Anda di halaman 1dari 11

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA M/S


ISI KANDUNGAN 1
1.0 PENGENALAN
1.1 SOALAN KAJIAN 2

1.2 RASIONAL KAJIAN


2.0 PERNYATAAN MASALAH DAN PENYELESAIAN MASALAH 3
3.0 PENENTUAN KONSEP, TEMA, SUBJEK DAN KANDUNGAN
3.1 KONSEP
3.2 TEMA 4
3.3 SUBJEK
3.4 KANDUNGAN
4.0 PENENTUAN PENDEKATAN ASPEK FORMAL DALAM KARYA
DIPERSEMBAHKAN
4.1 GAYA PENGHASILAN 5
4.2 UNSUR-UNSUR SENI 6
4.3 PRINSIP-PRINSIP REKAAN 7
5.0 PERNYATAAN KEPENTINGAN PROJEK DAN KEASLIAN 8
6.0 SUMBER DAN RUJUKAN 9
7.0 PENUTUP 10
8.0 LAMPIRAN 11

1
1.0 PENGENALAN

1.1 SOALAN KAJIAN

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia akan mengadakan satu pameran seni
visual di luar negara untuk tujuan promosi budaya Malaysia. Anda dipelawa untuk menghasilkan
catan yang bertemakan Kebudayaan Tradisional Malaysia. Anda perlu memilih satu tema sahaja
seperti yang berikut: (i) Permainan (ii) Tarian (iii) Persembahan tradisional. Anda dikehendaki
membuat kajian dengan memberi fokus kepada analisis berdasarkan tema yang dipilih dan
menghasilkan sebuah catan dua dimensi (2D) untuk pameran tersebut. Anda bebas memilih
media yang bersesuaian. Karya hendaklah berukuran 24 inci x 36 inci (61 cm x 91.5 cm).

1.2 RASIONAL KAJIAN

Saya telah memilih tajuk permainan tradisional iaitu congkak. Terdapat pelbagai sebab saya
memilih tajuk ini, salah satunya ialah kerana saya ingin mempamerkan keindahan permainan
tradisional di Malaysia ini melalui karya saya. Saya juga ingin mempelajari dan mengenali
permainan tradisional yang berbeza dengan lebih mendalam lagi.

Permainan didefinisikan sebagai ‘sesuatu yang digunakan untuk bermain1’ manakala tradisional
ditakrifkan sebagai ‘berkaitan dengan, bersifat, atau mengikut tradisi2’. Permainan tradisi
bermaksud permainan atau sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan yang kekal turun-temurun,
sesuatu yang sudah menjadi amalan yang sudah sebati dengan sesuatu masyarakat. Permainan ini
terdiri daripada gasing, wau, dam haji, galah panjang, ketingting, buluayam, tarikupih dan konda
kondi3. Namun kini, permainan berikut telah dilupai oleh masyarakat dan generasi muda akibat
perkembangan kemajuan sains dan teknologi. Oleh itu, saya ingin menghasilkan karya menarik
perhatian masyarakat sehingga mampu menyemarakkan semula minat mereka untuk
melestarikan kebudayaan tradisional yang dimiliki sejak dahulu.

1
Tengku Iskandar. 2005. Kamus Dewan: Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
2
Ibid
3
Alya Arisya. 2021.  “Permainan Tradisi | PDF" Scribd. https://www.scribd.com/doc/259879677/Permainan-
Tradisi.

2
2.0 PERNYATAAN MASALAH DAN PENYELESAIAN MASALAH

2.1 PENCARIAN TAJUK

Pencarian tajuk agak mencabar kerana tema telah ditetapkan. Disebabkan oleh itu, tajuk yang
boleh dipilih adalah terhad. Namun dengan bimbingan guru pembimbing pencarian tajuk lebih
mudah dilaksanakan dengan nasihat dan saranan yang diberi.

2.2 KOS

Kos bagi penyediaan karya berikut mempunyai nilai yang tinggi kerana peralatan dan cat yang
diperlukan adalah dalam kuantiti yang banyak dan harga telah meningkat.

2.3 SUMBER

Sumber bahan yang terhad juga merupakan salah satu masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan
kerja kursus seni tersebut. Sumber yang terhad menyukarkan proses pemerolehan barang seperti
cat dan berus. Hal ini juga akan memberi kesan kepada kos perbelanjaan dalam penghasilan
karya.

2.4 PENCARIAN MAKLUMAT

Pencarian maklumat melalui internet mengenai tema dan tajuk adalah kurang tepat kerana
internet merupakan sumber rujukan yang tidak terbukti dan mungkin mempunyai beberapa
kesalahan dan fakta yang palsu. Oleh itu, pemerolehan maklumat daripada orang sumber adalah
penting bagi mengisi fakta dan sejarah yang tertinggal dan tidak dapat dijumpai.

2.5 MASA

Masa yang diperuntukkan bagi menyiapkan kerja kursus juga sangat suntuk kerana karya seni
memakan masa yang lebih panjang berbanding kerja kursus yang lain. Peperiksaan ulangan juga
menganggu konsentrasi dalam penghasilan karya berikut. Oleh itu, pengurusan masa haruslah di
lakukan dengan baik serta kebenaran bagi menghasilkan karya di luar waktu belajar juga
haruslah diberi bagi mengejar masa yang terhad bagi semester 3 ini.

3
3.0 PENENTUAN KONSEP, TEMA, SUBJEK DAN KANDUNGAN

3.1 KONSEP

Konsep seni visual boleh difahami berdasarkan aspek seperti pernyataan diri self-expression),
pengalaman dan sensasi visual dan sentuh, 2D dan 3D, komunikasi visual, bahasa seni visual, isi
dan mesej, imej, form, content, benda – subjek, objek berfungsi/kegunaan, nilai estetik, ciri-ciri
kreatif, pelukis/pandai tukang dan karya seni, asas seni reka dan berbagai aspek lain. Penentuan
konsep telah saya pilih ialah permainan tradisional yang menunjukkan kebudayaan masyarakat
Melayu.

3.2 TEMA

Tema ialah mesej kepada para audiens apa yang sebenarnya yang ingin disampaikan oleh pelukis
itu sendiri. Tema yang saya pilih bagi kerja kursus ini adalah permainan tradisional congkak
sebagai simbolik kebudayaan masyarakat malaysia berdasarkan soalan 1 yang telah diberikan.

3.3 SUBJEK

Subjek terdiri daripada orang, benda atau idea. Cara sesebuah karya dipersembahkan atau rupa
bentuk yang memberi ekspresi adalah paling penting untuk diambil kira. Bagaimana pun di
dalam karya abstrak, subjek boleh dirujuk sebagai rupa bentuk tertentu berdasarkan elemen seni.
Subjek utama dalam karya saya ialah permainan tradisional.

3.4 KANDUNGAN

Maksud kandungan yang lebih bermakna dan luas tidak hanya dilihat berdasarkan imej.
Kandungan mempunyai penekanan dalam menyampaikan maksud dan pengertian dalam karya
seni visual. Kandungan melibatkan aspek strategi kritikan serta penekanan kepada interpretasi
dan pertimbangan. Kandungan meliputi aspek idea dan emosi yang mengupas makna tersurat
dan tersirat.

ISI TERSURAT: Permainan tradisional yang dimain oleh hamba pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka.

ISI TERSIRAT: Keindahan kebudayaan masyarakat yang kini kian lama terhakis.

4
4.0 PENENTUAN PENDEKATAN ASPEK FORMAL DAN GAYA PENGHASILAN

4.1 GAYA PENGHASILAN

Gaya penghasilan adalah penting bagi pengkarya dalam mempersembahkan karya kepada
khalayak umum. Ia merupakan teknik penggambaran yang menangani soal gaya dan cara imej
dipersembahkan kepada orang ramai. Gaya penghasilan diwujudkan untuk menyampaikan
maksud, iaitu memberi makna terhadap suatu perkara yang ingin disampaikan. Selain itu,
menyampaikan emosi, iaitu rangsangan atau tindak balas terhadap sesuatu perkara.

Terdapat beberapa teknik utama yang boleh mengarah kepada penekanan gaya penghasilan.
Realistik, separa abstrak, dan abstrak adalah antaranya. Karya realistik ialah karya yang
melibatkan bagaimana objek atau keadaan sebenar ditiru daripada bentuk asal. Gadis Melayu,
Potret Diri adalah contoh karya Mohd. Hoessien Enas.

Separa abstrak bermaksud bentuk asal ditukar kepada unsur yang sukar difahami, tetapi unsur
asal mungkin masih dapat dikenali. Dua contoh karya separa abstrak ialah "Girl Before a Mirror"
oleh Pablo Picasso dan "Hang Tuah Hang Jebat" oleh Ismail Mustam.

Seni abstrak, juga dikenali sebagai mujarad, niskala, atau kabur, adalah karya yang mewakili
keseluruhan imej yang sukar untuk difahami, tetapi artis lebih mementingkan simbol, bentuk dan
warna. Pago-pago karya A.Latiff Mohidin dan Gunung Ledang, karya Syed Ahmad Jamal
merupakan salah satu contoh karya berikut.

5
4.2 UNSUR-UNSUR SENI

1) GARISAN

Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu.
Terdapat pelbagai jenis garisan dan garisan ini boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton,
corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan. Garisan juga terdapat pada benda
alam dan benda buatan manusia. Dalam kajian saya ini, permainan tradisional dipilih sebagai
imej yang dilukis secara realistik diatas permukaan bahan yang digunakan. Hal ini dapat
timbulkan objek yang sebenar.

2) BENTUK

Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan
bersifat tiga dimensi (3D). Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan
karya seni yang bersifat realistik. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi
menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna. Bentuk boleh dilihat dari
semua arah dan mempunyai lebih dari satu permukaan. Bentuk juga mempunyai kesan cahaya
dan bayang. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk ilusi
digunakan dalam penghasilan karya bagi menimbulkan bentuk 2D pada permainan tradisional
yang merupakan subjek utama.

3) WARNA

Warna adalah persepsi visual pantulan cahaya yang menerangi permukaan. Istilah warna boleh


juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang
gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Terdapat 3 jenis warna salah satunya ialah
warna asas, warna sekunder, warna tertier dan warna neutral. Roda warna merupakan gambaran
visual warna ditetapkan mengikut hubungan warna antara watu sama lain. Roda warna ini
mewujudkan gubahan warna seperti warna harmoni dan warna penggenap serta menentukan
suhu warna panas serta sejuk. Dalam penghasilan karya ini, beberapa jenis warna iaitu warna
asas, warna sekunder dan warna tertier digunakan bagi mencipta karya yang berdimensi.

6
4.3 PRINSIP-PRINSIP REKAAN

1) HARMONI

Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu
dalam gubahan seni visual. Harmoni membawa maksud aman dan damai. Harmoni juga
bermaksud hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang dalam istilah seni.
Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna tetapi jika ada unsur-unsur yang
bercanggah keharmonian tidak akan wujud.

2) KEPELBAGAIAN

Kepelbagaian adalah prinsip rekaan yang merujuk kepada cara menggabungkan elemen-elemen
seni untuk menghasilkan hubungan yang kompleks dan rumit. Kepelbagaian berfungsi untuk
memberi gaya, memberi daya tarikan, variasi dan tenaga. Hal ini juga dapat mengelakkan
kebosanan. Penggunaan komponen seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam
komposisi boleh mewujudkan kepelbagaian.

7
5.0 PERNYATAAN KEPENTINGAN PROJEK DAN KEASLIAN

Dapatan kajian saya mengenai permainan tradisional, yang cuba menekankan budaya tradisional
Malaysia, adalah penting dalam pelbagai cara. Antara kepentingannya ialah untuk menghargai
warisan kebudayaan yang telah diturunkan sejak berzaman serta untuk menunjukkan keindahan
warisan budaya berikut kepada dunia luar daripada Malaysia. Usaha ini mampu memberi
peluang kepada masyarakat luar negara untuk mengetahui kebudayaan Melayu dan memberi
peluang untuk mereka merasainya kerana tidak semua lapisan masyarakat mempunyai tradisi
atau budaya. Disamping itu, projek ini juga mampu menyedarkan masyarakat di Malaysia
bahawa warisan budaya merupakan keistimewaan yang harus dipelihara.

Oleh itu, usaha bagi mengekalkan, menjaga dan menghargai sebuah warisan kebudayaan adalah
tanggungjawab bersama dan menjadi perkara terpenting agar warisan budaya berikut kekal
sepanjang zaman di Malaysia untuk generasi muda pada masa hadapan.

8
6.0 SUMBER DAN RUJUKAN

9
7.0 PENUTUP

Kesimpulannya, permainan tradisional mempunyai banyak keunikan dan keindahan serta juga
berfungsi sebagai alat untuk menyatukan masyarakat. Oleh itu, saya berharap dengan karya ini
audiens mendapat mesej dan melihat bahawa karya saya yang mengenai permainan tradisional
ini mampu menjadi sebuah motivasi kepada masyarakat untuk meningkatkan semangat
kebudayaan serta supaya generasi seterusnya dapat melindungi amalan budaya tersebut daripada
ditelan zaman sehingga masa akan datang. Saya juga berharap agar karya yang saya hasilkan ini
dapat menarik perhatian semua orang.

10
8.0 LAMPIRAN

11

Anda mungkin juga menyukai