Anda di halaman 1dari 6

AJ20603 SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA KOLONIALIMSE/IMPERIALISME

KAJIAN KES SOALAN 2 (EMILIO AGUINALDO)

MOHD NAZMI BIN MATRUDIN

BA18110371

Emilio Aguinaldo dilahirkan pada 22 Mac 1869 di Cavite El Viejo kini dikenali sebagai Kawit di
daerah Cavite, Filipina. Aguinaldo diberi nama samaran Miong, Ayahnya ialah Carlos
Aguinaldo meninggal Ketika Aguinaldo berusia Sembilan tahun dan ibunya ialah Trinidad
Famy. Aguinaldo merupakan anak ketujuh dalam sebuah keluarga Mestizo-Cina yang terdiri
daripada lapan adik-beradik. Ayahnya adalah gobernadorcillo (ketua bandar) dan sebagai
kaum minoriti, mereka menikmati kehidupan yang agak kaya dan berkuasa. Dia mendapat
pendidikan di San Juan de Letrán College di Manila tetapi terpaksa berhenti sekolah lebih
awal untuk membantu ibunya menguruskan ladang keluarga. Pada tahun 1894, Andres
Bonifacio sendiri memasukkan Aguinaldo ke dalam Katipunan, sebuah organisasi anti-
kolonial rahsia. Katipunan menyeru pemindahan Sepanyol dari Filipina dengan angkatan
bersenjata jika perlu. Pada 1 Januari 1895, Aguinaldo melakukan pertunjukan pertama
dalam politik dengan pelantikan sebagai kota besar Cavite. Seperti rakan pemimpin anti-
kolonial Andres Bonifacio, dia juga bergabung dengan kaum Mason. Pada tahun 1896
setelah Sepanyol mengeksekusi Jose Rizal, suara kemerdekaan Filipina, Katipunan
memulakan revolusi mereka. Sementara itu, Aguinaldo mengahwini isteri pertamanya,
Hilaria del Rosario, yang cenderung mencederakan tentera melalui organisasi Hijas de la
Revolucion (Daughter of the Revolution).

Pada bulan Disember 1897, dia menandatangani perjanjian yang disebut Pakta Biac-
na-Bató dengan gabenor jeneral Sepanyol. Aguinaldo bersetuju untuk meninggalkan Filipina
dan terus berada dalam pengasingan dengan syarat mendapat ganjaran kewangan yang
besar dari Sepanyol ditambah dengan janji reformasi liberal. Aguinaldo kembali ke Filipina
pada 19 Mei 1898, dan mengumumkan pembaharuan perjuangan dengan Sepanyol. Pada
tahun 1898, dia mencapai kemerdekaan Filipina dari Sepanyol dan terpilih sebagai presiden
pertama republik baru di bawah Kongres Malolos. Dia juga memimpin Perang Filipina-
Amerika terhadap penentangan Amerika Syarikat terhadap kemerdekaan Filipina. Aguinaldo
meninggal dunia akibat serangan jantung pada 6 Februari 1964, di Kota Quezon, Filipina.
Kajian kes ini adalah bertujuan untuk mengingati Emilio Aguinaldo menerusi sumbangan
beliau kepada Filipina. Tambahan pula, kita boleh lihat bagaimana Aguinaldo membuat
persekutuan Filipina dengan Amerika Syarikat untuk menumpaskan Sepanyol dan juga
penentangan Filipina terhadap Amerika Syarikat. Emilio Aguinaldo merupakan Presiden
Republik pertama di Filipina yang berjaya menuntut kemerdekaan di Filipina.

Emilio Aguinaldo pada awalnya bersekutu Amerika Syarikat kerana mereka


mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menentang Sepanyol. Semasa Emilio Aguinaldo
merancang untuk meneruskan perjuangan menentang Sepanyol di Filipina, wujud
perselisihan antara pihak Sepanyol dan pihak Amerika. Apabila Aguinaldo mengetahui
tentang hal tersebut, dia pun kembali ke Filipina daripada Hong Kong untuk meneruskan
penentangan terhadap penjajah Sepanyol. Aguinaldo telah membuat pakatan untuk
bekerjasama dengan pihak Amerika dengan harapan Amerika akan memberi bantuan dalam
perjuangan menuntut kemerdekaan bagi orang Filipina. Permusuhan yang berlaku antara
pihak Amerika dan Sepanyol telah mendorong pembentukan pakatan di antara Aguinaldo
dan Amerika Syarikat. Pada akhir tahun 1897, Emilio Aguinaldo telah bertindak menghantar
wakil untuk berunding dengan konsul Amerika iaitu Rounseville Wildman yang ketika itu
berada di Hong Kong. Perundingan ini adalah untuk bertujuan membentuk sebuah pakatan
di antara Filipina dan juga Amerika untuk menentang penjajahan Sepanyol di Filipina.
Sebelum peperangan, Aguinaldo dan pengikutnya telah berunding dengan Dewei pada April
1898 dan dia juga bertemu dengan Spencer Pratt iaitu seorang Konsul Amerika yang
berkhidmat di Singapura. Pada 19 Mei 1898, Aguinaldo bersama 17 orang Filipina tiba di
Teluk Manila dengan menaiki kapal Mulloch milik Amerika. Aguinaldo bersetuju dengan
semua keputusan yang dibuat hasil perbincangan dengan Dewey kerana Aguinaldo yakin
bahawa Dewey dan Pratt menjanjikan kemerdekaan kepada Filipna. Namun, tiada perjanjian
bertulis yang menjadi bukti bahawa Dewey akan berjanji memberi kemerdekaan kepada
Filipina. Malah Aguinaldo juga diberitahu tentang jaminan oleh pihak Amerika bahawa
mereka tidak memerlukan sebuah koloni baru dan Amerika juga akan mengakui
kemerdekaan Filipina.

Walau bagaimanapun, pemimpin-pemimpin Filipina di Hong Kong berpendapat


bahawa persepakatan yang dibentuk di antara Aguinaldo dan Amerika mengundang risiko
terhadap Filipina. Hong Kong Junta iaitu Jawatankuasa pemimping-pemimpin Filipina di
Hong Kong menentang pakatan ini dan mereka menganggap bahawa Amerika Syarikat
adalah bakal penindas baharu di Filipina. Namun, Aguinaldo tetap dengan pendiriannya yang
menganggap bahawa Amerika Syarikat adalah sebagai pelindung tanpa berkepentingan.
Tindakan Aguinaldo ini juga dikritik oleh Mabini kerana Aguinaldo bersetuju berpakat
bersama Amerika dengan hanya mempercayai janji mulut Amerika yang tidak begitu jelas
tanpa sebuah perjanjian yang bertulis. Tujuan Aguinaldo menerima pakatan bersama
dengan Amerika ialah beliau bercita-cita tinggi untuk menjadi presiden dan bimbang
sekiranya peluang tersebut akan diambil alih oleh orang lain. Walaupun tiada pernjanjian
yang sah daripada kerajaan Amerika, Aguinaldo tetap bersetuju untuk bekerjasama dengan
Dewey untuk mengiktiraf kemerdekaan Filipina. Aguinaldo juga telah berbincang dengan
Pratt dan dia juga yakin dan tidak ragu-ragu bahawa pakatan bersama Amerika adalah
untuk mengusir Sepanyol dari bumi Filipina atas dasar kemanusiaan kerana pada masa itu
Amerika berjaya membebaskan Cuba daripada dominasi Sepanyol. Aguinaldo kembali
dengan harapan untuk menjadi Presiden Filipina tetapi pihak Amerika telah memperalatkan
Aguinaldo untuk memenuhi cita-cita mereka iaitu untuk menakluki Filipina. Oleh itu,
tindakan dan niat Aguinaldo untuk membebaskan Filipina daripada cengkaman Sepanyol
dibalas dengan penipuan dan muslihat oleh pihak Amerika Syarikat.

Konflik di antara Amerika dan Sepanyol mempunyai permulaan yang kompleks.


Menjelang tahun 1890-an, Cuba tidak berjaya menewaskan Sepanyol untuk menuntut
kemerdekaan. Pada tahun 1895, revolusi Cuba dibawah pimpinan José Marti telah
menjalankan ekspedisi ke pulau itu kerana mereka berusaha merebut kekuasaan dari
Sepanyol. Kerajaan Amerika Syarikat berminat dengan Cuba dan berusaha untuk
mendapatkan Cuba dalam menstabilkan ekonomi mereka. Satu perjanjian telah
dibentangkan di antara Amerika Syarikat dan Sepanyol iaitu Cuba menjadi pemerintahan
sendiri pada 1 Januari 1898. Selepas rusuhan Januari di Havana, Presiden William McKinley
menghantar USS Maine ke Havana untuk melindungi warganegara dan kepentingan Amerika
Syarikat. Pada 15 Februari, satu letupan telah menenggelamkan Maine iaitu kapal Amerika
dan membunuh 266 orang di dalamnya. Pada 19 April, Kongres telah meluluskan penetapan
sumber utama di bawah panduan Teller Amendteacher, yang mengatakan bahawa Amerika
Syarikat tidak akan mewujudkan kawalan tetap ke atas Cuba. Amerika Syarikat juga telah
mengisytiharkan perang ke atas Sepanyol pada 25 April.

Aguinaldo mengarahkan orang Filipina agar menyokong dan bekerjasama dengan


pihak Amerika untuk menentang Sepanyol. Peperangan ini berlangsung pada 1 Mei apabila
Sepanyol enggan untuk menyerah kalah. Penduduk dari Wilayah Laguna, Batangas,
Bulacan, Nueva Ecija, Bataan, Tayabas dan Camarinas memberi sokongan penuh kepada
pihak Amerika dalam menentang Sepanyol. Hal ini demikian menyebabkan Gabenor Jeneral
Basilo Agustine cuba untuk memaksa orang Filipina agar memberi sokongan kepada pihak
Sepanyol dengan menawarkan kerajaan autonomi dan jawatan Ketua Turus Tentera dengan
gaji sebanyak P5,000 kepada Aguinaldo sekiranya beliau mengisytiharkan kesetiaan kepada
Sepanyol dan menentang Amerika. Namun, tindakan Agustine tidak berjaya kerana
Aguinaldo tidak mahu terpengaruh dengan strategi Sepanyol dan menolak sekeras-kerasnya
usaha Sepanyol untuk mengubah pendiriannya.

Perang Amerika-Sepanyol ini berakhir di mana Dewey mewakili Amerika Syarikat


menjalinkan hubungan damai Gabenor Jeneral Agustine yang dikepung di Manila. Hasil
daripada perdamaian ini telah memberi tamparan hebat kepada Aguinaldo kerana Amerika
Syarikat telah berpakat dengan Sepanyol untuk menjatuhkan semangat dan usaha
penduduk Filipina dalam menentang Sepanyol. Gabenor Agustine mencadangkan kepada
Dewey untuk mengadakan peperangan palsu di mana pada pengakhiran peperangan ini
pihak Sepanyol akan menyerah diri. Perang palsu ini hanya melibatkan pihak Sepanyol dan
pihak Amerika Syarikat sahaja dan tanpa pengetahuan Aguinaldo dan orang Filipina.
Perjanjian Paris yang ditandatangani pada 10 Disember menandakan bahawa berakhirlah di
antara Amerika dan Sepanyol, Sepanyol menyerahkan Guam, Puerto Rico, miliknya di Hindia
Barat, dan Filipina sebagai pertukaran Amerika Syarikat membayar 20 juta dollar kepada
Sepanyol.

Kesan daripada Perang Amerika-Sepanyol, sebuah kerajaan diktator telah ditubuhkan


di bawah kepimpinan Emilio Aguinaldo. Sebenarnya, penubuhan kerajaan diktaktor ini
merupakan tipu muslihat pihak Amerika Syarikat untuk menghalang Aguinaldo untuk
menubuhkan sebuah kerajaan Republik di Filipina. Konsul Wildman merupakan dalang
disebalik penubuhan kerajaan diktaktor ini dimana dia menasihati Aguinaldo bahawa
kerajaan diktaktor ini juga merupakan nukleas kepada pembentukan sebah kerajaan
Republik yang sama seperti di Amerika Syarikat. Penasihat Aguinaldo iaitu Ambrosio
Rianzares Bautista iaitu seorang peguam di Manila juga menasihati Aguinaldo agar
melupakan idea mengorganisasi kerajaan berperlembagaan dan mengarahkannya untuk
menubuhkan rejim diktaktor. Oleh disebabkan keadaan kritikal di Filipina akibat
peperangan, Filipina memerlukan sebuah kerajaan yang kuat dalam bidang kuasa eksekutif
dan hal ini menyebabkan Aguinaldo mengenepikan draf Mariano Ponce dan menerima
cadangan Ambrosio Rianzares Bautista untuk membentuk Kerajaan Diktaktor. Pada 24 Mei
1898, Aguinaldo mengumumkan niatnya untuk menubuhkan kerajaan diktaktor kerana
terpaksa dan meneruskan revolusi memandangkan masih banyak wilayah-wilayah di Filipina
berada di bawah pengaruh pihak Sepanyol. Oleh itu, Aguinaldo melantik Apolinario Mabini
sebagai penasihat peribadinya untuk mencapai hasrat pembentukan Republik Filipina.

Selain itu, pembentukan kerajaan tempatan juga dilaksanakan oleh Apolinario Mabini
kerana ia dianggap sesuatu yang perlu dilaksanakan segera supaya setiap peublo yang
dibebaskan oleh pemberontak daripada kawalan kerajaan Sepanyol diletakkan dalam suatu
bentuk kerajaan di bawah kawalan orang Filipina. Mabini telah memainkan peranan penting
dalam pembentukan dikri pada 18 Jun 1898 iaitu berkaitan dengan penyusunan kerajaan
tempatan kerana idea tersebut tiada berkaitan dengan rancangan Amerika Syarikat. Setiap
wilayah dianggap sebagai pengundi dan mereka juga diterapkan konsep kewarganegaraan
iaitu mempunyai hak untuk memilih pemimpin mereka. Tambahan pula, Setiap bandar akan
memilih seorang ketua dan termasuk tiga perwakilan. Ketua Barrio iaitu ketua yang berada
di daerah di luar bandar membentuk popular assembly dimana ianya adalah untuk menyelia
pelaksanaan undang-undang dan mematuhi keperluan setiap bandar. Tindakan ini akan
membentuk kerajaan perbandaran dan ianya merupakan kehendak Mabini untuk
meletakkan kesemua pemimpin di bawah satu tampuk kerajaan pusat. Oleh hal yang
demikian, semua perwakilan dari setiap perbandaran menyokong penuh kemerdekaan
Filipina dan menerima Aguinaldo sebagai presiden Kerajaan Revolusioner.

Kesan peperangan di antara Amerika dengan Sepanyol yang seterusnya telah


menyebabkan pengisytiharan kemerdekaan di Filipina. Setelah berjaya membentuk kerajaan
tempatan, Emilio Aguinaldo mengambil langkah mengumumkan kemerdekaan untuk terus
mendapatkan sokongan daripada rakyat. Pada 12 Jun 1898, Aguinaldo mengisytiharkan
kemerdekaan Filipina dihadapan penyokongnya dan disertai dengan kibaran bendera
kebangsaaan Filipina buat kali pertama. Pengisytiharan kemerdekaan ini juga disertai
dengan iringan muzik Perbarisan Kebangsaan Filipina dan bendera Filipina dinaikkan dengan
penuh semangat patriotik. Tambahan pula, Deklarasi Kemerdekaan telah disediakan dan
ditandatangani oleh 98 orang termasuk pegawai tentera Amerika yang menjadi saksi itu L.
M. Johnson. Walau bagaimanapun, pengisytiharan kemerdekaan Filipina hanya diumumkan
pada 1 Ogos 1898 disusun dibawah peraturan kerajaan diktaktor.

Di samping itu, kesan peperangan di antara Amerika dan Sepanyol juga telah
mengubah keadaan yang signifikan di Filipina. Kerajaan Diktaktor yang diasaskan oleh
Aguinaldo hanya mampu bertahan selama dua bulan iaitu dari 23 Mei 1898 sehingga 24 Jun
1898. Hal ini dikatakan demikian kerana Kerajaan Diktaktor telah ditukar kepada Kerajaan
Revolusioner atas arahan daripada Mabini pada 23 Jun 1898. Kemunasabahan Kerajaan
Revolusioner ini dibentuk ialah untuk memperjuangkan kedaulatan yang menjadi hak rakyat,
adil dan tidak menyalahi undang-undang. Menurut Mabini, mereka tidak mempunyai cara
lain untuk mencapai matlmat untuk membina sebuah negara Republik Filipina iaitu melalui
revolusi yang disokong oleh rakyat. Pada masa ini juga Aguinaldo membentuk dan
menyusun kabinet-kabinetnya sebagai permulaan ke arah berkerajaan Republik. Jelaslah
bahawa Mabini merupakan tulang belakang Aguinaldo yang membantu mereka bentuk
strategi dalam pembinaan negara Republik di Filipina.
Pengisytiharan Republik Filipina telah dirasmikan di Malolos pada 23 Januari 1899
dan Aguinaldo mengangkat sumpah selaku presiden Republik pertama di Filipina.
Perlembagaan Malolos yang diumumkan oleh Aguinaldo pada 21 Januari 1899 telah berjaya
dan diterima oleh semua rakyat Filipina dengan prinsip kebebasan, persaman dan
persaudaraan. Untuk mencapai hasrat kemerdekaan Filipina ini diakui di luar negara,
Aguinaldo telah mengambil beberapa langkah dengan melantik beberapa jawatan
diplomatik. Sebagai contoh, Felipe Agoncillo dihantara ke Amerika Syarikat, Mariano Ponce
dan Faustino Lichauco dihantar ke Jepun, Antonio Regidor dihantar ke England, Jan Loina
dan Petro Roxas ke Perancis dan Eriberto Zariel dihantar ke Australia. Tindakan Aguinaldo
ini melambangkan bahawa beliau benar-benar ingin membuka mata dunia tentang
kemerdekaan negara Republik di Filipina. Oleh itu, kejayaan nasionalis di Filipina untuk
membentuk sebuah kerajaan Republik dan perlembagaan yang teratur membuktikan
kematangan dan kebolehan rakyat Filipina untuk mentadbir negara mereka sendiri.

Akhir sekali, alasan utama mengapa Emilio Aguinaldo menentang Amerika Syarikat
adalah disebabkan oleh pihak Amerika Syarikat tidak memenuhi janji untuk mendapatkan
kemerdekaan di Filipina. Hal ini disebabkan oleh Perjanjian Paris yang ditandatangani pada
10 Disember 1898 di antara Amerika Syarikat dan Sepanyol. Amerika Syarikat membayar
sebanyak 20 juta dollar kepada Sepanyol untuk melepaskan semua kawalan Cuba, Guam,
Puerto Rico, dan Filipina ke Amerika Syarikat. Selain itu, Amerika Syarikat juga tidak
mengiktiraf perlembagaan Malolos yang diumumkan oleh Aguinaldo tentang penubuhan
Kerajaan Republik Filipina. Hal ini menyebabkan Aguinaldo merasa dikhianati dan memimpin
perang di antara Amerika dan Filipina yang berlangsung selama 3 tahun. Amerika Syarikat
peperangan ini hanyalah untuk memberontak sahaja dan bukannya revolusi untuk
menentang penjajah luar. Pada akhir peperangan, jumlah kematian tentera Amerika adalah
sebanyak 4,200 orang dan tentera Filipina seramai 20,000 orang. Angka ini sedikit
berbanding dengan kematian penduduk di Filipina iaitu serama 200,000 orang disebabkan
keganasan, kelaparan dan penyakit seperti kolera dan malaria. Oleh itu, peperangan
Amerika-Filipina berakhir setelah Aguinaldo ditawan oleh tentera Amerika Syarikat pada 23
Mac 1901. Aguinaldo menyatakan sumpah setia kepada Amerika Syarikat dan mengarahkan
agar tenteranya menyerah diri. Sehingga kini, Filipina merupakan sekutu kuat kepada
Amerika Syarikat.

Secara kesimpulannya, Emilio Aguinaldo merupakan seorang yang berjaya


menundukkan kemaraan Sepanyol di Filipina dengan bantuan Amerika Syarikat. Kisah
perjuangan beliau ini dapat dikenangan oleh seluruh rakyat Filipina tentang tujuannya untuk
membebaskan negara yang mempunyai banyak pulau itu merdeka daripada penjajahan
asing. Beliau juga berhasrat untuk menubuhkan kerajaan Republik Filipina dengan bantuan
Mabini sebagai penasihatnya. Namun, apabila beliau mendapat tahu bahawa tindakan
Amerika Syarikat yang tidak memenuhi janji terhadap kemerdekaan Filipina, dia berpaling
dengan menentang Amerika Syarikat. Peperangan yang berlaku di antara Amerika Syarikat
dan Filipina adalah untuk menyedarkan semua pihak tentang kepentingan pembentukan
sebuah negara Republik di Filipina. Hasrat Aguinaldo untuk kemerdekaan Filipina menjadi
kenyataan pada 4 Julai 1946. Pada akhirnya dia meninggal di Manila pada tahun 1964.

Anda mungkin juga menyukai