Anda di halaman 1dari 31

Imperialisme Belanda semakin kukuh khususnya selepas meraih kemenangan dalam Perang Jawa sekitar tahun

1825 sehingga 1830 dimana mereka berjaya mendominasi keseluruhan kegiatan politik di Jawa. Penglibatan
Belanda dalam urusan pentadbiran dan ekonomi di Jawa Indonesia sebenarnya telah mencecah lebih kurang
200 tahun. Walaupun begitu, kemenangan Belanda dalam Perang Jawa telah menyebabkan mereka menghadapi
krisis kewangan yang serius kerana peperangan tersebut telah menelan dana yang besar. Dikatakan bahawa
kewangan Belanda hampir lumpuh lebih-lebih lagi selepas tercetusnya pemberontakan di Belgium serta Perang
Napoleon. Malah, Belanda juga terpaksa menanggung bebanan hutang Verenigde Oostindische Compagnie atau
V.O.C yang berjumlah 134 juta guilder. Oleh yang demikian, situasi ini dijadikan sebagai alasan Belanda untuk
melancarkan Imperialisme di Indonesia. pada tahun 1830, Belanda telah memperkenalkan Sistem Tanaman
Paksa di Indonesia. Sistem Tanaman Paksa ini juga dikenali sebagai Sistem Kultur, Sistem Rodi Kopi atau Rodi
Tanaman. Melalui sistem ini, para petani Jawa diwajibkan untuk menyerahkan tanaman dagangan untuk
dieksport ke pasaran dunia. Tanaman yang dijalankan terbahagi kepada dua iaitu, tanaman tahunan dan
tanaman bermusim. Antara tanaman yang wajib digiatkan ialah, Kopi, Tebu dan Nila yang pada ketika itu
mempunyai nilai yang tinggi tetapi memerlukan pengurusan yang rendah sahaja yakni sesuai dengan usaha
kerajaan Belanda yang ingin menjimatkan kos. Terdapat juga tanaman yang dilaksanakan berskala kecil iaitu,
tembakau, lada, teh dan kayu manis. Belanda sebenarnya berhasrat menjadikan Jawa sebagai aset berharga
dalam tempoh yang singkat melalui penghasilan komoditi pertanian yang boleh dijadikan barangan eksport
untuk dijual kepada pembeli dari Eropah dan Amerika.

Sistem Tanaman Paksa Didakwa Dilaksanakan Secara Agresif dan Tidak Dapat Dipertahankan
Dari Sudut Moral.

1)Tempoh pekerjaan yang cukup lama.

Menurut perjanjian, para petani hanya dikehendaki bekerja selama 66 hari dalam setahun. Namun hakikatnya,
tempoh pekerjaan mereka melebhi tempoh tersebut. Malah, para petani mesti bekerja untuk mengusahakan
tanaman kerajaan sebelum mengusahakan tanaman sendiri. Keadaan ini menjadikan para petani mengusahakan
tanaman kerajaan dalam tempoh yang lama sehingga tidak memiliki masa untuk mengusahakan tanaman
sendiri. Malah, terdapat petani yang bekerja selama 200 hingga 225 hari. Seterusnya, hampir semua keluarga-
keluarga petani terlibat dengan pengusahaan tanaman dagangan. Misalnya, keluarga petani di Pulau Jawa yang
terlibat dalam sistem ini mencapai jumlah sebanyak 70 peratus. Pada tahun 1840, penduduk yang terlibat dalam
sistem ini di Banten Indonesia mencapai jumlah 92 peratus. Manakala pada tahun 1845, sejumlah 97 peratus
penduduk terlibat dalam sistem ini di kawasan Kedu Indonesia.
Ramai diantara petani yang tidak menerima upah. Keadaan ini memaksa mereka untuk bekerja lebih lama di
kawasan tanaman paksa berbanding tanaman sendiri. Menurut D.G.E Hall, tempoh penanaman kopi adalah
selama 90 hari. Hal ini kerana petani dipaksa untuk membina jalan dan jambatan di beberapa kawasan di Jawa.
Selain itu, penindasan yang paling ketara adalah yang dialami oleh penduduk yang mengusahakan tanaman nila
di daerah Parahyangan khususnya kaum lelaki. Mereka diarahkan mengerjakan tanaman nila selama 7 bulan
dan sepanjang tempoh ini, mereka dilarang pulang ke kampung halaman. Tambahan, ladang nila yang
diusahakan terletak jauh dari kediaman asal mereka. Keadaan ini menyebabkan sawah-sawah di kampung
halaman mereka tidak terurus dengan baik apabila sekembalinya mereka ke kediaman asal masing-masing.
2)Golongan Petani Tidak Mendapat Upah dan Kekurangan Pendapatan.
Para petani yang bekerja dalam sistem tanam paksa dibawah pemerintahan Belanda bukan sahaja dikehendaki
bekerja dalam tempoh yang lama. Malah, ramai di antara mereka yang menerima upah sedikit sahaja. Bahkan,
kebanyakan mereka tidak menerima sebarang upah. Keadaan ini menyebabkan pemerintah-pemerintah Belanda
dianggap tidak berperi kemanusiaan kerana menggunakan tenaga manusia secara berlebihan tetapi tidak
membayar upah yang sepatutnya. Di kawasan Rembang misalnya, seramai 34 ribu keluarga telah dipaksa
bekerja selama 8 bulan setahun dan diberi upah sebanyak 3 duit sehari sahaja.

Selain itu, petani yang mengusahakan tanaman tebu akan diberi upah bergantung kepada kuantiti gula yang
mampu dihasilkan sahaja. Pemberian upah yang sedikit ini menyebabkan para petani sukar untuk menyara
keluarga kerana duit yang diperoleh tidak cukup untuk menampung sumber makanan seisi keluarga. Tambahan,
para petani juga diminta untuk menanggung segala kerugian yang berlaku walaupun bukan kerana kecuaian
para petani tetapi kerana bencana alam. Dalam hal ini, pihak Belanda memperlihatkan sikap mereka sebagai
pemerintah yang tidak mengotakan janji seperti yang telah dipersetujui dalam Perlembagaan 1834 dan tidak
mengambil peduli mengenai kebajikan para petani.
3)Masalah Kebuluran dan Kematian.

Kebanyakan petani yang telah menyerahkan tanah kepada pihak Belanda untuk perusahaan tanaman dagangan
menyebabkan mereka tidak dapat mengusahakan tanaman sendiri untuk menampung jumlah keperluan
makanan seisi keluarga. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan berlakunya gejala kebuluran
khususnya pada tahun 1843 sehingga tahun 1850. Gejala ini kali pertamanya berlaku di Cheribon pada tahun
1843. Manakala gejala kebuluran yang paling teruk dicatatkan pada tahun 1849 sehingga tahun 1850 telah
berlaku di Jawa Tengah melibatkan seramai 300 000 orang penduduk.

Pemberian upah yang sedikit kepada petani yang mengusahakan tanaman juga menyebabkan golongan
petani beserta keluarganya tidak dapat meneruskan kelangsungan hidup sehingga membawa kepada kematian.
Selain itu, kematian dalam kalangan penduduk juga berlaku akibat daripada layanan buruk dari pihak pemerintah
Belanda. Misalnya, pemerintah Belanda memperlakukan petani sewenang-wenangnya dengan memaksa secara
kekerasan, melakukan penyiksaan secara pukulan, rotan dan penelanjangan agar petani mahu melakukan
pekerjaan mengikut arahan.

Kadar kematian yang tinggi telah menyebabkan penurunan jumlah penduduk. Pada tahun 1849, telah berlaku
penurunan jumlah penduduk iaitu seramai 336 000 kepada 120 000 penduduk di kawasan Demak. Seterusnya
di daerah Grabogan, jumlah penduduk berkurang daripada 89 000 kepada 9 000 orang sahaja. Manakala di
daerah-daerah lain seperti di Jawa Tengah, kekurangan penduduk berlaku akibat jangkitan wabak penyakit.
Bahkan menurut Van Niel, pada tahun 1837 sehingga tahun 1851, ramai penduduk di Jawa telah berhijrah keluar
ke kota-kota dan kawasan pantai untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam sistem tanam paksa. Menurut
satu Laporan bertarikh 19 Januari 1835 daripada pentadbir Koloni Jawa, menyatakan ada petani yang bekerja
keras sehingga mati. Mereka hanya akan dibayar dengan makanan setelah menyerahkan hasil tanaman kepada
ketua mereka. Laporan ini ditulis semasa beliau melawat ladang nila di Jawa Barat.
Kelebihan Dan Keuntungan Sistem Tanaman Paksa Kepada Masyarakat Jawa di Indonesia

1)Golongan Ketua Kampung

Sistem Tanaman Paksa mewajibkan para petani bekerja dibawah arahan pembesar dan pegawai yang dikenali
sebagai Wedana. Wedana bertugas sebagai ketua kampung yang berperanan untuk mengarah dan mengawasi
para petani dalam mengusahakan tanaman mereka untuk tujuan komersial. Mereka dilantik setiap tiga tahun
oleh Gabenor Jeneral. Di bawah sistem ini, golongan ketua kampung mendapat keuntungan dari pihak Belanda.
Sistem ini berfungsi dengan semakin tinggi hasil yang diusahakan petani-petani tersebut, maka semakin banyak
ganjaran yang perolehi oleh ketua- ketua kampung.

Gabenor Jeneral Johanes Van Den Bosch menggunakan ketua- ketua kampung untuk mengawasi petani-
petani. Ketua- ketua kampung diperlukan kerana pada masa itu penduduk Jawa masih terikat dengan sistem
feudal. Sistem feudal di Indonesia memperlihatkan kedudukan ketua kampung atau penghulu sebagai golongan
yang memerintah. Ketua kampung merupakan ketua pentadbir di peringkat kampung yang dilantik dari kalangan
rakyat biasa. Mereka menjadi orang perantaraan antara rakyat biasa dengan pembesar. Jawatan ketua kampung
ini tidak dibayar gaji tetap tetapi pendapatannya diperolehi daripada bayaran hasil sebahagian pendapatan para
petani.

Ketua-ketua kampung mampu mempengaruhi penduduk di kawasannya untuk mengerjakan tanaman


eksport. Kesannya, kos pentadbiran Belanda di Jawa dapat dikurangkan dan keuntungan Belanda meningkat.
Ketua-ketua kampung dibebaskan daripada mengusahakan tanaman tanaman paksa malah mereka menikmati
banyak keuntungan daripada sistem ini. Pemerintah tertinggi Belanda memberikan kuasa kepada ketua-ketua
kampung dan pegawai-pegawai Belanda untuk menindas para petani. Ketua-ketua kampung dan pegawai-
pegawai Belanda akan diberikan ganjaran atau Cultuurprocenten sekiranya petani-petani di bawah pengawasan
mereka berjaya memberikan hasil tanaman seperti yang ditetapkan atau lebih daripada itu. Oleh yang demikian,
petani-petani di bawah pengawasan mereka akan dipaksa menanam tanaman dagangan untuk mendapatkan
pulangan yang lebih.

Walaupun Gabenor Jeneral Johanes Van den Bosch menubuhkan Pejabat Urusan Tanaman Dagangan
untuk mengawasi dan menguruskan penghasilan tanaman serta melindungi rakyat daripada tindakan pagawai-
pegawai Belanda dan ketua-ketua mereka, tetapi penubuhannya tidak dipedulikan. Oleh yang demikian, petani-
petani semakin ditindas kerana semakin banyak lebihan hasil tanaman, semakin banyak keuntungan yang
mereka perolehi. Para petani di Jawa sangat menderita. Ketua-ketua kampung dan pegawai-pegawai Belanda
ini hanya mementingkan keuntungan yang mereka perolehi. Van Niel menyatakan ramai penduduk di Jawa telah
berhijrah keluar antara tahun 1837 hingga tahun 1851 kerana mahu mengelakkan diri daripada mengusahakan
tanaman paksa. Mereka berhijrah kota-kota ataupun kawasan pantai.

2)Aspek Ekonomi

Dari aspek ekonomi, Sistem Tanaman Paksa sedikit sebanyak membantu meningkatkan taraf kehidupan
para petani di Jawa. Sistem ini memperkenalkan sistem upah dalam kalangan petani yang dahulunya hanya
bekerja atas dasar kerjasama dan bergotong royong untuk menampung keperluan kehidupan mereka. Para
petani akan menerima upah apabila mengusahakan tanaman- tanaman yang dikehendaki oleh pegawai Belanda.
Sistem upah ini membuatkan rakyat mula menceburkan diri dalam bidang eksport tanaman dagang yang
membawa keuntungan yang tinggi. Dalam pelaksanaan Sistem Tanaman Paksa, petani harus merelakan
sebahagian tanah pertaniannya untuk tanaman kepada pihak Belanda sehingga berlaku sewa tanah daripada
pihak kolonial terhadap tanah milik penduduk. Secara tidak langsung, rakyat jawa di Indonesia terdedah kepada
aktiviti sewa tanah yang sebelum ini tidak pernah mereka lakukan. Walaupun petani berasa terpaksa, namun
tindakan ini membantu meningkatkan produk tanaman untuk dieksport. Hal ini membuatkan pihak swasta juga
berminat untuk menguasai kegiatan pertanian di Indonesia.

Sistem Tanaman Paksa menandakan bermulanya penanaman tanaman komoditi pendatang di Indonesia
secara meluas. Kopi dan teh yang pada mulanya yang hanya ditanam untuk kepentingan keindahan taman mulai
dikembangkan secara luas. Manakala tebu yang merupakan tanaman asli menjadi popular berbanding pada
masa VOC dan aktiviti perkebunan yang hanya berkisar pada tanaman tradisional mula berubah menjadi
penghasil rempah-rempah seperti lada, pala, dan cengkih. Kepentingan peningkatan hasil dan masalah
kebuluran yang melanda Jawa akibat kemerosotan penghasilan tanaman padi meningkatkan kesedaran
pemerintah koloni akan keperluan untuk meningkatkan hasil komoditi pertanian dan secara langsung
meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui kegiatan pertanian dan penanaman tanaman komoditi.

Melalui sistem ini juga masyarakat Jawa terdedah kepada pelbagai jenis tanaman baru untuk dieksport
seperti cengkih, kopi, lada, nila dan tebu. Tanaman- tanaman ini merupakan tanaman wajib yang harus
diusahakan oleh para petani di bawah pemantauan pihak Belanda. Melalui tanaman ini, masyarakat dapat
mengetahui jenis tanaman yang mempunyai permintaan dan nilai yang tinggi di pasaran luar. Dengan
bertambahnya pengetahuan masyarakat Jawa tentang tanaman eksport ini, maka sudah tentunya kualiti kerja
mereka akan meningkat. Di Jawa Timur, penanaman padi diberi keutamaan selain penanaman tebu kerana
masalah kebuluran dapat diatasi dengan penanaman padi tersebut. Selain itu, mereka juga mengenali teknik
menanam jenis- jenis tanaman baru dan teknologi multicrops dalam kegiatan pertanian.

3)Aspek Sosial

Sistem Tanaman Paksa secara tidak langsung membawa kemajuan kepada rakyat Jawa Indonesia khususnya
dalam mempersiapkan diri untuk menuju ke arah kemodenan. Hal ini kerana, masyarakat Jawa di Indonesia
sebelum kedatangan Belanda mengamalkan cara hidup feudal dan dan tidak terdedah kepada teknologi
mahupun kemajuan. Antara pembaharuan yang dibawa oleh Sistem Tanaman Paksa ini ialah mata wang
diperkenalkan secara besar- besaran sehingga ke lapisan masyarakat terbawah. Hal ini boleh dilihat dengan
aktiviti sewa tanah yang dikendalikan melalui penggunaan wang. Ini sudah tentu merujuk kepada perubahan
dalam kehidupan masyarakat di kampung yang lebih selesa dengan sistem barter iaitu pertukaran barang antara
satu sama lain sebelum ini. Di samping itu, masyarakat Jawa juga semakin berkecimpung dalam bidang
pertanian dan keadaan ini membawa kepada pembukaan sektor- sektor perusahaan di Indonesia.

Perkembangan ini telah mewujudkan jaringan jalan raya, jambatan, saluran air dan sebagainya.
Meskipun tujuannya bukan untuk menaikkan taraf hidup masyarakat Indonesia melainkan untuk kepentingan
pemerintah Belanda sendiri, tetapi hal ini menciptakan kegiatan ekonomi baru orang Jawa dan memudahkan
pergerakan penduduk di pedalaman untuk melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan yang membawa keuntungan.
Walaupun masyarakat Indonesia dipaksa dan dikerah tenaga untuk membuat kerja tambahan selain pertanian,
namun kemudahan- kemudahan yang dibina berjaya membawa kemajuan dan peningkatan taraf hidup dalam
kalangan penduduk di Jawa. Tambahan lagi, sektor industrialisasi semakin berkembang dalam kawasan
pedalaman. Hal ini boleh dilihat melalui peluang pekerjaan yang wujud untuk penduduk Jawa dalam sektor
pembinaan jalan raya, saliran air, jambatan dan sebagainya untuk memudahkan pergerakan dan kerja- kerja
pegawai British yang secara tidak langsung membawa membantu memperbaikkan kualiti hidup masyarakat Jawa
di Indonesia.

Secara keseluruhanya,Sepanjang tempoh perlaksanaan tanaman paksa ini dilakukan iaitu sekitar tahun 1830
sehinggalah 1870 ini dilihat belanda Berjaya mengaut keuntungan yang sangat besar melalui sistem ini iaitu
sebanyak 900 juta guilder. Hal ini juga menyebabkan Belanda Berjaya menyelesaikan hutang-piutangnya di
Eropah dan seterusnya membangunkan kembali Negara Belanda. Namun, keuntungan ini hanya dinikmati oleh
golongan Belanda sahaja. Golongan tempatan hidup dalam derita dan kesengsaraan dan kebajikan mereka juga
tidak terjaga sepenuhnya. Kesannya ramai penduduk desa yang berhijrah seperti ke Bandar dan meninggalkan
wilayah pedalaman menuju ke kawasan pantai.

THAILAND TAK DIJAJAH

Zaman pemerintahan Raja Mongkut atau dikenali sebagai Rama IV dan anakandanya, Chulalongkorn atau
dikenali sebagai Rama V sentiasa dilihat sebagai zaman pemulihan dan pemodenan Siam untuk menyelamatkan
negerinya daripada penjajahan Barat. Mungkin yang lebih penting kepada orang asing ialah hakikat bahawa
Siam dapat mengekalkan kedaulatan negerinya daripada cengkaman penjajahan barat. Kejayaan cemerlang
Siam itu dipandang tinggi oleh mereka kerana Siam merupakan sebuah negeri di rantau Asia Tenggara yang
mendapat kejayaan unggul itu, semasa perluasan kuasa negeri – negeri penjajah dilaksanakan secara hebat
berkesan. Faktor yang membawa kejayaan besar ini ialah kebijaksanaa dan dasar – dasar yang dijalankan oleh
Mongkut dan Chulalongkorn dalam politik antarabangsa.

Politik

a) Dasar Isolasi

Dalam usaha mengekalkan kesejahteraan dan keamanan Thailand, Raja Mongkut telah menamatkan dasar
isolasi iaitu dasar tutup pintu dengan mengantikkan dengan amalan dasar buka pintu kepada kuasa-kuasa barat
terutamanya pedagang-pedangan yang datang dari barat. Hal ini dilakukan oleh Mongkut adalah untuk
mengelakkan berlaku penjajahan ke atas Thailand itu sendiri. Persaingan yang kuat antara kuasa-kuasa barat
pada masa itu telah memberi kesedaran kepada Mongkut akan kebolehan kuasa barat dalam menjajah Thailand
yang secara langsung akan memberi kesan negatif kepada politik ekonomi dan sosial Thailand. Dalam buku King
Mongkut of Siam 1855 telah menyatakan bahawa Mongkut mengalu-alukan kemasukan kuasa barat British yang
di pimpin oleh Sir John Bowring dan berperanan sebagai ketua menteri untuk melakukan beberapa perubahan
dan disokong oleh Raja Mongkut itu sendiri. Kecerdikan yang dimiliki Raja Mongkut juga telah menjadikan
baginda sebagai salah satu pemerintah yang disegani kerana mampu melindungi Thailand daripada menjadi
mangsa jajahan kuasa barat.

Hal ini dilakukan oleh Raja Mongkut dengan mengadakan beberapa perjanjian dengan kuasa barat iaitu British,
Prancis dan Amerika Syarikat. kandungan perjanjian tersebut adalah banyak memberi keistimewaan kepada
kuasa barat terutamanya dalam berdagang di Thailand. Selain daripada itu, kuasa barat juga diberikan
kebenaran dalam mendirikan konsul di Thailand, mendapat hal wilayah asingan, dibenarkan menyebarkan
agama mereka iaitu agama kristian, diberikan kelayakan dalam membeli atau menyewa tanah disekitar Bangkok
serta berlabuh disemua pelabuhan yang terdapat di Thailand.

Isi yang terdapat dalam perjanjian ini secara tidak langsung mengaburi mata kuasa barat daripada menjajah
Thailand kerana mereka sudah diberikan keistimewaan serta keutamaan yang menjadikan kuasa-kuasa barat
tersebut tidak menjajah Thailand. Perjanjian pertama yang ditandatangai oleh Mongkut dengan kuasa barat
adalah perjanjian dengan British pada 18 April 1855 yang dikenali sebagai Perjanjian Bowring. isi perjanjian ini
sama seperti isi perjanjian dengan kuasa barat lain yang dapat didefinisikan sebagai perjanjian berat sebelah
yang mana lebih banyak menjaga kepentingan kuasa barat itu sendiri. Namun bagi Raja Mongkut, baginda akur
dengan perjanjian tersebut bagi mengelakkan aktiviti penjajahan berlaku di Thailand. Disebabkan sikap Raja
Mongkut yang menurut kehendak kuasa barat, maka lebih banyak lagi muncul perjanjian-perjanjian yang tidak
adil dan memihak kepada kuasa barat.

b) Sistem Pentadbiran

Pada awalnya, sistem pentadbiran yang diamalkan oleh Thailand adalah lebih kepada bentuk tradisional dan
kemudian berubah kepada sistem pentadbiran barat selepas kedatangan barat. Sistem pentadbiran tradisional
yang diamalkan melibatkan jawatan dipegang oleh kerabat diraja sahaja. Namun orang barat mula masuk dalam
sistem pentadbiran selepas kedatangan barat ke Thailand dengan menyusun semula sistem pentadbiran
Thailand yang berbentuk tradisional kepada sistem pentadbiran barat.

Seramai 84 orang barat telah diserap masuk untuk berkhidmat dalam pentadbiran Thailand dan mereka dijadikan
sebagai penasihat kerajaan dalam hal pentadbiran. Orang-orang barat yang diserap masuk dalam pentadbiran
Thailand telah dilantik menjadi ketua setiap jabatan. Hal ini kerana pegawai-pegawai Thailand yang sebelumnya
adalah tidak terlatih dalam bahagian teknikal dan kurang kemahiran dalam mentadbir kerajaan Thailand.
sebelum ini, Thailand adalah tidak membenarkan barangan asing masuk dan juga tiada pengeluaran barangan
dalam Thailand ke luar.

Hal ini telah menyebabkan orang barat sukar mendapatkan sumber bekalan beras dari sekitar kawasan asia
tenggara. Oleh yang demikian, Mongkut mengambil langkah dengan membernarkan orang barat berdagang di
Thailand terutamanya golongan pedagang kerana Mongkut merasakan jika dia meneruskan dasar isolasi,
kemungkinan besar kuasa barat akan membuka dasar Thailand secara paksa.

c) Undang-Undang dan Ketenteraan

Masalah undang-undang di Thailand adalah salah satu perkara perlu diteliti kerana ia berkaitan rapat dengan
hubungan di antara Thailand dengan pihak kuasa-kuasa barat. Pada tahun 1897, sebuah suruhanjaya telah
dilantik untuk meneliti semula undang-undang yang wujud di Thailand pada masa itu agar dapat diselaraskan
dengan kehendak kuasa barat. Penghapusan sistem perhambaan jugak merupakan langkah utama Thailand
dalam menyelaraskan undang-undangnya dengan kuasa barat. Hal ini kerana, menurut Mongkut, nasib
negaranya adalah bergantung dengan perubahan yang diadaptasi dari barat.

Oleh yang demikian, Mongkut telah menyesuaikan ideologi dan pemikirannya agar keselamatan negaranya
Thailand tidak terancam kuasa barat. Dari aspek ketenteraan pulak, Raja Mongkut telah menyesuaikan teknik
ketenteraan Barat walaupun keselamatan negaranya sendiri adalah terancam. Hal ini telah menyebabkan tentera
barat memberi khidmat latihan kepada askar Thailand serta mengimport senjata baharu untuk kegunaan
ketenteraan. Angkatan tentera semasa pemerintahan Raja Mongkut tidak mengalami banyak perubahan
sehinggalah zaman pemerintahan Chulalongkorn.

Chulalongkorn turut meberi perhatian pada polisi luar negaranya. Baginda telah meneruskan Dasar Buka Pintu
Mongkut dan menjalin persahabatan dengan Barat melalui beberapa perjanjian persahabatan dan perdagangan.
Pejabat kedutaan asing dibuka di Bangkok dan pejabat kedutaannya dibuka di negara luar seperti London, Paris,
Jepun dan Washington. Baginda mengamalkan dasar diplomasi moden dengan Barat bagi mengekalkan
kemerdekaan Siam seperti menyerahkan 12 kawasan di Laos, Luang Prabang, Seamreap kepada Perancis dan
menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara kepada Britain.

Dari aspek kehakiman, Raja Chulalongkorn pula mengadakan pembaharuan dan penyusunan semula dalam
bidang kehakiman setanding dengan negara Barat. Baginda mengasaskan penubuhan sistem mahkamah
jenayah dan awam, menubuhkan Kementerian Kehakiman dan sekolah undang-undang bagi menggalakkan
pelajarnya mempelajari sistem kehakiman Barat.
Pada tahun 1897, kod undang-undang jenayah baru digubal dan mahkamah jenayah Barat ditubuhkan. Rang
undang-undang ini mencadangkan Mahkamah Konsul dan hak wilayah asingan di Siam ditamatkan. Selain itu,
sistem penjara disusun dan angkatan polis dimodenkan dengan bantuan penasihat British.

2.1.2 Ekonomi

Kesan ekonomi kita boleh lihat apabila perjanjian bowring termetrai. Perjanjian bowring ditantatangani oleh raja
Mongkut dengan British bertujuan untuk mengekal implikasi kepada dasar buka pintu. Bukan itu sahaja, Siam
juga turut menjalankan hubungan dengan kuasa asing lain bagi menjaga negaranya daripada dijajah. Pada
awalnya, Siam mengamalkan dasar isolisasi iaitu, tidak mengadakan hubungan dengan dunia luar dan tidak
wujud aktiviti ekonomi seperti import dan eksport. Namun selepas perjanjia tersebut, telah berlaku perubahan
drastic dalam ekonomi siam apabila kegiatan eksport dan import mula dijalankan. Bilangan kapal dagang di Siam
semakin meningkat seperti pengesportan barangan seperti beras, kayu jati dan gula semakin meningkat. Selain
itu, mata wang turut di perkenalkan. Mata wang diperkenalkan bagi menggantikan sistem tukaran barang.
Melalui sistem ini, memudahkan urusan jual beli di antara Siam dan British. Langkah ini secara tidak langsung
dapat mengelakkn Siam menjadi tanah jajahan kuasa Barat.

a) Sistem Pengangkutan

Sistem pengangkutan dan perhubungan merupaka suatu sistem yang penting dan pelbagi usaha telah dilakukan
di Thailand. Semasa pemerintahan Raja Mongkut, beliau telah melancarkan satu siri perancangan pemodenan
termasuk juga ingin meningkatkan kemudahan – kemudahan infrastruktur di Bangkok. Hal ini disebabkan beliau
merupakan pemerintah modenisme besar dan nasionalis di Thailand.Dari segi sistem pengangkutan, hal ini
terbukti apabila beliau telah membina jalan raya yang sesuai dengan kereta – kereta kuda. Pembinaan jalan
raya ini telah menghubungkan kawasan – kawasan pengeluaran kepada sungai Chao Phraya yang merupakan
jalan perhubungan penting.

Raja Thailand kemudiannya digalakkan menderma untuk pembinaan sistem pengankutan ini sama ada dalam
bentuk wang dan tenaga. Pembinaan jalan raya ini juga dikaitkan dengan dengan kepentingan pihak Barat
kerana memudahkan mereka untuk melakukan sebarang urusan rasmi seperti melakukan rundingan dengan
Raja. Sistem pengankutan yang lebih sistematik ini memudahkan Barat berurus niaga sekali gus merasakan
Thailand bukanlah suatu ancaman kepada Barat. Sistem ini juga membantu aktiviti urus niaga kerana barang –
barang yang dikeluarkan dalam negara dapat diangkut dan dibawa melalui sungai Chao Phraya ke Bangkok.
Bukan sahaja dapat di bawa ke Bangkok malahan dapat dieksport oleh pedagang – pedagang asing yang
datang ke Thailand. Selain itu, dengan adanya sistem pengangkutan masyarakat Thailand juga boleh dihantar
ke negara Barat bagi melanjutkan pelajaran. Secara tidak langsung, perluasan kuasa barat dapat dielakan
disebabkan kebijaksanaa Mongkut membina sistem ini dan menggunakan sistem ini untuk menghantar rakyatnya
untuk menuntut pelajaran. Hal ini kerana, rakyat yang pulang nanti tentunya mempunyai kemahiran intelektual
yang tinggi dan semangat patriotic. Jadi, sistem pengangkutan yang dibina oleh Mongkut dapat mengurangkan
kebarangkalian negara mereka daripada dijajah kuasa Barat.

b) Adat dan Perhambaan

Dalam masa yang sama, Mongkut telah bertindak adil dengan mengambil inisiatif mengurangkan hak – hak
golongan pembesarnya dengan menitikberatkan keperluan rakyat. Keadilan ini menunjukkan kepada Barat
bahawa Thailand sangat prihatin terhadap rakyatnya. Tambahan pula adat – adat yang menghalang kemajuan
Thailand dihampuskan. Sebelum ini, golongan pemerintah hanya tinggal di istana dan rakyat tidak berpeluang
untuk menatap wajah raja.

Namun semua ini berubah apabila Mongkut menaiki takhta dan telah bertemu dengan rakyatnya. Mongkut
telah memerintahkan kepada rakyatnya untuk menatap wajahnya dan usahanya untuk berdamping dengan
rakyat. Perubahan lain dalam adat ini adalah amalan bersujud di hadapan Raja telah dihampuskan sepenuhnya
pada tahun 1873. Sehubungan dengan itu, sistem buruh paksa telah dihapuskan pada 1874 dan digantikan
dengan sistem buruh bergaji. Perubahan ini adalah bagi, menjaga imej Thailand sebagai sebuah kuasa
bertamadun sekali gus menjadi strategi Thailand bagi mengelakkan perluasan kuasa Barat.

c) Agama

Mongkut telah mengasakan sebuah order baru dalam Sangha Thai dan menugaskan seorang menteri baginda
untuk menulis sifat saintifik mengenai ajaran Buddha. Namun begitu, perkara ini tidak menghalang beliau
memperkenalkan dasar sikap liberal terhadap agama – agama lain. Hal ini kerana, Mongkut ini menyesuaikan
ideology dan pemikirannya agar keselamatan negara tidak terancam. Baginda juga membenarkan mubaligh –
mubaligh kristian untuk menyebarkan agama kristian kerana pada masa yang sama golongan – golongan ini
juga turut menyebarkan pengetahuan Barat. Pada 1852, sebuah sekolah kristian telah didirikan di Bangkok.

d) Sistem Pengairan dan Perhubungan

Semasa pemerintahan Mongkut, sistem terusan sememangnya telah dijalankan namun matlamat mereka hanya
untuk memudahkan pengangkutan hasil penanaman padi antara Bangkok dan kawasan pedalaman. Antara
terusan yang dibina semasa pemerintahan Mongkut ialah terusan Maha Sawat dari Bangkok ke Nakhon Chaisi.
Usaha ini mempunyai kesinambungan kerana semasa pemerintahan Chulalongkorn, beliau telah memberi
kebenaran kepada syarikat pengairan untuk membina lebih banyak terusan. Apabila sistem terusan telah dibina,
hal ini menunjukkan bahawa Thailand mengalami suatu peralihan dan pemodenan sekali gus mengelakkan
perluasan kuasa Barat.

e) Pendidikan

Sebelum pendidikan dimodenkan, Thailand menggunakan khidmat sami dan hanya mengajar agama tetapi
setelah kedatangan Barat, Mongkut telah menghadkan kuasa sami dan mula mendapatkan khidmat guru kepada
Barat untuk mengajar kerabat diraja. Hal ini kerana pada zaman Mongkut, orang – orang barat telah digunakan
sebagai tutor dan penterjemah. Rasionalnya, Mongkut merasakan bahawa pencapaian negara bergantung
kepada sebanyak mana mereka belajar daripada Barat, justeru itu perlunya penyesuaian bidang pendidikan
dengan pihak Barat bagi mengelakkan dari berlakunya perluasan kuasa. Sumbangan yang sangat penting ialah
Mongkut tidak mengistiharkan mana – mana pemulihan asas. Walau bagaimanapun, bagi golongan bangsawan,
persediaan pendidikan dan sistem pengambilan juga hampir tidak berubah.

Melalui perubahan – perubahan yang dilakukan, perubahan yang paling berkesan adalah pemberian
pendidikan Barat.Mongkut telah menggalakkan orang barat untuk mengajar penduduk tempatan bagi membantu
membasmi buta huruf. Hal ini disebabkan, masalah buta huruf akan menggangu proses Mongkut memodenkan
Thailand sebagai usaha mengelakkan dari berlakunya perluasan kuasa di Thailand. Beliau telah membenarkan
mereka mengeluarkan buku – buku tanpa sekatan. Selain itu, beliau juga berdamping dengan mubaligh –
mubaligh kristian untuk mempelajari ilmu – ilmu sains dan pelbagai bahasa. Oleh itu, ianya dapat membantu
beliau untuk mengadakan hubungan diplomatic secara langsung dengan Amerika dan Britain dengan mudah.

a) Adat / Budaya / Agama / Kesihatan / Infrastruktur :

Chulalongkorn telah menghapuskan adat bersujud menghadap raja tahun 1873 dan menghapuskan sistem
perhambaan secara berperingkat-peringkat dengan meluluskan Undang-undang Pengabdian pada Ogos 1874.
Amalan buruh paksa dihapuskan dan menggantikan dengan buruh bergaji. Selain itu, amalan perjudian poligami
diharamkan. Chulalongkorn bersikap liberal dan toleransi dalam soal agama. Rakyat Siam diberi kebebasan
menganut sebarang agama yang disukai.

Baginda juga membaiki taraf kesihatan penduduk dengan menubuhkan sekolah perubatan, hospital dan
rawatan percuma untuk membanteras penyakit taun dan cacar dengan bantuan pakar-pakar Barat. Sistem
perhubungan atau infrastruktur diperhebatkan seperti menubuhkan Jabatan Kereta Api Negara. Perkhidmatan
pos dan telegraf diperkenalkan. Jambatan dan terusan dibina sementara sistem kalendar Eropah diperkenalkan
di Siam bagi menguruskan masa secara fleksibel.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, kebijaksanaan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn boleh dikira sebagai individu yang
amat berjasa besar kepada Thailand kerana berjaya membawa Thailand agar tidak dijajah dengan kerakusan
kuasa barat pada ketika itu. Latar belakang Mongkut yang telah mendapat pendidikan barat telah berjaya
menyelamatkan Thailand. Perubahan – perubahan dari segi aspek institusi pentadbiran, ekonomi dan sosial
adalah bagi menyesuaikan keadaan pada ketika itu. Perubahan yang dilakukan ini, bukan sahaja bagi
mengelakkan daripada dijajah, namun telah membawa Thailand kearah pemodenan walaupun terdapat perkara
– perkara yang telah dimansuhkan seperti adat menyembah raja.

PENDAHULUAN

Perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat barat bermula selepas zaman kegelapan di
Eropah atau lebih dikenali sebagai Renaissance telah membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat Eropah
khususnya dari segi pemikiran masyarakat pada waktu. Perubahan ini telah mendorong masyarakat Eropah cuba
mengenali dunia luar dan cuba untuk menaikkan maratabat bangsa sendiri pada dunia luar.

Perkembangan dalam dunia pelayaran ini telah menggalakkan kuasa-kuasa Eropah yang lain berlumba-lumba
bagi mendapatkan kawasan-kawasan yang berfungsi dari segi Ekonomi di negara-negara Asia kerana pada waktu
itu telah berlaku Revolusi Industri yang menyebabkan permintaan terhadap barangan mentah semakin
meningkat dan ini sekaligus telah menyebabkan wujudnya golongan kapitalis yang sentiasa ingin mengaut
keuntungan. Akibat daripada itu munculnya apa yang dikenali sebagai dasar Imperialisme.

Istilah Imperialisme sebenarnya telah lama wujud dikalangan masyarakat Eropah terutamanya sewaktu zaman
Napoleon lagi. Istilah yang diperkenalkan di Perancis pada tahun 1830-an sebenarnya berasal dari perkataan
Imperialiste untuk menunjukkan betapa ulungnya empayar Napoleon. Ini menggambarkan istilah ini telah
sinonim dengan dunia Eropah dan ianya amat berhubung kait dengan perluasan sesebuah wilayah atau sesebuah
empayar. Imperialisme mula diketengahkan di negara-negara Asia apabila kuasa-kuasa Eropah besaing bagi
menguasai negara-negara di Asia.
IMPERIALISME, KOLONIALISME, DAN MERKANTILISME

Dalam menerangkan konsep imperialisme, para sarjana tidak lepas daripada mengaitkan konsep-konsep
Kolonialisme dan juga merkantilisme. Walaupun konsep-konsep ini berlainan dari segi maksudnya, tetapi ketiga-
tiganya berkait antara satu sama lain dan apa yang pasti ketiga-tiga konsep ini adalah amat merujuk kepada
motif ekonomi.

Imperialisme berasal dari perkataan latin iaitu imperium yang merujuk kepada perhubungan antara sesebuah
kuasa harmoni dengan wilayah-wilayah lain dibawahnya. Secara umumnya imperialisme adalah merujuk kepada
sistem pemerintahan serta perhubungan ekonomi dan politik negara-negara yang kaya dan berkuasa, mengawal
dan menguasai negara-negara lain yang lazimnya mundur dan miskin dengan tujuan mengekspolitasi sumber
yang ada di negara-negara berkenaan supaya menjadi lebih kaya dan berkuasa.

Menurut Wan Abdul Rahman Latif dalam bukunya “sejarah perkembangan tamadun dunia”, mendefinisikan
imperialisme sebagai suatu fahaman atau kecenderungan dan kegiatan sesebuah masyarakat atau negara
meluskan penguasaannya terhadap masyarakat atau negara lain. Kecenderungan itu boleh timbul disebabkan
faktor ekonomi, politik, kebanggaan bangsa, tamadun, agama, kekuatan tentera atau persaingan dengan kuasa
yang lain . Konsep imperialisme ini juga digunakan bagi merangkumi gerakkan perluasan masyarakat atau negara
bangsa tertentu untuk membina sebuah empayar.

Kolonialisme adalah berasal daripada perkataan koloni atau tanah jajahan yang ditakluk oleh kuasa-kuasa asing
yang bermotifkan ekonomi. Kolonialisme juga dapat diertikan sebagai pengembangan kekuasaan sebuah negara
atas wilayah dan manusia di luar batas negaranya, seringkali untuk mencari dominasi ekonomi dari sumber daya,
tenaga kerja, dan pasaran wilayah. Menurut peneori keterbengantungan seperti Andre Gunder Frank,
berpendapat bahawa kolonialisme sebenarnya menuju ke pemindahan kekayaan dari daerah yang dikolonisasi
ke daerah pengkolonisasi, dan menghambat kejayaan pengembangan ekonomi. Manakala pengkritik post-
kolonialisme seperti Franz Fanon berpendapat bahawa kolonialisme merosak politik, psikologi, dan moral negara
terkolonisasi.

Menurut Wan Abdul Rahman Latif pula, istilah kolonialisme membawa makna yang berbeza mengikut masa ia
digunakan dan beliau juga telah memberi dua pengertian terhadap istilah ini. pertama kolonialisme adalah
bermaksud proses sesuatu kuasa mendapatkan kawasan petempatan baru melalui kaedah penaklukan dan
penghijrahan. Pengertian kedua pula lebih merujuk kepada dasar melalui kegiatan imperialisme. Daripada
definisi ini dapat menunjukkan bahawa imperialisme adalah amat berhubung kait dengan kolonialisme.
Imperialisme lebih dimengertikan sebagai usaha mencari kekayaan melalui pencerobohan, penyerangan, dan
penindasan serta persaingan tidak sihat. Kolonialisme pula merupakan dasar penguasaan dan eksplotasi yang
menjadi kaedah mencapai kekayaan tersebut.

Istilah mekantilisme pula adalah lebih merujuk kepada suatu dokrin ekonomi, dasar ekonomi dan falsafah moral.
Ianya adalah suatu dasar ekonomi yang dijalankan oleh negara-negara barat berikutan kemunculan negara
bangsa. Matlamat utama dasar ini adalah untuk menambahkan kekayaan, kekuasaan, dan kebajikan negara
melalui pemilikan sumber-sumber bahan mentah yang berharga. Ini menunjukkan bahawa matlamat utama
dasar mekantilisme adalah untuk memiliki sumber galian seberapa banyak yang boleh kerana sumber tersebut
adalah sandaran kepada mata wang dan asas kepada kekayaan dan kekuatan sesebuah negara.

TEORI IMPERIALISME DI ASIA TENGGARA

(i) Teori Marxist dan Teori Liberal

Kemajuan ekonomi yang berlaku di negara-negara Eropah yang disebabkan oleh revolusi industri yang berlaku
pada akhir abad ke-18 telah memberi pengaruh yang kuat kepada imperialisme barat. Persaingan dikalangan
kuasa-kuasa Barat bagi mencari kawasan untuk dijadikan koloni terutamanya di Asia Tenggara yang pada ketika
itu dikenali sebagai sebuah kawasan yang kaya dengan sumber bahan mentah telah menyebabkan kuasa-kuasa
Barat melancarkan dasar imperialisme di Asi Tenggara bagi menguasai negara tersebut. Fenomena ini telah
menyebabkan pelbagai teori imperialisme telah muncul bagi memperjelaskan penyebab utama berlakunya
imperialisme di Asia Tenggara.

Hakikat sebenarnya imperialisme yang berlaku di negara-negara Asia Tenggara adalah disebabkan oleh faktor
ekonomi. Berikutan dengan berlakunya revolusi industri dan kemajuan teknologi di Eropah, ianya juga turut
memajukan ekonomi negara Eropah. Dengan itu permintaan terhadap bahan mentah semakin meningkat dan
ini mendorong kepada golongan berkepentingan mencari altenatif lain dengan menguasai kawasan-kawasan
yang kaya dengan sumber-sumber bahan mentah dan ini sekaligus dapat menyediakan kawasan bagi
memasarkan barangan daripada Eropah. Faktor inilah yang telah mendorong kuasa-kuasa barat menguasai
negara-negara Asia. menurut Wan Abdul Rahman Latif, terdapat dua sebab utama yang mendorong berlakunya
imperialisme,
“ pertama,huraian yang menunjukkan perkembangan imperialisme berpunca daripada perkembangan
keadaan di Eropah. Kedua, huraian yang menunjukkan perkembangan keadaan di kawasan pinggir seperti Afrika
dan Asia menjadi punca perluasan imperialisme.”

Berdasarkan kepada penyataan ini, beliau cuba menerangkan bahawa keadaan di Eropah adalah disebabkan
revolusi industri manakala keadaan di Afrika dan Asia adalah kekayaan sumber ekonomi yang diperlukan oleh
masyarakat Eropah. Oleh itu, teori Liberal dan teori Marxist amat relevan bagi menerangkan imperialisme yang
berlaku di negara-negara Asia kerana kedua-dua teori ini menekankan kepentingan ekonomi sebagai pencetus
dan pendorong utama imperialisme. Keuntungan ekonomi dikatakan menjadi daya tarikan utama imperialisme
dan istilah imperialisme disama-ertikan dengan eksploitasi .

Menurut teori Liberal yang dikemukakan oleh seorang tokoh sosialis iaitu J.Hobson yang terkenal dengan
bukunya Imperialisme: A Study pada tahun 1903, mendakwa bahawa imperialisme Britain adalah sesuatu yang
dirancang atau dimastermind oleh para industrialis Inggeris demi kepentingan mereka sendiri. Menurut beliau
setelah peringkat awal industrialisasi dilalui, para kapitalis di Britain mendapati produk mereka di pasaran dalam
negara telah melebihi paras permintaan .

Disebabkan itulah para kapitalis berusaha bagi mencari altenatif lain dengan cuba mencari pasaran baru luar
dari Eropah bagi memperdagangkan hasil keluaran barangan mereka, dalam masa yang sama juga mereka
berharap kerajaan akan menangung kos untuk merealisasikan rancangan tersebut. Denagan itu jentera kerajaan
haruslah digesa atau didesak bagi mencapai tujuan tersebut. Setelah daerah di seberang laut dikuasai dan
pasaran telah tersedia, maka para industrialis serta kegiatan ekonomi akan menyusul. Melalui cara sedemikian
itu, maka bertapaklah imperialisme .

Walaupun teori ini menekankan golongan kapitalis sebagai pendorong utama berlakunya imperialisme, tetapi
perkara utama dalam teori ini adalah tertumpu kepada ekonomi. Disebabkan kemajuan ekonomi maka
imperialisme mula bertapak. Teori J.Hobson ini amat jelas digambarkan daripada peristiwa yang menimpa negara
Vietnam iaitu salah satu daripada wilayah di Indo-China. Penguasaan Perancis di Vietnam amat jelas sekali
memperlihatkan watak yang dimainkan oleh para golongan kapitalis. Golongan berkepentingan di Vietnam telah
memainkan isu agama bagi membolehkan Perancis menguasai hampir keseluruhan wilayah Vietnam dan
Indochina.

Perancis juga seperti kuasa-kuasa Barat yang lain ingin mendapatkan kawasan baru dan berusaha bagi
menguasai perdagangan di wilayah Asia Tenggara. dan kawasan yang menjadi tumpuan adalah Indochina iaitu
di Vietnam. Perancis sebelum ini telah pun menyimpan hasrat bagi memonopoli perdagangan di wilayah Asia
dan bagi merealisasikan hasrat tersebut tumpuan adalah diberikan kepada negara China. Perancis cuba
menjalinkan hubungan berbaik-baik dengan negara China dan demi menjaga kepentingan perdagagangan di
China Perancis perlu mencari satu kawasan yang sesuai bagi memelihara kepentingan tersebut. Disebabkan
itulah Perancis berusaha menguasai Vietnam kerana wilayah tersebut terletak di pintu masuk ke China.

Hanya atas alasan ingin membela nasib penganut-penganut agama Kristian di Vietnam, Perancis telah
menggunakan alasan tersebut agar dapat campur tangan di wilayah tersebut. Dalam pada masa yang sama,
mubaligh kristian telah datang berdakwah di Vietnam sejak abad ke-17 lagi dan kegiatan itu telah menyebabkan
ramai penduduk Vietnam memeluk agama kristian. Mereka yang memeluk agama kristian telah meninggalkan
adat tradisi mereka dan ini telah menimbulkan kemarahan kerajaan Vietnam. Sebagai tindak balas, kerajaan
Vietnam telah menghalau keluar mubaligh kristian dan menindas penduduk Vietnam yang beragama kristian.
Atas kesempatan tersebut Perancis mengambil peluang bagi campur tangan di Vietnam.

Penaklukan Perancis di Vietnam diikuti penguasaannya yang lebih luas di Kemboja dan Laos. Pada peringkat
awal penguasaan Perancis di Indochina, pihak tentera laut memainkan peranan utama dalam pentadbiran
kawasan itu. Kemudiannya, dengan kemunculan sekumpulan ahli parlimen Perancis yang dikenali sebagai
persatuan Kolonial, urusan pentadbiran tanah jajahan mula dipindahkan kepada pihak awam . Walaupun
penguasaan Perancis keatas Vietnam pada mulanya diselindungi dengan alasan bagi membela nasib para
penganut agama kristian, namun hasrat utama Perancis jelas terlihat apabila penguasaan terhadap ekonomi
Vietnam dilakukan oleh Perancis. Selain itu juga, tanah jajahan yang diperolehi di Indochina adalah demi
kepentingan saudagar dan para pengusaha. Ianya jelas kelihatan apabila para pengusaha perancis telah bergiat
mengeksploit sumber alam dan tenaga manusia diIndochina dengan pembukaan ladang secara besar-besaran.

Selain teori Liberal yang dikemukakan oleh J.Hobson, teori Maxist yang didukung oleh Lenin juga dapat
menerangkan keadaan sebenar imperialisme di Asia Tenggara. menurut Lenin,

“Imperialisme adalah kapitalis di tahap perkembangan bilamana dominasi monopoli dan modal kewangan
(finance capital) telah mula bertapak kukuh;bilamana kepentingan pengeksportan modal telah menjadi begitu
ketara; bilamana pembahagian dunia dikalangan kumpulan pemodal antarabangsa telah bermula; bilamana
pembahagian daerah-daerah didunia di kalangan kuasa-kuasa kapitalis sudah di sempurnakan”

Lenin cuba menerangkan Imperialisme adalah merupakan suatu fenomena yang tidak seimbang antara Eropah
yang maju dengan negara-negara yang mundur dalam bidang permodalan, sains dan teknologi. Fenomena ini
wujud disebabkan suatu proses pengumpulan modal berlaku lebih awal di Eropah dan di Amerika Syarikat akibat
revolusi perindustrian. Disebabkan negara-negara Eropah lebih maju dari segi teknologi, lebihan modal, malah
ditambahkan lagi dengan berlakunya revolusi industri akibat berkembangnya sektor perusahaan telah
mendorong kuasa-kuasa Barat mencari kawasan-kawasan baru yang kaya dengan sumber bahan mentah.
Disamping keperluan barang mentah kawasan-kawasan tersebut juga adalah berkepentingan didalam
memasarkan barangan kilang yang dihasilkan.

Dalam masa yang sama, pergolakan politik serta keadaan anarki yang berlaku terutamannya di negara-negara
Asia Tenggara yang terkenal sebagai wilayah yang kaya dengan sumber bahan mentah telah memberi peluang
kuasa Eropah menyempurnakan kesemua keperluan tersebut. Bagi kuasa-kuasa Eropah Negara-negara Asia
adalah negara-negara yang mundur terutama dari segi teknologi. Hal ini jelas melalui aktiviti perlombongan di
jalankan dinegara-negara Asia, walaupun kegiatan melombong Bijih Timah telahpun mula dijalankan namun
kegiatan tersebut hanya dijalankan secara kecil-kecilan dengan menggunakan peralatan tradisional sahaja dan
hanya dikalangan golongan pembesar sahaja. Namun selepas kedatangan kuasa-kuasa Barat, pengunaan
jentera mula diperkenalkan dan ekspolitasi bahan mentah dilakukan secara besar-besaran.

Disebabkan kekayaan sumber ekonomi ini menambahkan lagi minat kuasa-kuasa barat bagi menguasai sumber
ekonomi tersebut dan mengaut keuntungan daripadanya. Dalam keadaan negara-negara yang kucar-kacir akibat
pergolakan politik dalam negeri, kuasa-kuasa Barat mengambil peluang tersebut untuk campur tangan dalam
pentadbiran negara-negara Asia Tenggara dan peluang tersebut tentunya digunakan sebaik mungkin bagi
memonopoli kesemua sumber ekonomi yang ada.

Campur tangan Belanda di Indonesia amat jelas mengambarkan keinginan kuasa tersebut bagi menguasai
ekonomi yang terdapat dinegara tersebut. Indonesia yang sememangnya terkenal sebagai kepulauan rempah
telah menarik kuasa Eropah sejak dahulu lagi. Indonesia diiktiraf sebagai negara kelima terkaya di dunia
terutamanya dari segi sumber alamnya. Indonesia juga kaya denagn sumber asli seperti timah, bauksit, arang
batu, emas, perak, berlian, serta sumber tanaman lain seperti tembakau, kayu-kayan dan rempah-ratus .
Kekayaan dari segi sumber rempah-ratus seperti di Acheh dan kepulauan Maluku, iaitu Ternate dan Tidor
mendorong Belanda untuk campur tangan dalam penmtadbiran Indonesia bagi menguasai perdagangan tersebut.

Selain imperialisme Belanda di Indonesia, Imperialisme Sepanyol di Filipina dan imperialisme British di India
juga memperlihatkan dasar imperialisme yang disokong oleh faktor ekonomi. Kekayaan negara- negara Asia
tersebut mendorong kuasa Barat tersebut beruasah bagi menguasai negara-negara tersebut. Penguasaan British
di India pada asalnya adalah bagi mendapatkan sumber bekalan bagi kapas bagi perusahan tekstil di Eropah
kerana pada waktu itu bekalan kapas dari Amerika Utara tidak lagi mudah diperolehi. Disebabkan itu, kuasa
Eropah ini beralih ke India bagi mendapatkan bekalan kapas. Bekalan kapas hanya diperolehi melalui
penguasaan kawasan tanaman kapas yang sedia ada ataupun mewajibkan penanaman kapas di kawasan baru
yang di kuasai. Namun imperialisme British merebak keseluruh wilayah India apabila mendapati kawasan
tersebut mempunyai potensi dari segi ekonomi tambahan pula persaingan daripada kuasa-kuasa Eropah yang
lain bagi mencari tanah jajahan di Asia menggalakkan lagi British untuk menguasai keseluruhan India dan
seterusnya campur tangan dalam pentadbiran negara tersebut.

Manakala imperialisme yang berlaku di Filipina juga memperlihatkan persaingan dua kuasa besar di kawasan
tersebut iaitu diantara Sepanyol dan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat yang sebelum ini terkenal sebagai
sebuah negara yang menentang imperialisme tetapi telah terlibat dengan dasar imperialisme apabila dikaburi
dengan kekayaan sumber asli di Filipina. Sepanyol yang menguasai Filipina sejak abad ke-16 lagi yang juga
menguasai negeri tersebut bagi kepentingan ekonomi telah disingkirkan oleh Amerika Syarikat. Kepentingan
ekonomi yang terdapat di negara tersebut telah menyebabkan berlakunya persaingan dikalangan kuasa-kuasa
Barat kerana wujudnya lebih banyak golongan kapitalis yang sentiasa ingin mengaut keuntungan dan misi utama
pada waktu itu juga adalah lebih kepada mencari kekayaan.

Tidak dinafikan bahawa terdapat pelbagai faktor lain yang menyebabkan berlakunya imperialisme di Asia
Tenggara, namun apa yang jelas penguasaan kuasa-kuasa Eropah keatas negara-negara asia adalah lebih
didorong oleh faktor ekonomi. Revolusi industri yang berlaku dinegara Eropah dan dalam masa yang sama
kemajuan teknologi serta lebihan modal telah memajukan ekonomi di negara-negara Eropah, yang
membangkitkan lagi semangat imperialisme dikalangan kuasa-kuasa Barat.

Oleh itu, teori Maxist yang dikemukakan oleh Lenin dan teori Liberal yang dikemukakan oleh J.Hobson amat
releven didalam memperjelaskan imperialisme yang berlaku di Asia Tenggara. Kekayaan dari sumber bahan
mentah menjadi pendorong utama kuasa barat menguasai Asia Tenggara. Keinginan menguasai Asia Tenggara
telah wujud sejak kepulauan Moluccas ditemui lagi, yang mana kepulauan tersebut kaya dengan sumber rempah.
Kuasa-kuasa Eropah hanya menunggu masa yang sesuai bagi menguasai negara tersebut. Disebabkan
berlakunya pergolakan politk dalam negeri dan perpecahan dikalangan masyarakat tempatan, kuasa-kuasa Barat
mula mengambil peluang tersebut untuk campur tangan dan seterusnya menguasai negara tersebut. Malahan
pelbagai cara dilakukan oleh pihak Barat bagi mengaut keuntungan di negara Asia.

Salah satu contoh permainan politik kotor imperialisme ialah ‘Perang Candu’ menentang China.Great Britain
mula menyeludup masuk dadah candu yang ditanam di India ke China sejak suku pertama abad ke-19.
Penyeludupan candu ini telah dipertingkatkan dari masa ke semasa untuk mndapatkan defisit yang baik di dalam
dagangan luar. Lambakan dadah ini ke negara ini telah memberi kesan yang melemahkan autoriti negara china
terhadap jajahannya sendiri. Keruntuhan masyarakat akhirnya mencapai ke satu dimensi yang serius.
Pengharaman candu yang terpaksa dilakukan oleh kerajaan China setelah sekian lama merasa ragu, telah
membawa kepada Perang Candu yang pertama (1838-1842). Tidak dapat di nafikan lagi bahawa peperangan ini
telah menyebabkan China muflis. China terpaksa menundukkan kepalanya kerana penyusutan angkatan
tenteranya di dalam setiap konfrontasi dengan kuasa luar dan menerima permintaan mereka yang sentiasa
meningkat. Barat pula telah mula menduduki kawasan jajahan China sedikit demi sedikit daripada tahun 1842.
Mereka telah mengambil pelabuhan konsesi daripada tangan China, menyewa ladang-ladang mereka, dan
memaksa negara tersebut membuka kepada negara luar dengan cara yang memberikan keuntungan yang
melipat ganda kepada mereka. Hasil daripada ini, kemiskinan di dalam negara, kelemahan kerajaan, dan
kehilangan kawasan jajahan China secara perlahan-perlahan, telah membawa banyak pemberontakan .

Ternyata apapun alasan kuasa barat melancarkan darsar imperialisme di Asia namun ianya adalah didorong
oleh faktor ekonomi dan ianya amat berkait dengan teori Marxis dan teori Liberal yang dikemukakan kerana
ianya menekankan faktor ekonomi ditambah keingginan golongan kapitalis mengaut keuntungan sebagai punca
utamna imperialisme.

(ii) Teori Imperialisme Konservatif

Selain teori Marxist dan Teori Liberal terdapat pelbagai lagi teori yang menerangkan imperialisme yang berlaku
di Asia Tenggara. salah satunya teori yang diketengahkan oleh Disraeli, Rhodes dan Rudyard iaitu teori
imperialisme Konservatif. Mereka sependapat menyatakan bahawa imperialisme dilakuakn adalah kerana
“tanggungjawab kuasa Barat”. Orang barat bangga dengan kebudayaan dan peradabaan yang tinggi, kerana
kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Kuasa barat telah menjadikan alasan ini untuk menjalankan dasar
imperialisme mereka termasuklah di Asia Tenggara.

Namun teori ini tidaklah jelas menggambarkan keadaan sebenar imperialisme yang berlaku di Asia kerana pada
waktu itu negara-negara Asia telahpun mempunyai sistem pentadbiran yang tersendiri dan teratur. Namun
disebabkan berlakunya pergolakan politik dalam negeri dan berlakunya anarki telah membuka peluang kuasa
Barat campur tangan di negara-negara Asia.

Salah satu contoh yang jelas adalah Imperialisme Perancis di Vietnam. Ianya adalah berkaitan dengan teori
konservetif yang dikemukakan ini. persengketaan awal Vietnam dan Perancis adalah berpunca dari
agama.terutama selepas pemerintahan Minh Mang ataupun Trien Tri yg cuba menyekat penyebaran Kristian
dikalangan rakyat melalui pemerintahan, penganiayaan, dan pembunuhan. Pada tahun 1855, Raja Napoleon III
menimbang permintaan mubaligh kristian untuk campur tangan selepas kematian Bishop Sepanyol laksana
tuntutan mubaligh. Justeru Perancis percaya berazam laksanakan tanggungjawab mereka demi mentamadunkan
orang Vietnam. Perancis percaya, rakyat Vietnam mengalukan kedatangan mereka sebagai pembebasan
daripada kerajaan asli. Namun ternyata imperialisme Perancis ke Vietnam adalah didorong oleh keinginan
menguasai perdagangan dan ekonomi di Vietnam dan golongak kapitalis giat mengeksploitasi sumber ekonomi
di Vietnam.

(iii) Teori Politik

Fieldhouse dan Robinshon adalah merupakan antara mereka yang mengutarakan perkiraan politik, strategi
atau militer dan persaingan kuasa dikalangan kuasa-kuasa Eropah sebagai faktor utama atau kritikal di sebalik
imperialisme kuasa-kuasa Barat . Teori politik imperialisme adalah merupakan satu manifesto keseimbangan
kuasa dan ia juga adalah satu proses yang mana dua bangsa cuba mencapai satu keuntungan atau faedah
dalam pengekalan status quo. Perlumbaan mendapatkan tanah jajahan telah menjadi satu kemestian bagi
negara-negara Eropah kerana bagi mereka kawasan-kawasan jajahan adalah lambang kekuatan dan kekuasaan.
Pemilikan tanah jajahan pada masa itu telah dilihat sebagai seoleh-olah satu petanda atau pengiktirafan yang
kuasa itu telah menjadi kuasa penting tidakpun tidak kuasa besar. Sesebuah negara dianggap perlu mempunyai
tanah jajahan di seberang laut yang menjadi simbol dan prestij sesebuah negara tersebut.

Namun teori politik ini dapat disangkal sama sekali apabila imperialisme yang berlaku di Asia Tenggara adalah
lebih didorong oleh faktor ekonomi. Biarpun imperialisme sesetengah negara itu telah didorong oleh faktor militer,
tetapi faktor militer itu sendiri sememangnya dipengaruhi oleh perhitungan ekonomi. Faktor persaingan kuasa
juga boleh dilihat didalam konteks yang sama. Malah telah dihujahkan bahawa penaklukan keatas tanah jajahan
yang ketandusan sumber pun, mempunyai agenda ekonomi .

Oleh itu, dapatlah dikatakan faktor Ekonomi adalah pendorong utama imperialisme di Asia Tenggara, namun
tidak dinafikan terdapat faktor lain yang mendorong tercetusnya imperialisme di Asia Tenggara. ini menunjukkan
teori Marxist yang disokong oleh Lenin dan teori Liberal yang dikemukakan oleh J.Hobson adalah relevan didalam
menerangkan imperialisme yang berlaku di Asia Tenggara.

PENUTUP
Imperialisme yang berlaku di Asia Tenggara adalah amat di dorong oleh faktor ekonomi. Kemajuan ekonomi
di Eropah yang diakibatkan oleh revolusi perindustrian mendorong kuasa-kuasa Barat untuk bersaing bagi
mencari serta menguasai koloni di seberang laut untuk mendapatkan bahan mentah dan pasaran. Keadaan ini
telah mewujudkan persaingan antara kuasa-kuasa imperialis Barat menguasai kawasan luar Eropah termasuklah
Asia Tenggara. teori Maxist dan teori Liberal adalah relevan didalam menerangkan keadaan imperialisme yang
berlaku di Asia Tenggara kerana Kedua-dua teori ini walaupun berbeza, namun tetap menekankan ekonomi
sebagai punca utama berlakunya imperialisme. Disebabkan kekayaan yang dimiliki oleh negara-negara Asia
Tenggara telah menarik minat kuasa-kuasa Eropah bagi menguasai negara-negara Asia dan sekaligus
memonopoli sumber ekonominya. Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa teori Liberal dan teori Marxist adalah
teori yang paling relevan di dalam menerangkan imperialisme yang berlaku di negara-negara Asia Tenggara.
Akibatnya, imperialisme Barat telah membawa pelbagai perubahan terutamanya dari aspek ekonomi, sosial dan
juga politik di Asia Tenggara.

KOLONIAL BRITISH DI BURMA DAN KESAN

Dari segi politik, British telah memperkenalkan Akta Kampung 1887 yang dibuat oleh Crosthwaite pada 28
Oktober 1887. Tujuan Akta Kampung ditubuhkan sebenarnya adalah untuk mengekalkan keamanan dan
mengumpulkan hasil cukai yang dikenakan ke atas ketua dan kampung-kampung. Akta ini juga bertujuan
menjadikan ketua kampung sebagai alat utama untuk menguasai rakyat dengan memberikan sedikit kuasa dan
sokongan undang-undang kepada ketua kampung. Selain itu, melalui Akta Kampung 1887, British telah
memperkenalkan konsep tanggungjawab kolektif terutamanya apabila melibatkan pembunuhan pegawai-
pegawai British, tanggungjawab penduduk kampung untuk menangkis setiap serangan musuh dan kuasa
pegawai daerah memindahkan individu serta saudara-mara mereka yang dianggap subversif. Crosthwaite
telah mengakui undang-undang seperti Akta Kampung cukup berkesan untuk mengamankan daerah-daerah
yang sentiasa bergolak setiap kali berlaku perubahan kerajaan di pusat seperti yang berlaku di Sagaing, Shwebo,
Ava dan Hilir Chindwin.

Kesan daripada pelaksanaan Akta Kampung 1887 tersebut, seluruh penduduk kampung di Sagaing yang telah
memberi bantuan kepada pihak musuh telah dipindahkan dan sebuah kampung lain yang telah berbuat demikian
telah didenda. Berikutan tindakan yang dijalankan tersebut, akhirnya telah berjaya memaksa seorang
pemimpin gerakan anti-British menyerah diri bersama dengan 42 orang pengikutnya pada bulan Mei 1890.
Pengenalan Akta kampung ini juga telah berjaya mengamankan keadaan di daerah-daerah yang bergolak dan
keadaan yang tidak terkawal berjaya dibendung oleh pihak British. Selain itu, Pihak British telah berjaya
memansuhkan kuasa-kuasa ketua kampung yang sebelum ini memiliki kuasa dan pengaruh yang kuat terhadap
penduduk tempatan. Namun selepas Akta Kampung 1887 diperkenalkan oleh British myothugy-myothugy dan
taikthugy-taikthugy telah dimansuhkan dan beransur-ansur unit sosial dan politik bumiputera yang terbesar telah
termusnah dan corak pentadbiran yang tetap secara langsung telah dikuatkuasakan dengan daerah kampung-
kampung telah diletakkan di bawah kuasa pegawai pentadbiran awam iaitu myo-ok atau pegawai pentadbiran.

perlembagaan Dyarchy (dua pihak yang bebas) yang telah diperkenalkan pada tahun 1921 berikutan
bantahan yang keras telah muncul dengan tiba-tiba di Burma dan perkembangan politik yang telah mengejutkan
semua pihak. Semangat kebangsaan Burma telah memuncak dan mereka telah memulaukan serta membuat
tuntutan untuk berkerajaan sendiri. Oleh itu, British telah memutuskan untuk meluaskan ke Burma
perlembagaan Dyarchy seperti yang telah diperkenalkan ke beberapa wilayah India yang lain oleh Rang Undang-
undang Kerajaan India pada tahun 1919. Jawatankuasa Pembaharuan Burma yang dipengerusikan oleh Sir
Frederick Whyte telah membuat butir-butir lanjut tentang peraturan baharu. Walaupun terdapat puak-puak
pelampau dalam kalangan ahli-ahli politik Burma mencela pemerintahan dua kuasa bebas sebagai tidak
mencukupi, namun Burma telah menjadi sebuah wilayah Gabenor pada tahun 1923. Namun dalam
menubuhkan sebuah wilayah Gabenor tersebut, Negara-negara Syan, Bukit Kerenni dan Tribal telah dikecualikan
daripada turut serta. Hal ini dikatakan sebagai langkah pertama untuk menuju ke arah “ Kesedaran kerajaan
bertanggungjawab yang progresif”. Dalam hal ini Majlis Mesyuarat Undangan telah bertambah ahlinya menjadi
103 orang dan di antaranya 79 dipilih mengikut hak mengundi cara demokrasi, 2 orang adalah bekas pegawai
dan 22 orang dilantik kerajaan telah ditugaskan kepada gabenor berserta dengan Majlis Kerja yang terdiri
daripada dua orang anggota yang menjaga Perkara-perkara Khas, dan dua orang Menteri yang
bertanggungjawab kepada majlis mesyuarat undangan yang menjaga Perkara-perkara Perpindahan. Perkara-
perkara Khas yang dimaksudkan ialah hal-hal pertahanan, undang-undang, keamanan dan hasil cukai. Manakala
Jabatan yang boleh dipindahkan ialah Jabatan Pelajaran, kesihatan umum, kehutanan, dan eksais. Hak untuk
mengundi juga telah diberikan kepada ketua keluarga tanpa mengira jantina dan 19 tahun sebagai had umur
yang paling rendah sekali.

Kesan daripada pelaksanaan tersebut, pemerintahan Dyarchy dapat memberi peluang kepada kedua-dua
belah pihak untuk mengkaji politik masing-masing. Apabila Suruhanjaya Simon tiba pada tahun 1928 untuk
meninjau semula perlaksanaan pembaharuan-pembaharuan yang telah diperkenalkan pada 1923. Suruhanjaya
ini telah melaporkan menyokong pengasingan dan mencadangkan beberapa kemajuan perlembagaan. Hal ini
juga memberi kesan kepada pemikiran rakyat tempatan yang secara tiba-tiba mereka telah menukar fikiran
terhadap soal pengasingan. Dr.Ba Maw, seorang pemuda yang bercita-cita tinggi untuk memegang tampuk
pimpinan politik telah mengisytiharkan dengan lantangnya mengenai Burma yang sekiranya dipisahkan dari
India akan menyebabkan kadar kemajuan perlembagaan menjadi lambat daripada India.

EKONOMI = dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan pendatang asing ke Burma. Orang India tiba di
Myanmar sebelum kedatangan British lagi. Selepas tahun 1852, kedatangan orang India semakin rancak
disebabkan ekonomi yang terdapat di Burma. Oleh kerana keadaan mereka terutamanya yang berasal dari
Madras, Benggala dan Uttar Pradesh mengalami kemiskinan, kemarau dan kebuluran telah menyebabkan mereka
datang ke Burma. Tambahan pula galakan daripada kerajaan penjajah telah memudahkan lagi mereka untuk ke
Burma. Pada tahun 1881, penduduk berbangsa India di Myanmar tidak termasuk Arakan berjumlah 129,566
orang atau 4.1 peratus daripada seluruh penduduk tempatan. Selepas tahun 1852, Myanmar Hilir mula
menerima penghijrahan dari Myanmar Hulu, Arakan dan kawasan sekitarnya sehingga bangsa Mon tenggelam
dalam budaya bangsa Burman. Myanmar juga menerima penghijrah dari India yang tertumpu di Myanmar Hilir
dan Arakan. Pendatang India ini juga dikatakan telah memberi sumbangan yang besar terhadap ekonomi di
Burma.

Kesan daripada galakan penjajah terhadap penghijrahan pendatang asing ialah apabila berlaku kemelesetan
ekonomi lewat tahun 1920-an dan sepanjang 1930-an, orang asing tersebut telah menjadi mangsa kemarahan
dan kecaman rakyat tempatan sehingga menimbulkan persengketaan ras iaitu orang India dengan Burman dan
agama Islam dengan Buddha. Sebenarnya masalah ini telah timbul sejak Arakan dibanjiri oleh penghijrahan
dari Benggala dan penduduk tempatan tidak menyenangi kehadiran mereka dengan jumlah yang banyak. Pada
tahun 1870-an, pentadbir penjajah melaporkan sikap antiasing yang begitu ketara di Arakan walaupun selepas
tahun 1852 Arakan telah tersisih daripada pertumbuhan ekonomi yang pesat. Selain itu, dengan kemasukan
imigran asing ini kadar kependudukan di Burma juga telah bertambah. Pada tahun 1881, penduduk berbangsa
India di Myanmar tidak termasuk Arakan berjumlah 129,566 orang daripada seluruh penduduk tempatan dan
meningkat kepada 800,024 orang pada tahun 1931. Orang India juga dikatakan tinggal berselerak di seluruh
Myanmar dan bilangan yang paling ramai bertumpu di Yangon selain Bandar-bandar utama yang mempunyai
sektor industri yang sudah berkembang. Myanmar juga telah menerima kemasukan orang Eropah khususnya
Britain, orang Cina dan Armenia. Terdapat juga golongan kacukan hasil perkahwinan orang tempatan dan orang
asing seperti zerbadi iaitu antara wanita tempatan dengan lelaki India-Muslim.
SOSIAL=Sistem pendidikan penjajah telah diperkenalkan kepada penduduk tempatan. Namun sedikit sahaja
jumlah penduduk tempatan yang mendapat pendidikan sehingga sekolah menengah atas dan peringkat yang
lebih tinggi. Tujuan penjajah hanya untuk nmengeluarkan graduan yang boleh mengisi jawatan-jawatan dalam
kerajaan mahupun firma-firma asing amnya British. Peluang memasuki Universiti rata-ratanya dibolot oleh
pelajar bukan Burma khususnya yang berbangsa India. Ciri-ciri pendidikan penjajah dapat dilihat secara ringkas
seperti semua sekolah dikelaskan mengikut umur murid-murid dan bahasa pengantar. Sekolah rendah ialah
mereka yang berumur 6 hingga 10 tahun, sekolah menengah antara 10 hingga 14 tahun dan sekolah menengah
atas antara 14-16 tahun. Bahasa pengantar iaitu bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua di sekolah campuran
berserta dengan bahasa Burman. Sekolah Inggeris pula menggunakan bahasa Inggeris. Bagi pihak penjajah,
bahasa Inggeris penting dalam pendidikan kerana dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan dapat membantu
sebuah kerajaan yang baik dan meningkatkan tamadun Myanmar. Oleh itu, British telah memperkenalkan mata
pelajaran ilmu kira-kira, ukur tanah, sejarah Eropah, astronomi dan asas geometri kepada murid-murid tempatan
di Sekolah Inggeris dan Sekolah Campuran. Jabatan Pendidikan telah ditubuhkan pada 1866 bagi menjalankan
tanggungjawab mengawasi dengan lebih menyeluruh bermula dengan persekolahan menengah rendah.
Pendidikan di sekolah mubaligh pula, mereka telah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
bermula di Tenasserim dan Arakan selepas tahun 1826 dan diikuti Pegu selepas tahun 1852. Malah di Mandalay,
ketika zaman pemerintahan Mindon, terdapat sekolah mubaligh yang dikendalikan oleh paderi Amerika Syarikat.

Kesan daripada pendidikan British ini, maka berkembanglah sistem pendidikan di Burma dan melahirkan
golongan yang cerdik pandai serta melahirkan golongan politik seperti Paw Tun dan Aung Htoon Gyaw walaupun
mereka pro-British. Kemajuan pendidikan di Burma telah berkembang apabila kewujudan Universiti Rangoon
yang mengikut model Oxbridge (Oxford Cambridge). Bilangan pelajar yang juga telah bertambah apabila seramai
2400 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran di Universiti berkenaan pada tahun 1940. Malahan pelajar-pelajar
tersebut mendapat tenaga pengajar yang berwibawa seperti D.G.E. Hall (sejarah), John F.Cady (sejarah), J.R.
Andrus (ekonomi), dan Gordon Luce (arkeologi). Semua lulusan universiti ini akan berpeluang untuk diserap
dalam perkhidmatan awam seperti pendidikan dan kesihatan. Universiti Rangoon juga dikatakan turut
melahirkan para pemimpin politik tempatan dan akhirnya menjadi pemimpin negara seperti Aung San.

Selain itu, kesan daripada dasar pendidikan British di Burma, sekolah biara telah dipinggirkan kerana tidak
terdapat satu usaha yang serius dilakukan oleh pihak British untuk menyerapkan sekolah tersebut dalam
pendidikan penjajah. Bilangan sekolah biara juga telah merosot apabila penduduk tempatan memilih sekolah
Inggeris yang dianggap lebih menjamin masa depan mereka dari segi peluang pekerjaan. Malahan ibubapa juga
tidak teragak-agak untuk menghantar anak mereka ke sekolah mubaligh walaupun mereka sedar anak-anak
mereka akan terdedah kepada agama Kristian. Namun mereka sedar bahawa jawatan yang tinggi dan bergaji
besar hanya akan diberikan kepada orang Burma yang mahir berbahasa Inggeris dan ilmu akaun.

KESIMPULAN=British yang telah menakluki Burma pada 1 Januari 1886 telah membuat beberapa dasar. Dasar
British di Burma sebenarnya telah membawa Burma ke arah berkerajaan sendiri. Pelbagai perubahan yang telah
dilakukan oleh penjajah dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Sama ada dasar British tersebut memberi
manfaat kepada penduduk tempatan atau sebaliknya, namun masyarakat tempatan akhirnya bangkit untuk
mendapatkan hak mereka dan mereka telah diberi peluang untuk mengundi dan berkerajaan sendiri.

2.1.3 DASAR ETIKA.

Kegagalan dasar liberal yang sepatutnya membantu menaik taraf kehidupan masyarakat Jawa telah membawa
kepada kejatuhan taraf hidup rakyat di sana. Disebabkan impak terlampau serius sehinggakan ia membawa
kesan kepada penurunan penghasilan padi pada tahun 1880, pihak kolonial Belanda telah memperkenalkan satu
era baru dalam pentadbiran di tanah Jawa yang dikenali sebagai dasar etika. Ini merupakan percubaan pertama
oleh mana-mana kerajaan kolonial Eropah untuk mengaplikasikan polisi ekonominya bagi membantu
meningkatkan pembangunan di kawasan pegangannya. Disini pihak Belanda telah memperkenalkan beberapa
aspek yang dapat membantu menaik taraf kehidupan penduduk di Jawa antaranya ialah menaik taraf aktivti
pengairan, migrasi, pendidikan, kesihatan dan bermacam-macam lagi yang akan dijelaskan dengan lebih
mendalam kemudian.

Dasar etika ini diperkenalkan pada tahun 1901 oleh Permaisuri Belanda yang bernama Wilhelmina. Baginda
membuat pengumuman ini dalam ucapan tahunannya yang dimana baginda memberitahu kepada rakyatnya
bahawa polisi baru itu akan dilaksanakan. Harus ditekankan bahawa, faktor utama mengapa dasar ini
diperkenalkan adalah untuk menaik taraf kehidupan masyarakat di Jawa pada ketika itu. Oleh itu dalam ucapan
baginda iaitu permaisuri Wilhemina, dapatlah dipastikan bahawa dasar etika (1900) diperkenalkan atas landasan
Belanda mempunyai hutang maruah (a debt of honour) yang perlu dilangsaikan dengan penduduk di kepulauan
Indonesia dengan harapan bukan sahaja dapat membantu menaik taraf kehidupan mereka malah memperbaiki
ekonomi Belanda semula akibat kejatuhan penghasilan padi pada tahun 1880 yang mengakibatkan kerugian
kepada Belanda.

Tidak dapat dinafikan juga, pengenalan kepada dasar baru ini di tanah Jawa turut memainkan peranan
penting untuk pertapakan Belanda di Sulawesi Tengah. Hal ini kerana, melalui dasar tersebut, Belanda
mempunyai alasan untuk meluaskan pengaruhnya ke pulau-pulau luar di Nusantara. Menurut Fieldhouse,
terdapat beberapa sebab mengapa dasar ini amat penting, antaranya ialah kepentingan ekonomi Belanda dapat
berkembang dengan mudah yang dimana melibatkan kawasan yang kaya dengan bijih timah dan arang batu
serta tanah yang sesuai untuk penanaman kopi. Sehubungan dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa, setiap
dasar yang dilaksanakan serta digubal oleh pihak Belanda mempunyai agendanya yang tersendiri. Namun begitu,
haruslah diingatkan bahawa, ada juga beberapa kebaikan serta keburukan kepada setiap dasar yang
diperkenalkan oleh pihak Belanda yang dimana akan dijelaskan dengan lebih terperinci kemudian.

3.1 USAHA BELANDA UNTUK MELAKSANAKAN DASAR ETIKA.

3.1.1 PENDIDIKAN.

Dasar Etika yang di perkenalkan oleh pihak Belanda di Indonesia cuba memberikan kemudahan yang lebih baik
kepada penduduk Indonesia. Pada tahun 1900 sehingga tahun 1942, pihak koloni Belanda menekankan
pembangunan dari aspek pendidikan yang menyentuh tentang sistem pengajaran, organisasi di bahagian
sekolah dan proses pembinaan pendidikan tersebut. Kepekaan pihak Belanda cuba membayar hutang moralnya
adalah dapat dilihat melalui pembangunan yang dijalankan. Misalnya pada tahun 1913, terdapat tujuh ribu buah
sekolah yang mempuyai jumlah pelajarnya seramai 227 ribu orang. Menurut J.F Cady, perkembangan pendidikan
di kawasan kampung menunjukkan peningkatan 3.5 kali ganda dari tahun 1909 sehingga 1912. Keadaan ini
menunjukkan peningkatan yang cukup baik walaupun dalam angka yang kecil sahaja.

Seterusnya pada tahun 1920, pihak koloni Belanda telah memberikan pembaharuan kepada sistem pendidikan
yang lebih teknikal iaitu dengan menubuhkan Maktab Pertanian, Perubatan, Kejuruteraan dan Maktab Kehakiman.
Namun, keadaan ini tidak dapat dinikmati oleh semua penduduk Indonesia kerana peluang ini amat terhad iaitu
bilangan sekolah-sekolah menengah adalah kurang dan hal ini tidak dapat menampung jumlah penduduk
Indonesia yang ramai. Keadaan bertambah teruk lagi apabila pihak Belanda lebih mengutamakan golongan kelas
atasan seperti orang Belanda yang tinggal di Indonesia dan golongan Indo-Belanda iaitu golongan keturunan
Belanda serta golongan bangsawan tempatan (priyayi). Oleh itu, walaupun Dasar Etika bertujuan untuk
meningkatkan taraf hidup penduduk, namun ironinya ia tidak semudah yang dirancangkan sebelum ini.

Dasar Etika dalam sistem pendidikan ini diistilahkan sebagai politik hutang budi atau moral kerana dasar ini
diperkenalkan pada tahun 1901. Menurut Conrad Theodor Van Deventer, pihak Belanda mempunyai hutang
moral terhadap penduduk Indonesia yang telah menyelamatkan kerajaan Belanda daripada masalah ekonomi
melalui beberapa dasar sebelum ini. Contohnya Sistem Kultur dan Dasar Liberal. Oleh itu, kerajaan Belanda ingin
membayar hutang moral tersebut dengan cara memberikan pendidikan kepada penduduk tempatan di Indonesia.
Dasar Etika ini asasnya menyenaraikan tiga perkara yang lebih dikenali sebagai Trilogi Van Deventer iaitu
pengairan, pendidikan dan migrasi. Keadaan ini dapat dilihat melalui pidato Queen Wilhelmina pada tahun 1901
yang dimana baginda menekankan 3 aspek tersebut. Oleh itu, pihak Belanda telah menggunakan beberapa cara
untuk mengaplikasikan 3 aspek tersebut dalam pemerintahannya iaitu ‘decentralisatie-wetgeving’ (undang-
undang desentralisasi) pada tahun 1903 yang dimana membentuk satu pemerintahan desentralisasi di kawasan
seberang laut dan Indonesia tidak terlepas dalam isu ini. Dalam erti kata lain, ia lebih kepada sistem pendidikan
yang dimana semua anak penduduk tempatan layak mendapatkan pendidikan. Namun pada hakikatnya ia masih
lagi berunsurkan kelas dalam masyarakat tersebut.

Cara yang kedua menggunakan apa yang disebut sebagai ‘locale raden ordonnatie’ (ordonansi dewan tempatan)
pada tahun 1905. Ia adalah satu undang-undang penubuhan dewan rakyat. Keadaan ini bertujuan untuk
memberikan kebebasan daripada undang-undang sebelum ini iaitu ‘perakara tiga Reerigsreglenent’ (RR). Perkara
ini menyentuh tentang larangan untuk membenarkan mana-mana pihak menubuhkan sesuatu organisasi yang
bersifat politik. Namun dengan adanya kebebasan yang diberikan ini kepada penduduk Indonesia, secara tidak
langsung membentuk satu kebebasan berpolitik di kalangan penduduk tempatan dan di sinilah bermulanya
kebebasan dalam pendidikan.

Pada tahun 1907, beberapa sekolah telah dibina di sebahagian kawasan kampung di Indonesia. Perkembangan
ini wujud atas inisiatif daripada seorang gabenor berbangsa Belanda iaitu Jenderal Von Heutz. Sekolah tersebut
ialah sekolah bersifat sederhana yang menempatkan pelajar-pelajar dalam jangka masa tiga tahun sahaja dan
sekolah jenis ini tidak mendapat bantuan kerajaan. Sekolah ini diselia oleh penduduk tempatan yang mempunyai
pendidikan Belanda dan tenaga pengajarnya adalah terdiri daripada golongan orang tempatan juga. Berkaitan
dengan gaji bagi tenaga pengajar di sekolah jenis ini di peroleh daripada ibu bapa pelajar iaitu siapa yang
menghantar anak mereka sekolah. Keadaan ini kalau kita lihat dalam konteks sekarang ialah sekolah jenis
swasta kerana sumber kewangan diperoleh daripada pelajar itu sendiri.

Di samping itu, sekolah rendah telah diubah menjadi ‘Hollandsch Inlandsche School’ (His). Sekolah ini
menggunakan bahasa Belanda sebagai bahasa pengantar dan tenaga pengajarnya juga terdiri daripada
penduduk tempatan yang mendapat pendidikan Belanda serta tenaga pengajar daripada Belanda. Seterusnya
menubuhkan sekolah menenggah iaitu ‘Meer Uitgebreid Leger Ondorwijs’ (MULO) dan ‘Vervolog School’. Dua
sekolah ini juga menggunakan bahasa Belanda sebagai bahasa pengantarnya. Pelajar sekolah ini akan
berpeluang bekerja di sektor kerajaan, perdagangan dan boleh bercampur dengan golongan kelas atasan atau
bangsawan serta orang Belanda kerana tahu berbahasa Belanda. Tujuan penubuhan sekolah-sekolah ini adalah
untuk memberikan pendidikan kepada penduduk tempatan sehingga mereka dapat meningkatkan taraf
kehidupan dengan pendidikan. Pada tahun 1918, kerajaan Belanda telah menubuhkan sekolah ‘Europaesche
Lager School’ (ELS). Pada awalnya sekolah ini ditubuhkan untuk anak-anak orang eropah yang tinggal di
Indonesia. Namun, golongan bangasawan Indonesia membuat bantahan dan menuntut supaya sekolah ini
dibuka untuk anak-anak mereka.

3.1.2 PENGHIJRAHAN.

Sejarah penghijrahan penduduk Indonesia yang mula dilaksanakan pada zaman pemerintahan kolonial Belanda
pada tahun 1905 telah mencapai satu abad lamanya yang dikuasai oleh pemerintah dan corak pemerintahan
yang berbeza. Walaupun secara demografi, pengertian umum bagi penghijrahan ialah tetap sama dari semasa
ke semasa iaitu memindahkan penduduk dari wilayah yang padat dengan penduduk ke wilayah atau kawasan
yang kurang penduduknya. Manakala pengertian penghijrahan yang lebih spesifik ialah kebijaksanaan
pemerintah Belanda pada ketika itu untuk memindahkan penduduk dari pulau Jawa yang mempunyai kepadatan
jumlah penduduk ke wilayah lain iaitu di luar kawasan pulau Jawa yang sedikit jumlah penduduknya. Terdapat
beberapa agenda yang dirancang semasa pemerintahan Belanda di Indonesia dalam melaksanakan dasar etika
dari aspek penghijrahan penduduk iaitu untuk mengurangi jumlah penduduk di Pulau Jawa dan memperbaiki
taraf hidup penduduk yang masih mundur.

Selain itu, pemilikan tanah yang semakin berkurang di Pulau Jawa akibat berlakunya pertambahan penduduk
yang drastik telah menyebabkan taraf hidup masyarakat di sana bertambah mundur. Oleh itu, dasar etika yang
dilaksanakan pada tahun 1900 bertujuan untuk meringankan beban golongan petani yang telah dieksploitasi
sejak dasar kultur (sistem tanaman paksa) dan dasar liberal dilaksanakan. Pelaksanaan sistem tanaman paksa
telah menyebabkan ramai kaum peribumi hidup menderita. Selain itu, sistem ekonomi mereka juga turut
berubah dari sistem ekonomi tradisional kepada ekonomi baru (dualisme) dan sekali gus mengakibatkan
penduduk semakin miskin terutamanya golongan petani.

Menurut Mohr yang merupakan seorang ahli geologi berpendapat bahawa, kepadatan penduduk di Pulau Jawa
disebabkan oleh keadaan tanah di sana yang subur serta iklim yang sesuai untuk mengusahakan atau
menjalankan aktiviti pertanian di sana. Manakala menurut pendapat Fisher yang merupakan ahli geografi
berbangsa Inggeris mengatakan bahawa, jurang kepadatan penduduk antara Pulau Jawa dan luar Pulau Jawa
disebabkan oleh strategi yang diatur oleh pemerintah Belanda pada ketika itu sehingga menyebabkan proses
pembangunan dari aspek pendidikan, perdagangan dan prasarana pembangunan seperti pengangkutan dan alat
perhubungan hanya lebih tertumpu di Pulau Jawa. Di samping itu, proses pemindahan atau penghijrahan
penduduk dari pulau Jawa ke luar pulau Jawa hanyalah bertujuan untuk menjadikan penduduk yang berpindah
sebagai buruh di kawasan perkebunan milik kerajaan Belanda.

Seterusnya buruh kontrak dari Pulau Jawa akan dipindahkan ke kawasan perkebunan di Pematang Siantar,
Sumatera Utara, Sumatera Barat dan juga di negeri-negeri jajahan Belanda di luar negeri. Penghijrahan
penduduk dari Pulau Jawa ke kawasan lain secara tidak langsung telah memberi kelebihan dan keuntungan
kepada kerajaan Belanda kerana tanah yang dimiliki oleh Belanda akan diusahakan oleh penduduk. Selain itu,
bagi mengelakkan buruh-buruh melarikan diri, pihak Belanda telah memperkenalkan undang-undang baru iaitu
buruh yang melarikan diri akan dicari dan ditangkap dan seterusnya akan diserahkan kepada majikan asal buruh
tersebut. Keadaan ini menyebabkan rakyat semakin hidup menderita disebabkan sikap Belanda yang hanya
ingin mengaut keuntungan mereka sendiri tanpa memikirkan penderitaan yang dialami oleh penduduk.

3.1.3 PENGAIRAN DAN INFRASTRUKTUR.

Sistem pengairan merupakan program pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak Belanda di tanah Jawa.
Dengan adanya pembinaan terusan serta sistem pengairan bagi mengairi kawasan pertanian maka, tanaman
penduduk tempatan mendapat bekalan air yang secukupnya dan membolehkan tanah-tanah kian subur.
Tambahan lagi, ia juga merupakan penyempurnaan sosial serta prasarana untuk kesejahteraan penduduk
tempatan terutamanya dalam bidang pertanian dan perkebunan. Disini masyarakat peribumi di Indonesia diberi
pengetahuan teknologi dalam bidang pengairan yang lebih moden untuk mendapatkan hasil pertanian yang
lebih baik serta banyak tanpa menunggu lama seperti sebelumnya yang hanya bergantung kepada musim hujan
sahaja untuk mengairi tanaman yang diusahakan. Oleh yang demikian, dengan adanya sistem pengairan yang
diajar oleh pihak Belanda, maka masyarakat peribumi di Indonesia dapat bercucuk tanam pada musim kemarau
juga. Selain itu, telah berlaku juga pembangunan infrastrukur yang dibina oleh kerajaan Belanda di Indonesia.
Kemudahan jalan raya serta kereta api telah mendatangkan manfaat baik kepada pemerintah dan juga rakyat
tempatan serta bukan sahaja di kawasan bandar bahkan juga kawasan perkampungan. Dengan adanya sistem
perhubungan tersebut maka, penduduk tempatan dapat menjalankan urusan harian seperti perniagaan dengan
cepat meskipun meliputi jarak yang sungguh jauh.

4.1 KESAN DASAR ETIKA YANG DIPERKENALKAN OLEH BELANDA.

Setelah pelbagai usaha yang dijalankan oleh Belanda bagi melangsaikan hutang moralnya terhadap rakyat
Indonesia, maka terdapat beberapa kesan yang berlaku. Pelaksanaan Dasar Etika telah membawa kepada
penubuhan ‘Volksraad’ iaitu Majlis Rakyat. ‘Volksraad’ ditubuhkan bertujuan melatih rakyat tempatan agar
mentadbir sendiri negara mereka. Pada asalnya majlis tersebut ditubuhkan bagi membolehkan para pemimpin
tempatan yang berpelajaran agar saling bertukar pendapat dalam usaha membangunkan ekonomi Indonesia.
Majlis tersebut juga merupakan platform kepada rakyat tempatan dalam memupuk semangat perpaduan. Namun
begitu, dengan tertubuhnya majlis tersebut telah memupuk kepada semangat nasionalisme dalam kalangan
rakyat tempatan. Hal ini selaras dengan peningkatan mutu pelajaran di Indonesia. Oeh sebab itu, semakin ramai
rakyat Indonesia yang berpendidikan Belanda dan mula mengkritik kerajaan penjajah. Antara isu-isu yang
dibangkitkan adalah mereka menentang sistem kasta yang diamalkan oleh penjajah Belanda yang dimana
Belanda menganggap bahawa rakyat tempatan tidak setaraf dengan rakyat Belanda. Hal ini jelas dalam soal
penafian jawatan dan latihan dalam pentadbiran.

Seterusnya, telah berlaku pembukaan peluang yang semakin luas terhadap kanak-kanak Indonesia dalam
menuntut pelajaran. Hal ini disebabkan kerajaan penjajah telah melonggarkan syarat kemasukan ke sekolah
aliran Belanda. Belanda menganggap bahawa dengan kelonggaran tersebut membolehkan semakin ramai
penduduk tempatan mendapat pelajaran. Buktinya, tidak kurang 1615 orang kanak-kanak Indonesia yang
menimba pelajaran di sekolah aliran Belanda termasuklah sekolah Mission Kristian. Dengan meningkatnya jumlah
golongan rakyat tempatan yang berpendidikan Belanda maka, telah membangkitkan semangat nasionalisme
dalam kalangan mereka lantas mula menunjukkan protes terhadap ketaksamaan sosial yang diamalkan oleh
kerajaan Belanda. Antara pertubuhan politik terawal adalah Budi Utomo yang telah ditubuhkan pada tahun 1908
oleh para pelajar ‘School for Training Native Doctors’ di Betawi.

Disamping itu, berlakunya kelahiran dua golongan baharu iaitu golongan berpendidikan Barat dan golongan
pekebun-pekebun kecil dalam sistem masyarakat tempatan. Golongan berpendidikan barat ini terdiri daripada
rakyat tempatan yang mendapat pendidikan Belanda. Meskipun golongan tersebut agak kecil namun jumlah
mereka semakin meningkat dari tahun ke tahun. Hal ini disebabkan, kerajaan Belanda telah melonggarkan syarat
kemasukan ke sekolah aliran Belanda. Golongan pekebun-pekebun kecil ini adalah terdiri daripada pengusaha
tanaman komersil milik kerajaan. Golongan ini amat penting bagi ekonomi Indonesia kerana menjadi tunjang
kepada ekonomi Indonesia.

Aspek pertanian juga telah dipandang tinggi oleh kerajaan Belanda. Hal ini disebabkan, kerajaan kolonial tidak
menganggap bahawa aktiviti pertanian bukan hanya berfungsi sebagai sumber makanan bahkan turut berpotensi
untuk didagangkan. Hal ini jelas dengan pelbagai usaha kerajaan seperti pembinaan sistem pengairan yang
sudah dijelaskan oleh pengkaji di bahagian 3.1.3. Oleh sebab itu, rakyat tempatan tidak lagi terhimpit dan
menderita kerana taraf hidup mereka meningkat berbanding ketika dasar-dasar sebelum ini berlangsung. Selain
itu, aspek kesihatan juga diberikan penekanan bagi membolehkan rakyat tempatan dapat hidup dengan sihat.
Hal ini membolehkan mereka mengusahakan tanaman mereka dengan baik.

Walau bagaimanapun, masih terdapat kepincangan dalam pelaksanaan Dasar Etika. Antara kesan negatif yang
wujud adalah dasar tersebut dalam aspek ekonomi lebih menguntungkan Belanda. Hal ini disebabkan, kerajaan
Belanda mendapat keuntungan daripada kepesatan ekonomi Indonesia. Segala pengagihan kekayaan lebih
memihak kerajaan Belanda sedangkan rakyat tempatan masih lagi mundur. Oleh sebab itu, wujudnya
ketaksamaan dalam soal pembahagian kekayaan yang diperoleh hasil daripada kegiatan ekonomi Indonesia.
Maka, sekali lagi rakyat tempatan dinafikan hak sebagai penduduk peribumi dimana segala kekayaan
dieskploitasi oleh Belanda. Dasar tersebut turut menyambung kesinambungan pengesploitasian ekonomi
sewaktu Sistem Kultur dan Dasar Liberal dijalankan. Cuma perbezaannya adalah rakyat tempatan tidak lagi
diperas serta dipaksa untuk mengusahakan tanaman milik kerajaan sama seperti ketika dasar-dasar sebelumnya
berlangsung.

Dalam aspek pendidikan juga telah dipengaruhi. Meskipun dengan kelonggaran syarat kemasukan ke sekolah
aliran Belanda dapat menarik minat kanak-kanak Indonesia untuk belajar di sekolah-sekolah terbabit namun
majoriti kanak-kanak Indonesia masih lagi tidak berkemampuan untuk belajar kerana kesempitan hidup. Hal ini
disebabkan, isu pembahagian kekayaan yang tidak sama rata dalam aspek ekonomi telah memangkin kepada
permasalahan ini. Hanya golongan bangsawan (priyayi) sahaja yang berkemampuan untuk belajar di sekolah
aliran Belanda tersebut. maka, tidak hairanlah hanya sebanyak 1615 orang sahaja kanak-kanak Indonesia yang
mampu untuk mendapatkan pelajaran aliran Belanda pada tahun 1900. Hal ini disebabkan, mereka lahir dari
golongan bangsawan dan keluarga mereka mempunyai hubungan yang akrab dengan penjajah.

KESIMPULAN Dasar etika ini lahir kerana Belanda ingin membalas budi pada bangsa Indonesia yang telah
banyak memberikan hasil kekayaan alam dan sumber tenaga masyarakat peribumi untuk Belanda. Bermulannya
dasar etika ini daripada idea dan kesedaran oleh Van Deventer yang perihatin terhadap nasib rakyat Indonesia
yang kekayaannya telah dieksploitasi oleh Belanda. Selain itu, dasar etika ini mempunyai tiga prinsip utama iaitu
pendidikan, pengairan dan penghijarahan. dasar etika ini tidak semata mata untuk rakyat Indonesia tetapi juga
untuk Belanda. Hal ini disebabkan dasar etika dicipta hanya untuk melahirkan golongan terpelajar yang dapat
dipergunakan oleh Belanda untuk dijadikan pegawai dan hasil pertanian yang dilakukan oleh rakyat peribumi
akan diambil oleh Belanda. dapat dilihat, Belanda mempergunakan dan mengambil kesempatan dalam dasar
etika tetapi caranya di perhalusi agar tidak dapat di ketahui. Bahkan, dasar etika ini mempunyai matlamat yang
sama dengan dasar-dasar seblum ini, namun dengan menggunakan cara yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai