Anda di halaman 1dari 14

Bab 4 : Catan

4.1 Pengenalan

1. Hasil seni visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi dengan menggunakan

media basah. Penggunaan warna dan berus ditekankan dalam penghasilannya .

2. Catan bertujuan menyampaikan mesej tertentu.


3. Catan merupakan lanjutan daripada aktiviti lukisan.
4. Penggunaan berus dan warna diutamakan dalam penghasilan catan .
5. Catan merupakan tempat meluahkan perasaan dalam bentuk rakaman imej visual
berwarna.
6. Nilai(value) merupakan perbezaan antara ton cerah, ton sederhana dan ton gelap
dalam catan .
7. Sejarah catan bermula sejak Zaman Yunani Purba lagi .
8. Aktiviti catan pada ketika itu lebih tertumpu kepada hal-hal keagamaan .
9. Pada Zaman Renaissance, selain daripada fresco dan mozek, cat air, cat minyak dan
tempera telah digunakan secara meluas .
10.Di antara pelukis catan tanah air yang terkenal ialah Yong Mun Sen, Abdullah Ariff,
Abdul Latiff Mohiddin, Ibrahim Hussein, Ismail Mustam dan sebagainya .

Catan air Catan Minyak

4.2 Perbezaan antara Lukisan dengan catan


Lukisan Catan
 Menggunakan media kering  Menggunakan media basah
dengan warna yang paling berasaskan air atau minyak .
minimum  Contoh media seperti cat air, cat
 Contoh media seperti pensil, pensil poster, akrilik, cat minyak, cat
warna, pastel, krayon, arang, pen tempera, fresco dan sebagainya .
maker dan sebagainya ,

1
4.3 Catan Air

Antara media dan peralatan yang digunakan dalam penghasilan catan air ialah :
Media Alatan

 Cat air  Berbagai-bagai bentuk dan saiz berus.


 Cat poster  Kertas lukisan, kertas kartrij
 Cat tempera  Bekas pembancuh warna
 Cat gouce  Bekas air, satu untuk basuh berus dan satu untuk
 Cat arkrilik bancuh warna
 Fresko  Tisu / kain pengelap / kertas surat khabar

Teknik teknik Penghasilan Catan Air

Terdapat empat teknik yang digunakan dalampenghasilan catan air iaitu :

Teknik Huraian
Basah atas kering  Sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang
kering.
 Menghasilkan kesan warna legap (opaque).

Basah atas basah  Sapuan warna cair ke atas permukaan yang


basah/lembap.
 Menghasilkan kesan warna lut sinar.
 Teknik ini paling sukar dan mencabar.

Kering atas basah  Sapuan warna terus dari tiub ke atas lapisan warna
cair atas permukaan kertas lukisan yang basah/
lembap.

Kering atas kering  sapuan warna pekat terus dari tiub ke atas lapisan
warna yang kering.
 Dapat menghasilkan kesan jalinan dan kesan warna
legap.

2
Basah atas kering Basah atas basah

Kering atas basah Kering atas kering

Contoh teknik penghasilan catan air

Proses Penghasilan Catan Air

1. Menghasilkan lakaran dengan berus halus atau pensel.


2. Mewarnakan lapisan pertama objek dan latar belakang dengan warna nipis(cair)
Mengikut warna sebenar objek.
3. Menghasilkan sapuan warna kedua dengan ton yang lebih gelap bagi mewujudkan
bayang objek .
4. Menyediakan sapuan warna ketiga lebih teliti untuk menimbulkan pelbagai ton.

4.4 Catan Minyak


Antara media dan peralatan yang digunakan dalam penghasilan catan minyak ialah :
Media Alatan
 Cat minyak  Berus keras
 Minyak linsid  Kanvas
 Turpentin  Pemidang
 Pisau palit
 Palet

3
 Kekuda

Proses Penghasilan Catan Minyak

1. Menyediakan bingkai.
2. Meregang dan memaku kanvas pada bingkai.
3. Menyapu cat imulsi putih pada kanvas.
4. Menghasilkan lakaran pada kanvas.
5. Proses mewarna mengikut peringkat demi peringkat.
6. Membingkai catan yang telah kering untuk tujuan kemasan.

Teknik – teknik Penghasilan Catan Minyak

Teknik Huraian
Teknik titik ( dots )  Warna dititik-titik secara tindanan pada lakaran.
 Karya mudah dilihat pada jarak yang jauh.

Teknik glazing ( berkilau )  Sapuan berus selapis demi selapis sehingga


menghasilkan kesan lut sinar, lembut dan
nampak berkilau.

Teknik scumbling  Sapuan warna legap (opaque) pada warna latar


yang dapat menghasilkan kesan lut sinar.
 Teknik sapuan berus melalui kaedah menyapu
warna terang atas permukaan gelap .
Teknik impasto  Sapuan warna tebal dan banyak dan terus dari
tiub
 Biasanya menggunakan pisau palit .
 Kurang menggunakan minyak linsid.
 Menghasilkan jalinan sentuh.

Teknik hard edge  Menggunakan masking tape bagi memisahkan


warna.
 Menghasilkan catan seperti dipotong-potong
warnanya.

4
Teknik titik Teknik glazing Teknik scumbling

Teknik impasto Teknik hard edge

Contoh teknik penghasilan catan minyak

5
PROJEK AMALI
( B3D1E2, B3D2E2, B4D1E2, B4D2E2, B5D12, B5D2E2,B6D1E2,B6D2E2 )

1. Hasilkan catan sebatang pokok dengan mengaplikasikan teknik yang anda ketahui.

2. Gubahkan catan pemandangan waktu senja di tepi pantai. Gabungan warna kuning,
jingga, merah dan coklat tua hendaklah diutamakan dalam karya anda.

3. Beberapa biji limau diletakkan di atas sehelai kain berwarna coklat. Dengan
menggunakan teknik opaque hasilkan catan tersebut.

4. Mimpi sesat di hutan bertemu dengan pokok-pokok yang ganjil.

5. Seorang wanita sedang memberi beberapa ekor ayam makan.

6. Jauh di dasar lautan, ikan beraneka jenis bermain-main di celah-celah rumpai laut.
Gambarkan suasana ini.

LATIHAN PENGUKUHAN

Soalan Objektif
Pilih jawapan yang paling tepat

Aras 1

1. Apakah maksud catan?


A Proses menggambar di atas sesuatu permukaan dengan menggunakan pewarna

atau media basah.

B Proses menggambar di atas permukaan rata dengan menggunakan media kering.


C Proses menggambar dengan menggunakan teknik lakaran pensel
D Proses menggambar dengan menggunakan pen.

2. Antara kaedah berikut yang manakah dipanggil catan?


A. Menggunakan warna cair.
B. Melukis dengan menggunakan warna pastel.
C. Penggunaan pen dan dakwat
D. Memotong dan menampal kertas warna di atas permukaan kertas lukisan.

6
3. Sejarah catan bermula pada
A zaman Mesir purba
B zaman Yunani purba
C zaman Roman purba
D zaman Renaissance

“Catan yang dihasilkan pada zaman ini banyak menggambarkan peristiwa yang
berkaitan dengan aktiviti agama Kristian”

4. Yang manakah antara berikut bukan media catan?


A Cat minyak
B Cat air
C Pen
D Akrilik

5. Yang manakah antara berikut bukan media catan?


A Cat minyak
B Cat air
C Pen
D Akrilik

6. Media yang digunakan dalam catan zaman Yunani Purba ialah


A cat minyak
B cat air
C akrilik
D fresko

7. Karya agung ‘Mona Lisa dihasilkan pada tahun 1503. Zaman ini dikenali sebagai
A Zaman batu
B Zaman Renaissance.
C Zaman gelap
D Zaman Moden.

8. Pelukis agung yang menghasilkan ‘Mona Lisa’ ialah


A Albrecht Durer
B Pablo Picasso
C Leonardo Da Vinci
D Peter Harris

9. Antara bahan warna berikut yang manakah mudah menghasilkan kesan lut sinar?
A Cat air.

7
B Cat poster.
C Cat minyak.
D Cat gouce.

10. Minyak linseed digunakan bagi media


A warna air
B warna minyak
C krayon
D warna poster

11. Teknik cat air manakah yang anggap paling sukar dan mencabar.
A Basah atas basah.
B Basah atas kering.
C Kering atas basah
D Kering atas kering

12. Antara berikut, yang manakah merupakan teknik cat minyak?


A Kering atas kering
B Teknik Hard Edge
C Basah atas basah
D Kering atas basah

13. Media catan yang manakah menggunakan bahantara air?


I cat poster
II cat air
III cat tempera
IV cat minyak
A I dan II
B I, II dan III
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

14.

Aras 2

15. Teknik cat air berikut akan menghasilkan warna tebal kecuali
A disapu berlapis-lapis
B disapu bertindih-tindih
C disapu dengan teknik kering atas kering
D disapu dengan teknik basah atas basah.

8
16. Cat ini lambat kering, legap dan berkilat. Media yang dimaksudkan ialah
A cat tempera
B cat akrilik
C cat minyak
D cat air
17. Antara media berikut, yang manakah cepat kering?
l Cat gouce
ll Cat minyak.
lll Cat akrilik
lV fresko.
A l dan ll
B ll dan lll
C l dan lll
D lll dan lV

18. Antara media berikut, yang manakah lambat kering?


l Cat gouce
ll Cat minyak.
lll Cat akrilik
lV fresko.
A l dan ll
B ll dan lll
C ll dan lV
D lll dan lV

19. Pilih pasangan media dan bahantara yang tidak betul


A Cat poster ….. minyak
B Cat minyak …. Turpentin
C Cat tempera …. Air
D Cat akrilik …. Air

20. Teknik basah atas basah sesuai digunakan untuk menghasilkan


A catan landskap
B poster
C corak berulang
D potret

21. Antara teknik berikut yang manakah merupakan teknik kering atas basah?
A Warna cair disapukan ke atas permukaan yang basah.
B Warna cair disapukan ke atas permukaan yang kering.
C Sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas basah.
D Sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas.

9
22. Teknik catan yang paling sesuai untuk alatan di atas ialah

A kering atas basah


B impasto
C glazing
D scumbling

23 Antara pernyataan berikut yang manakah tidak benar tentang catan.


A dihasilkan dengan menggunakan crayon
B menggunakan media daripada cat minyak
C menggunakan akrilik
D dihasilkan dengan menggunakan catan air

24. Nyatakan kelebihan bingkai dalam proses menghasilkan catan cat minyak.
A unuk menegangkan kain
B untuk nampak cantik dan tahan lama
C memudahkan kerja mewarna
D untuk tujuan kemasan bagi hasil karya catan

25.Apakah jenis catan yang menggunakan peralatan seperti di atas ?


A Cat air
B Cat emulsi
C Cat poster
D Cat minyak

10
Aras 3

26. Untuk menghasilkan sebuah catan, aspek berikut perlu diteliti


I pembahagian ruang
II sudut pandangan
III kedudukan subjek
IV kesesuaian subjek dengan tema
A I dan II
B I, II dan III
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV

27. Apakah warna yang sesuai untuk menimbulkan suasana waktu senja dalam gubahan
lanskap anda?
A Hijau dan warna sejuk
B Biru, hijau dan umgu
C Coklat, merah dan kuning
D Merah, biru dan hijau

28. Kain kanvas perlu disapu dengan cat imulsi berwarna putih supaya
A cat minyak tidak meresap dalam kain kanvas
B supaya karya catan lebih mahal harganya
C karya yang terhasil lebih berkualiti
D supaya catan taham lebih lama

29 Pernyataan yang manakah berkaitan dengan teknik catan di atas ?


A Penggunaan cat air yang pekat
B Palitan warna basah atas basah
C Penghasilan ton dibuat secara berperingkat
D Catan dimulakan dengan lapisan warna yang nipis

11
30. Apakah yang boleh dijelaskan berdasarkan karya catan di atas ?
I Menghasilkan bentuk objek
II Menampakkan arah cahaya
III Menggunakan teknik warna air
IV Menggunakan teknik kering atas kering

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Latihan Pengukuhan

Bahagian B

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Nyatakan empat jenis media catan yang anda tahu.


(a) __________________________
(b) __________________________
(c) __________________________
(d) __________________________
2. Senaraikan empat teknik catan air yang anda tahu.
(a) __________________________
(b) __________________________
(c) __________________________
(d) __________________________

3. Senaraikan empat teknik catan minyak yang anda tahu.


(a) __________________________
(b) __________________________
(c) __________________________
(d) __________________________
3. Nyatakan dua jenis media catan yang digunakan pada zaman Yunani Purba.

(a) __________________________
(b) __________________________

12
Isikan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang sesuai bagi soalan-soalan di bawah.

Fresko Minyak linseed Air Cat poster

1. _______________ merupakan media yang sering digunakan di sekolah.


2. _______________ adalah bancuhan pewarna yang disapu ke atas lapisan kapur
plaster
yang masih lembap.
3. ______________ digunakan sebagai campuran bagi warna minyak.
4. ______________ adalah bahantara bagi cat poster, cat air dan cat gouce.

Tandakan () bagi pernyataan yang BETUL dan (X) bagi pernyataan yang SALAH.
1. Catan di Malaysia mula berkembang pada awal tahun 1950-an. ( X )
2. Zaman Renaissance merupakan zaman kemuncak seni lukis Eropah. ( √ )
3. Realis adalah aliran seni lukis yang menghasilkan lukisan atau catan mengikut ciri-
ciri asal subjek yang dilukis. ( √ )
4. Teknik Impasto dapat menghasilkan catan yang menimbulkan kesan lembut, licin
dan berkilau. ( X )
5. Warna air adalah media yang sesuai untuk mengaplikasikan teknik titik. ( X )
6. Kanvas digunakan untuk catan minyak. ( √ )
7. Karya agung Mona Lisa (1503-1505) dihasilkan oleh Albrecht Durer. ( X )

13
Jawapan
Bahagian B

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.


1.
a. cat air
b. cat minyak
c akrilik
d. cat gouce

2. a. Basah atas basah


b. Basah atas kering
c. Kering atas basah
d. Kering atas kering

3.
a. Teknik titik
b. Teknik Hard Edge
c. Teknik scumbling
d. Teknik Impasto

3.
a. fresko
b. mozek

Isikan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang sesuai bagi soalan-soalan di bawah.
1. Cat poster
2. Fresko
3. Minyak linseed
4. Air

Anda mungkin juga menyukai