Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN A

[20 markah]

Jawab semua soalan.

1
Rumpun Austronesia Barat X

Rumpun Austronesia Timur Y

X dan Y dalam carta di atas ialah Tonga

X Y
A Keluarga Melanesia Keluarga Mikronesia
B Keluarga Nusantara Keluarga Filipina
C Keluarga Sumatera Keluarga Melanesia
D Keluarga Nusantara Keluarga Polinesia

2
Ciri Bahasa Melayu Kuno Contoh
I Awalan kata kerja aktif transitif maN-
II Awalan kata kerja pasif mar-
III Penggunaan konsonan aspirasi bh
IV Perubahan huruf tidak tekal e pepet

Yang manakah padanan yang betul antara ciri bahasa Melayu Kuno dengan contohnya?
A I dan III C II dan III
B I dan IV D II dan IV
3
 Buku daftar kata dihasilkan
 Lahirnya karya dalam bahasa Melayu
 Dipelajari oleh orang Cina, India dan Perancis
Pernyataan di atas menepati fungsi bahasa Melayu Klasik sebagai

A bahasa ilmu C bahasa persuratan


B lingua franca D bahasa pentadbiran

4 Yang berikut ialah bukti penggunaan bahasa Melayu Klasik, kecuali

A Hikayat Hang Tuah


B Batu Bersurat Terengganu
C Batu Bersurat Gandasuli, daerah Kedukan Bukit
D Surat Sultan Abu Hayat kepada Raja Portugal

1
5
Perancangan
bahasa

Taraf X

Dalam perancangan bahasa, X melibatkan usaha untuk

I menghasilkan variasi bahasa baku


II menggubal istilah teknikal dan profesional
III meninjau hasil dan kesan perancangan bahasa
IV mewujudkan identiti dan kedaulatan negara tanpa mengetepikan bahasa lain
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

6 Kumpulan perkataan yang manakah yang kesemuanya dipinjam daripada bahasa Inggeris?

A cerut, gincu, wayar C wisel, korupsi, radio


B zink, gereja, fesyen D audit, yogurt, mekanik
7
Karya
Yang manakah padanan yang betul P Susur Galur Bahasa Melayu
antara tokoh bahasa tempatan dengan karyanya?
Q Ilmu Mengarang Melayu
I II III IV
A Q P R R S Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran
B P Q S S R Kitab Pengetahuan Bahasa
C S R P Q
D R S Q P

8 Yang manakah pernyataan yang benar tentang sumbangan pertubuhan dan institusi di Malaysia?

I Pejabat Karang Mengarang mengadakan perpustakaan bergerak ke kampung-kampung.


II Angkatan Sasterawan 50 ditubuhkan untuk melatih guru-guru khusus untuk sekolah-sekolah
Melayu.
III Tujuan utama penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah untuk mengendalikan
perbincangan tentang bahasa.
IV Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa menjalankan usaha untuk membentuk istilah
bagi menentukan penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu.

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

9 Pilih pasangan kata yang kedua-duanya mengandungi vokal depan

A bintang - kendur C tindakan - merisik


B lamaran - sertai D sindiran - gesekan

10  Bahagian hadapan lidah dinaikkan dua pertiga dari kedudukan paling bawah.
 Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup
2 rongga hidung.
 Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan.
 Pita suara digetarkan.
 Bibir dalam keadaan hampar.
Pasangan kata yang mengandungi bunyi yang dihasilkan dengan cara di atas ialah
A buaya, pergi C empat, tempah
B enak, leleh D belut, belot

11 Yang manakah perkataan yang mempunyai konsonan yang dihasilkan dengan getaran pita suara?

A patung C tadi
B beg D aku

12 Yang manakah padanan yang betul antara lambang konsonan dengan jenis konsonannya?
Jenis konsonan
P Letusan
Q Getaran
R Letupan
S Geseran

I II III IV
A R Q P S
B P R S Q
C S P Q R
D Q S R P

13
 Dua vokal hadir secara berturutan.
 Kedua-dua vokal itu dibunyikan sepenuhnya.

Yang manakah perkataan yang mengandungi vokal seperti di atas?


I Mentauliahkan
II Bersantai
III Menyertai
IV Berpengalaman
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
14 Yang manakah kumpulan konsonan yang kesemuanya pita suara bergetar semasa menghasilkannya?

A [p], [t], [g] C [d], [k], [l]


B [b], [k], [m] D [g], [l], [n]
Nama konsonan
15
W Geseran gusi lelangit keras tak bersuara
3 X Geseran bibir-gigi bersuara
Y Geseran lelangit lembut tak bersuara
Z Letupan rongga tekak tak bersuara
Yang manakah padanan yang betul antara lambang konsonan dengan nama konsonannya?
1 I II III IV
A X Y W Z
B W Z Y X
C Y X Z W
D Z W X Y

16 X Dua atau lebih konsonan yang hadir secara berturutan dalam sesuatu suku kata
Y Dua huruf yang melambangkan satu fonem atau digraf Yang
manakah padanan contoh perkataan yang betul bagi X dan Y?
X Y
A pusing masyhur
B khabar straw
C statik syumul
D ekspres pramugari

17 Yang manakah padanan yang betul antara nama konsonan dengan contohnya dalam perkataan?

Contoh dalam perkataan


W adab
X kunyah
Y kejar
Z langit

I II III IV
A X Y W Z
B W Z Y X
C X W Y Z
D Z W X Y

18
 Vokal belakang separuh sempit disebut dahulu, kemudian
berlaku geluncuran ke arah penyebutan vokal depan
sempit

Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mengandungi bunyi seperti yang dinyatakan
di atas?
4
A buih, sauna C kaloi, bertuah
B dodoi, konvoi D peraih, pantai

19 Masyarakat berpengetahuan, faedah jangka panjang negara

Yang manakah transkripsi fonetik yang keseluruhannya betul bagi ayat di atas?
A [mašarakaɁ bərpəngətahuan faҁedah ǰaŋka panǰaŋ nəgara]
B [mašarakaɁ bərpəngətahuan faedah ǰaŋka panǰaŋ nəgara]
C [mašarakat bərpəŋətahuan faɁedah ǰaŋka panǰaŋ nəgarə]
D [mašarakat bərpəŋətahuan faɁedah ǰaŋka panǰaŋ nəgara]
20 Yang manakah ayat yang betul penggunaan tanda bacanya?
I Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat-Nya.
II Siapa yang bercakap tu?
III “Tuan besar” sudah pulang.
IV Wah!, merahnya baju cikgu.

A I dan II C II dan III


B I dan III D III dan IV

Bahagian B [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.

Dalam kehidupan harian, bahasa dan budaya yang baik dan santun akan membentuk kecemerlangan
tamadun sesuatu bangsa. Usaha untuk mewujudkan masyarakat yang diidamkan mestilah bermula dengan
budaya berbahasa dan perlakuan yang baik dan santun. Kesantunan berbahasa ditakrifkan sebagai kehalusan
bahasa yang digunakan untuk menunjukkan kesopanan seseorang apabila berkomunikasi dengan orang lain,
sama ada secara lisan ataupun dalam bentuk tulisan. Penggunaan bahasa yang baik, betul, dan santun akan
dapat menyampaikan maksud dan tujuan masing-masing dengan jelasnya.

Adakah remaja dewasa ini menggunakan bahasa yang sopan? Isu ini banyak diperkatakan dalam
masyarakat hari ini. Penggunaan bahasa dalam kalangan remaja masa ini menimbulkan keresahan banyak
pihak. Baik dalam bentuk lisan mahupun tulisan, terutama dalam bentuk mesej singkat, e-mel, dan laman
sosial, remaja menggunakan bahasa atau istilah yang memeningkan kepala. Dari segi hukum tatabahasa
bahasa Melayu, mereka langsung tidak mempedulikannya. Keluarga mempunyai pengaruh yang besar
terhadap penggunaan bahasa harian dalam kalangan anak-anak. Penggunaan bahasa kesat, maki hamun, atau
bacar mulut, yang menjadi kebiasaan dalam keluarga, akan menyebabkan anak membesar dengan
penggunaan bahasa yang sedemikian. Pada suatu hari nanti anak akan menggunakan bahasa tersebut dalam
pengucapan harian di luar rumah.

Latar belakang keluarga yang tidak stabil, seperti ibu bapa yang sering bertelagah di hadapan anak
yang selalunya menggunakan bahasa dan nada kurang baik, meninggalkan kesan dalam diri anak mereka.
Akhirnya hal ini menyebabkan gangguan emosi anak sehingga menyebabkan komunikasi mereka juga
sentiasa disulami oleh kata yang kurang sopan. Penggunaan bahasa yang tidak sopan dalam kalangan remaja
juga berpunca daripada pengaruh media massa. Bahasa yang digunakan dalam majalah tertentu, laras bahasa
sistem mesej singkat, dan laras bahasa Internet banyak mempengaruhi remaja kini. Banyak perkataan tidak
5
sopan dan mencarut digunakan seperti rembat, tibai, piang, kerek dan cikaroo. Semua perkataan tersebut
sukar untuk diterjemahkan maksudnya dengan tepat, yang pasti hanya mereka mengetahui maksud
perkataan yang sebegitu.

Dengan hal yang demikian, remaja akan hidup dalam dunia keseronokan dan mampu menjadikan
mereka leka dan hanyut dalam dunia mereka sendiri. Nilai berbudi bahasa dan pengamalan adat resam yang
sopan tidak lagi menjadi pegangan lantaran dipengaruhi oleh unsur negatif seperti individualistik dan
kebebasan tanpa batasan. Ketidaksopanan dalam pertuturan inilah juga yang menyebabkan tindakan fizikal
yang dilakukan oleh remaja menjadi tidak bermoral dan mereka mudah terlibat dengan unsur negatif.
Sekiranya remaja masa ini terus alpa dengan gaya hidup mereka, kealpaan ini tentunya akan memberikan
kesan kepada negara pada masa depan. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja hari ini pastinya, pada
suatu hari nanti akan berada di barisan hadapan untuk mengambil alih tampuk kepemimpinan keluarga,
masyarakat dan negara.

Oleh hal yang demikian, sudah sampai masanya remaja sekarang menjalani transformasi dalam
pengamalan nilai murni melalui kesantunan berbahasa. Nilai kesantunan ini perlu diterapkan kerana nilai ini
akan menggambarkan hati budi, akal budi, dan sahsiah penuturnya. Kita sesungguhnya ingin melihat remaja
hari muka bukan sahaja mempunyai personaliti yang berketerampilan, tetapi juga memiliki sahsiah yang
berkeperibadian mulia yang akan menjadi kebanggaan semua, baik ibu bapa, guru, masyarakat, mahupun
negara.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Majalah Pelita Bahasa, bil. 12, 2014)

21 Apakah definisi kesantunan berbahasa? (2 markah)

22 Mengapakah remaja kini sering menggunakan bahasa yang kurang sopan ketika berkomunikasi?
(4 markah)

23 Jelaskan kesan yang timbul daripada penggunaan bahasa yang kurang sopan. (4 markah)

24 Berikan cadangan anda bagaimana cara untuk membentuk remaja yang dapat bertutur dengan baik
dan sopan? Panjang jawapan anda hendaklah tidak melebihi 150 patah perkataan.
(20 markah)

6
7

Anda mungkin juga menyukai