Anda di halaman 1dari 27

KEM KECEMERLANGAN STPM

MODUL 1

PENGENALAN MAKROEKONOMI ~PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

BAHAGIAN A

1 Kadar pengangguran di sektor perbankan akan meningkat disebabkan

A Penggabungan bank-bank perdagangan


B Lanjutan tempoh latihan pengajian di institusi pengajian tinggi
C Langkah kerajaan memendekkan usia persaraan di sektor perbankan.
D Kenaikan kadar bank yang akan mengurangkan keupayaan bank perdagangan
mencipta kredit

2 Dasar segi penawaran ditakrifkan sebagai

A Kawalan langsung kerajaan ke atas tingkat harga, kadar upah, import dan eksport
B Dasar yang melibatkan kawalan penawaran wang dan kadar bunga bagi
mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat
C Dasar yang melibatkan perbelanjaan kerajaan dan percukaian yang bertujuan
mempengaruhi perbelanjaan agregat
D Meningkatkan kapasiti pengeluaran sesebuah ekonomi bertujuan meningkatkan
penawaran agregat dan mencapai pertumbuhan ekonomi tanpa inflasi

3 Yang manakah bukan pembolehubah makroekonomi yang utama?


A Inflasi C Imbangan pembayaran
B Pengangguran D Agihan pendapatan

4 Pertumbuhan ekonomi boleh dihitung dengan rumus

A KDNK Benar t – KDNK Benar t-1


KDNK Benar t-1

B KDNK harga pasar t-1 – KDNK harga faktor t


Indeks harga tahun t
C KNK harga semasa t – KNK harga semasa t-1
KNK harga semasa tahun t-1
D Pendapatan perkapita benar t-1 – pendapatan perkapita benar t
Pendapatan perkapita benar t

5 Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna sesebuah negara bagi tahun 1999
hingga 2001
Tahun Indeks harga
1999 100
2000 102
2001 104
Hitung kadar inflasi bagi tahun 2001

A 1.80% B 1.92% C 2.00% D 4.00%

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 1


KEM KECEMERLANGAN STPM

6 Kadar inflasi boleh dihitung dengan rumus

A Indeks harga tahun t – Indeks harga tahun t-1


Indeks harga tahun t-1

B Indeks harga tahun t-1 – Indeks harga tahun t


Indeks harga tahun t
C Tingkat harga tahun t – Tingkat harga tahun t-1
Tingkat harga tahun t-1
D Tingkat harga tahun t-1 – Tingkat harga tahun t
Tingkat harga tahun t

7 Puan Juhara ialah seorang suri rumah yang menerima wang pencen arwah suami
sebanyak RM500 sebulan. Di samping itu beliau juga memperolehi pendapatan
sampingan daripada aktiviti jualan langsung dan mengasuh kanak-kanak dengan
pendapatan masing-masing RM600.00 dan RM400.00. Berapakah jumlah pendapatan
yang diterima oleh Puan Juhara yang diambilkira dalam penghitungan pendapatan
negara?

A RM400.00 B RM600.00 C RM1000.00 D RM1500.00

8 Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Negara bagi sebuah negara dalam masa
setahun.

Perkara RM (juta)
1. Pendapatan negara 2 500.00
2. Untung tidak dibahagi 250.00
3. Cukai untung syarikat 100.00
4. Dividen 500.00
5. Bunga atas pinjaman pengguna 150.00
6. Bunga atas pinjaman kerajaan 200.00
7. Bayaran pindahan 100.00
8. Cukai tak langsung 80.00
9. Cukai pendapatan persendirian 50.00
10. Subsidi 100.00
11. Caruman KWSP 50.00

Berdasarkan jadual di atas, hitung pendapatan boleh guna bagi ekonomi itu

A RM2 500.00 C RM2 600


B RM2 550.00 D RM2 700

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 2


KEM KECEMERLANGAN STPM

9 Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar mengikut sektor di


Malaysia pada tahun 1998.
Sektor RM (juta)
Pertanian, penternakan dan 17 157.00
perhutanan
Perlombongan dan kuari 14 719.00
Perkilangan 50 899.00
Pembinaan 7 333.00
Perkhidmatan 101 437.00
Bayaran perkhidmatan bank 13 648.00
Cukai import 4 560.00

Berapakah nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar pada tahun 1998?

A RM182 457 juta C RM172 168 juta


B RM171 384 juta D RM174 735 juta

10 Perbezaan antara Keluaran Dalam Negara Kasar harga pasar dengan Keluaran Negara
Bersih pada harga faktor adalah

A Cukai tak langsung dan subsidi


B Cukai tak langsung, subsidi dan pendapatan faktor bersih luar negara
C Cukai tak langsung, subsidi, pendapatan faktor bersih luar negara dan susut nilai
D Cukai tak langsung, subsidi, pendapatan faktor bersih luar negara dan nilai tambah

11 Perbelanjaan-perbelanjaan berikut disifatkan sebagai perbelanjaan pelaburan kecuali

A Membina rumah kediaman


B Membeli Saham Amanah Bumiputera
C Membina bangunan kilang dan pejabat
D Membina makmal komputer di sekolah-sekolah

12 Jadual yang berikut menunjukkan sumbangan sektor perkilangan kepada Keluaran Dalam Negeri
Kasar (KDNK) Malaysia dari tahun 1989 hingga tahun 1994.

1989 1990 1991 1992 1993 1994


Tahun
Sumbangan sektor
perkilangan kepada KDNK 18444 21340 24307 26859 30324 34458
(RMjuta)
(Sumber: Kementerian Kewangan, Laporan Ekonomi 1994/1995)

Pada tahun berapakah sektor perkilangan mengalami perkembangan yang paling pesat?
A 1993 B 1992 C 1991 D 1990

13 Dasar makro ekonomi meliputi

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 3


KEM KECEMERLANGAN STPM

A dasar fiskal, dasar kewangan, dan dasar sebelah penawaran

B dasar fiskal, dasar kewangan, dasar kependudukan, dan dasar upah

C dasar fiskal, dasar kewangan, dasar kependudukan, dan sebelah penawaran

D dasar fiskal, dasar kewangan, dasar kawalan langsung, dan dasar sebelah penawaran

14 Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Negara Malaysia pada tahun 2005

Perkara RM (juta)
1. KDNK pada harga pembeli 466 678
2. Pendapatan faktor bersih asing -30 521
436 157

Nilai RM436 157 juta ialah


A keluaran negara kasar pada harga faktor

B keluaran negara kasar pada harga pembeli

C keluaran negara kasar pada harga semasa

D keluaran negara kasar pada harga faktor

15 Jadual berikut menunjukkan indeks harga pengguna sebuah negara.

Keluaran Dalam Negeri Mengikut Punca-punca Kegiatan RM juta

Pertanian dan perlombongan 36 822


Perkilangan dan pembuatan 78 729
Perkhidmatan 133 531
Bayaran khidmat bank 22 593
Cukai import 5 184

Berapakah keluaran dalam negara kasar pada harga pasar pada tahun tersebut?

A RM221 305 juta C RM231 673 juta

B RM271 675 juta D RM276 859 juta

16 Jadual di bawah menunjukkan data tentang ekonomi bagi sebuah negara.

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 4


KEM KECEMERLANGAN STPM

Butiran (RMjuta)
Keluaran negara kasar pada harga faktor 6 008
Bayaran pindahan kerajaan 200
Untung yang tidak dibahagi 50
Cukai untung syarikat 50
Bunga atas pinjaman kerajaan 20
Bunga atas pinjaman penggunaan 10
Dividen 20
Cukai pendapatan individu 10
Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 10
Susut nilai 8

Berapakah pendapatan persendirian bagi negara itu?

A RM6128 juta C RM6120 juta

B RM6140 juta D RM6148 juta

17 Data keluaran negara Malaysia yang dihitung menggunakan kaedah perbelanjaan menunjukkan

A Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pembeli

B Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga penjual

C Keluaran Negara Kasar pada harga pembeli

D Keluaran Negara Bersih pada harga faktor

18 Y1  Y0
Diberikan X = x 100
Y0
di mana Y1 = pendapatan per kapita benar tahun tahun N
Y0 = pendapatan per kapita benar tahun N-1

Formula di atas adalah untuk menentukan

A pertumbuhan ekonomi

B pertumbuhan kebajikan masyarakat

C pertambahan pendapatan perkapita nominal

D pertumbuhan pendapatan negara guna tenaga penuh

19 Butiran berikut dimasukkan ke dalam keluaran negara yang dihitung melalui kaedah
perbelanjaan
A Bonus dan komisyen

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 5


KEM KECEMERLANGAN STPM

B Sewa rumah kediaman


C Pembentukan modal tetap kasar
D Bunga atas pinjaman penggunaan

20 Jadual di bawah menunjukkan perakaunan pendapatan negara bagi sebuah ekonomi
pada suatu tahun tertentu
Butiran Nilai (RM juta)
Perbelanjaan penggunaan isi rumah 2 572
Pelaburan Swasta 376
Perbelanjaan Kerajaan 547
Eksport 50
Import 13
Penerimaan faktor bersih -432

Berapakah nilai Keluaran Negara Kasar?


A RM3100 juta B RM3116 juta C RM3548 juta D RM3964 juta

21 Jadual berikut menunjukkan maklumat pendapatan bagi sebuah negara

Butiran RM juta
Upah dan gaji 500.00
Sewa 230.00
Untung korporat 2500.00
Bunga bersih 100.00
Pendapatan perusahaan 2000.00
persendirian
Dividen 1800.00
Untung tidak dibahagi 400.00

Berapakah cukai untung korporat?

A RM200 juta C RM400 juta

B RM300 juta D RM500 juta

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 6


KEM KECEMERLANGAN STPM

22 Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar mengikut sektor di


Malaysia pada tahun 1998.
Sektor RM (juta)
Pertanian, penternakan dan 17 157
perhutanan
Perlombongan dan kuari 14 719
Perkilangan 50 899
Pembinaan 7 333
Perkhidmatan 101 437
Bayaran perkhidmatan bank 13 648
Cukai import 4 560
Hitung sumbangan sektor utama kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun
1998?

A 9.40% C 17.47%
B 16.64% D 18.35%

23 Apakah tujuan cukai import ditambah dalam penghitungan Keluaran Dalam Negeri Kasar
(KDNK) dengan menggunakan cara keluaran seperti yang diamalkan di Malaysia?

A Untuk mendapatkan nilai barang yang diimport


B Untuk mendapatkan KDNK pada harga pasaran
C Untuk mendapatkan nilai pendapatan faktor bersih luar negeri
D Untuk menentukan perbezaan antara harga pasaran dengan harga faktor

24 Yang membezakan antara Keluaran Dalam Negeri Kasar harga faktor dan Pendapatan
Negara ialah
A Penerimaan faktor bersih asing dan cukai tak langsung
B Penerimaan faktor bersih asing dan susut nilai
C Penerimaan faktor bersih asing dan subsidi
D Susut nilai dan cukai tak langsung

25 Antara yang berikut, yang manakah tidak menjadi masalah dalam penghitungan
pendapatan negara
A Menentukan bilangan penduduk
B Pewujudan barang haram
C Penghitungan dua kali
D Pengumpulan data

26 Untung yang diperolehi oleh Syarikat Multinasional di Malaysia yang dimiliki negara
Indonesia

A Termasuk dalam KDNK Malaysia tetapi tidak termasuk dalam KNK Malaysia
B Termasuk dalam KNK Indonesia tetapi tidak termasuk dalam KDNK Malaysia
C Termasuk dalam KNK Malaysia tetapi tidak termasuk dalam KDNK Malaysia
D Termasuk dalam KDNK Indonesia tetapi tidak termasuk dalam KNK Malaysia

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 7


KEM KECEMERLANGAN STPM

27 Antara yang berikut, yang manakah membezakan pendapatan boleh guna dengan
pendapatan persendirian?

A Susut nilai C Cukai untung syarikat


B Cukai tak langsung dan subsidi D Cukai pendapatan individu

28 Perubahan dalam taraf hidup dan tingkat kebajikan sesebuah negara boleh diukur
dengan melihat perubahan dalam

A pendapatan negara C pendapatan negara benar


B pendapatan perkapita D pendapatan benar perkapita

29 Bunga bersih meliputi

A Jumlah bunga ditolak susut nilai


B Pelaburan kasar tolak susut nilai
C Susut nilai ke atas barang modal
D Jumlah bunga tolak bunga atas pinjaman kerajaan dan pinjaman pengguna

30 Jadual berikut Keluaran Dalam Negeri Kasar mengikut sektor di Malaysia pada tahun
1989

Sektor RM juta
Pertanian, penternakan dan perhutanan 14 401.00
Perlombongan dan kuari 7 434.00
Perkilangan 18 251.00
Pembinaan 2 709.00
perkhidmatan 29 373.00
Bayaran perkhidmatan bank 3 351.00
Cukai import 2 567.00
KDNK harga pasar 71 384.00

Berapakah nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga faktor?


A RM70 103 juta C RM73 286 juta
B RM72 168 juta D RM73 628 juta

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 8


KEM KECEMERLANGAN STPM

PENGENALAN MAKROEKONOMI

BAHAGIAN ESEI & KUANTITATIF

1. Terangkan dasar-dasar makro ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai
pertumbuhan ekonomi.

2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan


kebajikan masyarakat dan terangkan perbezaan antara kedua-duanya. [4m]

b) Bagaimanakah pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan masyarakat diukur. [2m]

3. Jelaskan perbezaan antara pendapatan negara pada harga semasa dengan pendapatan
negara pada harga tetap.

4. Terangkan TIGA matlamat makroekonomi. [6m]

5. Jelaskan pembolehubah makroekonomi yang utama. [10m]

6. Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna di Malaysia dari 1990 hingga 1994.

Indeks harga pengguna


Tahun ( 1990 = 100 )
1990 100.0
1991 104.0
1992 109.3
1993 113.2
1994 117.0

a) i) Takrifkan indeks harga pengguna. [3]


ii) Terangkan maksud 1990 = 100
b) Hitung
i) Kadar inflasi bagi tahun 1990 hingga 1994
[3]
ii) Kadar inflasi purata bagi tahun 1990 hingga 1994

c) Hitung perubahan nilai wang pada tahun 1994 jika dibandingkan dengan tahun 1990. [2]
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat?
d) Jika pendapatan seorang pengurus syarikat ialah RM 5000 sebulan pada tahun 1990 [2]
dan meningkat menjadi RM 5500 sebulan. Adakah pendapatan benar pengurus syarikat
tersebut telah meningkat?

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 9


KEM KECEMERLANGAN STPM

7 Jadual di bawah menunjukkan data tenaga buruh dan bilangan orang bekerja di
Malaysia pada tahun 2000, 2001 dan 2002 .
(dalam ribu orang)
Butiran
2000 2001 2002
Tenaga buruh 9616.1 9892.1 9886.2
Bilangan orang
9321.7 9535.0 9542.6
bekerja

Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2003/2004 Kementerian Kewangan Malaysia

a) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga buruh dan bilangan orang bekerja? [2]

b) Berdasarkan jadual di atas,


(i) Hitung kadar pertumbuhan tenaga buruh dan guna tenaga pada tahun
2000 dan 2002 [4]
(ii) Hitung kadar pengangguran pada tahun 2001 dan 2002. [2]
(iii) Terangkan arah aliran kadar pengangguran dan mengapa arah
Alirannya sedemikian. [2]

PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 10


KEM KECEMERLANGAN STPM

1. Huraikan kaedah pengiraan pendapatan Negara mengikut kaedah perbelanjaan yang


diamalkan oleh Negara Malaysia. [10m]

2. a) Apakah pendapatan perkapita? Bagaimanakah nilai pendapatan perkapita dihitung? [4m]

b) Nyatakan dua kelemahan menggunakan pendapatan perkapita sebagai ukuran


kemakmuran sesebuah negara.. [2m]

3. a) Apakah Pendapatan Faktor Bersih Asing? [2m]

b) Mengapakah pendapatan faktor bersih asing menyebabkan nilai Keluaran Negara


Kasar negara-negara sedang membangun lebih kecil daripada nilai Keluaran Dalam [4m]
Negara Kasarnya?

4 (a) Bagaimanakah mengukur


(i) Taraf hidup
(ii) Prestasi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara [4m]

(b) Adakah pertumbuhan ekonomi mesti diikuti oleh peningkatan taraf hidup rakyat? [2m]

5. a) Tunjukkan perhubungan di antara keluaran Negara Kasar mengikut harga pasar [5m]
dengan keluaran Negara Bersih kos faktor.
b) Mengapakah pada amnya di negara-negara membangun KDNK melebihi daripada
KNK manakala di negara-negara maju pula KNK melebihi KDNK. [5m]

6. Terangkan amalan Malaysia dalam menghitung KDNK harga pasar mengikut cara keluaran [10m]

7. Terangkan cara penghitungan pendapatan Negara mengikut kaedah pendapatan. [10m]

8. Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan persendirian dan pendapatan boleh guna? [10m]
Bagaimanakah nilai kedua-dua jenis pendapatan ini dihitung

9. a) Apakah yang dimaksudkan dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)? [2m]

b) Terangkan perbezaan antara

(i) Keluaran Negara Kasar dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar

(ii) Keluaran Negara Bersih pada harga faktor dengan Keluaran Negara Kasar pada
harga pasaran.

(iii) Pendapatan persendirian dengan Keluaran Negara Bersih

(iv) Pendapatan boleh guna dengan pendapatan persendirian. [8m]

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 11


KEM KECEMERLANGAN STPM

10 Jadual di bawah menunjukkan guna tenaga mengikut sektor ekonomi di Malaysia pada tahun
1990 dan 1995. (Dalam ribu orang)

Sektor 1990 1995


Pertanian,perhutanan, dan perikanan 1738.0 1479.6
Perlombongan dan kuari 37.0 39.2
Perkilangan 1333.0 1997.4
Pembinaan 424.0 635.5
Pengangkutan, penyimpanan dan 302.0 387.1
perhubungan
Kewangan, insurans, perkhidmatan 258.0 362.0
perdagangan dan harta benda
Perkhidmatan Kerajaan 850.0 872.0
Perkhidmatan-perkhidmatan lain 1744.0 2059.5
Jumlah 6686.0 7832.3

a) Hitung kadar pertambahan guna tenaga di setiap sektor bukan perkhidmatan pada
tahun 1995 berbanding dengan tahun 1990. [2]
b) Berdasarkan jawapan anda pada (a) , jelaskan keadaan pertumbuhan sektor-sektor
tersebut. Terangkan mengapa berlaku perubahan guna tenaga sedemikian. [4]

C) (i) Dalam jadual di atas, sektor manakah yang digolongkan sebagai sektor utama,
sektor kedua dan sektor ketiga? [2]

(ii) Hitung peratusan sumbangan sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga
dalam menyediakan guna tenaga pada tahun 1990 dan tahun 1995. [2]

11 Jadual di bawah menunjukkan data dari pendapatan negara dan pendapatan persendirian
sebuah negara pada tahun 1996.
Butiran RM juta

Gaji dan upah 44 200


Sewa 8 400
Bunga bersih 6 800
Dividen 2 800
Keuntungan tidak dibahagi 2 500
Cukai pendapatan syarikat 2 600
Pendapatan perusahaan 52 500
Caruman KWSP
persendirian 2 400
Bunga atas pinjaman kerajaan 1 800
Bunga atas pinjaman 2 100
Bayanran pindahan
penggunaan 1 600
Cukai pendapatan 3 800
a) Apakah yang dimaksudkan dengan
perseorangan pendapatan persendirian dan pendapatan boleh [3]
guna
b) Hitung pendapatan negara bagi ekonomi tersebut. [3]
[3]
c) Berapakah pendapatan persendirian dan pendapatan boleh guna? [4]

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 12


KEM KECEMERLANGAN STPM

SKEMA JAWAPAN
MODUL 1

PENGENALAN MAKROEKONOMI ~PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

Bahagian A

1 A 11 B 21 B

2 D 12 D 22 C

3 D 13 D 23 B

4 A 14 B 24 B

5 B 15 C 25 A

6 A 16 C 26 A

7 C 17 C 27 D

8 A 18 B 28 D

9 A 19 C 29 D

10 C 20 A 30 B

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 13


KEM KECEMERLANGAN STPM

PENGENALAN MAKROEKONOMI

1. Terangkan dasar-dasar makro ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk


mencapai pertumbuhan ekonomi. [6m]

J 1. Dasar-dasar makro ekonomi:

i. Dasar fiskal

Langkah kerajaan untuk mengubah perbelanjaannya dan cukai untuk


mengatasi masalah inflasi dan pengangguran.

ii. Dasar kewangan

Perubahan-perubahan yang dilakukan oleh bank pusat ke atas kadar bunga


atau bekalan wang untuk mengatasi masalah inflasi atau pengangguran.

iii. Kawalan langsung

Kawalan kerajaan secara langsung terhadap eksport dan import negara


melalui tariff, kuota dan sebagainya. Kawalan ini dilaksanakan untuk
memperbaiki kurangan dalam imbangan pembayaran.

iv. Dasar sebelah penawaran

Dasar kerajaan mempengaruhi AS dalam negara melalui percukaian, galakan


pelaburan dan sebagainya. Bertujuan untuk menambahkan KN untuk
menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

(mana-mana 3 – 2m tiap isi : ½ m fakta 1½ m huraian)

2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan pertumbuhan ekonomi dan


pertumbuhan kebajikan masyarakat dan terangkan perbezaan antara kedua-
duanya. [4m]

b) Bagaimanakah pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan


masyarakat diukur. [2m]

J 2. a) Pertumbuhan ekonomi- peratusan pertambahan KNK atau KDNK benar. [1m]

Pertumbuhan kebajikan masyarakat – peratus pertambahan pendapatan


Perkapita benar. [1m]

Perbezaan dari segi :- pertumbuhan ekonomi tidak mengambil kira


pertambahan penduduk . Oleh itu tidak dapat mengukur pertumbuhan
kebajikan yang sebenarnya. Pertumbuhan ekonomi tidak semestinya akan
menimbulkan pertambahan dalam kebajikan masyarakat. Kebajikan
masyarakat akan bertambah hanya apabila pertumbuhan ekonomi melebihi
pertambahan penduduk. [2m]

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 14


KEM KECEMERLANGAN STPM

b) Cara menghitung:

Pertumbuhan ekonomi = KDNK 2 – KDNK1 X 100


KDNK1 [1m]

Pertumbuhan kebajikan = Ypk2 – Ypk1 X 100


Ypk1 [1m]

S3. Jelaskan perbezaan antara pendapatan negara pada harga semasa dengan
pendapatan negara pada harga tetap. [ 6m ]

J 3. Pendapatan negara pada harga semasa – nilai barang-barang dan perkhidmatan yang
dihasilkan oleh sesebuah negara dalam satu tahun dan dinilai berdasarkan harga-
harga semasa pada tahun tersebut. [2m]

Pendapatan negara pada harga tetap – nilai barang dan perkhidmatan dihitung
berasaskan harga-harga yang berlaku pada tahun asas Pendapatan negara pada
harga tetap dinamakan pendapatan negara benar. [2m]

Formula :

Pendapatan negara
pada harga tetap = 100 X Pendapatan
Indeks pendeflasi Negara pada harga semasa
[1m]

Contoh pengiraan [1m]

S4 Terangkan TIGA matlamat makroekonomi. [6m]


.

J4. Matlamat makro ekonomi:

i. Menghindari inflasi

Inflasi akan menyebabkan pendapatan benar pekerja merosot. Nilai kekayaan


dalam bentuk wang juga merosot. Ia cenderung untuk mengurangi eksport dan
menambahkan import. Kesan buruk ini menyebabkan kerajaan perlu berusaha
agar kestabilan harga dapat diwujudkan.

ii. Mewujudkan imbangan pembayaran yang kukuh dan stabil.

Import yang berlebihan akan mengurangi kegiatan ekonomi dalam negeri kerana
import akan mengantikan barang keluaran dalam negeri. Harga mata wang asing
meningkat dan kesannya harga barang import akan meningkat. Ini akan
menimbulkan masalah inflasi dan imbangan pembayaran akan berkurangan dan
seterusnya menyekat kemasukan pelaburan asing. Untuk menghindari kesan
buruk ini kerajaan perlu berusaha menstabilkan dan mengukuhkan kedudukan
imbangan pembayaran.

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 15


KEM KECEMERLANGAN STPM

iii. Mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Pertumbuhan ekonomi yang pesat amat perlu untuk meningkatkan taraf


kemakmuran masyarakat dan menyediakan peluang perkerjaan baru.

Setiap masyarakat akan berusaha meningkatkan taraf hidupnya. Ini dapat dicapai
dengan meningkatkan pendapatan masyarakat dan dengan menyediakan lebih
banyak barang dan perkhidmatan yang diperlukan masyarakat. Untuk
mewujudkan keadaan ini ekonomi harus berkembang dengan pesat.

S 5. Jelaskan pembolehubah-pembolehubah makroekonomi sesebuah negara.


[10m]

J5. Pembolehubah-pembolehubah makroekonomi terdiri daripada:

i. Pendapatan Negara ( PN )/ Keluaran Negara ( KN )

PN adalah jumlah pendapatan factor-faktor yang diterima oleh sesebuah


negara untuk tempoh setahun.

KN adalah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan


dalam sesebuah negara untuk tempoh setahun.

Pertambahan PN merupakan satu peningkatan dalam pencapaian ekonomi


kerana lebih banyak peluang pekerjaan dapatdiwujudkan dan tingkat
kebajikan dan taraf hidup rakyat meningkat.

ii. Guna tenga

Guna tenaga adalah tenaga buruh yang berkerja. Sementara tenaga buruh
adalah golongan penduduk yang berumur antara 15 – 64 tahun kecauli suri
rumah, pelajar dan orang-orang cacat.

Guna tenaga = Jumlah tenaga buruh – jumlah pengangguran.

Pertambahan guna tenaga bermakna pengurangan dalam jumlah


pengangguran, peningkatan PN dan taraf hidup rakyat.

iii. Pengangguran

Pengangguran adalah tenaga buruh yang sanggup berkerja tetapi tidak


mendapat pekerjaan.

Kadar pengangguran = Jumlah pengangguran x 100


Jumlah tenaga buruh

Penurunan kadar pengangguran bermakna peningkatan kadar guna tenaga,


pertambahan PN dan peningkatan pencapaian ekonomi.

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 16


KEM KECEMERLANGAN STPM

Apabila kadar pengangguran berada kurang daripada 3%, ekonomi dianggap


telah mencapai guna tenaga penuh.

iv. Inflasi

Inflasi adalah satu keadaan di mana berlaku kenaikan harga umum secara
berterusan dan tidak terkawal.

Kadar inflasi = IH1 – IHo x 100


IHo

Inflasi akan menyebabkan kos hidup meningkat dan tarafhidup menurun.

v. Imbangan pembayaran

Imbangan pembayaran ialah penyata kewangan tentang urusniaga dan aliran


modal antara negara itu dengan negara lain dalam setahun.

Lebihan imbangan pembayaran menguntungkan negara dan akan


menambahkan rizab pertukaran asing.

vi. Pertumbuhan ekonomi

Pertumbuhan ekonomi adalah peningkatan dan perkembangan dalam kegiatan


ekonomi yang menyebabkan pertambahan barang dan perkhidmatan.

G = KNKB1 – KNKBo x 100


KNKBo

Pertumbuhan ekonomi akan meningkatkan kebajikan masyarakat dan lebih


banyak peluang perkerjaan barun diwujudkan.

(mana-mana 5 – 2m tiap isi : ½ m fakta 1½ m huraian)

J6. (a) (i) Maksud IHP – Angka yang menggambarkan sejauh manakah tingkat
harga sesuatu tahun mengalami perubahan jika dibandingkan dengan tingkat harga
pada tahun asas

(ii) Maksud 1990 = 100 ialah tahun asas

(b) Kadar inflasi


Formula = IH1 - IH0 X 100
IHe
1991 = 4.4 %
1992 = 4.7 %
1993 = 3.6 %
1994 = 3.4 %
Kadar inflasi purata = 4.4 + 4.7 + 3.6 + 3.4 =4.0 %
4
(c) Nilai wang 1994
100 X 100 = 85.5 %

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 17


KEM KECEMERLANGAN STPM

117.0

(d) Nilai wang berubah sebanyak 1 00% - 85.5% = 14.5%

Oleh itu nilai wang telah jatuh sebanyak :RM 5000 – RM 4700.85 = RM 299.15

J7 (a) Tenaga buruh ialah penduduk yang berumur 15-64 tahun kecuali suri rumah, pelajar
. sekolah dan IPT, gol. Hilang upaya, dan penganggur sukarela. 1m

Bilangan orang bekerja atau guna tenaga ialah tenaga buruh yang digunakan atau 1m
sedang bekerja.

(b) (i)
Kadar pertumbuhan tenaga buruh: Kadar pertumbuhan guna tenaga

J. tenaga buruh T1 – J. T.Buruh T0


----------------------------------------- x J.G.Tenaga T1 – J.G.tenaga T0
100 ------------------------------------- x 100
J.T. Buruh T0 J.G. Tenaga T0
Contoh: Contoh:
2001 = 9892.1 – 9616.1 2001 = 9535.0 – 9321.7
------------------ x100 = ------------------ x100 =
2.87% 2.29%
9616.1 9321.7
2002 = - 0.06% ….. 2m 2002 = 0.08% …2m

[formula atau contoh pengiraan ½ m; jawapan betul 1½m]

(ii) Kadar Pengangguran = J.Penganggur / J. T. Buruh x 100

contoh :

2001 = 9892.1 – 9535.0 / 9892.1 x 100 = 3.61%


2002 = 3.48% 2m

[formula atau contoh pengiraan ½ m; jawapan betul 1½m]

(iii) arah aliran pengangguran menurun 1m


kerana jumlah tenaga buruh merosot pada tahun tersebut. 1m

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 18


KEM KECEMERLANGAN STPM

PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

1. Terangkan cara penghitungan keluaran negara dengan cara perbelanjaan


yang diamalkan di Malaysia?[10m]

Penghitungan pendapatan negara cara perbelanjaan yang diamalkan oleh Malaysia


mengambil kira nilai barang-barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh
sesebuah negara dalam tempoh setahun. [1m]

Bagi mendapatkan nilai KDNK harga pasar, perlu dicampurkan perbelanjaan ke atas
barang-barang akhir oleh isirumah, pelabur, kerajaan dan pengguna di negara lain.

Perubahan stok juga perlu diambilkira. Sekiranya nilai perubahan stok negatif, nilai ini
harus ditolak dari campuran nilai perbelanjaan untuk menghitung KDNK harga pasar.
Sebaliknya nilai yang positif, ianya harus dicampur. [1m]

Contoh pengiraan keluaran negara cara perbelanjaan. [3m]

Harga Semasa
Jenis Perbelanjaan ( RM juta )
Perbelanjaan penggunaan persendirian 100
Perbelanjaan penggunaan kerajaan 100
Pembentukan modal tetap kasar 100
Kenaikan stok 100
Eksport barang dan perkhidmatan 100
Tolak: Import barang dan perkhidmatan 100

KDNK pada harga pasar 400


Pendapatan factor bersih dari luar negara 100

KNK pada harga pasar 500

Huraian: [5m]

Perbelanjaan boleh dibahagikan kepada 4 iaitu perbelanjaan persendirian, kerajaan,


pelabur dan pengguna di negara lain. Perubahan stok adalah positif perlu dicampur
untuk menghitung KDNK pada tahun berkenaan.

Bila semua perbelanjaan di atas dicampur dan ditolak dengan import akan diperolehi
nilai KDNK harga pasar sebanyak RM400

Untuk memperolehi KNK harga pasar, KDNK haruslah dicampur dengan pendapatan
factor bersih dari luar negara sebesar RM100

Penghitungan keluaran negara cara perbelanjaan di Malaysia adalah menggunakan


harga semasa dan harga tetap iaitu harga berasaskan tahun asas. Selalunya harga
tetap lebih rendah daripada harga semasa kerana inflasi selalu berlaku dalam
ekonomi.

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 19


KEM KECEMERLANGAN STPM

2. a) Apakah pendapatan perkapita? Bagaimanakah nilai pendapatan perkapita [4m


dihitung? ]
b) Nyatakan dua kelemahan menggunakan pendapatan perkapita sebagai
ukuran kemakmuran sesebuah negara.. [2m
]

(a) * Pendapatan per kapita adalah pendapatan purata penduduk dalam sesebuah
negara suatu tahun tertentu ….. 1m

KNK (atau KDNK) harga pasar ….. 1m


* Formula : Pendapatan per kapita =
Jumlah penduduk

* Contoh pengiraan berangka ….. 1m


* Dihitung mengikut harga semasa atau harga tetap …. 1m ….. [4 markah]

(b) Masalah dan kelemahan penggunaan pendapatan per kapita sebagai ukuran
kemakmuran sesebuah negara.

1. Pendapatan per kapita tidak menunjukkan kesetaraan corak pengagihan


pendapatan.

2. Pendapatan per kapita tidak dapat memberi maklumat mengenai tahap


pengangguran.

3. Masa rehat yang berbeza boleh menentukan kemakmuran sesebuah negara.

4. Perbezaan kos hidup – di negara yang mempunyai pendapatan per kapita yang
tinggi,kadangkala menghadapi kos hidup yang tinggi juga.

5. Perbezaan komposisi pendapatan negara – ada setengah negara lebih


mementingkan keperluan pertahanan.

6. Perbezaan iklim dan perbelanjaan – rakyat di negara tropika mempunyai


keperluan yang lebih sederhana berbanding negara beriklim sejuk.

(2 isi x 1 markah setiap isi) …. [2 markah]

3. a) Apakah Pendapatan Faktor Bersih Asing? [2m


]
b) Mengapakah pendapatan faktor bersih asing menyebabkan nilai Keluaran
Negara Kasar negara-negara sedang membangun lebih kecil daripada nilai [4m
Keluaran Dalam Negara Kasarnya? ]

PFBA ialah perbezaan antara nilai pendapatan faktor dari luar negara dengan
pembayaran kepada faktor asing yang digunakan di dalam negara. (2 markah)

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 20


KEM KECEMERLANGAN STPM

Di negara-negara sedang membangun, KNK < KDNK kerana PFBA bernilai negatif /
nilai PFLN < BFLN (1 markah)

Contoh:
RM juta
KDNK 400
+ PFLN 80
− BFLN 120
KNK 360 (2 markah)

Ini disebabkan negara-negara sedang membangun banyak menggunakan modal dan


buruh asing. (1 markah)

4 (c) Bagaimanakah mengukur


(iii) Taraf hidup
(iv) Prestasi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara [4
]
(d) Adakah pertumbuhan ekonomi mesti diikuti oleh peningkatan taraf
hidup rakyat? [2
]

(a) (i) Taraf hidup : menggunakan KNK@KDNK benar perkapita ½m

Rumus: KDNK@KNK benar / jumlah penduduk 1½


m
(ii) Prestasi pertumbuhan ekonomi boleh diukur menggunakan kadar pertambahan
KDNK benar; ½m
Rumus : KDNK Benar T - KDNK Benar T-1
------------------------------------------ x 100
KDNK Benar T-1 1½m
(b) Pertumbuhan ekonomi – tidak semestinya diikuti oleh peningkatan taraf hidup rakyat. 1m

Pertumbuhan ekonomi hanya akan diikuti oleh peningkatan taraf rakyat jika kadar ½m
kenaikan KDNK benar lebih daripada kadar kenaikan jumlah penduduk
Walau bagaimanapun jika kadar kenaikan KDNK benar kurang daripada kadar ½m
pertambahan penduduk maka taraf hidup rakyat akan merosot.

5. a) Tunjukkan perhubungan di antara keluaran Negara Kasar mengikut harga [5m


pasar dengan keluaran Negara Bersih kos faktor. ]
b) Mengapakah pada amnya di negara-negara membangun KDNK melebihi
daripada KNK manakala di negara-negara maju pula KNK melebihi KDNK. [5m
]

a) KNK hp = KNB hf + CTL - subsidi + susut nilai

Atau:

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 21


KEM KECEMERLANGAN STPM

KNBhf = KNK hp - CTL + subsidi - susut nilai ….1m

Definisi kedua-dua konsep; KNKhp; …1m; KNBhf; …1m

Tunjuk melalui angka - ..2m


Contoh:
Butiran RM juta
KNB h faktor 100.00
+ Cukai tak langsung 10.00
- Subsidi 5.00
+ S/nilai 5.00
KNK H . pasar 110.00

b) Formula : KNK = KDNK + PFBLN [1 m]


Di Negara membangun PFBLN bernilai negatif kerana banyak menerima
pelaburan asing. [1m]

PFLN < BFLN [½m] contoh angka [½ m]

Di Negara maju PFBLN bernilai positif kerana banyak melabur ke luar


Negara. [1m]

PFLN > BFLN [½ m] contoh angka [½m]

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 22


KEM KECEMERLANGAN STPM

6. Terangkan amalan Malaysia dalam menghitung KDNK harga pasar mengikut cara [10m
keluaran ]

Pendapatan negara Malaysia yang dihitung mengikut kaedah keluaran diperolehi dengan
mencampurkan nilai tambah yang diwujudkan oleh pelbagai sektor ekonomi 1m

Penghitungan pendapatan negara cara keluaran yang diamalkan oleh Malaysia akan
menunjukkan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK ) pada harga pasar . 1m

Contoh pengiraan keluaran negara cara keluaran:
Keluaran Mengikut Punca Kegiatan RM juta

Pertanian, Perhutanan dan Perikanan


100
Perlombongan dan kuari
100
Perkilangan dan pembuatan
200
Pembinaan
500
Eletrik, gas dan air
2 000
Perniagaan borong&runcit, hotel&res.
3 000
Pengangkutan ,phubungan dan gudang
100
Kewangan,insuran,hartanah
100
Lain-lain perkhidmatan
100
Perkhidmatan kerajaan
100
Tolak bayaran khidmat bank
100
Tambah cukai import
6m

KELUARAN DALAM NEGERI KASAR (HP) 6 200

 Tolak ½ m bagi setiap butiran yang salah


 Sekiranya calon memberi pengiraan sehingga KNB hf – 0 markah
 Contoh mesti merangkum sekurang-kurangnya 2 item bagi setiap sektor iaitu sektor
utama, kedua dan ketiga.
Huraian :
 Pengiraan pendapatan negara Malaysia mengikut cara keluaran akan menghasilkan
KDNK harga pasar bernilai RM6200 juta dengan mencampurkan nilai tambah yang
diwujudkan oleh pelbagai sektor ( sektor utama, 2dan 3) 1m

 Penggolongan sektor:
Sektor utama : pertanian dan perlombongan
Sektor kedua : perkilangan dan pembinaan
Sektor ketiga : mana –mana 2 sektor daripada sektor perkhid. 3m
[ 1m bagi setiap sektor 1m x 3fakta = maksimum 3m]

 Mengikut cara keluaran nilai yang diperolehi adalah KDNK harga pasar kerana

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 23


KEM KECEMERLANGAN STPM

meliputi Cukai import dan


 Bayaran khidmat Bank ditolak bagi mengelakkan pengiraan dua kali. 1m

 Penghitungan keluaran negara cara keluaran di Malaysia adalah menggunakan harga 1m


semasa dan harga tetap iaitu harga berasaskan tahun asas.

Maksimum 10 markah

7 Terangkan cara penghitungan pendapatan Negara mengikut kaedah [10m


pendapatan. ]

Mengikut kaedah pendapatan PN diperolehi dengan menjumlahkan pendapatan faktor 1m


pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

Contoh jadual: 5m
Butiran Rmjuta
Upah dan gaji 3200.00
Sewa 500.00
Bunga bersih 300.00
Keuntungan syarikat 1400.00
Pendapatan perusahaan persendirian 1000.00
KNB kos faktor (Pendapatan negara) 6400.00

Huraian:
Tanah mendatangkan sewa, manakala buruh menerima upah dan gaji, modal memperolehi
faedah, pengusaha menerima untung dan pendapatan yang diperolehi daripada perusahaan
persendirian seperti pendapatan yang diterima oleh pemilik warung. 4m

8. Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan persendirian dan pendapatan [10m


boleh guna? Bagaimanakah nilai kedua-dua jenis pendapatan ini dihitung ]

Pendapatan persendirian : pendapatan yang diterima oleh individu dalam ekonomi sama ada
dari ganjaran bagi melakukan kegiatan produktif atau sebagai bayaran pindahan (1m)

Pendapatan bolehguna adalah pendapatan yang diterima masyarakat dari berbagai


bagai sumber yang boleh dibelanjakan dan ditabung (1m)

Atau Yd = Pendapatan persendirian – cukai pendapatan persendirian (1m)

Cara pengiraan pendapatan persendirian dan bolehguna

Butiran RM juta
KNB hf 500 1m
+ bayaran pindahan 20 1m
+ bunga atas pinjaman penggunaan 20 1m
+ bunga atas pinjaman kerajaan 20 1m
- caruman KWSP 10 1m
- untung tidak dibahagi 10 1m
- cukai keuntungan syarikat 10 1m

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 24


KEM KECEMERLANGAN STPM

Pendapatan persendirian 530 1m


- Cukai pendapatan persendirian 50 1m

Pendapatan bolehguna 480 1m


Mak 8 m

9. a) Apakah yang dimaksudkan dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)? [2m
]
b) Terangkan perbezaan antara

(i) Keluaran Negara Kasar dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar

(ii) Keluaran Negara Bersih pada harga faktor dengan Keluaran Negara
Kasar pada
harga pasaran.

(iii) Pendapatan persendirian dengan Keluaran Negara Bersih


[8m
(iv) Pendapatan boleh guna dengan pendapatan persendirian. ]

(a) KDNK ialah nilai output (barang dan perkhidmatan) yang dihasilkan dalam sesebuah
Negara dalam satu jangka masa setahun (1m) oleh factor pengeluaran milik
warganegara itu dan milik warganegara asing.(1m)

(b) (i) Perbezaanya ialah pendapatan factor bersih dari luar Negara ( ½ m ),
ditunjukkan oleh:

KNK = Keluaran Dalam Negara Kasar + pendapatan factor dari luar Negara –
pembayaran pendapatan factor asing ( 1 ½ m )

(ii) Perbezaanya ialah susut nilai ( ½ m), cukai tak langsung ( ½ m) dan subsidi. ( ½ m)

KNB harga faktor = KNK harga pasar – susut nilai – CTL + Subsidi ( ½ m)

(iii) Perbezaannya ialah pendapatan factor yang tidak diterima oleh isi rumah
( Caruman KWSP + untung syarikat yang tidak diagih+ cukai keuntungan
syarikat) dan pendapatan isi rumah yang diterima bukan sebagai bayaran
kepada perkhidamatan factor ( bayaran pindahan dan bunga pinjaman
pengguna dan kerajaan ).

Pendapatan persendirian = Pendapatan Negara - Caruman KWSP – untung


tidak diagih – cukai keuntungan syarikat + bunga pinjaman penggunaan dan
kerajaan + bayaran pindahan ( 3m )

(iv) Perbezaannya ialah cukai pendapatan. ( ½ m )

Pendapatan Boleh guna = Pendapatan persendirian – cukai pendapatan. ( ½ m )

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 25


KEM KECEMERLANGAN STPM

10. (a) Formula untuk menghitung perubahan gunatenaga :

Peratusan perubahan gunatenaga = Gunatenaga 1 – Gunatenaga 0 x 100


Gunatenaga 0
(1mark
ah)

Sektor % perubahan
1. Pertanian - 14.9
2. Perlombongan dan kuari 5.9
3. Perkilangan 49.8
4. Pembinaan 49.9
(1 markah)

(b) Keadaan pertumbuhan sektor-sektor:


- pertanian merosot
- perkilangan dan pembinaan berkembang dengan pesat
- perlombongan berkembang dengan lambat (2
markah)

Sebab-sebab berlaku perubahan yang demikian:


- perlombongan tidak mengalami perkembangan dalam
kegiatannya
- kemajuan ekonomi yang dialami oleh Malaysia disebabkan
sektor perkilangan dan pembinaan yang berkembang dengan
pesat
- pertambahan guna tenaga di sektor perkilangan dan kenaikan
upah menyebabkan pekerja di sektor pertanian berhijrah dan
bekerja di sektor perkilangan (2 markah)

(c ) (i) Sektor utama : pertanian, perhutanan dan perikanan,


perlombongan dan kuari (1 markah)

Sektor kedua : perkilangan dan pembinaan ( 1 markah)

Sektor ketiga : perkhidmatan iaitu pengangkutan, penyimpanan


dan perhubungan, kewangan. Insurans, perkhidmatan
perdagangan dan harta benda, perkhidmatan kerajaan dan
perkhidmatan-perkhidmatan lain. (1 markah)

(ii) Peratusan sumbangan sektor-sektor kepada guna tenaga :

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 26


KEM KECEMERLANGAN STPM

% sumbangan sektor = Guna tenaga dalam sektor X 100


Jumlah guna tenaga (1 markah)

1990 (%) 1995(%)


Sektor utama 26.6 19.4
Sektor kedua 26.3 33.6
Sektor perkhidmatan 47.2 47.0

(1
markah)

11. a) Pendapatan persendirian adalah jumlah pendapatan penduduk sesebuah negara pada [2]
sesuatu tahun yang diterima dari sumber produktif dan juga sumber bukan produktif
dalam pengeluaran. [1]

Pendapatan boleh guna adalah pendapatan boleh dibelanjakan dan ditabung.

b)
RM juta
Gaji dan upah 44 200
+ Sewa 8 400
+ Bunga bersih 6 800
+ Dividen 2 800
+ Untung yg.tak dibahagi 2 500
+ Cukai keuntungan syarikat 2 600
+ Pendapatan perusahaan persendirian 52 500 [2]
[1]
Pendapatan Negara (KNB phf) 119 800

#[ Jawapan tepat – 1m ]
# [Tolak ½ m bagi setiap kesalahan butiran yang diberi.]

c)
RM juta
Pendapatan negara 119 800
+ bayaran pindahan 1 600
+ bunga pinjaman penggunaan 2 100
+ bunga pinjaman kerajaan 1 800
- caruman KWSP 2 400
- untung yg.tak dibahagi 2 500
- cukai untung syarikat 2 600 [2]
[1]
Pendapatan persendirian 117 800
-cukai pendapatan perseorangan 3 800
Pendapaatan boleh guna 114 000
[1]
#[ Jawapan tepat – 1m ]
# [Tolak ½ m bagi setiap kesalahan butiran yang diberi.]

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM HT 2008 27

Anda mungkin juga menyukai