Anda di halaman 1dari 10

Soalan: “Terjadinya difusi

budaya semasa zaman


Hoabinh di Kompleks Selat
Melaka”. Buktikan dengan
contoh-contoh yang sesuai.
Hoabinh
• Kebudayaan Hoabinh telah digunakan untuk merujuk kepada
kebudayaan yang pertama kalinya dikenalpasti dan dijumpai di kawasan
Hoa Binh di IndoChina.
• Ia merupakan satu corak kebudayaan yang dicirikan oleh alat batu pebel
yang unik dan tersebar luas di tanah besar Asia Tenggara dari Selatan
negeri China, Taiwan, Laos, Vietnam, Thailand, Burma, Semenanjung
Malaysia dan timur laut Sumatra
• Ciri-ciri yang dominan dalam kebudayaan Hoabinh ialah alat batu pebel
sebesar genggam tangan yang direpeh pada sebahagian atau
keseluruhan satu permukaan batu tersebut ataupun kedua-dua
permukaannya, dan mempunyai berbagai-bagai bentuk.
• Prof Ha Van Than telah menunjukkan bahawa kebudayaan Hoabinh di
Vietnam telah wujud lebih awal sekitar 17-18 ribu tahun silam
• Nama Hoabinh diambil sempena tempat galian di Teluk Tonkin terutamanya wilayah
Hoa-Binh di Vietnam Utara yang mula-mula sekali menunjukkan corak kebudayaan
ini.
• Menurut CF. Gorman dalam bukunya The Hoabinhian and after: Subsistance
Patterns in South East Asia during the latest Pleistocene and Early Recen Periode
(1971) mengatakan bahawa penemuan alat-alat batu paling banyak ditemukan
dalam penggalian di daerah Vietnam bahagian utara iaitu daerah Bacson,
pergunungan Hoabinh
• Madeleine Colani memanggilnya sebagai kebudayaan Bacson-Hoabinh.
• Di gua Xom Trai, Vietnam ditemukan alat-alat batu yang sudah diasah pada sisi yang
tajam.
• Masyarakat Hoabinh menjalankan aktiviti memburu dan memungut hasil hutan.
• Dalam kebudayaan Bacson-Hoabinh, telah ada tanda-tanda untuk meninggalkan
hidup untuk mengembara dan lebih suka menetap di suatu tempat untuk waktu
yang lebih lama.
3 tahap perkembangan Hoabinh
• Tahap 1- Alat batu besar yang direpeh secara kasar
• Tahap 2- alat batu teras (core tool) yang lebih kecil sedikit dan halus
buatannya dan juga mengandungi alat batu asahan (ground tool).
• Tahap 3- alat batu lebih kecil dan mempunyai kesan repehan semula
serta kurang alat batu asahan

• Tinggalan manusia Hoabinh ditemui dalam keadaan posisi lutut


dilentur ke dagu.
• Ekskavas yang dijalankan oleh Jabatan Muzium di Gua Cha, Kelantan
menunjukkan bahawa terdapat upacara ritual yang jelas di dalam
mengkebumikan mayat mereka di mana kepala mayat diletakkan di
atas ‘bantal’ batu, dan pada bahagian badannya ditutupi oleh
kepingan batu ataupun ‘tufa;
Ciri dan artifak Hoabinh
• Terdapat penyerpihan pada 1 sisi/ 2 sisi permukaan batu yang mempunyai
tepi yang tajam.
• Alat repeh
• Timbunan sisa makanan seperti cengkerang, ikan, tulang haiwan.
• Alat batu unifas
• Alat batu bifas
• Kapak tangan
• Alat Giling dan penumbuk
• Alat Tulang
• Pengebumian
Alat batu zaman Hoabinh
Alat Repehan Kecil
Penyebaran kebudayaan Hoabinh
• Di Indonesia, alat-alat batu dari kebudayaan Bacson-Hoabinh ditemukan di
daerah Sumatra, Jawa, Nusa Tenggara, Kalimantan, Sulawesi sampai ke
Papua.
• Di Sumatra, alat-alat dari batu yang sejenis dengan kebudayaan tersebut
ditemukan di Lhokseumawe dan Medan.
• Melalui pelbagai penemuan, peninggalan kebudayaan zaman batu di
Indonesia sangat banyak persamaannya dengan kebudayaan Bacson-
Hoabinh.
• Sebagai contoh adalah adanya kapak pebble dan persamaan kebudayaan
di bukit kerang (kjokkenmoddinger) di Sumatra.
Rujukan
• Abdul Rahman Haji Abdullah. 2000. Sejarah dan Tamadun Asia
Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
• Abdul Rahman Haji Abdullah. 1985. Asia Tenggara Tradisional: Politik
dan Kebudayaan. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn Bhd.
• D. G. E. Hall. 1979. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai