Anda di halaman 1dari 8

TAJUK : MALAYSIA MAJU DAN SEJAHTERA

Tema : Ekonomi
Soalan : Industri ‘homestay’ mempunyai potensi yang tidak kurang pentingnya kepada
pembangunan negara. Walau bagaimanapun, industri ini masih berhadapan dengan cabaran-
cabaran tertentu. Bincangkan.

Pendahuluan :
- Industri ‘homestay’ mampu memberi sumbangan yang besar terhadap pembangunan pelancongan
desa.
- Justeru, pelbagai cabaran yang perlu diberi perhatian dan diselesaikan dengan sebaiknya.
IDEA:
A : Potensi kepada pembangunan negara : - terhadap siapa? (diri, keluarga dan masyarakat)

1. Meningkatkan pendapatan. (I1)


(h1) mampu meningkatkan ekonomi penduduk dan negara.
(h2) berpotensi tinggi untuk dimajukan dan dijangka akan memberi banyak impak positif dalam ekonomi
negara melalui ; kehadiran pelancong ke Malaysia.
(h3) menghasilkan pulangan yang lumayan. – kadar sewa berpatutan - faktor pertambahan permintaan.

2. Meningkatkan sektor pelancongan (I2)


(h1) terutamanya di kawasan desa dn pertanian.
(h2) pelancong boleh merasai bentik kehidupan masyarakat desa.
(h3) sektor pertanian di desa boleh dikembangkan. (agropelancongan)

3. Menyediakan peluang pekerjaan I3)


(h1) banyak pekerja diperlukan untuk mengisi keperluan
(h2) kerja seperti: pekerja am, kerani, tukang masak, pengemas bilik, tukang kebun dan pemandu
pelancong.
(h3) kehadiran pelancong turut memajukan sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Contoh :
pembuatan baulu, rempeyek, dodol dan kerepek.
4. Memperkenalkan budaya tempatan (I4)
(h1) Pelancong dapat tinggal serta bergaul dengan tuan rumah.
(h2) Mengetahui budaya dan corak kehidupan masyarakat tempatan boleh dipelajari.
(h3) memahami budaya dan cara hidup penduduk dan sebagainya- hubungan akan jadi lebih mesra dan
erat.

B : Cabaran
5. Masalah modal (I5)
(h1) masalah halangan modal pusingan.
(h2) membataskan pembinaan rumah/chalet desa.
(h3) pengusaha terpaksa menolak tempahan pelancong kerana keupayaan homestay mereka terhad
sebab modal pusingan.

6. Masalah persaingan (I6)


(h1) dengan rumah kediaman dan hotel bujet di pekan-pekan kecil.
(h2) kerana : hotel bujet menyediakan tempat yang lebih selesa.
(h3) kekurangan tanah di kawasan strategik terutamanya kawasan yang berhampiran jalan
utama. Kenapa???...kerana tanah digunakanuntuk program pembangunan yang lain yang lebih
menguntungkan.

7. Kurang daya tarikan/produk terhad(I7)


(h1) kekurangan aktiviti sokongan sama ada komuniti desa/daripada agensi kerajaan sendiri.
(h2) pemilik homestay kurang melaksanakan aktiviti sampingan seperti tarian tradisional/pertunjukan
kuda kepang kerana tidak menguntungkan pengusaha.
(h3) kurang tenaga buruh untuk bekerja.

Kesimpulan:
- Industri inap desa kini sedang berkembang namun jika ada usaha yang lebih mantap,
perkembangannya akan menjadi lebih berdaya saing.
Apabila anda bermusafir atau melawati sesuatu tempat, pernahkah anda terfikir untuk tinggal
homestay berbanding hotel? Walaupun tidak dinafikan ada yang menginginkan keselesaan yang
ditawarkan oleh hotel yang mempunyai cawangan di serata tempat. Namun, tinggal di homestay
bukan sahaja memberikan kelainan, bahkan khidmat pelanggan yang lebih khas berbanding di
hotel.

Berikut merupakan lima (5) kelebihan homestay berbanding hotel. Go homestay, skip the hotel!

1. Unik

Berbanding hotel, homestay akan dihias mengikut personality pemiliknya. Ataupun sumber
inspirasi. Setiap bilik boleh dihias sekreatif mungkin. Jadi, anda akan merasakan seperti rumah
kedua anda.

2. Jimat

Apabila anda tinggal di homestay, kos anda boleh dikurangkan sebanyak lebih dari 60% kerana satu
bilik untuk dua orang puratanya berharga RM150 manakala homestay membolehkan anda
menginap untuk seluruh keluarga – 3 bilik.

Ada sesetengah homestay, mereka akan charge dengan harga yang amat rendah kerana mereka
suka menerima tetamu dan bukan mementingkan pulangan yang besar.

3. Persekitaran yang tenang dan cantik

Kebanyakan tempat di mana terletaknya homestay merupakan tempat tarikan pelancong mahupun
hampir dengan pelabuhan atau institusi pendidikan seperti universiti dan sekolah
berasrama.Seperti yang kami katakan, homestay menjanjikan suasana yang lebih tenang kerana ia
seperti rumah kedua anda.

4. Khidmat Pelanggan

Selalunya, pemilik homestay akan melakukan aktiviti seperti membersihkan rumah, menyediakan
sarapan bahkan membantu mengangkat beg anda. Secara tidak lansung, anda boleh menjalin
silaturrahim sesama pemilik homestay.

5. Kisah tersendiri

Ada banyak sebab sesebuah homestay diwujudkan. Ada yang mengambil peluang yang tersedia.
Seperti kami, kami ingin mengabadikan pengalaman, inspirasi yang kami perolehi. Selain itu, ia
merupakan cara untuk kami sebuah keluarga menceritakan sejarah kami dan berkongsi pengalaman
dengan anda.
•OBJEKTIF PENUBUHAN HOMESTAY

•(KERAJAAN)

•Menawarkan perkhidmatan pelancongan alternatif dengar kadar harga yang kompetitif

•Menambah pendapatan masyarakat luar bandar

•Menerapkan nilai keusahawanan pelancungan (diluar bandar)

•Membuka minda masyarakat.

•Memantapkan semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan masyarakat

• Membasmi Kemiskinan

•OBJEKTIF PENUBUHAN HOMESTAY (MASYARAKAT)

•Berupaya memberikan sumbangan tambahan kepada pendapatan keluarga.

•Membolehkan produk baru dalam kampong diketengahkan dan membuka pasaran baru.

• Membuka peluang pekerjaan baru kepada masyarakat, secara langsung atau tidak langsung.

• Memperkenalkan kebudayaan, makanan, aktiviti harian kepada pelancung

•Berkenalan dan membuka minda masyarakat tentang masyarakat dari bahagian lain di dalam dunia

• Mendapat peruntukkan-peruntukkan tertentu daripada agensi-agensi kerajaan.

•Berpeluang menambah ilmu baru melalui penyertaan didalam kursus-kursus yang dianjurkan.

2.4 STRATEGI DAN GARIS PANDUAN PELAKSAAN PROGRAM HOMESTAY


Program homestay juga merupakan satu strategi pelaksanaan yang menggambarkan
penekanan polisi kerajaan ke arah pembanguan sector pelancongan negara ini seperti
penghasilan tukaran wang asing, agen penggalak kepada pembangunan ekonomi dan sosial
negara yang saksama, menggalakkan pembangunan luar bandar dan mempercepat integrasi
penduduk bandar ke desa (Kalsom et al,2006).
Selain itu, program ini juga dijangka dapat menghasilkan peluang-peluang pekerjaan
terutamanya di luar bandar dan pada masa yang sama dapat menggalakkan penglibatan
daripada semua komuniti etnik dalam sector ini. Apabila wujudnya penglibatan dan kerjasama
dari semua peringkat masyarakat, maka perpaduan negara dapat dipupuk dan hal ini dapat
memberi gambaran yang baik terhadap Maysia di prasarana antarabangsa.
Menyedari homestay bukan sahaja mampu menarik pelancong untuk datang ke negara kita,
malah meningkatkan tahap ekonomi masyarakat desa, maka kerajaan dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan telah memberi perhatian terhadap pembangunan homestay. Pelbagai
agensi kerajaan terlibat dalam program ini. Kementerian Pelancongan Malaysia melalui Tourism
Malaysia melakukan promosi dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah pula
member latihan kepada peserta dan melaksanakan pembangunan infrastruktur setempat.

Terdapat garis panduan tertentu yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelancongan
Malaysia (KPM) dalam melaksanakan program homestay. Garis panduan tersebut adalah perlu
bagi membantu perancangan dan pembangunannya homestay yang berkesan dan sistematik di
Malaysia. Penyertaan dalam program ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang
berkeluarga dan tinggal di suatu kediaman rumah yang lengkap. Bagi memastikan kejayaan
program ni, semua peserta hendaklah berdaftar dengan KPM serta berurusan dengan mana-
mana agensi pelancongan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan harga, makanan
pengangkutan dan hal lain yang melibatka pakej lawatan KPM. Garis panduan yang telah
ditetapkan oleh KPM merangkumi beberapa aspek yang meliputi aspek keselesaan, kecekapan,
keselamatan dan kebersihan.
Bil. Ciri-ciri Syarat-Syarat yang perlu dipatuhi

1. Lokasi rumah · Lokasinya hendaklah di dalam kawasan yang sesuai dari segi
kediaman perhubungan pengangkutan

· Bebas daripada sebarang pencemaran alam.

· Mempunyai persekitaran yang sesuai dan sebaik-baiknya


dapat memaparkan cara hidup masyarakat Malaysia.

2. Kemudahan Asas · Rumah kediaman mempunyai keluasan yang sesuai dan


pelancong yang menginap hendaklah ditempatkan di bilik yang
berasingan.

· Bilangan maksimum bilik yang dibenarkan untuk disewakan


kepada pelancong adalah terhad kepada 3 buah bilik dengan ruang
keluasan yang sesuai.

· Menyediakan bilik mandi, tandas, ruang makan dan ruang


tamu dan kemudahan asas lain yang sesuai.

· Penyediaan dan pembekalan makan/minum, tuala, ubat


nyamuk, kelambu dan kain sarong/batik adalah atas permintaan
oleh pelancong dan ianya akan dikenakan bayaran.

· Penyelenggaraan rapi ke atas semua kemudahan asas


3. Kebersihan · Kawasan persekitaran rumah perlulah bersih dan bebas dari
sampah sarap yang menjadi tempat pembiakan nyamuk dan lalat.

· Sistem pembuangan air dan perparitan yang baik hendaklah


diadakan bagi mengelakkan bau busuk

4 Keselamatan · Pelancong berkumpulan dan diuruskan oleh syarikat


pelancongan: perlindungan insurans hendaklah diuruskan oleh
syarikat pelancongan tersebut.

· Bagi pelancong perseorangan, : dapatkan insurans daripada


mana-mana syarikat insurans yang berdaftar.

· langkah-langkah keselamatan seperti pencegahan kebakaran


perlulah diambil kira oleh tuan punya rumah.

Rajah 2.4 : Garis panduan penyertaan program homestay di Malaysia

Panduan menyediakan kemudahan homestay ini adalah sebagai bahan rujukan untuk
memudahkan pengusaha-pengusaha program Homestay menyediakan kemudahan ini kepada
pelancong-pelancong bagi memastikan ianya dapat diadakan dengan lebih teratur dan
terkawal. Bagi menjamin kejayaan program ini, semua pihak yang turut serta hendaklah
membaca dan memahami semua peraturan dan syarat-syarat yang dinyatakan tersebut.

2.5 PROMOSI PELANCONGAN INAP DESA MELALUI KEMPEN ZOOM! MALAYSIA – (HOMESTAY)

Kempen ZOOM! Malaysia telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada14 Mei 2008 bagi
memperkenalkan destinasi pelancongan secara lebih fokus. Dengan menggunakan
“tagline”banyak untuk dilawati, banyak lagi untuk diterokai, program Zoom Malaysia
ini dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi pertumbuhan industri
pelancongan domestik. Di samping menggalakkan integrasi nasional, kempen tersebut
menggalakkan aktiviti percutian dalam negara sendiri secara terancang di kalangan rakyat
Malaysia. Kempen ini juga dapat mengeratkan kerjasama di antara ahli-ahli sector awam dan
swasta dalam mempromosi produk dan tarikan pelancongan serta acara-acara khas.
Tidak ketinggalan, program homestay juga turut mendapat tempat dalam kempen ini. Hal ini
menunjukkan kesungguhan Kementerian Pelancongan dalam mempromosikan program
homestay supaya dapat berkembang seiring dengan bentuk- bentuk pelancongan yang lain.
Antara program di bawah ZOOM Malaysia yang berkaitan dengan program homestay adalah
majlis pelancaran ZOOM! Homestay Terengganu pada 5 Januari 2009 di Homestay Kampung
Teluk Ketapang, Kuala Terengganu, Terengganu yang dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Azalina Dato’
Othman Said, Menteri Pelancongan Malaysia ( Bahagian Komunikasi dan Publisiti, Tourism
Malaysia,2009).
Penganjuran majlis ini bertujuan memberi fokus kepada program homestay atau pelancongan
inap desa sebagai salah satu produk pelancongan terpilih di Terengganu. Sesungguhnya,
program tersebut amat dititikberat oleh Kementerian Pelancongan kerana ia selaras dengan
aspirasi kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai warga desa bergiat dalam industri
pelancongan.

2.6 JENIS AKTIVITI YANG DITAWARKAN DALAM PROGRAM HOMESTAY

(i) Budaya dan Gaya Hidup

· Sejarah

· Tarian tradisional, lagu tradisional dan makanan tradisional

· Permainan dan sukan tradisional

· Budaya: Perkahwinan, majlis korban, dan upacara keramaian

(ii) Aktiviti Ekonomi

· Menoreh getah

· Penternakan ikan

· Pertanian: Padi, koko, minyak sawit, buah-buahan

(iii) Rekreasi

· Melawat kawasan-kawasan sekitar homestay (sightseeing)

· Merentas hutan (Jungle tracking)

· Arung jeram (White Water Rafting)

· Melawat produk pelancongan berdekatan

(iv) Pemuliharaan Alam Sekitar

· Program Menanam Pokok: Para pelancong digalakkan untuk menanam pokok di homestay yang
dilawati dengan tujuan untuk memulihara alam sekitar dan juga mencantikkan lagi lanskap homestay
tersebut.
MASALAH DITIMBUL OLEH HOMESTAY
Dewasa ini telah wujud satu fenomena baru iaitu penginapan di rumah-rumah persendirian yang
dipanggil homestay.
Konsep ini tidak menepati kaedah homestay yang sebenarnya yang dipelopori oleh Kementerian
Pelancongan. Menurut konsep itu, para penginap berpeluang bermalam di sesuatu tempat dan
mendalami atau mengalami cara-cara hidup sesuatu penduduk seperti menangkap ikan di laut atau
sungai, menoreh getah, persembahan kebudayaan setempat dan sebagainya.
Kesemua homestay ini berada di kawasan-kawasan perumahan dan boleh dikatakan ia tidak menepati
konsep homestay yang sebenarnya. Ia lebih menepati konsep rumah tumpangan di mana pengunjung
hanya bermalam secara beramai-ramai.
Homestay sebegini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk kawasan perumahan
seperti:
* Penginap akan datang beramai-ramai dan menimbulkan gangguan kesesakan lalu lintas yang amat
teruk. Penginap akan meletak kenderaan sesuka hati, termasuk di depan rumah-rumah jiran yang
berhampiran dengan homestay ini.
* Menyebabkan suasana bising dan hingar-bingar di kawasan perumahan. Ini memberi gangguan kepada
penduduk setempat, terutama jika suasana bising itu berlaku di sebelah malam atau awal pagi.
* Ketiadaan ruang meletak kereta bagi penginap homestay yang datang dengan kenderaan yang banyak
tetapi cuma menginap di sebuah rumah. Mereka akan meletak kenderaan sesuka hati di merata-rata
tempat, bahkan ada yang meletak kenderaan di depan pintu pagar rumah-rumah jiran menyebabkan
halangan kenderaan keluar masuk.
* Penginap homestay bersikap kasar jika ditegur supaya jangan berbuat bising dan meletak kenderaan
sesuka hati. Mereka akan mencabar jiran tetangga yang membuat teguran secara baik.
* Ketiadaan akta untuk pihak majlis tempatan mengambil tindakan terhadap kewujudan homestay yang
tidak berdaftar ini.
* Penjaga dan pemilik homestay tidak mempedulikan rungutan penduduk setempat, asalkan mereka
mendapat wang daripada aktiviti ini.
* Hubungan tuan punya homestay dengan jiran tetangga menjadi keruh dan adakalanya tegang
disebabkan pelbagai masalah yang timbul.
Kesan daripada pelbagai masalah yang disebutkan ini telah menimbulkan rasa kurang senang penduduk
perumahan yang amat terganggu dengan aktiviti homestay. Akibatnya sehingga berlaku perkelahian
gara-gara bunyi bising dan kenderaan diletakkan sesuka hati, termasuk terjadinya kemalangan kecil
seperti kenderaan bergesel.
Diharapkan pihak kerajaan, terutamanya Kementerian Pelancongan mengambil tindakan terhadap
homestay seperti ini. Misalnya dengan menggubal satu akta pencegahan premis kediaman di kawasan-
kawasan perumahan yang padat dijadikan bisnes penginapan.

Anda mungkin juga menyukai