Anda di halaman 1dari 1

Dalam melaksanakan tugasan PRKA 3012 Perancangan Pengajaran dan

Pembelajaran, kami telah ditugaskan untuk melaksanakan pengajaran mikro. Kami Ahmad
Lutfil Hadi bin Mohd Yusof dan Muhammad Syazmi Bin Johne telah memilih aktiviti pertama
dan aktiviti kedua dalam menyiapkan tugasan pengajaran mikro ini. Sepanjang tempoh
pelaksanaan pengajaran mikro ini kami dapati kaedah pengajaran yang baik dapat
membantu pelajar mengikuti pengajaran dengan baik di samping meninggalkan kesan
penghayatan yang mendalam terhadap diri pelajar. Pengajaran mikro ini dibuat dalam masa
tidak melebihi 14 minit serta menggunakan kaedah peneguhan yang mana kami telah
memilih kelas Tahun 4 Amanah sebagai kelas pengajaran dan pembelajaran saya dalam
mata pelajaran yang hendak di ajar ialah Olahraga Asas - Kemahiran Asas Balingan Tahun
4.

Untuk aktiviti pertaman iaitu melakukan aktiviti tanpa alatan, saya mengajar kelas
kemahiran melempar cakera tanpa menggunakan cakera atau alatan. Sebagai permulaan,
murid beratur dengan tersusun sambil memerhati guru menerangkan serta menunjukkan
demontrasi teknik lakukan lempar cakera yang betul. Hal ini kerana saya mahu pelajar
tersusun supaya dapat melihat dengan jelas teknik lakukan yang saya ajar. Selepas
menunjukkan cara-cara melakukan lemparan cakera, saya bertanya kepada murid adakah
mereka faham dan membuka ruang soalan sekiranya mereka terdapat keraguan dan kurang
pasti. Saya menggunakan kemahiran peneguhan iaitu lisan positif kepada pelajar supaya
mereka lebih lebih yakin untuk melakukan teknik melempar cakera. Contohnya, saya
senyum dan mengangguk kepada murid setelah mereka berkata bahawa mereka
memahami teknik lakukan yang saya tunjukkan.

Kemudian, selepas saya selesai melakukan demonstrasi saya memberi arahan


kepada mereka untuk beratur dengan tersusun kerana mereka pula yang akan melakukan
kemahira melempar yang telah saya ajar seorang demi seorang. Murid dapat melakukan
teknik tersebut sama seperti apa yang saya telah ajar, saya memuji dengan bertepuk tangan
dan mengusap kepala serta menepuk bahu pelajar untuk memberikan semangat keapda
mereka. Hal ini supaya pelajar dalam menerima peneguhan dan akan melakukan aktiviti
dengan lebih baik pada masa akan datang.

Setelah selesai, saya memuji semua pelajar dengan bertepuk tangan dan memuji
mereka. Kemudian saya membuka ruang soalan kepada mereka untuk mereka menguasai
kemahiran dalam melempar cakera. Saya juga tidak lupa memuji pelajar yang bertanya
soalan dengan mengatakan mereka telah bertanya soalan yang bagus. Hal ini dapat
memberi peneguhan kepada pelajar untuk selalu bertanya kepada guru untuk menambah
ilmu.

Anda mungkin juga menyukai