Anda di halaman 1dari 4

SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN EKONOMI PENGGAL 3 TAHUN 2018

1. Jelaskan tiga kesan negatif pengangguran dari aspek ekonomi?` [6]


a) KNK sebenar kurang dari KNK potensi
- tenaga buruh tidak digunakan sepenuhnya
- faktor pengeluaran spt tanah terbiar/dibazirkan
- KNK sebenar dikeluarkan kurang dari KNK potensi (pd gtp)
- keluaran dikeluarkan dlm lingkungan KKP

b) ketidakcekapan dalam pengeluaran


- berlaku pembaziran sumber ekonomi
- pembaziran sumber manusia : tidak guna kemahiran sedia ada @ kos latihan buruh merugikan
- penawaran agregat sukar ditambah

c) menjejaskan pertumbuhan ekonomi


- jumlah keluaran berkurang, aktiviti urusniaga berkurang
- pengangguran tinggi, pembangunan infrastruktur berkurang

d) kebajikan masyarakat merosot


- KNK sebenar rendah, pendapatan negara berkurang
- PPK berkurang jika penduduk semakin bertambah sedangkan pndptan negara berkurang
- taraf hidup turun, pertumbuhan kebajikan turun

2. Terangkan tiga keburukan hutang luar negara ? [6]


a) bocoran wang ke luar negara
- bayaran pinjaman asal dan faedah yang banyak
- aliran wang keluar banyak, aset rizab negara berkurang
- pendapatan negara berkurang

b) dipengaruhi kadar tukaran asing


- bila kadar mata wang asing meningkat, jumlah pinjaman, faedah dan ansuran pun meningkat
- aset rizab dan pendapatan negara semakin berkurang

c) kadar faedah luar negara tinggi


- kdr faedah pinjaman luar negara tinggi mnybbkan negara naikkan kadar cukai yang tinggi untuk
membiayai hutang
- mengurangkan taraf hidup rakyat (beban rakyat tinggi)

3. Huraikan kesan negatif perdagangan antarabangsa berikut :


a) lambakan negara asing [2]
- negara rakan dagang menjual barang keluaran mereka dalam negara dgn harga yg murah
- rakyat byk beli brg lambakan berbanding brg tempatan
- firma tempatan krg pasar brg, pndptn firma dlm negara berkurang, Y turun

b) pengaliran keluar buruh mahir [2]


- buruh mahir tempatan bekerja di negara asing kerana gaji yg lebih mahal
- buruh mahir dalam negara berkurang, pembangunan ekonomi negara masih di tahap yg
rendah
1
c) berlaku inflasi diimport [2]
- firma dlm negara perlu import bahan mentah dari luar negara
- bila RM jatuh (mata wang negara lain naik), harga bahan mentah jadi mahal
- kos pengeluaran firma mahal, firma naikkan harga brg dlm negara

4. Terangkan tiga program berikut yang dapat membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
dalam negara :
a) Program Rantaian Industri [2]
- membangunkan kapasiti(keluaran)
- meningkatkan rantaian (hubungan) antara PKS dan firma besar
- dengan membekal komponen (vendor)
- nmeluaskan pasaran PKS dan meningkatkan pendapatan PKS

b) Program Pembangunan Infrastruktur [2]


- membantu PKS mndpt kwsan @ premis yg diluluskan
- negara menyediakan prasarana yg lengkapdan tapak kilang
- lengkap dgn kemudahan, PKS tak perlu keluarkan dana sendiri

c) Program Pembekal Global [2]


- mebangunkan dan meningkatkan PKS unt bekal perkhid dan keluaran kpd sykt besar di
peringkat antarabangsa
-PKS mendapat latihan dan kemahiran, memberi peluang pasaran kpd PKS, pendapatan PKS
meningkat

5. Terangkan tiga masalah yang dihadapi untuk mendapatkan kredit oleh peminjam ? [6]
- mana2 tiga di bwah… fakta (1 m)… huraian (1 m)
a) cagaran b) penyediaan kertas kerja
c) prosedur memberi kredit d) masalah membayar balik kredit

6. Jelaskan bagaimana setiap agensi berikut dapat membantu negara dalam mengurangkan kadar
kemiskinan :
a) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) [2]
- menyediakan latihan/kursus kpd golongan miskin spy mereka boleh berdikari unt menjana
pendapatan

b) Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) [2]


- menyediakan pembiayaan kredit mikro kpd org miskin spy mereka boleh memulakan
perniogaan kecil2an yg boleh menjana pndptan

c) Baitulmal [2]
- pusat yg menguruskan sumber kewangan dan harta masyarakt Islam
- mengurus zakat, harta wakaf kpd org miskin

2
7. Jadual di bawah menunjukkan guna tenaga mengikut sektor di Malaysia dari tahun 2009 hingga
tahun 2010.

Sektor 2009 (‘000 orang) 2010 (‘000 orang)

Utama 1 433.3 1 432.4

Kedua 3 972.3 4 154.0

Ketiga P Q

Guna tenaga 11 632.1 11 958.5

Tenaga buruh 12 083.4 12 361.3

a) Apakah yang dimaksudkan dengan guna tenaga ? [1]


Guna tenaga ialah individu yg produktif dlm proses pengeluaran unt keluarkan output

b) Hitungkan nilai P dan nilai Q ? [2]


P = 11632.1 – 1433.3 – 3972.3 = 6226.5 ribu orang
Q = 6372.1 ribu orang

c) Hitung kadar guna tenaga mengikut sektor terhadap tenaga buruh pada tahun 2009 dan tahun
2010. Jelaskan arah aliran guna tenaga mengikut sektor? [4]

2009 2010
Kadar guna tenaga sektor utama 1433.3/12083.4 x 100% 11.59 %
= 11.86 %
Kadar guna tenaga sektor kedua 32.87 % 33.60 %
Kadar guna tenaga sektor ketiga 51.53 % 51.55 %

Arah aliran guna tenaga sektor utama menurun, sektor kedua meningkat dan sektor ketiga
meningkat.

d) Hitung kadar pengangguran bagi tahun 2009 dan tahun 2010? Adakah negara mencapai guna
tenaga penuh pada tahun 2009 dan tahun 2010 ? [3]
Kadar pengangguran 2009 = (12083.4 – 11632.1)/12083.4 x 100% = 3.73 %
Kadar pengangguran 2010 = 3.26 %
Ya pada kedua-dua tahun kerana kadar pengangguran kurang dari 4%

3
8. Jadual menunjukkan kadar tukaran mata wang negara Singapura dan Thailand dalam RM serta jumlah
eksport dan import antara negara Malaysia dengan kedua-dua negara pada tahun 2010 dan tahun 2011.

Tahun
RM
2010 2011

$1 Dolar Singapura RM 2.3859 RM 2.4427

100 Baht Thailand RM 10.2272 RM 10.0095

Eksport Malaysia ke Singapura RM 85 253 juta RM 88 161 juta

Import Malaysia dari Singapura RM 49 359 juta RM 60 278 juta

Eksport Malaysia ke Thailand RM 34 136 juta RM 35 720 juta

Import Malaysia dari Thailand RM 26 299 juta RM 32 972 juta

a) Apakah maksud kadar tukaran asing ? [1]

Kadar tukaran asing ialah sebutan mata wang negara tempatan dalam sebutan mata wang negara lain atau
sebutan mata wang negara lain dalam sebutan mata wang negara tempatan (salah satu)

b) Jelaskan nilai RM berbanding Dolar Singapura dan Baht Thailand pada tahun 2011 berbanding tahun
2010 ? [2]

Pada tahun 2011 berbanding 2010, RM alami susutnilai berbanding Dolar Singapura dan RM alami naik
nilai berbanding Baht Thailand

c) Hitung eksport bersih Malaysia dengan negara Singapura dan negara Thailand pada tahun 2010 dan
tahun 2011 ? [4]

Eksport bersih 2010 2011


Singapura 85253 – 49359 = RM 35 894 juta RM 27 883 juta
Thailand RM 7 837 juta RM 2 748 juta

d) Terangkan teori kesan naik nilai RM ke atas imbangan dagangan Malaysia? [2]

bila RM alami naik nilai, harga barang eksport Msia menjadi semakin mahal, jumlah eksport msia menurun,
harga import msia mnjdi semakin murah, jumlah import msia meningkat, jumlah eksport lebih rendah dari
jumlah import, imbangan dagangan semakin merosot

e) Hitung kadar tukaran RM dalam Dolar Singapura pada tahun 2011? [1]

RM 2.4427 = S$1

RM1 = 1/2.4427

RM1 = S$0.41

Anda mungkin juga menyukai