Anda di halaman 1dari 2

Abdul Latiff Mohidin

Biografi
Lahir pada tahun 1941 di Negeri Sembilan, menerima pendidikan seni formal, di Berlin, New York dan Paris. Dikenal sebagai pelukis dan penyair. Mendapat pendidikan awal di Sek. Melayu Lenggeng hingga darjah 4. Oleh kerana bapanya menjalankan perniagaan di Singapura, Latiff belajar di Sekolah Melayu Kota Raja dan seterusnya di Merchantile Institution. Akhir thn 1954, beliau kembali bersekolah di Seremban, Sek Men Inggeris King George V, tinggal di asrama sehingga tamat Senior Cambridge. 1960 mengikuti jurusan Senilukis di University of Fine Arts di Berlin, Jerman Barat, dengan biasiswa Kerajaan Persekutuan Repuklik Jerman. 1969, beliau ke Paris dan 1970 ke New York mengikuti kursus Seni Gurisan. Karya awalannya mencerminkan pengembaraannya yang meluas di Indonesia, Thailand dan IndoCina dimanifestasikan didalam siri "Pago-Pago". Pengasas kumpulan 'AnakAlam'. Mewakili Malaysia di Simposium Arca ASEAN ke Empat Bandar Seri Bangawan 1986.

Pago-Pago

Contoh karya
Tajuk: Pago-Pago ,1964 Media: Cat Minyak Tema: Alam yang digambarkan secara metaforik Gaya: Bentuk organik berlatar kesunyian lanskap yang disinari bulan menimbulkan suasana yang puitis dan romantik. Sapuan berus tebal, tidak memastikan identiti sebenar, dan bentuk berupa tumbuhan yang dihiasi jalinan. Nilai: Merakamkan pengalaman pelukis di rantau Melayu-Asia, mencerminkan pengembaraannya yang luas di Indonesia, Thailand dan IndoChina.

Anda mungkin juga menyukai