berlakunya penjelajahan orang China di
benua Amerika sebelum Columbus. Hal ini kerana, tulisan pada peta tersebut menunjukkan
25
Leif Eriksson Exploration dlm www.history.com/topics/exploration/leif-eriksson. Diakses pada 15 Okteber 2016.
26
Slamet Muljana, Runtuhnya Kerajaan Hindu-Jawa dan Timbulnya Negara-Negara Islam di Nusantara , Indonesia:
PT LKiS Pelangi Aksara, 2005, hlm. 61.

11
bahawa asalnya peta itu dibuat pada Zaman Dinasti Ming iaitu pada tahun 1368 hingga 1644.
Terdapat juga sumber yang menyatakan bahawa Zheng He telah belayar di Afrika dan di
Amerika serta menetap di utara Carolina iaitu tempat beliau meninggal dunia pada tahun
143327. Pernyataan ini menjelaskan kepada kita bahawa penjelajahan Zheng He ke benua
Amerika adalah sahih sehinggakan beliau menamatkan kisah hidupnya di benua Amerika.

4.1.3 Pelayaran Oleh Orang Islam

Selain daripada pendapat yang mengatakan bahawa benua Amerika mula ditemui oleh
penjelajah dari China, ada juga yang berpendapat bahawa orang-orang Islam telah tiba dahulu
di Amerika Utara sebelum penemuan Christopher Columbus iaitu sekitar 500 tahun lebih awal.
Tambahan pula, kapal-kapal orang Islam telah belayar ke Lautan Atlantik yang pada ketika itu
dikenali sebagai “Sea Of Injustice” (Laut Ketidakadilan) dan menghala ke barat berabad-abad
lamanya sebelum Christopher Columbus. Para penjelajah Islam yang asalnya dari Tanah Arab
telah mendaratkan perahu-perahu mereka di benua Amerika lima abad sebelum kehadiran
Christopher Columbus. Malahan, dalam catatan sejarah menunjukkan kapal-kapal mereka telah
melintas Selat Bering untuk mengelilingi pantai-pantai Amerika Utara 28.

Menurut M. Shoelhi dalam bukunya yang berjudul “Dari PENAKLUK JERUSALEM Hingga
ANGKA NOL”, salah satu orang Islam yang pernah belayar di benua Amerika adalah Ibnu
Batuta. Ibnu Batuta atau nama sebenarnya iaitu Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah al-
Lawati al Tanji yang lahir di Tangiers, Maroko, Afrika Utara pada 24 Februari 1304 Masihi dan
dibesarkan dalam keluarga yang taat memelihara agama Islam serta merupakan seorang
pengembara Berber Maroko29.

Malahan, Christopher Columbus sendiri mengakui tentang kehadiran orang Islam dari
Afrika Barat di benua Amerika dalam catatannya yang bertajuk “ The Narrative of the Third
Voyage” yang mana penduduk di Pulau Santiago memberitahu Columbus bahawa di Cape Verde
terdapat sebuah pulau yang bernama Huego dan dikhabarkan bahawa terdapat kapal-kapal dari
Afrika Barat datang berdagang di pulau yang berada di barat daya pulau Huego tersebut 30.
27
Gavin Menzies, The Year a Magnificent Chinese Fleet Sailed to Italy and Ignited the Renaissance , New York:
Harper Collins Publishers, 2009, hlm. 43.
28
M. Shoelhi, Dari PENAKLUK JERUSALEM Hingga ANGKA NOL, Jakarta: Republika Publication, 2002, hlm. 113.
29
Ibid.
30
Aidil Adha Sulaiman, Dari Andalusia ke Amerika, Selangor: Karya Bestari Publication, 2015, hlm. 246.

12
Catatan-catatan Columbus ini telah memberi petunjuk kepada kita tentang wujudnya aktiviti
perdagangan di antara orang Islam dari Afrika Barat dengan kepulauan Karibean.

Ketika Pelayaran Columbus yang ketiga ke Trinidad pada tahun 1498, pelayar-pelayar
bersama beliau telah menyaksikan masyarakat peribumi memakai pakaian yang berwarna-
warni, bercorak simetri dan ditenun daripada benang kapas 31. Columbus menyedari bahawa
pakaian tersebut adalah pakaian tutup atau “ Al-Mayzar” dalam bahasa Arab yang digunakan
oleh masyarakat muslim Andalus, Morocco dan Afrika Barat. Semua catatan dan gambaran
daripada pelayaran Christopher Columbus menjelaskan kepada kita bahawa Pelayaran orang
Islam di benua Amerika sudah lama wujud malahan sebelum penemuan oleh Columbus sendiri.
Tokoh pelayaran Islam telah lama menemui benua Amerika dan membawa masyarakat Islam di
beberapa kawasan di benua ini sehingga wujudnya petempatan masyarakat Islam yang
menjalankan aktiviti perdagangan dengan beberapa kawasan di benua Amerika ini.

5.1 Penutup

31
Op.cit., James W. Buel, Ph. D., hlm. 294.

13
Dapat disimpulkan bahawa, Sejarah ‘Benua Baru’ Pada 12 Oktober 1492, adalah pertemuan dua
dunia yang tidak dikenal untuk pertama kalinya di sebuah pulau kecil di Laut Karibia.
Christopher Columbus secara tidak sengaja menemukan Amerika. Columbus bukanlah orang
pertama yang tiba di Amerika, kerana sebelum kedatangan Columbus ianya sudah diduduki. Ia
juga bukan orang Eropah pertama yang sampai ke benua itu kerana sekarang telah diakui
secara meluas bahawa orang-orang Viking dari Eropah Utara telah berkunjung ke Amerika
Utara pada abad ke-11 dan mendirikan koloni L'Anse aux Meadows dalam jangka waktu
singkat. Terdapat pendapat bahawa pelayar yang tidak dikenali pernah melawat ke Amerika
sebelum Columbus dan membekalkannya dengan sumber untuk kejayaannya.

Terdapat juga banyak teori mengenai ekspedisi ke Amerika oleh berbagai orang
sepanjang masa itu. Colombus mengira bahawa pulau tersebut masih belum diterokai, belum
berpenghuni sama sekali. Mereka berorientasi menjadikan pulau tersebut sebagai perluasan
wilayah Sepanyol. Penemuannya sekaligus merupakan mahkota penerokaan dan penjajahan
Dunia Baru dan sekaligus pula merupakan tonggak penting dalam sejarah. Colombus bagaikan
membuka pintu bagi bangsa Eropah dua benua untuk penempatan baru, menyebar penduduk
dan menyediakan sumber kekayaan mineral dan isi bumi yang mampu mengubah wajah
Eropah. Seiring dengan itu, penemuannya juga mengakibatkan hancurnya kebudayaan bangsa
Indian. Dalam jangka panjang, penemuan itu melahirkan satu bangsa baru di benua belahan
Barat, yang dengan amat cepatnya membezakan diri dengan bangsa Indian selaku penduduk
asal. Jelaslah menunjukkan bahawa Colombus membawa perubahan besar bagi bangsa-bangsa
di Dunia Lama.

RUJUKAN

14
Buku

Aidil Adha Sulaiman. 2015. Dari Andalusia ke Amerika. Selangor: Karya Bestari Publication.

David Goldfield, et. al. 1998. The American Journey, The History Of The United States, Volum I .
United States: Prentice Hall.

Faragher John Mark et al. 2002. A History Of The American People. Volum I, 3 rd Edition, United
States: Prentice Hall.

Gavin Menzies. 2009. The Year a Magnificent Chinese Fleet Sailed to Italy and Ignited the
Renaissance. New York: Harper Collins Publishers.

Howard Cindotta. 1994. American History. United State: Departmen of State.

James W. Buel, Ph. D. 1900. Columbus and The New World, Washington. D.C: American
Society.

M. Shoelhi. 2002. Dari PENAKLUK JERUSALEM Hingga ANGKA NOL. Jakarta: Republika
Publication.

Shakila Yacob. 2005. Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa . Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Slamet Muljana. 2005. Runtuhnya Kerajaan Hindu-Jawa dan Timbulnya Negara-Negara Islam di
Nusantara. Indonesia: PT LKiS Pelangi Aksara.

Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Wilford, John Noble. 1991. The Mysterious History of Columbus: An Exploration of the man, the
Myth, the Legacy. New York: Alfred A. Knopf.

Internet

Leif Eriksson Exploration dlm www.history.com/topics/exploration/leif-eriksson. Diakses pada


15 Okteber 2016.

15

Anda mungkin juga menyukai