Anda di halaman 1dari 7

SULIT

ANGKA GILIRAN : 2020302340214

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM 2 PISMP PSV 1


Semester 2 TAHUN 2

PEPERIKSAAN UJIAN TERBUKA (OBT) : MEI 2021

KAMPUS : IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

ANGKA GILIRAN : 2 0 2 0 3 0 2 3 4 0 2 1 4

KOD KURSUS : EDUP3033


KURSUS : MURID DAN PEMBELAJARAN
ALAMAT EMEL : nurulizzah05-515@epembelajaran.edu.my
NOMBOR TELEFON : 0174014109

ARAHAN KEPADA CALON

1. Jawab semua soalan dalam templat buku jawapan ini.


2. Semua jawapan hendaklah bertaip dalam perisian Microsoft Words, font Arial 12 dan
langkau 1.5 baris.
3. Setiap helaian jawapan dilabelkan dengan Angka Giliran (bahagian kiri header).

4. Calon hendaklah menghantar jawapan masing-masing melalui Google Classroom


sebelum atau pada masa tamat peperiksaan.

5. Calon yang tidak menghantar skrip jawapan dalam tempoh atau sejurus tamat masa
menjawab akan dikira GAGAL dalam peperiksaan ini.

6. Calon perlu membuat satu salinan lembut (softcopy) dan satu salinan bercetak
(hardcopy) sebagai sandaran (backup) sekiranya fail yang diemail rosak dan tidak
dapat dibuka.

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT
ANGKA GILIRAN : 2020302340214

JAWAPAN BAHAGIAN A : SOALAN 1

(Calon perlu memasukkan jawapan di ruangan ini mengikut soalan. Anda perlu
enter untuk meneruskan jawapan sehingga ke halaman berikutnya mengikut
kesesuaian panjang jawapan anda.)

Kaedah pengajaran masa kini yang terbaik bagi menyelesaikan masalah


serta meningkatkan motivasi dalam kalangan murid kelas tersebut adalah dengan
mengaplikasikan Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Literasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi merupakan kebolehan membaca, menulis serta menggunakan
TMK sebagai media yang membantu interaksi. Disebabkan murid masa kini berada dalam
lingkungan pembangunan teknologi maklumat yang hebat, adalah sangat penting bagi
mereka untuk celik komputer serta pelbagai media komukikasi yang lain. 

Lima ciri terbaik apabila membina komunikasi secara interaktif melalui TMK adalah
sifat mobilitinya seperti menggunakan telefon pintar, sifat penyambungan (connectivity)
seperti Wi-Fi, sifat rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin pencarian seperti
Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti YouTube dan Wikipedia.
Penggunaan pelbagai aplikasi, rangkaian serta media elektronik ini sangat membantu
memberi kesan positif kepada murid yang tiada movivasi, cepat berasa bosan, tiada
keyakinan diri dan menunjukkan sikap tidak berminat untuk belajar. Hal ini kerana,
teknologi maklumat komunikasi ini merupakan rangkaian tanpa batasan yang
membolehkan para murid mempelorehi pelbagai sumber pelajaran tanpa
memerlukan masa dan tenaga yang banyak seperti pencarian maklumat melalui
buku-buku.

Pembelajaran berasaskan projek yang merupakan kaedah pembelajaran apabila


guru menyediakan projek untuk dilaksanakan oleh murid juga dapat membantu
menyelesaikan masalah di atas di mana guru akan memberi arahan dan penjelasan
tentang projek yang agak kompleks dan mencabar untuk dilaksanakan. Murid pula
dikehendaki melaksanakan projek secara hands-on dan minds-on serta melakukan aktiviti
kajian. Pembelajaran berasaskan projek adalah berfokus kepada tugasan amali, serta
sistematik dan terancang.

2 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
ANGKA GILIRAN : 2020302340214
Ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek yang biasanya dijalankan secara individu dapat
membantu murid dalam meningkatkan keyakinannya kerana perlu bergerak secara individu
tanpa bantuan rakan-rakan. Penilaian projek murid oleh guru yang berlaku pada setiap
proses sehingga siap sangat memberi motivasi kepada murid kerana meskipun tiada rakan
yang membantu, masih terdapat guru untuk menilai dan menugur sepanjang proses
dilaksanakan. Praktikalnya yang mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti dapat
mengasah kemahiran berfikir aras tinggi para murid. Bukan itu sahaja, proses pembelajaran
berasaskan projek ini juga melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, pelaporan hasil
dan refleksi kendiri yang mengajar murid hal baru berbanding yang biasa dipelajari meraka
dalam kelas yang biasanya sedikit membosankan.

JAWAPAN BAHAGIAN B : SOALAN 2

(Calon perlu memasukkan jawapan di ruangan ini mengikut soalan. Anda perlu
enter untuk meneruskan jawapan sehingga ke halaman berikutnya mengikut
kesesuaian panjang jawapan anda.)
Perbezaan individu adalah merangkumi beberapa aspek iaitu dari aspek
personaliti yang merangkumi gaya tingkah laku, percakapan dan Introvert atau
ekstrovert. Aspek fizikal iaitu jantina, rupa, tinggi, berat dan kemahiran. Aspek emosi
seperti gembira, marah, sedih. Aspek kognitif seperti berfikir, mengira, berimaginasi.
Aspek sosial seperti pergaulan, interaksi dan Kerjasama. Aspek rohani seperti
agama, kepercayaan, nilai, moral. Aspek minat dan bakat seperti melukis, bersukan
dan bernyanyi. Aspek yang terakhir iaitu bahasa dan bangsa seperti budaya, etnik
dan kaum.

Bagi gaya pembelajaran Dunn & Dunn ianya terbahagi kepada empat iaitu
melalui pendengaran (audio) iaitu murid yang mengingati melalui bacaan kuat atau
mengerakkan bibir ketika mempelajari sesuatu. Penglihatan (visual) belajar dengan
melihat benda-benda yg maujud serta murid yang mengingat melalui menulis nota.
Pergerakan (kinestetik) iaitu murid yang belajar melalui gerakan utk mengingati

3 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
ANGKA GILIRAN : 2020302340214
informasi ke dalam otak seperti melukis. Murid seperti ini memerlukan bahan
pembelajaran yg konkrit untuk membantu mengingat sesuatu. Akhir sekali sentuhan,
dimana murid belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti hands-on serta mudah
memahami pelajaran dengan adanya pergerakan fizikal.

Bagi gaya pembelajaran Honey and Mumford iaitu murid dengan pribadi
aktivis yang mempunyai sikap ingin mencuba dan berdikari. Selain itu, gaya
pembelajaran ini juga cenderung kepada murid yang reflektifS iaitu suka membuat
pemerhatian seta sentiasa mengimbas kembali. Murid dengan dengan pemikiran
teoris dekat dengan dengan gaya pembelajaran ini kerana memiliki fikiran yang
rasional dan menggunakan teori untuk membuat kesimpulan.

Gaya pembelajaran Kolb pula ialah pengalaman Konkrit dimana murid itu
gemar melibatka diri secara langsung dalam aktiviti untuk mendapatkan pengalaman
baru. Selain itu, terdapat juga pemerhatian reflektif iaitu murid yang suka memikirkan
makna sesuatu situasi dan idea serta berhati-hati semasa membuat penilaian.

Tindakan yang perlu dilakukan oleh guru dalam menangani perbezaan ini
adalah guru itu perlu mengetahui kepentingan perbezaan individu supaya boleh
memahami perbezaan dari segi fizikal, mental dan emosi. Bagi memastikan guru
dapat memberi layanan yang sewajarnya kepada murid-murid, pemahaman seperti
ini adalah amat penting disamping dapat mengelakkan guru bersikap pilih kasih.
Terdapat perbezaan individu dari segi bakat dan minat. Pelajar yang kurang
berminat dengan sesuatu subjek akan memberi respon yang minimum terhadap
aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Tindakan yang seterusnya guru boleh memilih pendekatan, strategi, kaedah


dan teknik yang sesuai bagi setiap murid. Di dalam sesebuah kelas, mungkin
terdapat murid yang mempunyai personaliti Introvert dan ekstrovert. Bagi membantu
murid-murid dalam kalangan introvert, guru boleh menggunakan strategi dan
pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan supaya mereka dapat bergaul dan
pelajar yang cerdas boleh membantu pelajar yang lemah.

Tindakan lain yang boleh diambil adalah guru perlu belajar memahami
tingkah laku murid agar persefahaman dan perhubungan yang baik di antara murid

4 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
ANGKA GILIRAN : 2020302340214
dan guru dapat dicapai. Murid datang ke sekolah bersama emosi yang berbeza-beza
setiap hari. Sebagai contoh, murid yang menghidap disleksia cenderung untuk
mempuyai emosi yang sangat tidak stabil disebabkan komen atau reaksi negatif dari
orang sekeliling. Perkara tersebut telah memberi imlplikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran iaitu preastasi yang merudum di sekolah. Oleh itu, guru perlu bijak
mengenalpasti masalah murid atau penyakit yang mungkin diahadapinya.
Bagi murid yang berbeza dari segi kognitif iaitu ada yang suka belajar menggunakan
audio, visual atau memproses maklumat secara global, guru perlulah menyediakan
bahan-bahan pembelajaran yang bersesuaian. Jika tidak murid-murid akan mudah
berasa bosan.

Tindakan yang terakhir ialah guru perlu bijak meramal tingkah laku murid
yang mungkin timbul di dalam kelas. Contohnya, perbezaan fizikal individu yang
ketara bagi setiap kelas iaitu jantina. Murid lelaki cenderung untuk hiperaktif di dalam
kelas berbanding murid perempuan. Oleh itu, seorang guru perlu meramal apa
agaknya perilaku yang mungkin timbul semasa guru mengajar dan bagaimana cara
bagi mengatasi masalah tersebut. Kesan daripada kegagalan meramal tingkah laku
murid yang mungkin timbul di dalam kelas akan meyebabkan guru sukar untuk
megawal kelas.

JAWAPAN BAHAGIAN B : SOALAN 3

(Calon perlu memasukkan jawapan di ruangan ini mengikut soalan. Anda perlu
enter untuk meneruskan jawapan sehingga ke halaman berikutnya mengikut
kesesuaian panjang jawapan anda.)
Konstruktivisme merupakan satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
yang sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang
diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan yang
baru. Pengetahuan seni dibina secara beransur-ansur mengikut masa oleh pelajar
sendiri dalam konteks sosial melalui interaksi idea-idea apabila maklumat baru
disepadukan dengan idea yang sedia ada, dan kesedaran atas apa yang telah
dipelajari.
5 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
ANGKA GILIRAN : 2020302340214
Ciri-ciri Pemebelajaran Konstruktivisme adalah menggalakkan proses inkuiri
murid. Sebagai contoh, semasa subjek Pendidikan Seni Visual (PSV), guru boleh
mengadakan kuiz berkenaan jenis-jenis alat dan bahan seni visual serta fungsinya
melalui aktiviti seperti kotak beracun yang mengandungi gambar-gambar alat dan
bahan PSV yang sememangnya dapat merangsang inkuiri dan minat murid sekali
gus. Melalui permainan kotak bercaun ini juga, Disamping itu, ciri yang seterusnya
ialah pembelajaran konstruktivisme ini menggalakkan murid bersoal jawab. Guru
PSV boleh mengapliksikan teori ini melalui lukisan setersunya menyakan soalan
kepada murid berkenaan lukisan tersebut seperti apa maksud disebalik lukisan
tersebut dan prinsip seni yang terdapat di dalamnya. Bukan itu sahaja, teori ini juga
memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru serta proses
pembelajaran secara koperatif.

6 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
ANGKA GILIRAN : 2020302340214
KERTAS JAWAPAN TAMAT

7 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai