Anda di halaman 1dari 15

TOKOH PERKEMBANGAN ILMU

DI PERANCIS
PENGENALAN

• Menjelang abad ke-18 masihi, telah muncul zaman Enlightment atau Zaman
Pencerahan yang memperjuangkan masyarakat yang lebih berfikiran terbuka
• Zaman ini menyaksikan kemunculan pemikir-pemikir dalam bidang politik,
ekonomi dan sosial
• Perancis menjadi pusat pengetahuan golongan intelek pada zaman
Enlightment.
• Hasil karya tokoh-tokoh ilmuannya mendapat pujian dan menjadi ikutan di
seluruh dunia.
• Terdapat dua orang tokoh perkembangan ilmu di Perancis iaitu Charles Louis
Montesquieu dan Jean Jacques Rousseau
PERKEMBANGAN ILMU DI PERANCIS

• Renaisans tiba di Perancis pada tahun 1495 yang dibawa oleh Raja Charles VII selepas
menceroboh Itali.
• Penyebaran sekularisme berlaku disebabkan kegagalan gereja menghulurkan bantuan
untutk menentang peristiwa Black Death
• Pengimportan seni dari Itali dan artis oleh Raja Francis I termasuklah Leonardo da Vinci
serta membina istana dengan perbelanjaan yang besar
• Peminjaman pelukis dan pemuzik dari Renaisans Itali
• Catherine de’ Medici membawa masuk seni sains dan muzik dari Florence
SUMBANGAN TOKOH
JEAN JACQUES ROUSSEAU (1712-1778)

• Dilahirkan di Geneva pada tahun 1712


• Berketurunan Swiss, Protestan dari kelas bawah
• Bapanya seorang tukang jam dan beliau mempelajari
sastera purba Greek dan Rom dari bapanya
• Semasa umur 10 tahun, beliau hidup bersama bapa
saudaranya kerana bapanya diusir dari Geneva. Beliau
dihantar belajar di Bosey
• Beliau pernah menjadi pengukir tahun 1745
• Umur 16 tahun beliau membuat pelbagai pekerjaan seperti
mengajar dan setiausaha
SUMBANGAN JEAN JACQUES
ROUSSEAU

KARYA EMILE
• Menekankan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak bagi meransang pemikiran
mereka
• Kanak-kanak perlu didedahkan dengan perkara-perkara yang baik.
• Kanak-kanak harus dijauhkan daripada pengaruh negatif masyarakat supaya boleh
membesar dalam keadaan yang baik
• Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak
dengan menyediakan pengalaman berdasarkan masa yang sesuai
• Menurut falsafah pendidikan Reusseau, empat perkara diberikan penekanan iaitu
kebebasan, perkembangan, minat dan aktivit
KARYA THE SOCIAL CONTRACT (1762)
• Menurut pandangan Jacques Rousseau, sesebuah kerajaan hendaklah
melaksanakan pemerintahan berdasarkan perjanjian (kontrak) yang dibuat
dengan rakyat
• Kerajaan perlu menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat supaya rakyat
memberikan ketaatan kepada pemerintah
• Bagi pemerintah yang tidak menjaga kebajikan rakyat, rakyat berhak untuk
memilih pemerintah yang dianggap mampu untuk menjaga dan melindungi
keselamatan mereka
• Idea “kontrak sosial” merupakan elemen utama dalam Pengisytiharan
Perhimpunan Kebangsaan Revolusi Perancis
KARYA DISCOURSE ON THE ARTS AND SCIENCES
• Menggunakan karya ini dalam mengkritik bidang seni dan sains
• Karya beliau mempunyai perbezaan pendapat dengan individu sezaman dengannya
• Menurut beliau, kemajuan dalam seni dan sains tidak menyumbang kepada
pemurnian moral individu, sosial dan tahap politik
• Kemerosotan dari segi moral masyarakat turut dibincangkan
• Beliau mengiktiraf pendapat Socrates dimana sains merupakan sesuatu yang
menyeronokkan tetapi tidak menyumbang kepada wujudnya nilai-nilai murni
• Bacon, Descartes dan Newton merupakan pemikir bijak yang disokong oleh beliau
• Harapan beliau agar masyarakat akan memberi sepenuh perhatian untuk
memperbaiki tingkah laku dan akhlak, bukannya memajukan sains dan seni
KARYA DISCOURSE ON THE ORIGIN OF INEQUALITY
• Merupakan salah satu dokumen yang paling revolusioner dan didedikasikan kepada
Republik Geneva pada abad ke-18
• Karya ini membincangkan ketidakadilan dalam masyarakat dengan menerangkan
bahawa perkembangan tamdun merosakkan kebahagiaan dan kebebasan manusia
dengan mencipta ketidaksamaan dalam kekayaan, kuasa dan keistimewaan sosial
• Beliau berpendapat bahawa manusia primitif adalah bebas. Sekiranya manusia
menjadi lebih moden, maka masyarakat yang berpengaruh akan memonopoli
individu yang lemah
• Mendokong Teori Naturalisme
CHARLES LOUIS MONTESQUIEU (1689-1755)

• Merupakan seorang aristokrat, seigneur atau lord manor


di selatan Perancis
• Dilahirkan di Chateau de la Brede, 18 Januari 1689 dan
meninggal pada 10 Februari 1775
• Beliau belajar di Catholic College of Juilly dan
melanjutkan pelajaran di fakulti Undang-undang di
Universiti Bordeaux dan menjadi peguam pada tahun
1708
• Beliau banyak memberikan sumbangan idea pada zaman
pencerahan pemikir politik yang terkenal
SUMBANGAN CHARLES LOUIS MONTESQUIEU

MEMPERKENALKAN TEORI PENGASINGAN KUASA


• Karya Spirit of The Laws mengetengahkan idea politik pemerintahan melalui teori
pengasingan kepada penggubalan perlembagaan di dunia
• Teori ini membincangkan mengenai bentuk-bentuk pemerintahan, adat kebiasaan
dan iklim, masalah ekonomi dan masalah agama
• Hasil karya tersebut memberikan kesan mendalam kepada bidang intelektual,
amalan politik dan pemerintahan terhadap negara-negara dunia
• Konsep pengasingan kuasa dalam pemerintahan ialah mengasingkan antara badan
perundangan, badan eksekutif dan bdan kehakiman serta tidak mencampuri urusan
antara satu sama lain
• Doktrin dikeluarkan kerana menentang pemerintahan berkuasa mutlak. Dalam
system monarki kuasa raja tidak terbatas dalam semua bidang
• Pengasingan kuasa bertujuan mengelakkan penyalahgunaan kuasa dalam
pemerintahan
• Jika kuasa menggubal undang-undang (legislatif) dan kuasa memerintah (eksekutif)
dimiliki orang yang sama, maka akan berlaku kezaliman dalam perundangan
melalui penggubalan undang-undang supaya mereka lebih berkuasa.
• Hakim juga tidak dapat kebebasan dalam membuat keputusan dalam tugasan
mereka
MENGKAJI PUNCA KEMEROSOTAN EMPAYAR ROM
• Sejarah kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan kerajaan Rom diterangkan dalam
karya The Considerations on the Cause of the Grandeur and Decandence of the
Romans (1734)
• Beliau menginterprestasikan sebab dan akibat sejarah dengan memfokuskan kepada
sebab-sebab tersirat dari segi sosial dan moral bagi kejatuhan Rom. Beliau digelar
sebagai ahli sosiologi pertama keran sumbangannya dalam mengkaji kesan dan akibat
sosial dan fenomena persekitaran terhadap tingkah laku manusia
• Faktor kejatuhan Rom dikenal pasti melalui karya tersebut
Antara penyumbang kejatuhan Rom:
Penambahan bilangan tentera upahan
Pemberian taraf kewarganegaraan kepada warga asing dengan mudah
Sikap tamak terhadap harta rampasan perang
Kemerosotan sikap moral dalam kalangan masyarakat Perancis

• Karya Letters Persanes diterbitkan pada tahun 1721 bagi mengkritk masyarakat Perancis
tentang kejatuhan moral pada penghujung zaman Raja Louis XIV dan Raja Louis XV
KESIMPULAN

Zaman Resainans telah melahirkan masyarakat Eropah yang


berpengetahuan. Perkembangan dalam bidang intelektual, agama, sains dan
kesenian telah membawa perubahan yang besar dalam aspek pemikiran dan
kehidupan masyarakat Eropah . Ramai tokoh yang muncul dengan penemuan
dan idea baru sehingga mendorong kepada pembentukkan masyarakat yang
lebih moden.

Anda mungkin juga menyukai