Anda di halaman 1dari 9

Analisakan Perubahan Sosial & Ekonomi Yang Berlaku Di Negara Indo-China

(Vietnam,Laos dan Kemboja) antara tahun 1900-1940.

1.0 Pengenalan

Istilah Asia Tenggara digunakan secara meluas semasa Perang Dunia Kedua.Negara-negara
yang terdapat di Asia Tenggara merangkumi Indonesia, Burma, Laos, Tanah Melayu,
Thailand, Filipina, Singapura, Brunei dan Kemboja.1 Perkataan ekonomi pula berasal
daripada gabungan kata Greek, iaitu iokos dan oikomia yang bermaksud segala tindakan
yang berkaitan dengan pengedaran atau pengeluaran barangan ekonomi. Menurut J.L.Hanson
dalam A Dictionary of Economics and Commerce, perkara yang berkaitan dengan ekonomi
adalah mempunyai hubungan dengan perdagangan, kewangan serta faktor-faktor pengeluaran
seperti tanah, buruh dan modal.2

Sebelum kedatangan Barat, sistem ekonomi sara diri merupakan amalan ekonomi utama yang
dijalankan di Asia Tenggara. Kehadiran kuasa-kuasa Barat khususnya British, Belanda,
Sepanyol dan Perancis membawa perubahan kepada ekonomi di negara-negara Asia
Tenggara.Ekonomi sara diri bermaksud kegiatan ekonomi yang dikendalikan bagi
mendapatkan bahan-bahan makanan dan hasil-hasil lain bagi memenuhi keperluan hidup
harian seperti bercucuk tanam, menangkap ikan dan lain-lain.

Selepas kedatangan Barat, sistem ekonomi komersial mula diperkenalkan di negara-


negara di Asia Tenggara. Kegiatan ekonomi bukan sahaja melibatkan aktiviti pertanian,
malahan membabitkan aktiviti-aktiviti lain seperti perdagangan, perusahaan, perlombongan
dan sebagainya. Hal ini bermakna, kegiatan ekonomi komersial bukan hanya untuk
memenuhi keperluan cukup hidup sahaja namun, ia diperlukan sebagai asas dalam pertukaran
dan penjualan barangan. Pengenalan ekonomi komersial oleh Barat menjadikan Barat
berkuasa ke atas ekonomi masyarakat tempatan. Mereka sewenang-wenangnya mengaut
segala kekayaan yang terdapat di Asia Tenggara. Motif utama mereka ialah untuk membawa
pulang hasil kekayaan di Asia Tenggara ke negara mereka. Mereka sangat memerlukan bahan
mentah seperti bijih timah untuk digunakan dalam perusahaan mereka di Barat. Oleh sebab

1Kobkua Suwannathat Pian. (2003). Asia Tenggara Hubungan Tradisional Serantau.


Selangor: Dawama Sdn. Bhd. hlm. 8.

2 Abdullah Zakaria Ghazali et al. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia
Timur 1800-1963. (Edisi Kedua). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm. 131-132.

1
itu, pelbagai dasar atau polisi yang diamalkan oleh Barat sepanjang mereka menjajah Asia
Tenggara. Faktor ekonomi menjadi faktor dominan yang menyebabkan kuasa Barat
berlumba-lumba untuk berkuasa di Asia Tenggara seperti Sepanyol di Filipina, Perancis di
Indochina, Belanda di Indonesia dan lain-lain.

2.0 Peranan Kuasa Barat Terhadap Perubahan dan Kesinambungan Sistem Ekonomi di
Asia Tenggara

2.6 Indochina (Vietnam,Kemboja, dan Laos)

Kemasukan Perancis ke Indochina telah mengubah sistem ekonomi di Vietnam, Kemboja,


dan Laos. Sistem ekonomi di negara-negara Indochina sebelum kedatangan Perancis adalah
bercorak sara diri. Selepas kedatangan Perancis sistem ekonomi di Indochina beralih kepada
ekonomi bersifat komersial.Vietnam dikuasai sepenuhnya Perancis pada tahun 1885.

Vietnam mula mengalami perubahan ekonominya apabila angkatan tentera laut


Perancis menguasai sebahagian Cochin-China dan Bandar Saigon antara tahun 1859 hingga
1886. Penguasaan ini banyak memberi kepentingan ekonomi kepada Perancis dari segi
bahan-bahan perdagangan seperti kapas, sutera, gula, beras dan kayu kayan. Hal ini demikian
kerana, kedudukan Vietnam yang berhampiran dengan pintu masuk China dan mudah untuk
mendapatkan bahan mentah dan mendapat pasaran yang baik bagi Perancis.3

Kepentingan-kepentingan Perancis telah meresap hampir kesemua sektor-sektor ekonomi


Vietnam. Antaranya ialahpertanian, perlombongan logam dan industri getah. Kesan daripada
pemerintahan Perancis ke atas ekonomi Vietnam tidak mengubah corak pertanian.
Contohnya, di Vietnam semasa pendudukan Perancis golongan petani masih merupakan 85
hingga 90 peratus daripada jumlah penduduknya. Di Tonkin dan Annam walaupun terdapat
perubahan dari segi ekonomi yang dibawa Perancis, penduduknya masih mengusahakan
tanah mereka sendiri. Di Chochinchina terdapat tanah berlebihan, projek-projek menebus
guna semula tanah yang besar-besaran dijalankan. Tanah-tanah ini ditumpukan kepada estet
yang besar yang dikhaskan untuk pengeluaran padi.

Walau bagaimanapun, nasib petani sangat menyedihkan di Tonkin, Annam dan


Chochinchina. Cukai yang tinggi merupakan faktor yang menyebabkan tuan-tuan punya
terpaksa menjual atau menggadaikan tanah mereka. Di samping, pinjaman wang dengan
3Abu Talib Ahmad. (1991). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Terengganu:
Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. hlm. 87.

2
kadar bunga yang tinggi menghasilkan satu sistem edaran perhutangan luar bandar.
Perubahan monopoli kerajaan ke atas pembelian dan pengagihan arak, candu dan garam
menyebabkan ramai penduduk kampung kehilangan pekerjaan sampingan mereka.4

Perancis telah memperkenalkan teknologi moden dalam pertanian dan perlombongan.


Pelbagai teknologi baru telah diperkenalkan dan digunapakai untuk memaksimumkan hasil
pengeluaran pertanian dan perlombongan. Hal ini membolehkan kerja-kerja ini dilakukan
dengan cekap dan lebih menguntungkan. Oleh itu, Perancis juga telah membawa masuk
buruh-buruh luar untuk berkerja di ladang atau lombong. Orang-orang Cina telah diambil
bekerja dalam bidang perusahaan getah dan perlombongan. Mereka telah menggunakan
kaedah tertentu dalam bidang perlombongan untuk mendapatkan hasil yang banyak.
Antaranya, mereka menggunakan pam chia-chia yang digerakkan oleh roda air. Malah, orang
Cina juga menggunakan perlombongan Hidraul dan kapal korek.5

Selain itu, Perancis berperanan untuk memajukan sistem pengangkutan dan perhubungan
jalanraya, jalan kereta api dan telegraf. Kemudahan jalan raya dan kereta api memudahkan
penghantaran bahan mentah dari ladang dan lombong untuk dibawa ke kilang. Ia juga dapat
memudahkan penghantaran ke pelabuhan untuk dieksport. Bagi memastikan rancangan
ekonomi di Indochina berjalan lancar, rangkaian jalan pengangkutan darat dibina pada 1881
di Cochin China dan Thonkin pada 1890. Namun, mulai 1895 pembinaan jalan kereta api
dibina bertujuan mengangkut hasil ke pelabuhan utama. Malah, perhubungan seperti telegraf
dan pos juga memudahkan urusan perdagangan antarabangsa dengan lebih pantas.6

Di Laos dan Kemboja, terdapat pelbagai faktor yang mendorong Perancis untuk
meluaskan kekuasaannya. Kemboja merupakan negara yang mengamalkan sistem pewarisan
takhta atau sistem monarki. Pada sekitar abad ke 19, Kemboja diperintah oleh Raja Norodom
iaitu anak kepada Ang Duong yang pernah menjalinkan hubungan yang baik dengan
Perancis. Kemboja dianggap batu loncatan oleh Perancis untuk menyekat pengaruh dan
ancaman British serta Siam ke atas penduduk Perancis di Vietnam. Perancis juga mengambil
kesempatan untuk mengeksploitasi hasil ekonomi Kemboja sebagai tanah jajahannya.
4G.M.Kahim. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Percetakan Adabi
Sdn. Bhd. hlm. 496-497.

5Abu Talib Ahmad. (1990). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. hlm. 88.

6Ibid. hlm. 87.

3
Antara faktor dan sebab Perancis mula memasuki Laos dan Kemboja ialah untuk mencari
jalan perdagangan baru. Perancis pada masa itu ingin mendapatkan Sungai Mekong untuk
dijadikan sebagai jalan perdagangan yang sesuai untuk menyambungkan Saigon dengan
Yunnan di China.7 Sungai Mekong membentuk sebahagian besar dari sempadan dengan
Thailand, rangkaian pergunungan dari Banjaran Annam membentuk sebahagian besar
sempadan di bahagian timur Laos dengan Vietnam. Laos terletak di tepi Sungai Mekong
(kecuali Xieng Khouang, Savavane dan Attopeu). Pada ketika itu, kebanyakan hasil bumi dan
aktiviti perikanan adalah tertumpu di Sungai Mekong.

Selepas kedatangan Perancis, pemodal-pemodal Perancis telah membuka lombong


bagi mengeksploitasi sumber ekonomi secara besar-besaran. Kemunculan sekumpulan ahli
parlimen Perancis yang dikenali sebagai kumpulan kolonial menyebabkan urusan pentadbiran
tanah jajahan mula dipindahkan kepada pihak awam. Sebelum kedatanganPerancis,
pemilikan tanah merupakan sesuatu yang asing kerana harta tanah merupakan milik bersama
dan mereka menjalankan aktiviti tersebut di atas tanah milik bersama. 8Tanah jajahan
contohnya di Kemboja diperolehi kerana kepentingan saudagar dan pengusaha. Ini kerana
para pengusaha Perancis telah bergiat mengeksploitasi sumber alam dan tenaga manusia
dengan pembukaan kawasan pertanian dan perlombongan. Pembinaaan terusan dan saliran air
oleh Perancis telah menyebabkan munculnya banyak petempatan baru yang melibatkan
pengusaha pertanian padi dan jagung khususnya di daerah Delta Mekong.9

Sebelum ini aktiviti perikanan di Sungai Mekong disewakan oleh raja kepada mereka
yang kaya terutamanya orang Cina yang kemudiannya menyewakannya kepada orang lain.
Sejak tahun 1884, pentadbiran Perancis mengenakan kawalan ke atas aktiviti pemajakan.
Sistem bayaran pendahuluan bagi kegunaan bersama telah diperkenalkan dan dalam tahun
1890 diadakan perkhidmatan perhutanan.10 Walau bagaimanapun, eksploitasi ekonomi oleh
7Stuart-Fox, Martin. (1997). A History of Laos. United Kingdom: The Press Syndicate Of
The University Of Cambridge. hlm. 116.

8 Abdullah Zakaria Ghazali et al. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia
Timur 1800-1963. hlm. 133.

9Wan Abdul Rahman Latif. (2001). Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 304.

10Devillers, Philippe. (1988). Sejarah Indo-China Moden, Perkembangan sosiopolitik


hingga abad ke-20. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 34.

4
Perancis tidak menyebabkan banyak gangguan terhadap kehidupan sosial dan ekonomi rakyat
Kemboja yang majoritinya adalah penanam padi. Sungai Mekong adalah kawasan sumber
makanan dan buruh yang mampu mengeluarkan bekalan makanan yang banyak seperti beras
yang menjadi eksport utama di Tanah Besar.

Perancis memperkenalkan sistem ekonomi yang jauh berlainan daripada yang diamalkan oleh
penduduk di Kemboja dan Laos. Mereka membawa satu konsep perekonomian yang baru
dalam pelbagai bidang sama ada perbankan, pertanian, kerahan tenaga, monopoli dan
sebagainya. Ekonomi komersial ini bermakna kegiatan ekonomi yang bukan hanya tertumpu
kepada keperluan hidup semata-mata tetapi sebagai asas dalam pertukaran atau perjualan
barangan.11 Kemboja dan Laos juga merupakan negara yang kaya dengan kapas, sutera, gula
dan juga hasil kayuan. Bagi merancakkan pembangunan ekonomi dan infrastuktur, buruh-
buruh dari China dan India dibawa masuk untuk membina jalan keretapi dan juga sekolah.

Perancis juga memperkenalkan cara saintifik dalam bidang pertanian. Langkah yang
diambil oleh Perancis adalah mengairi kawasan selatan dan barat sungai Bassac atau dikenali
sebagai Trans-Bassac untuk tujuan penanaman padi. Ekoran itu, berlaku perkembangan
ketara dalam perusahaan beras di Kemboja dan Laos di mana negara Indochina ini menjadi
pengeksport beras terbesar di dunia dengan menyediakan 40% dari jumlah bekalan beras
dunia. Hal ini juga dipengaruhi dengan faktor hilir yang mempunyai potensi sebagai kawasan
penanaman padi disebabkan faktor tanahnya yang sesuai dan bekalan air yang banyak.
Tambahan pula, tanaman padi berkembang disebabkan oleh pemerintahan Perancis yang
memberi galakan seperti jaminan keselamatan kepada petani, menyediakan pasaran luar
untuk hasil keluaran mereka, dan menetapkan syarat mudah bagi mendapatkan pinjaman.
Selain itu, terdapatnya kemudahan pengangkutan moden bagi mengangkut hasil pengeluaran.

Tanaman getah turut diperkenalkan bagi meningkatkan jumlah kewangan Perancis di


mana getah jenis Hervear Brasiliensis diperkenalkan oleh Raoul di Saigon. Pada 1897,
sebanyak 2000 anak benih pokok getah ditanam di Taman Botanical. Lada hitam juga
ditanam di Kemboja namun, atas galakan penurunan takrif import Perancis pada 1819
sehingga 1892 menyebabkan Perancis membuka pasaran ini di tempatnya kerana lada hitam
menjadi keperluan utama masyarakat Eropah. Terdapat beberapa lagi faktor lain yang
mempengaruhi sistem ekonomi kormersial dalam aspek pertanian kerana berlakunya

11Abdullah Zakaria Ghazali et al. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia
Timur 1800-1963. hlm. 141.

5
pertambahan permintaan di pasaran Eropah dan di Asia Tenggara, pertambahan penduduk,
pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 dan penggunaan jalan air untuk mengeksport
beras menggunakan kapal wap. Manakala aktiviti perdagangan berkembang semakin pesat
dengan adanya kuasa barat yang datang untuk berdagang dalam bentuk perdagangan
persendirian dan berkumpulan yang kemudiannya menjadi fenomena baru yang menjadi
punca ekonomi mayarakat di Kemboja.12Buruh-buruh bergaji juga muncul yang kemudiannya
diperlukan dalam jumlah kuantiti yang besar. Memandangkan terdapatnya tenaga buruh dan
bekalan makanan yang lebih murah di Kemboja terutamanya, maka kadar pertumbuhan
kawasan penanaman padi adalah lebih pesat dan meningkatkan kadar perdagangan yang
diperlukan.

Ekonomi tempatan dikuasai oleh pergabungan pelabur-pelabur persendirian Perancis


dan Bank of Indochina yang muncul menjadi pusat politik dan kewangan di seluruh
Indochina.13 Bank Indochina menjadi alat untuk menyalurkan modal daripada Perancis ke
tanah jajahan dan mengarahkan kepada pelaburan-pelaburan yang mendatangkan kadar
keuntungan yang tinggi. Kepentingan-kepentingan Perancis meresap ke semua sektor-sektor
ekonomi dan mempunyai kuasa mutlak ke atas perlombongan logam, industri getah, dan
perubatan.14 Maka jelaslah, ekonomi di Indochina mengalami perubahan daripada sistem
ekonomi yang bersifat sara diri kepada sistem ekonomi komersial.

3.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, kedatangan kuasa-kuasa Barat seperti Perancis, Sepanyol, British,


dan Belanda ke negara-negara di Asia Tenggara sedikit sebanyak telah mengubah sistem
ekonomi negara-negara yang terlibat. Perubahan yang dibawa kuasa penjajah ada sedikit
sebanyak membawa manfaat dan kebaikan kepada negara jajahan. Namun dalam masa yang
sama membawa kedatangannya membawa keburukan kepada negara yang dijajah. Hal ini
demikian kerana sebahagian daripada keuntungan tanah jajahan dikaut rakus oleh negara
Barat.
12Ibid. hlm. 145.

13G. M. Kahin. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. hlm. 498.

14Ibid.hlm. 498.

6
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan kuasa Barat ke Asia Tenggara telah
membawa implikasi negatif terhadap sistem ekonomi tradisi. Walau bagaimanapun,
kedatangan kuasa-kuasa barat memainkan peranan yang penting dalam memajukan negara-
negara di Asia Tenggara dari segi pembangunan sosial dan ekonomi terutamanya dalam
pengaliran modal yang banyak, perpindahan teknologi serta sistem perhubungan. Selepas era
penjajahan,negara-negara Asia Tenggara masih mengekalkan polisi yang menjadikan
pertanian sebagai kepentingan. Elemen komersilisasi yang sedia ada masih diteruskan dan
menjadikan sektor pertanian yang dijalankan secara besar-besaran. Sehingga ke hari ini Asia
Tenggara masih menjadi pengeluar hasil pertanian tropika dunia.

7
Bibliografi

Abu Talib Ahmad (2000). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Talib Ahmad (1991). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Terengganu:

Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn.Bhd.

Adas, Michael(1974). The Burma delta: economic development and social change on an
Asian rice frontier, 1852-1941. Madison: University of Wisconsin Pree.

Abdullah Zakaria Ghazali et al. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur

1800-1963. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Auwjong, Peng Koen & Sugiantoro, R. B (2005). Perang Eropa Jilid I. Jakarta: Penerbit

Buku Kompas.

Benda H.J(1972). The structure of Southeast Asian histoy: some preliminary observation.
New Haven: Yale University Souteast Asia Studies.

Harrison, Brian (1966). Asia Tenggara: satu sejarah ringkas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Koller, J.M.(2012).Asian philosophies. United State of America: Library of Congress


Cataloging.

Khin Yi (1988). The dobama movement in Burma (1930-38). Ithaca: Cornell University,
Southeast Asia Program Monograph.

Kobkua Suwannathat(2003).Asia Tenggara: hubungan tradisional serantau. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Moss, G.D. (2006). Vietnam an American ordeal. United States of America: Pearson

8
Prentice Hall.

N.Ganesan dan Ramses Amer (2010).Internasional relations in Southeast Asia: between


bilateralism and multilateralism. Singapura: Institute of Southeast Asian Studies.

Osborne, M. E. (1969). The French presence in Cochinchina and Cambodia. Thailand:

Cornell University.

Sardesai, D. R. (1994). Southeast Asia past & present. Los Angeles: University of California.

Zaide, Gregorio F. (1972). Sejarah politik dan kebudayaan Filipina. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai