Anda di halaman 1dari 20

TEMA 3:KEMAJUAN

& PEMBANGUNAN
-PERKEMBANGAN EKONOMI
-RUWEINA
-SUELIYANA
-UMAIRAH
PENDAHULUAN
• Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang penting di Belanda
pada abad ke-16 hingga 18.

• Kegiatan perdagangan di Belanda melibatkan perdagangan dalam


negara, perdagangan luar negara dan perdagangan maritim.

• Kegiatan perdagangan dalam negara melibatkan wilayah dan bandar-


bandar di Belanda.

• Belanda menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara


benua Eropah seperti England, Jerman, Perancis, Sepanyol, Norway,
Rusia dan Itali.
FAKTOR PERKEMBAGAN
PERDAGANGAN BELANDA
PADA ABAD KE 16-18
12 FAKTOR

Muncul
sebagai Kemuncula Kemunculan
Kedudukan
kuasa n industri syarikat
strategik
perkapalan buatan dagang
yang maju

Bekalan
Kekurangan
tenaga Kemudahan Ukuran dan
sumber
yang perbankan timbangan
alam
murah

Pembukaan Suasana
Insurans Mata
Pelabuhan politik di
maritim wang
Antwerp Belanda
MUNCUL SEBAGAI KUASA PERKAPALAN YANG MAJU

• Kapal-kapal dagang Belanda menghantar barang ke


Sepanyol, Portugal dan Amerika.

• Belanda muncul sebagai negara yang menguasai industri


pembinaan kapal sejak abad ke-15
BEKALAN TENAGA YANG MURAH

• Belanda mempunyai bekalan tenaga yang murah melalui


penggunaan kincir angin dan tanah gambut. Keadaan ini
akan meningkatkan keuntungan dan mengurangkan kos.

• Selain itu, ia turut menyumbang kepada pembinaan kapal-


kapal besar untuk perdagangan.
PEMBUKAAN PELABUHAN ANTWERP

• Antwerp menjadi pelabuhan utama untuk


menghantar barang dari England ke Eropah.

• Selain itu, pelabuhan ini menjadi pusatpengantar


untuk mengantar barangan dari kawasan-kawasan lain
dan diedarkan ke England.

• Pelabuhan ini berfungsi sebagai pusat pertukaran


barangan dari Asia dan Eropah.
SUASANA POLITIK DI BELANDA

• Pemberotakan terhadap Raja Philip II dilakukan oleh Kesatuan Belanda


yang mempunyai 7 wilayah. Raja Philip II merupakan Raja Sepanyol,
Portugal, Naples dan Sicily.

• Pemberontakan ini berlaku selama 80 tahun dan tentera Sepanyol


berjaya menguasai perdagangan di bandar Bruges dan Ghent.

• Begitu juga, pada 17 Ogos 1585, Pelabuhan Antwerp telah berjaya


ditawan. Penaklukan Sepanyol ke atas Pelabuhan memberi peluang kepada
Amsterdam dalam perdagangan antarabangsa. Belanda juga boleh
mengeksport barang dengan kapal seperti kain yang dibuat di Leiden
dan Amsterdam.
KEKURANGAN SUMBER ALAM

• Belanda terpaksa mengimport barangan kecuali


produk hasil tenusu kerana kekurangan sumber
alam untuk keperluan penduduk.

• Belanda tidak dapat mengeluarkan barang


keperluan yang mencukupi untuk penduduknya
kecuali produk hasil tenusu.

• Kesannya,muncul aktiviti perdagangan Belanda


dengan negara luar.
KEMUNCULAN INDUSTRI BUATAN

• Industri-industri pembuatan menghasilkan


barangan daripada bahan yang diimport
disebabkan kekurangan sumber alam.

• Industri-industri lebih memberikan tumpuan


kepada penghasilan barangan tekstil dan
kertas. Barangan yang dihasilkan akan
diimport semula ke negara lain.
KEDUDUKAN STRATEGIK

• Kedudukan Belanda di tengah laluan


perdagangan maritim yang menghubungkan
bahagian timur laut dan barat daya Eropah.

• Kedudukan strategik Belanda memainkan


peranan sebagai pusat pengedar barang
dagangan di benua Eropah.

• Tambahan pula, Belanda juga memiliki


industri pembinaan kapal sejak abad ke-15.
KEMUDAHAN PERBANKAN

• Abad ke-17, muncul institusi perbankan di Belanda.

• Institusi ini menyediakan modal dan memberi pinjaman


kepada peniaga yang terlibat dalam kegiatan perdagangan.

• Tahun 1609, Wisselbank merupakan institusi pertukaran


mata wang. Bank ini mengambil alih tugas yang dimainkan
oleh pengurup wang (money changer) .

• Penubuhan bank ini untuk elakkan kekeliruan yang timbul


ekoran penggunaan mata wang yang berbeza.
• Di samping itu, bank ini berperanan
menyelaraskan peminjaman wang kepada
pedagang-pedagang dan peniaga kecil.

• Bank ini mengambil alih peranan yang dimainkan


oleh peminjam wang persendirian(private loan).

• Dengan mengenakan kadar faedah yang rendah,


bank ini membantu para pedagang dan peniaga
kecil yang terlibat dalam kegiatan perdagangan.
INSURANS MARITIM

• Insurans maritim diperkenalkan di Belanda sejak abad ke-


16 kepada pedagang-pedagang yang terlibat dalam
perdagangan menggunakan laluan laut.

• Insurans ini diperkenalkan bagi menangung risiko yang


dihadapi oleh pedagang-pedagang semasa menghantar
barang melalui jalan laut.

• Premium insurans ini termasuk dalam harga belian


barang dan premium ini berbeza dari semasa ke semasa
antara 5% - 11.4% daripada harga barangan.
MATA WANG

• Sehingga akhir abad ke-17, tidak terdapat


keseragaman dalam penggunaan mata wang di
Belanda.

• Setiap daerah di Belanda memiliki mata wang


masing-masing.

• Namun demikian, wilayah seperti Hoorn, Medemblink


dan Enkhuizen mempunyai mata wang standard. Ini
kerana, pengeluaran mata wang di wilayah tersebut di
bawah pengawasan pemerintah.
• Mata wang kebangsaan yang mempunyai nilai berbeza
disebarkan untuk digunakan oleh orang awam.

• Selain itu, mata wang Pound Flemish, Ducatoon, Dollar Rix,


Crusados dan Carolus juga digunakan dalam urus niaga.

• Beberapa mata wang Sepanyol dan Jerman juga digunakan


secara meluas di Belanda.
UKURAN DAN TIMBANGAN

• Sistem timbangan dan ukuran yang diamalkan di Belanda


juga tidak seragam.

• Pada abad ke-17, setiap bandar di Belanda mempunyai


sistem ukuran masing-masing.
KEMUNCULAN SYARIKAT DAGANG

• Perkembangan perdagangan maritim menyebabkan muncul


syarikat-syarikat dagang.

• Pada tahun 1594, sekumpulan pedagang dari Amsterdam


telah menubuhkan sebuah persatuan untuk membiayai kos
pembinaan kapal-kapal dagang yang dikenali sebagai Society
of Distant Lands.

• Tidak lama kemudian, muncul beberapa persatuan bagi


membiayai kegiatan penerokaan dan penjelajahan ke Timur.
KESIMPULAN

• Menjelang abad ke-16 hingga 18,Belanda


bergantung kepada perdagangan dengan negara
Eropah yang lain.

• Ini kerana, Belanda tidak berupaya menghasilkan


barang-barang keperluan penduduknya.

• Antara barangan yang diimport masuk seperti


gandum, rai, arang batu, dan bahan-bahan
keperluan sektor perindustrian.
SEKIAN TERIMA
KASIH
-RUWEINA
-SUELIYANA
-UMAIRAH

Anda mungkin juga menyukai