Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

Bangsamoro merupakan komuniti yang beragama islam dan berstatus golongan minoriti di
Filipina. Umat Islam di Filipina menjadi kaum minoriti adalah didorong oleh kedatangan
imigran Kristian dari Filipina Utara ke Filipina Selatan.1 Agama Islam di Filipina telah
berkembang ekoran daripada kedatangan pedagang-pedagang Muslim Arab pada abad ke
10 Masihi.2 Bangsamoro atau dikenali juga sebagai orang Moro ini telah mengalami
beberapa konflik yang sehingga kini masih lagi tidak mencapai jalan penyelesaiannya.
Konflik di wilayah selatan Filipina yang membabitkan gerakan pembebasan orang Moro
menentang kerajaan pusat di Manila ini sebenarnya telah melalui sejarah yang panjang.
Perjuangan orang Moro dilihat telah bermula sejak tahun 1565 apabila wilayah mereka telah
diletakkan di bawah pemerintahan kolonial Sepanyol.3 Walaupun, secara hakikatnya
Sepanyol tidak mengambil alih wilayah Moro secara sah. Selepas tamatnya Perang Dunia
Kedua, Filipina masih lagi terus berhadapan dengan masalah keselamatan dalam negara dan
salah satu puncanya adalah penentangan dari orang-orang Moro di Selatan.

Setelah Republik Filipina mencapai kemerdekaan, masyarakat Moro hidup dalam


keadaan yang daif kerana terpaksa menjalani hidup dalam keadaan yang penuh kemiskinan
serta diskriminasi oleh pemerintah Filipina.4 Orang Islam di Filipina harus berjuang dari
penindasan pemerintahan Filipina dan melawan komuniti Kristian yang lebih diiktiraf oleh
pemerintah Filipina. Awal tahun 1970-an, beberapa peristiwa politik telah membawa impak
yang besar kepada masyarakat Islam di Filipina. Konteks ini dapat dibuktikan dengan
berlakunya peristiwa pembunuhan di Jabidah, pada tahun 1968. Menurut laporan, dalam
peristiwa Jabidah ini 28 orang pelatih tentera yang kebanyakannya dari suku Tausug dan
Sama dari Sulu dan Tawi-tawi telah dibunuh.5 Situasi ini menjadi lebih rumit lagi apabila
siasatan yang dijalankan tidak melakukan sebarang penangkapan suspek.6 Situasi ini jelas
telah menyebabkan orang islam melakukan persepsi bahawa peristiwa ini dilakukan oleh
orang Kristian. Justeru, dapat dilihat bahawa peristiwa ini telah memberikan titik tolak
kepada kepada konflik antara Islam-Kristian di selatan Filipina.

1 Gowing & Peter G., Muslim Philipines: Heritage and Horizon, Quezon City: New day Publications, 1984, hlm. 42.
2 Ibid., hlm. 45.
3 Powell, A.. “The Mindanao Conflict: Ethnic Tensions in the Southern Philippines” 2010
4 Op.cit., hlm. 46.
5 Lingga dan Abhound, The Struggle of the bangsa Moro people for National Liberations, Cotabato City, 1980,
hlm.61.
6 Ibid.
Pemberontakan masyarakat Moro di selatan Filipina bermula apabila undang-undang
tentera telah dikuatkuasakan di Filipina pada bulan September 1972.7 Pengisytiharan
undang-undang ini dilakukan oleh Ferdinand Marcos yang ketika itu merupakan Presiden
Filipina atas alasan Filipina berada dalam situasi bahaya akibat daripada ancaman komunis
dan golongan pemisah. Oleh itu, orang Moro telah melakukan tindakan awal dengan
melakukan Pemberontakan Moro di selatan Filipina yang dipimpin oleh Moro National
Liberation Front (MNLF).8 MNLF telah diasaskan oleh oleh Nur Misuari yang merupakan
Professor University of Philippines. Penentangan yang dilakukan ini sudah semestinya
dipengaruhi oleh keinginan untuk mempertahankan agama islam dan tanah air mereka.
Sungguhpun begitu, MNLF menjadi mangsa kepada pergolakan dalaman dari segi
kepimpinan. Konflik dalaman ini seterusnya telah melahirkan beberapa organisasi baru yang
memperjuangkan ‘self-determination’ bagi Bangsamoro. Pertubuhan-pertubuhan yang
muncul ekoran daripada perpecahan ini termasuklah Moro Islamic Liberation Front (MILF)
pada tahun 1984.

MILF yang dipelopori oleh Salamat Hashim telah menjadikan agama Islam sebagai
ideologi rasmi pertubuhan. Salamat Hashim juga memegang jawatan pengerusi MILF
sehinggalah kematian beliau pada Julai 2003. Ekoran daripada keadaan politik dalaman yang
semakin teruk, MILF dilaporkan telah beberapa kali melakukan serangan yang diisytiharkan
sebagai perang jihad. Perang jihad ini dikatakan sebagai balasan kepada serangan tentera
keatas Camp Abubakar.9 Malah, MILF juga telah melancarkan beberapa serangan bom di
Manila pada penghujung tahun 2000. Isu utama dalam konflik ialah berkaitan hak orang
Moro yang ingin menentukan masa depan sendiri dan pembentukan sebuah negara-
bangsamoro. Sehubungan itu, penentangan orang Moro ini juga didasari oleh
ketidakpuashatian mereka terhadap dasar-dasar pemerintah yang dilihat bersifat
diskriminasi terhadap golongan minoriti.10 Konteks ini dipercayai oleh orang Moro akan
mengancam identiti dan budaya mereka. Justeru, penulisan ini akan memaparkan dengan
lebih lanjut idea dan pendekatan perjuangan Moro MILF.

7 Hilario Molijon Gomez, The Muslim Filipina Rebelion and Changes to the Mission and the Ministry of the
Christian Church in Filipines, Mhicican University, 1992, hlm. 164.
8 Ibid., hlm. 165.
9 Lingga dan Abhound, Ibid., hlm. 70.
10 Gowing & Peter G, Ibid., hlm. 64.
KESIMPULAN

Bangsamoro atau ‘moor’ adalah gelaran yang diistilahkan sendiri oleh penjajah Sepanyol
yang membawa maksud orang-orang yang buta huruf, jahat, tidak bertuhan dan
huramentados iaitu tukang bunuh11. Gelaran sedemikian sejak dari itu telah melekat kepada
masyarakat Islam yang tinggal di Filipina. Masyarakat Islam adalah sekelompok komuniti
yang besar di Filipina sebelum kedatangan sepanyol bahkan Islam merupakan agama kedua
terbesar yang dianut rakyat Filipina selepas agama Kristian Katolik. Sehingga kini
bangsamoro masih terus dikenali sebagai moro dan meneruskan identiti etnik, budaya dan
agama yang dianuti dari zaman berzaman ekoran kegagalan Sepanyol menjajah kawasan
yang didiami oleh bangsa ini. Perjuangan bangsamoro dalam mempertahankan wilayah dan
identiti mereka telah melahirkan sebuah pertubuhan baru yang dikenali sebagai Moro
Islamic Liberation Front (MILF) seperti yang diterangkan di atas.

Masyarakat Islam di Filipina telah ditindas sejak zaman kolonial Sepanyol lagi dan ia
berlarutan sehingga kemerdekaan Filipina. Pada awal kemerdekaan Filipina kedamaian yang
diharapkan oleh bangsamoro adalah bayangan semata-mata. Diskriminasi terhadap mereka
terutamanya semasa pemerintahan Marcos berlaku secara halus yang mana muslihat untuk
mendapatkan wilayah yang didiami oleh masyarakat Islam di Selatan Filipina untuk tujuan
pembangunan ekonomi. Justeru itu, MILF adalah organisasi pertama yang mengangkat
senjata ditubuhkan untuk memperjuangkan bangsa ini. 12
Bangsamoro telah berjuang
sehabis baik untuk keluar dari kepompong penindasan yang dilakukan terhadap mereka.
Sememangnya penderitaan yang dialami masyarakat Islam di Selatan Filipina tidak pernah
berhenti malah ia saling berlanjutan dari zaman penjajahan lain ke penajajahan yang lain.
Misalnya semasa peperangan antara Sepanyol dan Amerika Syarikat, Sepanyol telah kalah
dan wujudnya sebuah perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Paris13.

Perjanjian tersebut dimeterai sebagai tanda penyerahan Filipina kepada Amerika


Syarikat sepenuhnya pada 10 Disember 189814. Sepanjang penjajahan Sepanyol ke atas

11
Muhamad Nur Rohim, Risky Riastuti, Yusuf Kurniawan dan Surya Apriansyah, Perjuangan Muslim Moro di
Filipina, Universitas Negri Sebelas Maret Surakarta, 2014, hlm. 8.
12 T.J.S George, Revolt In Mindanao: The Rise Of Islam In Philipin Politics, Oxford University Press, 1980, hlm.
32.
13 Nugroho, Sejarah dan Prospek Perdamaian di Moro, Laporan Khusus, Harian Republika, 22 September 1996,
1996.
14
Ibid.
Filipina, kuasa ini tidak pernah berjaya untuk menguasai dan memiliki kawasan Selatan
Fiipina iaitu wilayah Moro.15 Meskipun demikian, dalam perjanjian tersebut Sepanyol telah
memasukkan wilayah ini. Perkara ini memperlihatkan bahawa wilayah Moro telah dikuasai
Amerika Syarikat tanpa sebarang peperangan. Walaupun wilayah ini dikatakan berada dalam
kekuasaan Amerika, kolonial ini telah membuat perjanjian yang diketahui sebagai perjanjian
Kiram Bites pada 2 Februari 1899 yang mana dalam syarat perjanjian tersebut Amerika tidak
akan campur tangan dalam pemerintahan sultan dan pembesar di wilayah Moro. Perjanjian
yang dipersetujui bersama menyebabkan masyarakat Islam bersatu dengan bangsa lain di
Filipina dan membentuk sebuah negara yang baru dan satu di bawah pemerintahan Filipina
selepas Amerika memberi kemerdekaan kepada Filipina.

Kehidupan masyarakat bangsamoro di Selatan Wilayah berasa tidak adil sepanjang


bersatu. Hal ini adalah kerana masyarakat Kristian dari Luzon dan Visayas telah dibawa
masuk ke wilayah Moro bagi memuaskan hati rakyat Filipina yang ketika itu mendesak untuk
memiliki tanah.16 Rentetan daripada itu, bangsamoro semakin tertindas di wilayah sendiri
dan terpaksa meninggalkan tanah air ke kawasan berdekatan iaitu Sabah.17 Sejak dari itu
bangsa ini atau MILF berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan diri dan
memperjuangkan hak mereka sebagai Indigenous dan masyarakat Islam di wilayah selatan
Filipina.

15 Lingga, Abhound, The Struggle of The Bangsa Moro People For National Librations, Cotabato City, 1980, hlm.
37.
16 Saiful Muzani, Pembangunan dan Kebangkitan Islam di Asia Tenggara, Jakarta: LP3ES, 1993, hlm. 203.
17 Ramli Dollah & Eko Prayitno Joko, Dasar Memakmurkan Jiran dan Penglibatan Malaysia Dalam Proses
Keamanan di Selatan Filipina, Universiti Malaysia Sabah, 2015, hlm. 91.
RUJUKAN

Gowing & Peter G.. 1984. Muslim Philipines: Heritage and Horizon. Quezon City: New day

Publications.

Hilario Molijon Gomez, 1992. The Muslim Filipina Rebelion and Changes to the Mission and

the Ministry of the Christian Church in Filipines. Mhicican University.

Lingga dan Abhound. 1980. The Struggle of the Bangsa Moro People For National

Liberations. Cotabato City.

Muhamad Nur Rohim, Risky Riastuti, Yusuf Kurniawan dan Surya Apriansyah. 2014.
Perjuangan Muslim Moro di Filipina. Universitas Negri Sebelas Maret Surakarta.

Nugroho. 1996. Sejarah dan Prospek Perdamaian di Moro. Laporan Khusus. Harian
Republika. 22 September 1996.

Powell, A.. 2010. “The Mindanao Conflict: Ethnic Tensions in the Southern Philippines”.

Ramli Dollah & Eko Prayitno Joko. 2015. Dasar Memakmurkan Jiran dan Penglibatan
Malaysia Dalam Proses Keamanan di Selatan Filipina. Universiti Malaysia Sabah.

Saiful Muzani. 1993. Pembangunan dan Kebangkitan Islam di Asia Tenggara. Jakarta:

LP3ES.

T.J.S George. 1980. Revolt In Mindanao: The Rise Of Islam In Philipin Politics. Oxford
University Press.

Anda mungkin juga menyukai