Anda di halaman 1dari 44

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

TEMA UMUM: MALAYSIA DAN KERJASAMA MASYARAKAT ANTARABANGSA

Perang Dunia Pertama juga dikenali sebagai The Great War (Perang Besar) yang
pernah diketahui oleh manusia. (Sumber: www.bbc.ok.uk). Perang tersebut yang
menandakan bermulanya konflik antarabangsa yang lain dan meninggalkan kesan yang
besar terhadap dunia.

Latar Belakang Perang Dunia Pertama / Latar Belakang Konflik Dunia Pada Awal
Abad Ke 20.

BAB 9 Latar Belakang Perang Dunia Pertama/ Konflik Dunia m/s 229-
Pada Awal Abad Ke 20. 231

Perang Dunia Pertama merupakan konflik antarabangsa yang berlaku pada


tahun 1914 -1918. Perang ini hanya berlaku dalam kalangan negara-negara Eropah
sahaja. Negara-negara di Asia dan di Afrika dilibatkan apabila wilayah di kedua-dua
benua tersebut menjadi rebutan negara-negara Eropah untuk menjadi tanah jajahan.

Perang Dunia Pertama ini melibatkan dua pihak iaitu Perikatan Kuasa Tengah
dan Pakatan Bertiga. Perikatan Kuasa Tengah atau Triple Alliance dibentuk pada tahun
1882 dengan dianggotai oleh Jerman, Austria-Hungary, Itali dan kemudiannya disertai
oleh Turki dan Bulgaria. Manakala Pakatan Bertiga atau Triple Entente terdiri daripada
Britain, Perancis dan Rusia yang dibentuk pada tahun 1907 yang kemudiannya disertai
oleh Itali dan Jepun.

Perang Dunia Pertama ini berlaku disebabkan oleh faktor politik, faktor ekonomi,
dan faktor segera iaitu pembunuhan Archduke Franz Ferdinand pewaris takhta Austria-
Hungary oleh seorang pengganas Serbia.

Perang ini berakhir dengan kemenangan oleh pihak Pakatan Bertiga yang
diketuai oleh Rusia yang menewaskan pihak Perikatan Kuasa Tengah yang diketuai
oleh Jerman melalui Persidangan Damai pada Jun 1919 yang membawa kepada
Perjanjian Versailles.

1

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Perang Dunia Pertama Dianggap Sebagai The Great War (Perang Besar).
Jelaskan.

BAB 9 Perang Dunia Pertama Dianggap Sebagai The Great War (Perang m/s 229-
Besar) 231

Perang Dunia Pertama dikenali sebagai The Great War (Perang Besar) kerana
telah membawa kepada Perang Dunia Kedua, 20 tahun selepas itu apabila Jerman
mengingkari Perjanjian Versailles.

Seterusnya, Perang Besar ini melibatkan lebih daripada 70 juta tentera dan
merekodkan jumlah kematian yang tinggi kerana telah mengorbankan 9 juta tentera
serta 13 juta rakyat. Manakala jumlah tentera yang cedera seramai 21 juta dan 7 juta
tentera yang hilang.

Selain itu, perang ini dikenali sebagai The Great War kerana mengakibatkan
hutang perang yang tinggi akibat perbelanjaan perang yang besar, contohnya Pakatan
Bertiga membelanjakan US$125 billion dan Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan
US $60 billion.

Di samping itu, perang ini juga disebut Perang Besar kerana telah menamatkan
pemerintahan beraja di Eropah dan Perjanjian Damai pada tahun 1919 membawa
kepada Perjanjian Versailles yang telah mengubah peta Eropah serta membentuk
beberapa buah negara baru.

Akhir sekali, Britain yang sebelum ini menguasai peratus perdagangan dunia
yang terbesar telah kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya yang telah
diambil alih oleh Amerika dan Jepun sehingga kini.

2

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Jelaskan / huraikan faktor faktor berlakunya konflik dunia;
a) Perang Dunia Pertama
b) Perang Dunia Kedua
c) Kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin
@
Jelaskan / huraikan faktor-faktor yang mencetuskan;
(i) Perang Dunia Pertama
(ii) Perang Dunia Kedua
@

Mengapakah / sebab Perang Dunia Pertama tercetus di Eropah pada tahun 1914
hingga 1918.

@
Jelaskan sebab berlaku Perang Dunia Pertama dan faktor yang menyegerakan
perang tersebut.

Jelaskan sebab tercetus Perang Dunia Pertama dan Kedua daripada aspek
berikut;
(i) Politik
(ii) Ekonomi
@
Pelbagai konflik yang berlaku di dunia bermula dengan Perang Dunia Pertama
dan Perang Dunia Kedua.
a) Apakah sebab berlakunya konflik ini?
b) Apakah kesan konflik tersebut kepada dunia antarabangsa?

Bab 9 Jelaskan / huraikan faktor-faktor berlakunya konflik dunia m/s : 229 - 231

Jelaskan faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama.

Faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama adalah disebabkan faktor politik
dan faktor ekonomi.

Faktor politik telah membawa kepada kemunculan nasionalisme di Eropah.


Negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk negara bangsa yang lebih
besar contohnya Jerman dan Itali. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa
besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-masing. Faktor

3

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

politik juga membawa kepada pembentukan sistem pakatan negara-negara
Eropah seperti Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Persaingan antara
kedua-dua pakatan tersebut membawa ancaman kepada perimbangan kuasa dunia
yang wujud pada masa itu.

Faktor ekonomi pula menyebabkan kuasa besar Eropah seperti Britian, Perancis,
Austria-Hungry dan Rusia bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan. Persaingan
hebat berlaku pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 akibat kemunculan
imperialisme baru. Hal ini menyebabkan kuasa besar Eropah mula bersaing bagi
membentuk lingkungan pengaruh masih-masing. Persaingan kuasa-kuasa Besar
Eropah adalah untuk mendapatkan bahan mentah serta memasarkan barangan siap
mereka.

Pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungry dan isterinya Archduke Franz


Ferdinand oleh pengganas Serbia turut menjadi faktor segera tercetusnya Perang
Dunia Pertama. Austria dengan sokongan Jerman telah mengisytiharkan perang
terhadap Serbia. Serbia pula disokong oleh Rusia dan Perancis. Serangan Jerman
terhadap Perancis melalui negara berkecuali iaitu Belgium telah menimbulkan
kemarahan Britain. Britain kemudiannya meminta bantuan daripada Amerika Syarikat.
Peristiwa serangan kapal dagang Amerika Syarikat oleh pihak Jerman turut membawa
negara tersebut dalam kancah Perang Dunia Pertama.

Faktor-faktor /sebab tercetus Perang Dunia Kedua

Bab 9 Faktor-faktor /sebab tercetus Perang Dunia Kedua m/s : 231 – 234

Perang Dunia Kedua tercetus disebabkan faktor politik. Kegagalan perjanjian


Versailles menyelesaikan masalah Perang Dunia Pertama. Perjanjian ini telah
menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa negara terutamanya Jerman kerana
kehilangan tanah jajahan dan terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi.
Jerman juga diarahkan mengurangkan saiz angkatan tentera. Kemunculan Adolf Hitler
yang berjaya menguasai Jerman melalui parti Nationalis Socialist. Hitler mengingkari
Perjanjian Versailles dengan membina angkatan tentera besar.

4

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Selain itu faktor perubahan politik di Soviet Union, Jerman, Itali dan Jepun telah
menjadi punca Perang Dunia Kedua. Berlaku perang saudara di Rusia dan komunis
berjaya mengalahkan pihak lawan. Pihak ini dibantu oleh Amerika Syarikat, Britain,
Perancis dan Jepun. Di samping itu, Vladimir Lenin telah mengukuhkan ideologi
komunis di Rusia yang dikenali sebagai Kesatuan Republik Sosialis Soviet. Manakala
tindakan Itali di bawah pimpinan Benito Mussolini telah menjajah Ethiopia dan
menceroboh Perancis pada tahun 1940. Sementara itu di Timur, Jepun pula muncul
sebagai kuasa untuk menguasai negara-negara di Timur dan bertanggungjawab untuk
membebaskan negara-negara ini daripada penjajahan barat.

Kemelesetan ekonomi yang berlaku pada awal tahun 1930-an juga merupakan
faktor penyebab Perang Dunia Kedua. Kemelesetan ekonomi yang melanda Amerika
Syarikat merebak ke seluruh dunia. Amerika Syarikat tidak mampu menyediakan
pinjaman untuk Jerman. Oleh itu Jerman tidak mampu membayar hutang peperangan.
Selain itu Britain, Perancis dan Itali mengurangkan peruntukan ketenteraan. Manakala
Jerman pula mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah ekonomi. Justeru, Jerman
bertindak mengukuhkan tentera dan menjalankan dasar perluasan kuasa. Pekara yang
sama juga berlaku di Jepun.

Perang Dunia kedua bermula apabila Jerman menyerang Poland dari barat
manakala Soviet Union dari Timur. Serangan ini menyebabkan Britain dan Perancis
mengistiharkan perang terhadap Jerman. Di Timur pula tindakan Jepun melancarkan
serangan mengejut terhadap Pearl Harbour di Hawaii pada 7 Disember 1941. Jepun
berjaya memusnahkan angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik. Seterusnya
Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura setelah mengalahkan Britain pada
September 1942.

Terangkan faktor-faktor kemunculan blok dunia.

Bab 9 Faktor kemunculan blok dunia m/s : 234 - 235

Faktor-faktor kemunculan blok dunia disebabkan ideologi politik yang berbeza.


Ideologi kapitalis diketuai oleh Amerika Syarikat. Manakala ideologi komunis pula

5

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

diketuai oleh Soviet Union. Kedua-dua blok ini mahu menyebarkan ideologi politik
masing-masing. Wujud persaingan antara blok Amerika Syarikat dengan blok Soviet
Union yang ingin membuktikan kekuatan masing-masing. Kedua-dua kuasa ini ingin
menyebarkan pengaruh mereka di Eropah dan di Asia. Kedua-dua kuasa ini
memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan di Asia dengan menggunakan
propaganda dan bantuan ekonomi serta ketenteraan.

Selain itu, berlakunya pakatan ketenteraan iaitu penubuhan NATO yang


diketuai oleh Amerika Syarikat dan pakatan Warsaw yang diketuai oleh Soviet Union.
Wujud juga Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara atau South-East Asia Treaty
Organisation (SEATO) yang bersifat berkecuali. Pakatan ketenteraan ini menyebabkan
berlakunya perlumbaan senjata antara dua blok ini.

Jelaskan bagaimana berlakunya Perang Dingin.

Bab 9 Kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin. m/s : 234 - 235

Perang Dingin ini berlaku sejak tamatnya Perang Dunia Kedua sehingga tahun
1989. Perang Dingin berpunca daripada ideologi dan fahaman politik yang berbeza
antara dua blok utama dunia pada ketika itu. Persaingan kuasa ini antara blok komunis
yang diketuai oleh Soviet Union dengan blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika
Syarikat. Namun tidak berlaku sebarang konflik bersenjata antara kedua-dua blok ini.

Kedua-dua blok ingin membuktikan kekuatan masing-masing dengan


menyebarkan pengaruh dan kepentingan masing-masing di Eropah dan di Asia.
Kedua-dua blok menjalankan propaganda dan bantuan ekonomi serta ketenteraan
kepada negara-negara tertentu untuk tujuan tersebut. Kedua-dua blok ini cuba
mempengaruhi pegangan negara-negara Dunia Ketiga dengan menawarkan
bantuan pertahanan dan ekonomi. Negara-negara Dunia Ketiga menjadi rebutan kuasa
besar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union dan kemudiannya disertai oleh China.
Namun negara-negara Dunia Ketiga bersikap berkecuali dengan tidak bersekongkol
dengan mana-mana blok sama ada blok komunis atau blok kapitalis. Perang Dingin
tamat setelah sistem komunis Soviet Union runtuh pada tahun 1989.

6

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Perihalkan/Jelaskan/Terangkan peristiwa yang meletuskan Perang Dunia Pertama

BAB 9 Peristiwa yang meletuskan Perang Dunia Pertama m/s 230-231

Peristiwa yang meletuskan Perang Dunia Pertama ialah pembunuhan Archduke


Franz Ferdinand dan isteri. Beliau ialah pewaris takhta Austria-Hungary. Pembunuhan
ini dilakukan oleh seorang pengganas Serbia pada 28 Julai 1914. Austria dengan
sokongan Jerman telah mengisytiharkan perang ke atas Serbia pada 28 Julai 1914. -
Serbia disokong oleh Rusia dan Perancis. Jerman menyerang Perancis melalui
Belgium iaitu negara berkecuali. Hal ini menimbulkan kemarahan kepada Britain. Britain
yang merupakan musuh Jerman telah campur tangan dalam peperangan. Britain
mendapatkan bantuan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat turut melibatkan diri apabila
Jerman menyerang kapal dagangannya.

Jelaskan/Terangkan/ Perihalkan peristiwa meletusnya perang berikut;

I. Perang Dunia Pertama


II. Perang Dunia Kedua

i) Perang Dunia Pertama


Peristiwa yang meletuskan Perang Dunia Pertama ialah pembunuhan Archduke
Franz Ferdinand dan isteri. Beliau ialah pewaris takhta Austria-Hungary. Pembunuhan
ini dilakukan oleh seorang pengganas Serbia pada 28 Julai 1914. Austria dengan
sokongan Jerman telah mengisytiharkan perang ke atas Serbia pada 28 Julai 1914. -
Serbia disokong oleh Rusia dan Perancis. Jerman menyerang Perancis melalui Belgium
iaitu negara berkecuali. Hal ini menimbulkan kemarahan kepada Britain. Britain yang
merupakan musuh Jerman telah campur tangan dalam peperangan. Britain
mendapatkan bantuan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat turut melibatkan diri apabila
Jerman menyerang kapal dagangannya.

ii) Perang Dunia Kedua


Perang Dunia kedua bermula apabila Jerman menyerang Poland. Serangan ini
menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman. Jepun

7

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

melancarkan serangan mengejut terhadap Pearl Harbour di Hawaii pada 7 Disember
1941 dan berjaya memusnahkan angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik.

Seterusnya Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura setelah berjaya


mengalahkan Britain pada bulan September 1942. Semasa perang ini, muncul dua
pakatan kuasa besar iaitu Kuasa Bersekutu dan Kuasa Paksi. Kuasa Bersekutu terdiri
daripada Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Soviet Union. Manakala, Kuasa Paksi
pula ialah Jerman, Itali dan Jepun.

Kuasa Bersekutu berjaya menyelesaikan masalah di Eropah apabila berjaya


mengalahkan Jerman. Kuasa Bersekutu mengalihkan perhatian kepada Jepun di Asia.
Walaupun Amerika Syarikat memenangi beberapa siri peperangan dengan Jepun tetapi
Jepun masih bersemangat meneruskan perang. Akhirnya, Presiden Amerika Syarikat,
Harry Truman mengarahkan bom atom digugurkan di Hiroshima pada 6 Ogos 1945.
Bom atom kedua digugurkan di Nagasaki pada 8 Ogos 1945 bagi mengelakkan tempoh
peperangan lebih lama dan kehilangan nyawa yang lebih ramai.

Bincangkan penglibatan negara-negara di Eropah dalam Perang Dunia Pertama.


@
Jelaskan/ Huraikan faktor-faktor/ perkembangan negara-negara di Eropah
sehingga tercetusnya Perang Dunia Pertama.
@
Negara-negara di Eropah mula mengubah dasar luar mereka dan membentuk
pakatan demi mencapai kepentingan mereka. Huraikan perubahan ini yang
akhirnya membawa kepada berlakunya Perang Dunia Pertama.

BAB 9 Penglibatan negara-negara di Eropah dalam Perang m/s 230-


Dunia Pertama 231

Pada penghujung abad ke-19, negara-negara kecil Eropah telah bersatu dan
membentuk sebuah negara bangsa yang lebih besar. Contohnya, Jerman dan Itali.
Kedua-dua negara ini menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis,
Austria-Hungary dan Rusia

Dalam usaha mendapatkan tanah jajahan nasionalisme yang kuat menyebabkan


kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-
masing.

8

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Menjelang penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, persaingan sengit berlaku
di kalangan kuasa Eropah ini akibat imperialisme baru. Kuasa besar mula bersaing bagi
membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentah
dan untuk memasarkan barangan siap mereka.

Menjelang awal abad ke-20, negara Eropah mempunyai dua pakatan iaitu Perikatan
Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Persaingan antara kedua-dua pakatan ini mula
mengancam perimbangan kuasa dunia yang wujud pada ketika itu. Perikatan kuasa
tengah dibentuk pada 1882 dan dianggotai oleh Jerman, Austria Hungary dan Itali.
Kemudian disertai Turki dan Bulgaria. Pakatan bertiga ditubuhkan pada 1907 dan
dianggotai oleh Britain, Perancis dan Russia. Pakatan ini kemudiannya disertai Itali dan
Jepun.

Kesan / implikasi Perang Dunia Pertama (politik, ekonomi, dan sosial)

Perang Dunia Pertama telah meninggalkan kesan politik yang besar apabila telah
menamatkan pemerintahan beraja di Eropah. Selain itu, Persidangan Damai Paris
pada Jun 1919 telah membawa kepada termenterainya Perjanjian Versailles yang
telah mengubah peta Eropah dan membentuk beberapa buah negara baru.

Perjanjian berkenaan juga membawa kepada pembentukan Liga Bangsa yang


bermatlamat menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa dan
menjamin keselamatan bersama. Namun, Liga Bangsa ini gagal menjamin
kesejahteraan dunia.

Kesan ekonomi akibat Perang Dunia Pertama ialah negara-negara yang


berperang mengalami inflasi dan menanggung hutang peperangan yang tinggi
kerana perbelanjaan perang yang besar. Pada akhir peperangan Pakatan Bertiga
membelanjakan US$125 bilion manakala Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan
US$60 bilion. Hal ini telah membawa kepada masalah pengangguran.

Selain itu, pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun
dan ia memberi kesan kepada negara Eropah terutama Britain yang menguasai
9

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

perdagangan dunia. Ini menyebabkan Britain kehilangan satu pertiga daripada
perdagangan luarnya.

Kesan sosial akibat Perang Dunia Pertama ialah menyebabkan kehilangan


nyawa yang ramai. Sebanyak 8.5 juta orang tentera terkorban dan 12.5 juta orang
awam terbunuh. Peperangan ini mengakibatkan kemusnahan harta benda yang
bernilai AS$ 36 760 juta. Pencemaran udara dan bumi turut berlaku kesan
penggunaan senjata kimia.
Kesan Perang Dunia Pertama juga mengakibatkan pembentukan kerajaan komunis
pertama oleh Lenin dan pembentukan kerajaan Republik Weimer. Selain itu berlaku berlaku
kekurangan bekalan makanan, berlaku kepincangan sistem pengangkutan serta
berlakunya mogok dan rakyat melancarkan revolusi terhadap pemerintahan Tsar.

Kesan / implikasi Perang Dunia Kedua dan Perang Dingin

Kesan Perang Dunia Kedua dalam aspek politik ialah memecahbelahkan


negara Eropah. Jerman berpecah kepada dua iaitu Jerman Barat dan Jerman
Timur.

Selain itu, sistem imperialisme barat runtuh dan membawa kepada


kemerdekaan satu demi satu tanah jajahan daripada kuasa besar Eropah. Hal ini
telah mewujudkan negara yang baru merdeka. Contohnya Amerika Syarikat telah
memberi kemerdekaan kepada Filipina, Indonesia pula mencapai kemerdekaan
daripada Belanda manakala India dan Tanah Melayu daripada Britain. Negara-
negara baru ini perlu menangani masalah yang timbul daripada warisan ekonomi
penjajah dalam membangunkan ekonomi masing-masing.

Kesan seterusnya ialah pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


(PBB) pada bulan Oktober 1945 bagi menggantikan Liga Bangsa. Seterusnya
Perang Dunia Kedua mencetuskan Perang Dingin yang disebabkan oleh fahaman
dan ideologi yang berbeza. Persaingan berlaku antara blok kapitalis yang diketuai
Amerika Syarikat dan blok komunis yang diketuai Soviet Union.

10

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Dari aspek sosial , menyebabkan jumlah korban nyawa yang tinggi dan
kemusnahan harta benda. Contohnya dianggarkan 600 000 rakyat Jerman
terkorban akibat serangan bom. Perang Dunia Kedua juga memberi kesedaran
tentang pentingnya kesejahteraan dan kedamaian dunia.

Dalam aspek ekonomi Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC) dibentuk untuk


mengatasi masalah ekonomi. Amerika Syarikat telah menawarkan bantuan
ekonomi kepada negara Eropah Barat. Kesannya ekonomi Barat dapat dipulihkan.
Seterusnya Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Eropah (OEEC) dibentuk yang
dianggotai semua negara benua Eropah yang menerima bantuan melalui Rancangan
Marshall. Belanda, Belgium dan Luxembourg mengadakan kerjasama ekonomi
yang lebih erat dan mewujudkan satu pasaran bersama iaitu Benelux dengan
menghapuskan semua cukai barangan yang didagangkan di kawasan mereka.

Perang Dunia Kedua membawa kepada tuntutan ganti rugi perang negara-
negara yang menang daripada negara-negara yang kalah. Menurut Perjanjian Damai
Paris , Hungary, Finland dan Romania perlu membayar ganti rugi $360 000 000
kepada Soviet Union. Amerika Syarikat mendapatkan paten (hak cipta) bagi semua
jentera dan mesin-mesin yang dihasilkan oleh saintis Jerman.

Kesan Perang Dingin ialah terbentuknya blok dunia iaitu negara-negara yang
sehaluan yang berusaha untuk bersatu dan bertindak secara bersama bagi
menjaga kepentingan ahli. Blok ini tampil dalam pelbagai bentuk sama ada
berdasarkan aspek politik , ekonomi atau geografi. Blok Kapitalis diketua Amerika
Syarikat manakala Blok Komunis diketuai Soviet Union terbentuk berasaskan geopolitik

Perang Dingin juga membawa kepada Penubuhan North Atlantic Treaty


Organisation (NATO) iaitu perikatan ketenteraan antara beberapa negara
Eropah dan Amerika Syarikat. Perang Dingin juga mewujudkan perikatan
ketenteraan yang terdiri daripada negara komunis di Eropah Tengah dan Eropah
Timur yang dikenali sebagai Pakatan Warsaw. Seterusnya, wujud Pakatan
tentera South-East Asia Treaty Organisation (SEATO) dan mewujudkan
11

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

perlumbaan senjata antara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan Soviet
Union.

Akibat Perang Dingin ialah kemunculan negara-negara berkecuali. Hal ini


kerana Perang Dingin menyebabkan negara Dunia Ketiga menjadi rebutan antara
dua kuasa besar. Negara-negara dunia ketiga tidak mahu memihak kepada blok
komunis atau blok kapitalis. Perkembangan ini menyebabkan Pergerakan Negara-
Negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan. Matlamat utama NAM adalah mengekalkan
keamanan dunia tanpa menyokong blok Barat ataupun blok komunis.

Hubungkait Perang Dunia Pertama dengan Perang Dunia 2 / Perang Dingin

Perang Dunia Pertama mempunyai hubung kait dengan Perang Dunia Kedua
dan Perang Dingin serta memberi implikasi kepada kuasa besar dunia sehingga ke hari
ini. Hal demikian kerana kebuntuan dalam rundingan penyelesaian Perang Dunia
Kedua telah menimbulkan bibit perpecahan dan akhirnya muncul blok dunia.

Kemunculan blok dunia ini merujuk kepada negara-negara yang sehaluan


yang berusaha untuk bersatu dan bertindak secara bersama bagi menjaga
kepentingan ahli. Blok ini tampil dalam pelbagai bentuk, iaitu sama ada berdasarkan
aspek politik, ekonomi atau geografi. Blok dunia yang terbentuk semasa Perang Dingin
berasaskan geopolitik.

Perang Dingin berlaku sejak tamatnya Perang Dunia Kedua disebabkan


ideologi dan fahaman politik yang berbeza. Hal ini merujuk pada persaingan kuasa
yang berlaku antara blok kapitalis yang diketuai Amerika Syarikat dengan blok
komunis diketuai oleh Soviet Union. Perang ini dikenali sebagai Perang Dingin kerana
tidak berlaku sebarang konflik bersenjata antara kedua-dua blok ini. Namun, kedua-
dua blok ini ingin membuktikan kekuatan masing-masing di Eropah dan juga di Asia
melalui propaganda serta bantuan ekonomi dan ketenteraan

Negara-negara Dunia Ketiga tidak bersekongkol dengan mana-mana negara


daripada blok komunis dan mengamalkan sikap berkecuali. Namun, semasa Perang

12

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Dingin blok komunis dan blok kaptalis menawarkan bantuan pertahanan dan
ekonomi. Negara-negara Dunia Ketiga menjadi rebutan dua kuasa besar, iaitu
Amerika Syarikat dan Soviet Union yang kemudiannya disertai oleh China.

Kewujudan blok dunia ini dilambangkan oleh perpecahan negara Jerman apabila
Jerman terbahagi dua iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur. Jerman Barat diduduki
oleh tentera Berikat dan mengamalkan sistem monarki manakala Jerman Timur
diduduki oleh tentera Soviet Union dan mengamalkan sistem komunis. Ibu kota Jerman
iaitu Berlin juga terbahagi dua dan dipisahkan oleh Tembok Berlin. Dunia terbahagi
kepada dua blok.

Perbandingan ideologi antara blok komunis dan blok kapitalis amat ketara.
Contohnya adalah aspek politik iaitu blok kapitalis menjalankan sistem demokratik dan
pemilihan pemimpin melalui pilihan raya. Manakala blok komunis pula pemerintahan
secara diktator dan hanya Parti Komunis sahaja diiktiraf. Dalam bidang ekonomi pula,
blok kapitalis membuka peluang perniagaan dan pemilikan harta secara persendirian
manakala blok komunis pula perniagaan dimiliki dan diuruskan oleh kerajaan sahaja.
Dalam bidang sosial, blok kapitalis memberi kebebasan individu sepenuhnya manakala
blok komunis individu dilindungi dan disekat.

Konflik antarabangsa yang berlaku telah membawa perubahan ketara dari


segi politik, ekonomi dan sosial kepada negara-negara Eropah, Asia, Afrika, Asia Barat
dan Amerika Latin. Perubahan ini memberi peluang dan juga cabaran terutamanya
kepada negara-negara baru termasuk Malaysia dalam usaha membina identiti yang
tersendiri. Peluang dan cabaran ini harus ditandingi melalui hubungan antarabangsa
dan hubungan serantau yang dapat menjamin kepentingan bersama.

Selain itu wujud suasana tidak aman dalam dunia kerana perbezaan sistem
politik dan ekonomi yang diamalkan oleh kedua-dua blok ini mewujudkan perasaan
curiga antara satu sama lain. Kewujudan sistem politik dan ekonomi telah menimbulkan
saling mencurigai antara satu sama. Hal demikian telah membawa kepada wujudnya
ketegangan politik kerana kedua-dua pihak membuat pakatan ketenteraan bagi
menghadapi segala kemungkinan serangan dari satu sama lain dan timbul perasaan

13

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

curiga. Contohnya Amerika Syarikat dan sekutunya membentuk pakatan tentera yang
dinamakan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada tahun 1949. Nato
disertai oleh Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Itali, Portugal, Denmark, Norway,
Belgium, Belanda dan Luxemberg bagi menghadapi ancaman komunis. Manakala blok
komunis pula yang diketuai oleh Soviet Union (Rusia) menubuhkan Pakatan WARSAW
yang dianggotai oleh Rusia dan semua negara di Eropah Timur pada tahun 1955.
Natijahnya pertelagahan di antara kedua-dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan
Rusia di arena politik antarabangsa menyebabkan masing-masing memberi perhatian
terhadap keupayaan negara masing-masing. Dengan itu, berlaku perlumbaan senjata
seperti penciptaan bom atom dan bom hidrogen oleh kedua-dua kuasa besar tersebut.

Seterusnya kesan Perang Dingin juga menyaksikan Amerika Syarikat dan Rusia
berlumba-lumba meluaskan pengaruh masing-masing iaitu prodemokrasi dan
prokomunis. Kedua-dua pihak melakukan pelbagai cara termasuk menawarkan bantuan
ekonomi dan pertahanan kepada negara-negara yang berpihak kepada mereka untuk
meluaskan pengaruh. Kedua-dua kuasa besar tersebut menggunakan pelbagai cara
untuk memperjuangkan kepentingan masing-masing. Hal demikian termasuklah
kegiatan subversif, pengintipan dan berperang secara tidak langsung melalui sekutu
mereka. Contohnya, di China, Amerika Syarikat membantu Chiang Kai Shek
menghadapi ancaman Parti Komunis China yang mendapat bantuan Rusia. Manakala
dalam perang Korea, yang berlangsung antara tahun 1950 hingga 1955, Amerika
Syarikat menyokong Korea Selatan manakala Rusia dan China menyokong Korea
Utara melalui kegiatan subversif dan pengintipan. Selain itu Amerika Syarikat juga
campur tangan dengan memberi bantuan ketenteraan kepada Vietnam Selatan yang
prodemokrasi bagi menentang Vietnam utara yang prokomunis. Vietnam Utara
mendapat bantuan daripada Rusia dan China. Perang ini berlanjutan sehingga tahun
1975 apabila pihak Vietnam Utara berjaya menguasai Vietnam Selatan dan mengusir
Amerika Syarikat dari bumi Vietnam. Kekalahan ini amat memalukan Amerika Syarikat
dan Vietnam menjadi medan utama Perang Dingin di Asia.

14

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Hubungkait / perkaitan Perang Dunia Pertama dengan penubuhan pertubuhan
antarabangsa seperti Liga Bangsa dan PBB

Perang Dunia Pertama mempunyai perkaitan dengan penubuhan pertubuhan


antarabangsa seperti pertubuhan Liga Bangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu. Perang Dunia Pertama berakhir apabila Amerika Syarikat terlibat dalam
peperangan yang membawa kemenangan kepada Pakatan Bertiga. Ekoran daripada
kekalahan pihak Pakatan Kuasa Tengah, Jerman dipaksa menandatangani perjanjian
gencatan senjata. Beberapa siri persidangan dan perjanjian damai yang diadakan
selepas tamat perang telah memberikan kesan kepada negara di Eropah. Amerika
Syarikat diiktiraf sebagai kuasa besar dunia selepas Perang Dunia Pertama.

Pertama Persidangan Damai Paris diadakan pada I Januari 1919 untuk


membincangkan syarat perdamaian selepas perang. Syarat ini bertujuan memastikan
Jerman tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan di Eropah. Persidangan tersebut
melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson, iaitu cadangan Presiden Amerika
Syarikat sebagai asas perdamaian. Deklarasi ini merangkumi dua prinsip utama iaitu
penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan sempadan negara berasaskan bangsa.
Kemuncak Persidangan Damai ialah Perjanjian Versailles ditandatangani antara
Pakatan Bertiga dengan Jerman pada 28 Jun 1919. Berdasarkan perjanjian tersebut.
Jerman dikehendaki bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang, perlu
membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga, perlu menghadkan saiz angkatan
tentera serta perlu menyerahkan wilayah dan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga.

Perjanjian Versailles juga menetapkan penubuhan Liga Bangsa untuk


menjamin perjanjian-perjanjian dalam Persidangan Perdamaian dicapai. Selain itu, Liga
Bangsa juga berperanan memastikan keamanan dunia, mewujudkan kerjasama
antarabangsa dan menghalang pencerobohan oleh kuasa besar dunia.

Namun pada dasarnya, Liga Bangsa gagal memainkan peranannya sebagai


badan pengaman dunia. Hal ini kerana Liga Bangsa gagal menguatkuasakan
perjanjian pelucutan senjata dan menangani krisis pencerobohan yang berlaku

15

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

selepas Perang Dunia Pertama menyebabkan dunia terdedah kepada konflik
berterusan. Kelemahan in berpunca daripada sesetengah kuasa besar seperti Amerika
Syarikat, Jerman dan Rusia tidak menggangotai badan itu. Itali, Britain dan Perancis
anggota Tetap Liga Bangsa tetapi Itali sendiri tidak mematuhi peraturan Liga Bangsa.
Britain dan Perancis pula tidak mampu bertindak untuk mengatasi krisis antarabangsa
tanpa sokongan kuasa besar yang lain.

Bukti kegagalan Liga Bangsa ialah apabila gagal mengambil tindakan terhadap
Jepun yang merampas Manchuria. Liga Bangsa juga gagal menghalang Bennito
Mussolini menjajah Habsyah. Liga Bangsa juga gagal mengambil tindakan ke atas
Adolf Hitler yang melanggar Perjanjian Versailles. Jerman tidak berpuas hati dengan
syarat Perjanjian Versailles yang menyebabkan Jerman kehilangan tanah jajahan,
dipaksa membayar pampasan yang tinggi untuk membiayai perang malah angkatan
tentera dan laut Jerman dihadkan. Kawasan jajahan Jerman juga diserahkan kepada
Poland dan Perancis. Itali yang menyebelahi Pakatan bertiga juga tidak berpuas hati
kerana tidak diberi tanah jajahan baru seperti Perancis dan British walaupun negaranya
menang. Rakyat Jerman juga tidak puas hati kerana sekatan ke atas Jerman
menyebabkan rakyat menghadapi inflasi dan kemelesetan ekonomi. Keadaan
bertambah buruk apabila berlaku kemelesetan ekonomi dunia pada 1929, akibatnya
rakyat Jerman dan Itali mengadakan gerakan politik yang dipimpin oleh pemimpin
nasionalis mereka yang berfahaman melampau. Di Itali, Bennito Mussolini dan Parti
Fasis memulihkan ekonomi melalui langkah radikal dan menyerang serta menguasai
Habsyah dan Albania. Di Jerman, Adolf Hitler dan Parti Nazi yang berjaya mengatasi
masalah pengangguran dan masalah ekonomi bertindak mengingkari Perjanjian
Versailles dengan membina angkatan tentera darat, laut dan udara dan menduduki
semula daerah Saar dan Rhineland, menguasai Chezcoslavakia dan menyerang
Poland sehingga mencetuskan Perang Dunia Kedua.

Oleh kerana Liga Bangsa gagal untuk menjadi badan pendamai dunia, 50
negara berhimpun di San Francisco untuk menubuhkan pertubuhan yang baru
menggantikan Liga Bangsa iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Matlamat

16

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

PBB ialah mewujudkan keamanan dan menjalinkan kerjasama antarabangsa dalam
ekonomi. Cadangan pembentukan bagi PBB dibuat oleh empat kuasa besar dunia iaitu
Amerika Syarikat, Britain, China dan Rusia dan disahkan oleh tiga kuasa besar iaitu
Amerika Syarikat, Britain dan Rusia dalam Persidangan Yalta pada Februari 1945. PBB
mengandungi sebuah majlis dan perhimpunan agung serta beberapa badan
antarabangsa. PBB cuba mengatasi kelemahan dalam Liga Bangsa. Semua kuasa
besar dunia iaitu Amerika Syarikat, Britain, China, Perancis dan Rusia dan menjadi ahli
tetap Majlis Keselamatan PBB dan mempunyai kuasa veto.

Kesimpulannya, Perang Dunia Pertama telah membawa kepada kewujudan


pertubuhan antarabangsa untuk bekerjasama menangani konflik dunia.

Bagaimanakah generasi muda masa kini dapat berperanan mengelakkan


konflik/mengekalkan keamanan negara.

Generasi muda berperanan menanam sikap menghormati pemimpin negara.


Hal ini adalah bertujuan untuk memacu generasi muda mempunyai kesedaran dalam
membentuk negara yang aman dan harmoni serta bebas daripada sebarang konlik
yang boleh mengganggu-gugat kestabilan negara. Mereka telah berusaha
mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara serta memajukan negara dan
haruslah sentiasa disokong, bukannya dikritik. Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti
Tunku Abdul Rahman dalam memperjuangkan kemerdekaan negara haruslah diambil
tahu dan dihargai.

Generasi muda juga perlulah bersatu padu dan hidup dalam keadaan
harmoni dalam negara yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sejarah telah
membuktikan perpaduan adalah prasyarat yang telah ditetapkan oleh British untuk
kemerdekaan. Ini adalah kerana perpaduan penting dalam mengekalkan keamanan
negara. Apabila semangat bersatu padu tiada, bukan sahaja negara bahkan tamadun
yang hebat juga akan musnah seperti yang terjadi kepada tamadun Islam Uthmaniah di

17

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Turki dan Dinasti Ming di China. Jadi semangat kekitaan perlulah dipupuk sejak dari
awal demi menjamin keamanan dan mengekalkan kemerdekaan negara.

Selain itu, generasi muda perlulah bertolak ansur dalam pergaulan seharian.
Amalan ini bersesuaian dengan kepelbagaian kaum di Malaysia yang memerlukan
sikap tolak ansur dalam masyarakat Malaysia. Melalui sikap tolak ansur inilah juga
menjadi faktor negara kita memperoleh kemerdekaan. Justeru, sikap bertolak ansur ini
perlulah dipupuk sejak kecil lagi dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.
Sehubungan itu, masyarakat dunia juga akan mengagumi sikap tolak ansur rakyat
Malaysia. Secara tidak langsung dapat menghentikan serta mengelakkan sebarang
konflik daripada berlaku dan Malaysia akan sentiasa aman.

Dalam usaha untuk mengekalkan keamanan negara, generasi muda perlulah


lebih berusaha dan produktif apabila melakukan sesuatu perkara. Mereka harus lebih
tabah dalam menghadapi cabaran demi mempertahankan hak-hak mereka. Kita juga
mesti berdikari dan tidak bergantung kepada kuasa-kuasa asing supaya dapat
menjamin kedaulatan negara. Misalnya apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998,
rakyat Malaysia telah bersatu-padu demi menghadapi cabaran yang dihadapi dan
bergabung tenaga untuk memajukan ekonomi negara semula.

Peranan generasi muda mengekalkan keamanan negara adalah dengan


mengamalkan akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana
pengamalan akhlak yang mulia akan menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
generasi muda. Contoh pengamalan akhlak ini boleh diterapkan semasa generasi muda
melayari laman sesawang dan aplikasi dalam gajet. Generasi muda perlu
menggunakan bahasa yang menyantuni orang lain agar sikap dan akhlak yang terpuji
dapat dibentuk. Kesannya generasi muda akan terbiasa dengan tutur kata yang baik
tanpa bahasa cacian terhadap orang lain serta dapat mengelakkan konflik berlaku.

Seterusnya, generasi muda perlulah menyemai sikap patriotik dalam diri tidak
kira dalam apa keadaan sekalipun. Hal ini jelas terbukti apabila generasi muda telah

18

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

membuka mata sewaktu wabak pandemik Covid 19 melanda negara kini. Rata-rata
generasi muda menggalas tanggungjawab dengan menjaga diri sendiri dan mengikut
arahan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib. Sikap patriotik serta sayang kepada
negara amat jelas kelihatan. Sikap ini juga akan dapat mengelakkan generasi muda
melakukan konflik perbalahan sesama sendiri.

Akhirnya, generasi muda perlulah mematuhi dan mengamalkan undang-


undang yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib yang bertujuan untuk mengawal
tingkah laku masyarakat serta dapat mengelakkan sebarang konflik dalam negara kita.
Kesedaran pematuhan dan pengamalan undang-undang ini seharusnya dititik beratkan
oleh generasi muda agar generasi muda tidak terlibat dengan sindiket penipuan atau
kegiatan kongsi gelap. Jenayah ini dianggap sebagai musuh negara kerana keterlibatan
generasi muda ini akan mewujudkan konflik yang tidak sihat serta mengganggu gugat
keamanan negara.

Cadangkan langkah-langkah menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas


daripada konflik antarabangsa.

Rakyat hendaklah bersatu padu agar menjadikan negara ini sebagai negara
contoh kepada dunia. Ini kerana kemerdekaan dan keamanan yang dicapai selama ini
merupakan hasil daripada perpaduan yang dicapai walaupun kita terdiri daripada
masyarakat majmuk. Oleh itu, kita perlu menjadi agen penyatuan supaya keamanan
dan kestabilan negara ini berkekalan. Setiap kaum mesti saling memahami dan bertolak
ansur dalam menyelesaikan masalah. Kita harus menghindari pergaduhan antara kaum
serta sentiasa menjaga sensitiviti agama lain agar pihak musuh tidak berpeluang untuk
mencampuri urusan dalam negara. Apabila negara kita aman dan harmoni maka kita
dapat bebas daripada sebarang konflik antarabangsa.

Politik yang matang perlu dipraktikkan dalam kalangan masyarakat supaya


tidak menimbulkan sebarang perbalahan atau pergaduhan yang mengganggu
kestabilan negara. Oleh itu, pemikiran politik kita harus matang dan tidak diganggu oleh
emosi. Pemikiran masyarakat yang merdeka seharusnya bebas daripada dirantai sifat
ego-sentrisme iaitu melihat satu perkara hanya dari sudut perspektif sendiri. Kita perlu

19

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

mengajar diri kita untuk mendengar dan berlapang dada terhadap pendapat lain.
Secara ringkasnya, sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlu berusaha untuk
menjadikan politik sebagai satu alat perpaduan, bukan perpecahan.

Selain itu, warganegara Malaysia juga mesti secara suka rela melibatkan diri
dalam misi keamanan dan menghormati hak asasi manusia global. Nilai-nilai kasih
sayang mesti dipupuk oleh pemimpin bagi melahirkan generasi muda yang cintakan
keamanan. Kita harus berpegang kepada prinsip keadilan, sentiasa rasional dalam
tindakan serta menentang kezaliman. Misalnya menyokong misi bantuan kemanusiaan
kepada pelarian Rohingya, Syria dan rakyat Palestin seperti Aman Palestin dan Rescue
Syria.

Kita juga perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain serta


mengutamakan rundingan jika menghadapi sebarang pemasalahan atau konflik dua
negara. Seboleh-bolehnya negara Malaysia perlu mengelakkan peperangan dan
sentiasa mengamalkan semangat setiakawan bersifat sejagat. Kerajaan Malaysia juga
harus mampu menyuarakan pandangan terhadap isu-isu yang tidak dapat disuarakan
oleh negara-negara membangun yang lain. Misalnya, Malaysia perlu bergiat aktif dalam
aspek keselamatan melalui Forum Serantau ASEAN iaitu, membanteras kegiatan
lanun, mencegah penyeludupan dan pertikaian wilayah bagi memastikan kestabilan
yang berterusan di rantau ini.

Malaysia harus memegang kepada beberapa prinsip asas dalam hubungan


luarnya. Antaranya adalah mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan
semua negara tanpa mengira ideologi, tidak campur tangan, penyelesaian secara
aman, perhubungan dua hala yang menguntungkan dan keamanan bersama. Setiap
usaha diplomasi yang dilakukan harus memastikan hubungan dua hala Malaysia
dengan jiran-jirannya tidak terjejas serta menjamin keamanan sejagat. Justeru itu,
Malaysia perlu melaksanakan perjanjian-perjanjian yang bertujuan memajukan
kerjasama ekonomi, sosial dan kebudayaan.

20

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, huraikan kesan/impak peperangan


kepada sesebuah negara

Berdasarkan pengetahuan sejarah saya, peperangan kepada sesebuah negara


pasti mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada sesebuah negara.
Apabila berlakunya sesuatu peperangan, antara kesan utama yang dapat diperhatikan
ialah kemusnahan harta benda masyarakat setempat ekoran daripada kekejaman
tentera penceroboh. Antara harta benda awam yang musnah ialah bangunan, sekolah,
jalan raya, landasan kereta api, lapangan terbang, pelabuhan, dan sebagainya. Bagi
mereka yang bekerja sebagai petani, hasil tanaman, dan ternakan juga lenyap akibat
daripada tindakan tentera penceroboh yang tidak berperikemanusiaan ini. Sebagai
contoh bom atom yang digugurkan oleh Amerika pada tahun 1945 telah memusnahkan
dalam skala besar bandar Hiroshima dan Nagasaki.

Peperangan yang berlaku ini banyak mengorbankan nyawa manusia yang


tidak berdosa di serata tempat. Orang awam yang tidak bersalah seperti kanak-kanak,
wanita dan orang tua terbunuh tanpa rasa belas kasihan dan berperikemanusiaan.
Akibat daripada keganasan dan kezaliman yang dilakukan, mangsa perang mengalami
penderitaan akibat kehilangan orang yang tersayang. Sebagai contoh, Perang Dunia
Kedua sama ada di Eropah dan Asia Pasifik telah mengorbankan hampir 75 juta nyawa
manusia. Tegaslah di sini bahawa, peperangan yang berlaku akan membawa kepada
kehancuran keharmonian manusia sejagat.

Selain itu, penggunaan senjata kimia dan biologi dalam peperangan


mengakibatkan kesan buruk berterusan kepada kesihatan penduduk. Misalnya, bom
atom yang digunakan dalam Perang Dunia Kedua adalah sejenis senjata nuklear yang
memberi kesan buruk terhadap kesihatan manusia. Selain itu, proses pengayaan
uranium bagi menjana reaktor nuklear terutama untuk menghasilkan senjata, akan
menghasilkan kira-kira 70 peratus gas uranium oksida yang mampu dibawa angin.

21

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Gas-gas yang terbebas melalui udara itu akan mengundang pelbagai penyakit
seperti asma, barah, kerosakan otak, diabetis, parkinson dan seumpamanya. Misalnya,
penggunaan Agen Orange oleh tentera Amerika di Vietnam telah menyebabkan kanak-
kanak yang lahir akan mengalami kecacatan sebelum berusaha lima tahun. Natijahnya,
peperangan ini akan menyebabkan kesihatan penduduk dunia semakin merudum dan
pembangunan negara tidak dapat berkembang dengan baik.

Sehubungan itu juga, sistem ekonomi bagi negara yang terlibat dalam
peperangan turut mengalami gangguan yang teruk sehingga menjejaskan
pembangunan negara. Aktiviti-aktiviti ekonomi seperti pertanian, perdagangan,
pelancongan dan lain-lain tidak dapat berjalan dengan lancar. Hal ini menyebabkan
pelabur asing tidak berani untuk melabur di negara tersebut dan mereka akan menarik
semula modal yang telah disuntik ke dalam negara.

Misalnya, dalam Perang Dunia Pertama, pihak Jerman telah kehilangan banyak
tanah jajahan dan perlu membayar pampasan perang sehingga mengalami
kemelesetan ekonomi dan inflasi yang teruk. Jelaslah di sini bahawa, sekiranya
masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan segera, kadar penggangguran dalam
kalangan penduduk semakin tinggi dan pembangunan negara tidak dapat berkembang
dengan baik.

Seperti yang kita maklum, peperangan yang berterusan akan mengundang


kepada gangguan emosi yang teruk dalam kalangan orang awam terutamanya kepada
kanak-kanak yang sedang meningkat remaja. Hal ini kerana, sejak dari kecil lagi
mereka telah melihat kekejaman yang dilakukan oleh tentera penceroboh terhadap ahli
keluarga mereka. Kebanyakan kanak-kanak yang masih hidup ini bukanlah seperti
kanak-kanak normal yang lain kerana ada di antara mereka yang mengalami kecacatan
dari segi fizikal dan mental. Peristiwa ini memberi kesan trauma yang mendalam
terhadap kehidupan mereka dan kekal dalam ingatan untuk selamanya.
Kesimpulannya, peperangan yang berlaku ini memberi impak yang negatif terutamanya
dari segi pembangunan negara dan keharmonian sosial masyarakat sejagat.

22

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

i. Sejauhmanakah / bagaimanakah peranan Malaysia dalam menangani konflik


politik antarabangsa?
ii. Nilaikan peranan Malaysia dalam menangani konflik antarabangsa?
iii. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan peranan Malaysia melalui
badan-badan dunia dalam menangani konflik antarabangsa.

Malaysia telah memainkan peranannya dengan baik dalam menghadapi konflik


politik antarabangsa selaras dengan prinsip berkecuali dan berbaik-baik dengan semua
negara. Di peringkat antarabangsa, sejak tahun 1960 Malaysia telah dipilih untuk
menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang
saudara di Congo. Pada tahun 1989, sekali lagi Malaysia dipilih untuk mewakili
pasukan pengaman PBB di Namibia bagi membantu negara itu mencapai
kemerdekaan. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke
sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pengaman ke Bosnia.

Malaysia turut bersuara lantang di PBB menentang dasar aparteid di Afrika


Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia. Contohnya dalam Sidang
Kemuncak Kelapan di Harare, Zimbabwe, Malaysia telah mengemukakan cadangan
bagi menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan.

Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun
1965,1989 dan 1999. Wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi
Perhimpunan Agung PBB dan beliau dilantik sebagai wakil khas PBB untuk
menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. Malaysia juga berpendirian tegas
dalam mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan
menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.

Selain itu, melalui Pertubuhan OIC, Malaysia telah menjadi perantara dalam
menyelesaikan peperangan Iran-Iraq. Di samping itu, Malaysia juga memberikan

23

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan
semula tanah air mereka daripada Israel.

i. Sejauh manakah keberkesanan peranan Malaysia dalam pertubuhan serantau


ii. Nilaikan peranan Malaysia dalam pertubuhan serantau.
iii. Nilaikan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau.
iv. Sejauh manakah kejayaan Malaysia dalam pertubuhan serantau.
v. Sejak merdeka, Malaysia telah menyertai beberapa pertubuhan serantau.
Nilaikan.

Malaysia menyertai tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertai
iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA), Malaysia, Filipina, dan Indonesia
(MAPHILINDO), dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). ASA
dianggotai oleh Malaysia, Thailand dan Filipina. Tujuan penubuhan ASA adalah
melindungi negara-negara anggota daripada ancaman komunis serta menjalinkan
kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial. Namun ASA dianggap sebagai
pertubuhan anti pemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia, selain berlaku
kesangsian kerana Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain
sementara Thailand dan Filipina mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika
Syarikat. Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina tentang penubuhan
persekutuan Malaysia membawa kepada pembubaran ASA.

MAPHILINDO ditubuhkan bagi meningkatkan perhubungan persahabatan dan


menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia. Melalui
MAPHILINDO ketiga-tiga negara mencapai kata sepakat memohon bantuan PBB untuk
mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan
Malaysia. Namun hasil daripada siasatan PBB tersebut, Indonesia dan Filipina tidak
berpuas hati dan terus menentang pembentukan Malaysia. Persengketaan yang
berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO dibubarkan.

24

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Pada 8 Ogos 1967, Deklarasi Bangkok membawa kepada penubuhan ASEAN.
Antara matlamat pembentukan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik di
rantau Asia Tenggara. Antara sumbangan dan peranan Malaysia dalam ASEAN
daripada aspek politik adalah mengadakan satu deklarasi bersama yang dikenali
sebagai Deklarasi Kuala Lumpur serta mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai
zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) untuk mengekalkan keamanan dan
kestabilan politik rantau ini. Dalam mesyuarat pada tahun 1984, Menteri-menteri Luar
ASEAN memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.

Manakala daripada aspek ekonomi pula, negara-negara ASEAN membentuk


kerjasama dalam projek-projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu
(Malaysia) serta di Acheh (Indonesia). Selain itu, zon Kawasan Perdagangan Bebas
ASEAN (AFTA) telah diumumkan dalam sidang kemuncak ASEAN di Singapura pada
tahun 1992 yang bertujuan menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan
kerjasama ekonomi di kalangan negara ASEAN. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad
telah mengemukakan idea yang dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
untuk memperluas skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan
China, Jepun dan Korea Selatan. Usaha ini diteruskan dengan kerjasama secara tidak
rasmi melalui konsep ASEAN + 3 iaitu merujuk kepada kerjasama yang ingin
diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara-negara timur, iaitu China, Jepun dan
Korea.

Bagi aspek sosial pula, penubuhan Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran


ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama dalam semua
bidang yang berkaitan, contohnya Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik
(RECSAM) di Pulau Pinang. Kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti
mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung
Kebudayaan ASEAN. Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan.
Bukan itu sahaja, Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara
negara melalui semangat kesukanan. Manakala dalam bidang pelancongan kerjasama
dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN 1991.

25

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020




i. Sejauhmanakah peranan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa.
ii. Sejauhmanakah keberkesanan peranan Malaysia dalam pertubuhan
antarabangsa mampu menjamin keamanan dunia?
iii. Jelaskan kejayaan perlibatan Malaysia dalam membantu mewujudkan
keamanan dunia?
iv. Nilaikan keberkesanan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
dalam menjamin keamanan dunia.
v. Malaysia turut memainkan peranan penting dalam menangani konflik dunia.
Jelaskan/Nilaikan.

Antara peranan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa ialah menjadi tuan


rumah menganjurkan persidangan bagi membincangkan hal-hal kepentingan bersama.
Contohnya menjadi tuan rumah mesyuarat CHOGM pada tahun 1989. Kesan daripada
persidangan ini Deklarasi Langkawi diisytiharkan iaitu persetujuan negara anggota
Komanwel untuk mengawal dan mengatasi pencemaran.

Selain itu, Malaysia juga bersuara lantang menentang Dasar Apartheid di Afrika
Selatan melalui penglibatan dalam Komanwel dan PBB kerana menentang
penyalahgunaan hak asasi manusia. Dasar ini membezakan taraf penduduk Afrika
Selatan mengikut warna kulit. Kesannya penduduk berkulit hitam dianggap rendah dan
tidak mendapat hak politik mahupun kemasyarakatan yang sama dengan orang kulit
putih.

Di samping itu Malaysia juga memainkan peranan penting dalam PBB untuk
menyelesaikan konflik antarabangsa. Contohnya Malaysia telah menyertai PBB pada
tahun 1960 sebagai pasukan pendamai bagi menamatkan perang saudara di Congo
/Zaire. Selain itu, Malaysia juga telah dipilih menganggotai pasukan pengaman PBB ke
Namibia pada tahun 1989 untuk membantu negara tersebut mencapai kemerdekaan.

Seterusnya, Malaysia juga berpendirian teguh dalam usaha memerangi gejala


penyalahgunaan dadah. Contohnya satu persidangan antarabangsa telah diadakan di

26

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Vienna pada Jun 1987 hasil daripada usul Malaysia. Malahan Perdana Menteri
Malaysia telah dipilih menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut.

Peranan Malaysia seterusnya ialah membela kepentingan negara-negara


membangun termasuk mendesak PBB menyelesaikan masalah Palestin dengan
menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.

Selain itu, Malaysia juga memainkan peranan penting dalam menubuhkan


Suruhanjaya Selatan-Selatan kerana idea penubuhannya dikemukakan oleh Dato’ Seri
Dr. Mahathir Mohamad semasa sidang kemuncak NAM di Zimbabwe pada tahun 1987.
Hasilnya Kumpulan 15 atau G15 ditubuhkan pada tahun 1989.

Di samping itu, Malaysia juga memainkan peranan penting dalam Pertubuhan


Persidangan Islam (OIC) apabila Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk
menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. Malahan, Malaysia juga menjadi
perantara dalam menyelesaikan peperangan antara Iran - Iraq.

i. Sejauhmanakah peranan Malaysia dalam menangani konflik dunia hari ini?


ii. Bukti Malaysia mengamalkan dasar yang menekankan pemeliharaan keamanan
dunia?
iii. Peranan Malaysia dalam mengekalkan keamanan dunia?

Sejak dari dahulu lagi, Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan
sejagat dan negara kita sememangnya sangat prihatin terhadap pelbagai isu dan konflik
yang boleh menjejaskan keamanan serantau dan antarabangsa.

Ketegasan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
ketika berucap dalam Perbahasan Umum Ke-71, Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York misalnya membuktikan komitmen
Malaysia dalam menangani pelbagai isu antarabangsa khasnya yang berkaitan dengan
keamanan sejagat.

Malaysia sudah menyatakan komitmen untuk membantu masalah yang berkaitan


dengan pelarian Syria dan akan membuka pintu kepada 3,000 pelarian Syria dalam
tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian.

27

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Bukan itu sahaja, di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Abdul Razak, Malaysia turut memainkan peranan mengurus dan menyelesaikan
konflik di Pulau Mindanao, selatan Filipina sehingga mendapat pujian daripada pelbagai
pihak. Usaha misi diplomasi Malaysia ini berakhir dengan termeterainya proses damai
antara Bangsa Moro dengan Kerajaan Filipina.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga telah mempengerusikan Perbahasan


Terbuka Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai
Pengeluaran Senjata Pemusnah Besar-besaran (WMD) di ibu pejabat Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Negara Malaysia juga mendesak agar penyiasatan hendaklah dijalankan untuk


menentukan pihak yang bertanggungjawab dalam menjatuhkan MH17 dan apabila
penyiasatan itu selesai kelak, Malaysia akan mempertimbangkan opsyen yang terbaik
untuk langkah seterusnya, iaitu proses pendakwaan.

Cabaran yang dihadapi / isu-isu terkini yang boleh mencetuskan konflik


antarabangsa serta langkah mengatasinya.

Terdapat pelbagai cabaran yang mendepani dunia yang boleh mencetuskan


konflik hingga tercetusnya peperangan. Antara isu hangat yang diperkatakan itu ialah
isu pengganas dan pelampau, isu Laut China Selatan dan perang dagang China-
Amerika Syarikat. Dewasa ini fenomena isu pengganas menjadi semakin kompleks
dan mencetuskan ancaman kepada keselamatan antarabangsa. Kemunculan
kumpulan pengganas seperti Islamic State (IS) dan Boko Haram di persada global amat
membimbangkan seluruh dunia. Contohnya peristiwa serangan pengganas ke atas
Pusat Perdagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat dan pengeboman Bali yang telah
membunuh 202 orang awam terutamanya pelancong luar negara. Hal ini kerana
kumpulan pengganas sentiasa mengambil kesempatan ke atas situasi politik yang tidak
menentu dengan melancarkan keganasan dan kekacauan. Akibatnya berlaku
ketidakstabilan dan keharmonian sesebuah negara yang boleh merubah landskap
keselamatan dunia kini.

28

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Cabaran kedua yang dihadapi ialah PBB didapati gagal berperanan sebagai
badan pengaman dunia dalam aspek keselamatan bagi menghindari peperangan.
Hal ini adalah kerana PBB menjadi medan percaturan politik kuasa-kuasa besar.
Contohnya 5 Anggota Tetap Majlis Keselamatan PBB iaitu Amerika Syarikat, Rusia,
China, Perancis dan Britain mempunyai kuasa veto dan sering menggunakan kuasa
veto untuk membatalkan sebarang usul demi kepentingan mereka. Kesannya setiap
rancangan PBB menemui jalan buntu dan keamanan dunia tidak dapat dicapai dan
dinikmati oleh warga global.

Selaku badan yang dipertanggungjawabkan mewujudkan keamanan dunia, PBB


seharusnya bersifat lebih demokratik. Hal ini supaya PBB tidak memfokuskan
kepada 5 kuasa besar yang mempunyai kuasa veto. Contohnya isu membabitkan usul
Malaysia membentuk satu tribunal pengadilan antarabangsa bagi jenayah yang
dilakukan ke atas pesawat penerbangan Malaysia (MAS) yang ditembak jatuh di
Ukraine pada Julai 2014. Kesannya keadilan tidak dapat ditegakkan dan mangsa yang
terlibat akan menanggung kesedihan dan kekecewaan seumur hidup

Cabaran seterusnya yang menjadi tumpuan utama dewasa ini ialah perebutan
persempadanan Laut China Selatan oleh negara China. Hal ini melibatkan negara
seperti Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Hal ini berkait juga dengan Amerika
Syarikat yang sangat komited terhadap lalu-lintas di Laut China Selatan. Contohnya
satu pertiga penghantaran komersial global Amerika Syarikat menggunakan laluan Laut
China Selatan. Kesannya keselamatan negara-negara di sekitar Laut China Selatan
terancam. Krisis yang berlaku ini bakal mengundang peperangan yang menggugat
keamanan dunia jika tidak dibendung.

Bagi menyelesaikan isu perebutan persempadanan Laut China Selatan


perlulah dirujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Hal ini membolehkan
negara yang terlibat berpuas hati dengan keputusan yang dicapai. Contohnya, tribunal
Timbang Tara Antarabangsa (PCA) di Hague, Belanda telah membuat keputusan

29

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

menentang tuntutan China ke atas Laut China Selatan menerusi “Sembilan garis putus”
Keputusan PCA mengisytiharkan “Sembilan garis putus” ini tidak sah di bawah undang-
undang antarabangsa memberikan kelebihan kepada Malaysia. Kesannya keputusan
PCA adalah suatu pencapaian dalam perkembangan undang-undang laut
antarabangsa yang mendukung semangat LOSC iaitu menyelesaikan pertikaian tanpa
peperangan.

Selain itu, isu Kepulauan Spratly ialah kemampuan ketenteraan negara bagi
menangani pencerobohan sempadan antarabangsa Malaysia. Hal ini kerana
negara-negara yang menuntut Kepulauan Spratly mempunyai kemampuan ketenteraan
yang lebih canggih berbanding Malaysia terutamanya kuasa besar dunia iaitu China.
Sebagai contoh, kapal-kapal Pengawal Pantai China sering menceroboh EEZ Malaysia
dan negara ASEAN lain. Kesannya, pencerobohan antarabangsa Malaysia akan
berlaku jika kemampuan ketenteraan negara tidak dipertingkatkan.

Langkah bagi mengatasi cabaran di atas ialah meningkatkan kemampuan


ketenteraan negara. Hal ini penting supaya negara-negara lain tidak sewenang-
wenang menceroboh sempadan antarabangsa Malaysia. Sebagai contoh, pada 21 Jun
1980 dan pada Mei 1983, 18 anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM) telah ditempatkan di Terumbu Layang-layang. Kesannya,
kedaulatan sempadan antarabangsa Malaysia di Pulau Layang-Layang terjamin dan
terjaga.

Cadangan / Langkah mengatasi cabaran/ konflik antarabangsa

Antara cadangan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan konflik dunia pada
masa kini ialah semua negara meneruskan dasar luar negaranya dengan
mengekalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira blok Barat
atau blok Timur dan pendekatan berunding dalam menyelesaikan konflik antara
sesebuah negara . Hal ini demikian kerana melalui perundingan, pemimpin kedua-dua
belah pihak boleh duduk semeja dan berusaha untuk mencari jalan keluar bagi

30

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

mengatasi konflik yang dihadapi. Contohnya, rundingan gencatan senjata antara
negara yang berbalah. Jelaslah bahawa perundingan akan mengelakkan berlakunya
pertumpahan darah dan konflik dunia.

Cadangan seterusnya ialah memperkasakan peranan Pertubuhan Bangsa-


bangsa Bersatu (PBB). Antara objektif penubuhannya adalah untuk memastikan
kestabilan politik, ekonomi, dan hak asasi manusia terpelihara. Namun, sehingga kini
badan dunia ini tidak mampu untuk menyelesaikan masalah dunia seratus
peratus kerana badan ini dipengaruhi oleh negara besar terutama negara yang
memiliki kuasa veto ( kuasa pembatal) yang dimiliki oleh Amerika Syarikat, Rusia,
China, Perancis, dan Britain. Contohnya, Amerika Syarikat sering menggunakan kuasa
berkenaan membantu tindakan Israel menyerang negara Palestin. Justeru, perubahan
perlu dilakukan kepada petubuhan dunia ini agar dapat menangani permasalahan
negara dunia terutama negara-negara kecil seperti Palestin.

Selain itu, negara-negara dunia juga perlu membela dan menyokong hak asasi
manusia. Langkah yang perlu diambil ialah tindakan bersama yang disuarakan pada
pertubuhan antarabangsa. Sebagai contoh Malaysia lantang bersuara di PBB
menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan. Dengan ini, suara negara kecil seperti
Malaysia akan dapat didengari dan membuka mata negara-negara lain bagi
memperjuangkan isu yang sama.

Di samping itu, cadangan yang lain ialah memupuk kesedaran masyarakat


dunia tentang kesan peperangan. Peperangan menggunakan senjata-senjata
canggih seperti bom nuklear dan peluru berpandu yang mampu memusnahkan apa-apa
sahaja dalam sekelip mata. Sebagai contohnya, peperangan yang berlaku di Syria telah
membawa kemusnahan infrastruktur negara yang teruk. Oleh itu, jelaslah kepada kita
bahawa kesedaran masyarakat dunia tentang kesan peperangan dapat
mengelakkan kemusnahan harta benda yang tidak diduga sama ada harta benda
persendirian atau milik kerajaan. Dengan itu, negara-negara dunia perlu bersama

31

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

menyokong kempen anti peperangan dan membantu misi antarabangsa dalam mencari
keamanan dunia.
Isu-isu terkini yang boleh mencetuskan konflik / perang pada masa akan datang.

Antara isu yang boleh boleh mencetuskan perang dunia pada masa kini
ialah ketegangan hubungan Amerika Syarikat dan Iran. Hal ini kerana, kedua-dua
buah negara mempunyai keupayaan ketenteraan yang hebat terutamanya Amerika
Syarikat yang sehingga kini masih lagi mengungguli ketenteraan terhebat dunia
dengan penguasaannya di laut, darat dan udara. Hal ini ditambah dengan dasar luar
para pemimpin Iran itu sendiri yang seringkali memusuhi Amerika Syarikat di atas
tindak tanduk Amerika Syarikat yang gemar campur tangan dan mendominasi negara-
negara lain demi kepentingan mereka. Tambahan pula kematian Jeneral Qassem
Soleimani, Ketua Tentera Elit Quds, Kor Pengawal Revolusi Iran, yang terbunuh dalam
serangan udara Amerika Syarikat berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa
Baghdad dilihat sebagai permulaan baharu kepada ketegangan antara kedua-dua
buah negara yang sering kali bertelingkah itu.

Selain itu, isu pengganas menjadi semakin kompleks dan mencetuskan


ancaman kepada keselamatan antarabangsa. Kemunculan kumpulan pengganas
seperti Islamic State (IS) dan Boko Haram di persada global amat membimbangkan
seluruh dunia. Contoh peristiwa serangan pengganas ke atas Pusat Perdagangan
Dunia (WTC) di Amerika Syarikat dan pengeboman hotel J.W Marriot di Jakarta serta
yang paling buruk ialah pengeboman Bali yang telah membunuh 202 orang awam
terutamanya pelancong luar Negara. Hal ini kerana kumpulan pengganas sentiasa
mengambil kesempatan ke atas situasi politik yang tidak menentu dengan melancarkan
keganasan dan kekacauan. Akibatnya berlaku ketidakstabilan dan keharmonian
sesebuah negara yang boleh merubah landskap keselamatan dunia kini.

Antara konflik antarabangsa berikutnya yang boleh mencetuskan perang dunia


pada masa kini ialah isu pergolakan di Ukraine, sebuah negara bekas Kesatuan
Soviet di semenanjung Crimea yang seolah-olah menjadi gelanggang pertarungan
antara dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Rusia. Pihak berkuasa Ukraine

32

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

ketika ini juga gagal dan tidak berminat untuk menyelesaikan konflik khususnya yang
membawa kepada agenda keamanan. Konflik menyelubungi Russia dan pejuang
pemisah kerajaan Ukraine dianggarkan meragut lebih 10,000 nyawa, satu pertiga yang
terkorban adalah orang awam sejak ia meletus enam tahun lalu. Perang berkenaan
mengeruhkan hubungan bersama kuasa Barat kerana mereka menuduh Presiden
Russia Vladimir Putin memulakan konflik terbabit pada tahun 2014 apabila
pasukannya menakluk Crimea. Hal ini telah membuka peluang untuk pasukan
pemisah Russia menawan beberapa bandar di timur Ukraine. Perang ini juga
memberi kesan buruk terhadap ekonomi Ukraine iaitu perbelanjaan besar aspek
ketenteraan dan kehilangan industri utama di rantau yang dikuasai puak pemisah.

Seterusnya ialah perjuangan rakyat Palestin yang tiada kesudahan. Hal ini
kerana negara-negara di Timur Tengah tidak menunjukkan kerjasama bagi
menyelesaikan isu tersebut terutama dasar luar negara yang berubah-ubah di
sesetengah negara Timur Tengah yang boleh mengagalkan perjuangan isu Palestin.
Sebagai contoh, Perjanjian damai antara Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah
menyaksikan hubungan diplomatik bersejarah antara UAE dengan Israel yang dianggap
akan membawa perdamaian di Asia Barat walaupun satu-satunya jalan untuk mencapai
perkara itu adalah menerusi penyelesaian dua negara antara Israel-Palestin.

Isu seterusnya yang menjadi tumpuan utama dewasa ini ialah perebutan
persempadanan Laut China Selatan oleh negara China. Hal ini melibatkan negara
seperti Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Hal ini berkait juga dengan Amerika
Syarikat yang sangat komited terhadap lalu-lintas di Laut China Selatan. Contoh satu
pertiga penghantaran komersial global Amerika Syarikat menggunakan laluan Laut
China Selatan. Kesannya keselamatan negara-negara di sekitar Laut China Selatan
terancam. Krisis yang berlaku ini bakal mengundang peperangan yang menggugat
keamanan dunia jika tidak dibendung.

33

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

d) Terangkan cabaran yang dihadapi Malaysia melalui isu “Kepulauan Spratly”


bagi mengelakkan Malaysia daripada kancah peperangan.

“Kepulauan Spratly terus menjadi zon panas apabila kawasan itu sekali lagi menjadi medan
pertembungan kuasa serantau antara China dan Amerika Syarikat (AS) apabila kapal-kapal
perang kedua-dua negara itu mula bergerak ke lokasi berkenaan.
Ia berlaku kerana kapal eksplorasi Petronas, West Capella yang berada di Zon
Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia dilaporkan dirapati oleh kapal-kapal Pengawal Pantai
China dan berlakunya stand off”
Sinar Harian, 24 April 2020

Cabaran yang dihadapi Malaysia melalui isu Kepulauan Spratly ialah


kemampuan kententeraan negara bagi menangani pencerobohan sempadan
antarabangsa Malaysia. Hal ini kerana negara-negara yang menuntut Kepulauan
Spratly mempunyai kemampuan kententeraan yang lebih canggih berbanding Malaysia
terutamanya kuasa besar dunia iaitu China. Sebagai contoh, kapal-kapal Pengawal
Pantai China sering menceroboh EEZ Malaysia dan negara ASEAN lain. Kesannya,
pencerobohan antarabangsa Malaysia akan berlaku jika kemampuan kententeraan
negara tidak dipertingkatkan.

Cabaran yang dihadapi Malaysia seterusnya ialah hubungan baik dengan


negara jiran serantau dan China. Hal ini kerana Malaysia mengamalkan sikap tidak
mengangkat senjata dalam menyelesaikan perbalahan dengan negara lain. Sebagai
contoh, Malaysia memilih penyelesaian secara damai bagi menjaga hubungan baik
dengan China berbanding Vietnam dengan China yang sudah berkonfrontasi banyak
kali di sekitar Kepulauan Spratly. Pendirian yang berbeza antara Malaysia dengan
Vietnam mungkin akan membawa kepada tergugatnya hubungan yang baik kerana
perbezaan pendapat.

Cabaran yang lain ialah mempertahankan kedaulatan negara. Hal ini kerana
sebahagian wilayah Kepulauan Spratly adalah di bawah Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ)
Malaysia. Oleh itu, Malaysia perlu mempertahankan kawasan tersebut daripada

34

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

negara-negara lain yang menuntut supaya kedaulatan negara tidak tergugat lagi
seperti peristiwa pada tahun 2008 iaitu Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah
membuat keputusan menyerahkan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada
Singapura. Kesannya, Malaysia telah kehilangan kedaulatan di Pulau Batu Puteh dan
peritiwa itu sepatutnya menjadi pengajaran supaya Malaysia tidak kehilangan
kedaulatan di sebahagian wilayah Kepulauan Spratly.

Iktibar yang boleh diambil daripada tajuk ini ialah peperangan harus dielakkan demi
kesejahteraan bersama. Huraikan penyataan tersebut.
@
Jelaskan iktibar yang boleh kita ambil daripada peristiwa perang dunia pertama untuk
keamanan dunia hari ini?

Iktibar yang boleh diambil ialah peperangan harus dielakkan demi kesejahteraan
bersama bagi memastikan keamanan dunia dapat dicapai. Hal ini penting bagi
memastikan dunia ini menjadi tempat yang selamat untuk didiami. Peperangan yang
berlaku boleh mengakibatkan kematian yang ramai dan kemusnahan harta benda.
Misalnya, Perang Dunia kedua telah mengorbankan 75 juta nyawa manusia di Eropah
dan di Asia Pasifik. Akibatnya, kehidupan manusia menjadi sengsara kerana
pembangunan semula negara mengambil masa yang lama.

Iktibar seterusnya ialah kita perlu belajar untuk hidup bersama-sama sebagai
warga dunia. Hal ini dapat dicapai dengan mewujudkan hubungan diplomatik yang baik
dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik. Segala permasalahan antara
negara hendaklah dibawa ke meja rundingan bagi mendapatkan penyelesaian yang
terbaik. Contohnya, konfrantasi antara Indonesia dan Malaysia telah berjaya
diselesaikan apabila Presiden Soeharto telah menghantar Menteri Luarnya, Adam Malik
untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman yang membawa kepada termeterainya
perjanjian perdamaian. Hasilnya, peperangan antara dua buah negara dapat dielakkan.

35

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Iktibar yang terkandung dalam tajuk ini ialah tolak ansur/ toleransi antara satu
sama lain mampu mewujudkan keamanan sejagat/ dunia/ global/ negara/serantau.
Huraikan penyataan tersebut.

Iktibarnya ialah toleransi antara satu sama lain mampu mewujudkan keamanan
dunia kerana sikap bertolak ansur akan menggalakkan hubungan
persahabatan antara semua negara yang akan mewujudkan keamanan dunia. Sikap
toleransi yang tinggi membawa kepada kehidupan yang harmoni walaupun mempunyai
kepentingan politik dan ekonomi yang berbeza. Ketiadaan sikap ini akan menjurus
kepada perselisihan faham. Misalnya, perang dagang antara Amerika Syarikat dan
negara China berlaku kerana kedua-dua negara tidak dapat menyelesaikan persaingan
kuasa ekonomi akibat ketandusan sikap bertolak ansur. Impaknya, politik dunia menjadi
tidak stabil.

Selain itu, sikap toleransi juga akan melahirkan semangat kerjasama antara
negara di dunia melalui hubungan diplomatik yang baik dengan semua negara tanpa
mengira ideologi politik. Hubungan yang terjalin akan melahirkan persefahaman antara
negara. Hubungan ini juga akan menggalakkan kerjasama antara negara dalam bidang
politik, ekonomi dan sosial. Contohnya, kerjasama ekonomi negara-negara Asia
Tenggara (ASEAN) dalam projek baja urea di Bintulu dan Aceh. Hasilnya, kerjasama ini
dapat memastikan kesejahteraan dunia.

Iktibar yang terkandung dalam tajuk ini ialah kerjasama/ tolong menolong antara satu
sama lain mampu mewujudkan keamanan sejagat/ dunia/ global/ negara/ serantau.
Huraikan penyataan tersebut.

Iktibarnya ialah kerjasama antara satu sama lain mampu mewujudkan keamanan dunia
kerana sikap ini dapat membina hubungan baik antara negara. Hubungan yang terjalin akan
mengelakkan daripada berlakunya perselisihan faham. Hubungan ini akan menggalakkan
kerjasama dalam perkara tertentu. Contohnya, perisytiharan negara-negara ASEAN sebagai
ZOPFAN yang bermatlamat untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Asia

36

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Tenggara. Hasilnya, hubungan yang terjalin bertambah kukuh dan menyumbang kepada
wujudnya kesejahteraan yang berterusan.

Selain itu, kerjasama antara negara juga dapat melahirkan sifat toleransi yang
membawa kepada keamanan sejagat meskipun mempunyai kepentingan yang berbeza.
Dengan adanya sifat ini, sebarang permasalahan yang timbul akan diselesaikan melalui
rundingan. Contohnya, konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia telah berjaya diselesaikan
apabila Presiden Soeharto telah menghantar Menteri Luarnya, Adam Malik untuk berunding
dengan Tunku Abdul Rahman yang membawa kepada termeterainya perjanjian perdamaian.
Dengan cara ini, pertelingkahan berterusan dapat dielakkan dan keamanan sejagat dapat
dipertahankan.

Banyak yang boleh dipelajari daripada peristiwa peperangan yang telah berlaku dalam
sejarah dunia. Beri ulasan anda.
@
Apakah iktibar yang boleh kita pelajari daripada peristiwa peperangan yang telah dan
sedang berlaku pada masa kini?

Antara iktibar yang boleh kita pelajari daripada peristiwa peperangan yang berlaku
dalam sejarah dunia termasuklah kita hendaklah menjalinkan hubungan baik dengan semua
negara tanpa mengira perbezaan ideologi. Hubungan baik antara negara akan mengekang
mereka daripada bertindak secara terburu-buru. Sebaliknya, masalah yang dihadapi boleh
diatasi melalui rundingan. Contohnya, konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia telah berjaya
diselesaikan apabila Presiden Soeharto telah menghantar Menteri Luarnya, Adam Malik untuk
berunding dengan Tunku Abdul Rahman yang membawa kepada termeterainya perjanjian
perdamaian. Dengan cara ini, pertelingkahan yang berterusan dapat dielakkan.

Selain itu, kita hendaklah mengekalkan kedudukan politik yang stabil dalam negara. Hal
ini akan menjamin rakyat hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Keadaan ini juga akan
mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat serta melahirkan warganegara yang
bersatu dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh sama ada dari
dalam mahupun luar negara. Contohnya, Malaysia berjaya menangani masalah pencerobohan
di Lahat Datu dan mengembalikan keamanan di sana. Oleh yang demikian, kedudukan politik

37

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

yang stabil akan menjadikan negara kita tidak mudah diceroboh dan musuh takut untuk
menyerang.

Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa peperangan yang berlaku di dunia
sekarang untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur.

Iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa peperangan untuk menjadikan Malaysia
negara aman dan makmur ialah pemimpin perlu bijak merancang strategi dalam menjalin
hubungan dengan negara luar. Malaysia telah mengamalkan dasar berkecuali iaitu, menjalin
hubungan dengan semua negara tanpa mengira ideologi dan tidak mencampuri urusan
pemerintahan negara lain. Malaysia turut menganggotai pelbagai pertubuhan di peringkat
antarabangsa mahupun serantau. Contohnya, menganggotai pertubuhan OIC dan ASEAN. Hal
ini dapat mewujudkankan persefahaman dalam hubungan diplomatik serta menggelakkan krisis
antara negara. Kesannya, jalinan kerjasama akan terbentuk dalam bidang politik, ekonomi dan
sosial yang dapat membantu pembangunan dan kemajuan negara.

Selain itu, kita perlulah mengamalkan sikap toleransi antara kaum supaya negara yang
mempunyai masyarakat berbilang kaum ini sentiasa aman dan makmur. Kekacauan di negara
lain perlu dijadikan iktibar dengan mengukuhkan perpaduan kaum kerana ini adalah kunci
menjaga kesejahteraan bersama. Perbezaan agama, budaya dan fahaman politik perlu
dihormati oleh seluruh warga supaya tidak timbul sebarang pertelingkahan. Contohnya, semua
kaum tidak perlu menyentuh isu-isu sensitif yang menimbulkan kemarahan kaum lain.
Rumusnya, kestabilan, keamanan, keharmonian dan kemakmuran negara pasti dapat dikecapi
sekiranya nilai muhibah dan persefahaman antara kaum semakin kukuh.

Iktibar yang seterusnya ialah kerajaan perlulah memantapkan sistem ketenteraan


negara agar negara tidak mudah diceroboh oleh musuh. Hal ini kerana, pasukan tentera
perlulah mempunyai semangat juang yang tinggi serta semangat sedia berkorban untuk
mempertahankan negara. Contohnya, kesungguhan pasukan keselamatan negara
menentang ancaman musuh di Lahad Datu, Sabah berjaya menjaga kedaulatan negara
daripada diceroboh. Kesimpulannya, keamanan sesebuah negara akan lebih terjamin dengan
sistem pertahanan yang kukuh.

38

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

“Kesan peperangan telah membuktikan bahawa pembentukan pertubuhan dunia/
penyelesaian masalah melalui rundingan mampu mengekang/mengelak/ menghalang
daripada tercetusnya peperangan”.
Huraikan nilai yang terdapat dalam penyataan tersebut / daripada tajuk yang dikaji.

Nilai yang boleh diambil ialah bekerjasama kerana nilai ini dapat menyelesaikan konflik
yang berlaku antara pihak yang terlibat. Hal ini kerana, nilai bekerjasama dapat memastikan
masalah yang timbul diselesaikan dengan bijak tanpa merugikan mana-mana pihak. Sebagai
contoh, kerjasama yang ditunjukkan dalam pertubuhan-pertubuhan seperti PBB, NAM, OIC dan
ASEAN. Setiap negara anggota dalam pertubuhan ini akan membantu antara satu sama lain
sekiranya berlaku masalah. Tuntasnya, kerjasama yang wujud akan membawa kepada
hubungan yang lebih kukuh dan harmoni.

Nilai kedua yang dapat ditunjukkan daripada pembentukan pertubuhan dunia dan
penyelesaian masalah melalui rundingan ialah bertolak ansur. Hal ini kerana, nilai tolak ansur
sangat penting bagi memastikan konflik yang wujud tidak berakhir dengan peperangan. Setiap
pihak mempunyai pandangan tersendiri berkenaan beberapa perkara yang memungkinkan
perselisihan. Misalnya, perbezaan ideologi mecetuskan perang dingin antara blok Kapitalis
dengan blok Komunis. Kesimpulannya, keamanan sejagat pasti akan berterusan sekiranya nilai
toleransi diamalkan oleh setiap negara.

Konflik Dunia seperti Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua dan Perang Dingin
telah meninggalkan banyak kesan negatif kepada kehidupan manusia.
Jelaskan nilai yang perlu diamalkan untuk mengelakkan perkara di atas daripada berlaku
semula?

Nilai yang perlu diamalkan bagi memastikan peperangan tidak berlaku semula ialah nilai
hormat-menghormati antara satu sama lain. Nilai ini perlu dipupuk bagi mewujudkan hubungan
yang lebih baik antara semua pihak. Hal ini demikian kerana, setiap pihak akan menerima dan
menghormati keistimewaan, kedudukan dan ideologi negara lain malah juga menghormati hak
asasi rakyat di dalam negara sendiri. Sebagai contoh, peristiwa pembunuhan Archduke Franz
Ferdinand dan isteri oleh pengganas Sebia yang akhirnya mencetuskan Perang Dunia Pertama.
Oleh itu, bagi mengelakkan perang, maka nilai hormat-meghormati ini perlu dihayati serta
diamalkan demi menjamin kesejahteraan bersama.

39

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Nilai seterusnya yang perlu diamalkan bagi mengelak peperangan daripada berlaku
ialah nilai bersatu padu. Nilai ini wujud dengan keanggotaan sesebuah negara dalam
pertubuhan dunia. Misalnya, keanggotaan dalam PBB menunjukkan nilai bersatu padu antara
negara anggota dalam semua aspek demi mewujudkan keamanan dunia. Hal ini kerana, nilai
bersatu padu ini dapat menghasilkan kata sepakat dalam sesuatu isu hasil persetujuan
bersama dan sudah tentu dapat mengelakkan perselisihan faham yang boleh mencetuskan
peperangan. Kesimpulannya, nilai bersatu padu yang diamalkan oleh semua pihak akan
memastikan tidak akan berlaku lagi apa sahaja jenis perang pada masa hadapan.

Perang dunia / konflik antarabangsa memberi kesedaran kepada kita tentang


kepentingan menjaga keamanan dunia.

Jelaskan nilai/ semangat patriotisme yang perlu diamalkan untuk memastikan


kepentingan tersebut tercapai.

Semangat patriotisme yang perlu diamalkan untuk menjaga keamanan dunia ialah
dengan mengamalkan semangat kekitaan. Semangat ini akan mewujudkan nilai bertolak
ansur dalam banyak perkara. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya pertelingkahan. Sebarang
perbezaan pendapat antara dua pihak dapat diselesaikan dengan rundingan melalui saluran
yang betul. Contohnya, konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia telah berjaya diselesaikan
apabila Presiden Soeharto telah menghantar Menteri Luarnya, Adam Malik untuk berunding
dengan Tunku Abdul Rahman yang membawa kepada termeterainya perjanjian perdamaian.
Hal ini dapat mengelakkan tercetusnya masalah yang lebih besar seperti peperangan yang
membawa banyak kemusnahan kepada negara dan dunia.

Selain itu, nilai hormat - menghormati juga wajar diamalkan oleh seluruh warga di
dunia sekiranya keamanan dunia ingin dikekalkan. Setiap negara perlulah menghargai dan
menjaga hubungan antara negara demi kesejahteraan sejagat. Pemimpin setiap negara
perlulah menghormati perbezaan pandangan, dasar, serta kedaulatan negara lain. Contohnya,
Malaysia mengamalkan dasar berkecuali iaitu tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran
negara lain. Malaysia mengutamakan semangat kerjasama dan berbaik-baik dengan semua
negara tanpa mengira ideologi politik. Kesannya, jalinan hubungan seperti ini akan membentuk
satu ikatan persahabatan dan persefahaman yang erat antara satu sama lain.

40

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Keamanan dunia juga dapat dicapai sekiranya kita semua mempunyai semangat cinta
dan setia kepada negara. Kesetiaan pada negara akan melahirkan nilai ketaatan kepada
pemimpin dan kepatuhan kepada perlembagaan negara. Hal ini mengelakkan berlakunya
pergolakan dalam negara. Semangat cinta akan negara juga akan memupuk nilai
bertanggungjawab dalam kalangan rakyat. Seterusnya, rakyat juga akan sanggup berkorban
mempertahankan negara dan bangsa daripada serangan musuh. Contohnya, Sarjan
Baharuddin Ramli iaitu, anggota PGA yang terkorban di sempadan Malaysia Thailand semasa
bertugas. Kesimpulannya, warga yang cinta akan negara pastinya sangat menghargai
keamanan dan keharmonian yang dikecapi serta berusaha mengekalkannya

Rumusan/ Kesimpulan Daripada Tajuk Yang Dikaji

Pengetahuan yang diperoleh daripada tajuk ini ialah Perang Dunia Pertama berlaku
pada tahun 1914 -1918. Perang ini melibatkan dua pihak iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan
Pakatan Bertiga. Konflik ini telah menyebabkan kehilangan banyak nyawa dan menjejaskan
hubungan antara negara.

Nilai yang diperoleh daripada tajuk ini ialah setiap pemimpin negara tidak boleh
mementingkan diri sendiri dengan menyerang atau menguasai negara lain demi kepentingan
negara tersebut. Selain itu setiap pemimpin negara perlu mempunyai sifat kemanusiaan dan
menghormati hak asasi negara lain agar kedaulatan semua negara di dunia kekal terpelihara.

Unsur patriotisme yang terdapat dalam tajuk ini ialah setiap pemimpin negara haruslah
berbaik-baik dan bekerjasama dengan semua negara agar dunia kekal aman. Selain itu setiap
pemimpin negara perlu bijak menyelesaikan masalah antara negara melalui rundingan
bukan melalui peperangan.

Harapan saya ialah pemimpin setiap negara berwawasan dalam mentadbir negara dan
tidak bersaing menunjukkan kuasa masing-masing agar pembangunan berjalan lancar serta
kemakmuran ekonomi dapat dinikmati bersama-sama.

Sebagai kesimpulannya, peperangan hanya mengakibatkan kemusnahan yang besar


dan merugikan kedua-dua pihak bak kata pepatah “kalah jadi abu menang jadi arang.” Jadi,
bersama-samalah kita menghindari sebarang konflik atau peperangan.

41

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Rumusan daripada peranan Malaysia dalam usaha menyelesaikan Konflik Dunia
dan Serantau / Rumusan daripada peranan Malaysia dalam mengekalkan
keamanan Dunia dan Serantau.

Rumusan yang diperolehi ialah Malaysia telah menjalinkan hubungan baik dengan
negara-negara lain. Contohnya Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel untuk membina
semangat setiakawan dan kerjasama dalam kalangan anggota. Menerusi pertubuhan ini
Malaysia berusaha menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan.

Selain itu, Malaysia juga berusaha untuk menjamin keselamatan dunia dan
membantu menyelesaikan konflik antarabangsa melalui penyertaan dalam Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Sebagai contohnya, pada tahun 1960 Malaysia telah dipilih
untuk menyertai pasukan pendamai bagi menamatkan perang saudara di Congo.

Seterusnya Malaysia juga menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka
terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia. Contohnya Malaysia mengamalkan Dasar
Berkecuali dengan tidak bersengkokol dengan mana-mana Blok Dunia.

Di samping itu, Malaysia turut berusaha memelihara kestabilan politik serantau


dengan menyertai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Malaysia bersepakat
dengan anggota ASEAN mengisytiharkan ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali
(ZOPFAN).

Nilai yang diperoleh daripada tajuk ini ialah tidak mementingkan diri dengan sentiasa
menghulurkan bantuan kepada negara yang berkonflik supaya dunia kembali aman. Selain
itu, kita juga perlu menghormati hak asasi negara lain demi memelihara kedaulatan semua
negara.

Unsur patriotisme yang diperoleh daripada tajuk ini ialah bekerjasama dengan negara
lain demi kemakmuran dunia. Selain itu, pemimipin harus bijak menyelesaikan masalah
antara negara lain melalui rundingan agar dapat mengelakkan peperangan.

Harapan saya agar Malaysia terus memainkan peranan aktif dalam pertubuhan
antarabangsa dan serantau bagi menangani konflik dunia yang berlaku pada hari ini.

Sebagai kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa peranan Malaysia yang


berterusan dalam mewujudkan keamanan dunia sejak merdeka sehingga kini berjaya
mengelakkan konflik dunia seperti Perang Dunia Pertama dan Kedua daripada berulang lagi.

42

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

Penghargaan
PANEL PENGGUBAL MODUL SEJARAH KERTAS 3 SPM 2020

PENASIHAT : PN. HAJAH RAHIMAH BINTI MOHAMED


(Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, JPN Perak)
: TN. HJ. AHMAD LUTFI BIN ABU BAKAR
( KPPK Sains Sosial Sektor Pembelajaran, JPN Perak
: EN. MEGAT MUHAMMAD AZHAN B MEGAT RAFIE
(Penolong Pengarah Sains Sosial Sektor Pembelajaran, JPN Perak

PENYELARAS : TN. HJ PUZIE BIN YAHYA SMK RUNGKUP


KETUA PANEL KERTAS 3 : EN. MOHAMAD AZHAR BIN RADIZUAN SMK LAMBOR KIRI

PANEL PENULIS
1 EN. MOHD SAIPULIZAN BIN ABDULLAH THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR
2 PN. ASNARINA BINTI A. RAHMAN SMK SAYONG
3 EN. MOHAMAD HAFIZ MOHAMED SMK RLKT LASAH, SG SIPUT (U)
4 TN. HJ. KHAIRUL KAMEL BIN AHMAD SMK TOH MUDA ABD.AZIZ
5 EN. HAZLI BIN ABU HASHIM SABK AD-DINIAH AL-ISLAMIAH
6 EN. SYAHARAWI BIN ISHAK SMK TRONOH
7 PN. SURAYAH BT ISMAIL SMK SERI KAMPAR
8 CIK NUR’UYUN BT ABU BAKAR SBPI GOPENG
9 EN. BAKRI BIN MOHAMED YUSOF SMK MALIM NAWAR
10 CIK SURIANI BINTI MOHD IDRIS SMK KAMPAR
11 CIK HARISON BINTI HASAN SMK JELAI, BATU KURAU
12 PN. NORHAYA BINTI JAPAR SMK TOH JOHAN, TRONG
13 EN. MAZELAN BIN AHMAD SMK DATO WAN AHMAD RASDI
14 PN. MAZURA BINTI HJ MANAN SMK KING EDWARD VII, TAIPING
15 PN. MAGES A/P VENUGOPAL SMK MATANG
16 EN. S.SIVANANDAM A/L SUBRAMANIAM SMK METHODIST(ACS),IPOH
17 EN. HASRI B SAHABUDIN SM IZZUDIN SHAH
18 PN. P. MEGALA A/P K.PONNUSAMY SMK DR MEGAT KHAS IPOH
19 EN. MOHD. HUSNI BIN ARIFFIN SMK RAPAT SETIA.
20 EN. MUHAMAD SALLIH BIN ASRANI SMK SERI KELEDANG
21 CIK ROFIDAH BT AHMAD BADRI SMK SRI KURAU, BAGAN SERAI
22 EN. ANANDARAJAN A/L SUBRAMANIAM SMK SELINSING
23 EN. JUPRI BIN SANHOSI SMKA KERIAN
24 EN. AZMIL BIN SHARIFFUDDIN SMK KUALA KURAU
25 PN. SAMIHAH BT PAHIM SMK ABU BAKAR AL BAQIR
26 EN. KAMARULNIZAM BIN AMIR SMK PANTAI REMIS
27 PN. AINI BINTI BAKRI SMK METHODIST ( ACS) SITIAWAN
28 PN. ROSLIZA BT RAMLI SABK MAAHAD ISLAHIAH
29 PN. SHAMALA A/P ARJUNAN SMK PANGKOR

43

[SEJARAH KERTAS 3 : 1249/3] SPM2020

30 PN. NORARNI BINTI MD.JOHAN SMK DATO SERI KAMARUDDIN SERI MANJUNG
31 EN. WAN YUNUS BIN WAN ISA SMK RAJA MUDA MUSA, TELUK INTAN
32 EN. PADLI BIN ABDUL RAHMAN SMK DATO' SAGOR, LANGKAP
33 PN. MARIAM BT OMAR SMK SERI PERAK.
34 PN. NUR JAM'ATUR RAFHANAH BT SMK SERI PERAK, TELUK INTAN
MOHAMED NAWAWI
35 PN. MARIATI BT RAMLI. SMK SULTAN ABDUL AZIZ
36 EN. YUSUF BIN AHMAD@HARUN SMK SULTAN AZLAN SHAH, LENGGONG
37 PN. NORIHAN BT MOHD TAHIR SMK DATO'AHMAD, LENGGONG
38 PN. FAKIRAH BINTI JAMALUDIN SMK TAN SRI ABDUL AZIZ LENGGONG
39 EN. ISHAK BIN HASAN BASRI SMK DATO AHMAD, LENGGONG
40 EN. MOHD. FAZIL BIN MD. AKHIR MRSM GERIK
41 EN. JEYAKUMAR A/L PARAMSIVAM SMK TUN ABDUL RAZAK SELEKOH
42 PN. NORAZWALIZA BT AZIZAN SMA AL ULUM
43 EN. AMRIL AMRE BIN RAZALLI SMK SERI MUARA
44 PN. ZANARIAH BINTI IBRAHIM SM SAINS BAGAN DATUK
45 PN. NOR ALIZAN BINTI HASAN SM SAINS TELUK INTAN
46 PN. ROHAIZA BT ZAINAL ABIDIN SMK DATO ABDUL RAHMAN YAAKOB
47 EN. MOHD IZHAM BIN HALIAS SMK DATUK SERI MAHARAJA LELA, KG GAJAH
48 PN. FARIAL BT WAHAB SMKA SULTAN AZLAN SHAH, SERI ISKANDAR
49 EN. MOHD. SHAHSWAN NIZAM BIN
SMK CHANGKAT LADA
SHARUDDIN
50 EN. MD. SAAD BIN DAIJAH @ DESA SMK SUNGAI RANGGAM
51 PN. NORLIZA BINTI ABDUL LATIB SMK ISKANDAR SHAH
52 PN. NORLYZAN BT ISMAIL SMK SLIM RIVER
53 CIK NOR AZIMAH BT ARIFFIN SMK HAMID KHAN
54 PN. HASLIZA BT MANAP SMK SUNGAI KERUIT
55 PN. RUSILAWATI BT ABDUL SALAM SMK SRI TAPAH
56 PN. RAZMARINA BT ABD RASAK SMK KHIR JOHARI TANJONG MALIM

44

Anda mungkin juga menyukai