Anda di halaman 1dari 2

NAMA: NURULIZZAH HANI BINTI KAMARJAN (PSV 1)

TARIKH:12 FEBRUARI 2020 (TUTORIAL 6)

TAJUK: MUAT TURUN KARYA BERTAJUK UMPAN , INTERPRETASIKAN KARYA INI BERDASARKAN ASPEK-
ASPEK BERIKUT:

a) Deskriptif
b) Analisis
c) Intepretasi

Karya Syed Ahmad Jamal -“The Bait” (1959)

Apresiasi pertama yang dapat saya buat terhadap karya Syed Ahmad Jamal iaitu The Bait
(Umpan) dari aspek deskripsi iaitu pengamatan hasil karya beliau dengan sifat-sifat tampak .
Berdasarkan lukisan “umpan” olahan garisan adalah penting untuk membentuk objek yang ingin
disampaikan. Garisan yang dimainkan dengan warna mengikut komposisi tertentu dapat menimbulkan
objek yang sebenar. Karya ini banyak menggunakan garisan melengkung.

Selain itu, permainan warna yang harmoni dan pelbagai juga menjadikan karya ini kelihatan
menarik dan mudah difahami. Syed Ahmad Jamal menggunakan juga warna-warna panas. Warna-warna
panas terdiri daripada merah, ungu, kuning ke hijau yang terdapat dalam karya tersebut bagi
menimbulkan cahaya yang tinggi, suasana lebih bertenaga, garang, dan dekat. Sekiranya dilihat dari
karya tersebut, pengkarya menggunakan warna gelap di belakang objek dan warna cerah di bahagian
hadapan. Situasi ini bagi menimbulkan pencahayaan.

Karya “umpan” juga memperlihatkan unsur ruang iaitu susunan objek-objek yang menimbulkan
perbezaan jarak dan kedudukan pada suatu gabungan. Perbezaan saiz objek juga dapat dilihat bagi
menimbulkan ruang tinggi dan rendah.

Disamping itu, dari segi bentuk, karya “umpan” diapresiasikan bentuk seekor burung yang berada
dalam ketakutan melalui penggunaan unsur seperti warna, garisan dan ruang. Walaupun tidak bebrapa
jelas namun, bentuk seekor burung masih dapat ditimbulkan.

Karya “umpan” Syed Ahmad Jamal juga menimbulkan sifat-sifat tampak dalam prinsip rekaan seperti
imbangan. Berdasarkan karya lukisan diatas unsur imbangan tidak simetri dapat dilihat. Hal ini kerana,
objek sebelah kiri lebih besar dari objek kanan. Kesan visual yang timbul ialah kesan lebih bebas dan
spontan. Keadaan lebih pelbagai untuk menarik dan tidak membosankan pemerhati.
Selain itu, penghasilan karya “umpan” mengutamakan prinsip irama dan pergerakan. Iaitu
penyapuan warna secara garisan melengkung dan halus. Pergerakan dalam penyapuan warna dapat
menggambarkan perasaan dan aksi dalam karya di atas. Apabila kita memerhati irama visual di atas, kita
dapat mengalami pergerakannya dan perasaan yang cuba pengkarya timbulkan.

Tambahan lagi, karya Syed Ahmad Jamal “umpan” menimbulkan penegasan iaitu objek kanan
kelihatan lebih besar dan tumpuan utama pada objek tersebut. Oleh itu, tumpuan pemerhati apabila
melihat karya ini lebih kepada objek yang besar kerana wujudnya penegasan pada karya tersebut.

Prinsip kepelbagaian dalam karya tersebut juga dapat dilihat melalui penggunaan pelbagai jenis
warna panas dan sejuk, yang diletakkan mengikut komposisi yang betul. Berdasarkan karya diatas
warna lebih gelap diletakkan di bahagian belakang dan warna terang di hadapan. Objek besar banyak
menggunakan warna yang gelap dan panas untuk menunujukkan suasana bertenaga dan garang.
Manakala, objek yang kecil berdasarkan karya tersebut banyak menggunakan warna sejuk,
menunjukkan kuasanya sederhana dan lembut.

Prinsip kesatuan juga dapat dikesan apabila gabungan daripada unsur-unsur seni dan prinsip
rekaan untuk mewujudkan objek yang cuba disampaikan. Walaupun karya Syed Ahmad Jamal ini aliran
abstrak tetapi masih dapat diterjemahkan kerana permainan warna dan bentuk menimbulkan mesej
yang disampaikan.

Apresiasi seni melalui aspek analisis iaitu penggabungan unsur seni dan prinsip rekaan menjadikan
karya “umpan” lebih sempurna. Melalui pemerhatian karya di atas kita dapat lihat kualiti ekspresif karya
adalah stabil.Hal ini bermaksud pengkarya berada dalam mood yang tenang dan baik. Kita dapat melihat
daripa teknik penyapuan berus yang teratur dan kemas serta permainan warna yang betul dan jelas
menunujukkan pengkarya lebih teliti dan sentiasa prihatin dalam menggunakan warna. Sekira dilihat
suasana karya kelihatan lebih ganas kerana penggunaan warna panas dan sejuk digabungkan
menunjukkan suasana ketegangan. Karya Syed Ahmad Jamal “umpan” sudah menunjukkan aliran
abstrak kerana objek tidak dapat ditafsir secara cepat memerlukan pemerhatian yang lama.

Apresiasi dari aspek interpretasi pula memberikan gambaran terhadap makna yang tersirat dalam
karya ini. Berdasarkan pemerhatian saya, penggunaan gabungan warna dapat menimbulkan emosi dan
tenaga dua elemen itu untuk dipertahankan serta dapat dirasai secara langsung. Dalam lukisan seperti
The Bait Syed Ahmad Jamal ini lebih mengutamakan lekukan bentuk. Bentuk-bentuk mula dilekukkannya
bagi menggambarkan aksi atau suasana yang lebih bertenaga. Menurut Syed Ahmad Jamal dalam karya
The Bait, lekukan itu berjaya dilukiskan secara kreatif dan kritis untuk memperlihatkan adegan
ketegangan antara pemangsa dengan pemusnahnya.

Sehubungan dengan itu, Syed Ahmad Jamal menghasilakan karya ini dengan intensif sekali
sehingga aksi burung hadir secara separuh lut sinar. Hal lni merupakan perkembangan yang amat
menonjol kerana bentuk dan latar telah hilang rupa realistik seekor burung.

Anda mungkin juga menyukai