Anda di halaman 1dari 45

BAB 8

Etika Sebagai Isu Kefalsafahan


(Dekolonisasi - Penyahjajahan)

UHC1012 – FALSAFAH & ISU SEMASA


PUSAT SAINS KEMANUSIAAN
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan Fenomena Kemusnahan Alam – Antropogenik serta
kemunculan Insan Antroposentrisme / Egoisme / Egologikal
/Falsafah Dualisme Cartesian.
2. Menjelaskan keperluan Dekolonisasi dengan menyahkan Insan
Antroposentrisme Pemusnah Alam Cetusan Falsafah Dualisme
berdasarkan perkembangan Penjajahan/Kolonisasi Epistemologi /
Eurosentrisme.
3. Menghuraikan Dekolonisasi melalui pendekatan Insan Bersepadu /
Sejahtera / Ekologikal Semakin Berisi Semakin Tunduk, Sintesis
Ilmu dan Amal, Insan Berilmu Bersepadu yang menjadi pergerakan
pembebasan epistemologi, ilmu dan kemanusiaan.
4. Menganalisis penghasilan ilmu baru melalui pendekatan Falsafah
Sejahtera Insan Bersepadu / Sejahtera / Ekologikal.
Perincian Bab

Kesan Dekolonisasi
Antroposentrisme Dualisme Cartesian
Insan Egologikal Pemikiran & Ilmu
Antroposentrisme

Menjayakan Insan Penghasilan Ilmu Baru


Bersepadu Insan/Falsafah
Sejahtera/Ekologikal Sejahtera/Ekologikal
Perincian Bab

• Etika sebagai epistemologi amali


• Apakah etika dalam kehidupan yang sejahtera ?
• Konsep etika dalam hubungan antara agama.
Konsep nilai kemanusiaan berdasarkan falsafah
“Sejahtera” dalam segenap lapangan kehidupan:
kemasyarakatan, ekonomi, politik dan pendidikan
Pengenalan
Kolonisasi dan falsafah hidup yang salah
membawa kemusnahan kemanusiaan

Spanish War ( 1519 – Kematian 24 juta)


Ming – Qing War (1616 – Kematian 25 juta)
Nepolian War (1803 – Kematian 7 juta)
Taiping Civil War (1820 – Kematian 20 juta)
World War 1 (1914 – Kematian 20 juta)
World War 2 (1940 – Kematian 60 juta)
Covid19 ?
Konsep-konsep kolonisasi terhadap
kesejahteraan manusia
• Materialisma
• Naturalisma
• Scientisma
• Antroposentrisma
• Positivisma • Egoisme
• Dualisma • Egological
Cartesian • Kolonisasi Epistemologi
• Atheisma • Eurocentrisme
• Sekularisma
Konsep Koloniasi
Konsep kolonisasi: Penjajahan wilayah dan
minda (kolonisasi) merupakan proses
penaklukan autonomi individu yang mengekang
kebebasan dan kelestarian insan daripada
berkembang dan sejahtera.
Konsep-konsep kolonisasi terhadap
kesejahteraan manusia
Konsep Materialism
Konsep materialisma (Fizikalisma) adalah fahaman yang
meletakkan kehidupan dan semua yang ada adalah
hanya kepada apa / sesuatu yang boleh dilihat dan
dicapai oleh panca indera manusia. Sesuatu yang tidak
boleh dilihat dikira sebagai tiada. Sesuatu yang benar
perlu mempunyai jisim dan jirim sahaja dan bersifat
secara mekanikal. Alam ghaib tidak diterima kerana ia
tidak mempunyai material untuk pengesanan.
Konsep “Scientism”
“Scientisme” adalah kefahaman yang merujuk kepada
semua ilmu dan penemuan termasuklah ilmu falsafah,
etika, ekonomi perlu berasaskan sains, sistematik dan
perlu melalui proses empirikal dan perlu melalui proses
saintifik sahaja. Ilmu yang diiktiraf adalah ilmu yang
melalui proses sains dan saintifik. Kajian sains bukan
sahaja tertakluk kepada bidang sains alam semulajadi
dan teknologi bahkan meliputi semua bidang
pengetahuan.
Konsep “Cogito Ergo Sum”
Konsep “cogito ergosum” yang memberikan maksud aku
berfikir justeru aku ada/buat ” telah merubah pandangan
masyarakat kepada satu pandangan iaitu prinsip yang
memusnahkan perseimbangan hubungan antara Tuhan,
manusia dan alam sekitar. Konsep ini diketengahkan oleh
Rene Descartes dimana menurut konsep ini, keputusan
yang dibuat oleh individu berdasarkan apa yang
dialaminya dan apa yang boleh dibuktikan oleh panca
inderanya sahaja.
Konsep “Positivism”
“Positivism” adalah konsep falsafah yang menjelaskan
sesuatu ilmu yang benar adalah pengetahuan yang
diprolehi melalui proses kajian saintifik dan bukti yang
boleh dilihat. Ilmu yang wujud adalah berdasarkan
perkara yang boleh dilihat, dibuat pengujian secara
eksperimen, boleh dikira, dan dibuat kajian secara
empirikal dan bukti secara tampak sahaja dan logik
sahaja. Perkara bersifat metafizik dan tidak boleh
dibuktikan melalui proses saintifik adalah perkara yang
ditolak.
Konsep “Naturalisme”
Naturalisme merupakan konsep falsafah yang
menerima “Nature” (alam yang boleh dilihat) sebagai
realiti yang sebenar. Kehidupan sebenar dan proses
sains adalah berasaskan alam yang boleh dibuat kajian
secara empirikal. Penggunaan pancaindera seperti
penglihatan, pendengaran, ujikaji adalah kaedah untuk
memahami alam “nature” dan ilmu yang diperoleh
melalui alam adalah ilmu sebenar yang diiktiraf
Konsep “Dualism”
Konsep dualisma adalah fahaman yang meletakkan
dua perkara yang berbeza pada satu perkara. Minda
dan fizikal adalah terpisah. Sains rasional adalah
berbeza dengan sains berasaskan agama. Fahaman
ini menjelaskan minda dan tubuh manusia adalah
perkara yang berasingan dan tiada perkaitan antara
keduanya. Fahaman ini meletakkan berfikir sebagai
sifat mutlak manusia dan Agama dan kepercayaan
kepada Tuhan tidak mempunyai peranan dalam
pemikiran dan tindakan.
Konsep “Cartesian”
Konsep ini menjelaskan manusia adalah
bersifat terpisah antara fizikal dan mental.
Keduanya adalah saling tidak berkaitan. Dalam
konsep ini, diri sendiri adalah subjek untuk
memperoleh ilmu berpandukan akal dan
rasional sahaja. Agama dan ilmu dari Tuhan
yang maha pencipta bukan merupakan
sumber ilmu. Suatu yang lain dari akal dan
rasional adalah tidak bernilai dan tiada
Konsep “Secularisme”
Konsep sekularisma menjelaskan bahawa agama
dan ilmu yang dibawa daripada Tuhan Yang Maha
Pencipta adalah terpisah daripada sains moden
dan penemuan teknologi. Proses pentadbiran,
ilmu sains dan aktiviti ekonomi sepenuhnya
terletak kepada kepandaian manusia dan tiada
hubungan dengan agama dan ilmu yang diberikan
oleh Tuhan keapda manusia
Konsep “Atheism”
• Konsep kepercayaan yang menjelaskan bahawa
tiada tuhan yang mengurus dan menyusun
semua kejadian alam. Kewujudan tuhan adalah
merupakan ilusi dan fahaman yang menyekat
kebebasan pemikiran dan tindak tanduk
manusia
Konsep “Antropocentrisme

• Konsep ini menjelaskan manusia adalah penguasa alam


ini dan berhak untuk melakukan sesuatu terhadap alam
secara bebas untuk kepentingan diri dan kemanusiaan.

• Konsep ini menyebabkan manusia melakukan sesuatu


terhadap alam sekitar secara bebas tanpa
mengambilkira kesan keseluruhan tindakan berkenaan
seperti pencemaran alam dan kemusnahan
Konsep “Egological”
• Konsep ini berasal dari perkataan “ego - aku”
yang menjelaskan manusia bertindak
berasaskan perkara yang diyakininya (logik)
sahaja dan membuat keputusan terhadap
perkara yang memberikan kepentingan kepada
diri sahaja.
• Konsep ini menjelaskan tindakan individu perlu
melihat kepada faedah yang diri boleh terima
tanpa memikirkan kesna kepada alam dan
individu yang lain.
Konsep “Egoisme”
• Konsep ini menjelaskan manusia adalah bersifat
individualistik dan bertindak untuk kepentingan diri
sendiri bagi mencapai matlamat diri sendiri

• Konsep ini menyebabkan manusia melakukan sesuatu


semata mata untuk kepentingan dan kepuasan diri
sendiri dengan mengabaikan kesannya kepada individu
lain
Konsep “Kolonisasi
Epistemologi”
• Konsep ini menjelaskan bahawa ilmu dan nilai adalah
terpisah. Panduan ilmu yang diberikan Tuhan Yang
Maha Pencipta dan nilai tiada hubungan ilmu sains
dan proses saintifik

• Konsep ini menyebabkan ilmu dipelajari dan diteroka


hanya untuk memanipulasi sumber alam dan untuk
manusia mendapat sebanyak banyaknya kehendak
egoism diri
Konsep “Eurocentrisme”
• Konsep ini menjelaskan bahawa tamadun eropah
adalah pusat kepada kemajuan dan teknologi. Negara
eropah dan bangsanya adalah sumber kepada
kemajuan dan ilmu moden

• Konsep ini menyebabkan negara eropah menjajah


negara lain di Asia dan Afrika untuk mengembangkan
kefahaman dan memanipulasi sumber alam yang ada
di negara negara yang di bawah jajahan mereka
Dekolonisasi Dualisme Cartesian
Pemikiran & Ilmu Antroposentrisme
Konsep Dekoloniasi

Konsep dekolonikasi: Pembebasan wilayah dan


minda individu daripada kongkongan konsep
dan peraturan sempit yang salah untuk
membolehkan invididu berkembang dan
mencapai konsep individu sejahtera
Prinsip Dekolonisasi daripada sumber wahyu

Surah 14 (Ibrahim), 5:
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Musa
dengan membawa ayat-ayat Kami, "Keluarkanlah
kaummu dari gelap kepada cahaya terang benderang
dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah".
Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat
tanda-tanda bagi setiap orang penyabar dan banyak
bersyukur”
Keperluan Dekolonisasi

Kemusnahan Alam
Fahaman Meterialisme
Kesan
Fahaman Kapitalisme
Antropocentrisme
Fahaman Sekularisme
Fahaman Athiesme
Fahaman Egoisme

Kesan fahaman Dualisme dan pemisahan hubungan


manusia dan Tuhan Yang Maha Pencipta
MENJAYAKAN INSAN BERSEPADU
SEJAHTERA/EKOLOGIKAL
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
melahirkan “Insan Seimbang”

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Konsep Etika Sebagai Epistemologi Amali

Konsep ini menjelaskan etika adalah dasar kepada


tindak tanduk individu dan ia merupakan prinsip,
nilai, kepercayaan yang menjadi dasar kepada
tindakan manusia

Sumber Etika : Panduan Hidup dari Tuhan Yang


Maha Pencipta dan Hubungan dengan
Manusia
Keperluan Kepada Konsep Insan
Seimbang
Konsep Etika Dalam Kehidupan
Sejahtera: Insan Seimbang
Konsep Insan Bersepadu : Insan Sejahtera
Hubungan dengan Yang
Maha Pencipta
Mencontohi panduan
manusia Utusan Tuhan

Menggunakan Membentuk
dengan kehidupan
amanah berasaskan ajaran
Hubungan dengan Nabi Hubungan dengan
Alam Sekitar Manusia
Konsep Ilmu Bersepadu : Insan Sejahtera
Tuhan Yang Maha Pencipta
Sebagai Sumber Ilmu
Manusia

Ilmu Asas (Fardu Ain)


menurut Al Attas

Hubungan dengan Hubungan


Alam Sekitar dengan
Ilmu Pelengkap Ilmu Pelengkap Manusia
(Fardu Kifayah) (Fardu Kifayah)
menurut Al menurut Al
Attas Attas
Konsep Ilmu Bersepadu : Insan Sejahtera

Kesan Ilmu Kepada


Manusia
Ilmu Asas (Fardu Ain) • Membawa
menurut Al Attas
Kesejahteraan
Ilmu Pelengkap (Fardu • Semakin Tinggi ilmu
Kifayah) menurut Al semakin tunduk
Attas
• Ilmu sebagai Amanah
untuk digunakan
• Ilmu Untuk
Disampaikan
Konsep Ilmu Berasaskan Nilai

• Sintesis ilmu: Tujuan mempelajari ilmu untuk


kesejahteraan dan pemilihan ilmu yang
memberikan kebaikan sejagat.
• Ilmu tidak terpisah antara satu dengan lain
bahkan saling melengkapi.
• Epistemologi ilmu berasaskan nilai dan
kepatuhan kepada Tuhan Yang Maha
Pencipta.
• Ilmu mewujudkan hubungan harmonis
dengan semua manusia dan ciptaan
Asas Malaysia
Sebagai negara
beragama dan
Nilai Dalam
Masyarakat
Punca Kolonisasi Pemikiran
• Ketiadaan pengetahuan “kejahilan”
• Ketamakan kepada kuasa dan pemerintahan
• Kerakusan kepada harta
• Hasutan syaitan dan iblis
• Ketiadaan ilmu dari Tuhan Yang Maha Kuasa
Bincangkan Kaedah Dekolonisasi
Pemikiran Manusia

• Konsep Ilmu Bersepadu


• Konsep Insan Bersepadu (Sejahtera)
• Manusia sebagai pemegang amanah
• Minda saintifik berpandukan ilmu Tuhan
• Proses saintifik berasaskan nilai
• Sifat saling kerjasama dan kasih sayang
• Minda ikuiri terarah (Limitasi akal & usaha)
Bincangkan Kesan Kolonisasi
Terhadap Minda Manusia
• Meluasnya konsep dualism / atiesme
/Antropocentrisme
• Meluasnya kapitalisme / sekularisme
• Individu egoism
• Tindakan berasaskan rasionalisme sahaja yang
menjadi tunjang kepada kebenaran dalam
tindakan.
Penghasilan Ilmu Baru
Insan/Falsafah Sejahtera/Ekologikal
Menganalisis penghasilan ilmu-ilmu baru
melalui pendekatan Falsafah Sejahtera
Insan Bersepadu / Sejahtera / Ekologikal
• Bincangkan bagaimana ilmu sains moden
boleh meningkatkan nilai kemanusiaan dan
kesejahteraan sejagat?
Penghasilan Ilmu Baru Bersaskan Nilai
Peningkatan hasil tanaman
Ilmu Bioteknologi
Kos pemindahan teknologi murah

Tingkat Kesejahteraan Minda


Ilmu Mekatronik
Kos Pengeluaran berkurangan

Manfaat menyuluruh meliputi


semua orang
Ilmu Psikofisiologi
Tiada pembaziran pengeluaran

Mengurangkan kesan rumah


hijau
Penghasilan Ilmu Baru Tanpa Nilai
Tumbuhan Beracun
Ilmu Virology
Peningkatan Kes Kenser

Proses Pengeluaran Bermatlamatkan


Ilmu Modifikasi Genetik Keuntungan Sahaja

Perlumbaan Pembinaan Senjata


Jurang Golongan Miskin Kaya
Semakin Besar
Ilmu Ekonomi Kapitalis
Penularan Penyakit Baru

Tumpuan projek mewah dan


rendah kuasa beli
Analisa Video
Analisis Video: The Bloody History of
Communism
https://www.youtube.com/watch?v=3pzMHD0F
4yQ
Bincangkan bagaimana konsep
kolonisasi memusnahkan nilai
kemanusiaan dan tamadun
kehidupan?
Rujukan
1. Grosfoguel, Ramón. (2013). The Structure of Knowledge in Westernized
Universities: Epistemic Racism/Sexism and the Four Genocides/Epistemicides of
the Long 16th Century. Human Architecture: Journal of the Sociology of Self-
Knowledge: Vol. 11: Iss. 1
2. Al-Attas, SMN. (1993). Islam and Secularism. Kuala Lumpur: ISTAC.
3. Dzulkifli A.R. & Rosnani H.(2019). Pentafsiran Baharu Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020”. IIUM Press: Gombak.
4. Joshtrom Isaac Kureethadam. (2017). The Philosophical Roots of the Ecological
Crisis, Cambridge Scholars Publishing: UK
SEKIAN

Muhammad Nubli Abdul Wahab


nubli@ump.edu.my
Versi 8

Anda mungkin juga menyukai