Anda di halaman 1dari 3

Bincangkan kesan Perang Dunia Pertama dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

Pengenalan
Perang Dunia Pertama berlangsung antara tahun 1914-1918 dan hanya berlaku dalam kalangan
negara-negara Eropah iaitu Jerman, Britain, Rusia, Perancis, Austria-Hungry, Serbia, Itali, Belgium
dan Turki. Perang Dunia Pertama melibatkan dua pihak iaitu Pakatan Bertiga ( Britain, Perancis dan
Rusia) dengan Perikatan Bertiga ( Jerman, Austria-Hungry dan Itali). Perang Dunia Pertama bermula
apabila Jerman menyerang Belgium pada 4 Ogos 1914. Perang ini berakhir apabila Jerman dan
sekutunya ditewaskan oleh tentera Bersekutu. Perang Dunia Pertama meninggalkan kesan dalam
bidang politik , ekonomi dan sosial.
Kesan politik
1. Jerman kehilangan wilayah
Perjanjian Versailles pada tahun1919 telah menyebabkan Jerman kehilangan wilayah dan jajahan
takluk. Wilayah Alsace dan Lorraine telah diserahkan kepada Perancis manakala Euphen dan
Malmedy diserahkan kepada Belgium. Wilayah Memel, Lithuania dan barat Prusia diserahkan
kepada Poland yang baharu diwujudkan. Wilayah Lembah Saar diserahkan kepada Perancis sebagai
pampasan perang. Wilayah ini berada di bawah pentadbiran Liga Bangsa bagi tempoh 15 tahun.
Jerman juga dikehendaki mengiktiraf kemerdekaan Belgium, Poland dan Czechoslavakia. Pelabuhan
Dunzig dijadikan wilayah merdeka di bawah penguasaan Liga Bangsa. Jerman juga kehilangan
sebahagian besar tanah jajahan di Afrika dan rantau Pasifik kepada British, Perancis dan Jepun.
Wilayah Shantung dan Kiachow di China diserahkan kepada Perancis manakala Cameroon dan
Togoland diserahkan kepada Britain dan Perancis. Jerman juga dikehendaki menyerahkan hak
istimewanya terhadap China, Thailand, Mesir, Morocco dan Liberia.
2. Keruntuhan pemerintahan monarki
Perang Dunia Pertama telah melenyapkan pemerintahan monarki di benua Eropah. Perang ini telah
menyebabkan sistem pemerintahan beraja di Jerman, Rusia dan Turki berakhir. Pada tahun 1925,
Sultan Empayar Turki Uthmaniyah turun daripada takhta ekoran kekalahan Turki dalam Perang Dunia
Pertama. Perkembangan ini menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah yang meliputi Poland,
Bulgaria, Czechoslavakia dan Finland berakhir. Perang ini juga menyebabkan sistem pemerintahan
beraja berakhir di Jerman apabila Kaiser William II, Raja Jerman dibuang negeri ke Belanda.
Pemerintahan beraja di Rusia juga berakhir apabila tercetusnya Revolusi Rusia pada tahun 1917.
3. Kekuatan tentera Jerman dilumpuhkan
Setelah Perjanjian Versailles ditandatangani, asas ketenteraan Jerman dihapuskan sama sekali. Antara
peruntukan utama dalam perjanjian tersebut ialah pelucutan senjata terhadap Jerman. Staf angkatan
bersenjata yang menjadi nadi organisasi ketenteraan Jerman dimansuhkan. Jerman dikehendaki
mengehadkan jumlah tenteranya kepada 100,000 orang tentera sahaja. Jerman juga dilarang membeli
senjata-senjata perang , meriam besar dan kereta kebal. Jerman juga dilarang menempatkan tenteranya
di wilayah Rhineland yang terletak berhampiran Perancis. Jelaslah bahawa syarat-syarat Perjanjian
Versailles telah melumpuhkan kekuatan tentera Jerman dan menjadikan negara tersebut lemah.
4. Penubuhan Liga Bangsa
Kesan yang amat signifikan ekoran tercetus Perang Dunia Pertama adalah penubuhan Liga Bangsa.
Badan antarabangsa ini ditubuhkan ekoran persetujuan yang dicapai dalam perjanjian Versailles pada
tahun 1919. Tujuan penubuhan ini adalah untuk memastikan syarat-syarat Perjanjian Paris dipatuhi,
mengekalkan keamanan dunia dan menyelesaikan masalah negara-negara melalui mesyuarat.
Kesan ekonomi
1. Kos perbelanjaan perang yang tinggi
Perang Dunia Pertama merupakan peperangan yang memakan kos perbelanjaan yang amat tinggi.
Menurut pakar ekonomi, dianggarkan US$338 billion telah dibelanjakan oleh negara-negara yang
terlibat sepanjang peperangan itu berlangsung. Secara purata 80 juta rupees telah dibelanjakan oleh
negara-negara yang terlibat dalam peperangan ini setiap hari. Britain telah membelanjakan sebanyak
15 lac pounds sehingga bulan Mac 1915 dan angka ini mencecahkan kepada 60 lac pounds pada tahun
1917-1918.
2. Hutang antarabangsa
Perang Dunia Pertama juga menyebabkan negara-negara di Eropah menanggung hutang yang tinggi.
Pada akhir Perang Dunia Pertama, hutang yang ditanggung oleh Britain dianggarkan sejumlah 74 350
lac pounds. Dalam pada itu, hutang Perancis berjumlah 1 474 720 lac pounds Perancis. Manakala
hutang Jerman dianggarkan 1 606 000 lac Marks. Pada keseluruhannya perbelanjaan perang ini lebih
banyak daripada segala kekayaan yang dimiki oleh empayar British dan semua kekayaan yang
dimiliki Amerika Syarikat pada tahun 1918.
3. Peningkatan harga barang
Perang Dunia Pertama telah menyebabkan harga barang meningkat secara mendadak. Perkembangan
ini menyebabkan berlakunya inflasi. Masalah kebuluran dan kekur angan bekalan makanan juga
berlaku di dunia. Kerajaan telah mengambil langkah bagi mengawal harga barangan.
4. Pasaran dunia
Pasaran dunia mula dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jepun. Perkembangan ini amat dirasai oleh
negara-negara Eropah terutamanya Britain. Sebelum Perang Dunia Pertami, Britain sebagai negara
industri menguasai peratus perdagangan dunia yang terbesar. Britain kehilangan satu pertiga daripada
perdagangan luarnya.
Kesan Sosial
1. Kehilangan nyawa
Perang Dunia Pertama telah menyebabkan ramai anggota tentera dan orang awam terkorban. Perang
ini telah menyebabkan 10 juta orang tentera telah terkorban manakala 20 juta lagi tercedera.
Dianggarkan lebih kuran 13 juta orang awam terkorban dalam peperangan ini.
2. Semangat perkauman luntur
Perang Dunia Pertama menyebabkan semangat perkauman dan perbezaan warna kulit yang menebal
dalam kalangan bangsa Eropah mulai luntur. Sebelum tercetus Perang Dunia Pertam, rakyat Britain,
Perancis dan Jerman amat mementingkan keagungan bangsa masing-masing. Orang Eropah
memandang rendah terhadap orang kulit hitam seperti Afrika dan India. Semasa perang, semua
bangsa turut serta dalam perang. Contohnya tentera India dan Afrika membantu tentera British dalam
medan perang. Perkembangan ini menyebabkan perbezaan dan semangat perkauman dalam kalangan
bangsa Eropah mula berkurangan.
3. Peningkatan peranan wanita
Semasa Perang Dunia Pertama, ramai golongan lelaki terpaksa meninggalkan pekerjaan mereka dan
menyertai tentera untuk mempertahankan negara. Perkembangan ini menyebabkan wujud kekurangan
tenaga kerja dalam sektor perkilangan dan pejabat. Golongan wanita diberi peluang untuk mengisi
kekosongan kerja dalam sektor perkilangan dan pengurusan. Perkembangan ini menyebabkan skop
pekerjaan wanita menjadi lebih luas dan mereka mula melibatkan diri dalam bidang pembangunan
ekonomi dan politik negara.
4. Institusi pendidikan tinggi tidak berfungsi
Institusi-institusi pendidkan tinggi tidak berfungsi semasa Perang Dunia Pertama. Banyak institusi
pendidikan ditutup dan pelajar diwajibkan menyertai latihan ketenteraan dan mengambil bahagian
dalam peperangan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Perang Dunia Pertama telah mengubah landskap politik negara-negara Eropah kesan
keruntuhan beberapa empayar dan kemunculan negara-negara baharu. Ketidakpuasan hati Jerman
terhadap Perjanjian Versailles merupakan salah satu punca meletusnya Perang Dunia Kedua.

Anda mungkin juga menyukai