Anda di halaman 1dari 44

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

BAB 8 : DEKOLONISASI
GENERAL STUDIES DEPARTMENT
SUNWAY COLLEGE
KUALA LUMPUR
HASIL PEMBELAJARAN

Menjelaskan Fenomena Kemusnahan Alam – Antropogenik serta


kemunculan Insan Antroposentrisme / Egoisme / Egologikal bermula dari
Falsafah Descartes Cogito Ergo Sum (Dualisme Cartesian)

Menjelaskan keperluan Dekolonisasi dengan Menyahkan Insan


Antroposentrisme Pemusnah Alam Cetusan Falsafah Dualisme Cartesian
berdasarkan perkembangan Penjajahan/Kolonisasi Epistemologi /
Eurosentrisme

Menghuraikan Dekolonisasi melalui pendekatan Insan Bersepadu / Sejahtera


/ Ekologikal Semakin Berisi Semakin Tunduk, Sintesis Ilmu dan Amal, Insan
Berilmu Bersepadu yang menjadi pergerakan pembebasan epistemologi,
ilmu dan kemanusiaan
DEFINISI
DEKOLONISASI
DEFINISI

• DEFINISI

i. Istilah Dekolonisasi berasal dari bahasa Inggeris, Decolonizationyang terdiri dari “de”
(tidak) dan “colonization” (penjajahan). Dua kata tersebut dapat didefinisikan
sebagai kemerdekaan.

ii. Sudut bahasa, istilah dekolonisasi berkait rapat dengan istilah koloni dan kolonisasi
• Koloni – tanah jajahan
• Kolonisasi – proses menjadikan sesuatu wilayah sebagai koloni (penjajahan)
• Dekolonisasi – proses membebaskan sesuatu wilayah daripada penjajah
(penyahjajahan)

iii. Sudut istilah, kolonisasi bermaksud sesuatu proses atau keadaan di mana sistem kuasa
berpusat mendominasi tanah jajahan baharu yang berada disekitarnya. Penjajahan tersebut
tertakluk dalam pelbagai aspek seperti fizikal, material, politik, pemikiran, intelektual dan
sosioekonomi.

iii. Istilah dekolonisasi membawa definisi keadaan atau proses pembebasan daripada
cengkaman kuasa penjajah dari sudut fizikal, material, politik, intelektual, budaya,
ekonomi.
DEFINISI

• Terdapat beberapa definisi lain mengenai dekolonisasi yang turut


dikemukakan oleh sarjana-sarjana lain.

1) Dane Kennedy, 2016 dalam buku Decolonization : A very short


Introduction menjelaskan dekolonisasi bermaksud pengunduran kuasa
penjajah dari tanah jajahan dan pembebasan dan kemerdekaan politik
dan ekonomi oleh penduduk di tanah jajahan
2) Prasenjit Duara, 2004 dalam penulisannya berjudul Decolonization :
Perspektives from Now and Then mendefinisikan dekolonisasi kepada
suatu proses kuasa penjajah menyerahkan dominasi institusi dan
perundangan di tanah jajahan kepada penduduk asal yang menjadi
pemerintah negara bangsa secara rasmi
3) Linda Tuhiwai Smith, 2007 dalam karya bertajuk Decolonizing
Methogogies: Research and Indigenenous People menjelaskan
dekolonisasi sebagai proses penyerahan instrumen kerajaan secara
rasmi kepada penduduk asal sebagai suatu proses jangka panjang yang
melibatkan pelupusan kuasa penjajahan dalam aspek birokrasi, budaya,
psikologi dan bahasa.
DEFINISI

• Oleh itu secara keseluruhannya, DEKOLONISASI - dalam


konteks kursus falsafah dan isu semasa, merujuk kepada satu
keadaan atau proses pembebasan diri daripada pengaruh
kolonial.

• Dekolonisasi merupakan satu usaha penyahbaratan, yakni


membuang pengaruh keilmuan menurut pandangan Barat
dan membina keilmuan serta mencoraknya kembali menurut
kearifan setempat yang bercorak ketimuran.
PENGARUH KOLONISASI
PENGARUH KOLONISASI

Sejarah Penjajahan Barat

Abad ke-17 Abad ke-18

Abad ke-16 Abad ke-19


PENGARUH KOLONISASI BARAT

• Zaman Renaissance – Pemikiran Medieval • Revolusi Saintifik- kemajuan


(tradisional) berubah kepada pemikiran sains yang begitu pesat dan asas
terbuka (liberal) yang merujuk kepada kemajuan sains dan teknologi
pemikiran ahli fikir Greek dalam bidang masa kini.
falsafah, sastera dan pemikiran. • Asas ilmu sains yang
• Zaman Kebangkitan semula/ berkembang hingga ke hari ini
pembaharuan yg bermula dari Itali. dan seterusnya.
• Asas zaman ini menggalakkan manusia • Menjadi asas kekuatan Barat.
Abad ke-17
berfikir untuk menyelesaikan permasalahan.
(1601-1700)
• Juga dikenali sebagai pemikiran
humanism

Abad ke-16
(1501-1600)
PENGARUH KOLONISASI
• • Revolusi Industri ke-2
Revolusi Industri di Britain.
• Revolusi yang lebih hebat dengan peningkatan teknologi
• Merebak ke bahagian lain seperti Perancis,
baru, telekomunikasi dan teknologi maklumat (ICT),
Jerman, Belanda dan sebagainya.
komputer, kereta (automatif), mesin dan jentera, elektrik
• Ciri-ciri Modernisasi/Modernity:
(power industry) dan ilmu fizik.
i. Berlaku Revolusi Pemikiran- •
wujud Gerakan Enlightenment Sains dan teknologi bergabung dalam menghasilkan
(pencerahan) di Eropah. pelbagai alatan teknologi yang canggih dan terus
ii. Ahli-ahli falsafah seperti Immanuel berkembang pesat pada abad ini.
Kant, John Locke & David Hume • Sehingga wujudnya bidang baru sains komputer,
menyumbang idea pemikiran Abad ke-18 teknologi komputer dan internet.
rasional & saintifik (1701-1800) • Barat mempunyai kuasa baru dari sains, teknologi dan
• ketenteraan.
Pemikiran rasional dan saintifik dapat
membangunkan masyarakat Eropah yang
lebih gemilang.
• Pembaharuan orientasi pemikiran sekular
yg mementingkan perkembangan sains
dan teknologi serta pemikiran rasional. Abad ke-19
(1801-1900)
FAKTOR KEMUNCULAN DAN
SEJARAH DEKOLONISASI
FAKTOR KEMUNCULAN DEKOLONISASI

• Kemunculan dan perkembangan dekolonisasi selepas tamat Perang


Dunia Kedua (1942) yang dapat dibahagikan kepada beberapa
faktor berikut :

Faktor Kemunculan Dekolonisasi

• Gerakan pembebasan dan


1 kemerdekaan mempercepatlan
2 proses dekolonisasi daripada
dominasi kuasa penjajah
• Peperangan Dunia Kedua di antara
kuasa besar dunia menjadi pencetus • Amerika Syarikat dan Soviet Union
kepada dekolonisasi apabila kuasa merupakan kuasa besar baharu yang
penjajah Eropah tidak lagi menentang idea kolonialisme Eropah. Ini 3
mempunyai kekayaan untuk biayai membuka ruang kepada negera dunia
aktiviti ekonomi dan politik di tanah ketiga membangun dengan acuan sendiri
jajahan mereka
ALIRAN PEMIKIRAN BARAT
ALIRAN PEMIKIRAN BARAT

• Mereka tidak hanya datang menjajah sebaliknya


ALIRAN PEMIKIRAN
meninggalkan suatu idea / aliran pemikiran
BARAT

Corak Corak
Medieval (Lama) Modeniti (Baru)
ALIRAN PEMIKIRAN BARAT

ALIRAN PEMIKIRAN
BARAT

• Pemikiran midieval merupakan satu


pemikiran klasik di Eropah dari abad
ke-5 sehingga abad ke-15
• Pemikiran ini wujud sejak zaman
pertengahan (Middle Ages /
Medieval Era)
Corak
Medieval (Lama)
ALIRAN PEMIKIRAN BARAT

ALIRAN PEMIKIRAN
BARAT

• Peradaban Barat mencapai kegemilangan apabila berjaya


memperkenalkan konsep Modeniti (baru) dan diterima diseluruh
dunia serta diamalkan sebagai keseluruhan cara hidup masyarakat
kini.
• Konsep ini diperkenalkan pada abad ke-15 dan berkembang seiring
dengan perkembangan ilmu pada abad ke-18
• Imej modeniti menjadi sinonim dengan ekonomi perindustrian, Corak
ilmu sains dan teknologi diikuti perubahan pemikiran serta budayaModeniti (Baru)
abad ke-19.
• Masalah muncul apabila corak modeniti mengakibatkan impak
negatif kepada alam sekitar

Pemikiran ini telah mempengaruhi sikap dan pemikiran orang


Barat yang akhirnya membentuk sikap mereka terhadap alam
sekitar  Berlakunya kemusnahan alam sekitar)
PEMIKIRAN DUALISME CARTESIAN
PEMIKIRAN DUALISME CARTESIAN
Maksud Dualisme dan Cartesian

• Perkataan “dualisme” adalah gabungan dua perkataan dalam bahasa latin iaitu
“dualis” atau “duo” memberi maksud dua.
• Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (2002), istilah dualisme membawa maksud teori
yang berasaskan dua dasar yang berlainan atau hal yang bertentangan (seperti antara
kebaikan dan kejahatan, dan antara terang dan gelap)
• Dalam Ensiklopedia Columbia (1963), dualisme adalah suatu konsep yang
berhubungan dengan kewujudan dua elemen yang berbeza pada suatu benda atau
perkara.
• Istilah 'Cartesian’ digunakan sebagai kata sifat untuk merujuk kepada teori falsafah
dan pemikiran kompleks yang dicadangkan oleh ahli falsafah Perancis iaitu René
Descartes (minda dan tubuh adalah dua entiti yang berbeza).
• Keseluruhan Dualisme Cartesian adalah teori falsafah dan pemikiran yang
diperkenalkan oleh René Descartes dengan melihat minda (kerohanian) dan
tubuh (fizikal) adalah dua entiti yang berbeza dan tidak berkaitan, contoh -
Human vs Nonhuman / Phsysical vs Metaphysical / Mind vs Body
PEMIKIRAN DUALISME CARTESIAN
PEMIKIRAN TOKOH FALSAFAH BARAT

Pemikiran Francis Bacon


• Francis Bacon merupakan ahli falsafah Inggeris yang berasal dari England yang
lahir pada tahun 1561.
• Beliau pernah bersekolah di Trinity College, Cambridge kemudian melanjutkan
Aristotle, Greek
pelajaran Undang-Undang di Honourable Society of Gray’s Inn.
• Francis Bacon pernah menjadi peguam negara dan hakim di Mahkamah England.
Selain beliau pernah menghasilkan beberapa buah karya dalam bidang falsafah.
• Bacon mengambil idea dari pemikiran Aristotle dengan menggunakan kaedah Francis Bacon
sainstifik sebagai asas penyelidikan saintifik moden.
• Bacon dalam penulisan falsafah telah mengubah persepsi tentang ilmu khusus
ilmu sains dan mengatakan bahawa ilmu bukan sahaja beri kefahaman
berkaitan alam tetapi harus membuahkan hasil yang menyumbang kepada
kesejahteraan hidup manusia seperti menghasilkan teknologi baharu.
• Beliau menjelaskan manusia dan alam merupakan elemen yang
bertentangan antara satu sama lain. Dalam pertentangan ini, manusia
sering tewas dan dikuasai alam.
PEMIKIRAN DUALISME CARTESIAN

• Contohnya, gempa bumi dan banjir yang memusnahkan kehidupan manusia


kerana manusia gagal menangani masalah-masalah yang timbul oleh
bencana alam ini. Bagi mengatasi masalah ini Francis Bacon melihat
kelebihan kepada manusia yang mana manusia harus menakluki dan
menguasai alam melalui ilmu sains dan teknologi.
• Francis Bacon membawa satu aliran baru dalam membolehkan manusia
berinteraksi dengan alam melalui teknologi (manusia dapat mengawal
Laozi,
alam). Friedrich pengasas
• Corak pemikiran Barat menampakkan keinginan manusia menakluki Nietzsche Taoisme
alam. Ditambah dengan pandangan, Friedrich Nietzsche yang menyebut
berkaitan perkata ini melalui penggunaan istilah “The Will to Power” yang
bemaksud manusia memiliki keinginan untuk menguasai alam semula jadi
dan alam manusia.
• Pemikiran Francis Bacon berbeza dengan falsafah Taoisme apabila
manusia tidak bertentangan dengan alam sebaliknya bertindak sealiran
dengan alam (flow with nature).
• Tujuan Taoisme lebih menjurus kepada keadaan harmonis antara manusia
dengan alam sekitar.
PEMIKIRAN DUALISME CARTESIAN
PEMIKIRAN TOKOH FALSAFAH BARAT

Pemikiran Rene Descartes

• Rene Descartes merupakan ahli falsafah yang berasal dari negara Perancis. Selain beliau juga
merupakan ahli matematik, dan sainstis yang terkenal.
• Beliau antara tokoh intelektual yang terkenal pada Zaman Emas Belanda.
• Descartes sering disebagai sebagai bapa falsafah moden dan bertanggungjawab dalam
meningkatkan perhatian dalam aspek epistemologi pada abad ke-17. Beliau sering mencari Rene Descartes
jawapan kepada persoalan bagaimana untuk mencari kepastian dalam falsafah?. Beliau terkenal The Mind-body problems
dengan teori keraguannya dengan katanya "Aku berfikir, maka dengan itu aku wujud” atau I
think, therefore I am
• Elemen falsafah Rene Descartes merujuk kepada realiti asas yang wujud iaitu :

a. Res Cogitans (minda manusia)


b. Res Extensa (jasad/ fizikal manusia)

• Melalui konsep pemikiran ini, Rene Descartes memisahkan aspek jasad manusia dengan minda
(kerohanian) manusia. Ini mencetuskan masalah falsafah yang dikenali sebagai
“The Mind-body problems” / masalah minda-badan.
PEMIKIRAN DUALISME CARTESIAN

• Menurut Rene Descartes, sukar untuk memahami


hubungan antara jasad dan minda di dalam diri manusia.
Pandanganya, kedua-dua terpisah dan berasingan.
• Kesan pemikiran Descartes (pisah rohani dan jasmani)
membawa kepada fahaman bahawa semulajadi dianggap
sebagai alam yang mati / fahaman falsafah mekanikal /
alam untuk dieksploitasi.
• Alam tidak bergabung dengan aspek kerohanian. Alam
itu mati sepertimana manusia mati. Maka manusia
boleh melakukan apa sahaja sesuka hati.
• Konsep ini secara keseluruhannya, berbeza dengan
konsep pemikiran primitif yang wujud sebelum ini yang
mana menganggap alam sebagai suatu yang hidup dan
dipenuhi semangat (animisme / sinkritisme) – suci/hormati.
• Telah muncul elemen-elemen pemikiran lain hasil daripada
pemikiran Dualisme Cartesian :
DUALISME CARTESIAN:
KEHIDUPAN TANPA KESATUAN DAN HARMONI
DUALISME CARTESIAN:
KEHIDUPAN TANPA KESATUAN DAN HARMONI
• Telah muncul pelbagai elemen-elemen pemikiran lain hasil daripada
Dualisme Cartesian :

Cartesian Dualisme

Egoisme Antroposentrisme Eurosentrisme

Kolonisasi

Penjajaha
Penjajahan Penjajahan
Epistemologi n Wilayah/Tanah
Manusia

Epistemic Antropogenik Antropogenik


Arrogance

Kemusnahan
Kemusnahan
Ekosistem
Ekosistem - Eksploitasi Alam
DUALISME CARTESIAN:
KEHIDUPAN TANPA KESATUAN DAN HARMONI

• Istilah “Egoisme” berasal dari bahasa Latin ego yang bermaksud


“aku”.
• Teori yang menganggap sesuatu nilai itu baik apabila ia
menguntungkan diri sendiri (individu).
• Diasaskan oleh Friedrich Wilhelm Nietzshe (1844-1900),
menurut beliau kemoralan ialah kepentingan diri, pemeliharaan
Egoisme diri, mengasihi diri, kesedaran diri dan seumpamanya
• Individu yang berpegang kepada falsafah ini percaya bahawa
mereka harus mengambil keputusan yang dapat
memaksimumkan faedah kepada diri sendiri.
• Teori ini bersifat individualistik.
DUALISME CARTESIAN:
KEHIDUPAN TANPA KESATUAN DAN HARMONI

• Dari sudut etimologi, antroposentrisme berasal dari


perkataan bahasa Yunani ánthrōpos yang bermaksud
manusia dan kepercayaan bahawa manusia adalah
Antroposentrisme entiti paling penting dan tinggi di alam semesta.
• Antroposentrisme mentafsirkan manusia paling tinggi
di alam semester. Mereka boleh melakukan sesuka
hati di alam ini sehingga tindakan mereka
menyebabkan berlaku kepada kemusnahan alam
sekitar.
DUALISME CARTESIAN:
KEHIDUPAN TANPA KESATUAN DAN HARMONI

• Eurosentrisme ataupun kepercayaan berpusat kepada


Eropah dalam merujuk dan mentafsir sejarah dan
budaya, sains teknologi dan sebagainya (perspektif
pandangan Barat).
Eurosentrisme • Banyak berfokuskan kepada perspektif Barat sahaja dalam
semua bidang (budaya, sains, teknologi)
• Menurut J. M. Blaut, kepercayaan tersebut adalah satu
bentuk teori peresapan budaya berpusatkan Eropah
(Eurosentric Diffusionism), yang mempercayai Eropah
sebagai pencetus peradaban manusia sama ada di
sesebuah kawasan atau di seluruh dunia.
DUALISME CARTESIAN:
KEHIDUPAN TANPA KESATUAN DAN HARMONI

• Pandangan Eurosentrisme ini adalah dengan


melihat nilai masyarakat bukan Eropah lebih
rendah daripada masyarakat Barat.
• Konsep ini melihat sejarah masyarakat bukan
Kolonisasi berpaksi Eropah sebagai sebahagian daripada
Eurosentrisme “pengembangan Eropah” dalam proses
ketamadunan.
• Proses kolonisasi berpaksikan kepada aliran
Eurosentrisme melalui 3 kaedah penjajahan iaitu :

A. Penjajahan Epistemologi /
B. Penjajahan Manusia /
C. Penjajahan Wilayah/Tanah.
DUALISME CARTESIAN:
KEHIDUPAN TANPA KESATUAN DAN HARMONI
• Membangunkan ilmu kolonial berasaskan kerangka epistemologi
rasionalisme bagi membincangkan tentang agama, budaya,
(A) Kolonisasi - •
masyarakat, bahasa dan sebagainya.
Sistem atau ilmu yang bertentangan dengan pandangan Barat
Penjajahan •
dianggap sebagai ketinggalan zaman.
Memperkenalkan kerangka pemikiran sekularisme dalam pemikiran
Epistemologi masyarakat.
• Penjajahan epistemologi mewujudkan karakter “epistemic
arrogance” atau keangkuhan intelektual.
• “Epistemic Arrogance” atau Keangkuhan Intelektual berlaku apabila
keyakinan terhadap pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang dan
keupayaan untuk mengetahui menjadi berlebih-lebihan.
• Ilmu-ilmu yang berasal dan berkembang dari Eropah Barat (Itali,
Perancis, England, Jerman dan Amerika Syarikat) telah dijadikan
penanda-aras dan rujukan sejagat (universal) tentang sistem,
struktur dan sifat universiti dan ilmu.
• Ini turut menafikan kepentingan, keberadaan dan peranan sistem,
struktur dan sifat universiti dan ilmu lain yang bukan bercirikan
Eropah Barat.
• Contoh QS Ranking – universiti, universiti di Eropah
DUALISME CARTESIAN:
KEHIDUPAN TANPA KESATUAN DAN HARMONI
• Penjajahan Imperialisme menggunakan alasan kemunduran
dan kerendahan sesebuah wilayah sebagai alasan kepada
penjajahan kolonialisme;
• Proses kolonisasi diperlukan bukan sahaja sebagai
penakluk, tetapi juga sebagai pencetus kemajuan,
(B) Kolonisasi - modenisasi atau pengeropahan.
• Menekankan tentang idea kemajuan sejarah melalui teori
Penjajahan kemajuan yang dipegang berdasarkan pemikiran sejarah
Manusia berpusatkan Eropah.
• Kesan penjajahan ini, secara tidak langsung membawa
kepada antropogenik.
• Antropgenik ialah kesan atau akibat yang dihasilkan
oleh manusia atau sesuatu yang berlaku disebabkan oleh
aktiviti manusia (pencemaran atau kemusnahan
ekosistem)
• Krisis alam ini dikaitkan dengan falsafah Rene Descartes
yang memandang alam ini sebuah mesin yang tiada nyawa
dan makna dan manusia boleh melakukan apa sahaja.
DUALISME CARTESIAN:
KEHIDUPAN TANPA KESATUAN DAN HARMONI

• Memenuhi inspirasi konsep kolonialisme yang dipengaruhi


(C) Kolonisasi - slogan "Gold, Glory and God”
Penjajahan • Faktor pemilihan wilayah:
Wilayah  Lokasi strategik
 Bahan mentah – Kesan Revolusi Industri
atau Tanah  Pasaran baharu – Pasaran di Eropah sukar dan
persaingan sengit untuk mendapatkan lokasi dan
pasaran baru pengeluaran masing-masing.
• Kesan penjajahan ini pada masa kini menyebabkan
antropogenik dan kemusnahan ekosistem dengan eksploitasi
alam.
• Pandangan ini berkait dengan kesan falsafah
dualismecartesian apabila sebahagian daripada masyarakat
Barat enggan mengurangkan kegiatan ekonomi ke atas bumi
yang boleh membinasakan alam sekitar atas dasar mereka
berhak melakukannya.
DUALISME CARTESIAN:
KEHIDUPAN TANPA KESATUAN DAN HARMONI

• Oleh itu, dekolonisasi atau penyahjajahan dari


pemikiran-pemikiran seperti ini merupakan suatu
usaha utama dalam mencapai kemerdekaan minda.
Bagi penyahjajahan tersebut sudah semestinya
memerlukan gerakan keintelektualan dan
pendidikan yang betul selari dengan elemen
J.E.R.I (Jasmani-Emosi-Rohani-Intelek)
KESAN DUALISME CARTESIAN
KESAN DUALISME CARTESIAN

• Kesan cartesian dualisme dapat dilihat dalam beberapa aspek seperti:

Kesan Dualisme
• Dualisme dalam pendidikan merupakan suatu fenomena atau keadaan dimana
wujudnya dua corak sistem pendidikan kebangsaan (moden) dan kepada Pendidikan
keagamaan (tradisional) yang terpisah dan berlainan baik dari segi sejarah,
falsafah, matlamat, kurikulum, struktur dan pentadbirannya. Kedua-dua
sistem dalam pendidikan ini memisahkan kesedaran keagamaan dan ilmu
pengetahuan.
• Menurut Syed Muhammad Naquib Al Attas, punca berlakunya pendidikan yang
bersifat dualistik ini ialah berakar dari pembentukan fahaman dan pemikiran
Barat terhadap ilmu yang dipengaruhi oleh falsafah atau konsep dualisme /
sekulerisme.
• Pengasingan antara ilmu pendidikan agama dan selain ilmu pendidikan
kebangsaan (ilmu sains, moden, dunia) ini memisahkan kesedaran agama dan
ilmu pengetahuan.
• Hal ini menyebabkan ketidakseimbangan antara pendidikan sepatutnya diterima
olehmasyarakat.
• Oleh itu, berlaku pelbagai aliran pemikiran yang tidak diingini seperti
liberalisme, rasionalisme, saintisme dan pelbagai lagi telah muncul.
KESAN DUALISME CARTESIAN

• Dualisme cartesian merupakan perkara yang amat tidak digalakkan di antara Kesan Dualisme

kalangan masyarakat.
Hal ini adalah kerana dualisme cartesian ini telah menyebabkan perpisahan dan
kepada Masyarakat
menghalang integrasi di antara dua kaedah saintifik, iaitu kaedah empiris dan
kaedah teoritis.
• Apabila sifat dualisme cartesian ini ada di dalam diri masyarakat
akhlak yang buruk dan tidak disukai di dalam agama akan tercetus.
• Agama sangat memberatkan pemikiran yang baik dan tidak bercanggah dengan
nilai-nilai murni.
• Jika seseorang itu tidak mempunyai panduan agama yang kuat ini
akan menyebabkan tidak ambil peduli sesama masyarakat.
• Seterusnya, masyarakat akan mengikut amalan Barat tanpa mengira
batasan yang telah ditetapkan oleh agama yang dianuti.
• Sebagai contoh, kita boleh melihat bahawa masyarakat zaman sekarang tidak
mengira batasan antara lelaki dan perempuan. Bagi mereka ini merupakan
norma hidup yang biasa. Bukan itu sahaja, masyarakat melakukan perkara-
perkara yang haram tanpa berasa malu dan berdosa di kalangan masing-masing.
Bahkan, mereka lebih mengalakkan antara satu sama lain.
KESAN DUALISME CARTESIAN

Kesan Dualisme
• Apabila seseorang individu itu mengamalkan dualisme cartesian minda
seseorang itu akan tertutup.
kepada Individu
• Mereka akan melakukan sesuatu perkara itu berlandaskan sains dan tidak
mengikuti syarat-syarat agama.
• Seseorang individu yang tidak mempunyai fikiran yang berlandaskan
agama akan sentiasa membuat keputusan dan tindakan tanpa
memikirkan akibat dan kesudahan yang akan ditimpa oleh diri
mereka. Mereka akan sentiasa bertindak melulu dan bersifat
mementingkan diri sendiri.
• Seterusnya, seseorang individu akan mudah terpengaruh kerana mereka
mempunyai fikiran yang tidak agama yang benar.
• Contohnya, kewujudan bahan-bahan negatif dalam media massa
seperti televisyen, internet dan media sosial akan menimbulkan
perlbagai masalah terhadap seseorang individu itu. Hal berlaku kerana
individu tersebut merasakan bahawa perkara yang diikuti itu tidak berdosa
kerana sering disiarkan di seluruh media massa.
KESAN DUALISME CARTESIAN

• Menganggap bahawa semulajadi dianggap sebagai alam yang mati. Kesan Dualisme


Ini membawa kepada antropogenik.
Antropogenik ialah kesan atau akibat yang dihasilkan oleh manusia atau kepada Alam Sekitar
sesuatu yang berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia (pencemaran atau
kemusnahan ekosistem)
• Alam sekitar dieksploitasi tanpa kawalan. Berlaku pelbagai pencemaran
seperti udara, air, tanah dan sebagainya
• Kemusnahan alam sekitar akan membawa malapetaka dan bencan besar
terhadap kehidupan manusia seperti banjir, pemanasan global, tanah runtuh,
jerebu dan sebagainya.
• Kegiatan mengeksplotasi sumber alam sekitar haruslah dibendung dengan
lebih giat agar kegiatan ini tidak membawa kesan negatif terhadap kelestarian
bumi.
• Hubungan manusia / masyarakat dan alam sekitar sememangnya rapat, malah
kedua-duanya saling memerlukan.
• Kelestarian (sustainable) merupakan langkah penting dalam memelihara dan
memulihara alam sekitar supaya seimbangan, untuk kesejahteraan generasi.
MENJAYAKAN INSAN BERSEPADU
SEJAHTERA / EKOLOGIKAL
MENJAYAKAN INSAN BERSEPADU
SEJAHTERA / EKOLOGIKAL
• Pendekatan dekolonisasi di Malaysia melalui beberapa aspek seperti :

Pemikiran Falsafah Acuan Sendiri Tanpa Pengaruh Asing


Pembebasan dari • Pengaruh asing musnahkan alam sekitar.
Pengaruh Kolonial
• Pemikiran Barat tidak ambil kira kearifan tempatan – Barat anggap semua
ini bertaraf rendah.
• Mengubah konsep pembangunan kepada sustainable development yang
lebih seimbang tidak hanya melihat kepada Keluaran dalam negara kasar
(KDNK)atau pendapatan negara tanpa melihat kesan kepada alam sekitar.
• Menggunakan daya intelektual kita sendiri dengan acuan sendiri.

Fitrah, Khalifah dan Alam


MENJAYAKAN INSAN BERSEPADU
SEJAHTERA / EKOLOGIKAL
• Perkataan ekologi berasal daripada perkataan Greek “oikus” bermaksud rumah
/keluarga
Insan Ekologikal • Ekologikal menurut Kamus Dewan - ilmu tentang hubungan antara makhluk
hidup dengan keadaan sekitarnya.
• Insan Ekologikal adalah individu positif yang terbentuk dan berkembang hasil
interaksi antara persekitarannya (keluarga, masyakakat dan alam sekitar)
• Pembangunan manusia yang menggunakan pendekatan ekologikal dapat memberi
fokus kepada interaksi dua hala, saling berhubung dan saling bergantung iaitu individu,
keluarga dan alam sekitar.
MENJAYAKAN INSAN BERSEPADU
SEJAHTERA / EKOLOGIKAL

Falsafah Aspek Ketuhanan


Falsafah Aspek • Falsafah aspek ketuhanan iaitu ‘Kepercayaan kepada Tuhan’ merujuk kepercayaan
Ketuhanan individu kepada Tuhan seperti yang terdapat dalam Rukun Negara Malaysia.
Prinsip ini mendukung sebagai prinsip pertama kerana menjadi tonggak kepada
kesepaduan dan keharmonian antara kaum.
• Masyarakat Barat kebanyakan hilang kepercayaan kepada Tuhan kerana merasakan
sains berupaya menggantikan kuasa Tuhan.
• Hakikat setiap manusia tidak dapat elak daripada kehidupan ingin bertuhan
kerana dengan merasakan diri bertuhan maka individu terdorong melakukan kebaikan
dan jauhi kejahatan.

• Keunikan di Malaysia, walau berbilang


agama dan bangsa tetapi nilai kerohanian
• Hubungan seimbang di antara sama dalam agama masing-masing seperti
Tuhan, manusia dan alam. hormat, lakukan kebaikan tanpa mengira
• bangsa, kulit dan kepercayaan.
Memberi pertimbangan kepada
keharmonian alam sekitar -
LESTARI alam sekitar
MENJAYAKAN INSAN BERSEPADU
SEJAHTERA / EKOLOGIKAL
Falsafah SEJAHTERA
Falsafah • Sejahtera bermaksud aman dan makmur, senang dan tenteram, terpelihara
SEJAHTERA daripada bencana.
• Merupakan elemen penting yang akan membawa kepada kesejahteraan
masyarakat sejagat.
• Kesejahteraan mula diterapkan dari peringkat awal menerusi pendidikan seperti
digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
• Falsafah sejahtera menitik beratkan elemen sahsian diri dan hubungan seimbang
bagi aspek J.E.R.I [Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek]
• Matlamat Falsafah Sejahtera adalah untuk melahirkan insan dan masyarakat
yang seimbang dari pelbagai aspek. Tidak hanya mementingkan aspek
pembangunan material/ekonomi semata-sama.

• Perlunya kursus ‘humanities’ - maju dengan


mengambil kira aspek kemanusiaan.
• Strategi pemikiran yang realistik dalam
menangai masalah sejagat
Contoh Falsafah Sejahtera
KESIMPULAN

• Menyedari kolonisasi mempengaruhi aspek fizikal, pemikiran, budaya, nilai


dan sebagainya. Maka proses dekolonisasi baru berlaku secara menyeluruh
(holistik).
• Berdasarkan keperluan tersebut, para pelajar di dedahkan kepada kursus
Falsafah dan Isu Semasa bagi memberi gambaran menyeluruh kesan pemikiran
falsafah Barat kepada pemikiran dan intelektual masyarakat Timur.
• Tidak dinafikan secara tidak sedar, para pelajar diterapkan dengan nilai-nilai
dan pemikiran sainstifik Barat kerana terlalu terpengaruh dan taksub kepada
konsep pemikiran ahli falsafah Barat.
• Sekiranya, pelajar tidak mempunyai pemikiran falsafah (kritikal, analitikal,
radikal) maka nilai dan sesebuah budaya terpesong dianggap normal dan boleh
diterima.
• Tanpa elemen kesejahteraan dan keseimbangan mengakibatkan kemusnahan
kepada diri, masyarakat, negara dan seluruhnya.
• Falsafah Sejahtera yang diterapkan dalam sistem pendidikan melalui Falsafah
Pendidikan Kebangsaan merupakan usaha bagi melahirkan insan sejahtera
yang dapat pastikan keharmonian dan kesejahteraan untuk semua masyarakat
di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai