Anda di halaman 1dari 8

EEEX/EPPE 3033: PERKEMBANGAN PEMIKIRAN EKONOMI

Kuliah 3

KUMPULAN KLASIK (Pengasas awal)

- Pengenalan
- Apakah latarbelakang kumpulan?
- Apakah doktrin utama kumpulan?
- Siapakah yang mendapat manfaat kumpulan?
- Bagaimana kumpulan itu sesuai, berguna atau benar pada
masanya?
- Doktrin manakah menjadi penyumbang kekal kumpulan?
Apakah kelemahannya?
- Pengasas awal
- Sir Dudley North
- Richard Cantillon
- David Hume

MATLAMAT

Di dalam kuliah ini, pelajar seharusnya boleh memahami pandangan


menyeluruh kumpulan klasikal.

OBJEKTIF

Setelah megikuti kuliah ini, pelajar dapat menghuraikan perkara-


perkara berikut:

- Ciri-ciri asas ekonomi Klasik


- Golongan yang mendapat kebaikan dari sistem
- Kebaikan, kesesuaian dan kelemahan sistem
- Sumbangan pemikiran pengasas awal ekonomi Klasik.

1
Pengenalan

- Bermula pada 1776 selepas penerbitan “Wealth of Nation” dan berakhir


pada 1871 selepas teori klasik baru timbul.

Apakah latarbelakang kumpulan?

- Pandangan umum kumpulan pemikiran Klasik berkaitan dengan revolusi


saintifik dan revolusi perindustrian.

- Revolusi sains
- Revolusi sains dikaitkan dengan Newton yang mempelopori
teori graviti.

F = G(M1M2)/r2

- memberi impak kepada idea kumpulan klasik. Sistem


ekonomi perlu berjalan secara harmoni tanpa gangguan dan
dengan itu idea `laisses-faire’ adalah merupakan perjalanan
sosial yang paling ideal.

- Kesan dari pemikiran Newton dalam teori ekonomi


membawa kepada kepercayaan bahawa orang ramai
adalah bebas untuk mengikut undang-undang semula jadi
yang menekankan kepada prinsip mementingkan diri sendiri.
Dari itu menerima bunga tidak lagi dianggap berdosa
malahan bunga, sewa dan keuntungan adalah dianggap
pulangan (rewards) bagi penggunaan secara produktif
kekayaan yang dimiliki seseorang.

- Revolusi perindustrian

- bermula dalam tahun 1776 dan berkembang pesat selepas


itu.

- Menjelang tahun 1776 England sebagai negara termaju dan


berkuasa di dunia menerima manfaat yang banyak dari
perdagangan bebas antarabangsa. Apabila kedudukan
ekonomi usahawan Inggeris menjadi semakin teguh, mereka
tidak lagi perlu bergantung kepada subsidi kerajaan,
keistimewaan monopoli dan perlindungan tarif.

- Apabila bilangan usahawan semakin bertambah ramai,


perniagaan bentuk monopoli makin sukar untuk
dilaksanakan dan dengan pertandingan yang semakin

2
meningkat, maka harga barangan menjadi semakin
berpatutan dan kualiti barangan menjadi semakin baik dan
terjamin.

- Pada zaman awal klasik dan sebelumnya, buruh mendapat


perlindungan dan menerima upah yang agak tinggi. Walau
bagaimanapun peraturan perlindungan kadang kala lebih
memihak kepada majikan. Selepas itu , telah muncul tenaga
buruh yang bebas bergerak dan bayaran upah yang
rendah. Tingkat upah yang rendah ditentukan oleh
mekanisma pasaran dan tidak lagi memerlukan kawalan
(campur tangan) kerajaan. Buruh yang banyak berhijrah dari
negeri/negara lain di Eropah dan juga disebabkan kadar
kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah.
Selain itu penawaran buruh juga datangnya dari industri kraf
tangan yg aktivitinya semakin malap disebabkan kemajuan
teknologi yg semakin meningkat. Oleh itu konsep laissez
faire mudah diterima pada masa itu.

- Undang-undang kanun tanah telah mengalakkan hak milik


persendirian dan aktiviti pertanian berskala besar dan
berintensifkan modal yang meningkatkan produktiviti tanah
dan buruh. Selain wujudnya pemilik tanah (landlords) yg
kaya raya, rakyat yang miskin akan menjadi buruh upahan di
ladang-ladang dan kilang.

- Keadaan pada masa itu meyebabkan upah rendah yang


ditentukan oleh pasaran dapat dijalankan dan ini telah
menguntungkan lagi pihak majikan yang terlibat dalam
perusahaan. Didapati sukar bagi buruh untuk mendapatkan
peraturan upah minimum.

Apakah doktrin utama kumpulan?

- Penglibatan minimum kerajaan

- Pasaran bebas adalah paling baik dan ekonomi guna tenaga penuh dan
keputusan pengeluaran, pertukaran dan agihan dapat dicapai tanpa
campur tangan kerajaan. Peranan kerajaan adalah diperingkat minimum
iaitu dari segi menjalankan undang-undang menjaga hak harta,
pertahanan negara dan memberi pendidikan awam.

- kelakuan agen ekonomi menjaga kepentingan diri sendiri.

3
- Kelakuan penting diri sendiri adalah asas semula jadi manusia.
Pengeluar: maksimum keuntungan
Pekerja: mendapat upah
Pembeli: memaksimum kepuasan

- Minat harmoni. Ahli ekonomi klasik (melainkan Ricardo) menekankan


kepada minat harmoni semulajadi dalam ekonomi pasar. Dengan
mengejar minat individu sendiri, orang ramai dapat memenuhi
kepentingan masyarakat.

- kepentingan semua sumber dan aktiviti ekonomi sebagai penyumbang


kekayaan negara. Semua sumber ekonomi: tanah, buruh, modal dan
keusahawanan penting. Semua aktiviti ekonomi: pertanian, perdagangan,
pengeluaran, perdagangan antarabangsa (pertukaran) adalah penting.

- undang-undang ekonomi. Kumpulan Klasik telah memberi sumbangan


yang besar kepada ekonomi dengan memfokus kepada analisis teori
secara ekpilisit. Antara contoh: teori faedah berbanding, hukum pulangan
semakin berkurangan, teori penduduk Malthus, teori pasaran (Say’s law),
teori sewa Ricardo, teori kuantiti wang dan teori nilai buruh.

Siapakah yang mendapat manfaat kumpulan?

- Manfaat kepada semua orang. Contoh: peniaga, pedagang, usahawan,


industrialis, pemilik dan pengurus perniagaan mendapat manfaat
kebendaan kerana idea klasik mempromosikan iklim politik, sosial dan
ekonomi keuntungan.

- Pekerja juga menerima manfaat daripada kemajuan perindustrian.


Walaupun terpaksa bekerja dengan masa yang lama dan upah yang
agak rendah, kemajuan perindustrian dan teknologi telah banyak
membantu daripada segi guna tenaga.

4
Bagaimana kumpulan itu sesuai, berguna atau benar pada masanya?

- menolak kekangan yang wujud semasa Merkantalis dan Fisiokrasi dan


saki bagi puak feudal dan menolak campur tangan kerajaan dan
kerajaan yang korup.

- faedah adalah pulangan bagi mereka yang berusaha keras

- proses perindustrian telah banyak memberi manafaat kepada semua


lapisan masyarakat

- keuntungan membuka peluang pelaburan dalam bidang pertanian atau


perindustrian

- meningkatkan aktiviti pertukaran di pasaran di kalangan petani/peladang

- meningkatkan lagi sektor aktiviti kewangan

- mempromosi buruh bandar melalui aktiviti pengeluaran, komersial dan


perdagangan antarabangsa.

Doktrin manakah menjadi penyumbang kekal kumpulan? Apakah


kelemahannya?

- Sumbangannya
- Sumbangan kumpulan Klasik melebihi kumpulan Merkantalis dan
kumpulan Fisiokrasi.

- Banyak konsep atau hukum ekonomi menjadi sumber pengajaran


dalam buku teks. Antaranya:

- hukum pulangan berkurangan

- hukum faedah berbanding

- pendapat yang mengatakan pengguna adalah raja

- kepentingan pengumpulan modal dalam pertumbuhan


ekonomi

- pasar sebagai penyelaras kepentingan individu dan


masyarakat.

5
- Kelemahan idea kumpulam Klasik.

- Pasaran bebas tidak dapat meyelesaikan masalah tertentu seperti


kemelesetan, inflasi, monopoli, monopsoni, kesan luaran
(externalities) dan penawaran barangan awam. Dalam hal ini perlu
campur tangan kerajaan.

- Terdapat beberapa ramalan (teori ) Klasik yg tidak begitu tepat


dengan pendapat masa kini. Contoh: gagal mengambil kira
peranan teknologi dalam pertumbuhan ekonomi.

- Pengasas awal
- Sir Dudley North
- 1641-1691

- penerbitannya “Discourse upon Trade” ditulis tanpa nama.

- menegaskan bahawa perdagangan bukannya memberi


kebaikan sebelah pihak sahaja, tetapi kedua-dua belah
pihak. Tujuannya bukan untuk mengumpul wang tetapi
sebagai pertukaran lebihan antara Negara.

- menolak idea bahawa kekayaan diukur dalam bentuk


pengumpulan harta logam. Kekayaan lebih kepada
perniagaan dan pengumpulan/pelaburan modal. Wang
hanya sebagai alat pertukaran

- tidak berpendapat lasses-faire sebagai cara mencapai


kebaikan daripada perdagangan dalam Negara dan
antarabangsa. Terdapat pihak yang mengambil kesempatan
memenuhi impian mereka atas nama kesejahteraan
bersama.

6
- tidak bersetuju dengan konsep merkantalis bahawa
peperangan dan penjajahan mengkayakan sesebuah
Negara, sebaliknya perbelanjaan peperangan, pembayaran
luaran (seperti subsidi perang kepada negara sekutu)
memiskinkan Negara.

- Richard Cantillon
- 1680?-1734, ahli kewangan yang berjaya tetapi mati
dibunuh.

- bukunya “Essai sur la nature du commerce en general”


1730-1734.

- menggunakan istilah usahawan dan menekankan


peranannya dalam ekonomi

- peniaga menanggung kos perniagaan dengan jangkaan


menerima pulangan yang berisiko.

- membentuk teori nilai dan harga, peranan tanah dan buruh,


permintaan dan penawaran. Menjelaskan nilai intrinsik
sesuatu barang dan penentuan harga dalam pasaran

- menganaslisi kadar bunga sebagai ganjaran mengambil


risiko pinjaman. Menegaskan peranan pinjaman dan
pelaburan, penciptaan kredit

- menumpukan kepada produktiviti guna tenaga

- tidak suka rahib lebih daripada golongan bangsawan

- menyatakan penemuan dan perlombongan emas dan perak


akan menyebabkan harga domestik, sewa dan upah
meningkat . peningkatan kos menyebabkan import
meningkat dan mengurangkan aliran masuk wang dalam
Negara. Begitu juga bila lebihan eksport berlaku, aliran wang
dalam Negara mengkayakan pedagang dan usahawan dan
meningkatkan pekerjaan. Seterusnya kekayaan perniagaan
bertambah dan penggunaan dan harga meningkat. Import
barang mewah juga meningkat dan akhirnya menyebabkan
lebihan eksport berkurangan.

- tidak menjelaskan keseimbangan dalam ekonomi

7
- David Hume
- 1711-1776. Kawan kepada Adam Smith.

- sumbangan utama- “price specie-flow mechanism”


- andaian keseimbangan
- Jika ekonomi bergerak jauh daripada
keseimbangan, beberapa kejadian akan
berlaku untuk mengembalikannya
- Dalam perdagangan antarabangsa, beliau
mengatakan jika kadar pertukaran antara
Negara bebas bergerak, ketakseimbangan
dalam perdagangan antarabangsa akan
diperbetulkan semula. Mekasnima harga kadar
pertukaran

- berpendapat bahawa perdagangan antarabangsa adalah


“positive sum game” bukannya “zero sum game”

- menyedari konsep keanjalan permintaan, tetapi tidak


menyedari konsep ketakanjalan permintaan juga boleh
berlaku.

- tidak sependapat dengan idea fisiokratik yang mengatakan


cukai keatas pekerja akan dipindahkan kepada tuan tanah
dalam bentuk upah tinggi dan sewa rendah. Beliau
berpendapat upah pekerja bergantung kepada permintaan
dan penawaran, bukannya cukai ke atas pekerja.

Anda mungkin juga menyukai