Anda di halaman 1dari 6

1) DASAR SEPANYOL DAN DASAR AMERIKA SYARIKAT DI FILIPINA.

DASAR SEPANYOL DI FILIPINA


-Selama 300 tahun memerintah Filipinapelbagai penindasan yang dilakukan oleh
pegawai dan paderi Sepanyol.
-Sepanyol datang ke Filipina kerana:
a)mencari rempah
b)menyebarkan agama kristian
c)menukarkan agama orang-orang
China dan Jepun
-Pemerintahan yang bercorak kekerasan di
samping melemahkan struktur pentadbiran
peribumi bagi kepentingan mereka.
-Sepanyol menjalankan beberapa dasar
perancangan ekonomi yang telah
menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat:
a)Sistem Polo
>Semua orang Filipina berumur 18-46
kecuali ketu-ketua(Pembesar) dan anak-anak
mereka yang sulung harus bekerja secara
percuma selama 40 hari setahun dengan gaji
yang sedikit dan kadang kalanya tidak
dibayar.
>Cuma bekalan beras sahaja yang diberikan
oleh pebendaharaan kampung yang
membolehkan pekerja-pekerja itu hidup.
b)Sistem Vandala
>Orang Filipina menjual hasil-hasil barangan
mereka kepada pemerintah secara paksa-di
janjikan oleh pemerintah ingin membayar
hutang mereka dengan surat perjanjian
hutang sahaja.
>kelaparan dan penyakit telah
mengorbankan banyak nyawa sehingga
populasi penduduk semakin berkurangan.
>Sistem Vandala ini di jadikan sebagai ufti
kerajaan
c)Sistem Encomienda
>Membahagikan penduduk Filipina kepada
encomiendodi bawah kawalan orang
Sepanyol
>Bertujuan untuk mengambil jalan tengah di
antara menjaga hak orang Filipina di
samping memberi keuntungan kepada
Sepanyol
>Seorang encomiendero berhak memungut
ufti dari 500-1000 orang Filipina yang tinggal
di bawah kawasanya.
>Orang Filipina di kerahkan sebagai tenaga
buruh.

DASAR AMERIKA SYARIKAT DI FILIPINA


-Amerika datang ke Filipina dengan Holy
Mission (to develop, to civilize, to
educate and to train in the science of
self government)
-Pentadbiran penjajah telah membawa
kepada pemegangan jawatan penting oleh
golongan ilustrado.
- Pemerintah Amerika telah melancarkan
projek2 seperti bidang pendidikan,
kebersihan dan kesihatan,kerjaraya,
perhubungan, pengakutan, kemajuan
sumber alam, pemulihan perundangan,
kehakiman dan pembaharuan teknologi.
(Perbandingan ketara yang di lakukan
semasa pemerintahan Amerika dim Filipina)
-Satu kempen pendidikan yang luas telah
dimulakan dan tidak kurang 600 orang guru2
yang di lantik di Amerika di bawa bertugas di
Filipina.
-Dalam hal undang2 kebiasaan undang2
awam Sepanyol yang sudah lama dijalankan
masih kekal digunakan tetapi Mahkamah
Tertinggi Amerika lebih di utamakan dan
kedua hakim tertinggi ialah orang Filipina. Di
samping itu 3 orang Filipina di tambah dalam
Suruhanjaya.
-Akibatnya golongan nasionalis
menyeimbangkan penyerdehanaan yang di
tunjukkan oleh pemerintahan Amerika.
-Golongan Bestari Filipina telah dipilih untuk
menyertai pemerintahan penjajah. Pegawai2
tinggi Amerika memainkan peranan utama
dalam penubuhan persatuan Partido Federal
yang berdiri daripada orang kaya Filipinabertujuan untuk menyatukan Filipina sebagai
sebuah unit negeri dalam satu kesatuan.
-Satu perkara penting yang di sediakan oleh
Amerika yang membawa kepada
perkembangan politik Filipina ialah
kemasukan dua orang Filipina ke dalam
Kongres Amerika tanpa kuasa mengundi.
-Semasa pemerintahan Mc Kinley, telah
menegaskan bahawa keutamaan akan
diberikan kepada orang Filipina dalam
perlantikan jawatan2 awam.
-Amerika memperkenalkan beberapa sistem
antaranya adalah
1)sistem Homestead
-Tiap-tiap warganegara boleh mendapatkan
kesempatan untuk mendapat 23 hektar
tanah awam.
-Pembelian atau penyewaan tanah awam

-Orang Sepanyol juga membawa perubahan


dalam Sistem Tanah- tuan-tuan tanah
muncul sebagai orang yang sangat penting
dalam masyarakat Filipina.
1)Konsep Milik
>Pembesar menjadi pemilik tanah Barangay
yang di kerjakan oleh pengikutnya.
>sebelum itu, tanah adalah menjadi hak
milik kepunyaan Barangay
2)Di bawah Undang-undang Sepanyol
>Semua tanah yang tidak dimiliki bersama
atau secara bersendirian akan menjadi tanah
diraja dan boleh diserahkan kepada
pembesar Filipina sebagai harta rumahtanah.
-Kerajaan Sepanyol juga telah mengasingkan
rakyat Filipina dengan undang-undang dan
hakim-hakim mereka sendiri.
-Barangay di jadikan sebagai unit
pentadbiran tempatan-di bawah Cabeza
(ketua)-bertanggungjawab mengutip cukai
yang berkaitan dengan Sistem Polo dan
Vandala-sumber rasuah padanya.

boleh dihadkan hanya 1024 hektar


-Sistem ini menemui kegagalan kerana cara
menjaalnkannya adalah sulit bagi seorang
petani biasa dan kewangan yang tidak
cukup.
2)Sistem Kasama
-Merupakan usaha untuk penanam padi.
-Tuan tanah menyediakan tanah-tanah, benih
dan modal, penyewa menyediakan tenaga
dan binatang yang akan digunakan.
3)Sistem sewa-tunai
-Kawasan-kawasan yang menjadi rebutan
untuk mendapatkan tanah
-berpunca daripada ketidakadilan
-Peladang berkongsi terpaksa membayar
bunga yang sangat tinggi atas pinjaman
yang dibuatnya.

2) JANJI-JANJI AMERIKA KEPADA FILIPINA KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DAN PROSES YANG
DILALUI OLEH RAKYAT FILIPINA SEHINGGA MENCAPAI KEMERDEKAAN.
-Pada 1 h/b Mei angkatan perang Sepanyol telah berjaya di tenggelamkan oleh angkatan
perang Amerika Syarikat yang di pimpin oleh Komonder Dewey di teluk Manila.
-Oleh sebab tidak mempunyai tentera yang cukup untuk menawan ibu kota tersebutKomander Dewey telah menghubungi Aguinaldo di Hong kong untuk mendapatkan
bantuan menentang Sepanyol dengan menjanjikan kemerdekaan Filipina sebagai hadiah.
Dalam beberapa minggu sahaja, keseluruhan Pulau Luzon kecuali Manila telah jatuh ke
tangan pemberontak2 kebangsaan.
-Pada peringkat awal, Amerika menyatakan mereka tidak berniat untuk menduduki Filipina
tetapi ingin membebaskan Filipina daripada Sepanyol.
-Pada ogos 1898 Gabenor Sepanyol di Filipina Diego de Los Rios menyerah diri kepada
Dewey serta tentera Filipina tidak dibenarkan memasuki Manila.
-Menimbulkan kemarahan kepada Aguilnaldo dan bangkit menentang tetapi berjaya
dikalahkan oleh Amerika.
-Akhirnya Amerika berjaya menduduki Filipina melalui Perjanjian Paris dengan SepanyolRakyat tidak gembira dan mereka menentang Amerika seperti mana menentang Sepanyol
dahulu.
-Presiden Mc Kinley membentuk suruhanjaya-menyiasat pendapat rakyat Filipinasuruhanjaya Schurman menyatakan rakyat Filipina inginkan kemerdekaan, tetapi tidak
bersedia untuk berkerajaan sendiri.
--Presiden Schurman telah menyediakan cadangan-cadangan yang lengkap demi memenuhi
tuntutan rakyat Filipina antaranya adalah:
a)Pembentukan satu dewan Undangan Filipina.
b)Institusi Pemerintahan Awam.
-Di samping itu pelbagai tindakan-tindakan yang di lakukan bagi menyokong cadangan yang

di buat tadi antaranya ialah:


a)Memajukan sumber kekayaan negeri
b)Penubuhan satu sistem pemerintahan daerah dan bandar.
c)Pembentukan sistem pendidikan yang lengkap dengan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar.
d)Perlantikkan ahli-ahli khas untuk jawatan-jawatan pentadbiran yang tinggi.
-Pada 4 Julai 1901-Gabenor Howard Taft-bertanggungjawab untuk membimbing rakyat
Filipina ke arah berkerajaan sendiri dan mengadakan kebajikan di Filipina. bagi memenuhi
cadangan-cadangan tadi.
-langkah-langkah yang dijalankan di bawah pimpinan Gabenor H.Taft.
1)undang-undang dan ketenteraman dipulihkan dan kebuluran, penyakit berjangkit seperti
taun mestilah di hapuskan.
2)440 undang2 untuk membentuk sistem baru pemerintahan.
3)Kempen pendidikan telah di mulakan-tidak kurang daripada 600orang guru dilantik di
Amerika untuk bertugas di Filipina.
4)Jabatan pertanian,Air dan Hutan serta Jabatan Kesihatan awam ditubuhkan.
-Dalam hal undang-undang,kebiasaan undang-undang awam Sepanyol yang sudah lama
dijalankan masih kekal digunakan tetapi Mahkamah tertinggi bentuk Amerika diutamakan.
-Kedua Hakim tertinggi yang pertama ialah seorang Filipina dan 3 orang Filipina juga turut
ditambah dalam Suruhanjaya tersebut.
-Pada 1902 kerajaan Amerika menubuhkan Akta Organik Filipina-membenarkan penubuhan
parti2 politik
-Antara parti yang ditubuhkan adalah Parti Liberal dan Parti Demokratik
-Kebebasan pergerakan politik orang Filipina tidak berkekalan kerana tindakan parti yang
menuntut kemerdekaan dengan lantang menyebabkan pengharaman terhadap parti-parti
politik yang memperjuangkan kemerdekaan.
-Gabenor Jeneral H.C Ide menggantikan Gabenor Taft meluluskan pengharaman ini.
Parti Liberal dan Demokrat diharamkan kerana tujuan perjuangan telah berubah dari
berkerajaan sendiri kepada kemerdekaan.
-Pada 1912, Parti Demokrat berjaya mengatasi kerajaan Amerika-Presiden Woodrow
Wilson bersetuju untuk memfilipinakan pentadbiran di Filipina.
-Bagi menjalankan proses berkerajaan sendiri, Harrison di hantar ke Filipina sebagai
Gabenor baru.
-Harrison telah menjalankan dasar memfilipinakan pentadbiran
-Akta Jones diluluskan oleh senat Amerika yang boleh meglibatkan rakyat Filipina dalam
pentadbiran di samping menyediakan Filipina ke arah berkerajaan sendiri.
-Pemerintahan Liberal Harisson berakhir 1920 apabila Parti Republikan menguasai
Amerika-telah melambatkan proses ke arah berkerajaan sendiri.
-Jeneral Wood ketika jadi Gabenor, telah menyekat proses memfilipinakan pentadbiran
negara-rakyat menentang Beliau.
-Di gantikan oleh Henry L. Stimson bersimpati dan memfilipinakan semula pentadbiran.
-Pada 1932 sekali lagi di kuasai oleh Parti Demokrat dan Frank Murphy di lantik sebagai
Gabenor baru.
-Nasionalis Filipina meneruskan usaha mereka untuk mendapatkan kemerdekaan walaupun
kongres Amerika keberatan mempercepatkan kemerdekaan.
-Pada 15 november 1935 komanwel Filipina diisytiharkan. Manuel Quezon dilantik
sebagai Presiden dan Sergio Osmena naib presiden. Frank Murphy sebagai Pesuruhjaya
Tinggi Amerika-wujudlah satu kerajaan yang di perintah oleh orang-orang Filipina sahaja
dengan beberapa penasihat Amerika.
-2 Januari 1942, askar2 Jepun berjaya menawan Manila namun pada 23 Februari 1945
Amerika berjaya menawan Filipina semula.
-Sebuah kerajaan sementara dibentuk di bawah Sergio Osmena sebagai Presiden
Komanwel.
-Amerika telah mengadakan pilihan raya pada April 1946 dan terdapat Parti2 yang
bertanding adalah Parti Nasionalis, Liberal, Demokrat dan Hukbalahap.

-Parti yang menang adalah Parti Liberal. Manual Roxas dapat menewaskan Osmena dalam
pilihan raya. Beliau dilantik menjadi Presiden pertama di Filipina.
-Filipina mencapai kemerdekaan pada 4 Julai 1946-Merupakan negara pertama yang
mencapai kemerdekaan di Asia Tenggara.
Faktor Amerika Memberi Hak Konsesi Politik Demokratik Ke Atas Nasionalis Filipina.
1)Bimbang Filipina jatuh ke tangan kuasa barat yang lain.

Amerika Syarikat bimbang Filipina jatuh ke tangan Jerman sekiranya pemerintahan


Sepanyol ke atas Filipina berjaya dipatahkan.

Ini kerana ketika tentera Amerika berjaya menawan Teluk Manila, angkatan Jerman
yang berada berdekatan di kawasan situ enggan mengiktiraf penawanan itu.

2)Demi kepentingan ekonomi Amerika Syarikat sendiri.

Amerika Syarikat memang sudah lama mempunyai minat yang makin mendalam di
Pasifik Asia Barat.

Amerika Syarikat memerlukan pengkalan untuk kapal-kapalnya untuk mengambil


bahagian dalam perdagangan dengan negeri China.

Penjajah-penjajah seperti Theodore Roosevelt telah pun memikirkan bahawa Manila


sebagai hadiah yang perlu dimenangi melalui peperangan dengan Sepanyol.

Jika kemerdekaan diberikan kepada Filipina, maka Filipina tidak akan dapat
melakukan perdagangan bebas dengan Amerika dan akan dipandang sebagai negeri
luar.

3)Desakan daripada Nasionalis-nasionalis Filipina


Rakyat Filipina menentang pemerintahan Amerika seperti mana mereka menentang
Sepanyol dulu.
Satu suruhanjaya telah dibentuk bertujuan untuk menyiasat pendapat rakyat Filipina
sendiri.
Dengan memberikan hak konsesi politik sudah pasti keadaan ini dapat dikawal.
4)Mengawal sistem pentadbiran A.S di Filipina.
A.S merasakan banyak perbelanjaan yang harus dikeluarkan bagi menangani
pemberontaakn yang di lakukan oleh golongan Nasionalis.
Oleh itu, dengan memberi konsesi
5)Simpati daripada segelintir Gabenor-Gabenor A.S

Gabenor Harrison yang meemrintah secara Liberal dan bertujuan untuk memfilinakan
pentadbbiran di Filipina

Digantikan oleh Jeneral Wood dan beliau mengharamkan proses memfilipinakan


pentadbiran-mendapat tentangan.

Di gantikan oleh Henry L.Stimson dengan perasaan simpati, Beliau meneruskan


usaha untuk memfilipinakan pentadbiran.

3) RUMUSAN/PENILAIAN
Persoalan: Adakah Amerika Syarikat benar-benar ikhlas memberi konsesi Politik Demokratik
itu?
-Jika di lihat, pada peringkat awal usaha Amerika dalam mendapatkan Filipina adalah
meminta pertolongan dari pemberontak (Aguilnaldo) dengan menjanjikan kemerdekaan
kepada Filipina sebagai hadiah.
-Namun setelah berjaya menduduki Filipina, Aguilnaldo telah disingkirkan dan ini jelas
menunjukkan niat sebenar Amerika dalam mendapatkan Filipina, walaupun pada peringkat
awalnya, Amerika tidak berniat untuk menawan Filipina tetapi bertujuan untuk
membebaskan Filipina daripada penjajahan Sepanyol.
-Namun, pada hakikat sebenarnya perbuatan Amerika dalam mendapatkan Filipina bukanlah
satu perbuatan yang tidak sengaja atau tidak dirancangkan. Amerika Syarikat memang
sudah lama mempunyai minat yang makin mendalam di Pasifik Asia Barat.
-Amerika Syarikat memerlukan pengkalan untuk kapal-kapalnya untuk mengambil bahagian
dalam perdagangan dengan negeri China dan penjajah-penjajah seperti Theodore Roosevelt
telah pun memikirkan bahawa Manila sebagai hadiah yang perlu dimenangi melalui
peperangan dengan Sepanyol.
-Jika keruntuhan kerajaan Sepanyol berlaku, Amerika tidak mahu Filipina jatuh ke tangan
Jerman kerana ketika kapten Dewey masuk ke Teluk Manila, tentera Jerman lebih kuat
kerana berjaya memusnahkan angkatan Sepanyol.
-Dalam hal ini, jelas menunjukkan bahawa Amerika tidak benar-benar ikhlas dalam memberi
konsesi demokratik kepada Filipina. Hal ini kerana Kerajaan Amerika cenderung melantik
lebih ramai orang Amerika memegang jawatan-jawatan awam.
-Walaupun Amerika memperkenalkan satu bentuk demokrasi politik tetapi banyak cacat
celanya. Antaranya ialah, kuasa diberikan kepada golongan kaya, cerdik pandai, serta
golongan yang bertanah.
-Namun begitu jelas dapat dilihat keikhlasan Amerika terhadap rakyat Filipina adalah
pemberian pendidikan kepada mereka, yang mana tidak pernah dinikmati semasa
pemerintahan Sepanyol dahulu
-Terdapat gerakan menubuhkan sekolah, mendaftarkan murid-murid dan melatih guru-guru.
-Di samping itu, terdapat juga dalam kalangan orang Amerika yang ikhlas dan
bertanggungjawab dalam membimbing rakyat Filipina ke aarh berkerajaan sendiri. Sebagai
contoh Gabenor Howard Taft dan Gabenor Harrison
-Semasa pemerintahan Gabenor Howard Taft, Beliau cuba membimbing rakyat Filipina dan
mendirikan sekolah di merata tempat di Filipina seta perkhidmatan kesihatan dan kemajuan
infrastruktur di tingkatkan.

-Begitu juga ketika pemerintahan Gabenor Harrison dalam usaha memfilipinakan


pentadbiran di Filipina-seperti menggantikan orang Amerika dengan orang Filipina dalam
jawatan-jawatan penting-menyebabkan Harrison tidak disukai Amerika sendiri tetapi di sukai
oleh Rakyat Filipina.
-Begitu juga dengan Henry L.Stimson yang menggantikan Lornard Wood telah bersimpati
dan meneruskan usaha memfilipinakan pentadbiran di Filipina seperti usaha Gabenor yang
sebelumnya.
-Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa walaupun Amerika mempunyai niat yang
tersembunyi dalam mendapatkan Filipina, tetapi tidak semua dalam kalangan mereka yang
bersikap demikian ataupun mementingkan diri sendiri. Malahan terdapat juga usaha-usaha
yang dilakukan oleh mereka dalam usaha membantu rakyat Filipina ke arah berkerajaan
sendiri dan memberikan kepada mereka sesuatu yang tidak pernah dinikmati semasa
berada di bawah pemerintahan Sepanyol.

Anda mungkin juga menyukai