Anda di halaman 1dari 7

Kedatangan India ke Tanah Melayu

Kaum India merupakan salah satu kaum yang terbesar di Malaysia selain daripada Melayu dan juga Cina. Kedatangan Kaum India ke Tanah Melayu sebelum ini sedikit sebanyak telah komposisi penduduk tanah melayu dari segi sosial, ekonomi , pendidikan dan lain-lain lagi.

Kedatangan India ke Tanah Melayu sebenarnya bermula sebelum zaman Kerajaan Melayu Melaka iaitu mereka datang untuk menyebarkan pengaruh Hindu dan Buddhai. Sedikit sebanyak dengan penyebaran mereka ini telah menyerap masuk ke dalam budaya dan adat masyarakat Melayu pada ketika itu dan sehingga kini masih dikekalkan. Kedatangan orang India yang dikatakan penghijrahan secara beramai-ramai bermula tahun 1840-an.Dikatakan juga bahawa terdapat dua kategori buruh imigran India di Semenanjung iaitu kategori pertama adalah kumpulan banduan dan kumpulan tawanan manakala kategori kedua adalah kumpulan terdiri dari buruh kuli kontrak. Kumpulan banduan ini sebenarnya adalah golongan yang dibuang oleh Penjajah Inggeris yang berada di India ke negeri jajahan Inggeris yang lain. Kumpulan banduan ini bermula pada tahun 1790 hingga tahun 1860.Seterusnya kumpulan tawanan adalan kumpulan dimana tawanan yang dibawa dari Bangkahulu apabila termetrai perjanjian Inggeris- Belanda 1824. Kategori kedua adalah dari buruh kontrak. Tetapi buruh kontrak ini telah berubah dan dimajukan dan dipanggil sebagai sistem Kangani. Sistem Kangani ini berfungsi dengan lebih kemas dan teratur dimana terdapat seorang ketua pengurus.

Pada tahun 1900, kedatangan orang India ke Tanah Melayu telah meningkat. Ini kerana pada tahun tersebut tanaman getah mula diperkenalkan di Tanah Melayu. Tanaman getah ini mula diusahakan secara perladangan oleh syarikat orang Eropah terutama di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.Ini juga sedikit sebanyak disebabkan oleh sikap orang Melayu ada ketika itu yang tidak suka untuk bekerja dalam tanaman getah.Akhirnya kemasukan orang India bagi membantu menjalankan aktiviti tanaman getah sehingga tanaman getah menjadi satu aktiviti perladangan yang pesat di Tanah Melayu pada ketika itu. Melalui perusahaan penanaman getah, orang India secara automatiknya telah berkumpul dan menetap di kawasan estet. Secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya polarisasi tempat tinggal diantara sesuatu kaum tersebut di Malaysia.

Dari aspek pendidikan, orang India turut mementingkan pendidikan bagi anak mereka walaupun mereka bekerja di kawasan estet. Pada waktu itu, sekolah Tamil didirikan di kawasan estet. Di sekolah Tamil tersebut, mereka mempunyai kurikulum mereka yang tersendiri. Mereka masih lagi menggunakan buku-buku teks yang dibawakan khas dari Negara India dan tidak ada kurikulum pendidikan yang selaras diantara satu aliran sekolah dengan yang lain. Jadi secara tidak langsung tidak ada rasa semangat sayangkan tanah air iaitu Malaysia dapat diterapkan dalam jiwa anak orang India pada ketika itu. Tetapi terdapat juga orang India yang menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris. Sekolah Inggeris ini dibina di kawasan Bandar yang juga turut dimasuki oleh orang Cina. Apabila orang India memasuki Sekolah Inggeris maka mereka mendapat peluang yang cerah untuk masa depan mereka.

Polarisasi Kaum Sudut Ekonomi Ini semua bertitik tolak dari tragedy 13 Mei 1969. Pada ketika itu berlaku rusuhan diantara kaum sehingga munculnya Dasar Ekonomi Baru iaitu DEB. Dasar ini yang bermula pada tahun 1970 hingga tahun 1990. Dua objektif utama yang boleh didapati melalui penubuhan DEB iaitu bertujuan membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat di Malaysia. Sebelum wujudnya DEB kaum Melayu kebanyakannya tinggal diluar Bandar, kaum Cina di kawasan perlombongan dan kawasan Bandar manakala kaum India tinggal di kawasan lading-ladang. Ini sedikit sebnyak telah menyebabkan ke tidak percayaan diantara sesuatu kaum itu. Bagi membantu orang Melayu yang pada ketika era penjajahan sehingga merdeka berada di bawah kemiskinan, kerajaan telah melaksanakan pelbagai kemudahan untuk orang Melayu. Orang Melayu yang miskin telah diberikan keutamaan seperti program subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan, serta program rumah murah. Secara tidak langsung membantu masyarakat Melayu agar tidak jauh ketinggalan dengan bangsa lain.Antara strategi yang telah dirancangkan ialah: 1. Memastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dikalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurangkurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi. 2. Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sector produktif. Perhatian khusus akan ditumpukankepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain. 3. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin luar Bandar.

Dari sudut Pendidikan.

Munculnya Laporan Razak 1956, dimana setiap aliran sekolah diwajib menggunakan kurikulum di Malaysia dan diberi pembiayaan dan sokongan sesuai dengan kedudukannya sebagai sekolah rendah jenis kebangsaan.

Cara kemasukan kaum India ini juga melalui suatu sistem yang dicipta oleh British.Ianya dipaggil sebagai sistem kontrak ataupun indented labour.Sistem ini digunakan untuk menggalakkan dan untuk menarik perhatian rakyat India untuk datang ke Tanah Melayu dan berkerja sebagai buruh disini.Sistem ini mula diperkenalkan pada tahun 1820 yang mana pada asalnya digunakan untuk megambil buruh untuk bekerja di ladang-ladang tebu dan kopi.Namun apabila British memerlukan tenaga buruh yang besar untuk pembangunan sektor getah di Tanah Melayu,ejen perkerja yang kebanyakan berada di Madras dan Nagapatinam telah menggiatkan usaha untuk menambah jumlah buruh India yang hendak berkerja di Tanah Melayu. Pekerja yang akan ke Tanah Melayu akan menandatangani satu kontrak yang mana disebutkan beberapa perkara utama seperti tempoh berkerja yang dipersetujui, dan perkara-perkara yang difikirkan perlu ada didalam kontrak tersebut.Apabila kontrak telah dimeterai,majikan akan menguruskan pemergian mereka ke Tanah Melayu dan akan dibayar gaji.Setelah kontrak pekerjapekerja ini tamat,mereka dibenarkan pulang ke India ataupun diberi peluang untuk terus berada di Tanah Melayu dan berkerja disini. Selain sistem kontrak,sistem kangani turut digunakan untuk menarik kemasukan masyarakat India ke Tanah Melayu.Melalui sistem kangani ini,pengusaha ladang atau majikan dikehendaki menghantar seorang kangani pulang ke India untuk menarik seramai mungkin mereka yang mahu berkerja di Tanah Melayu.Setiap kangani akan dibayar mengikut jumlah perkerja yang dapat dicari,menggunakan wang yang diberikan oleh majikan itulah,kangani membiayai tambang dan kos-kos lain untuk membawa masuk buruh dari India.Apabila tiba di Tanah Melayu,pekerja-pekerja ini akan berkerja dibawah kawalan kangani yang membawa mereka.

Anda mungkin juga menyukai