Anda di halaman 1dari 9

BINCANGKAN PROSES KEWUJUDAN DAN KEPENTINGAN AMALAN HAMBA ABDI

DI KOLONIAL AMERIKA SYARIKAT SEBELUM TAHUN 1775.


PENGENALAN
Amalan hamba abdi di koloni Amerika Syarikat telah bermula semenjak tahun 1619.
Perdagangan di Amerika tidak bermula sebagai penjajahan ke Amerika tetapi berusaha
untuk mengatasi atau memenuhi keperluan tenaga buruh yang begitu mendesak di
Amerika pada ketika itu. Orang Afrika yang dijadikan hamba adalah mereka yang
berasal dari Afrika Barat, terutamanya dari Senegal, Nigeria, Guiena, Angola, Cango dan
Gabon. Kebanyakan hamba abdi ini adalah mereka yang berkulit hitam. Tambahan lagi,
kedatangan mereka ke bumi Amerika itu bukanlah atas pilihan mereka sendiri,
sebaliknya kebanyakan mereka dipaksa dan diculik oleh pedagang Afrika dan Arab
untuk dijual ke Sepanyol, Portugal, Dutch dan Perancis yang memerlukan tenaga buruh.
Terdapat ramai juga bangsa Eropah yang bersaing untuk mendapatkan hak
perdagangan hamba abdi ini di pantai Afrika Barat. Sejak diperkenalkan pada tahun
1670-an, permintaan terhadap tenaga hamba abdi untuk memenuhi keperluan tenaga
buruh masih tidak popular hingga akhir abad ke-17. Perdagangan hamba abdi mula
meluas sejak awal abad ke-18 dan dianggar populasi mereka mencapai 11 juta orang
[lebih ramai daripada imigran Eropah].1
Selain itu, perdagangan hamba adalah kolaborasi antara orang Eropah atau Amerika
dengan pedagang Afrika.2 Hal ini bergantung dengan pemerintah tempatan di mana
kebanyakan pedagang hamba colonial tinggal secara kekal di kubu tepi pantai dan
berkahwin dengan wanita Afrika. Hal ini secara tidak langsung mengukuhkan ikatan
perdagangan dan kekeluargaan. Sekitar abad ke-17 dan ke-18, koloni di Hispaniola dan
Jamaica dihuni oleh 90-100% golongan hamba.

Sejak hilangnya monopoli Royal African Company dalam perdagangan hamba abdi pada tahun
1697, jumlah bekalan semakin bertambah. Pada tahun 1700, terdapat lebih kurang 25
ribu hamba abdi menetap di koloni-koloni Amerika Utara. Dua kali ganda jumlah tersebut
adalah lelaki.
2
Out of Many: A History of the American People

Manakala di Cuba, Puerto Rico dan Stono pula sebanyak 40-49.9% dan serta di
Louisiana, St. Augustine, Chesapeake dan New Grenada pula dihuni kira-kira 30-39.9%.
Selepas beberapa permulaan hidup di Jamestown dan Plymouth pada awal abad ke17,populasi penduduk imigran iaitu Inggeris, Eropah dan Afrika di Amerika Utara telah
berkembang dengan pesat melalui imigrasi yang berterusan dan pertambahan
semulajadi. Sehingga penghujung abad ke-17, imigran Eropah dan Afrika telah
mengatasi jumlah populasi peribumi di sepanjang sungai Atlantik.

PROSES KEWUJUDAN HAMBA ABDI DI KOLONIAL AMERIKA SYARIKAT


Tawanan perang dijual kepada keluarga yang kaya yang mengambil mereka bekerja
sebagai orang gaji atau pekerja mahir. Pada abad ke-15 saudagar Venetian dan
Genoese mendahului dalam menangkap orang-orang Slav. Perkataan slave berasal
daripada nama Slav iaitu orang Eropah Tengah atau Timur yang menggunakan bahasa
Slav.
Tetapi banyak orang Eropah telah mengganggu dan menggunakan pendekatan implikasi
moral dengan memperhambakan orang Kristian, namun Pope telah menyingkirkan
saudagar yang terlibat dalam penjualan tawanan. Perdagangan Afrika dan Muslim
bagaimanapun masih diteruskan.
Virginia merupakan koloni pertama di mana pada asalnya merupakan London Company
dan ditukar kepada Virginia Company pada tahun 1609. Virginia Company telah
menyediakan kredit kepada para imigran dengan syarat memberi khidmat selama 7
tahun. Pada tahun 1619, sebilangan kecil orang Afrika memasuki Virginia dan Maryland
untuk bekerja di ladang tembakau di samping orang gaji kulit putih. Pada akhir tahun
1671, apabila 30 000 orang hamba abdi membanting tulang di Barbados, kurang
daripada 3000 orang pula berkhidmat di Virginia. Namun, jumlah mereka masih melebihi
jumlah hamba berhutang dengan kadar nisbah sekurang-kurangnya 3:1. Suku akhir
abad ke-17 pula pekerjaan hamba di selatan mula berubah di mana kebanyakan hamba
abdi kulit hitam yang bekerja. Antara sebab perubahan ini adalah kerana peningkatan
kuasa perdagangan England dengan membiaya Sepanyol dan Belanda serta
menambahkan bilangan penyertaan orang Inggeris dalam perdagangan hamba abdi
Afrika. Bermula sekitar tahun 1680, peladang boleh membeli hamba abdi dengan mudah
dan murah berbanding sebelum itu. Kedua, pembekalan orang gaji kulit putih daripada

England mula berkurangan. Hal ini menyebabkan ramai orang kulit hitam dibawa masuk
ke Virginia. Ketiga, rusuhan, ketidakpuasan hati dan potensi orang gaji kulit putih
membuat pemberontakan dan pertambahan penduduk memaksa peladang mencari
pekerja yang lebih mudah dilentur.3 Selain itu, kebanyakan hamba berhutang datang
daripada golongan askar yang menganggur, malahan terdapat juga anak yatim,
banduan politik, anak luar nikah dan juga penjenayah yang melarikan diri daripada
hukuman gantung. Penanaman tembakau turut memaksa pengurus ladang Virginia
untuk mencari pembekal yang dipercayai boleh membekalkan hamba yang murah
kerana tembakau memerlukan penjagaan yang intensif. Akibatnya, sekitar tahun 1730,
bilangan hamba berhutang kulit putih susut dan menjadi tidak penting lagi. Pada tahun
1675, sebanyak 4000 orang hamba bertempiaran di Virginia, iaitu kebanyakannya lelaki
dan bekerja keras dengan tuan mereka dan sebilangan besar lagi adalah hamba
berhutang kulit putih yang membersihkan tanah, menanam, mencangkul dan menuai
tembakau. Hubungan seksual antara orang Afrika, peribumi Indian dan Eropah juga
telah memperkenalkan satu kumpulan yang besar dan melahirkan keturunan campur
yang dipanggil mulato.4 Selepas itu barulah orang kulit hitam adalah hamba dan tidak
mempunyai hak. Pada tahun 1700, bilangan hamba abdi Afrika telah melebihi bilangan
hamba berhutang. Terdapat 19 000 orang Afrika di Marylanf dan Virginia iaitu kira-kira
22% daripada populasi. Selepas tahun 1700, penanaman tembakau mula menggunakan
lebih ramai tenaga hamba abdi. Tetapi, untuk mengukuhkan perhambaan di Virginia
adalah tidak perlu menghambakan sesiapa sebaliknya mereka hanya perlu membeli
seseorang yang sememangnya hamba. Mereka juga dengan mudah mengubah hamba
dengan membeli orang gaji.5 Akhirnya, penjajah di Virginia memiliki 200 000 orang
hamba pada tahun 1775.
Orang Afrika pertama muncul di Chesapeake pada tahun 1619, namun begitu statusnya
tidak dapat dikenal pasti daripada taraf orang gaji kulit putih. Pada tahun 1640, orang
kulit hitam dan peribumi Indian telah diperlakukan seperti hamba dan anak-anaknya
turut mewarisi status mereka. Manakala, pada tahun 1660 pula undang-undang telah
menetapkan bahawa perhambaan adalah kekal.6 Perhambaan tumbuh dengan perlahan
berbanding beribu-ribu orang di Virginia dan Maryland pada tahun 1660. bagaimanapun
pada tahun 1680 populasi hamba telah bertambah menjadi 12 000 orang, dan pada
3

Out of Many: A History of the American People


Out of Many: A History of the American People
5
American SlaveryAmerican Freedom
6
The American People: Creating A Nation and A Society
4

tahun 1700, hamba telah meningkat dan menjadi dalam populasi Chesapeake dan
kebanyakannya dalam pekerjaan buruh. Sekitar tahun 1690, Royal African Companys
memonopoli perkapalan dan penjualan hamba telah mengembangkan pembekalan
hamba yang tiba di Chesapeake. Di samping itu, pada tahun 1705, kod undang-undang
mengesahkan kedudukan hamba dalam masyarakat dan mengukur taraf berdasarkan
bangsa.7 Hal ini membawa maksud bahawa perhambaan hanyalah untuk orang kulit
hitam dan peribumi Indian sahaja. Tambahan lagi, untuk menstabilkan masyarakat
Chesapeake dan meredakan kemarahan orang kulit putih yang miskin, peladang elit
mencipta sistem kasta berdasarkan ras. Sistem ini mentakrifkan orang bukan kulit putih
tidak layak untuk bebas dan menjadi rakyat biasa serta identiti eksklusif hanya diberikan
kepada orang kulit putih sahaja. Sistem perhambaan sementara(4-5 tahun) merupakan
satu amalan yang berasal dari England. Kebanyakannya datang ke Amerika Utara
secara sukarela dan terpaksa berhijrah. Misalnya, pesalah-pesalah sosial, tawanan
perang, yatim piatu, kutu jalan dan orang bangsat-miskin(paupers). Lain-lain merupakan
mangsa penipuan dan juga penculikan.
Di South Carolina pula, pada tahun 1720-an, apabila koloni telah bertambah menjadi
18 000 orang, hamba kulit hitam adalah melebihi orang kulit putih iaitu dengan kadar
nisbah 2:1. Hamba abdi menunjukkan kemahiran dalam pertanian di sebelah Atlantik
dan menjadikan padi sebagai sumber ekonomi pada awal abad ke-18. Bilangan hamba
seterusnya meningkat daripada 4000 orang pada tahun 1708 menjadi 90 000 orang
pada tahun 1760. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan perkembangan yang pesat
dalam amalan perhambaan di South Carolina. Kebanyakan mereka juga bekerja di
ladang yang besar di mana ia mempunyai tanah pamah yang berpaya. Pada tahun 1737
pula, seorang pemerhati Eropah telah mengatakan kelihatan seperti negara Negro
daripada negara yang diduduki oleh orang kulit putih.8 Anak-anak yang dilahirkan turut
diberi nama Afrika seperti Cudjoe, Cuffe, Quashey dan Phibbi. Di Carolina juga kelihatan
hamba berhutang tidaklah begitu penting sebagai sebahagian dalam buruh paksa.
Aktiviti mereka lebih kepada kemahiran perdagangan. Di Utara Carolina pula tidak wujud
buruh dan iklim juga tidak membenarkan aktiviti pertanian dijalankan.
Pedagang di New England pula kelihatan tidak sabar-sabar untuk menikmati
keuntungan daripada perdagangan hamba abdi seawall tahun 1640 apabila kapal
7
8

The Enduring Vision: A History of the American People


The American People: Creating A Nation and A Society

mereka membekalkan orang Barbados dan orang Afrika. Pada tahun 1676, para
pedagang New England memenuhkan petak di dalam kapal mereka dengan mengisi
hamba abdi daripada Madagascar dan membawa mereka sejauh 6000 batu merentasi
sebelah barat Atlantik. New England juga turut terlibat dalam perdagangan hamba abdi
antarabangsa.9
Imigran Eropah telah menemukan peluang untuk mengukuhkan kedudukan sebagai
petani bebas di koloni seperti Pennsylvania, jadi ia menyukarkan untuk tuan tanah di
selatan ini untuk mengrekrut atau mengerahkan mereka sebagai hamba berhutang.
Tambahan lagi, selepas pemberontakan Bacon dan lain-lain siri pemberontakan serta
konflik sosial yang berlaku sekitar tahun1670, kebanyakan ketua colonial mula risau
mengenai potensi pemberontakan dalam kalangan hamba berhutang.
Koloni Georgia yang diasaskan oleh James Oglethorpe merupakan koloni terakhir
Inggeris. Idealisme dan penyaranan mengenai keselamatan membuatkan Oglethorpe
mengharamkan secara rasmi perhambaan di Georgia. Oglethorpe berpendapat bahawa
perhambaan adalah memalukan orang kulit hitam dan membuatkan orang kulit putih
malas serta mendedahkan kepada risiko yang dahsyat. Hal ini bermaksud bahawa,
apabila hanya orang kulit hitam sahaja yang mengerjakan pertanian, ini membuatkan
orang kulit putih ini tidak melakukan pekerjaan dan menjadikan mereka malas. Justeru,
pendedahan kepada risiko yang dahsyat adalah, apabila orang kulit hitam terlalu ramai
masuk di sesebuah koloni, secara langsung ia akan mendedahkan berlakunya masalah
sosial seperti mencuri dan lain-lain.
Hal ini demikian kerana golongan hamba abdi yang masuk bukanlah hanya terdiri
daripada orang biasa, malahan terdapat juga banduan politik dan juga penjenayah.
Parlimen membuatkan Georgia satu-satunya koloni di mana perhambaan dihalang.
Namun begitu, selepas sedekad berusaha keras dalam memantapkan ekonomi Georgia,
akhirnya Oglethorpe menyerah kalah dengan dasar yang beliau tetapkan. Pada tahun
1750 perhambaan disahkan dan sekatan ke atas pemilikan tanah berakhir. Hasilnya,
ekonomi Georgia melambung.
Gula dan hamba bergerak seiring semenjak abad ke-14 apabila pedagang Itali mulamula mengimport tebu daripada Asia Barat dan mendirikan ladang tebu pertama di
9

Out of Many: A History of the American People

pulau Mediterrannean. Demi kepentingan gula, orang Eropah menjajah Afrika untuk
menyiksa golongan hamba. Salah satu produk yang diperkenalkan oleh Columbus
kepada Dunia Baru adalah tebu dan tidak lama kemudian ladang tebu beroperasi di
pulau Hispaniola.
Pada awalnya orang Sepanyol cuba menggunakan peribumi Indian sebagai buruh
paksa tetapi disebabkan oleh penyakit dan peperangan telah mengurangkan populasi
penjajah

dan

kemudiannya

kembali

menggunakan

hamba

abdi

Afrika

yang

sememangnya bekerja di Sepanyol. Pengenalan tehadap alat pengisar berkuasa kuda


sekitar tahun 1510 meningkatkan permintaan untuk tenaga buruh. Pada tahun 1518,
Sepanyol mengambil kesempatan terhadap golongan hamba abdi Portugis dengan
mengambil lesen untuk membawa hamba ke Amerika secara langsung dari Afrika. Hal
ini bermakna, Portugis telah dibantu oleh pembiaya Belanda, membina pusat
pengeluaran gula di timur laut Brazil yang menjadi contoh kepada kecekapan dan
kekejaman pengeksploitasian terhadap buruh Afrika. Pada tahun 1600, perhambaan
Afrika telah juga wujud di ladang Hispaniola dan Brazil.
Belanda telah menggunakan pengalaman mereka di Brazil dan menjadi tanggungjawab
dalam pertambahan golongan hamba di Amerika. Pada tahun 1630, mereka menyerang
Brazil dan mengawal keuntungan di koloni ini selama 20 tahun. Kemahiran dalam
kewangan dan perdangangan menyebabkan mereka mampu mengembangkan pasaran
gula Eropah. Barangan komoditi seperti tembakau, kopi, teh, gula telah dinamakan oleh
sejarawan sebagai proletarian hunger-killer.
Satu lagi dimensi yang berkait rapat dengan aktiviti perhambaan adalah Perdagangan
Tiga Segi atau Triangular Trade yang melibatkan Amerika, Eropah dan Afrika.
Perdagangan Tiga Segi ini merupakan laluan untuk mendapatkan bekalan hamba.
Laluan pertama membawa ikan, papan dan barangan lain daripada New England ke
West Indies. Manakala di West Indies pula mereka mengambil gula dan molasses di
mana ia merupakan sirap yang diperbuat daripada tebu. Ia digunakan untuk membuat
rum. Daripada para pedagang West Indies pula mereka membawa rum, senapang,
serbuk peluru dan peralatan ke Afrika Barat. Di sini, mereka memperdagangkan
barangan ini untuk mendapatkan hamba dan hamba-hamba di bawa ke West Indies di
mana ia merupakan tempat mereka dijual. Para pedagang mengaut keuntungan dan
membeli lebih banyak molasses. Mereka diperlakukan dengan begitu kejam sekali dan

sikap para pedagang juga begitu tamak yang mahukan keuntungan serta mahu
membawa hamba seramai yang mungkin.

KRONOLOGI KEWUDAN AMALAN HAMBA ABDI


1441 Hamba abdi Afrika pertama dibawa ke Portugal
1518 Sepanyol menganugerahkan lesen rasmi terhadap hamba abdi Portugis
1535 Banyak orang Afrika di Hispaniola
1619 Orang Afrika pertama dibawa ke Virginia
1655 Inggeris menyerang Jamaica
1662 Udang-undang Virginia mewujudkan warisan pengabdian
1691 Virginia melarang perhubungan seksual pelbagai bangsa
1698 Britain membuka perdagangan hamba kepada semua saudagarnya
1699 Sepanyol mengumumkan Florida sebagai tempat perlindungan hamba abdi yang
terlepas
1705 Virginia Slave Code didirikan
1712 Hamba abdi meningkat di New York
1752 Secara rasmi, Georgia dibuka kepada pengabdian
1770s Waktu kemuncak perdagangan hamba abdi di koloni-koloni Inggeris
1808 pembawaan masuk hamba abdi ke Amerika berakhir

KEPENTINGAN AMALAN HAMBA ABDI


Amalan hamba abdi pernah menjadi antara institusi yang penting bagi koloni Amerika
Syarikat sehinggakan hamba abdi dilayan dengan begitu kejam sekali semata-mata
hanya untuk mencari keuntungan antara Amerika Syarikat, Eropah dan Afrika.
Salah satu kepentingan amalan hamba abdi adalah daripada sudut ekonomi. Walaupun
pada awalnya koloni-koloni tidak berminat untuk mengimport atau membawa masuk
hamba abdi, namun mereka akhirnya terpaksa akur dengan desakan ekonomi di mana
mereka membawa masuk juga hamba abdi ke dalam koloni mereka. Hal ini kerana
tanah pertanian yang luas perlu dikerjakan dan memerlukan tenaga buruh yang ramai
untuk membuat pelbagai peringkat pekerjaan.
Contohnya, apabila berlaku perkembangan pesat di dalam perusahaan ekonomi
tembakau, beras dan bijirin sekitar tahun 1768 sehingga tahun 1772 di Virginia,
Chesapeake, Carolina Utara dan juga Georgia. Dengan berlakunya perkembangan
perusahaan ini, maka lebih banyak ladang dibuka menjadikan bilangan hamba abdi kian
meningkat.
Selain itu juga, antara faktor lain yang menjadikan hamba abdi ini penting adalah kerana
mereka mudah diperolehi tidak kiralah sama ada mereka diculik, ditawan, ditipu
mahupun atas kerelaan mereka sendiri. Hal ini ada kaitannya dengan Triangular Trade
atau Perdagangan Tiga Segi iaitu cara ataupun kaedah hamba abdi diperolehi.
Golongan hamba di bawa dengan dipenuhkan di dalam petak kapal dan belayar beriburibu batu jauhnya hanya untuk dijadikan sebagai hamba abdi orang kulit putih.
Tambahan lagi, golongan hamba abdi turut dieksploitasi oleh tuan-tuan mereka. Hal ini
kerana terdapat tuan-tuan tanah yang hanya membayar upah yang sedikit kepada
hamba abdi dan ada juga tuan tanah yang langsung tidak membayar upah mereka.
Antara lain kepentingan amalan hamba abdi adalah dari sudut sosial. Jika dilihat secara
mendalam, sebenarnya ini adalah salah satu merupakan usaha untuk menambah
bilangan penduduk koloni di Amerika Syarikat. Kebanyakan hamba abdi wanita dan
lelaki diimport berkahwin atau menjalinkan hubungan dengan majikan mereka iaitu
orang kulit putih.

Zuriat yang diperolehi hasil perkahwinan campuran ini dinamakan sebagai mulato.
Mereka juga membentuk struktur keluarga yang kuat walaupun tuan tanah tidak
membenarkan perkahwinan antara mereka kerana hamba abdi boleh dibeli, dijual,
dibunuh dan diperlakukan seperti apapun serta menunjukkan mereka langsung tidak
mempunyai hak
Sebagai contoh boleh dilihat apabila Louisa Picquet telah melahirkan tiga orang anak
hasil

hubungannya

dengan

James

William

iaitu

majikannya

sendiri.

Walaubagaimanapun, wanita kulit putih yang berkahwin dengan hamba abdi, secara
tidak langsung juga perlu membantu suaminya untuk bekerja. Kewujudan Slave Code
yang mensyaratkan bahawa hamba abdi yang berkahwin dan mempunyai anak secara
tidak langsung akan turut mewarisi status ibu bapanya sebagai hamba abdi. Justeru, hal
ini sangat menguntungkan tuan-tuan tanah kerana tidak perlu lagi membeli hamba abdi
dan secara langsung menjimatkan ekonomi mereka untuk mengembangkan lagi tanah
pertanian mereka.
KESIMPULAN
Dapat disimpulkan bahawa kewujudan amalan hamba abdi secara keseluruhannya telah
banyak membantu menggerakkan ekonomi di kolonial Amerika Syarikat sebelum tahun
1775. walaubagaimanapun, hamba abdi Afrika yang telah dibawa masuk ke kolonial
Amerika Syarikat terpaksa menyesuaikan diri dengan masyarakat koloni, membina
semula keluarga, memperbaiki bahasa dan mengasimilasikan kebudayaan mereka
dengan kebudayaan Amerika Syarikat sehingga telah mewujudkan masyarakat AfrikaAmerika. Akhirnya, pada tahun 1808 kepentingan hamba abdi di Amerika Syarikat
semakin berkurangan dan sedikit demi sedikit perhambaan ini telah dihapuskan.

Anda mungkin juga menyukai