Anda di halaman 1dari 13

13.

3 Perkembangan Ilmu Di
England
Nur Shania Binti Md Hanafi
Pengenalan
• Zaman pencerahan menyaksikan
kemunculan tokoh-tokoh pemikir di England
yang terkenal dalam bidang politik, ekonomi
dan sosial.
• Antara tokoh penting yang memberi
sumbangan dalam bidang ekonomi iaitu
Adam Smith, David Ricardo dan Thomas
Maltus.
Sumbangan Tokoh : Adam Smith
• Adam Smith merupakan pakar ekonomi dan ahli
falsafah yang amat berpengaruh.
• Anak kepada pasangan Margaret Doughlas dan
Adam Smith.
• Lahir di Kirkcadly, Fife, Scotland.
• Dapat galakan dari ibunya untuk belajar bahasa
contohnya Latin.
• Meneruskan pengajian di Universiti
Oxford(1740-1746)
• Terkenal disebabkan pengaruh bukunya, The
Wealth of Nations.
Isi Kandungan The Wealth of
Nations
1. Idea Perdagangan Bebas
• Mempelopori idea perdagangan bebas
(laissez-faire)
• Perdagangan dan ekonomi berkembang
melalui institusi School of Political Economy di
England.
• Idea perdagangan bebas yang disebarkan
mendapat perhatian ahli ekonomi seperti
Ricardo dan Thomas Maltus.
• Adam Smith berpendapat, kerajaan tidak harus
campur tangan dalam hal ehwal ekonomi dan
perdagangan.
• Percaya bahawa campur tangan kerajaan
akan menjejaskan kecekapan ekonomi dan
menaikkan harga.
• Menurut Adam Smith, setiap individu harus
diberi kebebasan untuk mengumpul
kekayaan untuk diri sendiri.
2. Peranan Kerajaan
• Menerangkan peranan dan tanggungjawab
pemerintah dalam ekonomi.
• Kerajaan harus menguatkuasakan undang-
undang bagi menghalang individu
menggunakan kekasaran dan penipuan
dalam kegiatan perdagangan.
• Kerajaan harus mengenakan cukai yang
berpatutan yang tidak menggugat
kesejahteraan rakyat.
3. Mengkritik Dasar Merkantilisme
• Mengkritik dasar ekonomi merkantilisme
yang diamalkan oleh negara-negara Eropah.
• Membidas tindakan kerajaan yang
mengamalkan dasar monopoli berhubung
kegiatan ekonomi dalam negara.
• Berpendapat tanah jajahan boleh berkembang
sekiranya diberi kebebasan menjalankan
aktiviti mengikut pilihan sendiri.
• Tindakan mengawal tanah jajahan secara
akan menambahkan beban negara induk dari
segi kewangan.
4. Faedah Mutlak
• Menganjurkan teori yang dikenali sebagai
faedah mutlak.
• Tidak praktikal bagi sebuah negara
menghasilkan barangan yang boleh didapati
dengan murah di tempat lain.
• Menyarankan sebuah negara membuat
pengkhususan dalam pengeluaran yang
mempunyai faedah mutlak.
5. Pengkhususan Antarabangsa
• Perdagangan bebas akan meluaskan
pasaran dan wujudkan pembahagian kerja.
• Pembahagian kerja meningkatkan
produktiviti barangan, kecekapan pekerja
serta menjimatkan masa dalam pengeluaran
barangan.
• Perkembangan ini membolehkan lebihan
hasil dapat dipasarkan ke luar negara.
• Ia salah satu proses kemajuan negara.
6. Meningkatkan Pendapatan
• Perdagangan bebas dapat menambahkan
sumber pendapatan sesebuah negara.
• Dapat mengurangkan kos pengeluaran dan
menyebabkan pengaliran modal ke sektor
yang produktif.
7. Nilai Dan Pengelasan
Masyarakat
• Nilai merujuk kepada kuasa untuk membeli
barangan lain.
• Nilai sesuatu barangan dapat diketahui
daripada jumlah tenaga buruh yang
digunakan.
• Masyarakat dikelaskan kepada tiga iaitu
mereka yang hidup dengan memperoleh
sewa, upah dan untung.
Kesimpulan
• Pandangan yang dikemukakan oleh Adam
Smith menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh England.
• Malah idea yang dikemukakan oleh beliau
dalam bidang ekonomi diterima dan
diamalkan negara-negara lain di seluruh
Eropah.

Anda mungkin juga menyukai