Anda di halaman 1dari 14

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

SEMESTER 1, SIDANG 2014/2015


HST 223/3
KEPULAUAN ASIA TENGGARA

Tema II: Kedatangan Kuasa Barat


Soalan: Sepanyol menggunakan pendekatan budaya dalam
usaha untuk menjajah Filipina. Bahaskan secara kritis.

NAMA PENSYARAH

: DR. NAZARUDIN ZAINUN

NAMA PELAJAR

: NABILLA BINTI ZULHENDRI

NO. MATRIK

: 118665

WAKTU TUTORIAL

: ISNIN, 9.00 10.00 pagi

TARIKH PEMBENTANGAN

: 14 OKTOBER 2014

TARIKH HANTAR TUGASAN : ____ OKTOBER 2014


MARKAH

: .

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN

2.0 ISI :
2.1 Penjajahan Sepanyol Melalui Pendekatan Budaya
2.2 Penjajahan Sepanyol Melalui Pendekatan Pedang
dan Salib

3-5
5-10

3.0 KESIMPULAN

11

4.0 BIBLIORAFI

12

1.0 Pendahuluan
Pelayaran Magellan ke Filipina telah memberi peluang kepada
Sepanyol untuk meluaskan kuasa dan jajahan takluknya di kawasan timur
atau

Nusantara.

perdagangan

Hasrat

dan

Sepanyol

kepulauan

ialah

rempah

ingin

yang

menguasai

terdapat

di

laluan

kawasan

Nusantara. Persaingan antara kuasa-kuasa di Eropah untuk menguasai


laluan perdagangan dan negeri-negeri di kawasan Nusantara telah
menyebabkan

Sepanyol

menggunakan

pelbagai

pendekatan

untuk

menjajah Filipina termasuk melalui pendekatan budaya.


Pendekatan budaya merupakan satu pendekatan secara halus yang
digunakan oleh orang Sepanyol untuk mendekati penduduk Filipina dan
seterusnya menjadikan Filipina sebagai tanah jajahan mereka. Pakatan
darah yang pertama dilakukan oleh Magellan dengan Raja Kolambu, iaitu
pemerintah Pulau Limasawa merupakan satu pendekatan budaya yang
dilakukan oleh orang Sepanyol seterusnya memudahkan langkah mereka
untuk menjajah Filipina.
Walaubagaimanapun, pendekatan budaya bukanlah satu-satunya
cara atau usaha yang dilakukan oleh orang Sepanyol untuk menjajah
Filipina. Orang Sepanyol turut menggunakan pendekatan agama iaitu
agama

Kristian

dan

juga

menggunakan

cara

kekerasan

seperti

peperangan untuk menjajah Filipina. Dalam erti kata yang lain, Sepanyol
menggunakan pendekatan pedang dan salib. Salib mewakili cara melalui
pemujukan agama Kristian manakala pedang mewakili cara kekerasan.

2.0 Isi
2.1 Penjajahan Sepanyol Melalui Pendekatan Budaya
Magellan telah mendarat di Homonhon, sebuah pulau yang tidak
berpenghuni pada 17 Mac 1521 setelah hampir dua tahun beliau belayar
dari Sepanyol menuju ke negeri timur melalui negara Amerika Selatan dan
Lautan Pasifik. Di Pulau Homonhon inilah buat pertama kalinya orang
Sepanyol berjumpa dengan orang Filipina apabila sebuah perahu yang
membawa 9 orang Filipina ini singgah ke Pulau Homonhon untuk melihat
keadaan Magellan dan angkatannya yang lain. Magellan telah bertukartukar

barangan

dengan

penduduk

tempatan.

Orang

Filipina

telah

memberikan barangan seperti ikan, wain dan pisang kepada Magellan


sebagai tanda persahabatan.1 Ini merupakan langkah bijak yang diambil
oleh Magellan untuk memulakan hubungan dengan penduduk tempatan
dan medapatkan kepercayaan mereka.
Magellan meneruskan pelayarannya menuju ke barat daya. Pada 28 Mac
1521, Magellan telah sampai ke Pulau Limasawa yang diperintah oleh Raja
Kolambu. Enrique, iaitu seorang hamba Melayu Magellan menjadi
jurubahasa dan perantara bagi Magellan untuk berkomunikasi dengan
Raja Kolambu. Akhirnya, satu pakatan darah yang pertama diadakan
antara Magellan dengan Raja Kolambu pada 29 Mac 1521 bersamaan hari
Holy Friday.2 Hal ini jelas menunjukkan bahawa Magellan telah mendekati
penduduk

Filipina

melalui

pendekatan

budaya

dan

seterusnya

1 Zaide, G.F., (1969), History of The Filipino People 4th Edition, Manila: The
Modern Book Co., hlm 34.
2 Zaide, G.F., (1978), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Jilid 1, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 172.
3

memudahkan

urusannya

untuk

bekerjasama

dengan

pemerintah

tempatan. Hal ini kerana, pakatan darah merupakan satu bentuk


perjanjian antara dua pihak. Setelah pakatan darah ini dijalankan, maka
kedua-dua pihak dianggap bersaudara dan tidak boleh bermusuhan.
Dalam laporan Legazpi kepada Raja Philip II, Legazpi menceritakan
bagaimana pakatan darah itu dilakukan,
Upacara itu dijalankan seperti berikut: tiap-tiap seorang daripada
satu pihak mengguris lengan atau dadanya sendiri dengan pisau dan
mengambil dua dan tiga titik darah serta mencampurkannya dengan
secawan air atau wain. Kemudian campuran itu mesti dibahagikan sama
banyak dalam dua biji cawan, dan mana-mana pihak juga tidak boleh
meninggalkan tempat itu sehingga minuman dalam kedua-dua cawan itu
telah habis diminum.3
Pakatan darah turut dilakukan oleh Miguel Lopez de Legazpi yang
telah belayar semula ke Filipina setelah kematian Magellan4 dan setelah
cubaan pelayar-pelayar Sepanyol yang lain gagal sampai ke Filipina.
Legazpi pada awalnya telah sampai di Pulau Cebu pada 13 Februari 1565,
namun telah diusir dan berlaku pertempuran antara angkatan Legazpi dan
penduduk Pulau Cebu. Pada 22 Februari 1565, Legazpi sampai di Pulau
Samar dan terus membuat pakatan darah dengan Raja Urrao, pemerintah
Pulau Samar. Sekali lagi, pakatan darah digunakan oleh orang Sepanyol

3 Zaide, G.F., (1978), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Jilid 1, hlm 219220.
4 Zaide, G.F., (1969), History of The Filipino People 4th Edition, hlm 36
4

bagi

memudahkan

mereka

berhubung

dan

bekerjasama

dengan

masyarkata tempatan.
Pakatan darah turut diadakan antara Legazpi dengan Katuna dan
Gala iaitu raja Bohol. Pakatan darah ini penting supaya Legazpi dan
angkatanya diterima baik oleh penduduk di Bohol. Hal ini kerana, pada
awalnya

penduduk

tempatan

menyangka

Legazpi

dan

angkatanya

merupakan lanun yang datang untuk merompak mereka seperti mana


yang telah dilakukan oleh orang-orang Portugis sebelum ini. Jelaslah
bahawa pakatan darah yang menjadi budaya masyarakat di Filipina ketika
itu telah digunakan oleh orang Sepanyol untuk meletakkan keadaan
mereka dalam keadaan yang selamat dan supaya kedatangan mereka
diterima baik oleh penduduk tempatan.
2.2 Penjajahan Sepanyol Melalui Pendekatan Pedang dan Salib
Selain daripada pendekatan budaya, usaha lain turut digunakan
oleh Sepanyol untuk menjajah Filipina iaitu melalui cara pedang dan salib.
Sepanyol menggunakan pendekatan salib iaitu cara pemujukan melalui
agama Kristian Katholik yang menjadi pegangan kuat bagi orang
Sepanyol. Hal ini dapat dilihat apabila Magellan telah melakukan upacara
mass Kristian yang pertama di Filipina iaitu di Pulau Limasawa pada 31
Mac 1521, bersamaan hari Easter Sunday. Upacara ini dilakukan dengan
penuh istiadat Kristian oleh Father Pedro de Valderrama iaitu paderi yang
mengikuti ekspedisi Magellan. Peristiwa ini turut dicatatkan dengan
lengkap oleh Pigafetta.5

5 Zaide, G.F., (1978), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Jilid 1, hlm 173.
5

Ketika matahari terbenam pada hari yang sama selepas upacara


mass selesai, Magellan memacakkan sebuah salib kayu yang besar di
puncak bukit yang menghadap laut di hadapan orang Filipina dan
Sepanyol. Dengan terpacaknya salib tersebut, bermulalah penguasaan
Sepanyol ke atas Filipina. Magellan telah menamakan semula pulau
tersebut dengan nama Archipelago of St. Lazarus 6 atau dalam bahasa
Melayunya Gugusan Pulau-pulau St. Lazarus.
Usaha Magellan untuk mengukuhkan kedudukan Sepanyol di Filipina
di teruskan apabila beliau mengembangkan ajaran Kristian ke Pulau Cebu.
Menurut catatan Pigafetta, seramai 800 orang lelaki dan perempuan
termasuk Raja Humabon dan Raja Kolambu telah dikristiankan pada 14
April 1521 di pulau tersebut. Raja Humabon diberi nama Carlos manakala
Raja Kolambu diberi nama Juan. Ratu pertama Filipina yang dikristiankan
iaitu

isteri

Raja

Humabon,

diberi

nama

Juana.7

Magellan

telah

memacakkan sebuah salib yang besar di tepi pantai pulau tersebut.


Tindakan Magellan memacakkan tanda salib di kawasan yang telah
dikristiankan penduduknya, adalah sebagai tanda bahawa Sepanyol
menguasai kawasan tersebut dan kedatangan mereka telah diterima oleh
penduduk tempatan. Tindakan ini penting bagi Sepanyol untuk menaikkan
bendera Sepanyol di Filipina.
Ajaran Kristian masih dipegang kuat oleh penduduk di Pulau Cebu
walaupun setelah kematian Magellan. Hal ini dapat dibuktikan apabila

6 Zaide, G.F., (1969), History of The Filipino People 4th Edition, hlm 35.
7 Zaide, G.F., (1978), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Jilid 1, hlm 176177.
6

Legazpi datang untuk menakluk Pulau Cebu pada 27 April 1565. 8 Pada
awalnya,

kedatangan mereka

tidak

disambut

baik

oleh penduduk

tempatan. Rundingan secara damai antara Father Urdanetta dengan


pemerintah Pulau Cebu iaitu Raja Tupas gagal. Oleh sebab itu, Legazpi
menggunakan cara kekerasan iaitu melalui peperangan dengan penduduk
Pulau Cebu.9 Alatan askar Sepanyol yang canggih dan lebih baik mutunya
telah menyebabkan penduduk Pulau Cebu lari ke kawasan bukit. Salah
seorang

askar

Legazpi

telah

menemui

patung

Nabi

Isa

ketika

menggeledah rumah yang ditinggalkan oleh penduduk tempatan. Patung


itu dipercayai pemberian Magellan kepada ratu Cebu pada tahun 1521
yang lalu. Ini membuktikan bahawa penduduk Cebu masih berpegang
kuat pada ajaran Kristian yang telah dibawa oleh Magellan sebelum itu.
Bertitik

tolak

daripada

jumpaan

patung

tersebut,

Legazpi

mengambil keputusan untuk melakukan satu persetiaan secara damai


dengan orang Cebu dan termeterailah Persetiaan Filipina-Sepanyol yang
Pertama (1565). Legazpi mengambil hati penduduk tempatan dengan
memaafkan mereka dan membina semula penempatan mereka yang
musnah ketika askar Sepanyol menyerang penempatan mereka. Melalui
persetiaan damai antara Legazpi dengan Raja Tupas, iaitu pemerintah di
Pulau Cebu ketika itu, Filipina bersetuju untuk mengiktiraf kedaulatan
Sepanyol dan membayar ufti kepadanya. Legazpi pula berjanji untuk
melindungi penduduk Pulau Cebu daripada musuh-musuh mereka.
8 Costa, H. D., (1967), Asia and The Philippines, Manila: Solidaridad Publishing
House, hlm 13.
9 Zaide, G.F., (1978), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Jilid 1, hlm 220221.
7

Hal ini menunjukkan bahawa ajaran agama Kristian yang dianuti


oleh

penduduk

Pulau

Cebu,

menjadi

alasan

bagi

Legazpi

untuk

membentuk satu perikatan secara damai bagi melindungi penduduk Pulau


Cebu daripada musuh luar. Tindakan Legazpi ini sebenarnya ingin
mengambil hati penduduk tempatan dan meneruskan penjajahan ke atas
Filipina. Kesannya, satu petempatan Sepanyol telah didirikan di Pulau
Cebu yang dinamakan sebagai San Miguel dan kemudian ditukarkan
kepada City of the Most Holy Name of Jesus.10
Pendekatan melalui agama Kristian juga digunakan bagi membina
petempatan Sepanyol yang kedua iaitu di Panay. Paderi-paderi Agustinian
bijak memikat hati penduduk tempatan untuk masuk agama Kristian.
Akhirnya petempatan kedua Sepanyol ini menjadi pusat penjelajahan dan
penyebaran agama Kristian. Gregorio F. Zaide (1978) dalam bukunya
menulis bahawa,
Pemerhati-pemerhati telah menegaskan bahawa orang Filipina itu
telah ditakluk oleh tarikan Salib lambang agama Kristian dan bukannya
oleh daya ganas tentera Sepanyol. Mubaligh-mubaligh peneroka dengan
menyebarkan ajaran-ajaran agama Kristian dan mebuat pengorbananpengorbanan yang mulia telah menawan hati orang Filipina supaya
memeluk agama Kristian, dan dengan menjadi orang-orang Kristian yang
baik, orang Filipina itu menjadi rakyat Sepanyol yang taat setia.11
Sememangnya penjajahan atau penaklukan Sepanyol ke atas
Filipina menggunakan pendekatan salib atau pemujukan agama Kristian.
10 Zaide, G.F., (1969), History of The Filipino People 4th Edition, hlm 40.
11 Zaide, G.F., (1978), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Jilid 1, hlm 241.
8

Namun, pendekatan pedang atau melalui cara kekerasan tetap digunakan


oleh

Sepanyol

terutamanya

terhadap

penentang-penentang

kuat

Sepanyol.
Usaha Sepanyol untuk menjajah Filipina melalui pedang atau cara
kekerasan dapat dilihat apabila Magellan datang ke Pulau Cebu dan
menurunkan layar-layar kapalnya serta melepaskan tembakan meriam
seolah-olah ingin berperang. Tindakan ini sebenarnya ingin menakutkan
penduduk tempatan dan menginginkan mereka menerima kedatangan
Magellan dan angkatannya.
Perang Mactan yang berlaku pada 27 April 1521 merupakan satu
lagi bukti yang jelas cara kekerasan digunakan oleh Sepanyol dalam
usaha menjajah Filipina.12 Perang ini berlaku antara Magellan dan
angkatannya dengan Lapu-Lapu iaitu raja Pulau Mactan. Lapu-Lapu
merupakan raja tempatan yang berani menentang Magellan dan tidak
menerima

kedatangan

Sepanyol

ke

kawasan

mereka.

Magellan

menyerang Pulau Mactan dengan 3 buah kapal dan 30 buah perahu


bersama-sama 60 orang Sepanyol dan 1000 orang sahabatnya iaitu orang
Cebu. Orang Sepanyol kalah dan Magellan mati dalam pertempuran
tersebut.
Penaklukan

pulau-pulau

yang

lain

juga

menggunakan

cara

kekerasan. Sebagai contoh, Kapten Juan de Salcedo, cucu kepada Legazpi


telah memusnahkan Bandar Mamburao iaitu sebuah Bandar Islam yang

12 Zaide, G.F., (1978), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Jilid 1, hlm 179180
9

terletak di pinggir laut Mindoro pada 1 Januari 1570.13 Selain itu,


penaklukan Manila yang pada awalnya menggunakan cara pakatan
perdamaian akhirnya membawa kepada pertempuran pada 24 Mei 1570
apabila Raja Soliman sedar bahawa pakatan yang dilakukan dengan
Sepanyol membawa makna mereka mengakui ketuanan Sepanyol di
Filipina dan perlu membayar ufti kepada Filipina. Seramai 100 orang
Manila terbunuh dalam pertempuran tersebut.
Pertempuran untuk menawan Filipina tidak terhenti setakat itu
sahaja. Sekali lagi Legazpi dan angkatannya yang terdiri daripada 27 buah
kapal, 280 orang Sepanyol dan beratus-ratus askar tambahan Bisayan
belayar ke Manila dan bersedia untuk berperang. Akhirnya, Legazpi
berjaya memiliki Manila dan mengisytiharkan Manila sebagai ibu negeri
Filipina setelah menubuhkan kerajaan kota di Manila pada 24 Jun 1571. 14
Jelaslah bahawa panjajahan Sepanyol ke atas Filipina turut menggunakan
cara

kekerasan

untuk

menakutkan

penduduk

tempatan

dan

juga

bertempur dengan pihak yang menentang kedatangan mereka. Alatan


seperti meriam dan juga bilangan askar yang ramai sentiasa dibawa
bersama setiap kali Sepanyol ingin menjajah kawasan yang baru. Melalui
cara ini, Sepanyol dapat menakluk banyak kawasan kepulauan yang
penting di Filipina seperti Cebu dan Manila.
Penjajahan

Sepanyol

diteruskan

walaupun

setelah

kematian

Legazpi. Cucu kepada Legazpi, Kapten Salcedo telah menjajah banyak

13 Zaide, G.F., (1978), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Jilid 1, hlm 229230
14 Zaide, G.F., (1969), History of The Filipino People 4th Edition, hlm 42-43.
10

kawasan yang lain di Filipina seperti Ilocandia, Cagayan, Catanduanes dan


kawasan lubuk emas iaitu di Paracale.

11

3.0 Kesimpulan
Penjajahan

Sepanyol

ke

atas

Filipina

pada

peringkat

awalnya

menggunakan pendekatan budaya bagi mendekati penduduk tempatan


dan mendapatkan kepercayaan daripada mereka. Hal ini memudahkan
orang Sepanyol untuk bekerjasama dengan pemerintah tempatan.
Pendekatan agama ataupun pendekatan salib digunakan untuk
mengukuhkan lagi kepercayaan penduduk tempatan terhadap niat murni
orang Sepanyol. Peranan yang baik yang diberikan oleh mubalighmubaligh atau paderi-paderi Kristian yang menyebarkan agama Kristian
Katolik telah berjaya mengkristiankan penduduk Filipina dan menjadikan
mereka setia dengan agama ini. Secara tidak lansung, penduduk Filipina
telah menerima kedatangan Sepanyol di tanah air mereka dan Sepanyol
telah mengibarkan bendera Sepanyol di Filipina.
Penentangan tetap berlaku walaupun kebanyakan rakyat Filipina
menerima kedatangan Sepanyol atas faktor agama Kristian. Oleh hal yang
demikian pendekatan pedang ataupun melalui cara kekerasan terpaksa
diunakan oleh Sepanyol untuk menghapuskan penentang-penentang
tempatan yang berani menentang mereka.
Jelaslah bahawa Sepanyol tidak hanya mengunakan pendekatan
budaya semata-mata untuk menjajah Filipina, bahkan Sepanyol telah
menggunakan pendekatan lain iaitu pendekatan salib dan pedang untuk
mengukuhkan kuasanya di Filipina dan meluaskan penjajahannya di
Filipina.

12

4.0 Bibliograf

Agoncillo, T. A. (1962). Philippine History. Quezon City: Kayumangi Press.


Costa, H. D. (1967). Asia and the Philippines. Manila: Solidaridad
Publishing House.
Edwardes, M. (1967). The West in Asia 1850-1914. London: B T Batsford
Ltd.
Zaide, G. F. (1969). History of the Filipino People 4th Edition. Manila: The
Modern Book Co.
Zaide, G. F. (1972). Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

13

Anda mungkin juga menyukai