Anda di halaman 1dari 1

Soalan 78: Huraikan Faktor–faktor Perkembangan Zaman Pencerahan

Pengenalan

· Pencerahan (enlightment), satu zaman yang berlaku selepas Zaman Renaisans dan
Reformasi. Revolusi Intelektual yang melahirkan pemikiran yang liberal dan moden.

Isi-isi Penting:

Faktor-faktor Perkembangan Zaman Pencerahan

1. Pengaruh Renaisans

§ Melahirkan semangat ingin tahu dan kritikal yang radikal. Kemunculan negara bangsa, ciptaan
baharu, kemajuan seni bina, seni lukis dan lain-lain. Melahirkan masyarakat yang berfikiran terbuka.

2. Pengaruh Reformasi

§ Menamatkan konsep dunia kristian dan melahirkan aliran pemikiran baharu seperti Protestan,
Anglican, dan Presbyterianism. Kemunculan Negara Mutlak, mempunyai kuasa Autonomi dan bebas
dari ancaman gereja. Idea baharu seperti rasionalisme dan reasoning berkembang luas.

3. Pengaruh Ahli Falsafah

§ Kemunculan ahli falsafah seperti Voltaire, Rousseau, dan Montesquieu mempengaruhi Zaman
Pencerahan. Semangat Zaman pencerahan di peroleh daripada revolusi saintifik dan intektual pada
abad ke-17.

§ Idea tentang kemajuan merupakan ciri-ciri dominan dalam tamadun Eropah pada abad ke-17
hingga abad ke-20.

4. Kemunculan Kelas Pertengahan

§ Golongan budiman mula meninggalkan tabiat lama sesuai dengan Zaman baharu. kemunculan
golongan Borjuis(kelas Pertengahan), merupakan golongan yang lebih berpendidikan.

§ Columbus Maggelan dan Francis Drake, merupakan tokoh yang terlibat dalam
penjelajahan. Prasangka terhadap budaya asing terhakis akibat cara pemikiran baharu iaitu
secara Empiris dan sebab munasabah

Anda mungkin juga menyukai