Anda di halaman 1dari 23

1.

0 PENGENALAN
Penguasaan sesebuah kuasa besar ke atas wilayah atau negara lain sama ada dari segi politik,
ekonomi atau sosial dipanggil sebagai kolonialisme.1 Kolonialisme mempunyai hubung kait
dengan memperluaskan dasar imperialisme yang dijalankan oleh penjajah dengan tujuan untuk
meluaskan kuasa, pengaruh serta mendapatkan serta mendaptkan hasil bumi dari wilayah yang
dijajah. Biarpun Perancis telah dijajah oleh Vietnam namun Vietnam tetap meneruskan hubungan
baik dagangannya dengan China.
China digelar sebagai Tanah Besar kerana jika dilihat China mempunyai beberapa kawasan
besar. Dari kerangka masa sekarang Vietnam telah menjadi dua bahagian selepas tahun 1975 di
bawah pimpinan Khor Chih Min. Disebabkan oleh itu, China telah berusaha untuk membebaskan
Vietnam dari terus dijajah oleh China namun dalam usaha mereka untuk menangani masalah di
Vietnam, berlaku polemik dalam kalangan pembesarnya untuk mencari penyelesaian kepada
masalah mereka.
Menurut tradisi tempatan kerajaan awal Vietnam adalah Au Lac yang dibina di kawasan Lembah
Sungai Merah. Ia telah diasaskan oleh keturunan raja-raja Van Lang yang dikatakan wujud
beribu-ribu tahun sebelum kedatangan kuasa China. China kemudiannya melakukan pasifikasi
menyeluruh ke atas kawasan orang Vietnam sehingga ke utara kerajaan Lin Yin (kerajaan pra
champ). Nama sebenar Vietnam adalah Nam Viet. Pada perkiraan China, perkataan Viet Nam ini
membawa pengertian bahawa rakyat Viet Nam yang terletak di selatan China. Seperti yang
diperkatakan oleh Thomas Hodgkin bahawa, Viet referring particulary to the northen

1 Cheah Boon Kheng & Abu Talib Ahmad (1990). Kolonialisme di Malaysia dan
Negara-negara Lain. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd, hlm 180.
1

heartland; Nam to more recently colonized south. 2 Isu penggunaan nama baru untuk negara
Vietnam telah menjadi topik perbualan yang penting dalam hubungn China-Vietnam pada awal
tahun 1880-an.3
Kedatangan China adalah selepas kedatangan dan penjajahan Perancis ke atas China. Penjajahan
China ke atas Vietnam telah memberi kesan dalam masyarakat Vietnam sama ada dari segi
politik, sosial dan juga ekonomi.

2 Thomas Hodgkin, Vietnam: The Revolutionary Path, London: Macmillan, 1981,


hlm. 100.
3 Xu Wentang (ed.), Yuenan, Zhongguo, Taiwan guanxi de zhuanbian, (Changes of
Vietnams Relations with China and Taiwan), Taipei: Zhongyang yanjiuyuan
dongnanya quyu yanjiu jihua, 2001, hlm. 89
2

2.0 DEFINISI PASIFIKASI


Dalam hal ini, pasifikasi China dapat didefinisikan adalah merupakan pengaman atau usaha
untuk menjadikan sesuatu tempat seperti keadaan sebelum berakhirnya perang. China berperanan
untuk mententeramkan kawasan Vietnam dengan menjadikan Vietnam sebagai kawasan
pengaruhnya. Ini dapat dibuktikan apabila Perancis melalui Le Myre de Vilers, Gabenor di
Cochin China cuba menawan Hanoi. Lalu, Maharaja Tu Duc segera mengutus surat kepada
Maharaja Guangxu (1871-1908) untuk memohon bantuan China. Antara lain beliau mengaktakan
bahawa Vietnam telah berpayung di bawah naungan China untuk sekian lamanya. Oleh itu,
setiap inci tanah dan setiap rakyat di Vietnam adlah hak milik China. Lantaran itu, China
bertanggungjawab menjaga kedaulatan dan mempertahankan Vietnam sebagai negara
naungannya.
Maharaja Vietnam memohon kepada China agar tidak membiarkan bumi Vietnam daripada terus
dicerobohi oleh Perancis tanpa mengambil sebarang lungkah mempertahankan Vetnam. 4 utusan
surat untuk mendapatkan anungan ini bukanlah satu perkara baru, malah sejak tahun 1879 lagi
apabila Maharaja Tu Duc telah mengutus surat kepada Maharaja Guangxu. Dalam surat tersebut,
baginda memperakui bahawa Vietnam akan terus akur menjadi negeri naungan China dengan
mempersembahkan ufti tahunan dan ikrar ketaatsetiaan para pembesarnya terhadap China. 5 Hal

4 "Surat rasmi (ziwen 2z) Maharaja Vietnam kepada Maharaja Guangxu melalui
Gabenor Jeneral Liangguang, Zeng Guoquan", 22 Februari 1882, dlm. Qing Guangxu
Chao Zliongfa Jiaoshe Shiliao, Vol. 3, him. 37.
5 Long Yonghang, "Jindai Zhongyue Zongfan Guanxi Lunyi", Dongnanya Yanjiu,
(Southeast Asia Studies), No. 1-2, hlm. 82, 1987.
3

ini demikian kerana, Maharaja Tu Duc berpendapat bahawa kemakmuran China telah membawa
kesentosaan kepada Vietnam.
Terdapat dua proses pasifikasi yang dilakukan oleh kerajaan China terhadap Vietnam. Proses
pertama ialah menjalankan pasifikasi secara rasmi yang mencakupi urusan pentadbiran Vietnam
melalui kuasa pentadbiran awam dan tentera. Proses pasifikasi yang kedua adalah secara tidak
langsung melalui kegiatan perdagangan dan sosial. Sebagai contoh, cara pemakaian orang
Vietnam seperti orang China dan pemakaian mengikut cara China dianggap sopan.

2.1 Perkembangan Pasifikasi China Terhadap Vietnam


Vietnam pernah dijajah oleh China pada 111S.M-939M. Vietnam banyak dipengaruhi oleh
tamadun China dari segi politik, ekonomi dan sosial semasa dijajah oleh China. Namun
demikian, Vietnam masih Berjaya mengekalkan keasliannya dalam banyak aspek6. Selepas
pemerintahan China digulingkan oleh Ngo Quyen pada 939M, Vietnam dikenali sebagai Dai Co
Viet (Greater Viet) yang merdeka.7 Namun demikian, Vietnam mengalami keadaan yang
berpecah-belah dalam negeri. Sehingga pada tahun 1802, Vietnam disatukan oleh Maharaja Gia
Long dan diiberi nama sebagai Dai Nam.8 Keamanan yang dicapai oleh Vietnam ini tidak kekal
lama kerana seluruh Vietnam jatuh ke dalam tangan Perancis selepas wilayah Cochin China
6 Philippo Devillers, Sejarah Indo- China, Moden: Perkembangan Sosiopolitik hingga
abad ke-20, terjemahan Ruhanas Harun, Kuala Lumpu, Dewan Bahasa dan Pustaka,
1988, hlm 206.
7 SarDesai, Vietnam, hlm 2
8 Ibid, hlm 2-3.
4

dijadikan tanah jajahan pada tahun 1862, dan Annam serta Tonkin dicantum menjadi negeri
naungan Perancis melalui Perjanjian Patenotre padaa 6 Jun 1884.9
Dari segi sejarah, bangsa Vietnam merupakan satu bangsa yang tua dan kuat serta bangga
dengan sejarah mereka yang lama dan tinggi. Kekuatan bangsa ini dapat dilihat melalui
penentangan mereka sejak pemerintahan China di Vietnam 10 dan diteruskan semasa penjajahan
Perancis dan Jepun.
Semasa Perang Dunia Kedua, Vietnam diduduki oleh Jepun yang akhirnya berundur pada bulan
Ogos 1945. Pengunduran tentera Jepun ini telah menyebabkan wujudnya keadaan kekosongan di
negra tersebut. Keadaan sedemikian telah memberi peluang kepada Ho Chin Minh untuk cuba
mengukuhkan kedudukannya di Vietnam (Vietnam Utara) pada 2 september 1945.11
Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua pada 1945, wujudnya proses dekolonisasi di Asia
Tenggara. Persaingan penyebaran ideology antara Blok Komunis oleh Soviet Union dan Blok
Bukan Komunis (Kapitalis) yang dipimpin oleh Amerika Syarikat telah mencetuskan Perang
Dingin.12 Akibatnya, Vietnam yang terlibat secara tidak langsung dalam kancah Perang Dingin
telah menyebabkan ia menjadi medan persaingan kuasa antara dua kuasa besar ini.

9 Devillers, Sejarah Indo-China Moden,hlm 207-209


10 Ibid, hlm 207.
11 Jean Chesneaux, The Vietnamese Ntion: Contribution to a History, terjemahan
Malcolm Salmon, Sydney: Current Book Distrubutors Pty. Ltd., 1966,hlm 160.
12 Martin McCauley, The Origin of the Cold War 1941-1949, edisi kedua, New York:
Addison Wesley Longman Inc., 1995, hlm 99-109.
5

Pada bulan Mac 1946, Perancis kembali berkuasa di Indochina. Namun demikian, berlaku
pertempuran antara Perancis dan Viet Minh pada 20 November 1946 apabila tentera Perancis
menahan sebuah kappa yang membawa alat senjata di pelabuhan Haiphong. Dalam hal ini,
Vietnam Utara menuduh pihak Perancis telah melampaui batas kuasa mereka. Kegagalan Viet
Minh berundur dari pelabuhan Haiphong seperti mana yang diminta oleh Perancis telah
menyebabkan Perancis mula mengebom Haiphong pada 23 November 1946.
Pada Januari 1950 Vietnam Utara mendapat pengiktirafan diplomatik dari Republik Rakyat
China dan Soviet Union. Sementara Vietnam Selatan di bawah kerajaan Bao Dai diiktiraf oleh
Amerika Syarikat, Britain dan 33 buah negara yang lain pada tahuin 1950-1954. Kejayaan
General Vo Nguyen Giap mengalahkan tentera Perancis di Dien Bien Phu pada 7 Mei 1954
menamatkan pemerintahan Perancis di Vietnam. Justeru itu, Persidangan Geneva telah diadakan
pada 8 Mei 1954 untuk membincangkan masalah Indochina. Persidangan tersebut boleh
dikatakan lebih kepada persidangan kuasa-kuasa besar kerana keputusan penting yang
diumumkan kebanyakannya merupakan perjanjian yang telah dicapai dalam perbincangan
persendirian anatara Britan, Perancis, Soviet Union, Republik Rakyat China dan Vietnam
Utara.13

2.2 Pasifikasi China Secara Tidak Langsung: Penghijrahan Orang Cina.


Dalam melalui proses pasifikasi China terhadap Vietnam, berlakunya Penghijarahan orang Cina
ke selatan secara beramai-ramai. Penghijrahan tersebut dapat dibahagikan kepada empat

13 Bernard B. Fall, The Viet-Minh Regime: Government and Administration in the


Democratic Republic of Vietnam, Ithaca: Cornell University, 1982, hlm 25.
6

peringkat yang utama. Peringkat ini berlaku berlaku secara beransur-ansur dan bukan secara
drastik. Penghijrahan ini juga memberi kesan kepada masyarakat di selatan Vietnam dan juga
kepada masyarakat Cina itu sendiri. Penghijrahan orang Cina ini sebenarnya berlaku secara tidak
rasmi dan didorong oleh beberapa faktor.14
Penghijrahan orang Cina pada peringkat pertama bermula dari penaklukan yang dilakukan Nan
Yueh yang diketuai oleh Shah Huang-ti sekitar 225 SM hinggalah 205 SM. Pada waktu itu juga,
berlakunya perang saudara pada permulaan dinasti Han. Shah Huiang-ti ialah merupakan
pemerintah ataupun Maharaja yang pertama dalam Dinasti Chin. Beliau meninggalkan jejak dan
sejarah yang tidak mungkin dilupuskan di Negara China, hal ini membuktikan bertapa hebatnya
beliau sehinggakan mampu menakluk dan melakukan pasifikasi di Vietnam. Kesanya terhadap
Vietnam, buat pertama kalinya, Vietnam telah hilang kebebasannya melalui penaklukan yang
dilakukan pada zaman pemerintahan Maharaja Shah Huang-ti ini.
Pada peringkat kedua, penghijrahan orang Cina ke Vietnam berlak apabila tercetusnya
penyerangan secara besar-besaran dari utara ke atas China. Hal ini menyebabkan orang-orang
Cina telah lari berpindah ke Selatan. Perpindahan orang-orang cina ini mengambil tempoh
selama enam dinasti hinggalah dinasti Sui di China.
Manakala pada peringkat ketiga, berlakunya penghijrahan masyarakat Cina sewaktu berlakunya
pemberontakan oleh Huang Choa yang berlaku di selatan Pada tahun 879 M. Pemberontakan ini
dikatakan berpunca apabila Huang Chao telah dipecat di Canton, akibatnya, beliau
memberontak dan meletakkan nasib rakyatnya di hujung mata pedang. Kerajaan ketenteraan di

14 Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1991, hlm 80.

Canton pada masa itu yang diketuai oleh Li Tioa telah dipaksa oleh Huang Choa untuk
mengakui kekuasaan empayar Chos milik Huang Chao. Namun demikian, permintaanya telah
ditolak menyebabkan Li Tion dibunuh.

Pemberontakan yang dilakukan oleh beliau

menyebabkan banyak kerosakan yang berlaku di China dan ini telah menggambarkan
kekejaman yang dilakukan oleh Huang Chao yang gila akan kuasa. Kekejaman dan
pemberontakan Huang Chao berakhir apabila dia telah mati sekitar tahun 884 M. Semua
pemberontakan yang berlaku ini telah menyebabkan sekali lagi telah berlakunya perpindahan
beramai-ramai orang Cina ke Vietnam. Peristiwa ini berlaku ketika kerajaan China berada
dibawah pemerintahan Dinasti Tang.
Pada peringkat keempat, penghijrahan yang dilakukan oleh orang Cina berpunca daripada
penguasaan orang Mongul di China. Penguasaan orang Mongol ini merupakan perang terakhir
yang berlaku di China dan Penguasaan orang Mongul ini berlarutan selama 200 tahun.
Pemerintah yang memerintah China pada masa itu ialah pemerintahan Dinasti Yuan (12801367).15

2.3 Pasifikasi Secara Langsung China.


Pasifikasi secara langsung China terhadap Vietnam bermula apabila, China berusaha untuk
mencinakan Vietnam yang digelar mereka sebagai Nam Viet. Pencinaan ini dimulakan oleh
Gabenor Su Ting atau nama lainnya ialah To Dinh. Usaha yang dilakukan oleh Su Ting tidak
berakhir disitu kerana tugas ini kemudiannya diambil alih oleh Ma Yuen.

15Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm 144.
8

Pencinaan ini juga jelas dilakukan apabila berlakunya Aristokrasi yang berkembang sejak zaman
Dong-Son dihapuskan. Hal ini kemudian digantikan dengan kelas birokrasi baru Nam Viet yang
diSinisasi (dichinakan).Gabenor-gabenor pula menjawat jawatan-jawatan yang tinggi dalam
pentadbiran kemaharajaan China dengan mengekalkan asas atau ciri-ciri patriotisme Nam Viet
mereka. Namun, pada awal abad kelima belas, cina berusaha untuk membina semula hegemoni
kuno. Diterajui oleh Dinasti Ming yang diduduki Vietnam selama dua puluh tahun, akhirnya
setelah didorong oleh faktor persekitaran telah mewujudkan gerakan pembebasan kebangsaan
yang ditentukan oleh pemerintah itu sendiri.

3.0 KESAN PASIFIKASI CHINA TERHADAP VIETNAM


Pasifikasi China bermaksud China mententeramkan kerajaan-kerajaan di Vietnam dengan
menjadikan kawasan tersebut sebagai wilayah pengaruhnya. Kerajaan Cina di bawah para
pemerintahnya telah mewujudkan pentadbiran secara langsung dalam kerajaan-kerajaan di
Vietnam melalui perlantikan gabenor dan memperkenalkan sistem birokrasi, politik, ekonomi
dan sosial cina ke dalam kerajaan yang di takhlukinya.
Pasikafisi cina keatas kerajaan-kerajaan di Vietnam dilakukan secara rasmi dan tidak rasmi.
Melalui cara rasmi, kerajaan cina telah meletakkan gabenor ke dalam sistem pentadbiran
kerajaan Vietnam. Manakala, cara tidak rasmi pula merujuk kepada kegiatan perdagangan yang
dijalankan antara Vietnam dan kerajaan China.

3.1 Penghasilan Penulisan dan Percetakan

Penguasaan China telah membawa kepada penghasilan penulisan dan percetakan seperti
pembuatan kertas melalui pokok. Kerajaan cina yang telah lama mengalami kemajuan dalam
teknologi pembuatan kertas melalui pokok telah membawa kemajuan tersebut masuk ke dalam
kerajaan Vietnam. Penghasilan kertas telah membawa kepada teknologi percetakan. Dalam hal
ini, kerajaan cina telah mewujudkan sistem percetakan dalam kerajaan di Vietnam dengan
menggunakan tulisan China. Kemajuan China yang bermula pada awal abad pertama telah
menyebabkan cina merupakan kerajaan yang kuat dan mampu meluaskan jajahan takhluk
mereka.

3.2 Pertambahan Hasil Pertanian


Pasifikasi yang dilakukan oleh kerajaan China ke atas kerajaan Vietnam telah membawa kepada
peningkatan hasil pertanian di Vietnam. Hal ini kerana, penggunaan besi dalam pertanian lebih
memudahkan para petani untuk melakukan kerja-kerja pertanian. Vietnam yang terkenal dengan
kain sutera telah berjaya menghasilkan kain sutera yang lebih bermutu tinggi ekoran daripada
teknik penjagaan dan pemeliharaan yang diamalkan oleh para penternak ulat sutera di Vietnam.
Keberhasilan ini telah menaikkan semula industri sutera di Vietnam. Di samping itu, industri
tembikar di Vietnam terut meningkat dari segi kualiti dan kuantitinya. Hal ini kerana, kerajaan
China merupakan sebuah kerajaan yang maju dan pakar dalam membuat tembikar. Oleh itu,
mereka telah membawa kemajuan tersebut masuk ke dalam kerajaan di Vietnam. Kesannya,
industi pembuatan tembikar di Vietnam telah meningkatkan kualiti dan kuantitinya.

3.3 Teknik Binaan


10

Pasifikasi China turut mengubah teknik binaan yang ada di Vietnam. Kerajaan China yang telah
lama maju dalam bidang pembinaan yang bermula sejak abad Pertama Masehi telah membawa
kemajuan tersebut masuk ke dalam kerajaan-kerajaan di Vietnam. Pembawaan ini telah
memberikan impak yang sangat besar kepada kerajaan Vietnam kerana mereka boleh
meningkatkan hasil dan teknik binaan mereka. Dalam masa yang sama, kerajaan-kerajaan di
Vietnam boleh membina kubu pertahanan yang lebih kukuh dan selamat bagi memberi
perlindungan kepada negara mereka sendiri. Selain daripada teknik binaan, penggunaan wang
syiling dalam dalam sector ekonomi di Vietnam turut membawa kemajuan yang baru dalam
struktur ekonomi Vietnam. Jika didasari penggunaan tersebut, dapat dilihat bahawa kerajaan
Cina yang telah memperkenalkan penggunaan mata wang syiling kepada kerajaan-kerajaan di
Vietnam. Pengenalan tersebut telah membawa hasil yang sangat baik terhadap kedua-dua
kerajaan. Dari sudut pertama, pengenalan mata wang syiling telah mengangkat nama kerajaan
China sebagai pelopor penggunaan mata wang di Vietnam. Manakala, sudut lain pula
memandangkan kepada kemajuan kerajaan Vietnam dari aspek ekonomi mereka.

3.4 Peningkatan Penglibatan dengan Rantau Asia


Kesan yang sangat membina ekoran daripada kemasukan kerajaan China ke dalam kerajaan di
Vietnam ialah pasifikasi ini telah membolehkan Vietnam untuk terlibat sama dengan rantau Asia
yang lain. Pasifikasi China telah memyebabkan kerajaan-kerajaan Vietnam terlibat sama dalam
perdagangan di rantau asia mahupun rantau lain. Hasil bumi Vietnam seperti kain sutera,
tembikar dan hasil pertanian telah dapat dipasarkan ke kawasan lain hasil daripada aktivit
perdagangan. Pada masa itu, China merupakan sebuah kerajaan yang maju dari aspek

11

perdagangan. Secara tidak langsung, keadaan ini sekali gus telah memperkenalkan Vietnam
kepada para pedagang yang lain. Selain daripada itu, pasifikasi China turut melibatkan
pergerakan antara kedua-dua kerajaan tersebut. Perkembangan idea turut mula berkembang
apabila kedua-kedua kerajaan ini telah mula menjalin hubungan kerjasama. Sami daripada agama
Buddha dan Hindu mula menyebarkan ajaran dan falsafah mereka kepada masyarakat setempat.
Secara tidak langsung, keadaan ini membawa perubahan yang sangat ketara dari segi
perkembangan idea masyarakat di Vietnam.

3.5 Asimilasi Masyarakat China


Kemasukan orang-orang China ke dalam sistem politik di Vietnam telah mendorong kepada
wujudnya semangat juang yang tinggi dalam diri masyarakat di Vietnam. Ini kerana, orang-orang
cina yang terkenal dengan sifat berani telah memberikan dorongan kepada masyarakat Vietnam
untuk terus berjuang mempertahankan hak mereka. Asimilasi China telah berjaya melahirkan
beberapa pengasas dinasti Vietnam. Kelahiran para pengasas dinasti ini berikutan sifat juang
yang ada dalam diri mereka untuk berjuang mempertahankan hak dan milik mereka. Para
pengasas telah membentuk suatu dimensi baru sehingga mereka boleh mewujudkan dinastidinasti di Vietnam.

3.6 Pembentukan Kebudayaan

12

Kesan lain yang dapat dilihat ekoran daripada pasifikasi cina ialah adanya pembentukan
kebudayaan. Ianya berlaku di bahagian Utara Vietnam dan berlaku sekitar tahun 824 masihi.
Kebudayaan yang dimaksudkana adalah kebudayaan masyarakat Vietnam yang mula beradaptasi
dengan keadaan sekeliling mereka. Masyarakat Vietnam mula menunjukkan perkembangan yang
positif apabila mereka mula mengikuti arus pemodenan yang dilakukan oleh para pentadrin
kerajaan Vietnam. Kebudayaan Dai La yang merupakan gabungan pengaruh iaitu India, China
dan Dongson mula diamalkan oleh masyarakat di Utara Vietnam. Secara tidak langsung, ianya
telah mengubah struktur hidup masyarakat di Vietnam. Perkembangan bahasa juga turut berlaku
di dalam kerajaan Vietnam sebagai suatu yang boleh dianggap sebagai perkembangan
kebudayaan. Perkembangan bahasa Cina turut berlaku di Vietnam. Bahasa bahasa China klasik
dinasti Han telah menjadi bahasa rasmi semasa penjajahan Cina di Vietnam.
3.7 Pembayaran Ufti
Pasifikasi Cina keatas kerajaan-kerajaan di Vietnam telah menyebabkan Vietnam berada di
bawah jajahan takhluk kerajaan China. Secara tidak langsung, kerajaan Vietnam terpaksa
membayar ufti kepada kerajaan cina bagi mengiktiraf kekuasan cina ke dalam sistem
pemerintahan mereka. Pembayaran ufti kepada kerajaan cina juga bertujuan untuk mendapatkan
pengiktirafan cina ke atas kerajaan yang ditubuhkan. Hal ini kerana, kerajaan China merupakan
sebuah kerajaan yang mempunyai kuasa dan disegani oleh kerajaan-kerajaan lain di rantau asia.
Selain itu, pembayaran ufti kepada kerajaan cina turut membuktikan bahawa kerajaan-kerajaan
di Vietnam tunduk kepada kuasa dan ketuanan China. Apabila mereka mengakui ketuanan China,
maka mereka akan mendapat jaminan keselamatan andai kerajaan mereka diancam oleh kuasa
asing.

13

3.8 Monopoli Kerajaan China


Kerajaan Vietnam yang terpaksa tunduk terhadap kekuasaan Cina telah kehilangan hak dalam
pelbagai aspek terutama daripada aspek ekonomi, sosial dan politik. Dari segi ekonomi,
pembesar yang ditugaskan untuk memungut cukai terpaksa kehilangan sumber pendapatan
kerana gabenor dan pegawai Cina yang diserapkan ke dalam sistem pemerintahan Vietnam telah
mengambil alih kuasa memungut cukai. Para pegawai kerajaan Vietnam ini juga telah banyak
kehilangan kuasa akibat daripada kemasukan gabenor dan pegawai Cina. Dari aspek sosial,
kerajaan Vietnam terpaksa menanggung beban apabila mereka terpaksa kehilangan buruh binaan.
Ini kerana, penguasaan kerajaan cina keatas Vietnam telah memindahkan buruh-buruh binaan
dan buruh mahir ke China. Justeru, kerajaan Vietnam telah kehilangan tenaga kerja yang
mencukupi untuk menjalankan sebarang pembinaan di negara mereka sendiri.

4.0 KEBANGKITAN VIETNAM SEBAGAI KERAJAAN BEBAS


Kebangkitan Vietnam dapat dilihat selepas kejatuhan kerajaan di negeri China yang terbahagi
kepada

lima dinasti dan sepuluh kerajaan selepas kejatuhan Dinasti Tang. Kemerosotan

kerajaan di China adalah berpunca daripada persengketaan yang wujud pada tahun 950-an dan
960-an. Kemerosotan Dinasti Tang sebenarnya dapat dilihat sejak lewat 700M lagi berdasarkan
masalah kerajaan dinasti itu yang kurang berkesan dalam menguruskan negara. 16 Persengketaan
sekitar abad ke-10 itu dikenali sebagai zaman 12 pertuan besar (12 su-quan). Kesannya,
16 D.G.E Hall. (1979). Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia hlm 244

14

persengketaan itu telah menyebabkan penguasaan kerajaan China telah terpecah kepada 12
wilayah di bawah ketua masing-masing khususnya di kawasan-kawasan delta dan daerah-daerah
tengah. Namun, Vietnam telah pun melakukan ancaman atau tuntutan untuk membebaskan diri
daripada penguasaan negara China sejak tahun 939, melalui golongan para cendekiawan. 17
Keadaan ini turut didorong oleh pendapat ramai pengkaji sejarah yang menyatakan bahawa
Vietnam digunakan sebagai alat untuk pengumpulan ekonomi negara China melalui cukai yang
dibayar oleh Vietnam.18
Vietnam mula mengambil kesempatan ke atas kelemahan yang berlaku di negara China.
Vietnam disatukan kembali atas usaha Dinh Bo Linh yang juga dikenali sebagai Maharaja Dinh
Tien Hoang. Hal ini dapat dilihat pada beberapa perubahan yang dilakukan oleh baginda,
antaranya ialah baginda telah mewujudkan kerajaan pusat yang efektif dan diberi nama Dai Viet.
Ibu kota Vietnam terletak di Hoa Lu, iaitu dalam sebuah kawasan yang dikenali sebagai Ninh
Binh, tempat asal maharaja Dinh Bo Linh. Selepas maharaja Dinh Bo Linh memerintah Vietnam,
Vietnam telah diperintah oleh beberapa dinasti baru seperti Dinasti Ly (1010-1225M) Dinasti
Tran (1225-1400M) dan Dinasti Ho (1400-1407). 19 Namun, ketika Dinasti Tran memerintah
semula, Vietnam dikuasai semula oleh China ketika tahun 1407 hingga tahun 1428 manakala
dinasti terakhir yang memerintah Vietnam ialah Dinasti Le yang memerintah Vietnam daripada
tahun 1428 sehingga tahun 1788. Dinasti tersebut merupakan zaman peralihan Vietnam dan
17 D.G.E Hall. (1979). Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia 244

18 D.G.E Hall. (1979). Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia 244
19 D.G.E Hall. (1979). Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia hlm 246
15

dianggap sebagai zaman feudalisme awal. Ketika pemerintahan Dinasti Le, Vietnam pula
mengusai jirannya iaitu Champa pada tahun 1471.20
Dinasti Le merupakan dinasti yang agak ketara dalam membangunkan negara Vietnam. Antara
usaha yang dilakukan oleh pemerintah dalam Dinasti Le ialah menyelesaikan masalah-masalah
yang berkaitan dengan rakyat seperti pertanian. Rakyat Vietnam terkenal dengan amalan
perhambaan dalam kegiatan pertanian. Kemunculan Dinasti Le telah menyebabkan amalan
perhambaan domestik dihapuskan. Usaha lain yang dilakukan oleh pemerintah Dinasti Le ialah
menukarkan buruh qadam kepada petani-petani bebas, memecahkan estet-estet yang besar dan
yang terakhir ialah memperkuatkan birokrasi bagi menghadapi kuasa bangsawan dan hartawan.
Kaedah yang digunakan untuk mengatasi masalah birokrasi ialah memperketatkan syarat-syarat
kemasukan peperiksaan mandarin, menekankan lagi ideologi Kung-fu-tzu sehingga mengabaikan
agama Buddha.21 Agama Buddha tersebar ke Vietnam sekitar abad ke-3 hingga ke-6 M dan
mempunyai pengaruh yang kuat di istana. 22 Walau bagaimanapun, agama Buddha yang telah
lama menguasai hampir keseluruhan negara-negara Asia Tenggara hampir dilumpuhkan kesan
daripada amalan yang diamalkan oleh para pemerintah Dinasti Le.

5.0 KONSEP MAHARAJA DI VIETNAM

20 Ibid hlm 248


21 Ibid hlm 250
22 Ibid hlm 250
16

Abad keenam menunjukkan peringkat yang terpenting dalam politik yang memaparkan Vietnam
sedang berada dalam perubahan untuk berdikari. Sepanjang tempoh itu, Vietnam menjadi
semakin bebas daripada bentuk-bentuk politik dan budaya Cina tetapi masih

tetap

mempertahankan bentuk-bentuk politik dan budaya Cina Pemerintah Vietnam telah


menggunakan gelaran maharaja setelah menubuhkan kerajaan Vietnam bersatu. Raja berada di
puncak dan setiap raja bangsa Nguyen sentiasa menekankan kepentingan sistem politik model
China.23 Vietnam masih mengamalkan pemerintahan monarki yang mana pemerintahan tersebut
merupakan jelmaan monarki negara China. Sebagai contoh yang dapat dilihat daripada politik
dalam Dinasti Ly iaitu pada abad ke 11 hingga ke 13 yang ditubuhkan oleh Ly Cong Uan dan
seterusnya digantikan pemerintahan oleh anaknya, Ly Phat Ma dan diikuti oleh anak Lu Phat Ma
iaitu Lu Nhat Ton. Mereka inilah yang telah mengembangkan Vietnam atau Dai Viet sebagai
sebuah kerajaan yang kuat dari segi fizikal dan juga intelektual.24
Peranan raja mereka dalam pemerintahan diibaratkan sebagai punca ilmu. Selain itu ia juga
berperanan dalam menentukan kemakmuran ekonomi negara dan rakyat. Ia juga dipercayai
sebagai ayah kepada rakyatnya. Hal ini kerana manusia kebanyakan diberi keupayaan yang
berbeza jika dibandingkan dengan raja dan raja Vietnam memiliki kelebihan tersebut, iaitu
kelebihan sebagai anak tuhan.25 Kelebihan-kelebihan inilah yang menjadikan raja Vietnam ditaati
dan sumber kepada kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bahagi. Aspek-aspek lain dari
kebudayaan China turut diperkenalkan dan raja-raja Vietnam ini memperjuangkan untuk
23 Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm 38
24 Ibid hlm 38
25 Ibid hlm 38
17

membawa masuk ajaran konfusius untuk mengawal kerajaan dimana berlaku tradisi dan
pembaharuan pentadbiran Cina ke dalam kerajaan Vietnam.26 Empayar Le dan penguasa
tempatan turut menggunakan jenis pentadbiran Cina, pengaruh konfusius dalam pentadbiran dan
penggunaan aksara China dalam penulisan.27 Maharaja turut dikehendaki menjadi seorang
sarjana, seorang Confucius, seorang contoh yang baik dan juga seorang mahaguru. Teori politik
tradisional orang Vietnam tidak menumpukan perhatian dirinya dengan batas kuasa yang
dikenakan dari luar kerana seorang mahaguru dianggap boleh menggunakan kuasa dengan bijak.
Kualiti Martabat (uy tin) sangat penting bagi setiap pemerintah di Vietnam daripada maharaja
hinggalah kepada ketua kampung.28
Sepertimana di kerajaan-kerajaan lain di Asia Tenggara, Maharaja Vietnam turut tedapat
keselarian asas mengenai kepercayaan tentang hubungan antara dunia semulajadi dengan dunia
manusia. Kenyataan ini dapat dilihat kepada tumpuan utama raja-raja Nguyen awal iaitu
terhadap Bandar Hue yang berbentuk istana yang mencerminkan cita-cita wangsa Nguyen untuk
membawa bentuk dan imej Ibu Kota China ke Asia Tenggara yang menekankan hubungan raja
dengan masyarakat dan alam kayangan. Selain itu, penciptaan institusi-institusi kemanusiaan
adalah dicipta untuk menggambarkan ragam semulajadi. Maharaja turut merupakan asas kepada
kerajaan yang terdiri daripada institusi agraria atau pertanian yang mempunyai beberapa
beberapa sektor. Pada prinsipnya, raja merupakan pemilik kesemua tanah, tetapi para pembesar
sangat berpengaruh dalam pentadbiran desa dan perjalanan pentadbiran desa diserahkan kepada

26 Ibid hlm 38
27 Ibid hlm 39
28 Ibid hlm 40
18

Iy xuan untuk memungut cukai, mengerah tenaga buruh dan menjadi ketua agama. 29 Kunci
kepada susunan sosio-politik Vietnam ialah kepentingan keluarga lebih daripada sistem kerajaan
beraja. Kekeluargaan dibahagikan kepada tiga prinsip iaitu taat setia kepada pemerintah, ketaatan
seorang anak kepada bapanya dan ketaatan isteri kepada suaminya. Rumusnya di sini, ketaatan
kepada keluarga adalah lebih penting daripada taat setia kepada takhta.

6.0 BENTUK MASYARAKAT VIETNAM


mempunyai lima tingkat integratif. Bentuknya adalah sama seperti kerajaan-kerajaan pada abad
ke-10 iaitu menggnnakan sistem hieraki atau piramid yang meletakan strukrtur yang
berperingkat dalam pengasingan taraf seseorang. Struktur ini adalah untuk membezakan antara
hak individu atau hak negara. Pada ketika itu. Dalam struktur masyarakat di Vietnam dilihat
melalui peringkat yang di bawah sekali iatu hak individu. Hal ini bermaksud hak individu tidak
mempunyai hak taraf yang tinggi dan individu juga tidak mempunyai hak untuk memjaga
kepentingan diri pada ketika itu kerana haknya adalah milik golongan pemerintah.30
Tetapi, Kepentingan individu ini boleh diintergrasikan ke dalam sistem atau institusi keluarga.
Insitusi keluaraga adalah peringkat yang kedua daalm bentuk masyarakat di Vietnam. Dalam
institusi kelurga ini bermaksud kepentingan individu itu adalah milik ketua kelurga iaitu bapa.
Hal ini adalah kesan daripada pengaruh China keatas Vietnam yang menyebabkan bentuk
masyarakat di Vietnam sedikit sebanyak telah mempengaruhi sistem kekelurgaan. Kebanyakan

29 Ibid hlm 39
30 Ibid hlm 39
19

nama individu di Vietnam menyamai nama orang China iaitu menggunakan nama kelurga di
depan nama mereka.
Intitusi keluraga ini amat dititikberatkan oleh setiap individu dalam kalangan masyarakat di
Vietnam. Hal ini kerana, masyarakat Vietnam pada ketika itu amat mementingkan jurai
keturunan mereka. Hal ini bertujuan untuk mengekalkan nama nenek moyang mereka dalam
masyarakat. Sekiranya terdapat individu yang tidak mempunyai waris atau generasi maka
indivudi terbabit dikata sebagai menjatuhkan maruah dan telah memalukan nenek moyang
mereka kerana tiada keturunan untuk mengekalkan nama keluarga.
Dalam peringkat yang keempat pula berdasarkan jurai keturunan mereka, tetapi dalam hal ini
dilihat daripada jurai keturunan dalam sesebuah kampung. Nama atau jurai keterunan mereka
akan dikumpul dan senaraikan di dalam sesebuah kampung atau kawasan yang mereka tinggal
untuk menunjukan tentang kehebatan sesebuah keturunan yang mendiamai kampung
berkenanan. Hal ini telah menunjukan tentang kewujudan nama keturunan seperti dinasti Ly,
dinasti Le, dinasti hao dan banyak lagi dinasti yang terdapat di Vietnam. Sekiranya jurai
keterunan mereka besar maka keluarga tersebut akan dipandang tinggi oleh masyarakat.31
Seterusnya. Bentuk masyarakat diteruskan pada peringkat yang kelima iaitu dari segi
pembentukan msayarakat dalam peringkat kampung. Hal ini dilihat bahawa kampung-kampung
akan disatukan dan dihubungkam diantara satu kampung kepada kampung yang lain dan
membentuk satu kawasan negeri yang menunjukan terhasilnya satu kawasan yang diperintah
oleh institusi kerajaan negeri.32
31 Ibid hlm 39
32 Ibid hlm 55
20

Dalam bentuk masyarakat di Vietnam, masyarakatnya mengamalkan sistem keagamaaan yang


memainkan peranan penting dalam menyatupadukan unsur-unsur kepercayaan untuk menjadikan
sebuah masyarakt yang harmonis. Masyrakat di Vietnam mengamalkan ajaran Buddha iaitu
mengikut mazhab Buddha Mahayana. Mazhab ini dikatakan sebagai ajaran Buddha yang lebih
longgar berbanding dari mazhab Buddha Theravada yang dianuti di Thailand, Kemboja dan
Burma.
Dalam konsep Buddha Mahayana ini telah memberi interpretasi-intepretasi yang lebih luas dan
lebih electic. Buddha Mahayana ini telah memperngaruhi seluruh masyarakat di Vietnam dari
segi politik, sosial dan juga bentuk masyarakat di Vietnam sehinggakan pemikiran meraka telah
menerima fahaman bahawa bukan sahaja Siddharta Gautama Buddha sebagai pengasas agama
Buddha ini. Fahaman ini berbeza daripada ajaran Buddha Theravada yang menunjukan
kepercayaan penuh terhadap Siddharta Gautama Buddha sebagai tuhan dan pengasas agama
Buddha yang sebenar-benarnya. Pengaruh agama ini adalah disebabkan kedatangan orang China
yang berjaya memberi kesan yang mendalam terhadap` perkembangan ajaran Buddha di
Vietnam.33

7.0 KESIMPULAN

33 Ibid hlm 55
21

Hubungan China-Vietnam pada sepanjang era pemerintahan Maharaja Gia Long dan Maharaja
Minh Mang di Vietnam adalah hubungan yang terikat dan berdasarkan kepada hubungan
tributari. Bagi pihak China, model sistem tributarinya adalah berpegang kepada andaian bahawa
mereka adalah penguasa dunia tempat pusat peradaban dan tamadun dunia. Manakala bagi
Vietnam, salah sebuah negeri-naungan Chinaperlu mematuhi tatatara dan protokol sistem
tributari seperti mempersembahkan barangan ufti mengikut jadual kepada China serta mendapat
perkenan dari Maharaja China yang diangkat status menjadi anak syurga. Pengaruh China ke atas
Vietnam jelas memperlihatkan tentang kepelbagaian unsur yang telah diserap ke dalam jiwa
masyarakat Vietnam pada ketika itu. Kedatangan China ke Vietnam ini telah mempengaruhi
keseluruhan struktur dari segi pentadbiran politik, ekonomi, sosial dan juga keagamaan. Hal ini
telah menjadikan Vietnam di bawah pengaruh China. Kedudukan orang China berakhir sehingga
awal abad ke-16 kerana pada abad itu telah datang kuasa Eropah yang ketika itu sedang bersaing
mencari tanah jajahan dan meuaskan pengaruhnya.

8.0BIBLIOGRAFI
22

Abu Talib Ahmad. (1991) Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Bernard B. Fall, The Viet-Minh Regime: Government and Administration in the
Democratic Republic of Vietnam, Ithaca: Cornell University, 1982,
Cheah Boon Kheng & Abu Talib Ahmad (1990). Kolonialisme di Malaysia dan
Negara-negara Lain. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd
D.G.E Hall. (1979). Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia
Philippo Devillers, Sejarah Indo- China, Moden: Perkembangan Sosiopolitik
hingga abad ke-20, terjemahan Ruhanas Harun, Kuala Lumpu, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1988

23

Anda mungkin juga menyukai