Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENDAHULUAN

INFLASI DISEMBER 2017 MENINGKAT 3.5 PERATUS

Artikel ini telah disiarkan pada Rabu, 24 Januari 2018 pada 1.25 pm.
Artikel ini telah diterbit oleh Berita Harian. Indeks Harga Pengguna Malaysia (IHP),
yang mengukur inflasi, meningkat 3.5 peratus kepada 120.9 pada Disember 2017,
berbanding 116.8 pada bulan sama 2016, terutama disebabkan oleh indeks pengangkutan,
makanan dan minuman. Antara kumpulan utama yang merekodkan peningkatan ialah
indeks pengangkutan (+11.5 peratus), makanan dan minuman bukan alcohol (+4.1
peratus), restoran dan hotel (+2.6 peratus), kata Jabatan Perangkaan hari ini. Indeks bagi
kumpulan pengangkutan menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 11.5 peratus tahun
ke tahun pada Disember 2017 selepas meningkat 10.8 peratus pada November 2017, kata
jabatan itu dalam satu kenyataan

2.0 ULASAN ARTIKEL

2.1.0 MENCAPAI KESTABILAN TINGKAT HARGA UMUM

Kestabilan tingkat harga umum bermakna tingkat harga umum dalam ekonomi
secara purata mengalami perubahan yang minimum. Harga umum tidak mengalami masalah
turun naik yang akan menjejaskan perkembangan ekonomi. Kenaikan harga umum yang
berterusan akan menyebabkan berlakunya masalah inflasi manakala kejatuhan harga umum
akan menimbulkan masalah deflasi atau kemelesetan ekonomi. Inflasi menyebabkan eksport
negara merosot kerana harga barang eksport menjadi mahal dan tidak dapat bersaing di
pasaran antarabangsa manakala deflasi tidak menggalakkan pelaburan dalam ekonomi.

Pencapaian matlamat ini penting kerana kenaikan harga umum yang tidak
terkawal akan menyebabkan maslah inflasi yang serius. Selain itu tingkat kebajikan
masyarakat semakin merosot kerana inflasi mengurangkan kuasa beli wang dan tingkat
pendapatan benar masyarakat. Inflasi menyebabkan eksport negara merosot kerana harga
barang eksport menjadi lebih mahal dan tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa.
2.1.1 TINGKAT HARGA UMUM DAN INFLASI

Inflasi adalah satu keadaan di mana tingkat harga umum barang dan perkhidmatan
telah meningkat secara menyeluruh dan berterusan serta tidak terbatas. Kenaikan harga
umum bermaksud kenaikan harga yang serentak ke atas kebanyakan jenis barang dan
perkhidmatan yang dijualbeli dalam ekonomi.

Kadar inflasi dapat diukur dengan menggunakan indeks harga pengguna. Kadar
inflasi menunjukkan peratus kenaikan tingkat harga umum sesuatu tahun sebelumnya. Kadar
inflasi dihitung menggunakan rumus berikut

IHP TAHUN SEMASA – IHP TAHUN SEBELUM


KADAR INFLASI = X
IHP TAHUN SEBELUM
100%

Kadar inflasi meningkat 3.5 peratus kepada 120.9 pada Disember 2017, berbanding
116.8 pada bulan sama 2016, terutama disebabkan oleh indeks pengangkutan, makanan dan
minuman. Indeks bagi kumpulan pengangkutan menunjukkan peningkatan ketara sebanyak
11.5 peratus tahun ke tahun pada Disember 2017 selepas meningkat 10.8 peratus pada
November 2017
Kadar inflasi negara kita semakin bertambah. Inflasi merupakan masalah ekonomi
yang serius. Inflasi bukan sahaja menimbulkan kesan ke atas aktiviti ekonomi tetapi juga
memberi kesan ke atas kebajikan individu dan masyarakat. Oleh hal yang demikian, kerajaan
hendaklah mencari jalan penyelesaian bagi masalah inflasi ini agar ekonomi negara kembali
stabil.
2.2.0 MENCAPAI TINGKAT GUNA TENAGA PENUH

Guna tenaga penuh merujuk kepada keadaan di mana kadar pengangguran


berada di bawah 4%. Ini bermakna semua factor pengeluaran telah digunakan sepenuhnya
pada tahap maksimum dalam proses pengeluaran tanpa berlaku pembaziran.

Pengangguran yang terjadi semasa ekonomi mencapai tingkat guna tenaga


penuh dikenali sebagai pengangguran semula jadi yang terdiri daripada pengangguran
geseran dan pengganguran struktur.

Pencapaian matlamat guna tenaga penuh adalah penting kerana


pengangguran yang serius akan menyebabkan ketidakstabilan politik dan sosial. Seterusnya,
pengangguran membawa kesan negatif terhadap individu dan sosial. Selain itu, berlakunya
pengganguran dalam ekonomi bermakna ketidakcekapan dalam pengeluaran dan pembaziran
sumber-sumber ekonomi. Seterusnya, apabila ekonomi capai tingkat guna tenaga penuh,
keluaran negara dan kebajikan masyarakat telah mencapai tingkat yang maksimum.
2.2.1 GUNA TENAGA DAN PENGGANGURAN

Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan oleh pelbagai kegiatan
ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan dalam sebuah negara. Ia merujuk
kepada jumlah penduduk yang sanggup bekerja dan telah ,mendapat pekerjaan.

Pengangguran ialah keadaan ekonomi yang terdapat sejumlah tenaga buruh


yang tidak digunakan oleh sektor-sektor ekonomi dalam menghasilkan barang dan
perkhidmatan. Ini bermaksud dalam ekonomi terdapat penduduk yang sanggup bekerja tetapi
masih tidak ditawar pekerjaan.

Jumlah tenaga buruh ialah jumlah penduduk dalam lingkungan umur (15-64
tahun) bekerja setelah ditolak bilangan penduduk dalam lingkangan umur bekerja ini tetapi
tidak bekerja seperti suri rumah, pelajar, mahasiswa dan pesakit.

Kadar pengangguran ialah nisbah antara jumlah pengangguran dan jumlah


tenaga buruh pada satu masa tertentu.

JUMLAH PENGANGGURAN
KADAR PENGANGGURAN = X
JUMLAH TENAGA BURUH
100%

GUNA TENAGA = JUMLAH TENAGA BURUH – JUMLAH PENGANGGUR

Pasaran buruh kekal meggalakkan dalam tempoh separuh pertama 2017 dengan
kadar pengganguran pada 3.4% (Januari – Jun 2016 :3.4%) . Jumlah tenaga buruh meningkat
1.9% kepada 14.9 juta (Januari – Jun 2016: 0.6%; 14.6 juta) manakala jumlah guna tenaga
meningkat 1.9% kepada 14.4 juta (Januari – Jun 2016: 0.2%; 14.1 juta). Bilangan penduduk
bekerja paling ramai adalah dalam sektor pperkhidmatan iaitu 8.9 juta atau 62% daripada
jumlah guna tenaga terutamanya dalam subsector perdagangan borong dan runcit diikuti
sektor pembuatan (17.5%) dan pertanian (11.2%). Pada 2017, pasaran buruh dijangka kekal
stabil dengan kadar pengangguran pada 3.4% seperti tahun sebelumnya.
Kadar pengangguran bagi tahun 2016 dan 2017 adalah sama iaitu 3.4%. Oleh itu, negara
Malaysia telah mencapai tingkat guna tenaga penuh kerana kadar pengangguran berada di
sekitar 2% - 4%. Hal ini kerana, pengangguran yang wujud pada masa ini adalah akibat
tenaga buruh yang menukar kerja sahaja dan bukan disebabkan kekurangan peluang
pekerjaan. Oleh itu, negara kita telah mencapai matlamat guna tenaga dan pengangguran
kerana kadar pengangguran di negara kita berada dalam lingkungan 2% - 4%
2.3.0 MEMPERBAIKI IMBANGAN BAYARAN

Dasar makroekonomi yang dilaksana bermatlamat untuk membaiki imbangan


pembayaran yang berada dalam keadaan defisit. Imbangan pembayaran yang kukuh akan
menggalakkan pertumbuhan ekonomi sebuah negara.

Defisit dalam imbanga pembayaran akan menyebabkan pengurangan kegiatan


ekonomi apabila pengguna menggantikan barang tempatan dengan import. Seterusnya,
mengurangkan rizab emas serta mata wang asing bank pusat serta melemahkan nilai mata
wang negara. Selain itu meningkatkan pertukaran asing dan menyebabkan harga barang
import bertambah mahal dan seterusnya memburukkan lagi keadaan defisit.

Imbangan pembayaran perlu dibaiki sekurang-kurangnya mengurangkan jurang


defisit dengan cara meningkatkan eksport barangan dan perkhidmatan melalui galakan
eksport, sekatan eksport, devalusi dan sebagainya.
2.3.1 IMBANGAN PEMBAYARAN

Imbangan pembayaran adalah satu penyata kewangan yang menunjukkan nilai


semua urus niaga dan aliran wang yang dilakukan antara sebuah negara dengan negara lain
dalam tempoh satu tahun.

Lebihan imbangan pembayaran berlaku apabila nilai penerimaan dari luar


negara melebihi nilai pembayaran ke luar negara. Sebaliknya, imbangan pembayaran berada
dalam keadaan defisit apabila nilai pembayaran ke luar negara melebihi penerimaan dari luar
negara.

Defisit imbangan pembayaran yang berterusan akan mengurangkan rizab mata


wang asing di bank pusat. Ini akan memberi kesan kemerosotan nilai mata wang negara.
Import yang berlebihan pula akan mengurangkan kegiatan ekonomi dalam negara kerana
barang import telah menggantikan keluaran tempatan.

Imbangan bayaran penerimaan pada tahun 2017 ialah RM 1025234 manakala


imbangan bayaran pembayaran pada tahun 2017 ialah RM 992991. Imbangan pembayaran
bersih akaun semasa pada tahun 2017 ialah RM 32313. Imbangan pembayaran penerimaan
pada tahun 2018 ialah RM 1066865 manakala imbangan bayaran pembayaran pada tahun
2018 ialah RM 1033925. Imbangan pembayaran bersih akaun semasa tahun 2018
mencatatkan sebanyak RM 32940.
Justeru itu, berdasarkan rajah dan ulasan artikel di atas, imbangan pembayaran
bersih akaun semasa pada tahun 2017 meningkat daripada RM 32313 ke RM 32940 pada
tahun 2018. Ini menunjukkan bahawa berlaku lebihan imbangan pembayaran. Lebihan
imbangan pembayaran berlaku apabila nilai penerimaan dari luar negara melebihi nilai
pembayaran ke luar negara. Defisit imbangan pembayaran bagi negara Malaysia tidak
berlaku. Oleh itu, negara kita mencapai matlamat dan objektif imbangan pembayaran.
3.0 KESIMPULAN

Kadar inflasi negara kita semakin bertambah. Inflasi merupakan masalah


ekonomi yang serius. Inflasi bukan sahaja menimbulkan kesan ke atas aktiviti ekonomi
tetapi juga memberi kesan ke atas kebajikan individu dan masyarakat. Oleh hal yang
demikian, kerajaan hendaklah mencari jalan penyelesaian bagi masalah inflasi ini agar
ekonomi negara kembali stabil.

Kadar pengangguran bagi tahun 2016 dan 2017 adalah sama iaitu 3.4%. Oleh itu,
negara Malaysia telah mencapai tingkat guna tenaga penuh kerana kadar pengangguran
berada di sekitar 2% - 4%. Hal ini kerana, pengangguran yang wujud pada masa ini adalah
akibat tenaga buruh yang menukar kerja sahaja dan bukan disebabkan kekurangan peluang
pekerjaan. Oleh itu, negara kita telah mencapai matlamat guna tenaga dan pengangguran
kerana kadar pengangguran di negara kita berada dalam lingkungan 2% - 4%.

Selain itu, imbangan pembayaran bersih akaun semasa pada tahun 2017
meningkat daripada RM 32313 ke RM 32940 pada tahun 2018. Ini menunjukkan bahawa
berlaku lebihan imbangan pembayaran. Lebihan imbangan pembayaran berlaku apabila nilai
penerimaan dari luar negara melebihi nilai pembayaran ke luar negara. Defisit imbangan
pembayaran bagi negara Malaysia tidak berlaku. Oleh itu, negara kita mencapai matlamat dan
objektif imbangan pembayaran
4.0 SENARAI RUJUKAN
BUKU
 BUKU EKONOMI 2, AE025, EDISI SEMESTER 2019/2020
 TAN HUI BOON (2002), MAKROEKONOMI TEORI DASAR DAN APLIKASI
SINGAPURA, THOMSON LEARNING.
 LAI MOOI CHANG & HEW YOKE FOONG (2005) PRA U-
MAKROEKONOMI SELANGOR, PERSON MALAYSIA SDN BHD

INTERNET

 Mahanum Abdul Aziz dan Alzahrin (2019), Ekonomi Malaysia 2019 dalam
landasan pertumbuhan kukuh from
http://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/02/530772/ekonomi-malaysia-
2019-dalam-landasan-pertumbuhan-kukuh-bnm
 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/583604/malaysia-capai-
guna-tenaga-penuh-dr-mahathir/amp

Anda mungkin juga menyukai