Anda di halaman 1dari 22

1.

0 Pengenalan

‘Compromise seems better than conflict.’ Perumpamaan ini berkemungkinan sesuai untuk

menggambarkan konflik yang berlaku antara Jerman dan negara-negara Eropah selepas tamatnya

Perang Dunia Pertama. Perang Dunia Pertama dan Kedua dianggap sebagai dua peristiwa besar

yang terjadi pada abad ke-20. Jika dilihat secara terperinci, Perang Dunia Kedua dapat dianggap

sebagai rentetan yang berkembang daripada permasalahan yang tidak dapat diselesaikan dalam

Perang Dunia Pertama. Buktinya, kegagalan Perjanjian Versailles dalam menyelesaikan segala

masalah yang dijanjikan penyelesainnya dan juga kegagalan peranan kuasa Great Allies iaitu

Britain dan Perancis menambahkan lagi isu-isu berbangkit terutamanya kepada Jerman.1 Masalah

yang tidak dapat diselesaikan ini seolah-olah memperlihatkan keengganan yang disengajakan oleh

sekutu Britain dan Perancis untuk menangani isu-isu dan konflik yang timbul daripada Perang

Dunia Pertama. Apa yang perlu diberi perhatian di sini adalah mengenai kewajaran Dasar

Pemujukan atau ‘Appeasement Policy’ oleh Britain ini, sama ada ia merupakan satu langkah

demokrasi yang berjaya menangguhkan peperangan atau sesuatu yang tidak harus dilakukan

kerana di akhirnya juga berlaku Perang Dunia Kedua.

Konflik ini sebenarnya telah menimbulkan pelbagai reaksi dan tanggapan seperti mana

yang pernah diungkapkan oleh Churchill kepada Roosevelt bahawa beliau berfikir Perang Dunia

Kedua ini harus dipanggil "Perang Tidak Perlu." Hal ini demikian kerana, beliau mempersoalkan

mengapa perlu terjadinya perang yang kedua sedangkan isu-isu yang timbul ini dapat diselesaikan

pada awalnya, supaya tidak berlaku peperangan. Churchill juga berkata, "Tidak pernah ada

1
R. A. C. Parker. Chamberlain and Appeasement: British Policy and the Coming of the Second World War. The
Journal of Modern History, Vol. 67, No. 3 (Sep., 1995), pp. 716-718. The University of Chicago Press,
http://www.jstor.org/stable/2124242

1
peperangan yang lebih mudah untuk dihentikan daripada apa yang telah rosak, dan apa yang

ditinggalkan untuk dunia dari perjuangan sebelumnya?"2 Hal ini demikian kerana, selepas

berlakunya Perang Dunia Pertama, negara-negara yang terlibat dalam peperangan tersebut

menghadapi masalah inflasi yang teruk pada tahun 1920. Malahan, tekanan ekonomi yang

memuncak di awal tahun 1930 atau lebih dikenali sebagai The Great Depression telah membawa

kepada kadar pengangguran yang tinggi di negara-negara yang terlibat dalam peperangan

terutamanya Jerman dan Itali.3 Justeru, rentetan daripada kesan selepas berlakunya Perang Dunia

Pertama ini, timbul konflik berkenaan isu politik domestik antara negara-negara kuasa besar di

Eropah seperti Britain, Perancis, dan Jerman.4 Timbul juga pertikaian kepada Britain dan Perancis

tentang tindakan yang perlu dilakukan untuk menghalang Hitler yang cuba mencetuskan perang

saudara di Eropah.5 Berbalik kepada kesan Perang Dunia Pertama, pada Oktober 1918, satu pilihan

raya baru telah diadakan dan hasilnya terbentuklah sebuah republik berparlimen yang juga dikenali

sebagai Republik Weimar. Walau bagaimanapun, kerajaan demokratik yang baharu ini juga

dikatakan gagal mengatasi masalah yang dihadapi oleh Jerman sehinggalah selepas Perang Dunia

Kedua. Krisis politik Republik Weimar ini juga telah membuka jalan kepada Hitler untuk

mencapai kuasa. Lebih buruk lagi, rusuhan menjadi-jadi di merata tempat sehinggakan Maharaja

William II turun dari takhta dan lari ke Belanda.

Pada tahun 1930 an, British dan Perancis mengikuti suatu dasar yang dikenali sebagai

‘Appeasement Policy’. Kedua-dua negara ini dilihat mempersetujui apa sahaja permintaan

daripada Jerman, iaitu melalui Adolf Hitler. Tindakan kedua-dua negara ini dikatakan adalah untuk

2
Bell, P.M.H. (1986). The Origins of the Second World War in Europe. London and New York: Longman, hlm. 77.
3
Ibid., hlm.128.
4
W. J. Mommsen, L. Kettenacker, Hgg. (1983). The Fascist Challenge and the Policy of Appeasement: The
Domestic Background to Bristish Appeasement Policy. London: Allen & Unwin, hlm. 101.
5
Ibid., hlm. 101.

2
mengekalkan keamanan di Eropah. Jadi, persoalannya, mengapakah Britian dan Perancis sanggup

berbuat demikian dan membiarkan Jerman mula bertindak agresif untuk menguasai wilayah-

wilayah lain di Eropah seperti krisis yang berlaku di Sudetenland dan Czechoslovakia? Apakah

yang berlaku dalam Dasar Pemujukan Jerman oleh British ini? Oleh itu, untuk menjawab persoalan

tersebut, penulis akan membincangkan tentang isu kegagalan Perjanjian Versailles yang dikatakan

penyebab utama kepada kebangkitan kuasa Jerman untuk menuntut segala haknya semula, selain

menghuraikan tentang Dasar Pemujukan yang dilakukan oleh British, serta menyentuh serba

sedikit tentang krisis-krisis yang berlaku sepanjang kekuasaan Hitler di Jerman sehingga

meletusnya Perang Dunia Kedua, di dalam esei ini.

2.0 Kegagalan Perjanjian Versailles

Kegagalan Perjanjian Versailles dalam memberikan keadilan kepada Jerman telah

menyebabkan ramai rakyat Jerman termasuk pemerintahnya berasa tidak puas hati. Kemarahan ini

bermula apabila Jerman terpaksa menandatangani Perjanjian Versailles pada 6 Jun 1920, di mana

Jerman terpaksa menerima hukuman yang berat dari Kuasa Berikat. Dalam hal ini, League of

Nations berperanan untuk menyelesaikan segala masalah antarabangsa dan mengelakkan

peperangan. Justeru, kesannya telah diterima oleh Jerman, di mana perjanjian ini telah meletakkan

Jerman sebagai negara yang dipersalahkan dan perlu bertanggungjawab dalam Perang Dunia

Pertama. Perjanjian Versailles menetapkan bahawa Britain dan Perancis boleh menuntut ganti rugi

perang yang sangat tinggi jumlahnya kepada Jerman.6 Jerman terpaksa menandatangani ‘blank

cheque’ bernilai 6,600 juta. Malahan, Jerman antara lain juga terpaksa menyerahkan kepada pihak

6
R. A. C. Parker. Chamberlain and Appeasement: British Policy and the Coming of the Second World War. The
Journal of Modern History, Vol. 67, No. 3 (Sep., 1995), pp. 716-718. The University of Chicago Press,
http://www.jstor.org/stable/2124242

3
yang menang sebanyak 12% daripada penduduknya, 13% dari daerahnya, termasuklah tiga

perempat hasil besinya dan seperlima hasil arang batunya, dan dikenakan syarat untuk

mengurangkan jumlah tenteranya, tidak ada tentera udara dan kapal perang.7 Jumlah tentera akan

dikurangkan dari 400,000 kepada 200,000 menjelang 30 September 1919 dan 10,000 menjelang

31 Mac 1920. Kesannya, Jerman kehilangan tanah kepada Britain, Perancis, Belgium, Poland dan

Denmark, serta terpaksa melakukan perletakan senjata.8

Matlamat perjanjian ini sebenarnya adalah semata-mata untuk melumpuhkan Jerman

sebagai satu kuasa besar, sedangkan hakikatnya Jerman tidak kalah dalam peperangan dan

bukanlah Jerman sahaja yang bertanggungjawab memulakan Perang Dunia Pertama tersebut.

Kesemua hukuman ini pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada Jerman di mana sekiranya

diteliti, bayaran tersebut tidak akan selesai sehinggalah ke generasi yang akan datang yang perlu

menyambung dan membayar serta menderita untuk perang yang tidak pernah mereka saksikan.

Malah, dalam keadaan negaranya yang tidak stabil dan dibelenggu masalah inflasi serta

pengangguran yang teruk, pastinya tidak akan memungkinkan Jerman untuk melangsaikan segala

hutang-hutangnya dalam Perjanjian Versailles ini. Tambahan pula, tidak ada negara yang sanggup

meminjamkan wang kepada Jerman oleh sebab mereka juga menerima akibat dan kesan yang sama

selepas peperangan di mana pada ketika itu sedang berlaku Global Depression.9 Melalui perjanjian

ini, pihak Kuasa Berikat tentu saja dapat memberikan alasan yang difikirkan munasabah, tetapi

7
R. A. C. Parker. Chamberlain and Appeasement: British Policy and the Coming of the Second World War. The
Journal of Modern History, Vol. 67, No. 3 (Sep., 1995), pp. 716-718. The University of Chicago Press,
http://www.jstor.org/stable/2124242
8
Birdsall, Paul. (1962). Versailles Twenty Years After. Hamden: Archon Books, hlm. 328.
9
Bell, P.M.H. (1986). The Origins of the Second World War in Europe. London and New York: Longman, hlm.
128.

4
bagi rakyat Jerman, mereka berasa sangat marah dan terhina dengan syarat-syarat tersebut.

Tambahan lagi, Perdana Menteri, Scheidmann turut meletakkan jawatan sebagai tanda protes.

Walaupun begitu, pihak Jerman terpaksa juga menandatangani perjanjian ini kerana

mereka sememangnya tidak mampu engkar dan berperang semula dalam keadaan begitu. Jika

diteliti, bukan sahaja Jerman yang tidak mahu berperang, tetapi kesemua negara Eropah yang

terlibat juga tidak mungkin mahu berperang semula kerana mereka juga menerima masalah negara

yang sama selepas Perang Dunia Pertama. Justeru, kegagalan Perjanjian Versailles ini amatlah

ketara kerana berlaku ketidakadilan terhadap Jerman. Malahan, kebangkitan Nazi Jerman ada

kaitannya dengan Perjanjian Versailles ini iaitu untuk menuntut semula hak-haknya termasuk

wilayah-wilayah Jerman yang telah jatuh ke tangan negara lain.10 Jerman juga sebenarnya

menjangkakan perundingan damai dalam Perjanjian Versailles ini dan bukannya "diktat" yang

dikenakan ke atas mereka.11 Disebabkan itu jugalah ramai rakyat Jerman menyokong

pemerintahan Hitler kerana beliau telah berjanji untuk menghapuskan perjanjian yang dibenci itu.

Perjanjian Versailles ini tidak lain tidak bukan boleh dianggap sebagai keamanan yang dipaksa,

atau “dictated peace” terhadap Jerman. Dari sinilah dilihat bahawa jika Hitler tidak berkuasa pada

tahun 1933, maka tidak akan ada peperangan kerana tidak akan ada perluasan empayar Jerman

yang akhirnya memaksa Britain dan Perancis mengisytiharkan perang ke atas Jerman.12

Maka dengan itu, punca utama Perang Dunia Kedua ini dapat dikaitkan juga dengan

kebencian nasionalis Jerman terhadap Perjanjian Versailles. Perjanjian tersebut sangat

10
Adamthwaite, Anthony P. (1977). The Making of The Second World War. London: George Allen & Unwin, 327-
329.
11
Ibid., hlm. 324.
12
R. A. C. Parker. Chamberlain and Appeasement: British Policy and the Coming of the Second World War. The
Journal of Modern History, Vol. 67, No. 3 (Sep., 1995), pp. 716-718. The University of Chicago Press,
http://www.jstor.org/stable/2124242

5
membebankan, dan disebabkan kebencian itu Jerman yang mula merancang bagi membalas

dendam. Sekiranya Perjanjian Versailles lebih bersikap adil, dan tidak memberatkan Jerman

semata-mata, Jerman mungkin tidak akan ‘membalas dendam’. Jerman yang masih mempunyai

sumber untuk memulakan konflik, mula menyusun langkah sehinggalah meletusnya Perang Dunia

Kedua yang diisytiharkan apabila Jerman terus-terusan cuba merampas Poland yang merupakan

sebahagian daripada wilayah Rusia di Eropah. Jerman melalui Hitler juga cuba menyatukan

kembali wilayah-wilayahnya yang telah dipecahkan. Beliau juga dikatakan telah melanggar syarat-

syarat yang dikenakan apabila membentuk pasukan ketenteraan dan tidak membayar pampasan.

Namun begitu, Chamberlain, Perdana Menteri Britain, masih mahu berbaik-baik dengan Hitler

selepas Jerman berjaya menakluki Czechoslovakia kerana tidak mahukan keadaan menjadi lebih

buruk sekiranya Hitler ditentang.13 Usaha ini jelas terlihat dalam kesungguhan Britain untuk

mengelakkan peperangan dengan melaksanakan Dasar Pemujukan terhadap Jerman.

3.0 Dasar Pemujukan Britain Terhadap Jerman (Appeasement of Germany) Menyebabkan

Perang Dunia Kedua

Dasar Pemujukan atau Appeasement Policy adalah dasar yang dijalankan oleh Britain pada

tahun 1930-an dalam usaha untuk menyelesaikan pertikaian antarabangsa dan rungutan-rungutan

melalui kompromi dan rundingan. Dasar ini pada awalnya didirikan bertujuan untuk mengelakkan

peperangan, namun disebabkan dasar ini jugalah Hitler berjaya memperluaskan wilayah Jerman

secara tidak langsung. Dasar yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Britain, iaitu Neville

Chamberlain ini kemudiannya dianggap sebagai dasar yang lemah sedangkan dasar tersebut

pernah popular dan seolah-olah merupakan jalan penyelesain untuk memujuk Jerman agar tidak

13
Abel, Theodore Fred. (1938). Why Hitler Came Into Power?. New York: Prentice Hall, hlm. 421.

6
memulakan peperangan (sedangkan Jerman juga tidak mampu untuk berperang). Dasar ini ada

kaitannya dengan Perjanjian Versailles yang tidak adil itu.14

Melalui dasar ini juga, dikatakan bahawa Britain dan Perancis telah menggalakkan lagi

pencerobohan Hitler.15 Mana tidaknya, kedua-dua negara tersebut telah memenuhi segala

kehendak Hitler yang menjadi pemimpin Jerman pada ketika itu. Tujuan perluasan kuasa oleh

Hitler lebih jelas pada tahun 1936 ketika pasukannya memasuki Rhineland. Dua tahun kemudian,

pada bulan Mac 1938, beliau mengagungkan Austria, dan pada Persidangan Munich, dalam bulan

September, Neville Chamberlain telah menyingkirkan peperangan dengan bersetuju bahawa

Jerman boleh menduduki Sudetenland,16 bahagian Czechoslovakia yang berbahasa Jerman - ini

dikenali sebagai Perjanjian Munich. Di Britain, Perjanjian Munich disambut dengan kegembiraan.

Bagaimanapun, Winston Churchill, kemudiannya berpisah daripada kerajaan dan salah seorang

daripada yang menentang pencerobohan Hitler, menyifatkannya sebagai 'bencana yang tidak

diizinkan'.17

Dasar Pemujukan ini popular kerana beberapa sebab. Pertamanya, Chamberlain dan orang

Inggeris dilihat terdesak untuk mengelakkan peperangan daripada berlaku. Britain pula telah

mengawasi kepimpinan kerajaannya dan tidak dapat melakukan persenjataan semula. Sekutu

utamanya, Perancis juga sangat lemah selain risiko sekiranya tercetus perang, mereka tidak pasti

dengan sokongan Komanwel, tidak seperti Perang Dunia Pertama. Ramai warga Britain juga

bersimpati dengan Jerman, yang mereka rasa telah diperlakukan tidak adil selepas kekalahannya

pada tahun 1918. Keadaan ini secara tidak langsung telah mencetuskan konflik antara golongan

14
The Causse of World War II in Europe: Hitler’s War. (hlm. 122-127),
https://nisis.weebly.com/uploads/1/0/2/9/10295486/appeasement.pdf
15
Ibid.
16
R. A. C. Parker. Chamberlain and Appeasement: British Policy and the Coming of the Second World War. The
Journal of Modern History, Vol. 67, No. 3 (Sep., 1995), pp. 716-718. The University of Chicago Press,
http://www.jstor.org/stable/2124242
17
Ibid.

7
Nazi dan komunis Soviet.18 Tambahan lagi, ‘Appeasement’ ini telah menyebabkan Hitler

memperjudikan dasar tersebut untuk terus menguasai Poland. Malahan, Taylor, seorang ahli

sejarah terus berhujah bahawa Hitler telah berjaya membongkar Perjanjian Versailles di mana

ianya kesalahan pemimpin Eropah yang lain yang gagal menampung Jerman.

Oleh itu, sudah terlambat untuk menghentikan Jerman daripada terus menguasai Poland

disebabkan Hitler tidak yakin dengan ugutan Britain dan Perancis untuk mengisytiharkan perang

terhadap Jerman sekiranya beliau menyerang Poland. Hitler menganggap ianya sebagai sesuatu

yang tidak serius atau ugutan yang tidak mungkin dilakukan.19 Maka, Taylor akhirnya

menyimpulkan bahawa Hitler tidak jauh berbeza dengan pemimpin Jerman yang terdahulu seperti

Bismarck dan lain-lain, yang juga ingin menyatukan wilayah-wilayah Jerman dan meluaskan

penguasaan,20 tetapi nampaknya Hitler lebih tamak untuk menyebarkan kekuasannya dan tidak

mahu berdamai. Justeru, melalui Dasar Pemujukan ini juga, penulis dapat melihat bahawa Jerman

yang dipimpin oleh Hitler lebih agresif untuk menguasai negara-negara lain di Eropah kerana

beliau menganggap bahawa Britain dan Perancis tidak akan campur tangan dalam segala hal yang

dilakukan. Paling ketara ialah ramai yang melihat bahawa dasar yang telah menyebabkan

berlakunya pengkhianatan ke atas Czechoslovakia di Munich ini sebagai suatu perbuatan yang

tidak sepatutnya dilakukan oleh Britain. Tetapi, walaupun Hitler tidak terkecuali dengan janji

bahawa ‘tidak ada lagi tuntutan teritorial di Eropah', namun pada bulan Mac 1939, beliau

melanggar Perjanjian Munich dengan menduduki seluruh Czechoslovakia. Enam bulan kemudian,

pada September 1939, Jerman menyerang Poland dan Britain sedang berperang.21

18
Adamthwaite, Anthony P. (1977). The Making of The Second World War. London: George Allen & Unwin, hlm.
65-67.
19
Ibid., hlm. 65-67.
20
Ibid.
21
Ibid.

8
Melalui dasar yang dijalankan ini, Hitler yakin bahawa dia boleh mengambil alih semua

kawasan lain yang terhad dari jangkauannya sebelum ini. Kawasan tersebut termasuklah

Sudentenland. Sudentenland merupakan kawasan pinggiran Czechoslovakia dan menjadi

sempadan kepada Jerman.22 Pada bulan September 1938, sejak Sudentenland membicarakan

tentang Jerman dan pernah menjadi sebahagian daripada Jerman sebelum Perang Dunia Pertama,

Hitler merasakan ia harus sekali lagi bergabung dengan Jerman. Ini merupakan perbuatan yang

tidak baik yang pernah dilakukan untuk menimbulkan ketegangan antarabangsa yang besar

sehingga ketua-ketua kerajaan Jerman, Britain, Perancis, dan Itali bertemu di Munich pada 29

September 1938.23 Walaupun Britain pernah mengatakan bahawa mereka akan membantu Ceko

ketika dalam kesulitan, Chamberlain percaya bahawa cara terbaik adalah untuk mengecualikannya

dan hanya bersyukur bahawa tidak akan ada perang yang bermula. Chamberlain juga mengatakan

bahawa dia tidak mahu memulakan peperangan atas perkara kecil tersebut. Tambahnya, “perang

adalah sesuatu perkara yang menakutkan, mengapa kita harus menggunakan topeng gas untuk

peperangan sejauh ini.”24 Di samping itu, akibat ketidaksetiaan Britain, Britain juga telah

kehilangan salah satu pasukan terbaik di Eropah yang menyokong Republik Czech. Maka, dalam

pertemuan Munich tersebut, semua negara iaitu Adolf Hitler (Jerman), Neville Chamberlain

(Britain), Edouard Daladier (Itali), dan Benito Mussolini (Perancis) menandatangani perjanjian

untuk menyerahkan Sudentenland kepada Jerman. Bagaimana tercetusnya Perang Dunia Kedua

ini sebenarnya mempunyai banyak punca. Salah satunya ialah Dasar Pemujukan ini yang

merupakan satu sebab yang paling penting dalam menggerakkan kebangkitan Jerman.25

22
Adamthwaite, Anthony P. The Making of The Second World War. hlm. 68-70.
23
Ibid., hlm. 68-70.
24
Ibid.
25
Ibid.

9
Dasar pemujukan antara tahun 1936-1939 ini merupakan dasar yang membawa kepada

beberapa tuntutan Hitler untuk mengelakkan daripada berlaku konflik-konflik yang lain. Namun,

Hitler yang sememangnya tamak dan rakus ini terus menggunakan peluang ini dan menuntut lebih

banyak tanah bagi mengembangkan empayar Jerman. Ini merupakan salah satu punca utama

Perang Dunia Kedua kerana Britain dan Perancis sepatutnya menghentikan Hitler lebih awal

contohnya dalam serangan terhadap Sudetenland, tetapi sebaliknya mereka membenarkan Hitler

mengambil apa yang diinginkan pada tahun 1938. Hitler juga telah berjaya memperoleh apa yang

dikehendakinya di Sudetenland, tetapi masih belum melakukan tuntutan yang tidak pernah

berakhir, iaitu meneruskan pencerobohan di seluruh Czechoslovakia pada bulan Mac 1939.26

Pencerobohan ini juga dikatakan berjaya dilakukan oleh Jerman kerana Britain dan Perancis tidak

menunjukkan reaksi untuk menghalang, sebaliknya mereka hanya memberi amaran sekiranya

Jerman mendekati Poland, barulah peperangan akan diisyhtiharkan ke atas Jerman. Disebabkan

inilah Jerman sedikit demi sedikit berjaya menguasai wilayah Czechoslovakia. Walau

bagaimanapun, ramai menganggap Dasar Pemujukan ini sebagai suatu dasar pengecut yang

memudahkan pencerobohan negara-negara oleh kuasa Jerman.27

Pada mulanya, Hitler sendiri tidak mampu untuk melaksanakan dasar luar yang agresif.

Hal ini kerana, Jerman masih belum mempunyai tentera yang kuat. Pencabulan Hitler ke atas

peruntukan Perjanjian Versailles diperlihatkannya seolah-olah sebagai sesuatu yang terhad sahaja.

Pada bulan Februari 1933, Menteri Luar Jerman, Konstantin von Neurath menegaskan kepada para

diplomat asing bahawa Jerman tidak akan ‘cuba melaksanakan apa-apa eksperimen dalam dasar

26
R. A. C. Parker. Chamberlain and Appeasement: British Policy and the Coming of the Second World War. The
Journal of Modern History, Vol. 67, No. 3 (Sep., 1995), pp. 716-718. The University of Chicago Press,
http://www.jstor.org/stable/2124242
27
The Causse of World War II in Europe: Hitler’s War. (hlm. 122-127),
https://nisis.weebly.com/uploads/1/0/2/9/10295486/appeasement.pdf

10
luarnya’28. Apabila Hitler menarik keluar Jerman dari Liga Bangsa-Bangsa dan Persidangan

Pengurangan Senjata pada Oktober 1933, beliau masih seolah-olah menunjukkan sokongannya

terhadap dasar tersebut. Pada januari 1934, Hitler menandatangani satu perjanjian persahabatan

dengan Poland dan pakatan Jerman-Rusia terus diperbaharui sehingga tahun 1935.29 Percubaannya

untuk menyatukan Jerman dan Austria dengan mempergunakan golongan Nazi di Austria walau

bagaimanapun gagal, dan Hitler menafikan penglibatannya. Beliau bersetuju memisahkan kedua-

dua parti Nazi di Jerman dan Austria.

Selain itu, pencabulan Hitler yang nyata ke atas Perjanjian Versailles berlaku apabila ia

mengumumkan pembentukan Tentera Udara Jerman pada 9 Mac 1935. Seminggu selepas itu,

beliau telah memperkenalkan semula dasar kerahan tenaga bagi membentuk satu angkatan tentera

yang mempunyai 500,000 orang anggota. Walaupun negara-negara Kuasa Berikat membangkang

dasar Hitler ini, mereka tidak mengambil apa-apa tindakan tegas. Kemudian pada tahun

berikutnya, 7 Mac 1936, Hitler telah menghantar tenteranya ke tebing timur dan barat Rhine.30

Dengan itu, ia telah melanggar satu lagi ketetapan dalam Perjanjian Versailles, iaitu melalui Fasal

44 yang melarang Jerman menempatkan tenteranya di kawasan yang bersempadan dengan

Perancis ini.31 Walau bagaimanapun, Britain dan Perancis masih bertolak ansur. Hal ini kerana,

Britain percaya bahawa sekiranya Jerman diizinkan mengembalikan semula kekuatan tentera dan

menggerakkannya di kawasan sendiri secara berpatutan, maka rasa kemarahan Jerman terhadap

Perjanjian Versailles dapat diredakan. Atas perkiraan begini jugalah maka, Britain bersetuju

menandatangani perjanjian mengenai dasar perkembangan tentera laut dengan Jerman pada bulan

28
Abel, Theodore Fred. (1938). Why Hitler Came Into Power?. New York: Prentice Hall, hlm. 431-437.
29
Ibid., hlm. 433.
30
Abel, Theodore Fred. (1938). Why Hitler Came Into Power?. New York: Prentice Hall, hlm. 431-437.
31
Birdsall, Paul. (1962). Versailles Twenty Years After. Hamden: Archon Books, hlm. 228.

11
Jun 1935. Menurut perjanjian itu, Jerman boleh memperbesarkan tentera lautnya sehingga ke paras

satu pertiga saiz tentera laut Britain.

Jadi, di sini penulis dapat melihat bahawa sebenarnya Dasar Pemujukan yang dilakukan

oleh Britain terhadap Jerman ini seolah-olah sengaja memberi peluang kepada Jerman untuk

menuntut semula haknya yang telah hilang disebabkan ketidakadilan dalam Perjanjian Versailles.

Hal ini kerana, kuasa Barat seakan-akan takut untuk bertindak kerana bimbang akan tercetusnya

peperangan buat kesekian kalinya, walaupun di akhirnya tetap berlaku Perang Dunia Kedua.

Malah, keadaan negara-negara Eropah yang belum pulih sepenuhnya daripada Perang Dunia

Pertama pada ketika itu juga menyebabkan British dan Perancis tidak bertindak untuk menghalang

Jerman. Justeru, penulis berpandangan bahawa ada kebaikannya Dasar Pemujukan ini dilakukan

kerana, ia dilihat sebagai jalan demokrasi yang cuba dilakukan untuk mengelakkan peperangan

daaripada berlaku walaupun tidak berjaya, tetapi sekurang-kurangnya mampu menangguhkan

perang daripada terus berlaku serta-merta. Penulis juga berpendapat bahawa dasar inilah yang

sepatutnya dijalankan di dalam Perjanjian Versailles, supaya lebih adil terhadap Jerman dan

bukannya mencetuskan permasalahan daripada perjanjian yang sememangnya bermasalah itu.

Oleh itu, rentetan daripada Dasar Pemujukan ini jugalah timbul beberapa tindakan yang dilakukan

oleh Jerman melalui Hitler yang akan dibincangkan seperti penyatuan Jerman dengan Austria iaitu

Anschluss, krisis di Czechoslovakia, dan krisis di Poland. Penulis juga akan menghuraikan sedikit

kesan Perang Dunia Kedua ini untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut.

12
3.1 Anschluss (Penyatuan Jerman dengan Austria)

Rentetan daripada Dasar Pemujukan tersebut, Hitler telah melancarkan semula dasar

penyatuan Jerman-Austria atau Anschluss. Pada 12 Februari 1938, Hitler telah bertemu dan

berbincang dengan Canselor Australia, Kurt Schuschnigg. Dalam pertemuan ini, Schusnigg

bersetuju melantik ketua Nazi Austria, iaitu Seyss yang pro-Anschluss sebagai Menteri Dalam

Negeri. Hitler setelah itu terus mengarahkan tenteranya mara ke Austria pada 11 Mac, atas alasan

Menteri Dalam Negeri Austria memerlukan bantuan Jerman bagi mententeramkan keadaan dalam

negeri, tetapi itu hanyalah helah semata-mata. Tentera Hitler mendapat sambutan di Vienna dan

tidak ada kuasa Eropah yang bersedia menggunakan kekerasan untuk menghalang Hitler walaupun

Anschluss sebenarnya telah melanggar Fasal 80 dalam Perjanjian Versailles.32 Selepas Anschluss,

bangsa-bangsa Jerman di negara lain seperti di Poland dan Czechoslovakia juga inginkan

perlindungan Jerman. Oleh hal yang demikian, Hitler bertambah yakin dan agresif, sedangkan

Britain masih mahu bertolak ansur. Tambahan lagi, Jerman di bawah pemerintahan Hitler

dianggap sebagai benteng pertahanan Eropah daripada ancaman komunisme Rusia. Dasar Britain

yang mahu memuaskan harapan Jerman ini diteruskan walaupun selepas Hitler melanggar

Czechoslovakia.33

Di sini, penulis juga ingin menceritakan serba sedikit tentang Adolf Hitler yang

digambarkan sebagai seorang pemimpin Nazi yang paling agresif dan banyak menimbulkan

konflik dan keganasan sehinggalah tindakan-tindakan beliau telah menyebabkan meletusnya

Perang Dunia Kedua. Hitler dalam suatu keadaan dipersalahkan sebagai individu yang

32
Birdsall, Paul. (1962). Versailles Twenty Years After. Hamden: Archon Books, hlm.233.
33
R. A. C. Parker. Chamberlain and Appeasement: British Policy and the Coming of the Second World War. The
Journal of Modern History, Vol. 67, No. 3 (Sep., 1995), pp. 716-718. The University of Chicago Press,
http://www.jstor.org/stable/2124242

13
bertanggungjawab membawa para pengikutnya ke jurang bencana begini (keganasan). Di sini,

Hitler sendiri telah mengakui bahawa dia memang sebenarnya memudahkan masalah yang

kompleks. Katanya:

‘Telah dikatakan bahawa saya berjaya kerana saya menzahirkan satu mistik…atau lebih
mudah lagi, saya mempunyai tuah. Ya, saya akan beritahu anda apa yang telah membawa
saya ke tahap tempat saya berada. Masalah politik kita kelihatan terlalu rumit. Rakyat
Jerman tidak memahami langsung masalah ini. Dalam keadaan demikian mereka rela
menyerahkannya kepada ahli politik penuh masa agar memimpin mereka keluar dari
kekeliruan tenat ini. Sebaliknya, saya memudahkan masalah ini dan merumuskannya ke
tahap yang paling mudah. Rakyat menyedari hal ini dan mengikut saya.” 34

Kata-kata Hitler ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran berkenaan pemikiran beliau

sehingga mendorong beliau melakukan usaha merampas semula hak-hak Jerman yang telah hilang

semasa Perjanjian Versailles. Namun, kemungkinan beliau terlalu yakin bahawa kuasa Britain dan

Perancis seolah-olah ‘bersetuju’ dengan apa yang dilakukan kerana membiarkannya bertindak

sebegitu menyebabkan ketamakan Hitler menjadi-jadi sehingga mencetus peperangan untuk kedua

kalinya. Pengaruh peribadi Hitler ke atas para pengikutnya juga amat banyak diperkatakan oleh

mereka yang hidup semasa dengannya dan para pengkaji selepasnya. Bullock turut menceritakan:

‘Apabila ia mahu memujuk atau memenangi hati seseorang dia boleh memperlihatkan
peribadi yang begitu mempersonakan. Hingga ke hari-hari terakhirnya ia telah
mengekalkan keistimewaan daya tarikan peribadi yang sukar untuk dianalisiskan, tetapi
yang telah digambarkan oleh ramai orang yang telah bertemu dengannya. Ini telah
dikaitkan dengan kuasa ganjil matanya, yang selalu sahaja dikatakan sebagai mempunyai
sesuatu macam sifat hipnotis.’35

34
A. Bullock. (Cetakan Semula, 1975). Hitler: A Study In Tyranny. Penguin Books. hlm. 381.
35
Ibid., hlm. 376-377.

14
3.2 Krisis di Czechoslovakia

Krisis di Czechloslovakia berpunca daripada tuntutan untuk mendapatkan autonomi

kedaerahan oleh warganegaranya yang bebangsa dan berbahasa Jerman di Sudetenland. Hal ini

disebabkan oleh kesan daripada Perang Dunia Pertama yang memperlihatkan wilayah-wilayah

Jerman telah dipecahkan. Pada permulaan krisis ini, iaitu pada April 1938, kerajaan

Czechloslovakia mendakwa bahawa Jerman sudah menggerakkan tenteranya untuk campur tangan

dalam urusan negerinya. Perancis dan Rusia masing-masing mempunyai perjanjian tentera dengan

Czechloslovakia dan mengisytiharkan kezaman mereka untuk membantu nigari tersebut sekiranya

dicerobohi. Britain juga memberi amaran yang sama sedangkan Hitler menafikan bahawa beliau

mempunyai rancangan agresif terhadap Czechloslovakia. Penafian Hitler ini sebenarnya satu helah

untuk menunggu masa yang sesuai sahaja bagi melakukan apa yang telah dirancangkan. Pada

September 1938, berlaku rusuhan di Sudetenland, berikutan dari pidato Hitler yang bersemangat

dalam Perhimpunan Parti Nazi di Nuremberg pada 12 September.36

Di dalam pidatonya, Hitler telah menjanjikan bantuan tentera kepada gerakan orang Jerman

di Sudetenland. Kerajaan Czechloslovakia mengisytiharkan keadaan darurat. Jerman, Perancis dan

Britain semuanya menggerakkan tentera masing-masing. Hitler sebenarnya menunggu keadaa

seperti ini berlaku untuk beliau menggunakan masa dan alasan politik yang sesuai untuk merampas

haknya di Czechloslovakia.37 Walau bagaimanapun, peperangan dapat dielakkan melalui

rundingan yang dikendalikan oleh Neville Chamberlain, iaitu Perdana Menteri Britain. Hasil

rundingan inilah terbentuknya Perjanjian Munich pada 29 September selepas tiga kali

pertemuannya bersama Hitler.38 Kesan perjanjian ini, semua kawasan di Sudetenland yang tidak

36
Adamthwaite, Anthony P. The Making of The Second World War, hlm. 77-85.
37
Ibid.
38
Ibid.

15
ada kaitan dengan Jerman turut menjadi sebahagian daripada daerah Jerman. Akan tetapi,

Perjanjian ini tidak kekal lama kerana Hitler akhirnya menodai janji yang diberikannya kepada

Chamberlain dan melanggar ibu kota Czechloslovakia, Prague pada 15 Mac 1939. 39 Rusia dan

Perancis membiarkan sahaja Czechloslovakia dihancurkan oleh Hitler. Sebenarnya, Rusia ada

menyatakn kesediannya untuk menawarkan ketenteraanya bagi menentang Jerman, tetapi tidak

disambut oleh Britain dan Perancis yang masih mencurigai kejujuran regim Stalin.

3.3 Krisis di Poland

Selepas penaklukan Czechloslovakia, Hitler menunjukkan minatnya kepada Poland pula.

Seperti di Czechloslovakia, golongan minority Jerman yang besar juga terdapat di sana, misalnya

di kawasan Silesia dan Danzig. Berlaku konflik mengenai Danzig yang dikatakan bahawa kawasan

itu berada di bawah seliaan Liga Bangsa-Bangsa, dan Poland digesa agar memulangkan Danzig

kepada Jerman dan membenarkan Jerman membina jalan keretapi merentasi kawasan Poland ke

Prusia Timur. Sebagai balasan, Jerman berjanji akan melindungi Poland dari serangan Rusia.

Britain yang serik dan tidak mahu lagi mengamalkan dasar tolak ansur dengan Hitler berikutan

peristiwa Perjanjian Munich, mengisytiharkan bahawa Perancis dan Britain akan memberikan

segala bantuan yang mungkin kepada Poland sekiranya kemerdekaan Poland terancam.40

Rundingan dengan pihak Rusia juga dikendalikan oleh kerajaan Britain dan Perancis untuk

mengadakan pakatan bagi menentang Jerman. Namun begitu, Perancis dan Britain enggan pula

bekerjasama dengan Rusia, dan ini memberikan peluang kepada Hitler sehingga tehasil satu

Pakatan Nazi-Soviet, iaitu perjanjian persahabatan dengan Rusia yang memeranjatkan Eropah.

39
Adamthwaite, Anthony P. The Making of The Second World War, hlm. 77-85.
40
Ibid.

16
Pakatan ini hanya mengkehendaki Rusia untuk berdiam diri sahaja sekiranya berlaku peperangan

antara Jerman dengan kuasa Eropah yang lain. Pada 25 Ogos, Chamberlain mengesahkan jaminan

Britain untuk mempertahankan Poland. Dia mengulangi pernyataannya bahawa ‘Britain akan

mengisytiharkan perang sekiranya Poland dicerobohi. Hitler pula menganggap Britain tidak serius

sehinggalah pada 1 September, tentera Jerman ke Poland. Pada 3 September, Britain dan Perancis

mengsiytiharkan perang. Maka bermulalah Perang Dunia Kedua yang nyata membawa kesan besar

kepada negara-negara terlibat.

4.0 Kesan Perang Dunia Kedua

Dalam Perang Dunia Kedua, dianggarkan bahawa seramai 600,000 rakyat Jerman

terkorban akibat serangan bom, dua perempat juta tenteranya terbunuh dalam pertempuran dan

hampir satu perempat bangunan yang musnah. Peperangan ini merupakan peperangan yang paling

dahsyat dalam abad ke-20 di Eropah kerana memberi kesan kematian yang paling tinggi dan

beberapa masalah negara yang berpanjangan.41 Di samping itu, lebih dari enam juta golongan

minority Jerman di Czechoslovakia dan Hungary telah diarah pulang ke Jerman. Ramai dari

kalangan mereka ini yang tidak mahu pulang ke negara asal menjadi pelarian. Jerman pula

kekurangan makanan, tempat tinggal dan barangan. Dalam keadaan inflasi dan keruntuhan,

semangat amalan ‘black market’ merebak luas dan kebanyakannya hanya memikirkan kepentingan

dan keselamatan diri masing-masing sahaja.42 Selain itu, orang-orang Jerman yang dituduh

bersalah dalam peperangan dibicarakan di Amerika, Britain, Perancis dan Rusia. Dalam tempoh

41
R. A. C. Parker. Chamberlain and Appeasement: British Policy and the Coming of the Second World War. The
Journal of Modern History, Vol. 67, No. 3 (Sep., 1995), pp. 716-718. The University of Chicago Press,
http://www.jstor.org/stable/2124242
42
Ibid.

17
masa ini juga, wilayah negara Jerman mengalami proses pembahagian daerah, iaitu lahirlah

Jerman Barat, Jerman Timur, Berlin Barat dan Berlin Timur.43

Selain Jerman, Rusia yang menentang Jerman turut mengalami kematian yang tinggi

sehingga lebih kurang tujuh juta orang awam yang terkorban dan sebelas juta tenteranya yang

terkorban dalam peperangan. Britain kehilangan seramai 600,000 orang awam yang mati akibat

letupan bom atau roket. Manakala, Perancis pula kehilangan 500,00 orang rakyatnya termasuk

yang terbunuh semasa terlibat dalam gerakan bawah tanah menentang Nazi.44 Secara

keseluruhannya, seramai 25 hingga 30 juta orang awam dan tentera yang terkorban termasuk

akibat letupan bom, serangan roket, penyakit, kekurangan makanan, ketenatan kerja atau

pembunuhan sengaja, manakala 50 hingga 60 juta yang kehilangan tempat tinggal. Dari segi

ekonomi, Eropah musnah, dan kemusnahannya sukar digambarkan. Ratusan bandar hancur, tanah-

tanah pertanian rosak menyebabkan penghasilan pertanian yang amat sedikit iaitu sepertiga sahaja

pada tahun 1946. Begitu juga dengan penghasilan industri yang sedikit dan perniagaannya dengan

Amerika, Eropah secara keseluruhannya mengalami defisit sebanyak 4 billon dollar Amerika.45

Justeru, peranan terpenting dimainkan oleh Amerika dan Rusia oleh sebab negara-negara

Eropah masih jatuh sejatuhnya. Oleh kerana Stalin mendakwa negaranya yang paling teruk

memikul beban melawan Nazi, maka beliau mahukan peranan yang besar dalam menentukan corak

politik Eropah selepas Perang Dunia Kedua, Malahan, ada juga pendapat mengatakan bahawa

Amerika pada masa itu juga masih inginkan bantuan Rusia untuk melawan Jepun di Pasifik. Pada

43
R. A. C. Parker. Chamberlain and Appeasement: British Policy and the Coming of the Second World War. The
Journal of Modern History, Vol. 67, No. 3 (Sep., 1995), pp. 716-718. The University of Chicago Press,
http://www.jstor.org/stable/2124242
44
Grunberger, Richard. (1946). Germany 1918-1945. New York: Harper & Row Publishers, hlm. 431.
45
Ibid., hlm. 432.

18
peringkat akhir Perang Dunia Kedua ini, Amerika, Britain dan Rusia mengadakan tiga sidang

kemuncak yang penting bagi mencapai persefahaman dalam kalangan mereka.

5.0 Rumusan

Kesimpulannya, Dasar Pemujukan yang dijalankan oleh Britain terhadap Jerman dilihat

sebagai suatu usaha yang baik untuk mengelakkan daripada berlakunya peperangan. Namun

begitu, melalui dasar atau polisi yang dilaksanakan Britain dan Perancis ini juga, Jerman bersama

pemimpinnya Hitler mula mengambil kesempatan secara rakus dalam menyebarkan kekuasaan

Jerman. Britain pada mulanya menuruti segala permintaan dan kehendak Hitler (Jerman) tetapi

merasakan bahawa Hitler perlu diperangi apabila cuba masuk ke Poland, iaitu salah satu wilayah

Rusia pada ketika itu. Bagi pandangan penulis, dasar ini sememangnya dilihat seolah-olah Britain

dan Perancis, iaitu dua kuasa besar yang sepatutnya menghalang Jerman seperti sengaja

menggagalkan diri daripada berbuat demikian oleh sebab ingin memberi peluang kepada Jerman

mengambil semula haknya secara berpatutan. Hal ini juga disebabkan Britain ingin mengelakkan

daripada berlaku peperangan buat kesekian kalinya kerana negaranya sendiri sedang mengalami

krisis ekonomi yang kurang baik.

Justeru, dalam hal ini penulis dapat menyimpulkan bahawa, Dasar Pemujukan ini bukanlah

punca utama yang menyebabkan berlakunya Perang Dunia Kedua, akan tetapi, sikap ketamakan

dan kerakusan Hitler dalam meraut segala kekuasaan memberi padah kepada seluruh Eropah.

Malahan, antara punca utama yang sepatutnya dilihat sebagai pencetus kepada Perang Dunia

Kedua ini sebenarnya ialah kegagalan dan permasalahan ketidakadilan dalam Perjanjian Versailles

itu sendiri. Dari sinilah timbulnya kemarahan dan dendam rakyat Jerman bersama-sama

pemerintahnya yang kemudian mula merancang pelbagai rancangan untuk membalas dendam atau

19
dalam erti kata lain untuk merampas semula segala hak dan miliknya. Maka, rentetan daripada

kesan Peristiwa Perang Pertama sehinggalah kegagalan Perjanjian Versailles dan seterusnya cuba

diubati pula oleh Dasar Pemujukan yang dilaksanakan oleh Britain ini akhirnya telah mencetuskan

semula Perang Dunia Kedua disebabkan oleh kebangkitan Nazi Jerman melalui keganasan dan

kedegilan Hitler yang tidak mahu berunding. Secara keseluruhannya, kita dapat mengambil iktibar

daripada peristiwa peperangan ini agar sejarah tidak lagi berulang. Selama mana segala sesuatu itu

masih boleh dirunding dan diselesaikan secara damai, jadi itulah yang perlu diutamakan dalam

setiap permasalahan yang timbul kerana ‘compromise seems better than conflict’.

20
Bibliografi

Abel, Theodore Fred. (1938). Why Hitler Came Into Power?. New York: Prentice Hall.

Adamthwaite, Anthony P. (1977). The Making of The Second World War. London: George Allen
& Unwin.

Bell, P.M.H. (1986). The Origins of the Second World War in Europe. London and New York:
Longman.

Birdsall, Paul. (1962). Versailles Twenty Years After. Hamden: Archon Books.

Casrten, F.L. (1976). The Rise of Fascism. London: B.T. Batsford.

Feuchtwanger, E.J. (1993). From Weimar to Hitler. London: The Macmillan Press.

Grimshaw, Ashley. (April 17 2008). The Treaty of Versailles: The Major Cause of World War
II. History 104. (pdf).

Grunberger, Richard. (1946). Germany 1918-1945. New York: Harper & Row Publishers.

R. A. C. Parker. Chamberlain and Appeasement: British Policy and the Coming of the Second
World War. The Journal of Modern History, Vol. 67, No. 3 (Sep., 1995), pp. 716-718.
The University of Chicago Press. http://www.jstor.org/stable/2124242

The Causse of World War II in Europe: Hitler’s War. (hlm. 122-127).


https://nisis.weebly.com/uploads/1/0/2/9/10295486/appeasement.pdf

The National Archieves. (2008). Chamberlain and Hitler, 1938: What was Chamberlain Trying
To Do? https://nationalarchives.gov.uk/documents/education/chamberlain.pdf

W. J. Mommsen, L. Kettenacker, Hgg. (1983). The Fascist Challenge and the Policy of
Appeasement: The Domestic Background to Bristish Appeasement Policy. London: Allen
& Unwin

21
Lampiran

Peta 1: Menunjukkan Empayar Hitler sewaktu di puncaknya.

Sumber: Buku Eropah Sejak Napoleon Jilid 2 oleh David Thomson.

22

Anda mungkin juga menyukai