Anda di halaman 1dari 27

SOALAN 1

a) Bagaimanakah pengguna memilih penggunaan sesuatu barang untuk


memaksimumkan kepuasan. Apakah kesannya terhadap penghasilan
barang tersebut dalam ekonomi [4]

b) Huraikan dengan ringkas bagaimanakah masalah kekurangan yang dihadapi


oleh pengguna dan pengeluar dikaitkan dengan masalah pilihan dan kos lepas.
[6]

JAWAPAN 1
a) Sekiranya barang X lebih memberikan kepuasan berbanding dengan barang Y,
maka pengguna akan memilih lebih banyak barang X (1m) berbanding barang
Y(1m).
Pilihan tersebut menyebabkan lebih banyak barang x dikeluarkan (1m),
pengeluaran barang Y dikurangkan (1m) (4)

ATAU

Apabila pengguna memilih semua barang X dan tidak memilih barang Y, maka
tiada barang Y yang dikeluarkan. (2m)

b) Masalah kekurangan
Pengeluar - kekurangan modal untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
akibat dari faktor-faktor pengeluaran yang terbatas. (1m)

Pengguna – kekurangan dari segi pendapatan untuk mendapatkan barang dan


perkhidmatan bagi memenuhi kehendak yang tidak terbatas. (1m)

Pilihan
Pengeluar – pilihan kepada pengeluaran barang yang memaksimumkan
keuntungan dan meminimumkan kos. (1m)
Pengguna – pilihan kepada penggunaan barang dan perkhidmatan yang
memaksimumkan kepuasan. (1m)
Kos lepas
Kos lepas ialah pilihan kedua terbaik yang harus dilepaskan untuk mendapatkan
barang yang terbaik. (1m)
Pengeluar – kos lepas mengeluarkan barang X ialah barang Y 1m

Pengguna- kos lepas menggunakan barang X ialah penggunaan barang Y.


SOALAN 2
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan keluk kemungkinan pengeluaran? [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah keluk kemungkinan pengeluaran, jelaskan
perkara-perkara berikut:
(i) Kekurangan
(ii) Pilihan
(iii) Kos lepas

JAWAPAN 2

(a) Gambarajah yang menunjukkan batas maksimum kombinasi dua barangan yang
dapat diluarkan dengan menggunakan semua input yang ada padatingkat guna
tenaga penuh

(b)

(b) Barang Y

▪A
▪B
▪ K

▪C

D

0 Barang X

Rajah [2m] ........mana-mana bentuk KKP


(i) Kekurangan berlaku akibat daripada sumber ekonomi yang terhad sedangkan
kehendak tidak terhad. [1m]
Masalah kekurangan ditunjukkan oleh titik di luar keluk kemungkinan pengeluaran
(KKP), contoh titik K iaitu pengeluaran yang tidak dapat dicapai. [1m]
(ii) Pilihan berlaku akibat masalah kekurangan. [1m]
Masalah pilihan ditunjukkan oleh titik-titik kombinasi pengeluaran di atas/sepanjang
KKP contoh titik A hingga D. [1m]
(iii) Kos lepas wujud akibat pilihan yang dilakukan [1m].
Contoh jika kombinasi pengeluran beralih dari titik A ke B bermakna sejumlah barang
Y Y dilepaskan untuk menambah pengeluaran barang X. [1m]

SOALAN 3
Mengapa sistem ekonomi pasaran bebas berbeza berbanding dengan sistem ekonomi
perancangan pusat. Huraikan [10]

JAWAPAN 3
• Campur tangan kerajaan [1]
Sistem ekonomi pasaran bebas tiada campur tangan kerajaan dalam
menyelesaikan masalah asas ekonomi manakala sistem ekonomi perancangan
pusat kerajaan/pemerintah menyelesaikan masalah asas ekonomi. [1]

• Pemilikan sumber ekonomi [1]


Sistem ekonomi pasaran bebas: bebas memilki sumber/faktor pengeluaran
manakala sistem ekonomi perancangan pusat: dimiliki oleh kerajaan [1]

• Keputusan tentang peruntukan sumber ekonomi [1]


Sistem ekonomi pasaran bebas: ditentukan oleh mekanisme harga/ kuasa
permintaan
dan penawaran manakala sistem ekonomi perancangan pusat:ditentukan oleh
kerajaan. [1]

• Keputusan tentang agihan pendapatan [1]


Sistem ekonomi pasaran bebas: agihan pendapatan tidak setara kerana individu
bebas bersaing manakala Sistem ekonomi perancangan pusat: agihan
pendapatan lebih setara kerana tidak wujud persaingan [1]

• Insentif [1]
Sistem ekonomi pasaran bebas: tujuan pengeluaran adalah untuk
memaksimumkan keuntungan manakala Sistem ekonomi perancangan
pusat:tujuan pengeluaran untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat. [1]
SOALAN 4
(a) Terangkan dua kelebihan ekonomi perancangan pusat berbanding dengan
ekonomi pasaran bebas. [4]
(b) Huraikan bagaimana kerajaan boleh campur tangan untuk mengatasi kelemahan
ekonomi pasaran bebas. [6]

JAWAPAN 4
. a)
i. Perancangan pusat mengeluarkan barang awam manakala pasaran bebas tidak
mengeluarkan barang awam (barang yang menguntungkan sahaja)
ii. Perancangan pusat untuk tujuan memaksimumkan kebajikan masyarakat dan
bukannya keuntungan. Pasaran bebas mengutamakan keuntungan maksimum
dan kepuasan maksimum
iii. Perancangan pusat mempunyai agihan pendapatan lebih setara manakala
Pasaran bebas tidak setara / jurang pendapatan lebih besar
iv. Perancangan Pusat kesan eksternaliti negatif dapat dikawal manakala pasaran
bebas tidak dapat dikawal

**Fakta 1 markah, huraian 1 markah ( 2x2 = 4 m)

b)
i. Mengeluarkan barang awam
- Untuk menjaga kebajikan masyarakat kerana pihak swasta tidak mengeluarkan
barang awam
ii. Mengenakan cukai dan memberi subsidi
- Untuk merapatkan jurang agihan pendapatan antara golongan miskin dan kaya
iii. Dasar fiscal dan dasar kewangan
- Untuk kawal ketidakstabilan ekonomi
iv. Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan
- Mengawal kesan luaran/eksternaliti negatif
v. menetapkan harga maksimum dan harga minimum
- Mengawal ketidakstabilan harga

**Fakta 1 markah, huraian 1 markah ( 3x2 = 6 m)


Soalan 1
Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap permintaan sesuatu
barang sekiranya

a) Berlaku kemelesetan ekonomi dalam negara [5]


b) Cukai import dikurangkan terhadap barang tersebut [5]

Jawapan 1

a) Berlaku kemelesetan ekonomi dalam negara (5)

Harga

Rajah 1m

Huraian 4m
P0

D0
D1
Kuantiti
0 Q 1 Q0

Kemelesetan menyebabkan pendapatan/kuasa beli merosot (1m)


Keluk D0 beralih ke D1 (1m) Pada harga yang tetap P0 (1m),
kuantiti berkurang dari Q0 ke Q1(1m).

b) Cukai import dikurangkan terhadap barang tersebut (5)

Harga (RM)
Rajah 1m

Huraian 4m D

P0 Po

P1 P1

D
Kuantiti (unit)
0 Q0 Q1 Qo Q1

Apabila cukai import berkurang, harga jatuh dari P0 ke P1 (1m), kuantiti


diminta meningkat dari Q0 ke Q1 (1m) pergerakan pada keluk DD yang
sama (1m) berlaku pengembangan permintaan (1m)

SOALAN 2

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan permintaan silang? [2]


(b) Dengan menggunakan contoh berangka, jelaskan bagaimana dua barang itu
dianggap sebagai barang penggenap atau pengganti.
JAWAPAN 2

a) Satu pekali yang mengukur % perubahan kuantiti permintaan suatu barang akibat
% perubahan harga barang lain
b)
Harga barang X Kuantiti diminta barang Y Kuantiti diminta barang Z
(RM) (unit) (unit)
5 40 20
6 50 10
c) [Jadual : 2m]

50 – 40
Es = 40 = 1.25 [2m]
6–5
5
Hubungan antara barang X dan Y adalah barang pengganti. [1m)

10 -20
Es = 20 = - 2.5 [2m]
6–5
5

d) Hubungan antara barang X dan barang Y adalah barang penggenap. (1m)


SOALAN 3

(a) Dengan memberikan contoh, bezakan maksud antara barang pengganti


dengan barang penggenap? [2]

(b) Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan bagi M dan keluk
permintaan bagi N.

Harga (RM) Permintaan Barang M Harga (RM) Permintaan Barang N

DM DNo DN1

QM2 QM1 QN1 QN2

Terangkan hubungan antara barang M dengan barang N jika diandaikan harga


asal adalah pada P1. [8]

JAWAPAN 3
(a) Barang pengganti ialah barang yang saling mengganti antara satu sama lain
kerana mempunyai fungsi penggunaan dan kepuasan yang hampir sama.
Contohnya: Kopi pengganti kepada teh. [1]
Barang penggenap ialah barang yang perlu digunakan bersama-sama.
Contohnya kereta dan petrol. [1]

(b) Pada tingkat harga asal 0P1, kuantiti diminta barang M ialah 0Q1 dan permintaan
barang N ialah 0Q1. [1]
Apabila harga barang M naik dari 0P1 ke 0P2, kuantiti diminta barang M menurun
daripada 0Q1 kepada 0Q2. [1]
Pada tingkat harga yang tetap pada 0P1, keluk permintaan barang N beralih ke
kanan dari D1D1 ke D2D2. [1]
Kuantiti diminta barang N bertambah daripada 0Q1 kepada 0Q2. [1]

Ini menunjukkan hubungan antara harga barang M dengan kuantiti diminta barang
N adalah songsang atau negatif, [1]
Apabila harga barang M naik, kuantiti diminta barang N akan merosot dan
sebaliknya apabila harga barang M turun, kuantiti diminta barang N akan
meningkat. [1]

Hubungan negatif/songsang antara harga barang M dan kuantiti diminta barang N


menunjukkan barang M dan barang N merupakan barang penggenap. [2]

SOALAN 4

22 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan hukum penawaran? [2]


(b) Huraikan empat faktor yang akan mengurangkan penawaran suatu barang di
pasaran. [8]
JAWAPAN 4
Hukum penawaran menyatakan jika harga sesuatu barang meningkat, maka kuantiti
ditawar akan bertambah. Sebaliknya, jika harga sesuatu barang menurun, maka
kuantiti ditawar akan berkurangan dengan andaian ceteris paribus (faktor lain tidak
berubah).[2]

(b) i. Harga input meningkat


Kos pengeluaran meningkat, firma mengurangkan kuantiti keluaran, maka
penawaran berkurang.
ii. Teknologi merosot
Daya pengeluaran jatuh, jumlah keluaran merosot, maka penawaran berkurang.
iii. Dasar kerajaan meningkatkan cukai
Kos pengeluaran meningkat,firma mengurangkan kuantiti keluaran, maka
penawaran berkurang.
iv. cukai keatas input naik
v. Bilangan pengeluar merosot
vi. subsidi merosot
**Fakta 1 markah, huraian 1 markah ( 4x2 =8 m)
SOALAN 5

23 Dengan menggunakan gambar rajah, tunjukkan bahagian subsidi yang dinikmati oleh
pengguna dan pengeluar sekiranya keanjalan permintaan tidak anjal. [10]

JAWAPAN 5

So

S1
A

Eo B
o

E1
o

Qo Q1

- Keseimbangan asal dicapai apabila D0D0 = S0S0 di titik E0 pada harga P0 dan
kuantiti Q0.[1]
- Apabila kerajaan memberi subsidi, kos pengeluaran akan menurun, maka firma
menambah keluaran.[1]
- Keluk penawaran akan beralih ke kanan dari S0S0 ke S1S1.[1]
- Keseimbangan baharu dicapai apabila D0D0 = S1S1 di titik E1 pada harga P1 dan
kuantiti Q1.[1]
- Kesannya, harga turun dari P0 ke P1 dan kuantiti bertambah dari Q0 ke Q1.[1]
- Pengguna menikmati subsidi sebanyak P1P0BE1[1] manakala pengeluar
menikmati subsidi sebanyak P0P2AB[1]
- Subsidi yang dinikmati oleh pengguna lebih besar daripada subsidi yang dinikmati
oleh pengeluar,[1]
SOALAN 6

Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap permintaan daging


ayam apabila
(a) harga daging ayam meningkat [5]
(b) tiba musim perayaan [5]
JAWAPAN 6
(a) harga daging ayam meningkat [5]
(b) Harga (RM)

P1 B

Po A

D
Kuantiti (unit)
Q1 QO

Harga asal daging ayam ialah P0 dan kuantiti Q0.


Apabila harga daging ayam meningkat iaitu dari P0 ke P1 maka permintaan terhadap
daging ayam berkurang iaitu dari Q0 ke Q1
Keluk permintaan tidak beralih tetapi berlaku penguncupan permintaan yang
ditunjukkan oleh peralihan titik a ke b.
(b) tiba musim perayaan [5]

Harga (RM)

P1

D D
Kuantiti (unit)
Q1 Q2
Harga asal daging ayam ialah Po dan kuantitinya Qo
Apabila tiba musim perayaan maka permintaan terhadap daging ayam bertambah.
Keluk permintaan beralih dari DD ke D1D1 dan kesannya kuantiti permintaan daging
ayam bertambah dari Qo ke Q1.

SOALAN 7

(a) Bezakan diantara lebihan pengguna dengan lebihan pengeluar [4]


(b) Dengan menggunakan jadual berangka, tunjukkan bagaimana lebihan
pengguna dihitung [6]

JAWAPAN 7
(a) Bezakan diantara lebihan pengguna dengan lebihan pengeluar [4]
Lebihan pengguna ialah perbezaan antara harga yang sanggup dibayar oleh
pengguna dengan harga yang sebenarnya dibayar oleh pengguna iaitu harga
pasaran.
Lebihan pengeluar ialah perbezaan antara harga yang sanggup ditawarkan
oleh pengeluar berbanding dengan harga yang sebenarnya diterima oleh
pengeluar iaitu harga pasaran.
(b) Dengan menggunakan jadual dan contoh berangka tunjukkan bagaimana lebihan
pengguna dihitung
Kuantiti (unit) Harga yang sanggup Harga yang sebenar Lebihan pengguna
dibayar (RM) dibayar (RM) (RM)
1 5 3 2
2 3 3 0
Jumlah 2

Lebihan pengguna dihitung dengan mencari perbezaan antara harga yang


sanggup dibayar dengan harga yang sebenar dibayar oleh pengguna
Contoh pada kuantiti 1 unit, lebihan pengguna ialah RM 5-RM 3= RM 2. Pada
kuantiti 2 unit lebihan pengguna ialah RM0.
Jumlah lebihan pengguna apabila membeli 2 unit barang ialah RM 2.
SOALAN 1

a) Apakah yang dimaksudkan dengan


i. ekonomi bidangan luaran [1]
ii. tak ekonomi bidangan luaran [1]
b) Jelaskan faktor yang mewujudkan ekonomi bidangan luaran [8]

JAWAPAN 1
Ekonomi bidangan luaran ialah faedah-faedah/untung/kebaikan yang
dinikmati oleh firma yang mengeluarkan output secara besar-besaran
disebabkan oleh faktor-faktor luar firma/perkembangan industri secara
keseluruhannya yang menyebabkan kos purata jangka panjang
menurun.

Tak ekonomi bidangan luaran


Tak ekonomi bidangan luaran ialah masalah-
masalah/kelemahan/keburukan yang dihadapi oleh firma yang
mengeluarkan output secara besar-besaran disebabkan oleh faktor-
faktor luar firma/perkembangan industri secara keseluruhannya yang
menyebabkan kos purata jangka panjang meningkat.

b) Jelaskan faktor yang mewujudkan ekonomi bidangan luaran (8)


i. Kemudahan infrastruktur
Kemudahan asas seperti jalanraya, elektrik disediakan oleh
kerajaan Kos pengeluaran dapat dijimatkan menyebabkan kos
purata jangka panjang berkurang.
ii. Bekalan tenaga buruh
Tenaga buruh mahir/buruh kurang mahir senang diperolehi
Kos latihan dapat dijimatkan menyebabkan kos purata jangka panjang
berkurang.
iii. Ekonomi teknologi maklumat
Kerjasama antara firma dalam R&D, hasil R&D dapat disebarkan
melalui media/teknologi maklumat
Berlaku kenaikan kecekapan, daya keluaran meningkat
menyebabkan kos purata jangka panjang berkurang.
iv. Ekonomi integrasi
Ekonomi integrasi membolehkan firma bekerjasama dengan
firmafirma lain di dalam industri dalam bentuk integrasi mendatar,
menegak atau melebar.
Kos dapat dijimatkan dan kos purata jangka panjang berkurang.
v. Ekonomi pemusatan

(mana-mana 4 fakta beserta huraian: fakta 1m, huraian 1m)


Soalan 2

(a) Apakah maksud kos pengeluaran jangka pendek? [2]

(b) Rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata bagi sebuah firma.

Kos Purata (RM)

P1 SAC 1 SAC 2
SAC 3
P2
P3
P4

0 Q 1 Q2 Q3 Kuantiti output (unit)

Andaikan firma tersebut hanya mempunyai tiga saiz loji yang diwakili oleh keluk
SAC1, SAC2 dan SAC3.
Apakah saiz loji yang akan dipilih jika firma ingin mengeluarkan
(i) Q1 unit output
(ii) Q2 unit output
(iii) Melebihi Q3 unit output

Berikan alasan bagi jawapan anda. [10]

JAWAPAN 2
(a) Kos pengeluaran jangka pendek ialah jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh
firma untuk menghasilkan keluaran dalam jangka pendek [1]
Dalam jangka pendek, sesebuah firma menggunakan input tetap dan input
berubah untuk mengeluarkan output. Maka, kos tetap dan kos berubah wujud
dalam jangka pendek. [1]

(b) (i) Q1 unit output


Firma akan memilih saiz loji SAC1 dan bukan SAC2. [1]
Ini kerana kos purata pada loji SAC1 ialah 0P2, lebih rendah daripada kos purata
pada SAC2 , iaitu 0P1. [1]
(ii) Q2 unit output
Keluk SAC1 bersilang dengan keluk SAC2 dengan kos purata yang sama, iaitu
0P3. [1]
Firma boleh memilih sama ada saiz loji SAC1 atau SAC2. [1]
Firma akan memilih saiz loji SAC2 kerana ia beroperasi dalam keadaan kos
pengeluaran yang menurun, ini ditunjukkan pada bahagian keluk SAC 2 yang
menurun. [1]

(iii) Melebihi Q3 unit output


Firma boleh memilih sama ada saiz loji SAC2 atau SAC3. [1]
Firma akan memilih saiz loji SAC3 dan bukan saiz loji SAC2. [1]
Ini kerana kos purata pada loji SAC3 adalah lebih rendah daripada loji SAC2. /
keluk SAC3 sedang menurun manakala keluk SAC2 sedang meningkat. [1]

SOALAN 3
Huraikan kesan terhadap keluk kos purata jangka panjang sebuah kilang elektronik
apabila perkara-perkara berikut berlaku:

(a) Kilang terletak di kawasan perindustrian [5]


(b) Kekurangan pekerja yang terlatih dalam proses pengeluaran [5]

JAWAPAN 3
Kos (RM)
(a)
LAC0
LAC1

Kuantiti (unit)
0
Kedudukan kilang yang terletak di kawasan perindustrian membolehkan kilang tersebut
menikmati ekonomi bidangan luaran [1]
seperti kemudahan infrastuktur yang disediakan oleh kerajaan di kawasan
perindustrian. [1]
Kos pengeluaran kilang tersebut akan menurun.[1]
Keluk kos purata jangka panjang akan beralih ke bawah, iaitu dari LAC0 ke LAC1. [1]

(b) Kos
B LAC
A

0 Q1 Q2

Output
Q1 Q2
Apabila kekurangan pekerja yang terlatih dalam proses pengeluaran, kilang mengalami
tak ekonomi bidangan dalaman.[1]
Kekurangan pekerja terlatih menyebabkan daya pengeluaran dan produktiviti
menurun,[1] kos pengeluaran kilang meningkat. [1]
Keluk kos purata jangka panjang akan menurun, ini ditunjukkan oleh pergerakan di atas
keluk LAC yang sama, iaitu dari titik A ke titik B. apabila output kilang bertambah
daripada Q1 ke Q2 [1]

SOALAN 4

(a) Bezakan kos sut dengan kos purata. [4]


(b) Bezakan jangka masa pendek dengan jangka masa Panjang. [2]
(c) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan hubungan antara keluk
kos sut dengan keluk kos purata dalam jangka pendek. [4]

JAWAPAN 4
24 (a) kos sut ialah perubahan jumlah kos akibat tambahan satu unit output [1]
Kos purata ialah kos per unit keluaran [1]
Rumus MC dan AC [2]

b) Jangka masa pendek – terdapat sekurang-kurangnya satu faktor tetap dan satu
faktor
berubah [1]
Jangka masa Panjang - semua faktor adalah faktor berubah[1]
Jangka masa pendek – keluaran hanya dapat ditambah dengan menambah faktor
berubah sahaja[1]
Jangka masa Panjang - keluaran dapat ditambah dengan menambah mana-mana
faktor [1]
# mesti membezakan item yang sama baru dapat markah

c)
Kos(RM) MC
AC Apabila keluk AC
sedang menurun, AC
melebihi MC [1]
Rajah [1] Apabila Keluk AC
minimum, AC=MC[1]

Apabila AC sedang
Kuantiti(unit) meningkat, MC
melebihi AC[1]
SOALAN 1

Dengan bantuan gambar rajah, terangkan perbezaan antara pasaran monopoli


dengan pasaran persaingan sempurna pada tingkat keseimbangan dari segi
i) Harga [2]
ii) Kuantiti [2]
iii) Keuntungan [2]
iv) Kecekapan peruntukan [2]

JAWAPAN 1
Harga/kos/hasil

MC

AC
A
Pm

D C Eps
Pps ARs=MRs
B

Em
R

MR m ARm

K eluaran
0 Qm Qps

Rajah 2m, Huraian 2m setiap satu


i) Harga
- harga pasaran monopoli lebih tinggi dari harga pasaran persaingan
sempurna - Pm > Pps

ii) Kuantiti
- kuantiti pasaran monopoli sedikit berbanding kuantiti pasaran persaingan
sempurna
- Qm < Qps
iii) Keuntungan
- Pasaran monopoli mendapat untung lebih normal manakala firma
pasaran persaingan sempurna mendapat untung normal
- DCBPps kawasan untung pasaran monopoli – untung lebih normal - TR
= TC untung normal sahaja

iv) Kecekapan peruntukan


- pasaran monopoli tidak mencapai kecekapan peruntukan kerana harga
monopoli > Kos sut ( Pm > R),
- PPS mencapai kecekapan peruntukan kerana harga PPs = kos sut (Pps
= Pps)

SOALAN 2

Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan bagaimana firma monopoli


menentukan tingkat output dan harga keseimbangan berdasarkan pendekatan kos
sut dan hasil sut [10]

JAWAPAN 2

Kos/harga

MC

Pe

E
MR AR

Kuantiti
0 Qe

Rajah (2m), huraian (8m)


MC = MR pada titik E (1m)
Harga keseimbangn Pe dan kuantiti keseimbangan Qe (1m)

Sebelum output keseimbangan, Qe, MC<MR (1m)


Firma tambahkan output kerana tambahan hasil melebihi tambahan
kos (1m) sehingga mencapai keseimbangan MC = MR (1m) selepas
ouput keseimbangan Qe, MC>MR, (1m)

firma mengurangkan output kerana tambahan kos mlebihi tambahan hasil (1m)
sehingga mencapai keseimbangan MC = MR (1m)

SOALAN 3
Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan keadaan firma pasaran persaingan
sempurna yang memberhentikan operasi dalam jangka pendek. [10]

JAWAPAN 3

Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan keadaan firma pasaran persaingan


sempurna yang memberhentikan operasi dalam jangka pendek.
[10]
Skema pemarkahan:
Kos, Hasil
MC

P1 B AVC

P2 A

P0 MR=AR
E0

0 Q0 Kuantiti

Rajah [2m]

Titik keseimbangan firma ialah E0 apabila MC = MR [1m]

Harga P0 dan kuantiti Q0. [1m] Firma rugi sebesar P1P0E0B. [1m]
Jumlah hasil (TR) 0P0EQ0 [1m] tidak dapat menampung keseluruhan kos tetap
(FC) P1P2AB dan sebahagian kos berubah (VC) P0P2AE0. [1m]
Firma perlu tutup operasi [1m] kerana ruginya hanya sejumlah FC iaitu P1P2AB
[1m] yang lebih kecil berbanding jika firma teruskan operasi iaitu P1P0E0B [1m]
SOALAN 4
(a) Nyatakan dua alasan mengapa firma pasaran persaingan bermonopoli melakukan
persaingan bukan harga. [2]
(b) Huraikan empat bentuk persaingan bukan harga yang dilakukan oleh firma pasaran
persaingan bermonopoli.
[8]

JAWAPAN 4
(a) i. Firma hanya mempunyai sedikit kuasa untuk menentukan harga [1m]

ii. Keluaran firma adalah pengganti hampir [1m]

(b) empat bentuk persaingan bukan harga


i. Pengiklanan
Pengiklanan yang menarik membantu firma meyakinkan pengguna tentang
kelebihan keluarannya berbanding firma yang lain.
ii. Galakan jualan
Menggalakkan pengguna membeli keluaran firma, contoh melalui
pemberian sampel percuma dan baucer kepada pengguna
iii. Khidmat selepas jualan
Perkhidmatan percuma oleh firma kepada pembeli selepas jualan. Contoh,
menghantar barang ke rumah.
iv. Penjenamaan
Nama yang baik, unik yang memberi reputasi yang tinggi kepada firma di
pasaran
v. Jaminan terhadap penggunaan barang dalam tempoh tertentu
Contoh waranti setahun, cop SIRIM
# Mana-mana empat ….fakta [1m] + huraian [1m]
SOALAN 5
24. Dengan bantuan gambarajah, terangkan bagaimana campurtangan kerajaan dapat
mengawal Pasaran Monopoli melalui penetapan harga berikut
i. Harga optimum ( P=MC) [5]
ii. Harga Pulangan Adil (P = AC) [5]

JAWAPAN 5

(a) Harga optimum sosial ( P=MC) [5]


Pasaran monopoli biasanya akan memperolehi untung lebih normal dan lebihan
pengguna yang digunakan sebagai ukuran kebajikan masyarakat . Kerajaan boleh
mengawal kuasa monopoli dengan menetapkan harga seperti yang berikut agar harga
dapat dturunkan :

P2

A
A Rajah 2m

• Apabila kerajaan
menetapkan P = MC, maka firma monopoli akan beroperasi pada tingkat keluaran Q1,
di titik E1 dengan tingkat harga P1. [1]
• Pada tingkat ini,harga adalah lebih rendah daripada harga keseimbangan (P 0)
manakala tingkat keluaran adalah lebih tinggi daripada output keseimbangan (Q0).
[1]
• Pada tingkat keluaran ini, kebajikan masyarakat telah meningkat , iaitu lebihan
pengguna telah bertambah daripada P0P2A kepada P1P2E1. [1]
(b) Harga menyemai kos purata (P = AC)

P2
A
A Rajah 2m


Apabila kerajaan menetapkan P = AC, maka firma monopoli akan beroperasi pada
tingkat keluaran Q1, di titik E1 dengan tingkat harga P1. [1]
• Pada tingkat ini,harga adalah lebih rendah daripada harga keseimbangan (P 0) dan
tingkat (P = AC) ;manakala tingkat keluaran adalah lebih tinggi daripada output
keseimbangan (Q0)
[1]
Pada tingkat keluaran ini, kebajikan masyarakat telah meningkat , iaitu lebihan
pengguna telah bertambah daripada P0P2A kepada P1P2E1.

SOALAN 6
Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan keadaan firma pasaran persaingan
sempurna tetap beroperasi dalam jangka pendek walaupun mengalami kerugian. [10]

JAWAPAN 6.
Harga/kos/hasil(RM)

MC

AC

AVC Rajah [2m]


P1 A
Po MR=AR
Eo
P2 B

0 Q Kuantiti(uni
Keseimbangan tercapai apabila MC=MR[1] pada titik t)Eo, harga Po dan kuantiti Qo [1m]
Jumlah hasil firma sebanyak[ 0PoEoQ, jumlah kos sebanyak 0P1AQ [1 ] ], firma
mengalami kerugian sebanyak PoP1AEo[1]
Firma teruskan operasi kerana jumlah hasil melebihi jumlah kos berubah/ jumlah hasil
dapat tampung semua kos berubah(0P2BQ)[1] dan sebahagian kos tetap(P2PoEoB)[1]
Jika firma tutup operasi kos yang ditanggung lebih besar[1] iaitu semua kos tetap
sebanyak P2P1AB[1]

SOALAN 1

a) Huraikan dua tujuan penubuhan kesatuan sekerja. [4]


b) Terangkan tiga cara kesatuan sekerja boleh menuntut kenaikan upah yang tinggi

untuk ahlinya [6]

JAWAPAN 1

a) i) menuntut upah yang lebih tinggi melalui


rundingan atau melalui peningkatan daya keluaran sut ii)
menuntut faedah sampingan
majikan menyediakan pelbagai kemudahan seperti pengangkutan,
perumahan
iii) menuntut kepentingan pekerja/buruh dari segi
pembuangan/pemberhentian kerja
iv) membantu mencapai guna tenaga penuh/membantu mengurangkan
pengangguran
v) melibatkan lebih ramai pekerja dalam mentadbir industri

(mana-mana 2 fakta: fakta 1m, huraian 1m)


i) meningkatkan daya pengeluaran sut buruh (1m)
apabila MRP meningkat, untung meningkat, permintaan meningkat jadi upah
meningkat.(1m)
ii) menghadkan penawaran buruh (1m) melalui kuota
keahlian, ahli sahaja dibenarkan bekerja dalam industri/
mengurangkan masa kerja, penawaran buruh berkurang, upah
yang dibayar tinggi. (1m)
iii) menuntut tingkat upah minimum (1m) upah yang lebih tinggi
daripada upah pasaran, kuantiti buruh diguna berkurang, upah
meningkat (1m)
iv) perundingan kolektif / proses tawar menawar

(mana-mana 3 fakta: fakta 1m, huraian 1m)

SOALAN 2

Terangkan lima faktor yang boleh menyebabkan kejayaan kesatuan sekerja dalam
menuntut kenaikan upah, [10]

JAWAPAN 2

1. Upah adalah sebahagian kecil daripada jumlah kos pengeluaran firma


Tuntutan berjaya kerana kenaikan upah tidak membebankan pengeluar.

2. Permintaan terhadap keluaran firma tidak anjal


Tuntutan berjaya kerana beban kenaikan kos dapat dipindahkan kepada pengguna.

3. Ekonomi dalam guna tenaga penuh


Tuntutan berjaya kerana firma sukar mencari pekerja baru

4. Daya pengeluaran sut buruh meningkat


Tuntutan berjaya kerana keluaran firma meningkat, hasil meningkat

5. Bilangan ahli kesatuan sekerja ramai


Tuntutan berjaya kerana akan menjejaskan operasi firma jika buruh mogok

6. Kedudukan kewangan kesatuan sekerja kukuh


Tuntutan berjaya kerana kesatuan dapat membayar upah pekerja sepanjang
tempoh mogok

7. Pertumbuhan ekonomi pesat


Tuntutan berjaya kerana untung firma meningkat

8. Terdapat perbezaan upah dengan firma lain


Tuntutan berjaya jika upah buruh lebih rendah berbanding buruh dalan bidang
yang sama di firma lain

# Mana-mana lima …. fakta [1m]+ huraian [1m]


SOALAN 3
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan
(i) sewa ekonomi? [2]
(ii) perolehan pindahan? [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah huraikan perbezaan antara sewa
(c) ekonomi dengan perolehan pindahan bagi keluk penawaran faktor yang
(d) tak anjal. [6]

JAWAPAN 3
a) i) Maksud sewa Ekonomi
- lebihan bayaran kepada faktor pengeluaran untuk mengekalkan faktor
pengeluaran itu dalam penggunaan sekarang/ lebihan bayaran kepada factor
pengeluaran untuk mengelakkan daripada penggunaan pilihan kedua terbaik/ beza
antara bayaran kepada pemilik factor pengeluaran untuk penggunan pilihan terbaik
berbanding pengunaan pilihan kedua trbaik
ii) Perolehan pindahan
- bayaran minimum kepada faktor pengeluaran untuk mengekalkan faktor
pengeluaran itu dalam penggunaan sekarang/ bayaran minimum kepada factor
pengeluaran untuk mengelakkan daripada penggunaan pilihan ke dua terbaik.
b) Perbezaan antara sewa ekonomi dengan perolehan pindahan bagi keluk SS faktor
yang tidak anjal.

Rajah 2m
- Keseimbangan pasaran factor tercapai bila kelok SS= DD/ pada titik ℓ/
harga faktor P , Kuantiti faktor Q.[1]

- Jumlah sewa ekonomi A0Pℓ [1] dan jumlah perolehan pindahan AℓQ[1].
- perolehan pindahan lebih kecil daripada sewa ekonomi [1].
SOALAN 4

(a) Apakah tujuan kesatuan sekerja ditubuhkan? [4]

(b) Huraikan tiga faktor utama yang menyokong kejayaan tuntutan upah oleh
kesatuan sekerja [6]

JAWAPAN 4
(a) Tujuan kesatuan sekerja ditubuhkan
(i) Menuntut tingkat upah yang lebih tinggi dan faedah sampingan yang lebih
Baik.
(ii) Melindungi pekerja daripada tindakan-tindakan majikan yang melanggar
undangundang buruh negara.
(iii) Bekerjasama dengan kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar buruh dan
pekerjaan yang lebih baik untuk kepentingan negara.
(iv) Menjamin keadaan bekerja yang lebih baik dari segi masa kerja, cuti rehat
dll.

(b) (i ) Ekonomi dalam guna tenaga penuh


Firma sukar mendapatkan tenaga buruh, maka kesatuan sekerja akan
berjaya menuntut kenaikan upah.
(ii) Kesatuan sekerja yang kuat
Bilangan ahli yang ramai yang boleh menjejaskan operasi firma jika buruh
mogok.
Maka lebih berjaya untuk menuntut kenaikan upah
(iii) Upah adalah sebahagian kecil daripada jumlah kos pengeluaran firma. Ini
tidak akan membebankan firma maka firma lebih mudah untuk memenuhi
tuntutan kenaikan upah.
(iv) Permintaan barang yang dikeluarkan oleh firma adalah tidak anjal Majikan
boleh memindahkan beban kenaikan kos upah kepada pengguna.

(v) Daya pengeluaran sut buruh meningkat


Keuntungan firma akan meningkat, maka tuntutan upah lebih berjaya.

Anda mungkin juga menyukai